MINGGU 06 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 36
About This Presentation
Title:

MINGGU 06

Description:

Title: MINGGU 06 Author: FBMK Last modified by: cheibrahim Created Date: 6/22/2005 1:23:40 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) Other titles – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:132
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 37
Provided by: FBMK
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MINGGU 06


1
MINGGU 6
KLASIFIKASI BAHASA
2
HASIL PEMELAJARAN
  • Pelajar dapat menghuraikan bahasa berasaskan
    pendekatan
  • gt genetik
  • gt tipologi
  • gt kawasan
  • gt sosiolingistik

3
KLASIFIKASI BAHASA
  • Dengan berkembangnya kajian perbandingan bahasa
    di Eropah, maka klasifikasi bahasa di dunia mula
    mendapat perhatian pengkaji bahasa
  • Klasifikasi dibuat berasaskan persamaan ciri
    setiap bahasa. Bahasa yang sama cirinya
    dimasukkan dalam satu kelompok dengan
    subkelompoknya
  • Anggota satu kelompok tentulah lebih banyak
    jumlahnya daripada anggota subkelompok

4
KLASIFIKASI BAHASA
  • Bahasa di dunia sangat banyak, penggunanya
    pelbagai bangsa dan penggunaannya pelbagai ragam
    dan gaya
  • Bahasa di dunia dianggarkan berjumlah 6,700.
    Penutur bahasa ibunda yang terbanyak terdiri
    daripada 20 bahasa, iaitu Cina (1 bilion),
    Inggeris (350 juta), Sepanyol (250 juta), Hindi
    (200 juta), Melayu (150 juta), Arab (150 juta),
    Benggali (150 juta), Rusia (150 juta), Portugis
    (135 juta), Jepun (120 juta), Jerman (100 juta),
    Perancis (70 juta), Punjabi (70 juta), Bihari 65
    juta), Itali (60 juta), Korea (60 juta), Telugu
    (55 juta), Tamil (55 juta), Marathi (50 juta),
    dan Vietnam (50 juta)
  • Klasifikasi bahasa bertujuan untuk mengenal pasti
    ciri persamaan bahasa dalam kelompok dan
    subkelompoknya

5
KLASIFIKASI BAHASA
  • Klasifikasi bahasa yang berpada mestilah memenuhi
    tiga syarat, iaitu tidak arbitrari, tuntas dan
    unik
  • Tidak arbitrari bermaksud kriteria klasifikasi
    bukanlah sewenangnya-nya, walaupun terdapat
    banyak ciri untuk mengklasifikasikan bahasa
  • Tuntas bermaksud dengan kriteria itu, semua
    bahasa dapat dimasukkan dalam kelompok dan
    subkelompok, tiada yang tersisa
  • Unik bermaksud, bahasa yang telah dimasukkan
    dalam satu kelompok tidak boleh lagi dimasukkan
    dalam kelompok yang lain untuk mengelakkan
    kekeliruan

6
  • Antara pendekatan yang popular digunakan ialah
  • gt Pendekatan Genetik
  • gt Pendekatan Tipologi
  • gt Pendekatan Kawasan
  • gt Pendekatan Sosiolinguistik

7
KLASIFIKASI GENETIK
  • Dikenali juga dengan nama klasifikasi Geneologi,
    iaitu klasifikasi yang berasaskan susur galur
    keturunan bahasa.Klasifikasi ini dibawahi oleh
    teori Pohon dan teori Gelombang
  • Teori pohon mengatakan bahawa suatu bahasa proto
    akan pecah dan mewujudkan bahasa baharu, dua atau
    lebih. Bahasa baharu itu pula akan pecah dan
    mewujudkan bahasa baharu yang lain
  • Teori Gelombang pula mengatakan bahawa
    perkembangan bahasa terjadi seperti gelombang
    yang disebabkan oleh seketul batu yang dijatuhkan
    di tengah kolam. Semakin jauh, riak gelombang
    semakin kurang, dan akhirnya hilang

