FITRAH MANUSIA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 59
About This Presentation
Title:

FITRAH MANUSIA

Description:

FITRAH MANUSIA * * * * * * * * * * * * * * * * * * 7-11 tahun Operasi konkrit Berfikir secara logik dan konkrit. Boleh selesai masalah secara cuba-jaya 12 tahun ke ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1610
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 60
Provided by: pc1mak
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: FITRAH MANUSIA


1
FITRAH MANUSIA
2
PENGERTIAN FITRAH MANUSIA
  • Mengikut Kamus Dewan (1998) perkataan fitrah
    berasal daripada Bahasa Arab yang membawa erti
    sifat semula jadi, bakat, pembawaan atau perasaan
    keagamaan
  • Fitrah manusia boleh diertikan sebagai sifat
    insan yang mempunyai bakat atau potensi semula
    jadi serta perasaan keagamaan.
  • Aa Gym (2005) mendefinisikan fitrah sebagai
    tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia
    sejak lahir dan belum pernah disentuh atau diubah.

3
  • Rogers (1951) menyatakan manusia berkeupayaan
    untuk menjadi positif dan baik
  • Ini bererti fitrah merupakan
  • i Suatu pemberian atau anugerah yang diberikan
    oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk
    fizikal atau mental.
  • ii Suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum
    dilahirkan merangkumi aspek potensi, bakat
    semulajadi, keupayaan mental dan fizikal.

4
PERSPEKTIF AGAMA
5
  • Menurut tokoh Islam, fitrah manusia merujuk
    kepada satu ketetapan dan pemberian Tuhan sejak
    lahir berlandaskan aspek-aspek seperti bakat,
    mental, emosi dan fizikal.
  • Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang
    diciptakan oleh Allah S.W.T di muka bumi.
  • Akal yang dikurniakan oleh Tuhan membezakan
    kejadian manusia dengan makhluk-makhluk lain yang
    ada di muka bumi ini.

6
  • Ini bererti agama Islam percaya manusia yang
    dijadikan di dunia ini mempunyai
    keperluan-keperluan tertentu mengikut kejadiannya
    iaitu
  • (a) Kehidupan beragama
  • Kehidupan beragama merupakan fitrah manusia
    muka bumi ini. Ini ditegaskan Allah S.W.T dalam
    Al-Quran.

7
  • Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah
    S.W.T hanyalah Islam
  • (Surah Al Imran 19)
  • Dengan mengenali pencipta Nya, manusia akan
    mensyukuri keunikan kejadian manusia dan
    menyebabkannya menghargai setiap bakat, kebolehan
    dan keistimewaan yang telah dikurniakan oleh
    Allah S.W.T kepada setiap hambanya.

8
ASPEK PENTING DALAM POTENSI MANUSIA
  • Perkembangan Intelek
  • dapat dilihat daripada daya pemikiran, cara
    seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan
    masalah, merka cipta dan kebolehan menaakul.
  • 2. Perkembangan Rohani
  • merujuk kepada kepercayaan beragama, nilai
    dan norma masyarakat serta perlakuan peribadi
    individu.
  • 3. Perkembangan Sosial
  • hubungan individu dengan orang lain. Tingkah
    laku dan budi pekerti yang baik membolehkan
    individu tersebut diterima baik oleh orang lain.

9
  • 4. Perkembangan Emosi
  • dapat dilihat sebagai suatu keadaan di mana
    seseorang itu dapat memahami perasaan diri
    sendiri dan orang lain dan berupaya mencapai
    kesedaran, keinsafan, bertanggungjawab dan boleh
    dipercayai.
  • 5. Perkembangan Jasmani
  • kebolehan dan keupayaan fizikal dalam bentuk
    kemahiran psikomotor dalam aktiviti permainan
    dan bersukan.

10
FITRAH KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF BIOLOGI
  • Manusia dilahirkan dengan mempunyai keunikkan
    tersendiri dan anugerah yang tidak ternilai
    daripada Allah S.A.W.
  • Manusia mempunyai keunikkan meliputi seluruh
    bidang kehidupan (ekonomi, sosial, pendidikan
    agama, budaya)
  • Fitrah manusia dari pespektif biologi melibatkan
    aspek-aspek genetik, iaitu
  • Baka
  • Faktor persekitaran

11
ASAS-ASAS GENETIK
  • Baka
  • Mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek
  • i Mental tahap kecerdasan seseorang
  • ii Fizikal warna rambut, mata, kulit, tinggi,
    rendah dan sebagainya.
  • iii Emosi temperamen atau kesabaran dalam
    menghadapi cabaran.

