Keselamatan Fizikal, Peribadi, Dokumen/Rekod - PowerPoint PPT Presentation

1 / 70
About This Presentation
Title:

Keselamatan Fizikal, Peribadi, Dokumen/Rekod

Description:

Keselamatan Fizikal, Peribadi, Dokumen/Rekod Pengurusan Rekod Kawalan Rahsia Kerajaan Keselamatan Fizikal Pastikan tempat bekerja berada dalam keadaan yang bersih ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:209
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 71
Provided by: universi300
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Keselamatan Fizikal, Peribadi, Dokumen/Rekod


1
  • Keselamatan Fizikal, Peribadi, Dokumen/Rekod
  • Pengurusan Rekod
  • Kawalan Rahsia Kerajaan

2
  • KESELAMATAN FIZIKAL, PERIBADI, DOKUMEN/REKOD

3
Keselamatan Fizikal
  • Pastikan tempat bekerja berada dalam keadaan yang
    bersih, teratur dan sentiasa berada dalam keadaan
    selamat dari ancaman-ancaman yang boleh
    mengundang bencana dan kemusnahan

4
Keselamatan Peribadi
  • Sentiasa memastikan diri berada dalam keadaan
    yang bersih, kemas dan selamat serta mempunyai
    nilai-nilai peribadi yang tinggi

5
Keselamatan Rekod/Dokumen
  • Mewujudkan sistem fail bagi memastikan
    keselamatan rekod sentiasa terjamin dan tidak
    mudah mengalami kerosakan dan kemusnahan

6
Apakah Sistem Fail ?
Sistem Fail ialah merupakan satu proses
klasifikasi, penyusunan dan penyimpanan rekod
yang bersistem dan teratur. Tujuan sistem fail
ini diadakan adalah untuk memudahkan sesuatu
maklumat itu diperolehi dengan cepat dan pada
bila-bila masa sahaja.
7
Ciri-ciri Sistem Fail Yang Baik
  • Kepadatan.
  • Ianya bermaksud seseorang itu hendaklah
    menggunakan ruang yang terdapat dalam fail
    tersebut secara minimum.
  • Asesibiliti.
  • Ianya bermaksud sesuatu rekod atau maklumat itu
    boleh dicapai atau dirujuk dengan mudah dan cepat
    dan pada bila-bila masa sahaja.
  • Ekonomi.
  • Sesuatu sistem fail yang baik haruslah mengambil
    kira aspek kos dengan meminimumkan kos bagi
    sesuatu sistem penyimpanan fail yang dilakukan

8
  • Keanjalan.
  • Sesuatu sistem fail haruslah mengambil-kira
    prinsip keanjalan yang mana ianya memerlukan
    pembesaran ruang pada masa hadapan akibat
    daripada pertambahan maklumat atau rekod yang
    perlu disimpan.
  • Lokasi.
  • Sesuatu fail yang disimpan perlulah diletakkan
    di tempat-tempat yang mudah dan mudah diperolehi
    tanpa memerlukan masa yang panjang.
  • Rujukan Silang.
  • Ianya perlu diadakan supaya dapat memudahkan
    proses pengesanan maklumat-maklumat,
    dokumen-dokumen atau rekod-rekod lain yang
    berkaitan agar ianya dapat dicari dibawah
    pelbagai tajuk.

9
  • Retention.
  • Bertujuan supaya fail-fail yang tidak lagi aktif
    dapat dipindahkan ke tempat lain
  • Klasifikasi.
  • Untuk memberi kemudahan semasa membuat rujukan
    melalui pengasingan yang telah dilakukan mengikut
    kelas-kelas masing-masing.

10
PENGURUSAN REKOD-REKOD KERAJAAN
11
Apakah Rekod-Rekod Kerajaan
  • Surat
  • Dokumen
  • Bahan Bercetak
  • Buku
  • Peta
  • Lukisan
  • Gambar
  • Mikrofilem
  • Filem Wayang Gambar
  • Rakaman Suara

12
Kegunaan Rekod
  • Bahan Sejarah
  • Proses Pentadbiran
  • Bukti Evidence
  • Rujukan
  • Penyelidikan/Kajian

13
Tanggungjawab Mengendali Menjaga Rekod-Rekod
Kerajaan
  • Lantik seorang pegawai rekod
  • Simpan dan jaga rekod dengan baik
  • Wujud satu jabatan/badan khas untuk menjaga dan
    memelihara rekod
  • Membuat pemeriksaan/kajian terhadap rekod-rekod
    yang tidak digunakan lagi
  • Wujudkan perbekalan undang-undang

