KATA MAJMUK - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

KATA MAJMUK

Description:

... cita rasa, daun telinga, ganti rugi, hak cipta. JENIS KATA MAJMUK Contoh kata bilangan majmuk : tiga puluh, dua pertiga, dua ratus lima puluh. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:379
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 24
Provided by: S7159
Category:
Tags: kata | majmuk | cipta

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: KATA MAJMUK


1
KATA MAJMUK
  • Cikgu Normila_at_DYSS

2
PEMAJMUKAN
  • Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata
    dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu,
    seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos,
    telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya.

3
PEMAJMUKAN
  • Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau
    lebih jika boleh disisipkan kata lain antara
    gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai
    majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya
  •    Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi
  •   Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam
  •    Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai

4
PEMAJMUKAN
  • Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih
    untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan
    tiga cara, iaitu
  • Umum
  • Istilah
  • Kiasan/peribahasa

5
KATA MAJMUK UMUM
  • Kata majmuk biasa
  • Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan
    terbang, nasi minyak, tengah hari
  • Kata Majmuk Gelaran
  • Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan
    Menteri, Peguam Negara, Duta Besar

6
  • Senaraikan tiga kata majmuk umum..

7
KATA MAJMUK ISTILAH KHUSUS
  • Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus
    dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk
    digandingkan sama ada daripada kata-kata umum
    atau istilah khusus.
  • Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas
    kerja

8
  • Senaraikan tiga kata majmuk khusus..

9
KATA MAJMUK KIASAN
  • Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain
    daripada maksud harafiahnya, misalnya
  • Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin

10
  • Senaraikan tiga kata majmuk istilah..

11
PEMAJMUKAN
  • Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua
    patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau
    hampir-hampir sama.    
  • Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur
    lebur, dan sunyi sepi.

12
PEMAJMUKAN
  • Dua patah kata yang sama atau hampir sama
    maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna
    kesangatan.
  • Misalnya,
  • cantik jelita bererti sangat cantik
  • hancur lebur bererti hancur sama sekali
  • sunyi sepi bererti sangat sunyi

13
BENTUK KATA MAJMUK
  • Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan
  • ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang
  • bersempang.
  • Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata
  • majmuk daripada bentuk kata ganda yang
  • dieja bersempang kecuali kata ganda separa
  • seperti bebawang, jejari,kekuda, dan
    sebagainya.

14
BENTUK KATA MAJMUK
  • Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum
    ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi,
    kadangkala, dan walaupun.
  • Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah
    ialah air mata, buah pinggang, campur tangan,
    daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.

15
BENTUK KATA MAJMUK
  • Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi
  • kepada beberapa kelas seperti yang berikut
  • kata nama majmuk
  • kata bilangan majmuk
  • kata adjektif majmuk
  • kata kerja majmuk
  • kata sendi majmuk
  • kata keterangan majmuk
  • kata hubung majmuk

16
JENIS KATA MAJMUK
  • Contoh kata nama majmuk
  • air mata, buah mulut, cita rasa,
  • daun telinga, ganti rugi, hak cipta.

17
JENIS KATA MAJMUK
  • Contoh kata bilangan majmuk
  • tiga puluh, dua pertiga, dua ratus lima puluh.

18
JENIS KATA MAJMUK
  • Contoh kata adjektif majmuk
  • aman damai, buta huruf,
  • cantik jelita, gagah perkasa,
  • merah jambu, iri hati, kelam kabut.

19
JENIS KATA MAJMUK
  • Contoh kata sendi majmuk pula tidak seberapa
    jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada.

20
TUGAS KATA MAJMUK
  • Kata majmuk mempunyai dua tugas
  • seperti yang berikut
  • menetapkan kelas kata dasar. Contohnya
  • air (kata nama) mata (kata nama)
  • air mata (kata nama)
  • lemah (kata adjektif) lembut (kata adjektif)
  • lemah lembut (kata adjektif)
  • dari (kata sendi) pada (kata sendi)
  • daripada (kata sendi)

21
TUGAS KATA MAJMUK
  • Kata majmuk mempunyai dua tugas
  • seperti yang berikut
  • mengubah kelas kata dasar. Contohnya
  • apa bila
  • (kata ganti tanya) (kata keterangan tanya)
  • apabila (kata hubung)
  • alim (kata adjektif) ulama (kata nama)
  • alim ulama (kata nama)
  • cerdik (kata adjektif) pandai (kata adjektif)
  • cerdik pandai (kata nama)

22
RUJUKAN
  • http//skhk8k.tripod.com/bm/ayattunggalmajmuk.htm
  • http//www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm

23
LATIHAN...
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com