MINGGU 9BBM3203 - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

MINGGU 9BBM3203

Description:

Title: MINGGU 9BBM3203 Author: FBMK Last modified by: Mior87_PAS Created Date: 7/7/2005 5:59:53 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:126
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 59
Provided by: FBMK8
Category:
Tags: 9bbm3203 | minggu | bantu

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MINGGU 9BBM3203


1
MINGGU 09
Frasa Frasa Kerja dan Frasa Sendi Nama
2
OBJEKTIF
  • Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan
  • Pengertian frasa kerja dan frasa sendi nama
  • Unsur pengisi frasa kerja dan frasa sendi nama
  • Binaan dan fungsi frasa kerja dan frasa sendi nama

3
FRASA KERJA
  • Tatabahasa Tradisional Sekumpulan kata yang
    mempunyai fungsi sintaksis yang sama dengan kata
    kerja tunggal. Contoh
  • Orang itu sedang melukis.
  • Tatabahasa Transformasi Generatif Konstituen
    ayat yang mengandung predikat atau pelengkap atau
    adjung berbanding dengan frasa nama subjek.
    Contoh
  • Mahasiswa mengelilingi Kuala Lumpur kelmarin.

4
FRASA KERJA
  • Unsur pengisi FK ialah kata kerja transitif atau
    kata kerja tak transitif.
  • Kata kerja transitif perlu diikuti oleh objek
    atau unsur lain.
  • Kata kerja tak transitif boleh wujud bersendirian
    atau diikuti oleh unsur lain.
  • Binaan frasa kerja
  • kb KKT Objek / AKomp Keterangan
  • kb KKTT Pelengkap/AKomp / ? keterangan

5
BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK
  • Kata kerja tak transitif
  • tanpa pelengkap
  • dengan pelengkap (berpelengkap)
  • dengan KN sebagai penerang

6
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP
  • Kata kerja yang mempunyai makna lengkap. Oleh
    itu, kata kerja ini tidak memerlukan pelengkap
    untuk berfungsi dalam ayat. Contoh
  • Semua mahasiswa bangun
  • Mereka akan pulang
  • Buah hatinya menangis
  • Permata idamannya hilang
  • Bunga berguguran
  • Monyet bergayutan
  • Beliau berkorban (demi cinta sucinya)
  • Mahasiswa ini menjeling (dengan jelingan
    membunuh)
  • Kainnya terlucut
  • Buah yang tergantung itu telah gugur
  • Rambutnya memutih

7
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP
  • Kata kerja tak transitif pelengkap adjektif
    keadaan orang itu beransur sihat, tenaganya
    menjadi lemah, seniman itu berbuat baik.
  • Kata kerja tak transitif pelengkap FSN
    (tempat) pemuda itu tinggal di atas pokok,
    isterinya berada di kampung, bapanya berumah di
    tepi pantai, pelancong itu singgah di Bukit
    Berapit,
  • perahunya membelok ke kiri
  • Kata kerja tak transitif pelengkap KN rumah
    Dara beratapkan genting, rumah Uda beratapkan
    nipah, keluarganya ada kebun durian, padi Wan
    Empok dan Wan Malini berdaunkan perak, berbuahkan
    emas, dan berbatangkan suasa, anaknya menjadi
    pramugari, Pak Kaduk berbajukan kertas

8
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN KN SEBAGAI
PENERANG
  • KN yang hadir selepas kata kerja tak transitif
    bukanlah objek kerana KN itu tidak boleh
    dijadikan subjek dalam ayat pasif, dan bukannya
    pelengkap kerana jika ditinggalkan KN itu tidak
    mencacatkan ayat, iaitu ayat tersebut masih boleh
    dianggap lengkap. Contoh
  • Suaminya berkain batik
  • Kegemaran isterinya berniaga rempah
  • Ketiga-tiga isterinya berbaju kebaya
  • Mahasiswa itu belajar bahasa Hindi
  • Perahu kecil belayar malam
  • Kegemarannya mengendap orang
  • Kesukaannya berkebun ubi
  • Keluarganya berkedai nasi kandar

9
BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK
  • Frasa kerja dengan objek
  • Kata kerja transitif
  • Frasa kerja dengan satu objek
  • Frasa kerja dengan dua objek

10
FRASA KERJA DENGAN OBJEK
  • Kata kerja transitif sebagai kata inti, dan KN
    sebagai objek. Contoh
  • Izati makan nasi mentah (aktif), Nasi mentah
    Izzati makan (aktif songsang), nasi mentah
    dimakan (oleh) Izati (pasif), dimakan (oleh)
    Izati nasi mentah (pasif songsang).
  • Engkau menembak burung (aktif), Menembak
    burung engkau (aktif songsang), burung engkau
    tembak (pasif), engkau tembak burung (pasif
    songsang).
  • Pemburu menikam harimau dengan lembing
    (aktif), dengan lembing pemburu menikam harimau
    (aktif songsang), harimau ditikam (oleh) pemburu
    dengan lembing (pasif), dengan lembing, harimau
    ditikam oleh pemburu (pasif songsang).