14
Pengurusan Rekod-Rekod Kerajaan
  • Satu cara saintifik untuk merekod mengawal
    maklumat-maklumat dari masa ianya diwujudkan
    sehinggalah ianya dihapuskan
  • Satu aktiviti yang menentukan supaya semua rekod
    yang diperlukan oleh mana-mana pihak pengurusan
    dapat diperolehi dengan cepat tepat

15
Cara-cara Mengurus Rekod
  • Memelihara rekod kekal
  • Memisah dan memindah rekod tidak berguna
  • Jadual tempoh penggunaan rekod
  • Alat kelengkapan yang sesuai untuk rekod
  • Pusat kawalan rekod
  • Buku panduan sistem penyimpanan rekod
  • Selia dan latih staf
  • Semakan dari semasa ke semasa sistem rekod

16
Memelihara Rekod
  • Bilik simpan rekod mestilah terhindar dari
  • Kelembapan
  • Atap bocor
  • Dinding berlubang
  • Sistem pengudaraan yang tidak baik
  • Terhindar dari bahaya banjir dan panas matahari
  • Terhindar dari tikus lain-lain serangga

17
  • Sentiasa membersihkan bilik supaya habuk dan
    sampah tidak terkumpul
  • Rekod-rekod basah dikeringkan
  • Rekod-rekod yang koyak diperbaiki/ditampal
  • Sediakan alat pemadam api dibilik simpan rekod

18
  • Bilik Rekod JANGAN SEKALI-KALI digunakan sebagai
  • - tempat makan dan minum
  • - tempat merokok
  • - tempat menyimpan asid, cat, dakwat dan
  • minyak spirit
  • - dan bahan-bahan yang mudah terbakar

19
ARAHAN PERKHIDMATAN
  • Kawalan Rahsia Kerajaan dan Keselamatan Pejabat

20
KAWALAN RAHSIA KERAJAAN
  • Memberi perlindungan secukupnya terhadap suratan
    dan maklumat rasmi kerajaan dari
  • Dapat diketahui atau dilihat oleh orang-orang
    yang tidak berhak mengetahui atau melihat
  • Kebocoran
  • Kecurian
  • Kebakaran

21
MAKLUMAT RASMI
  • Pengetahuan mengenai perkara rasmi, walau
    bagaimana sekali pun diperolehi termasuk
  • Jenis atau kandungan apa-apa dokumen rasmi
    atau sebagainya.
  • Jenis kegunaan dan komposisi bahan-bahan.
  • Kaedah-kaedah, cara menghasilkan serta
    teknik-teknik dan proses yang akan digunakan
    untuk pengeluaran.
  • Proses saintifik terutama berkenaan dengan
    pembuatan senjata dan kelengkapan.
  • Butir-butir kegiatan rasmi yang diperolehi
    secara lisan.

22
RAHSIA RASMI
  • Apa-apa suratan yang dinyatakan di dalam jadual
    dan apa-apa maklumat dan bahan-bahan berhubung
    dengannya dan termasuk apa-apa suratan rasmi,
    maklumat dan bahan-bahan lain sebagaimana yang
    boleh dikelaskan RAHSIA BESAR, RAHSIA, SULIT dan
    TERHAD mengikut mana yang berkenaan oleh seorang
    Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri atau
    mana-mana Pegawai Awam yang dilantik mengikut
    seksyen 2B.

23
Maksud Suratan Yang Dinyatakan Dalam Jadual
Dalam Jadual Luar Jadual
1. Keputusan pertimbangan Jemaah Menteri 2. Keputusan pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 3. Suratan mengenai - keselamatan negara - perhubungan antarabangsa - pertahanan Yang diperingkatkan sebagai 1. RAHSIA BESAR 2. RAHSIA 3. SULIT 4. TERHAD Oleh - Seorang Menteri - Menteri Besar - Ketua Menteri sst negeri - Mana-mana pegawai awan yang dilantik dibawah seksyen 2B
24
SEKSYEN 2B
  • Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri boleh
    melantik mana-mana Pegawai Awam melalui satu
    perakuan di bawah tandatangannya untuk mengelas
    apa-apa suratan rasmi, maklumat rasmi atau
    bahan-bahan sebagai RAHSIA BESAR, RAHSIA, SULIT
    atau TERHAD mengikut mana yang berkenaan.

