Teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak - PowerPoint PPT Presentation

1 / 48
About This Presentation
Title:

Teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak

Description:

Teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak Teori Humanis Teori Psikoanalitik Teori Perkembangan Teori Kognitif Teori Gestalt Teori Behaviourism – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:974
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 49
Provided by: Manj151
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak


1
Teori Perkembangan Pengutaraan Tampak
Kanak-Kanak
  • Teori Humanis
  • Teori Psikoanalitik
  • Teori Perkembangan
  • Teori Kognitif
  • Teori Gestalt
  • Teori Behaviourism
  • Teori Konstruktivisme

2
Teori Humanis
  • Teori yang berasaskan konsep kepuasan dan
    keperluan yang dikemukakan oleh Abraham Maslow.
  • Mengandungi 7 kategori keperluan yang boleh
    dijelaskan dalam konteks murid-murid iaitu
    keperluan fisiologi, keperluan keselamatan,
    keperluan kasih sayang, keperluan kasih sayang,
    keperluan penghargaan diri, keperluan mengetahui
    dan memahami, keperluan estetikan serta
    kerperluan kesempurnaan diri.

3
a. Keperluan fisiologi
  • Keperluan asas yang perlu dipenuh oleh orang
    dewasa kepada kanak-kanak seperti makanan,
    pakaian, tempat tinggal dan sebagainya supaya
    mereka berasa selesa untuk menghadapi
    pembelajaran dan pembesaran.

4
b. Keperluan keselamatan
  • Kanak-kanak memerlukan jaminan keselamatn dan
    perlindungan. Pada tahap ini kesejahteraan diri
    mereka seperti tempat belajar yang selesa, guru
    yang baik dan persekitaran yang tidak
    membahayakan perlu diberi perhatian.

5
c. Keperluan kasih sayang
  • Kanak-kanak perlu diterima oleh orang lain dan
    sentiasa perlu dihargai. Kanak-kanak yang tidak
    mempunyai kasih sayang yang cukup terutamanya
    daripada keluarga akan mengalami tekanan dan
    sukar untuk menerima pelajaran disebabkan oleh
    tekanan yang dihadapi.

6
d. Keperluan penghargaan diri
  • Kanak-kanak ingin diberi penghormatan dan ini
    menyumbangkan sesuatu yang berfaedah kepada
    kumpulan.

7
e. Keperluan mengetahui dan memahami
  • Sekiranya keperluan-keperluan asas dipenuhi,
    kanak-kanak akan lebih bermotivasi bagi
    mengetahui alam sekeliling

8
f. Keperluan estetika
  • Kanak-kanak ingin menghayati dan menikmati
    keindahan alam hanya selepas keperluan lain dalam
    hierarki itu dipenuhi.

9
g. Keperluan kesempurnaan diri
  • Peringkat tertinggi iaitu ke arah kesempurnaan
    hidup yang lebih bermakna. Tidak semua orang akan
    berjaya ke peringkat ini.

10
  • Teori Hierarki Keperluan Maslow

Keperluan kesempurnaan diri
Keperluan estetika
Keperluan mengetahui dan memahami
Keperluan penghargaan diri
keperluan kasih sayang
Keperluan keselamatan
Keperluan fisiologi
11
Teori Psikoanalitik
  • Dikemukakan oleh Sigmund Freud
  • Pengasas dalam aliran psikologi atau psikologi
    dalaman (depth psychology)
  • Diiktiraf sebagai kaedah merawat individu yang
    mengalami masalah tekanan emosi.
  • Freud manusia dilahirkan dengan naluri
    semulajadi (inborn drives).
  • Berdasarkan pandangan ini maka lahirlah konsep
    antirasionalisme dalam segala gerak geri manusia
    (tdk rasional, tidak sosial yang penuh dengan
    desakan yang blh merosakkan diri senidiri dan
    individu yang lain).
  • Desakan paling utama lebih menjurus untuk
    mendapatkan kepuasan nafsu sendiri.

