KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 33
About This Presentation
Title:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Description:

Title: PowerPoint Presentation Author.. Last modified by: Norhaimi Abdullah Created Date: 5/1/2002 1:36:48 PM Document presentation format: On-screen Show – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1214
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 34
Provided by: 9597182
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Konsep Sekolah
Selamat
Panduan Pelaksanaan Menjadikan Sekolah, Komuniti
dan Keluarga Selamat Untuk Kanak-Kanak
Oleh Tuan Haji Asmawi bin Haji Abdul
Kadir Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia
2
1. Media massa kita sering membuat liputan
tentang keselamatan sekolah yang agak
longgar.2. Aspek fizikal, sosial, emosi dan
teknikal digambarkan seolah-olah
kurang selamat dan kurang menyakinkan
orang ramai.3. Namun realitinya bukanlah semua
sekolah berkeadaan begitu kerana masih banyak
lagi sekolah di negara ini
berkeadaan selamat dan
berfungsi secara efektif.
PENDAHULUAN
3
4. Perubahan dalam iklim pendidikan dewasa ini
telah mewujudkan keperluan mengenal pasti
kaedah, strategi dan model program yang mampu
mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan murid
serta guru. 5. Pihak keluarga, sekolah dan
komuniti harus bertanggungjawab untuk mewujudkan
Polisi Sekolah Selamat.
4
KRONOLOGI
INISIATIF SEKOLAH SELAMAT
Oktober 2001 - Y.B. Menteri Pendidikan meminta
supaya dikaji pelaksanaan Inisiatif
Sekolah Selamat di Malaysia. Oktober 2001 -
Pembentukan Jawatankuasa Pemandu Sekolah
Selamat di Bahagian
Sekolah. November 2001 - Penyediaan Kertas Konsep
Inisiatif Sekolah Selamat. November 2001 -
Penyediaan Rangka Pelaksanaan. Disember 2001 -
Pemilihan 31 buah Sekolah Projek Rintis
Sekolah Selamat (16 Sekolah Rendah 15
Sekolah Menengah).
5
Jan April 2002 - Pelaksanaan secara rintis
Inisiatif Sekolah Selamat di 31 buah
Sekolah Projek Rintis Sekolah Selamat. -
Pemantauan Projek Rintis. Januari 2002 -
Pembentukan Jawatankuasa Penulis Manual
Sekolah Selamat Jan - April 2002 - Bengkel
Penulisan dan Penyediaan Manual Sekolah
Selamat. 15 April 2002 - Pembentangan Buku Konsep
dan Manual Sekolah Selamat kepada Y.B.
Menteri Pendidikan.
6
6 Mei 2002 - Pelancaran Inisiatif Sekolah
Sekolah oleh Y.B. Menteri Pendidikan di
Hotel Park Avenue, Sungai Petani Kedah. 6
8 Mei 2002 - Konvensyen Sekolah Selamat di
Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah
Darul Aman. Mulai Mei 2002 - Pelaksanaan
Inisiatif Sekolah Selamat di
sekurang-kurangnya 20 buah sekolah di
setiap negeri sehingga akhir tahun
2002. - Pelaksanaan akan dibuat secara
berfasa sehingga tahun 2006.
7
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai
persekitaran sekolah yang selamat di mana warga
sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada
mana-mana pihak sama ada dari dalam mahu pun
dari luar.
DIFINISI
8
Mewujudkan Budaya Selamat di sekolah dan
persekitaran secara berterusan dengan sokongan
keluarga dan komuniti setempat.
MATLAMAT
9
RASIONAL
1. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap
diabaikan dan jarang dijadikan asas utama
pertimbangan.
2. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan
isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi dan
teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu
diwujudkan.
3. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga
dan masyarakat dengan institusi pendidikan
dari segi keselamatan
4. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu
keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan
keluarga dan komuniti.
10
OBJEKTIF
UMUM Meningkatkan kefahaman dan penghayatan
bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda
utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah.
PENGETUA GURU BESAR Memahami dan menghayati
dalam merangka dan melaksanakan tindakan untuk
mewujudkan Budaya Selamat di sekolah.
11
GURU Memahami, menghayati serta membantu
merancang, melaksana dan memantau semua tindakan
mewujudkan Budaya Selamat. Membimbing dan
menasihat murid akan Amalan Selamat semasa di
dalam dan di luar kawasan sekolah.
12
MURID Memahami, menghayati dan memahami
tatacara dan elemen Budaya Selamat. Mengamalkan
cara hidup selamat semasa di dalam dan di luar
kawasan sekolah.
IBU BAPA Memahami, menghayati dan membantu
semua polisi dan aktiviti sekolah yang
berdasarkan kepada amalan cara hidup selamat di
dalam dan di luar kawasan sekolah.
13
Model Untuk Menjadikan Murid Selamat
SEKOLAH SELAMAT
PERMUAFAKATAN
PERMUAFAKATAN
MURID SELAMAT
PERMUAFAKATAN
KOMUNITI SELAMAT
KELUARGA SELAMAT
14
Peranan Sekolah
  • Menyediakan prasarana yang selamat dan kondusif
    untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Memastikan semua warga sekolah (Guru, Murid dan
    Staf sokongan) sentiasa selamat semasa pergi dan
    dan balik sekolah termasuk selamat semasa
    menjalankan aktiviti kokurikulum dan lain-lain
    aktiviti luar bilik darjah.
  • Mempamerkan semua polisi, peraturan dan tatacara
    yang berkaitan dengan Amalan Selamat di tempat
    yang sesuai.

