FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 22
About This Presentation
Title:

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Description:

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Kursus: BBM 3203 Tatabahasa Melayu Kredit: 04 (3+1) Pensyarah: Prof. Madya Dr. Che Ibrahim bin Salleh – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:352
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 23
Provided by: FBMK
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


1
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASIUNIVERSITI
PUTRA MALAYSIA
  • Kursus BBM 3203 Tatabahasa Melayu
  • Kredit 04 (31)
  • Pensyarah Prof. Madya Dr. Che Ibrahim bin Salleh
  • B. Lett. (Hons) Dip. Ed., M.S., PhD.
  • Bidang Tatabahasa, Linguistik Terapan
  • Pelajar Program Bacelor Sastera (B.A.) dan
    Bacelor Pendidikan

2
MINGGU 01
Pengertian Tatabahasa, Tatatingkat Bahasa dan
Jenis Tatabahasa
3
HASIL PEMELAJARAN
  • Pelajar dapat
  • memberikan pengertian tatabahasa
  • menerangkan tatatingkat tatabahasa
  • menyenaraikan jenis tatabahasa dan mengenal pasti
    cirinya.

4
TATABAHASA
  • Teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa.
    Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa
    yang indah dan difahami pengguna. Dengan itu,
    bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan
    gaya dan laras bahasa yang tersendiri.
  • Oleh itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap,
    tuntas, lugas, dan mudah difahami serta
    mencerminkan kebolehan intrinsik penutur jati
    yang ideal.

5
PENDAPAT TENTANG TATABAHASA
  • Sistem bahasa yang mengandung morfem dan
    penyusunan morfem.
  • Struktur pertuturan atau penulisan yang diulang
    berasaskan fungsi dan tindak balas.
  • Pernyataan jelas tentang ikatan asas yang
    dibenarkan.
  • Alat untuk menghasilkan ayat yang betul dan tidak
    terbatas.
  • Sistem rumus yang terbatas untuk mewujudkan
    struktur yang tidak terbatas.
  • Proses penglahiran idea dan penyusunannya.

6
PENGERTIAN TATABAHASA
  • Seperangkat (paradigma/paradigm) pola penataan
    kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai
    oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun.
  • Salah satu cabang kajian linguistik atau analisis
    morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa.
  • Etika berbahasa, betul - salah, tepat - kurang
    tepat, baik tidak baik bahasa yang digunakan
    ketika berbahasa. Contoh
  • gt Pakaiannya anggun
  • gt Pakaiannya adalah anggun
  • gt Pakaiannya ialah anggun
  • gt Suaminya akan balik Pahang
  • gt Suaminya akan balik ke Pahang
  • gt Dia masuk tanpa memberi salam
  • gt Dia masuk dengan tidak memberi salam

7
SISTEM, FUNGSI DAN TUGAS TATABAHASA
  • Pernyataan dan definisi tatabahasa itu
    menunjukkan bahawa tatabahasa (kumpulan sistem)
    itu perlu dipatuhi untuk mewujudkan bahasa yang
    baik (tepat dari segi makna), dan indah (dari
    segi struktur) demi menjamin kemantapannya.
  • Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang
    gramatis dengan bentuk yang tidak gramatis.
  • Ukurannya tidak didasarkan pada korpus ujaran,
    kriteria makna, atau darjah penggunaannya, tetapi
    berasaskan bentuk ujaran, dan ketuntasan
    maknanya.
  • Tugas penting tatabahasa ialah penghuraian ayat
    yang sempurna. Oleh itu, tatabahasa tidak boleh
    dianggap remeh dan diubah secara arbitrari.

8
RUMUSAN PENGERTIAN TATABAHASA
  • Ilmu yang membicarakan aturan, kaedah atau sistem
    yang umum, yang meliputi bidang morfologi dan
    sintaksis, yang bersifat nalar dalam sesuatu
    bahasa.
  • Morfologi ialah ilmu yang membicarakan struktur,
    bentuk, dan golongan kata, serta cara perkataan
    diwujudkan daripada bunyi bahasa, dan pengaruhnya
    terhadap makna kata.
  • Sintaksis ialah ilmu yang membicarakan proses
    pembinaan ayat, cara perkataan itu disusun
    menjadi ayat, dan cara hubungan antara kata dalam
    ayat, iaitu dalam membentuk frasa, klausa dan
    ayat.

9
TATATINGKAT TATABAHASA
  • AYAT Unit tatabahasa tertinggi, ungkapan
    fikiran yang lengkap, intonasi sempurna,
    dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai
    subjek dan predikat.
  • KLAUSA Unit lebih rendah daripada ayat, terdiri
    daripada satu kumpulan atau lebih.
  • FRASA Kata yang membentuk unit sintaksis,
    letaknya antara kata dengan klausa.
  • KATA Morfem atau gabungan morfem, unit terkecil
    yang berstatus ayat atau ujaran.
  • MORFEM Unit tatabahasa terkecil yang bermakna
    leksikal atau fungsian.