12
Id, Ego dan Superego
  • Pembentuan personaliti manusia adalah berdasarkan
    3 sistem yang berbeza tetapi saling berkaitan
    iaitu id, ego dan super ego.

13
  • Id dorongan dan tenaga naluri yang mendorong
    manusia bagi bertindak dan mendapat kepuasan
    tanpa mengira akibatnya.
  • Id didorong oleh tenaga kehidupan yang
    memotivasikan tingkah manusia yang dkenali
    sebagai libido.
  • Id terdapat semua desakan asas dan keinginan
    manusia. Mengandungi dua bahagian iaitu
  • - naluri kehidupan
  • - kematian

14
  • Ego personaliti yang terbentuk melalui
    pengalaman iaitu proses psikologi seperti
    mengingati mengamati, merasai dan sebagainya.
  • Ego berfungsi mengawal kehendak yang tidak
    dapat dipuaskan oleh id.
  • Ego berpegang kepada prinsip realiti hidup.
  • Super ego ialah bahagian personaliti bermoral
    dan boleh berkembang beransur-ansur melalui
    pengaruh persekitaran.

15
  • Super ego - personaliti bermoral dan boleh
    berkembang beransur-ansur melalui pengaruh
    persekitaran.
  • Cabang moral dan mewakili perkara yang individu
    percaya tidak patut dilakukan.
  • Berfungsi mengawal tingkah laku mengikut
    peraturan masyarakat dan penawaran ganjaran bg
    tingkah laku baik dan hukuman bagi tingkah laku
    buruk.

16
Teori Iceberg - Freud
  • 1935 Freud mengklasifikasi fungsi otak manusia.
  • Membahagikan otak manusia kepada tiga paras
    kesedaran yang mempengaruhi perkembangan
    personaliti mereka iaitu
  • - Otak yang mengawal alam sedar (conscious
  • mind)
  • - Otak yang mengalami alam bawah
  • (subconscious mind)
  • - Otak yang mengalami tidak bawah
  • (unconscious mind)

17
  • Alam sedar berada di bawah alam kesedaran kita.
  • Blh dikawal dengan ingatan peristiwa lama yang
    pernah berlaku.
  • Alam bawah sedar adalah fenomena yang bukan dalam
    kawalan kita berlaku tanpa kawalan berlaku
    tanpa kawalan, kecuali dalam keadaan yang
    istemewa atau anugerah Tuhan.
  • Lazimnya berlaku dalam mimpi atau ketika hilang
    ingatan.

18
  • Menurut Freud 2 andaian kreatif iaitu
  • - penulis menghasilkan karya mereka
  • melalui dua jalan iaitu fantasi atau
  • mimpi.
  • - Antara hubungan seks neurosis (fantasi) dan
    nasisme.
  • Kedua-dua andaian ini saling berkaitan dan
    lazimnya terjadi di dalam mimpi.
  • Freud menyamakan penulisan kreatif dan kreativiti
    kanak-kanak untuk menjelaskan konsep fantasi.
  • Fantasi sama dengan konsep imaginatif
    kanak-kanak.

19
Keperluan guru memahami dan mengaplikasikan Teori
psikoanalisis
  • Kefahaman tentang teori ini akan memudahkan guru
    untuk menangani masalah ketegangan perasaan
    murid-murid. Guru harus memahami tiga teknik asas
    merawat pesakitnya iaitu

20
a. Perkaitan bebas
  • Murid-murid yang mengalami tekanan emosi akan
    meluahkan setiap perkara yang terlintas
    difikirannya. Guru boleh membuat interpertasi
    menerusi bentuk dan imej yang dihasilkan oleh
    pelajar.

21
b. Pemindahan
  • Murid mengarah emosinya pada guru seni
    seolah-olah guru seni yang menyebabkan perasaan
    itu. Guru seni perlu sabar dengan telatah anak
    muridnya.

