Informan Bahasa - PowerPoint PPT Presentation

1 / 16
About This Presentation
Title:

Informan Bahasa

Description:

... perlu beri sedikit sagu hati mengikut keperluan orang ... The Signs of Language. Cambridge, MA: Harvard University Press. Bialystok, E. dan Frohlich, M. ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:92
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 17
Provided by: FBMK
Category:
Tags: bahasa | informan | sagu

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Informan Bahasa


1
Informan Bahasa Pengisah, orang yang memberi
keterangan atau maklumat tentang sesuatu
perkara. Orang yang menjadi fokus dalam
masyarakat dan tahu sikap dan latar diri ahli
masyarakatnya. Contoh Ketua kampung, pegawai
daerah, individu tertentu. Keperluan informan
bahasa Kerjasama cari sampel kajian, keterangan
tentang latar belakang dan sejarah masyarakat
setempat. Selepas kajian, perlu beri sedikit sagu
hati mengikut keperluan orang tempatan.
Jangan menghina, pandang rendah. Jalin hubungan
yg selamat, hindari dpd membuat sebarang komen.

2
  • Cara Merakam Data
  • Minta izin, terangkan tujuan rakaman, termasuk
  • Diri perakam/penyelidik
  • Tempat rakaman dibuat
  • Tarikh rakaman dibuat
  • tajuk
  • Butir diri informan, iaitu nama,tarikh lahir
    (jika perlu), umur, pekerjaan, lama bermastautin.

3
Korpus Linguistik Bahan linguistik, kumpulan
ujaran tertulis atau lisan yang digunakan untuk
menyokong atau menguji hipotesis tentang sesuatu
struktur bahasa. Contoh korpus linguistik ujaran
lisan Tunduk kasih sayang kepada aku rawan
kasihan Sedangkan lagi harimau garang
beranak Berkat tanah seberang tunduk kasih
sayang kepadaku Rawan kasihannya
kepadaku Seperti engkau manusia tidak tunduk
kasih sayangmu kepadaku Lagikan gajah tunggal
berkaki tunggal Tanah seberang tunduk kasih
sayang kepadaku Mustahil manusia tidak tunduk
kasih sayang kepadaku
4
Contoh Korpus linguistik kumpulan ujaran
tertulis Shaer Bidasari (Dipetik daripada Drie
Maleische Gedichten (Tiga Shaer Melayu) oleh
H.C. Klinkert, Leiden, 1886). Bismillahi itu
permulaan kalam, Dengan nama Allah Khalikul
alam, Melimpahkan rahmat siang dan malam, Pada
segala mumin dan Islam. Dengarkan tuan suatu
riwayat, Raja di-desa negeri Kembayat, Di-karangk
an fakir jadi hikayat, Di-sejokkan dengan shaer
ibarat.
5
Ada-lah raja sa-buah negeri, Sultan Angkasa,
bijak bestari, Asal baginda raja yang
bahari, Limpah adil pada dagang senteri. Berapa
lama di-dalam kerajaan, Baginda dudok di-dalam
kesukaan, Ada kapada suatu
masa Melayang-lah unggas dari angkasa, Unggas
geroda sangat perkasa, Baginda pun lari
menanggong seksa. Geroda menyambar ka-dalam
desa, Habis-lah negeri rosak binasa, Di-sambar
geroda burong angkasa, kelam kabut, sabor
termasa.
6
  • Cara Mendapatkan Maklumat Kajian
  • Maklumat tentang budaya bendaan
  • saiz, ketinggian, warna, kegunaan
  • Maklumat tentang gerak-geri, contohnya yang
    berkaitan dengan istilah seni tari
  • 3. Maklumat sebutan atau lafaz
  • 4. Maklumat daripada cerita
  • 5. Maklumat daripada perbualan/temuduga
  • 6. Maklumat daripada soal selidik