11
FRASA KERJA SATU OBJEK
  • Kata kerja transitif yang mengandung KN sebagai
    objek, dan bilangan objek itu hanya satu. Contoh
  • Jamu itu dapat menguatkan tenaga (aktif), tenaga
    dapat dikuatkan (oleh) jamu itu (pasif).
  • Zainuddin meminjamkan payung kepada Hayati
    (aktif), payung dipinjamkan oleh Zainuddin kepada
    Hayati (pasif).
  • Pemuda itu menyewa kereta (aktif), kereta disewa
    (oleh) pemuda itu (pasif).
  • Isterinya mengambil semangkuk bubur (aktif),
    semangkok bubur diambil (oleh) isterinya (pasif).
  • Mastura memetik bunga tanjung (aktif), bunga
    tanjung dipetik (oleh) Mastura (pasif).

12
FRASA KERJA DENGAN SATU OBJEK
  • Kata kerja yang memerikan sifat sesuatu, iaitu
    kata kerja yang berasal daripada kata adjektif.
    Kata kerja ini boleh disertai kata penguat, dan
    objeknya berupa pilihan, dan objek itu boleh
    digugurkan jika objek itu ialah kata ganti diri
    pertama. Contoh
  • Peristiwa malam itu amat menyeramkan (kami)
    (aktif), amat menyeramkan (kami) peristiwa malam
    itu (songsang).
  • Pemandangan itu amat mengasyikkan (saya)
    (aktif), amat mengasyikkan (saya) pemandangan itu
    (songsang).
  • Penderitaan yang dialaminya amat mengharukan
    (saya), (aktif), amat mengharukan (saya)
    penderitaan yang dialaminya (songsang).

13
FRASA KERJA DENGAN DUA OBJEK
  • Frasa kerja yang mengandung objek tepat dan objek
    sipi. Objek tepat ialah penyambut secara
    langsung, dan objek sipi ialah penyambut secara
    tidak langsung. Contoh
  • Canselor menganugerahi graduan ijazah (aktif),
    graduan dianugerahi canselor ijazah (pasif),
    canselor menganugerahkan ijazah kepada graduan
    (aktif), ijazah dianugerahkan canselor kepada
    graduan (pasif).
  • Ibu membeli anaknya pakaian (aktif), anaknya
    dibeli ibu pakaian (pasif), ibu membelikan
    pakaian untuk anaknya (aktif), pakaian dibelikan
    ibu untuk anaknya (pasif).
  • Contoh di atas menunjukkan bahawa objek tepat
    sahaja yang dijadikan subjek dalam ayat pasif,
    iaitu menjadi unsur yang diterangkan, sedangkan
    objek sipi tidak boleh diberikan fungsi itu.

14
FRASA KERJA DENGAN SEOLAH-OLAH DUA OBJEK
  • Ayat berikut ada satu objek, walaupun seolah-olah
    ada dua objek. Ini demikian kerana pelengkap pada
    objek itu tidak dapat dijadikan objek tepat.
    Contoh
  • Sang Nila Utama menamakan tempat itu Singapura
    (aktif), tempat itu dinamakan Sang Nila Utama
    Singapura (pasif), Sang Nila Utama menamakan
    Singapura untuk tempat itu. (X)
  • Dia menganggap saya kekasih (aktif), saya
    dianggapnya kekasih (pasif), dia menganggap
    kekasih kepada saya (X).
  • Laksamana menamakan pedangnya Pasupati (aktif),
    pedangnya dinamakan Laksamana Pasupati (pasif),
    Laksamana menamakan Pasupati untuk pedangnya (X).