22
c. Interpertasi mimpi
  • Interpetasi dibuat secara spontan. Keadaan tidak
    sedar bagi seseorang murid di lahirkan melalui
    mimpi atau imaginatif.
  • Guru perlu faham dan membuat interpetasi tehadap
    masalah murid secara mendalam.

23
  • Aktiviti seni merupakan terapi yang paling sesuai
    digunakan kepada murid-murid.
  • Kanak-kanak meluahkan perasaan dalaman melalui
    penghasilkan karya seni.
  • Guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh
    murid melalui penghasilkan karya seni.
  • Guru harus bertindak sebagai kaunselor kepada
    pelajar.
  • Melalui karya seni dapat membuat penilaian pada
    diri pelajar

24
  • Penggunaan garisan, warna, bentuk dan objek
    menggambar perasaan sebenar kanak-kanak.
  • Guru perlu peka pada emosi pelajar.
  • Mengawal emosi pelajar dengan aktiviti seni.

25
Teori Perkembangan
  • Perkembangan adalah perubahan dalam diri
    seseorang individu yang bersifat kualitatif.Satu
    proses yang berterusan dari masa lahir hingga ke
    akhir hayat. Setiap bayi akan meniarap,
    merangkak, duduk, berjalan dan berlari.
  • Perubahan perkembangan blh dilihat dari segi
    kemahiran interaksi kanak-kanak.
  • Perkembangan dipengaruhi oleh faktor dan
    persekitaran.
  • Perkembangan merujuk kepada perubahan dalam
    pemikiran, rohani, moral dan sosial.

26
  • Terdapat proses perkembangan yang yang berbeza
    daripada aspek-aspek seperti mental, jasmani,
    emosi dan sosial.
  • Mok Song Sang(2001), Faktor-faktor yang
    mempengaruhi perkembangan individu adalah
    genetik, persekitaran, perbezaan, fizikal, mental
    dan emosi.
  • Perkembangan merangkumi tiga aspek penting iaitu
  • a. kognitif - intelek, pesepsi dan bahasa
  • b. afektif - emosi, sosial, estetika dan
    kreatif
  • c. psikomotor - perkembangan dan
  • kemahiran.

27
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
  • Piaget terkenal dengan sumbangannya pada
    stuktur dan operasi tingkah laku cerdas dan teori
    perkembangan berurutan.
  • Jalan kajian tentang bagaimana individu
    memperoses maklumat dan mengemukakan pendapat
    tentang perkembangan kognitir manusia dalam
    bentuk tahap demi tahap
  • Terdapat empat peringkat perkembangan kognitif
    yang dikenalpasti
  • - peringkat deria motor - pergerakan (0-2
    thn)
  • - peringkat praoperasi - praperlaksanaan
    (2-7 thn)
  • - peringkat operasi konkrit - nyata (7-11
    thn)
  • - peringkat operasi formal (12 tahun ke
    atas)

28
  • Piaget terdapat perbezaan individu dalam
    mencapai tahap perkembangan
  • Guru harus sedia aktiviti pembelajaran yang
    sesuai dengan kebolehan pemikiran dan keupayaan
    fizikal kanak-kanak.
  • Bayi dan kanak-kanak belajar sendiri melalui
    interaksi dengan persekitarannya.
  • Dlm PSV teori kognitif Piaget yang proses
    asimilasi boleh berlaku apabila murid-murid
    menggunakan pengetahuan sedia ada dalam
    menghasilkan seni.

29
Sambung
  • Pembelajaran sebenar berpunca dari murid itu
    sendiri dan ia boleh berlaku dalam pendidikan
    seni melalui penglibatan dan penerokaan secara
    aktif murid dengan benda maujud semasa proses pp.