7
Persampelan Prinsip utama persampelan adalah
memastikan kebolehan sampel mewakili
populasi. Jenis persampelan yang paling asas
ialah persampelan rawak mudah. Persampelan rawak
mudah dijalankan dengan mencabut satu sampel
daripada senarai nama individu.Senarai nama
individu ini dipanggil Rangka Persampelan.
Melalui proses rawak ini, setiap individu
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih dengan
individu lain pada tiap-tiap cabutan. Bagi
memilih satu sampel daripada suatu rangka
persampelan, maka kita gunakan Jadual Nombor
Rawak. Cara Mengambil Sampel dengan Menggunakan
Jadual Nombor Rawak Katakan kita ada senarai nama
3000 pelajar dari sebuah universiti. Kita ingin
mengambil satu sampel berjumlah 50 orang daripada
senarai tersebut. Senarai nama telah diberikan
nombor siri dari 1 hingga 3000. Nombor maksimum
adalah 3000, iaitu empat angka. Maka kita gunakan
empat turus angka sahaja. Kita boleh mula mengira
daripada barisan atas, turus paling kiri (nombor
07018) dan turun ke bawah.
8
Tajuk Persampelan 1. Persampelan
Strata Persampelan strata digunakan oleh
penyelidik bagi menentukan sampel mengikut
pecahan yang sama banyak. Misalnya pecahan 1/20
bersamaan 100/5 daripada sampel. Perhatikan
contoh Kolej Populasi 1 5,461 2 1,850 3 2
,092 4 3,508 5 2,112 6 318 7
482 N Kiraan menggunakan pecahan
sampel, 1/20 Kolej Populasi Sampel 1 5,461
2 1,850 3 2,092 4 3,508 5 2,112
6 318 7 482 N
n
9
2. Persampelan Rawak Berlapis Populasi terdiri
daripada lebih satu golongan, misalnya golongan
lelaki dan golongan perempuan. Tiap-tiap golongan
dikenali sebagai lapisan. Misalnya, dalam satu
populasi, terdapat 58 (110org) perempuan dan 42
(80org) lelaki. Berapa jumlah sampel yang sah?
Lapisan perempuan 110/100 ______
____ X 58 ______ Lapisan
lelaki 80/100 ______
___X 42 ______ 3. Persampelan
Kelompok Mengambil sampel daripada sekelompok
unsur yang dikaji. Contoh Seorang penyelidik
ingin mengetahui pendapat staf sebuah fakulti
tentang isu bahasa rojak. Staf dikelompokkan
mengikut tingkat sesebuah blok dalam fakulti
tersebut. Setiap tingkat dipanggil kelompok. Jika
fakulti tersebut mempunyai 5 blok, dan setiap
blok mempunyai 3 tingkat, maka dalam fakulti itu
terdapat 15 kelompok. Kelompok-kelompok ini
diberi nombor siri 1 hingga 15. Daripada senarai
nombor siri, kelompok dipilih mengikut tatacara
sampel rawak mudah. Saiz sampel yang sebenar
tidak diketahui sehinggalah kelompok dipilih. Hal
ini kerana kelompok lazimnya tidak mengandungi
jumlah sampel yang sama, dan bergantung kepada
kelompok-kelompok yang terpilih secara rawak.
10
4. Persampelan Sistematik Persampelan
sistematik memerlukan rangka persampelan. Bagi
mendapat sampel, pilih satu unit persampelan
secara rawak daripada unsur pertama dalam rangka
persampelan. Sebagai contoh, daripada senarai
rangka persampelan 50 pelajar, kita memerlukan
30 sampel (15 pelajar). Kita mempunyai 3 pelajar
bagi setiap unsur. Secara rawak, kita tentukan
sampel yang pertama. Katakanlah pelajar 3. Sampel
berikutnya ialah pelajar 6, dan seterusnya,
sehingga sampel genap 15 pelajar.
11
KANDUNGAN CADANGAN PENYELIDIKAN BAB I PENDAHULUAN
Latar Belakang Kajian Pernyataan
Masalah Objektif Kajian Kepentingan
Kajian Skop Kajian Definisi Istilah/Operasional
II SOROTAN KAJIAN Subtajuk A Subtajuk
B Subtajuk C
12