15
FRASA KERJA DAN KATA BANTU
  • Kata bantu dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
    kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
  • Kata bantu aspek menerangkan waktu kata kerja,
    dan kata bantu ragam menerangkan ragam perasaan
    kata kerja.
  • Kata bantu aspek sudah bertunang, telah tidur,
    pernah tewas, sedang mandi, masih beruntung,
    belum mati, akan berkahwin, masih belum
    berkhatan, sudah pernah pergi, masih sedang
    mandi, telah pernah bersama
  • Kata bantu ragam hendak beristeri, mahu
    berdamai, harus pergi, boleh masuk, dapat
    memandu, mesti berdikari, harus mahu pergi, mesti
    mahu bersama, mesti dapat memancing, harus hendak
    berkelana, mesti boleh berenang

16
KATA BANTU ASPEK
  • Kata bantu aspek dapat dibahagikan kepada tiga
    jenis mengikut masa, iaitu sudah (sudah, telah,
    pernah), sedang (sedang, masih), dan belum
    (belum, akan). Contoh
  • Rosini sudah berkahwin pada malam kelmarin,
    Majapahit telah menyerang Melaka, Iraq pernah
    menawan Kuwait, mahasiswa itu sedang
    berangan-angan, pemuda itu masih bersembunyi,
    bulan belum mengambang, orang tua itu akan
    berhijrah ke Ipoh
  • Kata bantu aspek boleh juga berpasangan sesama
    sendiri pada satu masa. Contoh
  • Yang merah itu masih belum berumah tangga,
    orang itu belum pernah memanjat pokok, rombongan
    pengantin masih belum tiba, dia sudah pernah
    menangkap harimau, saya telah pernah pergi ke
    bulan

17
KATA BANTU RAGAM
  • Kata bantu ragam hadir sebelum kata kerja untuk
    menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu
    perlakuan itu, sama ada mesti, hendak, berupaya
    atau tidak berupaya untuk melakukannya. Contoh
  • Kedua-dua remaja itu hendak bergusti, dia mahu
    meningkatkan prestasi kerja, kami harus bergegas
    ke sana, kamu boleh balik pada petang nanti,
    anaknya dapat menyelam, kita mesti berkorban
    untuk negara
  • Kata bantu ragam juga boleh berpasangan sesama
    sendiri untuk mengungkapkan ragam atau suasana
    perasaan mengikut konteksnya. Contoh
  • Mahasiswa itu harus mahu mengambil
    peperiksaan, kedua-dua ibu bapanya harus dapat ke
    Mekah tahun ini, suaminya mesti mahu berkahwin
    lagi, kita mesti dapat mengambil buah yang
    tergantung itu

18
KEHADIRAN KATA BANTU DALAM AYAT
  • Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam
  • kedua-duanya sedang hendak terjun ke jurang,
    suaminya belum hendak mandi lagi, Ahmad akan
    dapat mengambil hadiahnya pagi esok, yang biru
    itu masih belum berumah tangga, saudara belum
    boleh beristeri dua
  • Kata bantu ragam kata bantu aspek
  • buah hatinya mesti akan merinduinya siang dan
    malam, yang tersenyum itu harus sudah berpunya,
    mahasiswa itu mesti sudah berkhatan, pemuda itu
    harus telah pergi ke sempadan Thailand, mahligai
    itu mesti telah roboh

19
FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN
  • Frasa kerja yang mengandung inti kata kerja
    transitif boleh menerima ayat komplemen untuk
    membentuk ayat majmuk.
  • Frasa Kerja Transitif Ayat Komplemen
  • gt Halim menafikan bahawa dia akan berkahwin
    lagi.
  • gt Mahasiswa itu mengakui bahawa dialah yang
    bersalah.
  • gt Menteri Besar mengumumkan bahawa kabinet
    kerajaan negeri akan dibuburkan pada minggu
    hadapan.
  • gt Pegawai itu memberitahu bahawa Perdana
    Menteri akan melawat UPM tahun hadapan
  • gt Naib Canselor mengatakan bahawa pelajar yang
    membakar bangunan akan dikenakan hukuman
    berat.
  • gt Penceramah itu menegaskan bahawa siapa yang
    makan cili, dialah yang terasa pedasnya.

20
FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN
  • Frasa kerja yang mengandung inti kata kerja tak
    transitif juga boleh menerima ayat komplemen
    untuk membentuk ayat majmuk.
  • Frasa Kerja Tak Transitif Ayat Komplemen
  • gt Orang itu gagal untuk menjawab akuan nikah.
  • gt Beliau telah bersedia untuk menerima hukuman.
  • gt Pekebun itu tahu bahawa banjir akan melanda
    bila-bila masa.
  • gt Keempat-empat isterinya berhajat untuk
    menimang cahaya mata pada tahun hadapan.
  • gt Mahasiswa berpendapat bahawa cuti semester
    harus dipanjangkan.
  • gt Laila tahu. bahawa Majnum masih cinta padanya
  • gt Pemuda itu tahu bahawa cintanya ada di
    mana-mana.

