MINGGU 3 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 58
About This Presentation
Title:

MINGGU 3

Description:

* BAHASA ITU INSANI Bahasa sebagai alat komunikasi bersifat insani, dengan maksud bahasa itu milik manusia, dan manusialah yang menggunakannya. Alat komunikasi satwa ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:222
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 59
Provided by: FBMK
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MINGGU 3


1
MINGGU 3
Pengertian bahasa, hakikat dan ciri bahasa,
aspek dan fungsi bahasa.
2
HASIL PEMELAJARAN
  • Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan
  • gt pengertian bahasa
  • gt hakikat bahasa
  • gt ciri bahasa (dalaman dan luaran)
  • gt aspek bahasa
  • gt fungsi bahasa

3
BAHASA
  • Istilah bahasa dalam BM, sama dengan taal
    (Belanda), langue (Perancis), language
    (Inggeris), sprache (Jerman), kokugo(Jepun),lugha
    tun (Arab), bhasa (Sanskrit).
  • Melalui bahasa, kita dapat
  • berkomunikasi
  • meluahkan perasaan
  • menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya
  • mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana
  • mewariskan ilmu, budaya, peradaban dan agama
  • Melalui pengkajian bahasa, kita akan menemukan
    hakikat kemanusiaan dan dapat memberikan
    sumbangan ke arah kebahagiaan.

4
BAHASA KAMUS DEWAN EDISI KETIGA
  • Sistem lambang bunyi suara yang dipakai
  • sebagai alat perhubungan dalam lingkungan
  • satu kelompok manusia (antara individu dengan
    individu yang lain).
  • Percakapan yang baik, sopan santun.

5
BAHASA KAMUS BESAR BAHASA MELAYU UTUSAN
  • Dialek, loghat
  • Bicara, ujaran, omong.
  • Adab, tatatertib, sopan santun, tingkah laku yang
    baik.
  • Pertuturan yang baik.

6
BAHASA KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA
  • Sistem daripada lambang (tanda) yang berupa
    sebarang bunyi (bunyi bahasa) yang dipakai orang
    untuk meluahkan fikiran dan perasaan.
  • Perkataan yang dipakai oleh sesuatu bangsa (suku,
    bangsa, negara, daerah).
  • Percakapan (perkataan) yang baik, sopan santun,
    tingkah laku yang baik.

7
RUMUSAN DEFINISI BAHASA
  • Bahasa ialah satu sistem simbol bunyi ucapan yang
    arbitrari, dan melaluinyalah manusia
    berkomunikasi.
  • Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu
  • gt bunyi ucapan.
  • gt satuan pengalaman yang mencakup cita,
    rasa, dan makna.

8
HAKIKAT BAHASA
  • Bahasa tertentu Mahasiswi belajar bahasa Hindi,
    mahasiswa belajar bahasa Parsi.
  • Bahasa umum Haiwan tidak mempunyai bahasa.
  • Etika bahasa Mahasiswa itu tidak tahu bahasa.
  • Kebijaksanaan tindakan Ideanya tidak tekal
    kerana dia menggunakan bahasa yang tidak sama.
  • Laras kesusasteraan Usman Awang menulis puisi
    menggunakan bahasa yang romantik.
  • Dengan cara Demontrasi tidak dapat dibanteras
    dengan bahasa kepolisan.
  • Ujaran Dia mengajarkan Bahasa Melayu dengan
    bahasa lisan.
  • Hipotesis Hang Tuah menguasai dua belas bahasa.

9
CIRI BAHASA DALAMAN
  • Bahasa ialah satu sistem
  • Bahasa ialah satu sistem simbol
  • Bahasa ialah simbol bunyi
  • Bahasa ialah arbitrari
  • Bahasa ialah alat komunikasi
  • Bahasa itu konvensional
  • Bahasa itu produktif
  • Bahasa itu unik
  • Bahasa itu sejagat
  • Bahasa itu dinamis
  • Bahasa itu bervariasi
  • Bahasa itu insani

10
CIRI BAHASA LUARAN
  • Masyarakat bahasa
  • Variasi dan status bahasa
  • Penggunaan bahasa
  • Kontak bahasa
  • Bahasa dan budaya

11
BAHASA IALAH SATU SISTEM
  • Susunan teratur berpola yang membentuk suatu
    keseluruhan yang bermakna.
  • Sejumlah unsur yang bertalian secara fungsional,
    mengikut peraturan tertentu.
  • Peraturan tersebut ialah tentang bunyi dan
    urutannya, kata dan bentuknya, serta ayat dan
    susunannya.
  • Bahasa bersifat sistematis dan sistemis.
    Sistematis bermaksud susunan kata mengikut pola,
    dan tidak arbitrari. Sistemis bermaksud bahasa
    mempunyai subsistem, dan disusun mengikut
    hierarki.
  • Susunan ini dinamakan tataran linguistik atau
    tataran bahasa.