12
  • 2. Faktor persekitaran
  • Persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan
    individu dalam fitrah kejadian manusia daripada
    aspek
  • i Latar belakang keluarga (pengasuhan dan
    pendidikan)
  • ii Pengaruh rakan sebaya (keperibadian positif)
  • iii Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat
    (pembentukan falsafah hidup)
  • iv Sumber teknologi (maklumat yang diperolehi)
  • v Guru dan sekolah (melahirkan pelajar yang
    berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan
    bertanggunggajawab)

13
KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
Awak kelihatan ramping dan matang sekarang
berbanding semasa di sekolah menengah dahulu
14
KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
  • PERTUMBUHAN
  • Istilah ramping bermaksud pertumbuhan
  • Ianya merujuk kepada perubahan fizikal (kaki
    tangan memanjang, kepala membesar, berat badan
    bertambah, pembendaharaan kata bertambah
  • Dengan kata lainnya mewakili perubahan
    kuantitatif atau gambaran kepada perubahan
    fizikal

15
  • 2. PERKEMBANGAN
  • Istilah matang bermaksud perkembangan
  • Ianya bersifat kunatitatif dan kualitatif di mana
    ianya berlaku berterusan terhadap manusia dan
    binatang
  • Perubahan yang berlaku adalah secara tertib dan
    kekal untuk jangka masa yang lama. Tetapi
    sekiranya berlaku perubahan penurunan berat
    badan selepas diserang penyakit yang
    berpanjangan, ianya bukan dianggap perkembangan
  • Lima Jenis Perkembangan Manusia
  • Perkembangan Rohani berkaitan dengan Tuhan
  • Perkenbangan Kognitif pemikiran
  • Perkembangan Sosial perhubungan antara manusia
  • Perkembangan Fizikal perubahan tubuh badan
  • Perkembangan Emosi perubahan personaliti
    individu

16
  • Perkembangan kelima-lima aspek ini berlaku tidak
    sama antara individu
  • Banyak perubahan yang berlaku semasa perkembangan
    adalah hasil dari perkembangan dan kematangan
  • Kematangan adalah merujuk kepada perubahan
    tingkahlaku yang bebas dari pengaruh
    persekitaran, perubahan ini dikawal oleh baka
    iaitu berlaku secara fitrah dan bersahaja.

17
PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN(PP)
  • PP dari umum kepada khusus bayi menangis
    kemudiannya berfokus kepada yang khusus seperti
    lapar, sakit dsb
  • PP berlaku berdasarkan peningkatan kerumitan
    dari otot kasar ke otot halus
  • PP berlaku pada kadar yang berbeza
  • PP berlaku mengikut tertib kematangan berlaku
    dari kepala mendahului tangan dan kaki
  • PP berlaku secara beransur-ansur

18
2.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MANUSIA
  • 2.3.1 Faktor Endogen(dalam individu)
  • Dibawa oleh individu sejak dlm
  • kandungan hingga kelahiran.
  • Faktor keturunan atau pembawaan
  • Cth Baka
    Faktor Rh darah
  • Pemakanan
    Kesan X-Ray
  • Kesihatan Ibu
    Emosi Ibu
  • Dadah dan Alkohol Umur Ibu
  • Merokok
    Teratogenik dan

  • Penyakit Ibu

19
  • 2.3.2 Faktor Eksogen
  • Faktur yg datang dari luar diri individu.
  • Cth Pemakanan
  • Keluarga
  • Rakan Sebaya
  • Sekolah
  • Tempat Tinggal
  • Media Elektronik dan Sebaran Am
  • Pusat Ibadat
  • Persekitaran Dunia

20
Teori Perkembangan Kematangan Arnold Gesell
  • Arnold Lucius Gesell(1880-1961) ahli psikologi
    perkembangan.
  • Perkembangan mementingkan baka(dalaman) sebagai
    penggerak utama terhadap perkembangan
  • Ciri-ciri tertentu akan muncul apabila tiba
    peringkat kematangan yang bersesuaian
  • Peringkat perkembangan berbeza kerana kadar
    pertumbuhan yg berlainan.
  • Lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan
    tingkah laku dan aspek lain yg membawa kpd
    perkembangan seterusnya.