21
UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA
  • Unsur yang hadir sesudah kata kerja, dan
    berfungsi sebagai penerang. Keterangan dalam
    frasa kerja terdiri daripada frasa sendi nama,
    frasa adjektif, dan frasa nama.
  • Frasa sendi nama angin bertiup dengan
    sepoi-sepoi bahasa, mesyuarat akan berbincang
    tentang perkara itu, banjir melanda dengan
    tiba-tiba.
  • Frasa adjekjtif pakaiannya berbau amat busuk,
    burung tempua terbang tinggi, makanannya berbau
    tengik.
  • Frasa nama rombongan pengantin telah tiba
    kelmarin, dia akan bertolak pagi ini, kapal
    terbang akan berlepas esok.

22
KEHADIRAN KETERANGAN DALAM FRASA KERJA
  • kb KKT Obj Ket akan membina rumah di
    pinggir bandar, akan memburu rusa di gunung
    Kinabalu
  • kb KKT AKomp Ket hendak memperincikan
    laporan seminar yang telah diadakan pada bulan
    Januari 2004, telah menafikan bahawa perkara itu
    adalah benar pada masa itu
  • kb KKTT Pelengkap Ket masih tinggal di
    Terengganu dengan keluarganya, akan pergi ke
    Kelantan pada minggu hadapan
  • kb KKTT AKomp Ket telah berjaya untuk
    mendapat anugerah dalam pertandingan itu, belum
    berusaha untuk mendapat restu daripada ibu
    bapanya

23
UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
  • Keterangan tempat dan arah
  • Keterangan waktu
  • Keterangan cara
  • Keterangan tujuan atau harapan
  • Keterangan alat
  • Keterangan penyertaan
  • Keterangan hal atau perkara
  • Keterangan bagai/seperti/seumpama

24
KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
  • Keterangan tempat dan arah
  • banyak orang bekerja di sawah, orang itu berasal
    dari Turki, pandangan matanya kena pada jantung,
    dia menerima berita daripada saudaranya,
    bungkusan itu diberikan kepada adiknya
  • Keterangan waktu
  • pementasan itu tamat pada pukul 11.00 malam, dia
    pergi sejak 10 tahun dahulu, orang itu menunggu
    anaknya hingga waktu senja, mahasiswa itu
    menyelesaikan tugasnya dalam masa setengah jam,
    mesyuarat MIC berakhir jam 3.00 pagi.

25
KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
  • Keterangan cara ditandai oleh kehadiran kata
    adjektif yang menjadi frasa nama dengan
    penambahan nya yang didahului oleh kata sendi
    dengan. Dalam konteks ini, dengan dan nya boleh
    digugurkan. Contoh
  • Bas persiaran itu bergerak (dengan) laju(nya),
    bas persiaran itu bergerak laju.
  • Pelajar itu berpidato (dengan) lantang(nya),
    pelajar itu berpidato lantang.
  • Sungai Pahang mengalir (dengan) tenang(nya),
    sungai Pahang mengalir tenang.
  • Radio berbunyi (dengan) kuat(nya), radio
    berbunyi kuat.
  • Dia membantah tindakan pegawai agama (dengan)
    keras(nya), dia membantah tindakan pegawai agama.
  • Saya menendang bola itu (dengan) kuat(nya).
    Saya menendang bola itu.

26
KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
  • Keterangan tujuan atau harapan
  • pahlawan itu berjuang demi maruahnya, kebanyakan
    mahasiswa bertindak untuk kepentingan diri,
    rakyat harus berusaha untuk kemajuan negara,
    kerajaan membina jambatan untuk kemudahan
    rakyatnya, orang itu terkorban demi kemerdekaan
    negara
  • Keterangan alat
  • pekerja itu datang dengan keretanya, dia memukul
    ular itu dengan tongkatnya, Panglima Awang telah
    mengembara ke seluruh dunia dengan perahu layar,
    orang itu mencucuk lidahnya dengan jarum, petani
    itu membelah kayu dengan kapak

27
KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
  • Keterangan penyertaan
  • presiden itu datang dengan rombongannya, dia
    selalu pergi dengan setiausahanya, murid-murid
    melawat zoo dengan gurunya
  • Keterangan hal/perkara
  • kedua-dua orang itu sedang berbincang tentang
    masa hadapan, menteri membuat pengumuman tentang
    perkara itu, Ketua Polis Negara membuat kenyataan
    tentang laporan itu
  • Keterangan bagai/seperti/umpama
  • wajahnya berkedut umpama bulan kesiangan,
    wajahnya berseri-seri bagai bulan purnama,
    pasangan itu sedang merindu seperti pungguk rindu
    akan bulan

