Apakah dia Perisian? - PowerPoint PPT Presentation

1 / 28
About This Presentation
Title:

Apakah dia Perisian?

Description:

Apakah dia Perisian? Aturcara program dan dokumentasi berkenaannya Kategori Perisian: - Perisian sistem (System Software) - Perisian pembangunan sistem (System – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:92
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 29
Provided by: webFsktm5
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Apakah dia Perisian?


1
Apakah dia Perisian?
  • Aturcara program dan dokumentasi berkenaannya
  • Kategori Perisian
  • - Perisian sistem (System Software)
  • - Perisian pembangunan sistem (System
  • development software)
  • - Perisian pengguna (End-user program)
  • - Perisian aplikasi (Application software)

2
Perisian Sistem (system software)
  • - Merujuk kepada sistem pengoperasian e.g.
  • Windows 95/98/2000/NT, Novell, Solaris, Unix,
  • Linux.
  • - Juga aturcara utiliti (utility programs) yang
  • membolehkan pengguna melaksanakan tugas-tugas
  • penyelenggaran komputer (seperti backing up
    files,
  • de-fragmenting hard disks).
  • - Contoh aturcara utiliti seperti Microsoft
    Scandisk,
  • Norton utilities, anti-virus software.

3
Perisian Pembangunan Sistem(System Development
Software)
  • - perisian yang digunakan oleh pengaturcara
    untuk
  • membangunkan pelbagai jenis perisian samada
  • perisian sistem, end-user dan aplikasi.
  • - Contohnya Visual C, Java, Delphi, Visual
    Basic,
  • Access, FoxPro, PowerBuilder, Oracle dan
    Cobol.
  • CASE tool adalah juga perisian pembangunan
  • perisian.

4
Perisian Pengguna(End-User Software)
  • - Membantu pengguna melaksanakan tugas-tugas
  • seperti typing documents, performing
    calculations,
  • preparing slide presentations, drawing
    shapes.
  • - Contoh perisian end-user adalah Microsoft
    Office
  • Word, Excel, Access, Powerpoint, Outlook
  • browsers such as Internet explorer,
    Nextscape
  • Communicator.

5
Perisian Aplikasi(Application Software)
  • - Perisian aplikasi mungkin
  • Generik (generic) iaitu dibangunkan untuk
  • kegunaan pelbagai pelanggan (open market) .
  • Contohnya perisian Microsoft Office.
  • Tempahan (bespoke/custom) iaitu dibangunkan
  • untuk pelanggan tertentu mengikut
    spesifikasi yang
  • dikehendaki oleh pelanggan tersebut.

6
Krisis Perisian
  • Peringkat awal kemunculan komputer
  • - Kerja-kerja pengaturcaraan dilakukan oleh
  • pengguna aturcara.
  • - Tiada kesukaran untuk memahami keperluan
  • pengguna.
  • - Contohnya ahli fizik menulis sendiri aturcara
    untuk
  • membantu tugas-tugas pengiraan.
  • Penghujung 1950an dan disekitar 1960an
  • - Bahasa pengaturcaraan aras tinggi
    diperkenalkan.
  • - Komputer generasi ke-3 diperkenalkan
  • - Lahirnya profesion pengaturcara komputer.

7
Krisis Perisian
  • Perkembangan komputer generasi ke- 3
  • - permintaan kepada produk-produk baru
  • (demand for new products)
  • - bertambah saiz dan kekompleksan perisian
  • (increasing size and complexity)
  • - ubahsuai perisian yang sedia ada
  • (modification of existing products)

8
Krisis Perisian
  • Masalah yang dihadapi dalam menyokong
    perkembangan yang berlaku
  • - projek tidak dapat disiapkan pada masanya
  • - kos perisian lebih daripada yang dijangkakan
  • - perisian yang dibangunkan tidak bolehpercaya
  • (unreliable), susah untuk diselenggara,
    prestasi
  • adalah buruk.

9
Krisis Perisian
  • Satu contoh senario masalah yang dihadapi dengan
    pembangunan perisian berskala besar pada masa
    tersebut
  • Sistem komputer dilapangan terbang Denver
    sistem perisian berpusat dibina untuk mengawal
    4,000 kereta elektronik untuk mengangkut bagasi
    secara automatik .Tidak dapat disiapkan
    sepertimana yang dijadualkan. Pihak pengurusan
    mengalamai kerugian bagi setiap hari yang
    tertunda. Apabila telah disiapkan adalah didapati
    sistem ini tidak memenuhi keperluan pengguna.

