PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Description:

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PN. HJH. HAMINAH BT. ABDULLAH PEMILIHAN HASIL PEMBELAJARN (HP) Pilih satu HP fokus utama dan satu HP fokus sampingan bagi ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1314
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 31
Provided by: asd46
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


1
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • PN. HJH. HAMINAH BT. ABDULLAH

2
PEMILIHAN HASIL PEMBELAJARN (HP)
  • Pilih satu HP fokus utama dan satu HP fokus
    sampingan bagi satu waktu pengajaran (40 atau 80
    minit)
  • HP fokus utama diberi penekanan khusus dalam PP
    (70-80 daripada masa yang diperuntukkan)
  • HP fokus sampingan digabungjalinkan dalam PP
    (20-30 daripada masa yang diperuntukkan)

3
  • Dinasihatkan pilih aras yang sama bagi kedua-dua
    HP fokus dan sampingan
  • Penyerapan Sistem Bahasa dan Kemahiran Bernilai
    Tambah yang sesuai dengan tajuk

4
TEKNIK KERUSI PANAS
  • Semua pelajar membaca teks/bahan rangsangan yang
    sama
  • Seorang pelajar dipilih dan diminta duduk di atas
    kerusi di hadapan kelas
  • Pelajar-pelajar lain diminta mengemukakan soalan
    untuk dijawab oleh pelajar berkenaan
  • Soalan-soalan spekulasi digalakkan
  • Beberapa orang pelajar boleh mengambil bahagian
  • Latihan

5
TEKNIK PERBINCANGAN SECARA STESEN
  • Guru menyediakan satu tajuk perbincangan dan
    menulis tajuk-tajuk kecil (lima/enam tajuk kecil)
    di atas kertas sebak
  • Kertas sebak ditampal di lima/enam tempat di
    dalam kelas
  • Pelajar dibahagikan kepada lima/enam kumpulan.
    Setiap kumpulan diminta berada di hadapan kertas
    sebak dan berbincang tentang tajuk yang disediakan

6
  • Seorang pelajar daripada setiap kumpulan akan
    mencatat isi-isi penting yang dibincang dalam
    masa yang ditetapkan (3minit)
  • Guru memberi arahan supaya setiap kumpulan
    bergerak (mengikut arah jam) sehingga semua
    kumpulan dapat mencatatkan isi penting/idea
    mereka di atas kertas sebak
  • Semua pelajar duduk di tempat masing-masing dan
    membaca idea-idea yang telah dicatatkan
  • Guru membuat rumusan
  • Latihan

7
TEKNIK PERBINCANGAN BERDASARKAN SOALAN
  • Guru menyediakan soalan berdasarkan topik/tajuk
    tertentu dalam lembaran kerja
  • Guru memberi lembaran kerja tersebut dan meminta
    pelajar menjawab secara individu dalam tempoh
    masa yang singkat (5-10 minit)
  • Lembaran kerja dikumpul

8
  • Pelajar diminta duduk di dalam kumpulan
    (lima/enam orang) dan guru menberikan lembaran
    kerja setiap ahli dalam kumpulan
  • Berdasarkan jawapan di dalam lembaran kerja dan
    pengetahuan mereka, pelajar berbincang untuk
    mendapatkan jawapan yang tepat
  • Guru meminta wakil kumpulan melaporkan hasil
    perbincangan mereka
  • Latihan

9
TEKNIK BERCERITA
  • Guru memilih cerita yang sesuai dengan umur,
    latar belakang dan minat pelajar dan disesuaikan
    dengan objektif pembelajaran. Hubungkaitkan isi
    cerita dengan aspek-aspek yang hendak disampaikan
  • Ulang beberapa kali bahagian-bahagian tertentu
    (frasa/ayat) supaya pelajar dapat mengingatinya

10
  • Guru bercerita dengan nada suara dan intonasi
    yang sesuai untuk menarik minat pelajar. Gaya dan
    gerak-geri guru memainkan peranan penting
  • Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar dan
    bahan lain yang sesuai
  • Guru boleh mengemukakan soalan semasa atau
    selepas sesi bercerita

11
TEKNIK BERCERITA/BERBUAL MENGGUNAKAN JALUR
PERNYATAAN
  • Guru sediakan jalur pernyataan mengikut jumlah
    pelajar di dalam kelas (15 pernyataan yang
    berbeza)
  • Jalur pernyataan dimasukkan ke dalam kotak dan
    meminta pelajar mengambilnya. Setiap seorang satu
    jalur

12
  • Guru meminta pelajar membaca pernyataan dan
    menyambung pernyataan tersebut
  • Setiap pelajar diberi masa 2-3 minit untuk
    bertutur
  • Teknik ini sesuai untuk pengajaran dan
    pembelajaran bahasa (Melayu, Inggeris atau Arab)