28
FRASA SENDI NAMA
  • Unsur pengisi FSN ialah kata kata sendi dan kata
    nama.
  • Unsur lain seperti kata nama arah, ayat komplemen
    dan keterangan merupakan pilihan sahaja.
  • Kata sendi nama hanya hadir di hadapan kata
    nama/frasa nama.
  • Rumus FSN (kb) KSN (KNA) FN (AKomp/Ket)
  • Contoh di, ke, dari, daripada, pada, kepada,
    untuk, akan, bagi hingga, oleh, dengan, tentang,
    terhadap, sampai, dalam

29
BINAAN FRASA SENDI NAMA
  • KSN FN
  • KSN (KNA) FN
  • (kb) KSN (KNA) FN (AKomp)
  • (kb) KSN (KNA) FN (Ket)

30
BINAAN FRASA SENDI NAMA
  • KS KN
  • di rumah, ke bandar raya, dari Terengganu,
    daripada UPM, kepada ibu bapa, hingga dini hari,
    tentang persoalan itu, bagi orang seberang
  • KS (KNA) KN
  • di dalam seluar, di luar kawasan, ke hadapan
    menteri, dengan belakang cangkul, untuk manca
    negara
  • (kb) KSN (KNA) KN (AKomp)
  • mesti ke gunung Tahan untuk mencari calon
    isteri, sudah di dalam bilik supaya dapat
    mempersiap diri

31
BINAAN FRASA SENDI NAMA
  • (kb) KSN (KNA) KN (Ket)
  • Susunan biasa
  • gt sudah ke dalam kelambu sejak pukul 9 malam
  • gt masih di pinggir kali sejak malam kelmarin.
  • gt masih di atas pangkuan isterinya pada setiap
    senja.
  • Susunan songsang
  • gt Sejak pukul 9 malam, pengantin itu sudah ke
    dalam kelambu.
  • gt Sejak malam kelmarin, mahasiswa itu masih di
    pinggir kali.
  • gt Pada setiap senja, Ali di atas pangkuan
    isterinya.

32
KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT
  • Dalam ayat, FSN berperanan sebagai
  • Predikat
  • Keterangan - keterangan frasa kerja
  • -keterangan frasa adjektif
  • -keterangan frasa nama

33
FSN SEBAGAI PREDIKAT
  • Pinjaman ini untuk pelajar miskin dan anak yatim.
  • Ibunya daripada golongan aristokrat.
  • Hadiah ini untuk saudaranya.
  • Dia di seberang sungai.
  • Orang itu dari India.
  • Asal kapas daripada benang.
  • Bilik itu untuk wanita sahaja.
  • Ayahnya daripada keturunan bangsawan.

34
FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA KERJA
  • Bas MARA berlepas pada pukul 9 malam (waktu).
  • Orang itu bercerita tentang kisah hidupnya (hal).
  • Monyet berihat di atas pokok (tempat).
  • Dia datang dengan buah hatinya (penyertaan).
  • Perompak itu menembak polis dengan pistolnya
    (alat).
  • Wanita itu berleter seperti murai (bandingan).
  • Kita harus berusaha demi kebahagian hidup (tujuan)

35
FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA NAMA
  • Rumah pangsa di desa (tempat)
  • Surat untuk kekasih (tujuan)
  • Lukisan dari zaman bahari (asal)
  • Novel oleh Hizairi (pengarang)
  • Puisi oleh Dharmawijaya (pengarang)
  • Pakaian pada zaman kesultanan Melaka (masa).
  • Mutiara daripada siput (asal).
  • Air dari hulu sungai (sumber)

36
FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA ADJEKTIF
  • Pemandangan itu indah laksana lukisan
    (bandingan).
  • Mahasiswa itu cerdik dalam semua keadaan (hal).
  • Mereka percaya pada mulanya (masa).
  • Kita mesti cekap demi pencapaian wawasan 2020
    (tujuan).

37
PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
  • Dua kata sendi setara boleh digabungkan dengan
    kata hubung dan, atau. Penggunaan kata hubung
    jenis ini sahaja yang boleh dihilangkan unsur
    kata sendi kedua. Contoh
  • Biasiswa untuk mahasiswa lelaki dan (untuk)
    mahasiswa perempuan.
  • Kain ini diperbuat daripada kapas dan (daripada)
    sutera.
  • Ia pergi dengan A atau (dengan) B.
  • Orang itu datang dari kiri, dan (dari) kanan
    jalan.
  • Hadiah ini untuk guru lelaki dan (untuk) guru
    perempuan.
  • Imai berjalan dengan Mariam atau (dengan) Rosini?
  • Surat ini dikirimkan oleh isterinya atau (oleh)
    kekasihnya?
  • Rumah boleh diperbuat daripada batu atau
    (daripada) kayu.