21
Teori Perkembangan Arnold Gesell
UMUR CIRI-CIRI
Lahir - 4 tahun Masa perkembangan yang lancar
5 - 6 tahun Masa transisi keperluaan sekolah, rakan sebaya dan pengubahsuaian kepada peraturan
7 - 10 tahun Masa penyatuan dan penyesuaian kepada alam persekolahan
11 - 14 tahun Masa transisi konflik berhubung dengan baligh dan keremajaan
15 - 16 tahun Masa penyatuan persediaan untuk menghadapi alam dewasa
22
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
  • Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa
    dan masyarakat tentang tingkah laku yg sepatutnya
    dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat
    umur tertentu(Atan Long,1980).
  • Tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau
    kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu utk
    menambah penguasaan terhadap persekitaran(Newman
    dan Newman,1999)
  • Individu mesti menyelesaikan tugasan pada setiap
    peringkat perkembangan pada satu tahap, jika
    tidak individu itu akan mengalami masalah pada
    peringkat yang berikutnya.

23
  • Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan
    kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.
  • Dlm kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan
    seterusnya tua, individu harus memenuhi atau
    mencapai tugas-tugas perkembangan yg telah
    ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana
    individu tersebut tinggal.

24
TUGAS-TUGAS PERKEMBANGAN HAVIGHURST
  1. PERINGKAT BAYI AWAL KANAK-KANAK ( 0 2 TAHUN)
  2. PERINGKAT PERTENGAHAN KANAK-KANAK ( 2 3 TAHUN)
  3. PERINGKAT PRA-SEKOLAH ( 4 6 TAHUN)
  4. PERINGKAT SEKOLAH RENDAH (6 12 TAHUN)
  5. PERINGKAT AWAL REMAJA (12 18 TAHUN)
  6. PERINGKAT AKHIR REMAJA (18 22 TAHUN)
  7. PERINGKAT AWAL DEWASA (22 34 TAHUN)
  8. PERINGKAT PERTENGAHAN DEWASA (34 60 TAHUN)
  9. PERINGKAT AKHIR DEWASA (60 75 TAHUN)
  10. PERINGKAT TUA ( 75 TAHUN KE ATAS)

25
PERINGKAT BAYI - AWAL KANAK-KANAK ( 0 - 2 TAHUN)
  • CUBA JALINKAN HUBUNGAN KASIH SAYANG DENGAN IBU
    BAPA, ADIK-BERADIK DAN PENGASUHNYA. SISTEM DERIA,
    PERSEPSI DAN FUNGSI MOTOR BERANSUR-ANSUR MENJADI
    MATANG.

PERINGKAT PERTENGAHAN KANAK-KANAK ( 2 3 TAHUN)
  • BOLEH MELAKUKAN PELBAGAI PERGERAKAN
  • BERKOMUNIKASI DDALAM BAHASA MUDAH
  • BOLEH TERLIBAT DALAM PERMAINAN FANTASI
  • SUKA BERCAKAP DAN BERMAIN SEORANG DIRI
  • MEMBAYANGKAN DIRINYA BERADA DALAM SITUASI
    YANG
  • DIALAMI OLEH PERSONALITI YANG DISUKAINYA
  • BELAJAR MENGAWAL PERGERAKAN DIRI DAN
    BELAJAR
  • MENGAWAL EMOSI

26
PERINGKAT PRA-SEKOLAH ( 4 6 TAHUN)
  • BERKAWAN DAN BERMAIN DENGAN KANAK-KANAK LAIN DI
    SEKITAR RUMAHNYA
  • BELAJAR PERANAN IKUT JANTINA
  • MULA MEMBENTUK PANDANGAN TERHADAP DIRI SENDIRI
    TEORI KENDIRI
  • MELALUI PERKEMBANGAN MORAL PERINGKAT AWAL
    KANAK-KANAK BERKELAKUAN BAIK UNTUK MENGELAKKAN
    HUKUMAN (KOHLBERG, 1976)

PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ( 6 12 TAHUN)
  • MEMASUKI SEKOLAH DAN BELAJAR BERSAHABAT
  • PERKEMBANGAN KOGNITIF PERINGKAT OPERASI
    KONKRIT
  • BOLEH MENILAI DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN
  • MELIBATKAN DIRI SEBAGAI AHLI PASUKAN SESUATU
    PERMAINAN /
  • PERSATUAN.