25
DOKUMEN RASMI
  • Apa-apa jenis maklumat yang tercatat berkenaan
    dengan perkara-perkara rasmi termasuk-
  • 1. Perkara yang bertulis, bertaip, bertulis
    trengkas, disalin, berstensil dan bercetak
  • juga draf dan buangan perkara itu.
  • 2. Fotograf, foto salinan, pelan cetak, negatif
    foto, filem, jalur suara dan rakaman.
  • 3. Pelan, pelan lakar, lukisan, gambarajah, peta
    dan anika jenis carta.
  • 4. Huruf cetak, huruf cetak atur, blok
    litografer, acuan, stensel, proses plat dan
    lain-lain yang digunakan untuk membuat
    dokumen- dokumen rasmi.

26
JENIS DOKUMEN RASMI
  • Terbahagi Kepada Dua
  • 1. Dokumen Terperingkat
  • Dokumen Rasmi yang mengandungi maklumat rasmi
    terperingkat dan ditanda dengan peringkat
    keselamatannya.
  • 2. Dokumen Tidak Terperingkat
  • Dokumen Rasmi yang mengandungi maklumat rasmi
    tetapi tidak bertanda dengan peringkat
    keselamatan. Walaupun tidak terperingkat tetapi
    sebagai Hak Kerajaan perlu diberi perlindungan.

27
PERINGKAT KESELAMATAN
  • Perkara - perkara terperingkat, hendaklah di
    peringkat seperti berikut
  • 1. Rahsia Besar
  • 2. Rahsia
  • 3. Sulit
  • 4. Terhad

28
RAHSIA BESAR
  • Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan
    rasmi yang jika didedah tanpa kebenaran akan
    menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada
    Malaysia.

29
Contoh- RAHSIA BESAR
  • (i) Kertas-kertas Jemaah Menteri yang sangat
    penting mengenai dasar utama Kerajaan berkaitan
    perkara-perkara politik dan ekonomi
  • (ii) Maklumat-maklumat yang sangat penting
    mengenai perancangan gerakan dan penempatan
    barisan peperangan angkatan tentera jika
    berlaku perang
  • (iii) Surat-menyurat dengan Kerajaan negara
    asing mengenai aspek perdagangan dan pertahanan
    yang amat penting
  • (iv) Maklumat lengkap berkenaan dengan
    pertubuhan-pertubuhan perisikan Malaysia an
    kaedah-kaedahnya.

30
RAHSIA
  • Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan
    rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan
    membahayakan keselamatan negara menyebabkan
    kerosakan besar kepada kepentingan atau martabat
    Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada
    sesebuah kuasa asing.

31
Contoh- RAHSIA BESAR
  • (i) Arahan-arahan penting untuk
    perwakilan- perwakilan Malaysia yang membuat
    perundingan dalam negara asing
  • (ii) Maklumat-maklumat penting mengenai
    pemasangan- pemasangan tentera
  • (iii) Maklumat-maklumat penting mengenai
    pertubuhan-pertubuhan subversif dan
    kegiatan-kegiatannya
  • (iv) Surat-menyurat antara Jabatan mengenai
    perkara-perkara dasar yang penting.

32
SULIT
  • Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan
    rasmi yang jika didedah tanpa kebenaran walaupun
    tidak membahayakan keselamatan negara tetapi
    memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia
    atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan
    atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau
    kesusahan kepada pentadbiran atau akan
    menguntungkan kuasa asing.

33
Contoh- SULIT
  • (i) Laporan-laporan perisikan biasa
  • (ii) Dokumen-dokumen dan panduan- panduan teknik
    untuk kegunaan latihan tentera atau polis
  • (iii) Maklumat-maklumat yang mungkin
    membolehkan pendapatan faedah kewangan
    daripadanya jika didedahkan sebelum masa.

34
TERHAD
  • Dokumen rasmi, maklumat rasmi selain daripada
    yang diperingkatkan RAHSIA BESAR, RAHSIA atau
    SULIT tetapi perlu diberi tahap perlindungan.