15
  • Melaksanakan Pelan Pengurusan Krisis.
  • Menyediakan prosedur/sistem Amaran Awal akan isu
    keselamatan seperti banjir ribut.
  • Mewujudkan Sistem Pelaporan bagi sebarang kes
    yang melibatkan isu keselamatan murid.
  • Melaksanakan Sistem Merekod semua peristiwa
    mengenai keselamatan.

16
Peranan Komuniti
  • Melibatkan semua ketua masyarakat dan
    pemimpin agama dalam proses menjadikan sekolah
    tempat yang selamat melalui
  • A. Di dalam Sekolah
  • Menyokong semua polisi, peraturan panduan yang
    disediakan oleh pihak sekolah.
  • Memberi sumbangan material, idea dan kepakaran
    dalam perkhidmatan mengawal keselamatan sekolah.
  • Menerapkan nilai-nilai kerohanian.
  • Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
    sekolah.

17
  • B. Di luar Sekolah
  • Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang
    membantu meningkatkan keselamatan.
  • Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar
    sekolah bagi mencegah jenayah.
  • Mengelolakan dan menganjurkan aktiviti-aktiviti
    yang boleh menimbulkan kesedaran kepada
    keselamatan sekolah adalah tanggungjawab bersama.
  • Membimbing, menasihat dan menegur golongan muda
    agar Budaya Selamat sentiasa di utamakan.

18
Peranan Keluarga (Ibu Bapa/Penjaga)
Ibu bapa harus berperanan sebagai penyampai
maklumat kepada pihak sekolah mengenai sebarang
kes-kes keselamatan dan membantu dalam
melaksanakan Sistem Amaran Awal
disamping 1. Menyokong semua polisi dan
peraturan sekolah. 2. Melibatkan diri secara
aktif dalam semua aktiviti sekolah dan komuniti.
3. Memperkukuh nilai-nilai agama/moral kepada
anak-anak. 4. Kerap berkomunikasi dengan
anak-anak.
19
5. Mengenali rakan anak -anak. 6. Bekerjasama
dengan ibu bapa lain. 7. Menjadi ahli dalam
pertubuhan yang boleh
membantu menangani isu-isu
keselamatan. 8. Mendidik anak-anak bagaimana
menjaga keselamatan diri.
20
ELEMEN PERANCANGAN SEKOLAH SELAMAT
Apabila sesuatu perancangan hendak dibuat
mengenai pelaksanaan Sekolah Selamat
elemen-elemen seperti di bawah harus diambil kira
dan diteliti terlebih dahulu. Pengubahsuaian
elemen-elemen yang dicadangkan mengikut keadaan
setempat akan menjamin pelaksanaan konsep Sekolah
Selamat ini dengan lebih berkesan.
21
  1. Kesedaran awam atau komuniti.
  2. Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni
    merentasi kurikulum dan kokurikulum.
  3. Peraturan sekolah.
  4. Pengurusan bencana alam dan kecemasan.
  5. Kehadiran warga sekolah.
  6. Membasmi ponteng.
  7. Pencegahan dadah, rokok dan arak.
  8. Perkongsian bijak dengan agensi luar.
  9. Kesedaran sosial dan budaya.

22
  1. Kepimpinan murid.
  2. Penglibatan keluarga dan komuniti.
  3. Program khas bersama komuniti.
  4. Pencegahan jenayah melalui pelan reka bentuk
    bangunan sekolah yang selamat.
  5. Aktiviti kokurikulum dan rekreasi.
  6. Perkongsian bijak dengan pihak berkuasa tempatan.
  7. Mengenal pasti latar belakang warga sekolah.
  8. Pembangunan staf.

