SISTEM PEREDARAN DARAH - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

SISTEM PEREDARAN DARAH

Description:

SISTEM PEREDARAN DARAH Sistem Peredaran Darah: Adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:6472
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 33
Provided by: susiwasil
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: SISTEM PEREDARAN DARAH


1
SISTEM PEREDARAN DARAH
2
Sistem Peredaran Darah
  • Adalah salah satu sistem yang penting di dalam
    tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah
    bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk
    ke jantung semula. Sistem peredaran darah
    manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran
    tertutup kerana darah mengalir di dalam salur
    darah yang tertutup

3
  • Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan
    zat-za makanan dan oksigen kepada sel-sel di
    dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan
    bahan yang tidak dikehendaki dari sel.
  • Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu
    peredaran pulmonari dan sistemik.

4
Peredaran Pulmonari
  • Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari
    jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan
    balik ke jantung melalui vena pulmonari

5
Peredaran Sistemik
  • Peredaran ini membawa darah beroksigen dari
    jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan
    balik ke jantung

6
  • Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada
  • Jantung
  • Saluran darah
  • Darah

7
Jantung
  • Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar
    rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan
    tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari
    kanan ke kiri.
  • Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian
    iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh
    dinding yang dipanggil septum.

8
  • Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan
    iaitu
  • Pericardium (luar)
  • Myocardium (tengah)
  • Endocardium (dalam)
  • Jantung mempunyai 4 ruang iaitu
  • 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium
  • 2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel
  • Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang
    mengawal pengaliran darah di dalam jantung

9
(No Transcript)
10
Aliran darah di dalam jantung
  • Venakava membawa darah yang mengandungi karbon
    dioksida ke atrium kanan.
  • Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke
    ventrikel kanan melalui injap trikuspid

11
  1. Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap
    pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan
    seterusnya ke paru-paru.
  2. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di
    paru-paru.
  3. Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari
    ke atrium kiri.
  4. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui
    injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri.

12
  • 7. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui
    injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke
    seluruh badan.

13
Denyutan jantung
  • Jantung berdenyut 60 80 kali seminit secara
    automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah
    mengikut keadaan, seperti bersenam.

14
Struktur dan Fungsi Salur Darah
  • Terdapat 3 jenis salur darah yang utama
  • Arteri
  • Vena
  • Kapilari

15
Arteri
  • Arteri ialah salur darah yang membawa darah
    keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain
    badan.
  • Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya
    ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi
    disebabkan oleh denyutan jantung
  • Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol
  • Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali
    arteri pulmonari.

16
Arteri
Vena
17
Vena
  • Vena ialah salur darah yang membawa darah ke
    jantung dari bahagian-bahagian lain badan.
  • Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran
    yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.
  • Darah yang berada dalam vena mengalir pada
    tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang
    tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar
    memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran
    darah.

18
  • Vena dilengkapi dengan injap-injap yang
    menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah
    sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini
    akan tertutup jika darah mengalir ke belakang
    dalam alirannya.
  • Vena yang terkencil sekali dinamakan venul
  • Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali
    vena pulmonari.

19
Kapilari darah
  • Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil
    sekali.
  • Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada
    venul.
  • Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
  • Dinding-dindingnya yang nipis serta telap
    memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan
    tisu-tisu berlaku dengan cepat.

20
(No Transcript)
21
Darah
  • Darah terdiri daripada
  • Pepejal (sel darah ) 40
  • Cecair (plasma) 60
  • Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 10
    pain (6 liter) darah.
  • Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah,
    sel darah putih dan sel pembekuan (platelet)

22
Plasma
  • Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan
    dan mengandungi bahan larut dalam air. Lebih
    kurang 90 daripada plasma terdiri daripada air.
  • Bahan larut yang terkandung dalam plasma
  • Garam-garam
  • Bahan-bahan makanan glukosa, asid amino
  • Protin darah fibrinogen, globulin dan albumin
  • Bahan-bahan kumuh terutama urea
  • Hormon

23
Sel Darah Merah (Eritrosit)
  • Berbentuk ceper dwicekung
  • Tidak mempunyai nukleus
  • Mengandungi pigmen hemoglobin yang memberikan
    warna merahnya.
  • Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas
    permukaan terhadap isi padu yang besar dan ini
    menambahkan kecekapan sel darah merah bagi
    pertukaran oksigen dengan plasma

24
  • Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia
    dimusnahkan dalam hati dan digantikan oleh
    sel-sel baru dalam sumsum tulang

25
(No Transcript)
26
Sel Darah Putih (Leukosit)
  • Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata
  • Tiap-tiap leukosit mempunyai nukleus
  • Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum
    tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama lebih
    kurang 30 jam.

27
  • Terdapat pelbagai jenis sel darah putih yang
    berlainan dari segi rupa dan fungsi.
  • Ia memainkan peranan yang penting dalam
    pertahanan badan terhadap serangan bakteria.

28
(No Transcript)
29
Sel Pembeku Darah (Platelet)
  • Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-sel
    lain, iaitu trombosit merupakan serpihan-serpihan
    sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak
    mempunyai nukleus. Ia memainkan peranan penting
    dalam pembekuan darah. Sel ini hidup selama
    lebih kurang 10 hari

30
(No Transcript)
31
Fungsi Darah
  1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh
    sel dan tisu badan.
  2. Melawan jangkitan kuman.
  3. Membawa bahan buangan atau kumpulan,
    hormon-hormon dan enzim-enzim.
  4. Memberi warna kepada kulit
  5. Mengawal suhu badan.

32
TeRiMa KaSiH.....
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com