12
TATATINGKAT UNIT BAHASA
  • Wacana (discourse) unit bahasa yang terlengkap
    dan tertinggi, terdiri daripada deretan kata atau
    ayat, bentuk lisan atau tulisan.
  • Ayat (sentence) unit tatabahasa tertinggi,
    ungkapan fikiran yang lengkap, intonasi sempurna,
    dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai subjek
    dan predikat.
  • Klausa (clause) unit lebih rendah daripada ayat,
    terdiri daripada satu kumpulan atau lebih.
  • Frasa (phrase) kata yang membentuk unit
    sintaksis, letaknya antara kata dengan klausa.
  • Kata (word) morfem atau gabungan morfem, unit
    terkecil yang berstatus ayat atau ujaran.
  • Morfem (morpheme) unit tatabahasa terkecil yang
    bermakna leksikal atau fungsian.
  • Fonem (phoneme) unit terkecil mujarad yang
    membedakan makna bunyi bahasa dalam bidang
    fonemik.
  • Fon (phone) unit bunyi ujaran dalam bidang
    fonetik.

13
SISTEM BAHASA
  • Peringkat fonologi penyusunan bunyi
  • BM VKV (aku), KVK (hormat).
  • BI VKKKVK (abstrac)
  • Peringkat morfologi penyusunan kata
  • BM hukum DM (Restoran Minang),
  • BI hukum MD (old man)
  • Peringkat Sintaksis penyusunan frasa
  • BM Orang itu malas,
  • BI He is lazy

14
BAHASA IALAH SISTEM SIMBOL
  • Pertuturan seseorang mempunyai pertalian yang
    simbolik dengan objek atau peristiwa tertentu,
    iaitu menggambarkan pelbagai pengalaman.
  • Dalam pertuturan, dua keadaan terjadi, iaitu
    penanggapan bunyi, dan mempertalikan bunyi yang
    ditanggap itu dengan makna.
  • Simbol merupakan satu daripada tanda. Tanda yang
    lain ialah tanda, isyarat, gejala, gerak isyarat,
    kod, indeks, dan ikon.
  • Tanda dapat mewakili idea, fikiran, perasaan,
    benda dan tindakan secara langsung dan alamiah.
    Misalnya kemalangan jalan raya, keadaan selepas
    hujan
  • Simbol menandai sesuatu yang lain secara
    konvensional, tidak secara alamiah. Misalnya
    warna bendera, warna logo institusi
  • Tanda tidak bersifat arbitrari, sedangkan simbol
    bersifat arbitrari. Simbol amat erat hubungannya
    dalam kegiatan manusia. Ini dicerminkan oleh
    bahasa, kerana bahasa ialah simbol.

15
BAHASA IALAH SISTEM SIMBOL
  • Isyarat ialah tanda yang disengajakan supaya
    penerima bertindak balas. Misalnya isyarat dalam
    acara sukan, lalu lintas
  • Gerak isyarat (gesture) ialah tanda yang
    dilakukan dengan gerakan badan yang mungkin
    berupa tanda atau lambang. Misalnya gerakan
    manusia dan haiwan.
  • Gejala (symptom) ialah tanda yang tidak
    disengajakan, tanpa maksud tertentu, tetapi
    bersifat alamiah untuk menunjukkan bahawa sesuatu
    akan berlaku. Misalnya ramalan doktor terhadap
    pesakit.
  • Ikon ialah tanda yang mirip dengan sesuatu yang
    diwakilinya. Misalnya gambar bangunan, patung
    Ada waktunya ikon bermaksud lambang.
  • Indeks ialah tanda kewujudan sesuatu yang lain
    seperti asap yang menunjukkan wujudnya api, tanda
    penunjuk arah
  • Kod ialah tanda wujudnya sistem, sama ada berupa
    lambang, isyarat atau gerak isyarat yang mewakili
    fikiran, perasaan, idea, benda dan tindakan.
    Misalnya bahasa rahsia.

16
BAHASA IALAH SIMBOL BUNYI
  • Bunyi ialah kesan pada saraf akibat getaran
    gegendang telinga yang terjadi kerana perubahan
    tekanan udara. Bunyi ini bersumberkan gesekan
    benda alat suara manusia dan satwa.
  • Bunyi seperti siren polis, ambulans, gendang,
    beduk, terompek tentera bukanlah bunyi bahasa.
    Bunyi bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh
    mekanisme artikulasi manusia, iaitu bunyi
    non-instingtif, dalam fonetik disebut fon, dan
    dalam fonemik disebut fonem.
  • Tidak semua bunyi yang keluar dari mekanisme
    artikulasi itu dianggap bunyi bahasa, seperti
    bunyi batuk, bersin, teriak kerana bunyi ini
    tidak termasuk dalam sistem bunyi bahasa.
    Walaupun kadang-kadang bunyi itu bermakna, namun
    tidak dapat dianggap sebagai bunyi bahasa kerana
    bunyi itu tidak dapat digabungkan dengan bunyi
    lain untuk menyampaikan maklumat.