23
  1. Kawalan keselamatan sekolah.
  2. Khidmat kemasyarakatan.
  3. Perkongsian bijak bersama korporat.
  4. Perkongsian bijak dengan media.
  5. Perkhidmatan kesihatan sekolah.
  6. Pengangkutan.
  7. Perundangan.
  8. Penilaian dan pemantauan.

24
Cadangan Keahlian Jawatankuasa Pengerusi Penge
tua/Guru Besar Naib Pengerusi Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid Setiausaha Kaunselor
Sekolah/Guru Bimbingan Ahli-ahli Wakil ibu
bapa/PIBG Wakil guru Wakil
murid Polis Bomba JKKK/Rukun
Tetangga Jabatan Kebajikan Masyarakat Majl
is Juvana Wakil Persatuan Belia Wakil
Pejabat Kesihatan Daerah/ Klinik
Kesihatan Penghulu/Ketua Kampung Majlis
Perbandaran/Daerah NGO (yang releven seperti
MCPF dll) Individu yang boleh menyumbang
25
Fungsi Jawatankuasa Sekolah Selamat
Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua
warga sekolah
Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak
lain (Komuniti, Keluarga)
Mempromosi secara aktif kod dan etika kepada
semua warga sekolah dan komuniti setempat
JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT (JKSS)
Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan
ahli komuniti akan prosedur keselamatan yang ada
Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua
pihak akan isu Sekolah Selamat
Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua
dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari semasa ke
semasa
26
HARAPAN SEKOLAH SELAMAT
Semua warga sekolah (Guru, Murid, Staf Sokongan),
berasa yakin untuk melakukan semua aktiviti
mereka dengan selamat setiap masa. Sekolah
dilihat oleh ibu bapa dan komuniti sebagai tempat
yang selamat untuk anak-anak mereka menimba
ilmu. Selamat boleh direalisasikan dengan
cara-cara berikut 1. Bebas daripada sebarang
gangguan sama ada dalam bentuk tutur kata
atau fizikal. 2. Keselamatan harta benda
terjamin.
27
  • 3. Orang lain bersikap positif terhadap
    kebolehannya.
  • Mendapat kerjasama orang lain dalam menjalankan
    tugas.
  • 5. Tidak dipandang rendah disebabkan oleh
    keturunan, agama, latar belakang sosio-ekonomi
    dan jantina.
  • Dilayan secara adil dan saksama.
  • 7. Dihormati dan dihargai.
  • 8. Bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan
    dan penyakit.

28
TANGGUNGJAWAB SEKOLAH SELAMAT
1. Bebas daripada sentimen perkauman dan
diskriminasi jantina. 2. Bersikap positif
terhadap orang lain. 3. Menghargai perbezaan
yang wujud. 4. Bersikap dan bertindak
adil. 5. Memberi kerjasama dan bantu membantu.
29
6. Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan. 7. Elakka
n sebarang kejadian kekerasan, sentimen
perkauman dan perbuatan sumbang tanpa
dihalang. 8. Datang ke sekolah dengan niat yang
betul dan ikhlas. 9. Jangan mendera fizikal,
mental dan emosi. 10. Melaporkan setiap kes
30
TATACARA PENGURUSAN POLISI SEKOLAH SELAMAT
  • Prinsip
  • Setiap aduan hendaklah diambil perhatian serius.
  • Setiap aduan hendaklah diambil tindakan serta
    merta.
  • Perasaan setiap orang yang terlibat harus diambil
    kira.
  • Semua pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah
    dilayan secara adil/saksama dan tidak ada pihak
    yang teraniaya.
  • Sesuatu kes tidak dianggap selesai selagi
    kedua-dua pihak belum berdamai dan diterima
    semula oleh warga sekolah.
  • Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya
    mudah dirujuk.
  • 7. Tatacara seharusnya boleh difahami oleh semua
    pihak yang terlibat.

31
Tatacara Membuat Aduan Sesiapa yang ingin
membuat aduan, dia atau ibu bapa/penjaga atau
wakil boleh memilih satu atau beberapa tatacara
berikut - 1. Berbincang terus dengan pihak yang
terlibat. 2. Dapatkan khidmat orang tengah yang
sesuai contohnya kaunselor. 3. Berjumpa dengan
Pengetua/Guru Besar atau wakilnya untuk
memastikan aduan itu disiasat. Jika aduan itu
terbukti, hukuman yang setimpal dikenakan dan
dimaklumkan kepada pengadu.
32
MANUAL SEKOLAH SELAMAT
  • Manual ini telah dibahagikan kepada
    5 bidang utama yang melibatkan keselamatan
    murid.
  • Bidang Aktiviti Murid.
  • Bidang Bencana Alam.
  • Bidang Fizikal dan Bangunan.
  • Bidang Sosial.
  • Bidang Persekitaran/Lokasi

33
Sekian Terima Kasih
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com