TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY) - PowerPoint PPT Presentation

1 / 14
About This Presentation
Title:

TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)

Description:

Title: Slide 1 Author: KPM Last modified by: FBMK Created Date: 8/25/2005 3:06:33 PM Document presentation format: On-screen Show (4:3) Company: KPM – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:94
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 15
Provided by: kpm68
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)


1
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA(PM. DR. S.
VIJAYALETCHUMY)
MINGGU 6 7
2
Pengertian teori ?
  • Teori terbentuk hasil himpunan berbagai-bagai
    idea yang terlebih dahulu diuji dan dinilai
    kebenarannya melalui kaji selidik ataupun
    eksperimen yang dijalankan ke atas subjek,sama
    ada manusia ataupun haiwan.
  • Menghasilkan sesuatu teori memakan masa
    bertahun-tahun lamanya.
  • Suatu teori mungkin dianggap benar pada suatu
    zaman tetapi tidak diterima pada zaman yang lain
    disebabkan oleh dapatan baru.
  • Teori tidak boleh dianggap betul atau salah
    kerana teori hanyalah sebagai alat kaji selidik.
  • Jika sesuatu teori dapat menghuraikan pemerhatian
    yang dibuat dan dapat melanjutkan sesuatu kaji
    selidik , teori itu dianggap baik.
  • Jika teori itu gagal dalam menjalankan fungsi
    tersebut, besar kemungkinan orang yang
    menjalankan kaji selidik itu akan berusaha
    mencari teori baru.

3
Pengertian pembelajaran
  • Pengertian umum konsep pembelajaran yang
    terlalu berorientasikan pencapaian akademik.
  • Pengertian dalam psikologi perubahan tingkah
    laku yang diperlihatkan oleh seseorang sebagai
    ukuran berlakunya pembelajaran dan sebagai cara
    untuk menghuraikan pengertian pembelajaran.

4
Pengertian teori pembelajaran
  • Teori pembelajaran ialah pendapat atau idea
    ahli-ahli psikologi pendidikan yang cuba
    menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan
    pembelajaran, bagaimana pembelajaran berlaku dan
    faktor apa yang mempengaruhi proses pembelajaran
    ini.

5
Teori-teori Pembelajaran Bahasa
Teori Mekanis Aliran Behaviurisme
Teori mentalis Aliran Kognitif
  1. Pembentukan Kebiasaan.
  2. Interaksionalis (Halliday)
  3. Fungsionalis (Haliday)
  4. Situasionalis

Teori Pembelajaran
  • Teori Pembelajaran
  • Kod-kognitif (Piaget)
  • AnggapanA

6
Ciri-ciri penting teori mekanis
  • Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu
    mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran
    bahasa itu sehingga menjadi satu kebiasaan.
  • Bahasa adalah suatu tingkah laku manusia yang
    dihasilkan daripada operasi ransangan dan tindak
    balas. Perlakuan ini sama seperti tingkah laku
    yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan
    dan pengulangan.
  • Bahasa adalah alat untuk berhubung . Aspek lisan
    yang berupa percakapan atau pertuturan yang
    sangat dipentingkan.
  • Makna sebagai pancaran fikiran dan perasaan
    manusia dianggap tidak penting. Bahasa adalah
    satu sistem bentuk dan bukan sebagai himpunan
    makna yang menjadi simbol pemikiran.
  • Pengukuhan dan ganjaran di dalam sesuatu
    pengajaran dan pembelajaran adalah penting.
  • Bahasa dihuraikan secara deskriptif atau
    struktural. Dalam bidang analisa ayat, prinsip
    konstituen terdekat digunakan.
  • Dalam proses pembelajaran ,kesalahan yang
    dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah kegagalan
    pelajar itu di dalam membentuk kebiasaan yang
    betul dan tepat.

7
Ciri-ciri penting teori mentalis
  • Manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan
    untuk menguasai bahasa. Perkara ini adalah semula
    jadi.
  • Ada dua bahagian penting di dalam proses
    penguasaan bahasa. Pertama disebut kemampuan atau
    kecekapan dan yang kedua disebut prestasi.
  • Bahasa mempunyai pertalian yang erat dengan
    pemikiran. Penguasaan bahasa itu ada kaitannya
    dengan keupayaan mental.
  • Bahasa mempunyai ciri-ciri kesejagatan.
  • Bahasa mempunyai ciri-ciri kreativiti.
  • Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek
    pemikiran, pengetahuan dan makna adalah
    ditekankan dan bukan latihan-latihan yang
    membentuk kebiasaan.
  • Bahasa dihuraikan melalui analisa
    transformasi-generatif.
  • Kesalahan pelajar bukanlah merupakan kegagalan
    mereka tetapi ia adalah satu percubaan hipotesis.