8
KLASIFIKASI GENETIK
  • Perubahan bahasa terjadi kerana penggunanya
    tersebar ke merata tempat kerana sebab tertentu.
    Oleh sebab tiada kontak dengan induknya, maka
    bahasa itu semakin berubah
  • Klasifikasi genetik ini berasaskan kriteria
    persamaan bentuk bunyi dan makna. Bahasa yang
    mempunyai banyak persamaan ini bersumberkan
    bahasa proto yang sama. Kriteria ini juga
    dikenali dengan nama Kaedah Rekonstruksi Dalaman
  • Kaedah Rekonstruksi Dalaman bergantung pada data
    diakronik yang ada dalam sesuatu bahasa. Kaedah
    ini berasaskan andaian wujudnya perubahan bunyi
    dengan tidak mengambil kira golongan morfologinya

9
KLASIFIKASI GENETIK
  • Kaedah perbandingan dan kaedah rekonstruksi
    dalaman digunakan pada bahasa lisan untuk
    menentukan kekerabatan serta menyurih bentuk
    kuno. Asasnya ialah setiap bahasa akan berobah,
    dan setiap bahasa akan pupus
  • Kadar pemupusan leksikon dalam sesuatu bahasa
    atau kadar pengekalannya telah digunakan dalam
    kajian linguistik sejarah untuk menentukan tahap
    kekerabatan sesuatu bahasa. Tatacara ini
    dinamakan glotokronologi atau leksikostatistik

10
KLASIFIKASI GENETIK
  • Asas andaiannya ialah
  • leksikon asas lebih lama pengekalannya
    daripada leksikon jenis lain
  • kadar pengekalan leksikon asas lebih lama
  • kadar pemupusan sama antara satu bahasa
    dengan bahasa yang lain

11
TEORI POHON
  • A
  • (bahasa proto)
  • A1 A2 A3
  • A11 A12 A13 A21 A22 A31 A32
  • A111 A112 A113 A211 A212 A311 A312 A313

12
KLASIFIKASI GENETIK
  • Klasifikasi ini akan dapat menentukan jarak masa
    terjadinya pemisahan antara kedua-dua bahasa yang
    berkeluarga itu
  • Klasifikasi genetik ini juga bersifat tidak
    arbitrari, tetapi bersifat tuntas dan unik.
    Berasaskan sifat ini dan gejala persamaan,
    dianggarkan terdapat lebih 6 ribu bahasa di dunia
  • Pembahagiannya adalah seperti yang berikut
  • 1. Bahasa Indo-Eropah
  • a. Bahasa India India Kuno (Sanskrit, Weda),
    India Pertengahan (Prakrit, Pali),
    India Moden (Hindi, Hindustani, Benggali)

13
BAHASA INDO-EROPAH
  • b. Bahasa Iran Iran Kuno (Avesta, Persia Kuno),
    Iran Pertengahan (Pahlawi, Sogda, Saki), Iran
    Moden (Persia, Kurda, Afghanistan)
  • c. Bahasa Armenia Armenia Kuno, Rusia,
    Armenia-Turki
  • d. Bahasa Albania
  • e. Bahasa Baltik Baltik Kuno (Prusia Kuno),
    Baltik Moden
  • (Lihuania, Latvia)
  • f. Bahasa Slavia Slavia Selatan (Bulgaria Kuno,
    Bulgaria, Bulgaria Moden, Sernia, Croatia,
    Slovenia), Slavia Timur
  • (Ukraina, Rusia Putih, Rusia Raja), Slavia Barat
    (Bohemia, Slowakia, Polonia, Sorbia, Polabia)
  • g. Bahasa Tochar (Asia Tengah)
  • h. Bahasa Hethit (Asia Kecil)

14
BAHASA INDO-EROPAH
  • Bahasa Yunani Yunani Kuno (Ionia, Attika, Doris,
    Aeolia), Yunani Pertengahan (Koine), Yunani Moden
  • j. Bahasa Itali Oskia, Umbria, Faliskia, Latin,
    Romania, Perancis, Provence, Sepanyol, Portugis,
    Catalonia, Itali, Rheto-Romania
  • k. Bahasa Kelt Gallia, Pictia, Gaelia (Eire,
    Skot, Mank), Brotamoa (Welsh, Comish, Breton)
  • l. Bahasa Jerman Jerman Timur (Gotia, Vandal,
    Bourgondia), Jerman Utara (Norwegia Kuno,
    Norwegia, Iceland, Swedia, Denmark), Jerman Barat
    (Inggeris, Fries, Jerman Hulu, Jerman Hilir,
    Belanda).

