ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA

Description:

ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA GEJALA DEKADENSI MORAL PENDAHULUAN Nilai akhlak dan moral masyarakat sejak dewasa ini kian terhakis. Malah ia menjadi penyakit yang menyerang ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:266
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 22
Provided by: yola270
Category:
Tags: dan | islam | isu | semasa | asas | ekonomi

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA


1
ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA
2
GEJALA DEKADENSIMORAL
3
PENDAHULUAN
  • Nilai akhlak dan moral masyarakat sejak dewasa
    ini kian terhakis.
  • Malah ia menjadi penyakit yang menyerang generasi
    muda sehingga remaja terjebak dengan banyak
    masalah yang membimbangkan seperti keganasan,
    gengsterisme dan sebagainya.
  • Fenomena inilah yang dinamakan dekadensi moral
    yang menjadi impak utama dari arus kemajuan dan
    industrilisasi yang akan dibincangkan dalam bab
    ini.

4
DEFINISI DEKADENSI MORAL
  • Kamus Dewan(1993) Dekadensi ialah kemerosotan
    nilai atau kemunduran berbanding dengan keadaan
    sebelumnya.
  • Moral merujuk kepada ajaran atau pegangan
    berkaitan baik buruk sesuatu perbuatan atau
    kelakuan, sikap atau cara berkelakuan yang diukur
    dari segi ketentuan baik buruk suatu akhlak.

5
BENTUK-BENTUK DEKADENSI
  • PEMBUNUHAN
  • PENGEDARAN DAN PENAGIHAN DADAH
  • PERKOSAAN
  • MEMUKUL GURU/ GENGSTERISME
  • MENONTON VIDEO LUCAH
  • BLACK METAL
  • AIDS
  • LEPAK
  • PUNK
  • DAN LAIN-LAIN

6
LATAR BELAKANG MASALAH
  • Laporan kajian mengatakan bahawa 1/3 daripada
    remaja negara ini terdedah kepada gejala
    keruntuhan moral.
  • Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul
    Shukor Abdullah (1999) mengatakan bahawa gejala
    ini masih terkawal dan tidak membimbangkan.
  • Akan tetapi, situasi ini perlu ditangani agar
    sebarang masalah itu tidak menjadi beban suatu
    masa kelak kepada masyarakat dan negara.
  • Keadaan ini berpunca daripada sikap kurang
    prihatin dalam menangani permasalahan yang timbul
    dan terlalu percaya dengan jumlah angka yang
    dilaporkan. Sedangkan ia tidak menggambarkan
    realiti.

7
LAPORAN KESlari dari rumahCoursesenu Ibrahim,
14 Julai 1997)
  • 3,269 remaja dilaporkan lari dari rumah di antara
    Januari hingga Jun 1997.
  • Ia melibatkan remaja berumur 22 tahun ke atas.
  • Pada tahun 1996 sebanyak 4,028 orang berbanding
    3,661 orang tahun 1995.
  • Pada tahun 1997 sebanyak 1,237 orang (6 bulan
    pertama)
  • Perincian bilangan kes mengikut tahun seperti di
    dalam jadual di sebelah .

8
Keganasan rumah tanggaLaporan Kementerian
Kebajikan
  • 1997 terdapat 5,477 kes berbanding tahun 1995
    iaitu 1,409 membabitkan keganasan rumah tangga.
  • Kes rogol terdapat 1,323 kes pada tahun 1997
    berbanding 682 kes tahun 1991.

9
Jenayah Pelajar(Laporan Tim. Ketua Siasatan
Jenayah Selangor)
  • Jenayah pelajar meningkat dari tahun 1997 iaitu
    6160 kes kepada 9,240 kes tahun 1998 (50
    pertambahan)
  • Tahun 2000 sebanyak 167,113 kes.
  • Tahun 2001 sebanyak 156,469 kes.
  • Tahun 2002 sebanyak 2,955 kes dengan 4,200
    tangkapan.