38
PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
  • Apabila kata hubung lain, dan kata sendi ke yang
    setara digunakan, unsur kedua tidak boleh
    digugurkan. Contoh
  • Mereka bermain bukan di atas tetapi di bawah.
  • Kita bekerja bukan untuk diri tetapi untuk
    negara.
  • Dia bukan ke kampus tetapi ke taman bunga.
  • Orang itu melihat ke kiri dan ke kanan jalan.
  • Saudara hendak ke Kota Bharu atau ke Golok?
  • Katakanlah ke bulan atau ke bintang?

39
PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
  • Kata sendi nama unsur kedua tidak boleh
    digugurkan dalam frasa nama setara yang tidak
    menggunakan kata hubung. Contoh
  • Tangannya melambai-lambai ke atas ke bawah
  • Dia berlari dari rumah ke sekolah
  • Ayat diubah daripada bentuk biasa kepada
    bentuk songsang
  • Mahasiswi itu melenggang ke kiri ke kanan
  • Dia melihat ke atas ke bawah.
  • Orang itu bertukar daripada kategori A kepada
    kategori B

40
PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
  • Kata sendi nama setara yang digabungkan dengan
    kata hubung tetapi, perlu digunakan kata nafi
    bukan. Contoh
  • Mereka tinggal bukan di atas pokok tetapi di
    atas lori.
  • Dia pergi bukan dengan anaknya tetapi
    (dengan) isterinya.

41
PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
  • Kata sendi nama dari dan ke tidak membenarkan
    pengguguran bentuk se secara berasingan, tetapi
    membenarkan pengguguran bentuk se secara
    serentak. Contoh
  • Dia gelisah dari semasa ke semasa.
  • Dia gelisah dari masa ke masa.
  • Perasaannya terganggu dari sedetik ke
    sedetik.
  • Perasaannya terganggu dari detik ke detik.
  • Anaknya bertambah dari setahun ke setahun.
  • Anaknya bertambah dari tahun ke tahun.

42
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Sendi nama di kata sendi nama di hadir di
    hadapan kata nama/frasa nama untuk maksud tempat
    atau arah. Contoh
  • Guru itu ada di sekolah, orang buta itu terjatuh
    di kanan jalan, kekasihnya sesat di gunung
    Kinabalu, bunga kembang di taman larangan, yang
    berbaju merah itu di sana, tempat tinggal anda di
    mana?, pilihlah salah satu di antara kebun ubi
    dengan kebun durian.
  • Kata sendi nama di tidak boleh digunakan untuk
    masa/waktu.
  • Contoh
  • di kala itu, di suatu hari, di waktu senja, di
    saat-saat genting, di masa itu, di zaman purba,
    di kurun ke-20, di petang minggu

43
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Kata sendi nama ke hadir di hadapan KN/FN yang
    menunjukkan tempat, arah, waktu, dan benda
    konkrit (tidak bernyawa). Contoh
  • Aminah jatuh ke dalam parit, dia pergi ke bulan,
    kaca dihempaskan ke batu, dia tersenyum ke saat
    akhir, ke hari ini cintanya masih menyala
  • ke tidak boleh digunakan untuk manusia. Contoh
  • Hadiah ini diberikannya ke Ali, surat itu tiba
    ke isterinya, jangan berikan senyumanmu ke dia,
    harta itu diwarisinya ke anak cucu
  • Perbedaan antara di dengan ke ialah di digunakan
    untuk tempat yang bermaksud berada pada suatu
    tempat, sedangkan ke bermaksud arah ke suatu
    tempat.
  • ke juga dapat dilihat sebagai padanan atau lawan
    kata sendi nama dari. Contoh
  • dari masa ke masa, dari hati ke hati, dari
    mata ke hati

44
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Sendi nama pada sendi nama pada digunakan untuk
    maksud menyatakan waktu, dan tempat perbuatan
    kata kerja. Contoh
  • pada zaman batu, pada hari minggu, pada pukul 2
    pagi, pada saat bahagia, diikat pada sebatang
    kayu, bisikkan kata-katanmu pada hati, tanya pada
    pokok, tersangkut pada bayangan mega
  • Kata sendi nama pada hadir selepas kata ada yang
    bermaksud benda yang bernyawa. Contoh
  • ada pada saya, ada pada jururawat itu, ada pada
    belakang unta
  • Kurang tepat jika dikatakan pada siapa hendak
    kuserahkan jiwa raga, berikan buku ini pada dia