8
  • Pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan
    mekanis
  • iaitu sebagai satu kegiatan fizikal semata-mata.
  • Faktor persekitaran sebagai ransangan dan
  • tindak-tanduk organisma pada ransangan itu
  • sebagai gerak balas.

Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan
  • Tingkah laku adalah ditentukan oleh
  • faktor-faktor luaran seperti ganjaran
  • untuk menguatkan hubungan ransangan dan gerak
    balas.
  • Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa,
  • teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola
  • untuk membentuk kebiasaan.
  • Menekankan kepada kemahiran lisan
  • Kemahiran mendengar dan bertutur ini ditegaskan
  • kerana hubungan yang rapat dan mudah dikuasai
  • berbanding dengan membaca dan menulis.

9
Teori Pembelajaran Interaksionalis ( Halliday)
  • Kebolehan kognitif sahaja tidak boleh
  • menjelaskan penguasaan bahasa.
  • Kanak-kanak perlu didedahkan kepada
  • interaksi linguistik supaya mereka mempelajari
    cara-cara
  • menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk
  • linguistik dengan jelas
  • Bahasa sebagai alat berinteraksi
  • Satu proses yang melibatkan mental dan linguistik
  • Pentingnya proses pembentukan hipotesis
  • mengenai undang-undang bahasa dalam
  • sesuatu pembelajaran bahasa itu.
  • Aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan
  • Membolehkan murid berusaha menguasai
  • dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa
    seterusnya
  • mampu berbahasa dengan fasih dan lancar

10
Teori Pembelajaran Fungsionalis (Haliday)
  • Bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi.
  • Tiga fungsi bahasa
  • a-menyampaikan idea,b-menyampaikan maklumat
  • c-menyampaikan partisipasi kita
  • dalam proses berkomunikasi
  • Bahasa berubah sifatnya semasa
  • ia digunakan untuk berkomunikasi
  • Ciri penting-
  • Bahasa bukan sistem statik
  • Penekanan kepada semantik
  • Ada kepelbagaian semasa bahasa dituturkan
  • Menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.

11
Teori Pembelajaran Situasionalis
  • Bahasa adalah sebagai satu kod komunikasi
  • Bahasa dipelajari dengan cara
  • menggalakkan pembentukan kebiasaan.
  • Formula sosial perlu diperkenalkan kerana
  • berguna dalam konteks bermasyarakat.
  • Menyarankan supaya bahan-bahan pengajaran
  • disesuaikan dengan kaedah dengar-tutur.
  • Menggalakkan main peranansimulasi
  • atau berlakon dalam keadaan dan situasi sebenar

12
Teori Pembelajaran Kod-kognitif (Piaget)
  • Pembelajaran bahasa sebagai
  • satu proses pemikiran iaitu aktiviti mental
  • Aktiviti mental merupakan kebolehan
  • khas manusia.
  • Pemahaman struktur bahasa memudahkan pembelajaran
  • dan penguasaan bahasa tersebut..
  • Mementingkan pengetahuan dan kesedaran
  • tentang pola-pola sintaksis dan leksikal.
  • Bahasa adalah fenomena pemikiran dan bukan
    mekanikal
  • Hubungan rapat dengan teori psikologi kognitif
    pembelajaran
  • yang menekankan analisis dan pembelajaran
  • melalui proses deduktif.

13
  • Pendekatan yang menekankan
  • kepada fungsi bahasa.
  • Berdasarkan pandangan pandangan fungsionalis
  • terhadap ciri-ciri semula jadi bahasa yang
  • menekankan tatabahasa dan
  • makna secara serius

Teori Pembelajaran Anggapan
  • Pengetahuan semantik adalah perkara utama.
  • Bahasa adalah satu sistem
  • bukan sistem bentuk tetapi sistem makna
  • Menerangkan keperluan berkomunikasi
    pelajar-pelajar
  • dan kemudian mempamerkan cara-cara setiap
    komunikasi
  • yang diperlukan itu dinyatakan.

14
Kesimpulan
  • Kaedah-kaedah pembelajaran bahasa ini lahir
    daripada pelbagai teori dan pandangan linguistik
    yang berkait rapat antara satu sama lain.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com