Unit 2 Kuliah 2 dan 3 Teori Semantik - PowerPoint PPT Presentation

1 / 29
About This Presentation
Title:

Unit 2 Kuliah 2 dan 3 Teori Semantik

Description:

Unit 2 Kuliah 2 dan 3 Teori Semantik Prof.Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:106
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 30
Provided by: FBM3
Category:
Tags: balas | dan | kuliah | semantik | teori | unit

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Unit 2 Kuliah 2 dan 3 Teori Semantik


1
Unit 2 Kuliah 2 dan 3 Teori Semantik
  • Prof.Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah
  • Jabatan Bahasa Melayu,
  • Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
  • UPM.

2
Pengenalan
  • Terdapat pelbagai teori yang digunakan untuk
    menghuraikan makna seobjektif yang mungkin.
  • Antara teori yang pernah dikemukakan ialah teori
    tanda, teori segi tiga semiotik, teori imej,
    teori behaviurisme, teori analisis komponen dan
    teori logik simbolik.

3
Teori Tanda de Saussure (1916
  • Konsep semiotik diperkenalkan oleh Ferdinand de
    Saussure melalui dikotomi sistem tanda signified
    dan signifier atau signifie dan significant .
  • Petanda (signifie) adalah gambaran mental,
    fikiran, atau konsep.
  • Penanda (signifiant) adalah bunyi yang bermakna
    atau coretan yang bermakna.
  • Konsep ini melihat bahawa makna muncul ketika ada
    hubungan yang bersifat asosiasi antara yang
    ditandai (signified) dan yang menandai
    (signifier).
  • Tanda adalah kesatuan daripada suatu bentuk
    penanda (signifier) dengan sebuah ide atau
    petanda (signified).
  • Dengan kata lain, penanda adalah aspek material
    daripada bahasa iaitu apa-apa yang dikatakan atau
    didengar dan apa yang ditulis atau dibaca. Jadi,
    petanda adalah aspek mental daripada bahasa 
    (Bertens, 2001180).

4
TEORI SEGI TIGA SEMIOTIK
  • Teori Segitiga Semiotik dipelopori oleh Richard
    Ogden.
  • Berdasarkan teori ini, satu leksikal itu telah
    dipecahkan kepada tiga unsur atau entiti yang
    berhubungan antara satu dengan yang lain.
    Ketiga-tiga unsur tersebut ialah lambang atau
    bentuk kata, rujukan, dan konsep, seperti dalam
    rajah di bawah

5
  • Konsep atau fikiran mempunyai hubungan secara
    langsung (direct relationship) dengan kedua-dua
    unsur yang lain iaitu bentuk kata (lambang) dan
    benda (referen).
  • Bentuk kata (lambang) mempunyai hubungan yang
    tidak langsung (indirect relationship) dengan
    rujukan iaitu (benda)
  • Justeru itu, perhubungan antara keduanya ditandai
    dengan garis yang putus.

6
Teori Segi tiga semiotik Ogden dan Richards
(1949)
  • Fikiran
  • __ __ __ __ __ _
  • Simbol (Perkataan) Rujukan
  • (Benda atau Perkara)

7
Teori Semantik
  • Pengertian makna Wittgenstein dalam bukunya,
    Philosophical Investigations(1953)
  • Sesuatu kata dilihat dengan memerhatikan
    sesuatu yang dilakukan oleh manusia dengan kata
    itu bukan apa yang dikatakan oleh manusia
    tentang perkara itu (the true meaning of a word
    is to be found by observing what a man does with
    it not what he says about it).

8
Teori-teori dalam Kajian Semantik
  • TEORI IMEJ
  • Mengikut teori ini makna dapat dihuraikan
    berdasarkan gambaran atau imej yang ada dalam
    fikiran seseorang. Maksudnya, apabila sesuatu
    perkataan itu disebut, didengar atau dibaca oleh
    seseorang maka mental atau fikirannya akan
    menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan makna
    atau maksud perkataan ini.
  • Tegasnya, fikiran akan memberikan tafsiran
    tertentu (secara abstrak) terhadap perkataan
    tadi. Teori ini merupakan pendekatan saintifik
    dalam penghuraian makna yang digunakan secara
    meluas oleh pengkaji linguistik tradisional.