45
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Sendi nama kepada sendi nama kepada bermaksud
    arah dan merujuk benda yang bernyawa sebagai
    penanda arah. Sebagai pernanda arah, kepada tidak
    boleh bertukar ganti dengan kata pada. Contoh
  • Berikan kasihmu kepadanya, Abu berkirim surat
    kepada abangnya, luangkanlah masa emasmu kepada
    anak yatim, dia melaporkan hasil kajiannya kepada
    ketua jabatan

46
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Padanan daripada dengan kepada digunakan untuk
    frasa yang merujuk manusia, dan frasa yang
    merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia.
    Contoh
  • daripada suami kepada isteri, daripada mahasiswa
    kepada mahasiswi, daripada ketua kepada pekerja,
    daripada raja kepada rakyat, daripada tuan kepada
    hamba, daripada UKM kepada UPM, daripada RTM
    kepada TV7, daripada Kerajaan Persekutuan kepada
    Kerajaan Negeri
  • Kurang tepat jika dikatakan daripada kepas
    kepada benang, daripada kucing kepada anjing,
    daripada sebuah kapal kepada sebuah kapal,
    daripada esei kepada kertas kerja

47
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Kata sendi nama dari sendi nama dari menyatakan
    arah, tempat dan waktu. Contoh
  • Kamu datang dari mana?
  • Dari hadapan hendak ke belakang.
  • Dari saat ini, ubahlah tabiatmu.
  • Khabar gembira itu datang dari langit.
  • Kapal angkasa itu datang dari utara.
  • Dari sawah turun ke kali.

48
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Kata sendi nama daripada sendi nama daripada
    digunakan dengan pelbagai makna seperti
    menyatakan manusia, unsur abstrak, perbandingan,
    sumber/asal, perbedaan
  • Manusia sebagai punca atau tempat datangnya
    sesuatu
  • Bungkusan ini datang daripada anaknya, saya amat
    memerlukan kata putus daripadanya, tanyalah
    rahsia itu daripada ketuanya
  • Unsur abstrak
  • Ambillah teladan daripada kisah yang lalu,
    kejayaannya itu ialah hasil daripada ketekunannya
    selama ini, idea daripada orang itu telah
    diterima guna oleh kerajaan

49
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Sendi nama daripada yang menyatakan
    perbandingan., Contoh
  • Daripada berputih tulang lebih baik berputih
    mata, daripada cempedak baiklah nangka, daripada
    teruna baiklah duda, daripada dara baiklah janda,
    saya lebih baik daripadanya, orang itu lebih baik
    daripada orang ini, layanan mahasiswi ini lebih
    lembut daripada mahasiswi itu
  • Sumber/asal asal benang daripada kapas, saya
    mendapat ilham daripada lukisan itu, daripada
    lembu kita mendapat susu, ubat itu daripada darah
    ular, makanan ini daripada madu lebah
  • Perbedaan/kelainan daripada kakak lebih baik
    adiknya, perangai A berlainan daripada perangai
    B, kandungan buku ini berbeda daripada kandungan
    buku ini

50
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Kata sendi nama akan hadir di hadapan kata nama
    untuk manusia, dan jenis adjekitf yang bersifat
    emotif. Contoh
  • Dia amat rindu akan anaknya.
  • Semua orang sayang akan Aminah.
  • Keluarganya benci benar akan Aminah.
  • Aminah amat kasih akan keluarganya Aminah.
  • Kalau kekanda kasih akan adinda.
  • Bentuk seperti rindukan, sayangkan, cintakan,
    kasihkan, bencikan merupakan bentuk lisan, dan
    tidak diterima dalam bentuk tulisan.