35
Contoh-TERHAD
  • (i) Buku-buku Jabatan bagi maksud
  • arahan
  • (ii) Perintah-perintah dan arahan-arahan
  • biasa Jabatan
  • (iii) Dokumen-dokumen mengenai
  • bekalan barang-barang dan alat-alat
  • kelengkapan biasa tentera dan polis.

36
ANCAMAN KEPADA KESELAMATAN RAHSIA KERAJAAN
  • Punca Ancaman
  • 1. Subversif kegiatan yang dijalankan oleh
    pertubuhan/perseorangan tidak sampai kepada
    peperangan.
  • 2. Espionaj kegiatan memperolehi perkara
    terperingkat secara tersembunyi bertujuan
    memudaratkan keselamatan dan kepentingan
    negara.
  • 3. Sabotaj perbuatan bertujuan menyebabkan
    kerosakan fizikal.

37
  • 4. Kelemahan Manusia suka menunjuk-nunjuk,
    cuai mematuhi arahan, tidak cermat bila
    bercakap dan ketagih dadah/arak.
  • 5. Pemasaran kerana hutang
  • kerana seks
  • rasuah
  • kelakuan
  • latarbelakang

38
Surat-Surat Atau Dokumen-Dokumen Terperingkat
Diancam Oleh
  • 1. Penyuluh-penyuluh rahsia yang memperolehi
    kebenaran atau tidak mempunyai kebenaran.
  • 2. Individu-individu subversif yang memperolehi
    kebenaran atau tidak mempunyai kebenaran dan cuba
    membuat kerajaan dalam keadaan serba salah.
  • 3. Kebocoran.
  • 4. Kealpaan.

39
  • UTUSAN MALAYSIA 19 JULAI 2005
  • Kakitangan awam guna SMS bocor rahsia kerajaan
  • Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
  • KANGAR 18 Julai - Kerajaan negeri mendedahkan
    terdapat segelintir kakitangan awam di negeri ini
    menyalahgunakan khidmat pesanan ringkas (SMS)
    untuk membocorkan rahsia kerajaan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Tanah dan Perhutanan
    Perlis, Azam Rashid yang mendedahkan perbuatan
    itu berkata, gejala membocorkan rahsia kerajaan
    itu dikesan terutama ketika mesyuarat membabitkan
    agensi atau jabatan kerajaan sedang berlangsung.
  • Jelasnya, perbuatan membocorkan rahsia kerajaan
    oleh kakitangan awam menerusi SMS adalah sikap
    kurang sihat dan tidak bermoral.
  • Perkara ini perlu dipandang serius kerana ia
    bakal mengundang pelbagai kesan yang mampu
    menjatuhkan imej kerajaan dan membolehkan
    pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan,''
    katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika berucap pada
    majlis perhimpunan mingguan kakitangan awam di
    perkarangan kompleks pejabat-pejabat kerajaan
    negeri di sini hari ini.
  • Azam mengingatkan kakitangan awam bahawa mereka
    tidak dibenarkan mengamalkan sikap sedemikian dan
    tindakan undang-undang boleh diambil terhadap
    mereka sekiranya didapati terlibat.
  • Justeru itu, beliau berharap semua kakitangan
    awam meningkatkan daya tahan mereka untuk
    menyimpan segala rahsia kerajaan serta jujur dan
    amanah terhadap tanggungjawab yang telah
    diberikan.
  • Beliau meminta semua ketua jabatan memantau
    segala tindak-tanduk kakitangan di bawah
    pentadbiran mereka.
  • Dalam perkembangan berlainan, Azam menggesa
    setiap ketua jabatan memastikan tugas kakitangan
    masing-masing yang mengambil cuti diambilalih
    oleh kakitangan gantian supaya tidak berlaku
    penangguhan tugasan.
  • Beliau turut menggesa kakitangan awam agar
    meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang
    supaya mereka dapat menjadi kakitangan yang
    cekap.
  • Pada zaman ini, semua kakitangan awam perlu
    menguasai pelbagai bidang dan tidak hanya
    mengetahui satu

40
SEKSYEN 17A Pembelaan Sedia Ada Kepada
Pegawai Awam
  • Mana-mana orang yang dituduh dengan apa-apa
    kesalahan di bawah Akta ini tidaklah boleh
    disabitkan jika dia membuktikan yang dia
    melakukan mana-mana perkara itu dalam menjalankan
    tugas rasminya atau dengan kuasa sepatutnya.