10
Krisis Perisian
  • Metodologi, kaedah, teknik dan alatan yang sedia
    ada adalah secara kecilan dan tidak berkesan bagi
    menyokong kepada permintaan produk-produk baru.
  • Senario seperti ini distilahkan sebagai krisis
    perisian (software crisis) yang berkehendakkan
    kepada pendekatan baru dalam pembangunan
    perisian.

11
Bidang Kejuruteraan Perisian
  • 1968 bidang Kejuruteraan Perisian diwujudkan
    dipersidangan yang membincangkan krisis perisian.
  • 1970an penemuan baru dari segi alatan, teknik
    dan kaedah telah mula dihasilkan.
  • Jawatan jurutera perisian telah diwujudkan pada
    penghujung tahun 1970an.
  • 1980an dan 1990an Kejuruteraan Perisian lebih
    berkembang - kaedah spesifikasi sistem,
    rekabentuk, perlaksanaan, dan perlatan baru
  • Kesemuanya ini mengurangkan usaha yang diperlukan
    bagi membangunkan sistem yang besar dan kompleks

12
Sifat Semulajadi Kejuruteraan Perisian
  • Mudah berubah dan diubah
  • - Perbandingan di antara pembinaan produk
  • kejuruteraan awam contohnya jambatan dan
  • perisian Microsoft Word.
  • Setelah 10 tahun jambatan yang sama, tetapi
  • Microsoft Word telah melalui beberapa versi
  • - Perisian juga mudah diubah. Seorang
    pengaturcara
  • boleh menukarkankod sumber apabila diperlukan.
  • Contohnya menambah panjang katalaluan dari 8
  • kepada 12 aksara.

13
Sifat Semulajadi Kejuruteraan Perisian
  • Tidak boleh dilihat
  • Perisian adalah bersifat logikal berbanding
    dengan produk kejuruteraan lain yang bersifat
    fizikal.
  • Apa yang boleh dilihat adalah dokumentasi dan
    model-model analisa, rekabentuk dan kod sumber
    sehinggalah produk selesai dibangunkan.
    Menyukarkan pengurusan projek dan pengujian
    perisian.
  • Tiada penyelesaian yang piawai
  • Penyelesaian yang diambil bagi pembangunan
    sesuatu perisian adalah berbeza dengan satu
    projek perisian yang lain. Ianya bergantung
    kepada faktor seperti pengalaman ahli pembangun
    perisian, perisian aplikasi yang digunakan, skop
    dan tahap kesukaran projek.

14
Sifat Semulajadi Kejuruteraan Perisian
  • Penyelenggaran yang unik
  • Apabila sesuatu perisian tersebut memerlukan
    perubahan dari segi keperluan perisiannya,
    beberapa/berpuluh komponen-perisian perlu diubah.
  • Berbanding dengan komponen sebuah kereta yang
    boleh diganti dengan komponen yang baru sahaja.

15
Apakah dia Kejuruteraan Perisian?
  • Kejuruteraan Perisian merupakan satu disiplin
    kejuruteraan yang berkenaan dengan semua aspek
    pengeluaran perisian daripada peringkat permulaan
    iaitu spesifikasi/keperluan perisian sehinggalah
    penyelenggaran sistem.

16
Apakah dia Kejuruteraan Perisian?
  • Jurutera perisian perlu mengamalkan kaedah yang
    sistematik ke dalam pekerjaan mereka dan
    menggunakan alatan dan teknik yang sesuai
    bergantung kepada masalah yang hendak
    diselesaikan, kekangan yang ada pada pembangunan
    tersebut (the development constraints) dan
    sumber-sumber yang ada (resources available)

17
Konsep Penyelesaian Masalah Analisis Sintesis
Masalah
  • Analisis Masalah
  • - Bermula dengan membuat analisa ke atas masalah
    tersebut
  • dengan memecahkan masalah kepada sub-masalah
    yang
  • berhubungan.

18
Konsep Penyelesaian Masalah Analisis Sintesis
Masalah
  • Sintesis Masalah
  • - Sub-masalah diselesaikan dan disatukan untuk
    membentuk
  • satu penyelesaian kepada masalah.

