Kesalahan Umum Tatabahasa - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Kesalahan Umum Tatabahasa

Description:

Kesalahan Umum Tatabahasa Salah Dari Segi Kata Ganti Diri beliau hanya digunakan untuk orang yang dihormati sahaja. Tidak boleh guna beliau untuk kanak ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:207
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 29
Provided by: KEMENT6
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Kesalahan Umum Tatabahasa


1
Kesalahan Umum Tatabahasa
  • Salah Dari Segi Kata Ganti Diri
  • beliau hanya digunakan untuk orang yang
    dihormati sahaja. Tidak boleh guna beliau untuk
    kanak-kanak, penjenayah dan orang yang hina.
  • cth i Azman pencuri. Beliau ditangkap
    polis. (X)
  • Dia
    ditangkap polis. (/)
  • ii. Pengetua baru bertugas. Dia sudah
    sihat. (X)

  • Beliau sudah sihat. (/)

2
Ia atau dia hanya digunakan untuk
manusia.Cth Itu beg kulit. Ia amat mahal. (X)
Beg itu amat mahal. (/)
  • Ianya tidak boleh digunakan kerana salah dari
    segi bahasa.
  • cth Ianya akan dihukum. (X)
  • Ia akan dihukum. (/)

3
  • Kata ganti yang menunjukkan banyak tidak boleh
    digandakan lagi.
  • cth Mereka-mereka pelajar sekolah.(X)
  • Mereka pelajar sekolah. (/)
  • Para-para pemimpin. (X)
  • Para pemimpin.. ( /)

4
  • Kami bererti saya dan dia apabila bercakap
    dengan orang kedua.
  • Cth Kita takut, kata Ali dan Abu kepada Pak
    Kassim. (X)
  • Kami takut, (/)
  • Kita bererti anda dengan saya atau anda
    dengan kami.
  • Cth Kami berusaha, kata ketua kepada
    ahli-ahlinya. (X)
  • Kita berusaha, (/)

5
K. Zi Ying
  • Pada 3.1.2011

6
2. Salah guna kata bilangan
  • Salah guna berbagai. Yang betul ialah
    berbagai-bagai atau pelbagai.
  • Cth Berbagai cara.. (X)
  • Berbagai-bagai cara. (/)
  • Pelbagai cara.. (/)

7
  • Salah guna tiap. Yang betul ialah setiap atau
    tiap-tiap.
  • Cth Tiap perkara(X)
  • Tiap-tiap perkara (/)
  • Setiap perkara .. (/)

8
  • Kata setengah tidak sama dengan
    setengah-setengah.
  • Setengah-setengah sesetengah
  • Setengah bermaksud separuh.
  • cth setengah gelas air,bendera setengah
    tiang.
  • Setengah-setengah atau sesetengah bermaksud
    sebahagian, sebilangan.
  • cth sesetengah haiwan, sesetengah pelajar

9
  • Kata bilangan dengan pecahan mestilah dipisahkan.
  • Cth dua suku jam (X)
  • dua jam suku (/)
  • lima setengah ringgit (X)
  • lima ringgit setengah (/)

10
Kata Bilangan
  • 1. Kata nama abstrak tidak boleh menggunakan
    penjodoh bilangan.
  • cth dalam sebuah masyarakat ( X)
  • dalam masyarakat (/)
  • mempunyai sebuah cita-cita ( X)
  • mempunyai cita-cita (/)

11
Kata Bilangan Tak Tentu
  • Kata bilangan tak tentu ,kecuali beberapa,TIDAK
    boleh menggunakan penjodoh bilangan.
  • cth sebahagian orang penduduk (X)
  • sebahagian penduduk (/)
  • seluruh buah negeri (X)
  • seluruh negeri (/)
  • segala ekor binatang (X)
  • segala binatang (/)
  • setiap orang warganegara (X)
  • setiap warga negara (/)
  • beberapa helai kertas (/)

12
Kata Sendi
  • Dari digunakan untuk masa dan tempat sahaja.
  • cth dari Kemaman
  • dari kedai
  • dari pukul 8.00 malam
  • dari tahun lepas
  • Daripada digunakan selain tempat dan masa.
  • cth daripada kain sutera
  • daripada kakak
  • daripada kajian

13
Kata Sendi Oleh
  • Oleh digunakan selepas kata kerja pasif
    berawalan di atau ter .
  • cth tertarik dengan kecantikan (X)
  • tertarik oleh kecantikan (/)

14
Oleh sebab kerana
  • Oleh kerana salah digunakan di dalam ayat. Yang
    betul ialah oleh sebab.
  • cth Dia tidur oleh kerana letih. (X)
  • Dia tidur oleh sebab letih. (/)
  • Dia tidur sebab letih. (X)
  • Dia tidur kerana letih. (/)

15
Penggunaan Kata Kerja
  • Mesti gunakan awalan ter, men atau ber bagi
    kata kerja tak transitif yang memerlukannya.
  • Cth Abu kata kepada saya. (X)
  • Abu berkata kepada saya. (/)
  • Badan budak itu lecur. (X)
  • Badan budak itu melecur. (/)
  • Orang itu senyum kepada saya. (X)
  • Orang itu tersenyum kepada saya. (/)

16
Apitan men...kan dan men....i
  • 1. Dia menghadiahkan saya sehelai baju. (X)
  • Dia menghadiahi saya sehelai baju. (/)
  • 2. Dia menjatuhi hukuman rotan kepada penjahat
    itu. (X)
  • Dia menjatuhi penjahat itu hukuman gantung.
    (/)
  • 3. Dia membelikan kuih untuk adiknya. (X)
  • Dia membeli kuih untuk adiknya. (/)
  • 4. Dia memberi hadiah kepada ibunya. (X)
  • Dia memberikan hadiah kepada ibunya. (/)