27
AWAL REMAJA ( 12 18 TAHUN)
  • MENCAPAI KEMATANGAN FIZIKAL
  • PERKEMBANGAN KOGNITIF PERINGKAT OPERASI FORMAL
  • PERKEMBANGAN EMOSI INGINKAN KEJAYAAN DAN
    PENGHARGAAN SERTA LEBIH MAMPU MENGAWAL EMOSI.
  • MEMBENTUK KUMPULAN RAKAN SEBAYA MULA TERTARIK
    KEPADA RAKAN DARI JANTINA BERLAINAN

AKHIR REMAJA ( 18 22 TAHUN)
  • CUBA MENDAPAT OTONOMI DARIPADA IBU BAPA
  • MEMBENTUK IDENTITI MENGIKUT JANTINA
  • MELALUI PERGAULAN SOSIAL MENERAP / MEMATUHI
    NILAI
  • MORAL MASYARAKAT
  • TAMAT BELAJAR DAN DALAM PROSES MEMILIH
    KERJAYA YANG
  • SESUAI

28
AWAL DEWASA (22 34 TAHUN)
  • MENEROKA PERSAHABATAN INTIM DENGAN RAKAN YANG
    BERLAINAN JANTINA
  • PASANGAN YANG TELAH BERKAWIN AKAN MENGASUH DAN
    MENDIDIK ANAK
  • MEMANTAPKAN DIRI DALAM PEKERJAAN DAN MEMBENTUK
    GAYA HIDUP (LIFESTYLE)

PERTENGAHAN DEWASA (34 - 60 TAHUN)
  • MENJADI KETUA DALAM PEJABAT / MAHIR DALAM
    PEKERJAAN
  • INDIVIDU YANG BERJAYA BAHAGIA DALAM
    KELUARGA DAN DAN
  • KEHIDUPANNYA
  • MELIBATKAN DIRI DALAM KERJA-KERJA AMAL

29
AKHIR DEWASA ( 60 75 TAHUN)
  • INDIVIUD YANG BERJAYA AKAN DIHORMATI
  • AKAN BERPUAS HATI DAN BERSYUKUR ATAS TAKDIR TUHAN
  • MENGUBAH TENAGA KE ARAH LAIN BERIBADAT /
    KERJA-KERJA AMAL

TUA (75 HINGGA MENINGGAL DUNIA)
  • TERPAKSA MENANGANI MASALAH KESIHATAN OLEH
    PEREDARAN
  • UMUR
  • INDIVIDU YANG BERJAYA AKAN MENGENANG ZAMAN
    MUDANYA
  • DENGAN GEMBIRA DAN BERPUAS HATI
  • MERASA TENANG MENANTI SAAT KEMATIAN TELAH
  • MENYEMPURNAKAN SEGALA TANGGUNGJAWABNYA
    TERHADAP
  • KELUARGA DAN MASYARAKAT.

30
Perkembangan Kanak-kanak hingga remaja
  • Lahir Hingga Awal Kanak-kanak (0-6 tahun).
  • Pertumbuhan ketinggian 12 inci setahun.
  • Pertambahan berat badan 5 paun setahun.
  • Panjang badan masa lahir 4 kali ganda panjang
    muka.
  • Permulaan tahap ini kanak-kanak mempunyai semua
    gigi susu.
  • Belajar makan makanan pepejal, berjalan,
    bercakap, membuang najis dan pengubahsuaian emosi
  • Berajar perbezaab jentina
  • Membentuk konsep betul salah

31
Havighurst berpendapat
  • Kanak-Kanak (6-12 tahun)
  • Belajar kemahiran fizikal untuk bermain
  • Membentuk konsep diri yang sihat
  • Menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
  • Awal Remaja dan Remaja (12 18 tahun)
  • Menggunakkan fungsi badan dan deria dengan
    berkesan
  • Belajar tanpa bantuan
  • Boleh mengurus kewangan peribadi

32
2.5.2 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
  • Dua proses utk membina kefahaman
  • Organisasi
  • Adaptasi
  • Equilibrasi
  • Dua cara proses adaptasi
  • Proses asimilasi-menambah maklumat baru
  • Proses akomodasi-mengubahsuai skemata sedia ada
    utk memahami maklumat baru.
  • Bila berlaku ketidakseimbangan kena buat
    organisasi atau adaptasi semula pada skemata utk
    mendapat keseimbangan.