10
Kes HIV dan Dadah
  • Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman
    mengatakan antara 1989-Mei 2001 terdapat 40,000
    orang dijangkiti HIV. Di Johor terdapat 7,000
    mangsa aids menanti maut.
  • Kementerian Kesihatan melaporkan 51,256 kes
    jangkitan HIV yang melibatkan 5,424 kematian pada
    tahun 2002.
  • Dalam kes dadah sehingga November 2002 terdapat
    26,799 kes telah dikesan.

11
PERSOALAN DEKADENSI MORAL
  • Ia berpunca daripada 2 faktor -
  • 1- Unsur luaran
  • faktor persekitaran yang tidak membina
  • pengaruh media massa dan elektronik
  • sistem penguatkuasaan yang rendah akibat
    campurtangan individu yang berpengaruh
  • impak dari kemelut dan krisis ekonomi
  • kurang penonjolan tokoh yang menjadi role model.
  • 2- Unsur dalaman
  • tiada kekuatan minda
  • kerapuhan pegangan agama dikalangan generasi muda
    dan masyarakat awam
  • wujud sikap negatif terhadap usaha-usaha
    pencegahan dan pemulihan
  • rendahnya sistem muamalah dan jaringan komunikasi
    antara kaum

12
ISU MORALPERANAN PELBAGAI PIHAK
  • Dalam menangani masalah ini, peranan kerajaan
    termasuk Kementerian Pendidikan, sekolah dan
    guru, pihak berkuasa tempatan, polis, institusi
    masyarakat dan juga ibu bapa perlu menggembleng
    tenaga untuk mengatasinya.
  • Ibu bapa
  • perlu membentuk sikap anak-anak bermula di rumah
  • tidak mementingkan materialistik atau kurang
    tumpuan kepada anak-anak.
  • tidak terlalu memberi kebebasan dalam pergaulan
    dan aktiviti seperti chatting dan internet.
  • Sekolah
  • tidak boleh menyembunyikan atau menyorokkan
    kepincangan yang berlaku.

13
  • METOD PENYELESAIAN DEKADENSI MORAL

14
i)- PENERAPAN DAN PENGALAMAN AJARAN AGAMA
  • Penerapan asas agama lebih mudah dilakukan ketika
    anak-anak masih kecil. Bagi orang Islam asas
    fardhu ain, perkara akidah keimanan cth
    mengenali Allah dan Rasul, mendirikan solat,
    membaca, memahami Al-quran dan mengamalkannya.
  • Penerapan dan pengalaman ajaran agama mempunyai
    hubungkait yang kuat dengan keberkesanan
    institusi keluarga.
  • Bagi penganut agama lain mereka dituntut untuk
    mengajar anak mereka mengenai agama mereka.

15
ii)- PEMIMPIN YANG BERKUALITI
  • Pemimpin adalah tangan yang berfungsi untuk
    membina mencorakkan masa depan sesuatu bangsa
    sesebuah negara.
  • Pemimpin yang tidak beriman, zalim rasuah akan
    menjadi sesuatu bangsa sesebuah negara lemah
    dan porak peranda.
  • Diantara prinsip asas etika kepimpinan yang harus
    menjadi pegangan oleh sesuatu bangsa yang
    bertamadun ialah keimanan, kesetiaan, kejujuran,
    keadilan, keberanian keterbukaan kebijaksanaan.
  • Kesetiaan dan penghayatan kepada etika kepimpinan
    mampu menjamin kelangsungan sesebuah parti atau
    kelompok elit politik untuk terus berkuasa
    memimpin sesebuah negara.

16
iii)- PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA
  • Institusi keluarga adalah penting dalam menangani
    masalah anak-anak.
  • Jika dilihat sekarang, mereka gagal mamainkan
    peranan dalam membentuk generasi muda bersahsiah
    tinggi dan mereka kabur dengan peranan yang patut
    mereka mainkan.
  • Islam menggariskan bagaimana ibu bapa patut
    melayani anak-anak spt dalam hadis Rasulullah saw
    yang bermaksud
  • jadikanlah 7 tahun pertama anak-anak sebagai
    mainan, didik mrk pada 7 tahun kedua (7-14 thn)
    dan berkawan dengan mrk pada 7 tahun ke tiga
    (14-21 thn).