17
BAHASA IALAH SIMBOL BUNYI
  • Ujaran lisan merupakan bahasa primer, dan bahasa
    tulisan merupakan bahasa sekunder. Bahasa tulisan
    ialah rakaman daripada bahasa lisan.
  • Bahasa yang harus diucapkan dalam bahasa tulisan
    digantikan dengan tulisan huruf dan tanda lain
    mengikut sistem bahasa Melayu. Antara tulisan
    yang mempengaruhi BM pada peringkat dini ialah
    huruf jawi dan huruf latin.
  • Terdapat banyak masyarakat bahasa di dunia ini
    mempunyai bahasa lisan, tetapi tidak mempunyai
    bahasa tulisan.

18
BAHASA ITU BERMAKNA
  • Bahasa sebagai lambang, tentulah ada yang
    dilambangkannya.Yang dilambangkan itu ialah
    pengertian, konsep, idea atau fikiran yang
    disampaikan dalam bentuk wujud bunyi.
  • Oleh itu, bahasa tentulah mempunyai makna.
    Contoh
  • UNTA binatang besar yang lehernya panjang
    (kuku berbelah dan belakangnya berbonggol)
  • lambang
  • bentuk
  • wujud
  • bunyi
  • Lambang bunyi unta itu kemudiannya dihubungkan
    dengan benda nyata yang wujud.

19
BAHASA ITU BERMAKNA
  • Tidak semua lambang bahasa yang bentuk wujud
    bunyi mempunyai hubungan dengan benda konkrit,
    iaitu tidak mempunyai rujukan, misalnya kata
    bahagia dan adil.
  • Lambang bunyi bahasa yang bermakna itu merupakan
    satuan bahasa bentuk wujud morfem, kata, frasa,
    klausa, ayat dan wacana. Oleh sebab tingkatnya
    berbeda, maka maknanya juga berbeda.
  • morfem makna leksikal
  • frasa, klausa, ayat makna gramatikal
  • wacana makna pragmatik / makna konteks
  • Bentuk bunyi yang tidak bermakna dalam bahasa apa
    pun, tidak boleh dianggap sebagai bahasa kerana
    fungsi bahasa menyampaikan maklumat, konsep, idea
    atau pemikiran.

20
BAHASA IALAH ARBITRARI
  • Bunyi pertuturan dan makna tidak mempunyai
    hubungan falsafah yang sah dan mutlak, iaitu
    tiada hubungan wajib antara lambang dengan konsep
    atau pengertian yang dimaksudkan oleh lambang
    itu.
  • Kita tidak dapat menghuraikan mengapa cecair yang
    terbentuk daripada dua bahagian, iaitu hidrogen
    dan oksigen dinamakan air, bukannya iar atau ria.
  • Kita juga tidak dapat menjelaskan mengapa dalam
    BM disebut bunga, bahasa Jawa kembang, bahasa
    Inggeris flower, bahasa Belanda bloem, bahasa
    Arab shahrun, bahasa Jepun hana, dan bahasa
    Tagalog bulaklak.
  • Ini demikian kerana kearbitrarian lambang bunyi
    (penanda), dan konsep yang dikandungnya
    (petanda). Penanda tidak memberi petunjuk
    terhadap konsep yang diwakilinya.

21
BAHASA IALAH ARBITRARI
  • Jika ada hubungan wajib antara penanda dengan
    petanda, tentulah tidak wujud jamak bahasa.
    Perbedaan yang wujud jika ada, tidaklah terlalu
    banyak.
  • Konsep onomatopia memang wujud, seperti kata
    cicak yang berasal daripada bunyi cak, cak, cak,
    cak, atau pipit yang berasal daripada kata pit,
    pit, pit, pit, namun bentuk seperti itu amat
    terhad. Lagipun tidak persis antara satu bahasa
    dengan bahasa yang lain. Contoh lain kekek,
    wakwak, ngiau, dering, ngaum, ngembek, nguak,
    desir
  • Bunyi ayam jantan berbeda mengikut tempat. Dalam
    bahasa Indonesia, ayam jantan berbunyi kukuruyuk,
    bahasa Sunda berbunyi kongkorongok, bahasa Melayu
    berbunyi ?. Demikianlah juga dengan bunyi letupan
    senjata api, bunyi anjing