17
Kesalahan Kata Hubung
  • 1. Bila digunakan untuk ayat tanya manakala
    apabila digunakan sebagai kata sendi.
  • cth Dia makan bila lapar. (X)
  • Dia makan apabila lapar. (/)
  • 2. Tidak boleh guna agar supaya serentak lerana
    maknanya sama.
  • cth Lim makan ubat agar supaya sihat. (X)
  • Lim makan ubat agar sihat. (/)
  • Lim makan ubat supaya sihat. (/)

18
Kesalahan Frasa Nama
  • Apabila kata bilangan menunjukkan banyak, maka
    kata nama tidak boleh diulangkan.
  • Cth dua buah lori-lori (X)
  • dua buah lori (/)
  • beberapa orang pekerja-pekerja (X)
  • beberapa orang pekerja (/)
  • setiap pelajar-pelajar (X)
  • setiap pelajar (/)

19
Kata Adjektif yang diulang
  • Apabila kata adjektif diulang, tak perlu lagi
    diulang kata namanya.
  • cth Baju-bajunya cantik-cantik belaka. (X)
  • Bajunya cantik-cantik belaka. (/)
  • Baju-bajunya cantik belaka. (/)

20
Hukum DM
  • Struktur dalam bahasa Melayu berbeza daripada
    hukum dalam bahasa Inggeris.
  • D diterangkan, M menerangkan
  • Perkara atau benda yang hendak diterangkan di
    depan manakala penerangan untuk perkara atau
    benda itu mengikuti selepasnya.
  • Cth Tan Klinik (X)
  • Klinik Tan (/)
  • mini stadium (X)
  • stadium mini (/)
  • lain-lain hal (X)
  • hal-hal lain (/)
  • penghawa dingin (X)
  • pendingin hawa (/)
  • goreng pisang (X)
  • pisang goreng (/)

21
Frasa Adjektif
  • Saya sayang ibu saya. (X)
  • Saya sayang akan ibu saya. (/)
  • Saya percaya orang itu. (X)
  • Saya percaya akan orang itu. (/)
  • Saya hormat ibu bapa saya. (X)
  • Saya hormat/patuh kepada ibu bapa
  • saya. (/)

22
Frasa Adjektif
  • Kata penguat bebas ( sangat, amat, sungguh) boleh
    digandingkan dengan sekali).
  • Kata penguat lain tidak boleh digandingkan dengan
    sekali.
  • Cth Pisau itu paling tajam sekali. (X)
  • Pisau itu amat tajam sekali. (/)
  • Pisau itulah yang tertajam sekali. (X)
  • Pisau itulah yang tertajam. (/)

23
Frasa Adjektif
  • Kata adjektif berawalan ter tidak boleh
    bertugas sebagai predikat.
  • Cth Pakaian itu tersesuai. (X)
  • Pakaian itu amat sesuati. (/)
  • Bangunan itu tertinggi. (X)
  • Bangunan itu paling tinggi. (/)

24
Frasa Kerja Aktif (FKA)
  • FKA terbahagi kepada dua iaitu-
  • Frasa Kerja Transitif (FKT)
  • Frasa Kerja Intransitif (FKI)
  • FKT mesti diikuti frasa nama sebagai objek.
  • Cth Ibu menggosok di dalam bilik. (X)
  • Ibu menggosok baju di dalam bilik. (/)
  • FKI mesti diikuti kata sendi nama apabila
    dipanjangkan.
  • Cth Dia lupa janji-janjinya. (X)
  • Dia lupa akan janji-janjinya. (/)

25
FK Intransitif berapitan berkan
  • Tidak boleh disertakan kata sendi selepasnya. Ini
    kerana kan telah menggantikan kata sendi akan,
    dengan, pada dan tentang.
  • Cth Meja itu beralaskan dengan kain. (X)
  • Meja itu beralaskan kain. (/)

26
FK Transitif
  • Tidak boleh ada perkataan lain antara kata kerja
    transitif dengan frasa nama yang menjadi objek.
  • Cth1. Beliau mempunyai banyak pengalaman. (X)
  • Beliau banyak mempunyai pengalaman.
    (/)
  • 2. Mereka akan mendalamkan lagi sungai itu.
    (X)
  • Mereka akan mendalamkan sungai itu lagi.
    (/)

27
Frasa Kerja Pasif (FKP)
  • Terbahagi kepada dua-
  • i. FKP Diri Pertama dan Diri Kedua.
  • ii. FKP Diri Ketiga.
  • Dalam FKPDPD, kata ganti diri hendaklah
    mendahului kata kerja pasif. Kalau ada kata
    bantu, kata bantu hendaklah di depan kata ganti
    diri.
  • Cth Buku itu saya belum baca. (X)
  • Buku itu belum dibaca oleh saya. (X)
  • Buku itu belum saya baca. (/)

28
Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga(FKPDT)
  • Diri ketiga dimaksudkan kepada kata ganti diri
    ketiga seperti dia, nya, beliau, mereka dan
    objek-objek lain.
  • Kata ganti diri ketiga hendaklah berada selepas
    kata kerja pasif berimbuhan di
  • Cth i. Beg itu Ong beli. (X)
  • Beg itu dibeli oleh Ong. (/)
  • Beg itu dibeli Ong. (/)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com