13
TEKNIK TAMU DALAM PERANAN
  • Guru menjemput seseorang, contoh tukang kebun,
    jururawat, pemandu bas, kerani sekolah dll.
  • Pelajar diminta untuk menyoal tetamu tersebut
  • Tetamu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
  • Latihan

14
TEKNIK SQ3R
  • S SURVEY membuat tinjauan
  • Q QUESTION menyoal
  • R READ membaca
  • R RECITE melafaz
  • R REVIEW mengulang

15
LANGKAH PP
  • Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca
    secara luncuran untuk meninjau gambaran secara
    menyeluruh bahan yang dibaca
  • Guru/pelajar menyediakan soalan-soalan berkaitan
    dengan petikan yang dibaca

16
  • Pelajar membaca dan mencari jawapan kepada soalan
    yang disediakan
  • Pelajar melafaz atau menyatakan isi-isi penting
    petikan
  • Pelajar merujuk petikan untuk mengulang isi-isi
    petikan

17
TEKNIK KWLH
  • K What I know
  • Apa yang saya tahu tentang perkara yang dibaca
  • W What do I want to learn
  • Apa yang saya hendak belajar
  • L What I learned
  • Apa yang saya sudah pelajari
  • H How much I want to know
  • Apa lagi yang saya hendak tahu

18
BORANG KWLH
K Apa yang telah anda ketahui W Apa yang hendak diketahui L Apa yang telah anda pelajari H Bagaimana maklumat tambahan hendak diperolehi

19
LANGKAH PP
  • Guru menyatakan tajuk dan memberi borang KWLH
  • Guru bersoal jawab tentang perkara yang diketahui
    oleh pelajar
  • Pelajar diminta untuk mencatat di ruangan K
  • Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang apa
    yang pelajar ingin ketahui dan catatkan di
    ruangan W

20
  • Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca
    serta mencatat isi-isi penting dalam ruangan L
  • Guru berbincang dengan pelajar tentang
    soalan-soalan yang tidak terdapat melalui petikan
  • Pelajar diminta mencatat nombor soalan yang tidak
    ada jawapan
  • Guru berbincang dengan pelajar cara-cara
    mendapatkan maklumat tambahan dan mencatat di
    ruangan H
  • Latihan

21
TEKNIK LUNCURAN
  • Luncuran ialah membaca secara pantas untuk
    memahami idea utama, mendapat maklumat secara
    menyeluruh atau bagi mendapat gambaran am perkara
    yang dibaca

22
LANGKAH PP
  • Beri petikan kepada pelajar dan meminta mereka
    membaca pantas dalam tempoh yang ditetapkan (1
    atau 2 minit)
  • Meminta pelajar mencari perkara/isu yang
    dibincangkan dalam petikan yang dibaca
  • Semasa membaca, perhatian diberi kepada idea
    penting setiap perenggan untuk mendapatkan
    gambaran umum

23
  • Dalam pembacaan sebuah buku, fokus diberikan
    kepada bahagian tertentu seperti pengenalan,
    prakata, kandungan, tajuk utama, rumusan pada
    akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapatkan
    gambaran umum tentang buku yang dibaca

24
TEKNIK IMBASAN
  • Imbasan ialah pembacaan pantas untuk mendapatkan
    maklumat yang khusus atau tertentu

25
LANGKAH PP
  • Guru menyediakan soalan untuk dijawab oleh
    pelajar berdasarkan petikan
  • Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca
    pantas untuk mencari jawapan kepada soalan yang
    diberi

26
  • Guru meminta pelajar mengerakkan mata dari atas
    ke bawah dengan pantas muka surat petikan yang
    dibaca, sambil memberi tumpuan kepada maklumat
    yang dicari
  • Dalam pembelajaran, luncuran dan imbasan boleh
    digunakan bersama

27
TEATER PEMBACA
  • Skrip disediakan berdasarkan watak dalam teks
  • Setiap pelajar membaca menggunakan sebutan,
    intonasi dan gaya yang sesuai
  • Skrip untuk setiap pelajar yang terlibat
    diasingkan

28
TEKNIK PERMATA
  • Teknik ini dapat membantu pelajar mencipta sajak
  • PERMATA permainan kata-kata

29
LANGKAH PP
  • Guru menulis tajuk sajak di tengah papan putih
  • Guru meminta pelajar memberi kata atau rangkai
    kata yang menerangkan tajuk tersebut
  • Guru mencatat kata-kata yang dinyatakan
  • Guru membimbing pelajar memilih kata atau rangkai
    kata yang sesuai sambil membina ayat-ayat yang
    puitis
  • Pelajar menulis sajak yang lengkap secara
    kumpulan atau individu

30
TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com