9
  • Satu masalah yang nyata apabila menggunakan teori
    ini
  • a. kita tidak dapat mengetahui dan menentukan
    apakah bentuk imej yang ada dalam gambaran atau
    pemikiran seseorang.
  • B. tiada sesiapa yang dapat menerokai otak
    manusia dan dapat meneropong dengan jelas
    gambaran dan imaginasi yang wujud dalam alam
    pemikiran seseorang semasa ia mentafsir makna
    bagi sesuatu perkataan.
  • c. imej yang muncul dalam otak seseorang itu
    tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau
    lambang yang nyata dan objektif.

10
  • Gambaran itu berbagai-bagai, terlalu abstrak dan
    relatif pula keadaannya.
  • Satu contoh yang umum diberikan ialah mengenai
    rajah segi tiga.
  • Imej rajah segi tiga itu sendiri ada dalam
    pelbagai bentuknya.
  • Bagi A mungkin rajah segi tiga itu berupa ?, bagi
    B pula mungkin berupa ?., bagi C, bentuk segi
    tiga itu mungkin ialah ?, bagi D pula bentuk itu
    berupa ? dan sebagainya. Dengan demikian, tidak
    ada satu penyelesaian yang khusus yang dapat kita
    buat mengenai gambaran sebenar yang wujud dalam
    fikiran seseorang mengenai makna sesuatu
    perkataan yang digambarkannya.

11
  • Satu lagi contoh, adalah mengenai tafsiran atau
    imej yang berlainan terhadap gambaran sesuatu
    keadaan, misalnya keadaan "seorang kanak-kanak
    yang lapar". Keadaan ini menimbulkan imej yang
    berlainan bagi orang yang berlainan.
  • Salah satu imej yang mungkin ditimbulkan ialah
    "keadaan kanak-kanak yang sedang menangis"
    (menangis merupakan cara menyatakan rasa lapar).
  • satu lagi imej mungkin menunjukkan "keadaan
    kanak-kanak itu menyuapkan sesuatu ke dalam
    mulutnya".
  • Kedua-dua imej ini berlainan tetapi ditujukan
    kepada satu keadaan sama, iaitu yang
    dimanifestasikan oleh gabungan perkataan "seorang
    kanak-kanak yang lapar".

12
Rumusan
  • Bentuk imej yang wujud dalam fikiran seseorang
    apabila dia mentafsir makna sesuatu perkataan itu
    biasanya ada hubungan dengan pengalamannya.
  • Seseorang yang pernah mengalami pengalaman yang
    pahit dengan gurunya mungkin mengimaginasikan
    "guru" sebagai seorang yang bengis, garang, tidak
    bertimbang rasa, dan sebagainya tetapi bagi
    seorang yang lain, yang pernah mengalami
    peristiwa manis yang tidak dapat dilupakan
    bersama-sama gurunya mungkin membayangkan "guru"
    sebagai seorang yang lembut, penyayang dan
    pengajar yang baik. Jadi, perkataan 'guru'
    membawa imej yang berbeza sama sekali kepada dua
    orang yang berlainan.

13
TEORI BEHAVIURISME
  • Mengikut teori behaviurisme, makna bagi sesuatu
    perkataan atau ayat mestilah ditinjau berdasarkan
    rangsangan dan gerak balas yang menyebabkan
    timbulnya sesuatu ujaran itu. la merangkumi
    aspek-aspek biologis yang dialami oleh penutur
    semasa dia mengujarkan sesuatu ayat atau
    perkataan.
  • Golongan behaviuris mengemukakan teori ini kerana
    mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil
    daripada operasi rangsangan dan gerak balas
    sebagaimana juga dengan perlakuan manusia lain,
    seperti makan, berjalan, tidur, senyum, dan
    sebagainya. Setiap rangsangan dan gerak balas
    serta proses biologi yang dialami oleh seseorang
    semasa bercakap mestilah dianalisis secara
    saintifik supaya makna ujarannya dapat
    ditaksirkan dengan jelas, tepat dan menyeluruh.