15
BAHASA HAMIT
  • Bahasa mesir Koptis
  • Bahasa berber Tuareg, Kabil
  • Bahasa Kushid, Cad

16
BAHASA SEMIT
  • Semit Timur Assyria, Babylonia
  • Semit Barat Ibrani, Funisia, Punia, Aram, Arab,
    Syria, Amhar, Ethiopia / Abesinia

17
BAHASA URAL-ALTAI
  • Finlandia-Urgia Finlandia, Karelia, Estonia,
    Laplandia, Hungaria
  • Samoyid di Pantai Laut Artik
  • Altai Turki (Osmani, Kirgis), Monggol, Manchu,
    Tungu, Jepun, Korea
  • Aleut-Eskimo

18
BAHASA JAFET
  • Bahasa Kuno di Asia Kecil Karia, Lydia, Lykia
  • Bahasa Kaukasus Cerkes, Georgia, Basque,
    Etruria, Sumer

19
BAHASA AUSTRIS
  • Astro-Asia Malaka Kuno, Khasi, Nikobar, Mon,
    Khmer, Munda
  • Austronesia Nusantara, Melanesia, Mikronesia,
    Polinesia
  • Nusantara Malagasi, Melayu, Jawa, bahasa di
    Kalimantan, Sulawesi, Formosa
  • Melanesia bahasa di Irian, New Caledonia dan di
    Kepulauan Fiji
  • Mikronesia bahasa di Kepulauan Marianna,
    Marshall, Gilbert, Caroline
  • Polinesia bahasa di Hawaii, Tonga, Easter dan
    Maori
  • Tibeto-Tionghua Tibet, Burma, Tionghua,
    Muangthai, Annam

20
BAHASA AUSTRIS
  • Kelompok bahasa Austris meliputi wilayah yang
    sangat luas, iairtu dari Madagascar hingga ke
    pulauan Easter, dan dari Taiwan, Hawaii ke
    Selandia baharu
  • Kelompok ini merupakan kelompok terbesar, dari
    segi wilayah, keluarga bahasa dan jumlah penutur.
    Jumlah bahasanya antara 500 hingga 700
  • Berikut ialah contoh kata Austronesia warisan
    bersama
  • Tagalog Melayu Fiji Samoa Proto Austronesia
  • dalawa dua rua lua duwa
  • apat empat vaa faa e(m)pat
  • lima lima lima lima lima
  • anim enam ono ono enem
  • manok manuk manu2 manu manuk
  • mata mata mata mata mata
  • daan jalan sala ala zalan
  • pandan pandan vadra fala panDan
  • niyog nyiur niu Niu niuR

21
BAHASA LAIN DI ASIA DAN LAUTAN PASIFIK
  • Bahasa Papua
  • Bahasa Dravida (India) Telegu, Tamil, Kanari,
    Malayalam
  • Bahasa di Australia
  • Bahasa di Kepulauan Andaman
  • Bahasa Palco-Asia

22
BAHASA AFRIKA
  • bahasa Khisan San, Nama
  • bahasa Bantu (Afrika Selatan)
  • bahasa Sudan (Afrika Tengah)

23
BAHASA AMERIKA
  • Amerika Utara Algonkin, Irokese, Na-dene,
    Penutia, Sioux
  • Amerika Tengah dan Mexico Maya, Otomi, Mixe-Zoke
  • Amerika Selatan Arawak, Cibea, Con, Caribia
    (Venezuela, Guyana, Amazona), Kicua

24
KLASIFIKASI KAWASAN
  • Asasnya ialah hubungan timbal balik antara bahasa
    dalam suatu kawasan dengan tidak mengambil kira
    aspek kekerabatan bahasa
  • Yang penting ialah kewujudan data bahasa yang
    dipinjam dari aspek bentuk, makna, atau
    kedua-duanya kerana kontak sejarah bersifat
    historis dan konvergensif
  • Klasifikasi ini bersifat arbitrari kerana dalam
    kontak sejarah bahasa, pengaruh timbal balik
    terjadi dalam hal tertentu sahaja
  • Bahasa di dunia juga masih ada yang bersifat
    tertutup. Oleh itu, tidak dapat dikelompokkan
    mengikut kawasan

