Konsep Asas Islam - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Konsep Asas Islam

Description:

Akidah, Shariah, AKhlak – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:385
Slides: 19
Provided by: abuhannanis83
Tags:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Konsep Asas Islam


1
Konsep-konsep asas dalam Islam
  • Mohd Herzali bin Muhammad Haled
  • m_herzali_at_msu.edu.my

2
Pengenalan
3
Akidah Islam
  • Bahasa al-aqdu / aqada bermaksud ikatan,
    simpulan atau kontrak.
  • Istilah Ibn Taymiyyah perkara yang dibenarkan
    oleh jiwa, hati akan menjadi tenang dan
    memperolehi keyakinan dan tiada keraguan.
  • Hubungan ikatan yang kuat dan telus antara hamba
    dan Penciptanya.

4
Sifat-sifat Akidah Islam
  • Disampaikan oleh para nabi dan rasul tanpa
    sebarang perbezaan.
  • Membersihkan sistem kepercayaan dan amalan
    syirik.
  • Memperbetulkan kefahaman mengenai konsep hari
    pembalasan.
  • Menjelaskan konsep kepercayaan terhadap
    perkara-perkara ghaybiyyat/samiyyat

5
  • Skop Ilmu Akidah
  • Hukum mempelajari Ilmu Akidah
  • Arkanul Iman.
  • Ilmu kalam / Usuluddin.
  • An-Nubuwwah.
  • Ghaybiyyat / Samiyyat.
  • Fardu ain Setiap muslim yang mukallaf wajib
    mempelajari ilmu akidah sekurang-kurangnya
    hal-hal yang asas.
  • Fardu kifayah Kewajipan kepada pihak-pihak
    tertentu untuk mendalami ilmu akidah secara
    terperinci.

6
Pembahagian Tauhid
  • Tawhid Rububiyyah
  • Tawhid Uluhiyyah

Tawhid Asma was Sifat
  • Asas kepercayaan yang tertanam secara fitrah
    dalam diri manusia mengenai hak kekuasaan tunggal
    Allah s.w.t. terhadap alam.
  • Mencipta
  • Mentadbir
  • Menghidup
  • Mematikan
  • Menguasai
  • Memiliki
  • dsb
  • Meyakini keesaan Allah s.w.t. selaku Tuhan yang
    berhak disembah.
  • Mengesakan Allah s.w.t. dalam segala bentuk
    ibadah.
  • Melengkapkan keyakinan Tauhid Rububiyyah.
  • Membezakan antara kepercayaan umat Islam dan
    kuffar.
  • Mengimani Allah s.w.t. dengan nama-nama /
    sifat-sifat yang mulia.
  • Al-Asma al-Husna (99)
  • Allah s.w.t. berhak memiliki segala sifat
    kesempurnaan berbanding sifat sekalian makhlukNya.

7
  • Puak Zulu yang merupakan salah satu bangsa
    pribumi di Afrika Selatan, memanggil tuhan mereka
    sebagai uMVELINQANGI.
  • Bila ditanya apakah itu uMVELINQANGI, mereka akan
    terangkan, dalam bahasa mereka, "HAWU UMNIMZANI!
    UYENA, UMOYA OINGCWELE. AKAZALI YENA, FUTHI
    AKAZALWANGA FUTHI, AKUKHO LUTMO OLU FANA NAYE".
  • Terjemahan ungkapan tersebut adalah, "Tuan, Dia
    itu Tulen dan Zat yang suci. Dia tidak beranak
    dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesuatu apa
    pun yang menyamai-Nya." (rujukan "What is His
    name" - Allahyarham Sy. Ahmed Deedat)

8
Perkara-perkara yang merosakkan / membatalkan
akidah
  • 1 Syirik
  • Penafian terhadap maksud dan tujuan tawhid
    iaitu tindakan menyamakan atau menyekutukan Allah
    s.w.t. dengan sesuatu dalam bentuk kepercayaan,
    percakapan atau amalan.
  • Terbahagi kepada dua iaitu syirik kecil (khafi)
    dan besar (jali).

9
Syirik Kecil (khafi)
Bersumpah dengan nama selain Allah s.w.t.
  • Syirik kecil tidak dihukumkan dengan menyamai
    hukuman syirik besar sekaligus.
  • Ia boleh memudaratkan pahala amalan yang
    dikerjakan.
  • Tindakan yang berterusan dan sengaja turut boleh
    menjerumuskan dirinya ke peringkat syirik yang
    besar.