14
  • Sebagai contoh, ujaran "Perut saya lapar"
    merupakan gerak balas kepada suatu rangsangan
    yang wujud secara proses biologi di dalam perut
    penutur. Penutur berkemungkinan, telah agak lama
    tidak mengambil sebarang makanan untuk
    dimakannya, menyebabkan keluarnya enzim di dalam
    perutnya dan akibatnya timbullah rasa lapar. Rasa
    lapar ini menjadi rangsangan baginya untuk
    mengujarkan ayat "Perut saya
  • lapar".

15
Rumusan
  • Teori behaviurisme juga mempunyai kelemahan.
    Teori ini tidak dapat menghuraikan setiap ujaran
    dengan begitu lengkap, menyeluruh dan saintifik..
  • Apa yang berlaku dalam pemikiran dan sistem saraf
    otak penutur tidak dapat dilihat dengan jelas dan
    tidak ada mesin yang dapat merakamkan seluruh
    proses yang berlaku pada otak dan proses biologi
    seseorang semasa dia bertutur. Dengan demikian
    teori ini amat sukar untuk dipraktikkan.

16
  • teori ini juga tidak dapat menghuraikan makna
    bagi perkataan-perkataan yang mempunyai fungsi
    tertentu dalam tatabahasa, misalnya tidak dapat
    menjelaskan makna kata hubung seperti "dan",
    "tetapi", "kerana", dan lain-lain,
  • makna perkataan-perkataan yang berupa konsep
    seperti "ketuhanan", "segi tiga", "geometri",
    "meja", "rumah", dan lain-lain lagi yang pada
    dasarnya boleh ditakrifkan secara tersendiri,
    tidak dapat diaplikasikan huraian maknanya
    mengikut teori ini.

17
TEORI ANALISIS KOMPONEN
  • Teori ini ditimbulkan berdasarkan kaedah yang
    digunakan oleh ahli-ahli antropologi dalam
    menentukan istilah-istilah yang menunjukkan
    hubungan kekeluargaan.
  • Misalnya istilah "bapa" dan "datuk" dapat
    dijelaskan dengan menganalisis dan
    mempertentangkan komponen yang berkaitan
    dengannya misalnya "bapa" adalah "lelaki",
  • "anak kepada ..." dan
  • "ayah kepada..." manakala
  • "datuk" adalah juga "lelaki",
  • "ayah kepada ..." dan juga
  • "anak kepada .

18
  • Kaedah ini boleh diaplikasikan untuk menghuraikan
    atau menjelaskan makna perkataan.
  • Contoh dalam bahasa Inggeris misalnya, perkataan
    murder dan kill dapat dibezakan melalui cara ini,
    dalam mana komponen yang dapat menjelaskan makna
    murder ialah intension, causation dan death,
    manakala menjelaskan maksud "kill" hanyalah
    causation dan death.
  • Dalam bahasa Melayu konsep "sengaja" dan "tidak
    sengaja" seperti yang nyata daripada contoh
    perkataan di atas dapat dibezakan oleh penggunaan
    imbuhan, iaitu imbuhan "ter-" dan "me-". Dengan
    demikian konsep ini dapat difahami dengan lebih
    mudah.

19
  • mengikut teori analisis komponen, makna bagi
    sesuatu perkataan dianalisis sebagai suatu
    hubungan komponen-komponen yang kompleks.
  • Komponen itu dinamakan sebagai komponen semantik
    yang terdiri daripada kosa kata atau
    perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang diikat
    secara logik dan tetap (logical constant). Teori
    ini cuba menghuraikan makna sesuatu perkataan
    secara terperinci dan memasukkan sama unsur-unsur
    pertentangannya.

20
Contoh
  • Perkataan 'teruna' dapat dijelaskan maknanya
    dengan memperlihatkan komponen-komponen
    semantiknya, iaitu "manusia", dewasa", "lelaki",
    "belum berkahwin".
  • Kanak-kanak pula ditakrifkan sebagai "manusia",
    "lelaki" atau "perempuan", "bukan dewasa".
  • "ibu" pula diberi pengertian berdasarkan
    komponen, "manusia", "perempuan", "berkahwin" dan
    "mempunyai anak".
  • Demikianlah caranya perkataan-perkataan dalam
    sesuatu bahasa ditakrifkan mengikut teori ini.