25
KLASIFIKASI KAWASAN
  • Berasaskan peta, diperlihatkan penyebaran
    geografi kelompok bahasa yang penting dengan ciri
    yang tertentu
  • Peringkat fonologi penyebaran bunyi pada posisi
    awal dan posisi akhir perkataan
  • Peringkat morfologi penyebaran kelompok kata
    yang konstrastif dalam semua gabungannya
  • Peringkat leksikal penyebaran sistem bilangan
  • Peringkat sintaksis penyebaran kategori kata
    benda dan kata ganti nama

26
KLASIFIKASI TIPOLOGI
  • Asasnya ialah kesamaan unsur tertentu yang wujud
    berulang-ulang dalam semua peringkat tataran
    linguistik sesuatu bahasa. Oleh itu, hasilnya
    pelbagai alternatif tetapi tetap bersifat
    arbitrari, tuntas dan unik
  • Klasifikasi pada tataran morfologi dilakukan
    dalam tiga kelompok, iaitu
  • gt bentuk bahasa sebagai dasar
  • gt kata akar sebagai dasar
  • gt bentuk sintaksis sebagai dasar

27
KLASIFIKASI TIPOLOGI
  • Kelompok 1 bentuk bahasa sebagai dasar
  • i. Bahasa di dunia ada dua kelompok, iaitu
    kelompok bahasa berafiks, dan kelompok bahasa
    berfleksi
  • ii. Bahasa tanpa struktur (bahasa Cina), bahasa
    berafiks (bahasa Turki), bahasa berfleksi
    (bahasa Sanskrit dan bahasa Latin)
  • iii. Bahasa isolatif, bahasa aglutunatif, bahasa
    fleksi dan bahasa polisintesis atau bahasa
    inkorporasi

28
KLASIFIKASI TIPOLOGI
  • Kelompok 2 kata akar sebagai dasar
  • i. kata akar yang monosilabik (bahasa Cina)
  • ii. Kata akar yang berkomposisi (bahasa Indo
    Eropah dan bahasa Austronesia)
  • iii. Kata akar yang silabik dengan tiga konsonan
    (bahasa Arab dan bahasa Ibrani)
  • iv. Kata akar (bahasa Cina), bahasa
    terminasional (bahasa Turki dan bahasa
    Austronesia), bahasa infeksional (bahasa Arab dan
    bahasa Indo Eropah)

29
KLASIFIKASI TIPOLOGI
  • Kelompok 3 bentuk sintaksis sebagai dasar
  • Bahasa yang berbentuk dan bahasa yang tidak
    berbentuk
  • Bahasa yang berbentuk ialah bahasa yang dalam
    ayat terdapat hubungan antara kata bahasa
    kolokatif (bahasa Cina), bahasa derivatif dengan
    jukstaposisi (bahasa Koptis), bahasa derivatif
    dengan perubahan akar kata (bahasa Semit), bahasa
    derivatif dengan sufiks (bahasa Sanskrit)
  • Bahasa yang tidak berbentuk bahasa kolokatif
    (bahasa Indo-China), bahasa derivatif dengan
    reduplikasi dan prefiks (bahasa Austronesia),
    bahasa derivatif dengan Sufiks (bahasa Turki),
    bahasa Inkorporasi (bahasa India Amerika)

30
KLASIFIKASI TIPOLOGI
  • Sapir menggunakan tiga parameter untuk
    mengklasifikasikan bahasa, iaitu konsep
    gramatikal, proses gramatikal dan tingkat
    penggabungan morfem dalam kata
  • Konsep gramatikal bahasa relasional murni
    sederhana, bahasa relasional murni kompleks,
    bahasa relasional campuran sederhana dan bahasa
    relasional campuran kompleks
  • Proses gramatikal bahasa isolatif, aglutunatif,
    fusional dan simbolik
  • Tingkat penggabungan morfem dalam kata bahasa
    analitis, sintetis dan polisintetis

31
KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK
  • Asasnya ialah hubungan antara bahasa dengan
    faktor yang berlaku dalam masyarakat dari aspek
    status, fungsi dan nilai
  • Klasifikasi ini berasaskan 4 kriteria, iaitu
    pensejarahan, pembakuan, penggunaan aktif, dan
    penggunaan leksikon dan tatabahasa
  • Pensejarahan bermaksud sejarah perkembangan dan
    penggunaan bahasa. Pembakuan berkaitan status
    bahasa rasmi dan tidak rasmi. Penggunaan aktif
    bermaksud penutur yang menggunakannya
    sehari-hari, dan adakah leksikon dan tatabahasa
    itu diperturunkan daripada satu generasi kepada
    satu generasi yang lain