II SOROTAN KAJIAN Subtajuk A Subtajuk
B Subtajuk C III METODOLOGI Rekabentuk
Kajian Kerangka Teori Kerangka
Konsepsi Kaedah Kajian Tempat
Kajian Populasi dan Persampelan Pembolehubah
Kajian Alat Kajian Tatacara Kajian Penganalisis
an Data BIBLIOGRAFI LAMPIRAN Jika Perlu
13
Cara Menulis Bibliografi Format bibliografi
yang dicadangkan di sini dipetik daripada
American Psychological Association (APA) edisi
ketiga tahun 1983. Format ini seringkali
digunakan untuk sains sosial dan pendidikan.
Perlu diingat bahawa format penulisan bibliografi
seringkali mengalami perubahan tetapi asasnya
adalah sama. Abdul Hamid Mahmood (1990).
Penguasaan Bahasa Malaysia Baku di Kalangan
Pelajar-Pelajar dlm. Jurnal Dewan Bahasa 34 4,
hlm. 243-252. Abdullah Hassan (1983). Isu-isu
Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bellugi, U., dan Klima, E. (1973). The Signs of
Language. Cambridge, MA Harvard University
Press. Bialystok, E. dan Frohlich, M. (1977).
Aspects of Second Language Learning in
Classroom Settings. Kertas kerja rencana
Bilingualism, no. 13. The Ontario Institute for
Studies in Education. Brown, R. (1973). A First
Language The Early Stages. Cambridge,
MAHarvard University Press.
14
Chomsky. N. (1965). Aspects of the Theory of
Syntax. Cambridge, MA MIT Press. Clark, H.H.
dan Clark, E.V. (1977) Psychology and Language
An Introduction to Psycholinguistics. New York
Harcourt Brace Jovanovich. Dulay, H.C., dan
Burt, M.K. (1974). Natural Sequences in Child
Second Language Acquisition dlm. Language
Learning 2437-53. Dulay, H.C., Burt, M.K., dan
Finochiaro, M. (1977). Remarks on Creativity in
Language Acquisition. New York Regents. Ellis,
A., dan Beattie, G. (1987) The Psychology of
Language and Communication. London
Weidenfeld Nicolson. Farid M. Onn dan Ajid Che
Kob (l981). Pengaruh Bahasa Daerah dalam Proses
Pembelajaran Bahasa Malaysia di Kalangan
Pelajar-pelajar Melayu. Bangi Universiti
Kebangsaan Malaysia.
15
Green, M, 1999. University of Calgary Research
Policies and Procedures Handbook.
http//www.ovpr.uga.edu/rpph/rph misn.html.
Diakses pada 23 Februari 1999. Noor Aina Dani,
1996. Pemindahan bahasa di kalangan pelajar
dwibahasa, Tesis Ph.D, Universiti Putra
Malaysia, Malaysia.
16
LAMPIRAN A Tajuk Contoh Format Abstrak Abstrak
kertas projek yang dikemukakan kepada Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi sebagai memenuhi
keperluan untuk Ijazah Master Sastera ANALISIS
AYAT MAJMUK PANCANGAN DALAM NOVEL
EMPANGAN Oleh ABDULLAH BIN YUSOFF Februari
1999 Pengerusi Noor Aina Dani, Ph.D.
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Ayat
majmuk pancangan dalam novel-novel Melayu jarang
dikaji oleh penyelidik bahasa kerana fokus kajian
lebih mengutamakan gaya bahasa dan unsur-unsur
sastera. Ayat majmuk pancangan yang terdapat
dalam novel Empangan dianalisis oleh penyelidik
dengan menerapkan kaedah analisis kandungan.
Penggunaan ayat majmuk pancangan dalam novel
Empangan sangat ketara, yang terdiri daripada
pancangan relatif, pancangan komplemen, dan
pancangan keterangan. Ayat majmuk pancangan
komplemen lebih dominan digunakan oleh penulis
novel ini berbanding ayat majmuk relatif. Di
samping itu, penulis menggunakan ayat majmuk
pancangan dengan intensif untuk menyampaikan
mesejnya kepada pembaca.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com