30
Teori Kognitif Jerome Bruner
  • Hampir sama dengan teori Piaget
  • Membahagikan peringkat perkembangan kognitif
    kepada 3 iaitu
  • - Enaktif - libatkan penggunaan anggota pada
    umur 0
  • hingga 2 thn.
  • - Ikonik - kebolehan membayangkan atau
  • menggambarkan sesuatu perkara dalam umur 2
    hingga
  • 4 thn.
  • - Simbolik - iaitu apabila kanak-kanak 5
    hingga 7 dapat
  • berfikir dan menggambarkan bahasa.
  • - Ketiga-tiganya saling berkait dan digunakan
    secara
  • berterusan dalam kehidupan harian
  • individu.

31
sambung
  • Aspek penting dalam teori Jerome Bruner yang
    dikaitkan dengan pendidikan seni adalah penekanan
    Bruner pada pembelajaran secara induktif,
    pembelajaran melalui penemuan bebas ataupun
    pembelajaran secara terbimbing.

32
Teori Perkembangan Afektif
  • Dipelopori oleh Albert Bandura dan Richard
    Walters.
  • Tekankan cara individu bertingkah laku yang betul
    dalam konteks sosial .
  • Berkaitan dengan pembelajaran sosial mengetahui
    apa yang patut dilakukan bila, dimana dll.
  • Tingkah laku manusia yang kompleks dan
    pembelajarannya berlaku dengan pelbagai cara yang
    melibatkan lisan, maklumat serta
    pemerhatian/peniruan model.
  • Peniruan adalah berdasarkan perbuatan, perkataan,
    gaya, cara dan sebagainya.

33
  • Prinsip-prinsip dalam teori ini melibatkan
    bebrapa peringkat iaitu
  • - Fasa penemuan
  • - Fasa penerimaan
  • - Fasa pengeluaran
  • - Fasa motivasi
  • Menekankan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru
    bagi membentuk tingkah laku yang baru kepada
    murid-murid.
  • Cth etika berpakaian, ketepatan masa dan tingkah
    laku yang positif

34
Rakan sebaya sebagai model
Guru sebagai model
Teori Modelling Bandura
Tiada tingkah laku agresif
Bakal contoh model yang hendak dipelajari
35
Teori Perkembangan Psikomotor
  • Havighurst mengatakan, perkembangan fizikal
    adalah berlandaskan sosiobudaya dan perkembangan
    jasmani. Selain itu, perkembangan personaliti
    seseorang individu turut dipengaruhi oleh
    nilai-nilai dan norma-norma masyarakat.(Mok Soon
    Sang, 2001)
  • Aspek persekitaran lebih penting bagi
    perkembangan seseorang individu. Ia merangkumi

36
  • Nilai-nilai dan norma masyarakat
  • Budaya masayarakat
  • Faktor biologi - baka dan kematangan
  • Faktor sosial - kawan, keluarga dan masyarakat
  • Faktor psikologi - keperluan untuk kasih sayang
    dan memiliki konsep kendiri yang positif

37
Meningkatkan kualiti domain psikomotor
  • Melalui aktiviti-aktiviti PSV murid-murid dapat
    belajar, mengalami dan meningkatkan kualiti
    domain psikomotor mereka.

38
Teori Gestalt
  • Berasal dari perkataan German bermaksud
    organisasi atau konfogurasi. Dipelopori oleh tiga
    orang ahli psikologi German iaitu
  • Max Wertheimer (1880-1943)
  • Kurt Koffka (1886-1941)
  • Wolfgang Kohler (1887-1967)

39
  • Kajian tertumpu kepada domain kognitif yang
    mendedahkan bagaimana otak manusia bertindak pada
    persepsi yang diterima daripada deria
    penglihatan.
  • Cth bagaimana otak mentafsir imej wajah
    seseorang yang dikenali dan pernah dilihat
    sebelum ini.

40
Hukum Pragnaz
  • Pragnaz - prinsip-prinsip pengamatan
  • Empat prinsip pengamatan
  • a. Prinsip dekatan - Penanggapan seseorang
    cenderung mencorakkan ransangan dengan
    mengumpulkan ransangan yang berhampiran dengan
    satu kumpulan.
  • b. Prinsip persamaan Mudah difahami. Individu
    akan cenderung untuk mengklasifikasi ransangan
    yang mempunyai persamaan dalam kump. yang sama.