41
SEKSYEN 8 (2) (Baru) - Penalti
  • Jika seseorang menerima atau memberi sesuatu
    Rahsia Rasmi dan bersalah dengan akta ini, maka
    kesalahannya boleh dihukum dengan penjara selama
    tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi
    tidak lebih dari tujuh tahun.

42
KEGIATAN PENGINTIPAN
  • Dengan Cara
  • 1. Menyamar diri sebagai penjawat awam.
  • 2. Memasuki pejabat (menceroboh) bagi tujuan
    mencuri, menyalin atau mengambil gambar.
  • 3. Memintas, mencuri atau menyalin dokumen
    terperingkat semasa dalam perjalanan pos atau
    pembawa.
  • 4. Memeras, mendesak atau memujuk orang-orang
    yang dibenarkan ekses kepada maklumat-maklumat
    terperingkat untuk mendapatkannya.
  • 5. Mencuri dengan percakapan telefon atau
    menggunakan alat-alat pandang dengar dan rakaman
    untuk mendapat maklumat-maklumat terperingkat.

43
KECUAIAN DAN KELALAIAN YANG KERAP BERLAKU
  • 1. Bercakap mengenai perkara terperingkat melalui
    telefon.
  • 2. Bercakap mengenai perkara terperingkat di
    tempat-tempat awam.
  • 3. Menyampaikan maklumat terperingkat kepada
    sahabat handai atau saudara mara.
  • 4. Mengurus perkara terperingkat dengan cara yang
    tidak dibenarkan seperti gagal mematuhi
    peraturan menerima, memproses, menyimpan dan
    menghantar dokumen terperingkat.
  • 5. Menyimpan perkara-perkara terperingkat di
    tempat yang tidak sesuai.

44
  • 6. Gagal mengunci peti-peti keselamatan yang
    mengandungi perkara-perkara terperingkat apabila
    meninggalkan pejabat.
  • 7. Memusnahkan buangan-buangan terperingkat
    dengan cara yang tidak dibenarkan atau cuai
    mengendalikannya
  • 8. Membenarkan orang yang tidak dibenarkan ekses
    mengurus perkara-perkara terperingkat
  • 9. Mendedahkan perkara-perkara terperingkat
    kepada orang-orang yang tidak dibenarkan (contoh
    tidak menutup fail terperingkat bila ada tamu)
  • 10. Kecuaian pengawal-pengawal keselamatan
    menjalankan kewajipan mereka

45
KAWALAN
  • KESELAMATAN PERIBADI
  • 1. Undang-Undang
  • Akta Rahsia Rasmi 1972
  • Akuan Penjawat Awam/Aku Janji
  • Langkah berjaga-jaga
  • 2. Tapisan Keselamatan
  • Tapisan Keselamatan Kasar
  • Tapisan Keselamatan Halus

46
  • 3. Pendidikan
  • Kursus
  • 4. Prinsip Perlu Mengetahui
  • Langkah berjaga-jaga
  • Pengasingan tempat

47
KAWALAN
  • KESELAMATAN DOKUMEN
  • 1. Pengurusan Dokumen Terperingkat
  • Pendaftaran Rahsia
  • - Penubuhan bahagian bagi
  • menguruskan dokumen-dokumen
  • terperingkat
  • Pendaftaran Kecil Rahsia
  • - Pecahan dari bahagian bagi
  • menguruskan dokumen-dokumen
  • terperingkat

48
  • Peringkat Keselamatan
  • Rahsia Besar
  • Rahsia
  • Sulit
  • Terhad

49
  • 3. Tanda-Tanda Keselamatan
  • Berjilid Kekal
  • Berjilid Tidak Kekal
  • Lukisan, tekapan, foto, negatif dll
  • Warna Kulit Fail
  • 4. Penyimpanan
  • Tempat menyimpan
  • Tidak boleh dibawa pulang
  • 5. Penghantaran
  • Borang jadual
  • Sistem satu lapis dan dua lapis sampul surat
  • Beg berkunci
  • Utusan Selamat

50
  • 6. Pelepasan Perkara Terperingkat
  • Kenegaraan lain
  • tidak dibenarkan tanpa izin
  • Kepada orang awam
  • Siaran akhbar tidak dibenarkan
  • 7. Pemusnahan
  • Minta kebenaran pemula
  • Catatan dalam Buku Daftar
  • Rujuk pihak tertentu
  • Mengikut prosedur tertentu