22
BAHASA IALAH ARBITRARI
  • Contoh bunyi anjing bahasa Ingggeris
    wow-wow,wow, bahasa Melayu woo-woo-woo, bahasa
    Perancis graf-graf-graf, bahasa Jepun
    wan-wan-wan, bahasa Irish amh-amh-amh, bahasa
    Sebro Croation av-av-av, bahasa Cina
    wang-wang-wang
  • Semua bunyi itu dianggap tepat dan betul kerana
    bahasa itu arbitrari. Ahli masyarakat bahasa
    berkenaan mempunyai persefahaman untuk memberi
    makna sesuatu bunyi yang didengar.
  • Lambang berubah sesuai dengan perubahan masa
  • tetuang udara radio
  • sakar gula
  • Lambang tidak berubah, tetapi makna berubah
    wisma, khalwat

23
BAHASA IALAH ARBITRARI
  • Sama bunyi lambang, tetapi konsep yang
    didokongnya berlainan. Contoh
  • kata makna BM baku makna dialek Kelantan
  • dan kata hubung sempat
  • loghat dialek sibuk
  • gaduh kelahi sibuk
  • kopek koyak payu dara
  • pelawak ahli lawak bohong
  • selalu sentiasa masa itu juga
  • teksi kereta sewa beca

24
BAHASA IALAH ALAT KOMUNIKASI
  • Sesuatu bahasa bergantung pada struktur dan
    bentuk masyarakatnya. Masyarakat yang tidak
    terdedah dengan sains dan teknologi tentulah
    berkurangan istilah dalam bidang berkenaan.
  • Dalam masyarakat bahasa yang sama juga terdapat
    perbedaannya. Misalnya bahasa masyarakat bandar
    dengan bahasa masyarakat desa.
  • Leksikon sesuatu bahasa akan ditentukan oleh
    keadaan masyarakat bahasa itu, termasuklah
    pengaruh luar sama ada secara akulturasi atau
    sosialisasi pendidikan.
  • Kegagalan kita mempelajari bahasa akan memberi
    kesan terhadap proses komunikasi kerana unsur
    penting dalam komunikasi ialah maklumat, dan
    proses yang penting dalam komunikasi ialah
    penggunaan bersama, iaitu melibatkan diri bersama
    orang lain dalam pemikiran, perasaan atau aksi.

25
BAHASA ITU KONVENSIONAL
  • Penggunaan lambang untuk sesuatu konsep tertentu
    bersifat konvensional. Ahli masyarakat mematuhi
    persetujuan bahawa lambang tertentu mewakili
    konsep tertentu. Jika persetujuan itu diubah,
    komunikasi akan terganggu.
  • Terdapat tiga keadaan konvensi, iaitu
  • gt Satu lambang dapat melambangkan konsep lebih
    daripada satu polisem (kepala ketua,
    lutut, kain)
  • gt Satu konsep dapat dilambangkan oleh lebih
    daripada satu lambang sinonim (meninggal
    dunia, mati, mampus, korban)
  • gt Satu lambang untuk satu konsep Istilah
    baharu dalam bentuk akronim (gasar, curat,
    pulihara)

26
BAHASA ITU PRODUKTIF
  • Walaupun unsur bahasa itu terbatas, tetapi unsur
    yang terbatas itu dapat membentuk unsur lain yang
    tidak terbatas jumlahnya, sesuai dengan sistem
    bahasa itu.
  • Contoh fonem / a /, / t /, / k /, / i / i k
    a t, k a t i, k i t a, k a
    i t, t i k a
  • Leksikon sesuatu bahasa terhad, tetapi ayat yang
    dapat dihasilkan tidak terhad. Misalnya dalam BM
    terdapat 90 ribu leksikon, tetapi bentuk ujaran
    yang dapat dibuat tidak terjumlah, termasuklah
    ciptaan kalimat baharu.
  • Keproduktifan bahasa terbatas pada tingkat parole
    dan langue. Tingkat parole bermaksud
    ketidaklaziman bentuk yang dihasilkan, dan
    tingkat langue bermaksud keterbatasan akibat
    kaedah atau sistem bahasa.
  • Keproduktifan pembentukan kata dengan imbuhan
    tertentu bergantung juga pada ciri inheren bentuk
    dasarnya.Misalnya terdapat bentuk membukit,
    menaik, meninggi, tetapi tidak terdapat bentuk
    dibukit, dinaik, ditinggi

27
BAHASA ITU UNIK
  • Unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang
    tiada pada yang lain. Ciri khusus menyangkut
    sistem bunyi, pembentukan kata, pembentukan ayat,
    dan sistem yang lain.
  • Antara ciri keunikan BM ialah tekanan kata tidak
    bersifat morfemis, tetapi bersifat sintaksis. Ini
    bermakna tekanan pada kata, tidak merobah makna
    kata tetapi merobah seluruh ayat. Contoh
  • Orang itu menjolok buah
  • Orang itu menjolok buah
  • Orang itu menjolok buah