21
Kelemahan Teori
  • Hanya menganalisis makna pada peringkat
    perkataan, tidak menganalisis makna pada
    peringkat ayat.
  • Contoh a. Mereka sedang bergaduh.
  • Mereka tidak berkelahi
  • Sukar untuk memilih dan menentukan
    komponen-komponen semantik yang khusus dan tepat
    untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan.
  • Misalnya makna "teruna", "dara", "kanak-kanak"
    dan "ibu", satu daripada komponennya ialah
    manusia dan perkataan "manusia" ini merangkumi
    "benda-benda" yang disebutkan sebagai teruna,
    dara, kanak-kanak dan ibu.

22
Rumusan
  • Satu masalah yang timbul di sini adalah bahawa
    perkataan yang merupakan komponen semantik bagi
    menghuraikan makna sesuatu perkataan itu
    mempunyai makna yang tersendiri yang perlu pula
    dihuraikan.

23
TEORI LOGIK SIMBOLIK
  • Menghuraikan makna bukan sahaja pada peringkat
    perkataan malah juga pada peringkat ayat dan
    perlakuan manusia, sebagai reaksi kepada
    tanggapan yang diterima oleh mereka mengenai
    sesuatu perkataan.
  • Teori logik simbolik ini membahagikan kajian
    makna kepada tiga bahagian iaitu semantik,
    sintaktik dan pragmatik.

24
  • Semantik dimaksudkan kepada kajian mengenai
    hubungan antara simbol dengan rujukan (reference)
    atau boleh juga dikatakan hubungan antara
    perkataan dengan benda. Rujukan atau benda
    biasanya dirujuk kepada kumpulan benda-benda yang
    ada persamaannya.
  • Sebagai contoh, perkataan "manusia" dirujuk
    kepada makhluk yang bernyawa, mempunyai akal dan
    sifat-sifat yang berbeza daripada binatang.
    "Manusia" juga meliputi golongan orang lelaki,
    perempuan, kanak-kanak, tua, dan muda. Mereka
    dikelompokkan sebagai manusia kerana sifat mereka
    yang mempunyai persamaan.

25
  • nktik
  • Sintaktik - mengkaji hubungan antara satu
    perkataan dengan perkataan lainnya yang boleh
    menentukan makna. Hubungan itu dapat dilihat pada
    konteks yang lebih besar, misalnya dalam ayat
    atau frasa. Sebagai contoh, perkataan "orang" dan
    "besar" apabila wujud berurutan boleh
    menghasilkan
  • dua makna, iaitu "orang besar"
  • " orang yang saiznya besar " dan
  • "orang yang berpangkat tinggi".

26
  • Begitu juga dengan urutan kata "makan" dan
    "hati", boleh membawa pengertian "makan hati"
    (makan hati lembu, ayam, dan lain-lain) atau
    "makan hati" dengan maksud "merana".
  • Ayat "anak abang saya yang sulung" pula boleh
    bermaksud "anak sulung abang saya" atau "anak
    kepada abang sulung saya". Ayat "adik cikgu yang
    comel" boleh membawa maksud "adik cikgu itu yang
    comel" atau "adik kepada cikgu yang comel".
  • Makna yang agak kabur ini boleh dijelaskan
    melalui kajian sintaktik.

27
Bidang Pragmatik
  • Mengkaji hubungan antara simbol atau perkataan
    dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang
    sebagai reaksi kepada perkataan yang ditujukan
    kepadanya.
  • Reaksi yang pelbagai bergantung kepada tanggapan
    seseorang.
  • Perkataan "saya", "aku", "patik", "beta
    misalnya, walaupun dirujuk kepada benda atau
    perkara yang sama, iaitu "rujukan kepada orang
    pertama tunggal", boleh membawa reaksi yang
    pelbagai.

28
Kelebihan Pragmatik
  • Pendekatan kepada penghuraian makna berdasarkan
    teori ini agak berkesan dibandingkan dengan
    teori-teori yang sebelumnya kerana teori ini
    mempertimbangkan sama ciri-ciri suasana (konteks)
    dan perlakuan yang mengiringi sesuatu ujaran.
  • Makna yang ditinjau berdasarkan konteks, biasanya
    lebih tepat kerana konteks merupakan aspek yang
    terpenting dalam penentuan makna bagi sesuatu
    ujaran.

29
Terima Kasih...
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com