33
Peringkat Perkembangan Kognitif Mengikut Jean
Piaget
Umur Peringkat Cara Berfikir
0-2 tahun Deria motor Mengguna deria motor dan deria yg lain meninjau dan memahami persekitaran
2-7 tahun Praoperasi Berfikir secara simbolik utk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan.
34
sambungan..
7-11 tahun Operasi konkrit Berfikir secara logik dan konkrit. Boleh selesai masalah secara cuba-jaya
12 tahun ke atas Operasi formal Berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan akibat jangka panjang sesuatu aksi.
35
Teori Perkembangan Psikososial Erikson
  • Teori yang dikemukakan oleh Erikson adalah
    berdasarkan lima prinsip,iaitu
  • Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
  • Perkembangan individu bergantung kepada
  • tindak balas terhadap keperluan-keperluan
    asas.
  • Perkembangan manusia mengikut tahap-
  • tahap yang tertentu.

36
sambunganErikson
  • Setiap tahap mempunyai konflik dan
  • konflik ini mesti diatasi sebelum individu
  • dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap
    berikutnya.
  • Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu
  • tahap akan menjejaskan perkembangan
  • tahap berikutnya.

37
Tahap Perkembangan Manusia Berdasarkan Teori
Erikson
Tahap Peringkat Umur Konflik
Pertama 0-18 bulan Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya - Bayi mesti menjalinkan hubungan kasih sayang serta kepercayaan dengan pengasuhnya atau dia tidak percaya kepada pengasuhnya
Kedua 18 bulan-3 tahun Tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi - Tenaga kanak-kanak disalurkan bagi perkembangan fizikal seperti berjalan, menggenggam dsb tetapi mungkin membentuk perasaan malu / sangsi sekiranya tidak diurus dengan baik
Ketiga 3 tahun-6 tahun Tahap inisiatif lawan rasa bersalah - Kanak-kanak berinisaitif melakukan sesuatu , kemungkinan juga diselubungi perasaan bersalah
Keempat 6 tahun-12 tahun Tahap ketekunan/industri lawan rasa rendah diri - Kanak-kanak tekun melakukan sesuatu kemahiran baru sekiranya menghadapi risiko maka menjadikan perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap
38
sambungan..Erikson
Kelima 12 tahun-18 tahun Tahap indentiti lawan kekeliruan peranan - Mereka mesti berjaya mencari identiti dalam semua aspek kehidupan sekiranya tidak berjaya akan berlaku kekeliruan identiti
Keenam 18 tahun-35 tahun Tahap Kerapatan/intimasi lawan pengasingan diri - Biasanya pada tahap ini mereka dapat membina hubungan yang rapar sesama rakan sekiranya tidak meraka akan merasa terasing
Ketujuh 35 tahun-60 tahun Tahap generativiti lawan stagnasi - Tahap ini mereka mencari jalan untuk memeuaskan hati diri sendiri dan memberi sokongan dan galakan kepada generasi akan datang
Kelapan 60 tahun ke atas Tahap intergriti ego lawan putus asa - Pada tahap ini mereka berkehendakkan dirinya diterima dalam masyarakat dan mereka akan merasa puas sekiranya tidak mereka akan merasa putus asa.
39
Teori Penaakulan Moral Kohlberg
  • Kanak-kanak kecil percaya peraturan mesti diikuti
    dan dipatuhi.
  • Kita dapat lihat di mana masalah disiplin banyak
    berlaku di sekolah menengah berbanding di sekolah
    rendah. Kenapa ?
  • Jawapannya kanak-kanak akan patuh kepada
    peraturan sekiranya mereka melanggarnya akan
    menerima hukuman.
  • Berdasarkan situasi inilah lahirnya teori ini.