Riak atau menunjuk-nunjuk dalam beribadah
Mempercayai Tangkal dsb
10
Syirik Besar (Jali)
  • Menyamakan atau menyekutukan Allah s.w.t. dengan
    sesuatu dalam keadaan sedar atau sengaja.
  • Ia boleh juga berlaku sekiranya menolak sebarang
    hukum yang telah ditentukan Allah s.w.t.
  • 1 Segala amalannya ditolak
  • 2 Kekal di dalam neraka jahanam

Menyembah segala bentuk objek
Buaya protes amalan syirik!
11
Perkara-perkara yang merosakkan / membatalkan
akidah
  • 2 Kufur
  • Pengingkaran terhadap sebahagian atau keseluruhan
    prinsip akidah dan ketetapan hukum-hakam Allah
    s.w.t.
  • Katakanlah wahai Muhammad! Adakah dengan Allah,
    ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu mempersendakan?
    Usahlah kamu berdalih kerana sesungguhnya kamu
    telah kafir setelah kamu beriman (At-Taubah
    65-66).

12
Test IQ
  • 1 Nyatakan sebab-sebab yang mendorong manusia
    terjebak ke kancah syirik.
  • 2 Sebutkan kesan dan pengaruh tv dalam
    penyebarluasan amalan syirik dalam kalangan
    masyarakat.

13
Syariah Islam
  • Bahasa "Kata al-syarii'ah, al-syarraa', dan
    al-masyra'ah bermakna al-mawaadhi'allatiy
    yunhadaru ila al-maa' (tempat-tempat yang darinya
    dicurahkan air) Lisan al-Arab
  • Istilah Kandungan ajaran yang dibawakan oleh
    Rasulullah s.a.w. daripada Allah s.w.t. memenuhi
    segala keperluan hidup manusia.
  • "Kata al-syir'ah dan al-minhaaj maknanya adalah
    agama (deen) Muhammad saw, dan ia telah menasakh
    (menghapus) seluruh agama lain." Imam Qurthubi.

14
Ciri-ciri Syariah Islam
  • Sistem perundangan yang mencakupi keperluan
    seluruh aspek kehidupan manusia.
  • Bersumberkan daripada al-Quran dan as-Sunnah
    serta beberapa sumber sekunder daripada ijtihad
    para ulama.
  • Disampaikan oleh para rasul kepada sekalian
    umatnya.
  • Sentiasa bersifat dinamis

15
Objektif-objektif Syariah (Maqasid al-Syariah)
  • Konseptual
  • Maqasid al-Syariah merujuk kepada objektif atau
    tujuan yang terkandung di sebalik setiap syariat
    yang ditentukan oleh Allah s.w.t. ke atas
    manusia.
  • Ia bertujuan untuk memelihara setiap kemaslahatan
    khususnya berhubung kehidupan manusia di dunia
    mahupun di akhirat.
  • Tiga perkara utama yang terkandung di sebalik
    pensyariatan sesuatu hukum ialah hikmah, matlamat
    dan sebab.

16
Pembahagian Maqasid al-Syariah
  • Al-Daruriyyah
  • Al-Hajiyyah

Al-Tahsiniyyah
  • Kewajipan memelihara perkara asasi yang lima.
  • Agama
  • Nyawa
  • Akal
  • Nasab keturunan
  • Harta
  • Tanpanya manusia akan hidup dalam keadaan
    pincang di dunia dan akhirat
  • Keperluan manusia kepada beberapa maslahat atas
    sebab-sebab yang diharuskan oleh syara.
  • Tanpanya akan menyukarkan hidup manusia. Namun
    tidak membawa kepada kebinasaan di dunia dan
    akhirat.
  • Contoh Solat jamak qasar

Kesempurnaan kepada kehidupan manusia atas
beberapa masalahat. Ia menyempurnakan atau
menampung sebarang kekurangan dalam mencapai
objektif dua kemaslahatan yang lebih utama.
Contoh Ibadah sunat, penutupan aurat.
17
Akhlak Islam
  • Bahasa khuluq bermaksud perangai, tabiat dan
    sifat semulajadi. khalqu merujuk kepada sifat
    lahiriyyah manusia.
  • Istilah Suatu sifat yang tertanam dalam jiwa
    seseorang untuk menghasilkan segala perbuatan
    dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan
    pemikiran. dengan bersandarkan kepada al-Quran
    dan al-Sunnah
  • Akhlak Islam terbahagi kepada sifat mahmudah dan
    mazmumah

18
Rumusan
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com