17
  • Ibu bapa lebih suka meletakkan tanggungjawab
    mendidik anak-anak mereka di bahu pihak sekolah.
  • Ibu bapa yang lebih berorientasikan kebendaan
    sanggup meninggalkan anak-anak mereka terabai dan
    lebih cenderung memenuhi kekosongan dengan
    melakukan perkara yang tidak berfaedah.

18
iv)- PEMBUDAYAAN ILMU
  • Mencari dan membudayakan ilmu adalah 2 perkara
    yang sama pentingnya.
  • Matlamat ke arah budaya ilmu ialah melahirkan
    masyarakat yang cintakan ilmu kebenaran serta
    meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam sistem
    hidup.
  • Dengan ilmu manusia dapat membangunkan diri
    martabat insan serta melaksanakan amanah dengan
    baik dan sempurna.
  • Dengan ilmu manusia dapat membangunkan alam serta
    mengambil manfaat darinya untuk kemakmuran dan
    kesejahteraan hidup manusia.
  • Dengan ilmu manusia dapat mendekatkan diri kepada
    tuhan maha pencipta.
  • Dengan ilmu manusia dapat mencapai kemenangan
    kebahagiaan di dunia akhirat.

19
v)- MEMBINA KEPIMPINAN GENERASI MUDA
  • Pada peringkat inilah sepatutnya generasi muda
    didedahkan dengan ciri-ciri kepimpinan.
  • Pembabitan aktif generasi muda dalam kegiatan
    kokurikulum seperti gerakan belia, kelab remaja,
    kelab rekreasi peraturan sudah memadai untuk
    memberi pendedahan awal dalam bidang kepimpinan.
  • Pembabitan aktif bermaksud mampu memberi
    sumbangan tenaga, masa, dan fikiran. Pemimpin di
    dalam Islam mestilah disukai oleh rakyat.
  • Pemimpin dalam Islam bukan penguasa bebas dari
    kesalahan malah mungkin ada salah dan benar, adil
    dan pilih kasih. Oleh itu menjadi hak kaum
    muslimin untuk membetulkan pemimpin yang berbuat
    salah.
  • Konsep seperti ini tergambar dengan kepimpinan
    yang dipraktikkan oleh Saidina Abu Bakar dan Umar
    r.a.

20
VI)-SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKESAN
  • Jangkamasa 11 tahun alam persekolahan seharusnya
    mampu memberikan asas keilmuan yang kukuh kepada
    generasi muda.
  • Pembinaan institusi pengajian tinggi awam dan
    swasta, adalah usaha berterusan pelbagai pihak
    untuk melahirkan generasi muda.
  • Bagi masyarakat Islam, kepentingan mendapatkan
    ilmu terutama agama dilihat sama pentingnya
    dengan berjihad seperti yang disarankan al-Syahid
    Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilal al-quran.
  • Kepentingan ilmu dari segi pandangan Islam dapat
    dimengerti dan difahami dari ayat pertama yang
    diwahyukan oleh Allah adalah berhubung dengan
    ilmu.
  • Imam al-Ghazali pula merakamkam pandangan Ibnu
    Mubarak yang tidak memasukkan manusia yang tidak
    berilmu dalam golongan manusia, kerana ciri yang
    membezakan antara manusia dengan haiwan, adalah
    ilmu.
  • Kewajipan menuntut ilmu adalah bagi kedua-dua
    kaum lelaki dan perempuan, sejak dari dalam
    buaian hingga ke liang lahad. Bahkan Islam
    menjelaskan proses pendidikan bermula sejak dari
    memilih jodoh.

21
KESIMPULAN
  • Sebagai rumusan untuk mencari masalah
    penyelesaian mengatasi persoalan dekadensi moral
    ini, maka kita harus mengambil bahagian dan
    berikhtiar untuk mendirikan Islam dalam diri,
    keluarga dan masyarakat, maka akan terdirilah
    Islam di negara kita. Tersilap langkah bakal
    mengundang padah dan sesal yang berpanjangan.
    Sesungguhnya generasi muda akan menjadi pencetus,
    pewaris dan penerus wawasan masa depan. Di tangan
    mereka akan terpikul tanggungjawab untuk
    mengangkat martabat negara, ummah dan agama di
    mata dunia.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com