51
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Kata sendi nama bagi, untuk kedua-dua kata sendi
    nama ini bermaksud untuk, dan kedua-duanya boleh
    bertukar tempat. Contoh
  • Tandas ini bagi / untuk orang perempuan.
  • Kertas ini bagi / untuk pertimbangan Senat
    UPM.
  • Filem ini bagi / untuk orang dewasa.
  • Bunga ini bagi / untuk kumbang itu.
  • Kata untuk yang hadir sebelum kata kerja tidak
    boleh digantikan dengan kata bagi. Contoh
  • Senapang untuk menembak burung
  • Simpati untuk menagih cinta

52
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Sendi nama oleh sendi nama oleh digunakan dalam
    dua keadaan, iaitu hubungan pembuat, dan maksud
    sebab.
  • Hubungan pembuat kepada perbuatan dalam ayat yang
    berbentuk perbuatan pasif, iaitu di, ter, dan
    kena. Contoh
  • Bola itu ditendang (oleh) Ali, kereta ini
    terangkat olehnya, orang itu kena marah oleh
    majikannya
  • Maksud sebab atau kerana, contoh
  • perutnya buncit oleh (sebab) terlalu banyak
    cacing, akhirnya ia binasa oleh (sebab) mengikut
    rasa, oleh (sebab) semangatnya yang tinggi, ia
    berjaya menjadi johan dalam pertandingan itu, dia
    merana oleh (sebab) dadah, akhirnya ia gila oleh
    (sebab) tekanan perasaan yang berat

53
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Kata sendi nama dengan sendi nama dengan
    digunakan untuk maksud bersama, perbandingan,
    padanan, kesan dan alat.
  • Bersama atau beserta dia berganding tangan
    dengan kekasihnya, ia tinggal dengan abangnya di
    Petaling Jaya, mahasiswa itu selalu studi dengan
    kawannya, dia membawa diri dengan hati yang luka
  • Perbandingan bumi dengan langit, pipit dengan
    enggang, anjing dengan kucing, kaca dengan
    permata
  • Padanan/kesesuaian cincin dengan permata, isi
    dengan kuku, Uda dengan Dara
  • Kesan atau cara dia menegur kekasihnya dengan
    jelingan manja, orang itu marah dengan jelingan
    mata
  • Alat Hamid menggali parit dengan cangkul, dia
    menangkap buaya dengan jampi, orang itu memukul
    ular dengan buluh

54
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Sendi nama hingga dan sampai kedua-dua kata
    sendi ini mempunyai fungsi yang sama dan boleh
    bertukar tempat, dan membawa maksud peringkat,
    dan had masa. Contoh
  • Dia menangis hingga/sampai bengkak mata.
  • Orang itu berjuang hingga/sampai titisan darah
    terakhir.
  • Mereka berjaga hingga/sampai subuh.

55
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Sendi nama seperti, bagai, umpama ketiga-tiga
    sendi nama ini menunjukkan perasaan atau
    perbandingan. Contoh
  • Bagai tanduk bersendi gading
  • Bagai dihiris dengan sembilu
  • Hatinya keras seperti batu.
  • Seperti pungguk merindukan bulan.
  • Umpama kiambang di air
  • Umpama bunga dedap, sungguh indah berbau
    tidak.
  • Seperti golok kayu, ditetak tak makan, dijual
    tak laku.

56
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Kata sendi nama tentang, terhadap kedua-dua kata
    sendi ini membawa maksud rujukan sesuatu. Contoh
  • Pelajar itu berbincang tentang panduan lulus
    peperiksaan.
  • Dua orang itu berbincang tentang masa hadapan
    mereka.
  • Jangan kurang ajar terhadap guru.
  • Kita mesti berlembut terhadap kaum wanita.
  • Ali bersikap adil terhadap isteri-isterinya.

57
PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
  • Kata sendi tentang selalu juga digunakan secara
    pilihan dengan kata mengenai. Kata mengenai
    sebenarnya termasuk dalam golongan kata kerja,
    seperti juga kata melalui yang juga kata kerja,
    tetapi ada waktunya digunakan dalam posisi kata
    sendi. Contoh
  • Bola yang ditendangnya itu mengenai palang gol
    (KKJ)
  • Merujuk surat tuan mengenai perkara di atas
    (KSN)
  • Saya melalui jalan itu dengan basikal (KKJ)
  • Dia menerima berita gembira itu melalui
    telefon (KSN)

58
KESIMPULAN
  • Pengertian frasa kerja dan frasa sendi nama boleh
    dibuat berasaskan pendekatan tradisional dan
    transformasi generatif
  • Rumus frasa kerja
  • gt FKJ kb KKT Obj / AKomp Ket
  • kb KKTT pel / AKomp Ket
  • kb KKTT Ket
  • Rumus frasa sendi nama
  • gt FSN kb KSN (KNA) FN AKomp / Ket
  • Unsur pengisi FKJ ialah KKT dan KKTT, dan unsur
    pengisi FSN ialah KS dan KN.
  • FKJ dan FSN dapat dijelaskan dari aspek binaan
    dan fungsinya.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com