19
Proses perisian, Kaedah, Teknik, Alatan
  • Dalam menyelesaikan masalah, jurutera perisian
    menggunakan
  • - proses perisian (software process)
  • - kaedah (methods)
  • - teknik (techniques)
  • - alatan (tools)
  • Proses perisian (software proses)
  • Merujuk kepada keseluruhan proses pembangunan
    perisian yang mengandungi beberapa fasa
    tertakrif.
  • Contoh proses perisian yang akan dipelajari
    Model Air Terjun, Model Evolusi, Model Spiral dan
    Model Transformasi Formal

20
Proses perisian, Kaedah, Teknik, Alatan
  • Kaedah (Methods)
  • Kaedah bagi membantu di fasa-fasa bagi proses
    perisian. Umumnya di fasa spesifikasi keperluan
    dan rekabentuk agar pengurusan bagi kedua-dua
    fasa ini dapat dikendalikan dengan lebih
    sistematik dan transformasi daripada spesifikasi
    keperluan kepada rekabentuk dapat dilaksanakan
    dengan lebih konsisten.
  • Contoh
  • VORD digunakan untuk analisa keperluan
  • UML digunakan untuk analisa keperluan dan
    rekabentuk
  • SSADM, kaedah yang merangkumi fasa analisa,
    spesifikasi dan rekabentuk.

21
Proses perisian, Kaedah, Teknik, Alatan
  • Teknik (techniques)
  • - Kaedah dibantu dengan teknik di dalam
    aktiviti-aktiviti analisa
  • dan rekabentuk sistem.
  • - Contoh DFD (data flow diagram) digunakan
    untuk
  • memodelkan pemprosesan dan aliran data di
    dalam sesuatu
  • sistem.
  • ERD (Entity Relationship Diagram) digunakan
    untuk
  • memodelkan entiti dan atribut di dalam sesuatu
    sistem.
  • Setiap teknik mempunyai notasi yang konsisten.

22
Proses perisian, Kaedah, Teknik, Alatan
  • Alatan (Tools)
  • Teknik dibantu dengan alatan. Contohnya DFD
    menggunakan drawing tool. ERD menggunakan
    drawing tool dan data dictionary.
  • Contoh-contoh alatan lain adalah
  • project management tools e.g. MS Project
  • drawing tools e.g. Visio Professional
  • CASE tools e.g. System Architect, Visible
    Analyst, Rational Rose

23
Proses perisian, Kaedah, Teknik, Alatan
  • Proses perisian, Kaedah, Teknik and Alatan dapat
    membantu
  • - mempertingkatkan kualiti perisian yang
    dihasilkan.
  • - mempercepatkan pengeluaran perisian
  • - merendahkan kos perisian

24
Penghasilan Fault-Free Software
  • Konsep Ralat, Kesilapan dan Kegagalan (Error,
    Fault dan Failure).
  • Ralat adalah salah faham (misunderstandings)
    yang terdapat pada proses pemikiran pembangun
    (developers thought process).
  • Apabila salah faham tersebut dimasukkan sebagai
  • spesifikasi/rekabentuk/kod aturcara/data ujian
    dan sebagainya), maklumat yang tidak betul ini
    dipanggil kesilapan.

25
Penghasilan Fault-Free Software
  • Kesilapan menyebabkan perisian berfungsi dalam
    keadaan yang tidak betul atau mengeluarkan output
    yang salah, keadaan ini dipanggil kegagalan.

26
Ralat, Kesilapan, Kegagalan(Error, Fault dan
Failure)
  • Gambarajah menunjukan bagaimana kesalahan
  • manusia boleh mengakibatkan kepada kesilapan.

27
Ralat, Kesilapan, Kegagalan(Error, Fault dan
Failure)
  • Sesetengah dari kesilapan(fault) perisian boleh
    diabaikan.
  • Manakala sesetengahnya boleh mengakibatkan kos
    dan masa yang tinggi.
  • Sesetengahnya pula boleh mengancam
    keselamatan/nyawa pengguna (life-threatening).
  • Beberapa contoh peristiwa yang mengancam
    keselamatan pengguna
  • The London Ambulance Service
  • Therac-25 (a computer-controlled radiation
    machine)
  • Ariane 5, Flight 501

28
Rujukan
  • Pfleeger, Shari Lawrence, 2001, Software
    Engineering Theory
  • and Practice, 2nd edition, Prentice Hall
  • Sommerville, Ian, 2001, Software Engineering, 6
    edition, Addison
  • Wesley
  • P. Sellapan, Software Engineering Management and
    Methods,
  • 2000, Sejana Publishing.
  • Mohd. Yazid Idris, Paridah Samsuri, Rozlina
    Mohamed, Suhaimi
  • Ibrahim, Wan Mohd Nasir, Kejuruteraan Perisian,
    2000, UTM
  • Publishing.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com