41
  • c. Prinsip kesempurnaan seseorang cenderung
    melengkapkan sesuatu yang tidak lengkap
  • d. Prinsip persambungan cenderung menganggap
    persambungan garisan yang menunjukkan suatu
    bentuk yang berterusan

42
Bagaimana teori gestalt bertindak dalam
pendidikan seni.
  • Dalam menganalisis lukisan kanak-kanak, didapati
    kanak-kanak sering membuat modifikasi imej-imej
    yang dilukis dengan imej yang dilihat. Mengikut
    Feldman, terdapat dua imej dalam lukisan
    kanak-kanak
  • - Imej intracerebal - terkandung dalam
    pengamatan kanak-kanak.
  • - Imej yang dipaparkan melalui penyataan
    artistik kanak-kanak.

43
  • Kanak-kanak lazimnya sering membuat
    pengubahsuaian/ pada imej yang dilihat
  • Keadaan ini berlaku disebabkan 4 faktor
  • - modifikasi kesan penukaran ransangan optif
    kepada saraf cerebal otak
  • - Modifikasi tanggapan dalam proses mencari
    imej yang sesuai
  • - Modifikasi imej kesan penggunaan media dan
    proses artistik
  • - Keupayaan otak koordinasi psikomotor
    kanak-kanak.

44
  • Sebagai guru kita harus menerima intipati/imej
    yang dihasilkan oleh kanak-kanak.
  • Pengamatan guru seni amat memainkan peranan
    penting dalam menterjemahkan setiap imej.

45
Teori Konstruktivisme
  • Diasaskan oleh Jerome Bruner.
  • Tentang proses belajar yang memerlukan
    penglibatan akti pelajar dalam membina idea-idea
    baru yang berdasarkan pengetahuan sedia ada
    pelajar.
  • Pelajar memilih dan menterjemah maklumat, membuat
    andaian, membuat keputusan dan bergantung kepada
    kebolehan kognitif .
  • Pendekatan konstruktivis menganjurkan individu
    terlibat dengan aktiviti penemuan melalui
    interaksi dengan persekitaran.

46
Pendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran
  • Menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut
    konteks kesanggupan pelajar untuk belajar
    (kesediaan).
  • Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan
    yang mampu difahami oleh pelajar
  • Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara
    penghasilan ilmu (melangkaui maklumat yang
    dibekalkan oleh guru)

47
  • Tugas guru ialah menterjemahkan maklumat ke
    bentuk yang sesuai dengan tahap pemahaman
    pelajar.
  • Kaedah ini mengaplikasi 4 cara tertentu di dalam
    penyampaian sesuatu topik.
  • - Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar
    agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat
    yang diterima.
  • - Menstruktur maklumat agar lebih mudah
    diterima dan difahami.
  • - Susunan paling berkesan di dalam
    menyampaikan material pengajaran.
  • - Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau
    hukuman yang akan dikenakan sekiranya pelajar
    berjaya atau gagal melakukan sesuatu.
  • Pendekatan konstruktivisme menyarankan agar
    pendidika membimbing terlebih dahulu pengalaman
    dan tahap ilmu yang dimiliki oleh pelajar agar
    pengajaran serta aktiviti dalam kelas dapat
    disesuai dengan tahap pelajar.

48
Teori Behaviourisme
  • Behaviourisme Kefahamn tingkah laku.
  • Tokoh-tokoh Edward L. Thorndike dan B.F. Skinner.
  • Menurut Teori Berhaviourisme, pembelajaran adalah
    perubahan yang berlaku dalam diri seseorang yang
    disebabkan oleh pegalaman.
  • Peri laku dan gerak sebagai unsur penting dalam
    sesuatu pembelajaran. Gerak laku seseorang dapat
    menunjukkan proses pembelajaran berlaku atau
    tidak.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com