28
BAHASA ITU UNIK
  • Bahasa lain pula bersifat morfemis, iaitu tekanan
    pada kata akan menyebabkan makna kata berobah.
    Contoh
  • Bahasa Batak
  • bontar darah bontar putih
  • bagas rumah bagas dalam
  • hotang rotan hotang keras
  • hunik kunyit hunik kuning
  • Bahasa Inggeris
  • import import import mengimnport
  • insult penghinaan insult menghina
  • object objek object berkeberatan
  • permit izin permit mengizinkan

29
BAHASA ITU UNIK
  • Bagi bahasa Jawa, setiap kata yang dimulai
    konsonan / b /, / d /, / g /, / k /,
  • / p / dan / t / akan didahului oleh konsonan
    nasal yang relevan. Contoh
  • bandung mbandung
  • depok ndopek
  • gopek ngopek
  • lompat lo-mpat
  • tendang te-ndang
  • tongkat to-ngkat
  • Ciri kelainan setiap bahasa, disebut ciri unik
    untuk bahasa itu, tetapi ciri kelainan yang
    menjadi ciri sekelompok bahasa tidak disebut
    unik, tetapi ciri kelainan bahasa serumpun.

30
BAHASA ITU SEJAGAT
  • Bahasa sejagat bermaksud ciri yang sama dimiliki
    oleh bahasa di dunia. Ciri yang bersifat umum,
    dan dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa
    lain.
  • Antara ciri umum bahasa yang bersifat ujaran
    ialah kewujudan bunyi vokal dan konsonan,
    walaupun jumlahnya tidak sama. Contoh
  • bahasa Melayu 6 vokal, 22 konsonan
  • bahasa Arab 3 vokal pendek, 3 vokal panjang,
    28 konsonan
  • bahasa Inggeris 16 vokal (termasuk diftong),
    24
  • konsonan
  • Setiap bahasa juga mempunyai satuan yang
    bermakna, seperti satuan kata, frasa, klausa,
    ayat dan wacana. Cara pembentukannya mungkin
    tidak sama.

31
BAHASA ITU DINAMIS
  • Kegiatan manusia tidak tetap dan sering berobah.
    Bahasa juga ikut berobah, tidak statik, dan
    inilah yang dinamakan dinamis.
  • Perubahan bahasa boleh terjadi pada semua
    peringkat linguistik jati. Contoh
  • gt urutan konsonan klinik, abstrak, psikologi
  • gt kehadiran fonem baharu / f /, / kh /, / sy /
  • gt kehadiran alomorf mengehadkan, mengebom,
    mengeram
  • Perubahan radikal terjadi pada peringkat leksikon
    dan semantik kerana wujudnya perubahan budaya.
    Satuan bahasa menjadi wadah untuk menampung
    konsep dalam masyarakat bahasa. Kepesatan
    perubahan ini tercermin dalam bidang perkamusan.

32
BAHASA ITU DINAMIS
  • Perubahan bahasa boleh juga terjadi dalam bentuk
    negatif sesuai dengan perubahan masyarakat bahasa
    berkenaan. Pelbagai alasan sosial, politik dan
    ekonomi menyebabkan orang meninggalkan bahasanya,
    dan menggunakan bahasa lain dalam urusan
    kehidupannya.
  • Jika perubahan itu berterusan, maka bahasa
    berkenaan tiada lagi penuturnya, dan menjadi
    bahasa dokumentasi sahaja untuk ditempatkan di
    muzium, seperti bahasa Latin dan bahasa Sanskrit.

33
BAHASA ITU BERVARIASI
  • Masyarakat sesuatu bahasa terdiri daripada
    pelbagai status sosial dan latar belakang budaya.
    Oleh itu, bahasa yang digunakan bervariasi dan
    beragam.
  • Variasi bahasa dicerminkan oleh ideolek, dialek
    dan ragam.
  • Ideolek variasi atau ragam bahasa yang bersifat
    individu.
  • Dialek variasi bahasa yang digunakan oleh
    sekelompok masyarakat pada tempat dan waktu
    tertentu.
  • Ragam variasi bahasa yang digunakan dalam
    situasi tertentu, seperti ragam baku, ragam
    lisan, ragam tulisan, ragam sastera

34
BAHASA ITU INSANI
  • Bahasa sebagai alat komunikasi bersifat insani,
    dengan maksud bahasa itu milik manusia, dan
    manusialah yang menggunakannya.
  • Alat komunikasi satwa (lebah, burung, babi,
    musang, ikan lumba-lumba, monyet, cimpanzi, orang
    utan, krustasia) amat terbatas, iaitu untuk
    memenuhi keperluan hidup kesatwaannya sahaja
    dengan menghasilkan bunyi-bunyi asas.
  • Jika ada satwa yang mengerti bahasa manusia, dan
    dapat menurut perintah, itu hanyalah kerana
    latihan bukan kerana kecendekiaannya.
  • Bahasa sebagai alat komunikasi manusia yang
    produktif dan dinamis yang berbeda dengan alat
    komunikasi satwa bukanlah terletak pada bahasa
    itu, tetapi pada perbedaan besar antara hakikat
    manusia dan kemanusiaannya dengan hakikat satwa
    dan kesatwaannya.