32
KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK
  • Berdasarkan kriteria itu, bahasa di dunia dapat
    dikelompokkan ke dalam kelompok tertentu. Walau
    bagaimanapun, hasilnya tetap tidak unik kerana
    sesuatu bahasa mempunyai status yang berbeda
  • Bahasa Jerman di Jerman berstatus bahasa baku,
    tetapi di Swiss, bahasa Jerman berstatus
    kedaerahan
  • Bahasa Ibrani merupakan bahasa klasik dalam
    ibadat Yahudi, tetapi Israel menjadikan bahasa
    itu sebagai bahasa rasmi dan bahasa baku

33
KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK
  • Klasifikasi ini juga tidak tekal dan mutlak. Kita
    masih dapat mempertikaikan kekompleksan bahasa di
    negara tertentu.Misalnya, bahasa Melayu di
    Malaysia menjadi bahasa rasmi, bahasa baku,
    bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa
    pengantar dan bahasa daerah yang juga boleh
    bersifat rasmi dalam konteks kedaerahan
  • bahasa rasmi bahasa pentadbiran kerajaan
  • bahasa baku bahasa yang teratur dan mantap
    pelbagai aspek (ejaan, istilah, tatabahasa,
    sebutan)
  • bahasa kebangsaan bahasa yang diterima dan
    digunakan oleh penduduk dalam sebuah negara yang
    mempunyai pelbagai bahasa atau loghat yang
    lain
  • bahasa perpaduan bahasa yang berperanan
    penting menyatukan masyarakat, terutama dalam
    masyarakat yang berbilang kaum, budaya, agama,
    dan sebagainya
  • bahasa pengantar bahasa yang digunakan sebagai
    alat perhubungan atau komunikasi dalam
    pengajaran atau dalam perundingan, mesyuarat,
    dan sebagainya
  • bahasa daerah loghat daerah

34
KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK
  • Di Singapura, bahasa kebangsaannya bahasa Melayu.
    Terdapat 4 bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu,
    bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa
    Tamil, tetapi penggunaan bahasa Inggeris lebih
    dominan
  • Di Indonesia, bahasa Indonesia menjadi bahasa
    rasmi, bahasa baku, bahasa negara, bahasa
    nasional, bahasa persatuan dan bahasa kesatuan.
    Terdapat juga bahasa daerah yang bersifat rasmi
    dalam situasi yang bersifat kedaerahan
  • Di Filipina, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
    ialah bahasa Tagalog, tetapi bahasa rasmi dalam
    bidang pentadbiran kerajaan ialah bahasa Inggeris
  • Di Thailand bahasa kebangsaan dan bahasa rasminya
    ialah bahasa Thai, tetapi bahasa Inggeris menjadi
    bahasa asing yang dominan
  • Di Brunei bahasa kebangsaan dan bahasa rasminya
    bahasa Melayu, tetapi bahasa Inggeris menjadi
    bahasa asing yang dominan

35
KESIMPULAN
  • Klasifikasi bahasa dapat dihuraikan menerusi
    pendekatan genetik, tipologi, kawasan dan
    sosiolinguistik
  • Pendekatan genetik berasaskan teori pohon dan
    teori gelombang yang membahagikan bahasa kepada 9
    kelompok, iaitu Indo-Eropah, Hamit, Semit,
    Ural-Altai, Jafet, Austris, Bahasa di Asia dan
    Lautan Pasifik, Afrika, dan Amerika
  • Klasifikasi kawasan menitikberatkan penyebaran
    geografi kelompok bahasa dari aspek fonologi,
    morfologi, leksikal dan sintaksis
  • Klasifikasi tipologi berasaskan kesamaan unsur
    menerusi kriteria morfologi dan sintaksis
  • Klasifikasi sosiolinguistik berasaskan empat
    kriteria, iaitu pensejarahan, pembakuan,
    penggunaan aktif, dan penggunaan leksikon dan
    tatabahasa

36
KATA BIJAK PANDAI
ORANG DISEBUT BERUNTUNG ATAU TIDAK BERUNTUNG,
BERGANTUNG PADA PERBANDINGAN ANTARA APA YANG
DIPEROLEH OLEH MEREKA DENGAN APA YANG DIHARAPKAN
OLEH MEREKA
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com