51
Penyimpanan Pergerakan Membawa Keluar Dokumen
Terperingkat
PERINGKAT PENYIMPANAN DOKUMEN MEMBAWA KELUAR DOKUMEN PEJABAT PENGHANTARAN PENGHANTARAN
PERINGKAT PENYIMPANAN DOKUMEN MEMBAWA KELUAR DOKUMEN PEJABAT Dalam Malaysia Luar Malaysia
RAHSIA BESAR - Bilik kebal - Peti besi dipasang dengan kunci kombinasi - Kabinet keluli dipasang palang besi (Sementara) - Bangunan mempunyai kawalan keselamatan yang rapi Mendapat Kebenaran Bertulis Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri - Peti/Beg berkunci Dalam Kawasan/ Bandar dengan Satu Lapis Sampul - Utusan Selamat - Perkhidmatan Penghantara Semboyan Melalui Kem Luar (Pendaftaran Rahsia)
52
Penyimpanan Pergerakan Membawa Keluar Dokumen
Terperingkat
PERINGKAT PENYIMPANAN DOKUMEN MEMBAWA KELUAR DOKUMEN PEJABAT PENGHANTARAN PENGHANTARAN
PERINGKAT PENYIMPANAN DOKUMEN MEMBAWA KELUAR DOKUMEN PEJABAT Dalam Malaysia Luar Malaysia
RAHSIA - Bilik kebal - Peti besi dipasang dengan kunci kombinasi - Kabinet keluli dipasang palang besi - Bangunan mesti mempunyai kawalan keselamatan rapi Mendapat Kebenaran Bertulis Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri - Peti/Beg berkunci Dalam Kawasan/ Bandar dengan Satu Lapis Sampul - Utusan Selamat - Perkhidmatan Penghantaran Semboyan - Pos Berdaftar A.R Melalui Kem Luar (Pendaftaran Rahsia)
53
PENGHANTARAN SURAT TERPERINGKAT
Peti/Beg berkunci

SULIT
Satu Lapis Sampul Surat
SULIT

Depan
Belakang
54
Melalui Pos (2 Lapis Sampul Surat)
Sampul Dalam
Sampul Luar

SULIT
URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

55
Penyimpanan Pergerakan Membawa Keluar Dokumen
Terperingkat
PERINGKAT PENYIMPANAN DOKUMEN MEMBAWA KELUAR DOKUMEN PEJABAT PENGHANTARAN PENGHANTARAN
PERINGKAT PENYIMPANAN DOKUMEN MEMBAWA KELUAR DOKUMEN PEJABAT Dalam Malaysia Luar Malaysia
SULIT - Kabinet/Almari keluli berkunci - Simpanan sementara dalam lain-lain peti berkunci dengan kebenaran Pegawai Keselamatan jabatan Mendapat Kebenaran Bertulis Ketua Jabatan - Perkhidmatan Penghantaran Semboyan - Pos Berdaftar dua lapis sampul Melalui Kem Luar (Pendaftaran Rahsia)
56
Penyimpanan Pergerakan Membawa Keluar Dokumen
Terperingkat
PERINGKAT PENYIMPANAN DOKUMEN MEMBAWA KELUAR DOKUMEN PEJABAT PENGHANTARAN PENGHANTARAN
PERINGKAT PENYIMPANAN DOKUMEN MEMBAWA KELUAR DOKUMEN PEJABAT Dalam Malaysia Luar Malaysia
TERHAD - Kabinet/Almari keluli berkunci - Simpanan sementara dalam lain-lain peti berkunci dengan kebenaran Pegawai Keselamatan jabatan Mendapat Kebenaran Bertulis Ketua Jabatan - Pos Biasa dua lapis sampul Melalui Kem Luar (Pendaftaran Rahsia)
57
TANDA KESELAMATAN
  • 1. Dokumen Kekal Berjilid
  • Ditanda dengan Huruf Cerai Atau Cop Huruf Besar
    tidak kurang daripada 7mm
  • sebelah luar kulit hadapan dan belakang
  • di muka tajuk
  • di muka surat pertama dan penghabisan
  • penjuru kiri sebelah atas dan penjuru kanan