35
ALAT KOMUNIKASI SELAIN BAHASA
  • KERLINGAN / JELINGAN
  • LAMBAIAN
  • GERAK GERI TANGAN
  • GERAK BADAN
  • BATUK, DEHEM

36
BAHASA ISYARAT
  • TIDAK MENGIKUT KAEDAH TATABAHASA / PEMBENTUKAN
    AYAT
  • KOSA KATA TERHAD
  • KONSEP PENGLIHATAN DAN KEJADIAN / PERISTIWA
  • TIADA KATA MUJARAD DAN AYAT TAKSA

37
BAHASA TUBUH
  • Bahasa tubuh ialah komunikasi tanpa kata.
  • Apa yang orang katakan terhadap anda seringkali
    amat berbeda dengan apa yang orang fikirkan atau
    rasakan terhadap anda.
  • Bahasa tubuh membolehkan anda mentafsirkan alur
    fikiran orang lain melalui gerak isyarat.
  • Antara isyarat bahasa tubuh yang popular ialah
  • isyarat tapak tangan, isyarat tangan dan
    lengan, isyarat kepala, isyarat mata, isyarat
    tiruan dan bayangan cermin, isyarat pelukan,
    isyarat ciuman, isyarat jabat tangan

38
BAHASA TUBUH
  • Fikiran seseorang dapat dibaca melalui gerak
    isyarat.
  • Bahasa tubuh akan mengajarkan anda dengan cepat
    tentang perkara yang berikut
  • Bagaimana mengetahui apakah seseorang itu
    bercakap bohong atau tidak
  • Bagaimana menjadikan diri anda digemari oleh
    orang lain
  • Bagaimana memperoleh kerjasama daripada orang
    lain
  • Bagaimana untuk menjadikan wawancara dan
    perundingan lebih berkesan untuk mencapai
    sesuatu objektif
  • Bagaimana memilih pasangan yang sesuai

39
BAHASA DAN FAKTOR LUAR BAHASA
  • Faktor di luar bahasa bermaksud segala hal yang
    berkait dengan kegiatan manusia dalam masyarakat,
    kerana tiada kegiatan yang berlaku tanpa bahasa.
  • Objek yang menjadi fokus linguistik makro amat
    luas dan beragam, namun yang akan ditumpukan
    hanyalah aspek hubungan bahasa dengan masyarakat.

40
MASYARAKAT BAHASA
  • Masyarakat bahasa bermaksud sekelompok orang yang
    berasa satu kesatuan dengan menggunakan bahasa
    yang sama.
  • Masyarakat bahasa boleh melampaui batas daerah,
    negeri, negara malah batas benua.
  • Pengertian linguistik umum tentang bahasa menjadi
    lebih longgar. Mengikut kaca mata linguistik,
    sesuatu bahasa mungkin sama tetapi bukanlah
    masyarakat bahasa yang sama.
  • Pewujudan masyarakat bahasa yang dwibahasa dan
    jamak bahasa menjadi dominan dalam zaman moden.

41
VARIASI DAN STATUS SOSIAL BAHASA
  • Bahasa itu bervariasi kerana ahli masyarakat
    penutur bahasa itu rencam dan beragam, dan bahasa
    itu digunakan untuk maksud yang pelbagai ragam
    pula.
  • Dalam masyarakat tertentu, terdapat variasi
    bahasa yang dibedakan berdasarkan status
    penggunaannya, iaitu variasi bahasa tinggi dan
    variasi bahasa rendah.
  • Variasi tinggi digunakan dalam situasi rasmi dan
    dipelajari secara formal, dan variasi rendah
    digunakan dalam situasi tidak rasmi, dan
    dipelajari secara tidak formal daripada keluarga,
    dan masyarakat bahasa berkenaan.

42
VARIASI BAHASA
  • tinggi rendah
  • Bahasa Yunani katherevusa dhimotiki
  • Bahasa Arab al-fusya d-darij
  • Bahasa Jerman-Swiss schriftsdrache
    schweizerdeutsch
  • Bahasa Melayu baku tidak baku

43
KOSA KATA
  • tinggi rendah
  • Bahasa Yunani ikos spiti rumah
  • idhor nero air
  • ala ma tetapi
  • Bahasa Arab ma eh apa
  • anfun manaxir hidung
  • alana dilwati sekarang
  • Bahasa Melayu wang duit
  • tidak tak
  • suami laki

44
PENGGUNAAN BAHASA
  • Pelbagai ragam bahasa menimbulkan masalah.
  • Walaupun terdapat peraturan bahasa (tatabahasa),
  • namun penggunaannya bergantung pada budaya
    bahasa. Misalnya dalam sistem penggunaan kata
    ganti diri dan panggilan.
  • Contoh aku, kamu, kita, engkau, saudara, anda,
    kami, beliau, haji, pak cik, mak cik