40
  • 2. LAWRENCE KOHLBERG

Tahap PrakonvensionalPeringkat 1 Orientasi
dendaan dan kepatuhan.Peringkat 2 Orientasi
instrumental relativis.
Tahap KonvensionalPeringkat 3 Orientasi
persetujuan antara individu atau good boy-nice
girl.Peringkat 4 Orientasi undang-undang dan
peraturan.
Tahap PoskonvensionalPeringkat 5 Orientasi
contract-legalistic.Peringkat 6 Orientasi
prinsip etika sejagat.
41
  • 1. TEORI PERKEMBANGAN MORAL
  • LAWRANCE KOLHBERG
  • - Prof di Universiti Havard sekitar 1970-an
  • - Teorinya banyak bergantung pemikiran
  • Jean Piaget John Dewey
  • - Mengkaji perkembangan kanak-kanak
  • dari segi kognitif dan moral selama
  • 20 tahun

42
Tahap 1 Orientasi kepatuhan dan hukuman
  • Pemikiran moral berorientasikan egosentrik
    untuk diri sendiri
  • Hedonisme pelakuan yang baik akan mendatangkan
    kebaikan.
  • Situasi melanggar atau mematuhi peraturan. Kesan
    melanggar peraturan akan dikenakan hukuman atau
    dendaan.Terdapat juga unsur ganjaran sekiranya
    mereka patuh pada undang-undang

43
Tahap 2 Orientasi individu dan keseimbangan
  • Dikenali juga dengan orientasi asas dan saluran.
  • Sesuatu tindakan yang baik adalah saluran untuk
    memuaskan kehendak diri dan orang yang disayangi.
  • Kanak-kanak juga menyedari bahawa orang lain juga
    mempunyai kehendak dan kemahuan sama dengannya.

44
Tahap 3 Orientasi persetujuan antara individu
  • Kanak-kanak melakukan perbuatan yang baik dan
    bermoral semata-mata memenuhi harapan orang yang
    disayangi.

45
Tahap 4 Orientasi arahan dan undang-undang
  • Melihat orang lain sebahagian dari order sosial.
  • Individu merujuk dan patuh secara muktamat kepada
    norma-norma masyarakat, peraturan dan
    undang-undang.

46
TAHAP 5 ORIENTASI KONTRAK SOSIAL
  • Mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai dan
    sebarang kontrak sosial yang telah dipersetujui
    dalam masyarakat.
  • Manusia mempunyai pendapat berbeza perlu ada
    persetujuan _at_ konsensus yang adil.
  • Peraturan yang digubal adalah fleksibel sekiranya
    tidak bertentangan dengan masyarakat.

47
TAHAP 6 ORIENTASI PRINSIP ETIKA SEJAGAT.
  • Peringkat tertinggi dalam pemikiran moral kerana
    melibatkan soal falsafah.
  • Peringkat ini individu sering mempertikaikan
    nilai dan norma prinsip dan norma.
  • Yang dianggap betul ialah satu prinsip pilihan
    sendiri yang sesuai dan di terima masyarakat
    tanpa mengira masa dan keadaan. Contohnya prinsip
    keadilan, kebajikan,persamaan hak,tidak
    menggunakan orang lain untuk kepentingan diri dan
    menghormati maruah individu.

48
Teori-Teori Perkembangan Manusia
  • Teori Psikoanalisis Sigmund Freud
  • Tiga alam kesedaran
  • i) Alam sedar--pemikiran, perasaan dan
  • ingatan.
  • ii) Alam pra-sedar--pengalaman, ingatan
  • persepsi dan perasaan.
  • iii) Alam tidak sedar--bahagian terbesar dan
  • pendorong asas kpd tingkah laku.
    Mengandungi
  • semua naluri serta keinginan manusia.

49
  • Tiga elemen perkembangan personaliti
  • manusia
  • i) Id - mementingkan keseronokan, diwarisi,
    gejala bawah sedar, tenaga primitif, tidak
    rasional dan berkehendakkan kepuasan.
  • ii) Ego - mengutamakan pemikiran logik,
    berkembang secara berperingkat, elemen tahap
    sedar, penuh dgn persepsi, inginkan kemajuan dan
    boleh menyesuaikan diri.
  • iii) Superego - menyerupai hati nurani, kawal ego
    dan id, bermoral, berkembang kerana pengaruh
    persekitaran, mengawal tingkah laku mengikut
    peraturan masyarakat,ada ganjaran dan hukuman.