58
  • 2. Dokumen Tidak Kekal Berjilid
  • Dicop, ditaip atau ditulis dengan huruf besar di
    penjuru kiri sebelah atas dan penjuru kanan
    sebelah bawah
  • 3. Lukisan, Tekapan, Negatif Foto dan Gambar Foto
    ditanda di sebelah belakang

59
  • 4. Nombor Rujukan Tajuk Fail
  • - Peringkat Keselamatan ditanda disebelah
  • luar kulit hadapan belakang
  • - Nombor rujukan fail ditulis disebelah luar
  • kulit fail dan tajuknya disebelah dalam
  • kulit hadapan,
  • - HANYA tajuk fail TERHAD dicatatkan
  • diluar kulit hadapan

60
  • 5. Warna Kulit Fail
  • - RAHSIA BESAR
  • - RAHSIA
  • - SULIT
  • - TERHAD
  • 6. Nombor Rujukan Mukasurat
  • - setiap dokumen mesti diberi satu nombor
  • rujukan oleh pemulanya
  • - nombor mukasurat dicatatkan pada
  • bahagian tengah sebelah atas dan bahagian
  • kanan sebelah bawah

61
KAWALAN
  • KESELAMATAN FIZIKAL
  • 1. Kawasan Terperingkat
  • Mewartakan
  • Pagar, Lampu Keselamatan
  • Pintu Keluar Masuk
  • Papan Kenyataan
  • Sistem Pas Keselamatan

62
KAWALAN
  • KESELAMATAN FIZIKAL
  • 2. Keselamatan Bangunan
  • cadangan pembinaan/ubahsuai
  • menghadkan jalan keluar masuk
  • mengadakan kaunter
  • tingkap/pintu kukuh dan kunci
  • alat kalis bunyi
  • tempat khas untuk pelawat
  • pengawal keselamatan

63
KAWALAN
  • KESELAMATAN FIZIKAL
  • 3. Pas Masuk
  • pas keselamatan
  • kad pengenalan jabatan
  • kad pelantikan

64
KEHILANGAN
  • Hendaklah
  • 1. Cari dengan segera
  • 2. Laporkan kepada Ketua Jabatan
  • 3. Laporkan kepada Pegawai Keselamatan
  • Kerajaan dalam masa 24 jam. Sertakan
  • taksiran bahaya dari segi keselamatan
  • pandangan Ketua Jabatan
  • Syor Ketua Jabatan

65
KEHILANGAN
  • Pegawai Keselamatan
  • Taksiran risiko dari segi keselamatan
  • Tindakan menyelamat dan pembetulan
  • 4. Laporkan kepada Polis jika terdapat salah laku
    atau jenayah

66
PETI KESELAMATAN
  • Jenis-Jenis Peti Keselamatan
  • 1. Bilik Kebal atau bilik kebal yang diubahsuai
  • 2. Peti Besi
  • 3. Kabinet Keluli
  • 4. Almari Keluli
  • 5. Peti yang dibuat bagi tujuan khas
  • 6. Peti atau beg berkunci

67
PENGHANTARAN DOKUMEN TERPERINGKAT
  • 1. Jabatan yang menghantar dokumen terperingkat
    hendaklah mendapatkan satu resit akuan terima.
    Borang Jadual LG.
  • 2. Semak Borang Jadual
  • pastikan resit diterima semula.
  • 3. Hantar melalui peti atau beg berkunci.
  • 4. Hantar melalui sistem dua lapis sampul surat.
  • 5. Hantar melalui Utusan Selamat.
  • 6. Hantar melalui A.R. Berdaftar.
  • 7. Keluar negeri melalui Pendaftaran Rahsia,
    Kementerian Luar Negeri.

68
WARNA KULIT FAIL TERPERINGKAT
1. RAHSIA BESAR
Warna Kuning berpalang Merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang
2. RAHSIA
Warna Merah Jambu berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang
3. SULIT
Warna Hijau
4. TERHAD
Warna Putih
69
SEKSYEN 2C
  • Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri atau
    Pegawai Awam yang dipertanggungkan boleh pada
    bila-bila masa mengelas semula apa-apa suratan
    yang dinyatakan dalam jadual dan di luar jadual.
    Suratan, bahan atau maklumat tersebut terhenti
    menjadi Rahsia Rasmi.

70
SEKIAN, TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com