10
Tatabahasa Formal
  • Cirinya ialah
  • Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik
  • Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri
    lakuan bahasa
  • Ciri lakuan bahasa itu mestilah dapat dilihat
    dan dirumuskan
  • Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam
    sistem
  • Berdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor
    ekstralinguistik
  • Berdasarkan tatabahasa huraian/deskriptif

11
Tatabahasa Deskriptif
  • Cirinya ialah
  • Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian
  • Penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu
    bahasa
  • Kemungkinan yang merangkumi morfologi dan
    sintaksis
  • Kemungkinan itu juga berasaskan ciri bahasa itu

12
Tatabahasa Nosional
  • Cirinya ialah
  • Sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna dan
    rasa
  • Ciri bahasa di dunia sudah ada acuannya
  • Berdasarkan kesejagatan bahasa
  • Berdasarkan struktur yang ideal
  • Struktur yang menjadi norma sahaja dianggap
    gramatis
  • Ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang
    bermakna

13
Tatabahasa Preskriptif
  • Cirinya ialah
  • Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Normatif
  • Ciri yang dianggap betul sahaja yang diberikan
  • Penggunaan acuan pencarian yang sedia ada
  • Penentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman

14
Tatabahasa Tradisional
  • Cirinya ialah
  • Mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa
    Latin dan Yunani.
  • Dapat diaplikasikan pada tatabahasa lain.
  • Bercirikan kajian bahasa sebelum linguistik
    moden.

15
Tatabahasa Bebas Konteks(Contex Free Grammar)
  • Jenis Tatabahasa Struktur Frasa
  • Rumus Tulis Semulanya seperti X Y
  • Rumus Tulis semula digunakan dengan tidak mengira
    apa-apa konteks X

16
Tatabahasa Fungsian(Functional Grammar)
  • Berdasarkan pandangan pragmatik
  • Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial
  • Berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia
  • (pragmatik pengkajian bahasa dari sudut
    pandangan pengguna, terutama pemilihan yang
    dibuat, kekangan yang dihadapi dalam interaksi
    sosial, dan kesan penggunaan bahasa dalam lakuan
    komunikasi)

17
Tatabahasa Transformasi Generatif(Transformationa
l Generative Grammar)
  • Dipelopori oleh Noam Chomsky pada tahun 1957
  • Ayat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai
    struktur luaran dan struktur dalaman
  • Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan
    melalui Rumus Struktur Frasa
  • Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi

18
Tatabahasa Pedagogi(Pedagogical Grammar)
  • Tatabahasa khusus untuk kegunaan guru bahasa
  • Berasaskan Pendekatan, Kaedah dan Teknik
    pengajaran tertentu
  • Penekanan terhadap pengajaran
  • gt bahasa ibunda
  • gt bahasa pertama
  • gt bahasa kedua
  • gt bahasa asing

19
Tatabahasa Sistemik(Systemic Grammar)
  • Penganalisisan pola bahasa berasaskan kaedah
    tertentu
  • Pola bahasa dianalisis di tempat yang berbeda
    dalam unit bahasa
  • Penekanan terhadap Teori Keperihalan Keadaan,
    Fonologi Prosodi, dan Kolokasi

20
Tatabahasa Stratifikasi(Stratificational Grammar)
  • Diperkenalkan oleh S. M. Lamb pada tahun 1962
  • Bahasa dilihat sebagai suatu struktur
  • Strukturnya terdiri daripada sistem strata yang
    saling berkaitan
  • Jenis tatabahasa yang popular tahun 1960-an

21
Tatabahasa Struktural(Structural Grammar)
  • Bahasa dianggap sebagai struktur
  • Unsur yang membentuk struktur itu mempunyai
    hubungan dan sifat tertentu
  • Unsur itu juga digunakan untuk menjanakan ayat
    dan menentukan struktur konstituennya

22
KESIMPULAN
  • Tatabahasa ialah penyataan umum tentang sifat
    nalar dan tidak nalar dalam sesuatu bahasa,
    khususnya tentang peraturan, kaedah dan sistem
    bahasa dari aspek morfologi dan sintaksis
  • Tatatingkat tatabahasa bermula dengan morfem,
    kata, frasa, klausa, dan ayat
  • Antara jenis tatabahasa ialah tatabahasa formal,
    deskriptif, nosional, preskriptif, tradisional,
    bebas konteks, fungsian, transformasi generatif,
    pedagogi, sistemik, stratifikasi, dan struktural
  • (nalar pertimbangan tentang baik buruk akal
    budi)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com