50
Peringkat Perkembangan Mengikut Sigmund Freud
Umur Peringkat
0-18 bulan Oral
2-4 tahun Anal
4-6 tahun Falik
6-12 tahun Latensi
12 tahun ke atas Genital
51
Teori Perkembangan Behaviorisme dan Sosial
Kognitif
  • Teori Behaviorisme menekankan tingkah laku yg
    dapat dilihat dan diukur.
  • Perubahan berlaku kerana pengalaman
  • Benda yg wujud boleh dilihat dan diperhatikan
  • Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian
    boleh dibuat terhadap perlakuan yg dizahirkan.
  • Tiga versi utama pendekatan behaviorisme ialah
    Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Operan
    Skinner dan Teori Sosial Kognitif Bandura

52
(b) Teori Pelaziman Operan Skinner
  • B.F. Skinner(1904-1990) menyatakan perlakuan
    harus diperhati dlm jangka masa yg panjang.
  • Membentuk perlakuan yg kompleks drp perlakuan yg
    mudah.
  • Menjalankan kajian menggunakan tikus dan burung
    merpati.
  • Menghasilkan Skinner Box.
  • Skinner(1953) berpendapat gerak balas boleh
    dikuatkan(diulang) atau dihapuskan(tidak diulang)
    jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak
    balas itu ditunjukkan.
  • Faktor ganjaran(peneguhan positif) dan
    dendaan(peneguhan negatif) boleh membentuk
    perkembangan individu

53
(c) Teori Pembelajaran Sosial Bandura(1977)
  • Merupakan teori kognitif sosial(Bandura, 1986) yg
    menyatakan bahawa kelakuan manusia saling
    bertindak antara kognitif, kelakuan dan ajen
    penentu persekitaran.
  • Teori pembelajaran ini menekankan peranan
    kognitif dan persekitaran dlm perkembangan.
  • Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui
    pemerhatian terhadap permodelan

54
Empat langkah proses peniruan oleh Bandura
  1. Tumpuan kpd tingkah laku model (attention).
  2. Penyimpanan iaitu mengenkod peristiwa itu dlm
    sistem ingatan (retention).
  3. Mengingat atau menghasilkan apa yg disimpan dlm
    bentuk tingkah laku (reproduction).
  4. Motivasi (motivation) yg secukupnya utk
    menghasilkan tingkah laku, cth pemberian
    peneguhan.

55
2.5.5 Teori Ethologi Lorenz
  • Mengkaji tingkah laku manusia dan binatang dlm
    keadaan semula jadi.
  • Evolusi dan faktur biologi berperanan penting dlm
    perkembangan manusia dan pengalaman awal individu
    adalah penting.
  • Lorenz(1965) memerhati tingkah laku sekumpulan
    anak angsa.
  • Kesimpulannya kita tidak akan memahami
    perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak
    memerhati tingkah laku dlm persekitaran semula
    jadi mereka.

56
sambungan.
  • John Bowlby(1969,1989) mengaplikasikan teori
    ethologi dlm teori perapatan (Theory of
    Attachment) menyatakan semua haiwan termasuk
    manusia dilahirkan dgn program biologi yg boleh
    menghasilkan isyarat yg membawa kpd perkembangan
    tingkah laku sosial spt perapatan.
  • Perapatan bermaksud kasih sayang yg kuat yg
    mengikat seseorang kpd seorang yg lain.
  • Hubungan perapatan yg kuat semasa kecil akan
    memberi kesan sepanjang kehidupan individu.

57
Teori Perkembangan Ekologikal
  • Menekankan pengaruh persekitaran ke atas
    perkembangan organisma.
  • Dikemukakan oleh Bronfenbrenner(1979) yg melihat
    persekitaran ekologikal manusia berdasakan
    hubungannya dgn konteks di mana individu itu
    berinteraksi.
  • Lima sistem persekitaran ekologikal ialah
  • (a) Sistem Mikro (d) Sistem Makro
  • (b) Sistem Meso (e) Sistem Krono
  • (c) Sistem Ekso

58
  1. Sistem Mikro ialah persekitaran yg paling hampir
    dgn individu, cth rumah dan bilik darjah.
  2. Sistem Meso merujuk kpd hubungan individu dgn
    individu lain dlm persekitaran di mana individu
    itu berkembang, cth rumah, sekolah dan jiran.
  3. Sistem Ekso merujuk kpd keadaan yg tidak
    melibatkan individu secara langsung, tetapi
    mempengaruhi sistem individu dan keluarga, cth
    tempat kerja ibu bapa.
  4. Sistem Makro ialah persekitaran yg abstraks,
    merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi.
  5. Sistem Krono merujuk kpd peristiwa dan transisi
    yg berlaku dlm persekitaran individu sepanjang
    hayatnya.

59
Sekian, terima kasih.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com