45
UNSUR KOMUNIKASI
  • Latar tempat dan waktu percakapan
  • Penglibatan dalam percakapan
  • Maksud dan hasil percakapan
  • Bentuk dan isi percakapan
  • Tatacara dan teknik percakapan
  • Jalur percakapan
  • Norma perilaku penutur
  • Kategori dan ragam percakapan

46
KONTAK BAHASA
  • Kontak bahasa mudah terjadi dalam masyarakat
    terbuka. Kontak ini akan mewujudkan bilingualisme
    dan multilingualisme dengan pelbagai ragam
    kasusnya seperti interferensi, integrasi, alih
    kod dan campur kod.
  • Dalam konteks Malaysia, selain bahasa Melayu,
    terdapat pelbagai bahasa daerah yang digunakan
    untuk maksud tertentu.
  • Orang yang menguasai satu bahasa dinamakan
    monolingual, unilingual atau monoglot. Yang
    menguasai dua bahasa dinamakan bilingual, dan
    yang menguasai lebih daripada dua bahasa
    dinamakan multilingual, plurilingual atau
    poliglot.
  • Bilingual bermaksud penguasaan dua bahasa yang
    sama baik, penggunaan dua bahasa secara
    bergantian, dan kemampuan seseorang menghasilkan
    pertuturan yang lengkap dan bermakna dalam bahasa
    yang bukan bahasa ibundanya.

47
PERISTIWA BAHASA
  • Interferensi kemasukan unsur bahasa lain telah
    menyebabkan penyelewengan dalam kaedah bahasa
    yang digunakan dari sudut fonologi, morfologi,
    sintaksis dan leksikon.
  • Integrasi unsur daripada bahasa lain sudah
    digarap, diperlakukan dan digunakan sebagai
    sebahagian daripada bahasa sasaran. Unsur yang
    diintegrasikan itu termasuklah sebutan, ejaan dan
    tatabahasanya.
  • Alih kod penggunaan suatu kod (bahasa atau ragam
    bahasa tertentu) ke dalam kod yang lain (bahasa
    atau ragam bahasa lain). Alih kod boleh juga
    terjadi kerana perubahan situasi atau perubahan
    topik perbincangan, bergantung pada hakikat
    dengan siapa seseorang itu bercakap atau di mana
    dia bercakap.
  • Campur kod dua kod atau lebih digunakan bersama
    tanpa alasan yang munasabah, dan terjadi dalam
    suasana santai. Campur kod yang terjadi dalam
    situasi formal disebabkan oleh ketiadaan
    perkataan dalam bahasa sasaran.

48
BAHASA DAN BUDAYA
  • Bahasa dan budaya juga menjadi objek kajian
    linguistik makro, iaitu dari segi bagaimanakah
    bentuk hubungannya.
  • Hipotesis Sapir-Whorf mengatakan bahawa bahasa
    mempengaruhi kebudayaan, iaitu bahasa
    mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak.
    Dalam bahasa yang mempunyai kategori kala dan
    waktu, masyarakat sangat prihatin tentang perkara
    itu.
  • Kebalikan daripada hipotesis Sapir-Whorf ialah
    pendapat yang mengatakan bahawa kebudayaanlah
    yang mempengaruhi bahasa. Misalnya konsep nasi
    dan salji berbeda dalam beberapa bahasa di dunia.
  • Masyarakat yang kegiatannya terbatas, mempunyai
    kosa kata yang terbatas jumlahnya. Masyarakat
    yang terbuka mempunyai kosa kata yang sangat
    banyak. Misalnya bahasa Inggeris mempunyai 600
    ribu kata masukan dan bahasa Melayu mempunyai 160
    ribu kata masukan.

49
KONSEP BAHASA, MANUSIA DAN BUDAYA
  • De Saussure menjelaskan konsep bahasa, manusia
    dan budaya dalam konteks hubungan benda / perkara
    / peristiwa dengan lambang seperti yang berikut

GAMBARAN AKUSTIK
KONSEP
TANDA LINGUISTIK
50
ASPEK BAHASA
  • Aspek bahasa dapat dibahagikan kepada dua
    bahagian yang besar, iaitu bentuk (arus ujaran),
    dan makna (isi).
  • Aspek bahasa ini dilaksanakan melalui empat
    kegiatan berbahasa, iaitu
  • gt bertutur
  • gt menyemak
  • gt membaca
  • gt menulis

51
BENTUK BAHASA
  • Bentuk bahasa ialah bahagian bahasa yang dapat
    dicerap oleh pancaindera melalui penyemakan
    (pendengaran) atau pembacaan.
  • Bentuk bahasa dapat dibahagikan kepada dua yang
    besar, iaitu bahasa lisan dan bahasa tulisan.
    Bentuk bahasa itu pula dapat dibahagikan kepada
    dua bahagian yang lain, iaitu unsur segmental dan
    unsur suprasegmental.
  • Unsur segmental dapat dibahagikan kepada segmen
    yang lebih kecil, dan unsur suprasegmental ialah
    bahagian bahasa yang kehadirannya ditentukan oleh
    unsur segmental.

52
ASPEK BAHASA
  • Unsur segmental bahasa, secara kronologinya dapat
    diperincikan daripada unit yang lebih besar
    hinggalah unit yang lebih kecil, iaitu wacana,
    ayat, klausa, frasa, kata, morfem, suku kata,
    fonem, dan fon.
  • Unsur suprasegmental bahasa terdiri daripada
    intonasi dan unsur di bawahnya, yang kehadirannya
    ditentukan oleh unsur segmental bahasa.
  • Unsur intonasi ialah tekanan (keras lembutnya
    ujaran), nada (tinggi rendahnya ujaran), durasi
    (panjang pendeknya setiap segmen), dan perhentian
    (pembahagian arus ujaran).
  • Makna ialah isi yang terkandung dalam bentuk
    bahasa yang dapat mewujudkan reaksi tertentu.
    Bidang ini dikaji oleh semantik.

53
FUNGSI BAHASA
  • Fungsi bahasa secara umum
  • gt Untuk tujuan praktis, iaitu sebagai alat
    perhubungan dalam pergaulan sehari-hari.
  • gt Untuk tujuan estetika, iaitu sebagai alat
    pemuasan rasa estetika
  • gt Untuk tujuan kecendekiaan, iaitu sebagai alat
    pengajaran dan pemelajaran ilmu pengetahuan.
  • gt Untuk tujuan filologi, iaitu sebagai alat
    mengkaji naskhah kuno, latar sejarah bahasa
    dan bangsa, budaya dan pengembangan
    bahasa.
  • gt Untuk tujuan pelestarian kebudayaan
  • Fungsi bahasa secara khusus bergantung pada
    kepentingan nasional sesuatu bangsa dan sesebuah
    negara. Dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu
    memainkan peranannya sebagai bahasa kebangsaan,
    dan sebagai bahasa negara.

54
FUNGSI BAHASA
  • Sebagai bahasa kebangsaan, sesuatu bahasa itu
    berfungsi sebagai
  • gt lambang kebanggaan nasional yang mencerminkan
    nilai sosiobudaya masyarakatnya.
  • gt lambang jati diri nasional yang mengekang
    kemasukan unsur asing kecuali yang dianggap
    perlu sahaja berasaskan tatacara tertentu.
  • gt alat pemersatu masyarakat yang berbeda latar
    budaya dengan pelbagai kepentingan.
  • gt alat perhubungan antara daerah dan antara
    budaya yang saling merentasi.

55
FUNGSI BAHASA
  • Sebagai bahasa negara, sesuatu bahasa itu
    berfungsi sebagai
  • gt bahasa rasmi negara yang digunakan dalam
    upacara, peristiwa dan aktiviti
    kenegaraan secara lisan atau tulisan.
  • gt bahasa pengantar di institusi pendidikan dari
    peringkat dasar hingga institusi
    pengajian tinggi (IPT).
  • gt bahasa rasmi dalam perancangan dan
    pelaksanaan pembangunan negara, iaitu
    antara sektor awam dengan swasta, dan antara
    kerajaan dengan masyarakat umum.
  • gt bahasa rami dalam pengembangan kebangsaan dan
    pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi
    dalam dunia globalisasi.

56
PERISTIWA BAHASA
  • PENUTUR PENDENGAR
  • MAKSUD PEMAHAMAN
  • (perucap) (pascaucap)
  • PENYANDIAN TRANSISI PEMBACAAN
  • (encoding) (peralihan)
  • FONASI AUDISI
  • (pengucapan) (pendengaran)

57
PENGARUH BAHASA
  • PENGIRIM
  • PENERIMA
  • BENTUK MAKLUMAT
  • SALURAN
  • SANDI
  • JUDUL TOPIK
  • LATAR SITUASI

58
KESIMPULAN
  • Bahasa ialah satu sistem simbol bunyi ucapan yang
    arbitrari, dan melaluinyalah manusia
    berkomunikasi.
  • Bahasa boleh berupa bahasa tertentu, bahasa umum,
    etika bahasa, kebijaksanaan tindakan, laras
    kesusasteraan, dengan cara, ujaran dan hipotesis.
  • Ciri bahasa dapat dikenal pasti dari aspek
    dalaman dan luaran.
  • Aspek bahasa dapat digarap melalui bentuk dan
    makna.
  • Fungsi bahasa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
    fungsi umum dan fungsi khusus yang dijelmakan
    melalui peristiwa bahasa dan pengaruh bahasa.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com