PERUTUSAN PENGARAH - PowerPoint PPT Presentation

1 / 49
About This Presentation
Title:

PERUTUSAN PENGARAH

Description:

Kepimpinan Pengetua/ Guru Besar dan Penolong Kanan 4.3. Pertukaran Guru dan Penempatan Guru 4.4. PIBG dan ... diyakini. bertindak dengan kualiti dan integriti. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:192
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 50
Provided by: supa91
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PERUTUSAN PENGARAH


1
PERUTUSAN PENGARAH
Mesyuarat KSPPD Bil.1/2011 Hotel Golden Beach,
Bandar Penawar, Kota
Tinggi 28-30 Mac 2011
Hj. Markom Bin Giran Pengarah Pelajaran Johor
2
SETINGGI-TINGGITAHNIAH DAN SYABAS!
  1. Kehadiran tuan / puan
  2. Sempurnakan tanggung jawab yang diamanahkan
    sepanjang bulan Januari hingga Mac 2011
  3. Menaikkan nama Johor melalui
    - Akademik, Sukan, Kokurikulum dan
    Pengurusan Cemerlang
  4. Terbaru pencapaian SPM 2010 meningkat

3
1. Pengurusan Berkesan Melalui Kaedah Turun
Padang2. Sistem Penyampaian Berkesan 3.
Kepimpinan Berkesan 4. Tindakan, Cabaran dan
Harapan
INTISARI PERUTUSAN
4
6 PRINSIP KERJA PENGARAH(PBBBBT)
SEDERAP MEMPERKASAPENDIDIKAN JOHOR SMPJ
  • Patuh Kepada Kepimpinan
  • Berfokus Melaksanakan Dasar
  • Bijaksana Dalam Tindakan
  • Bersungguh Walau Berseloroh_KSPPD Bi.4/2010
  • Bekerja dengan niat yang betul
  • Turun Padang_KSPPD Bil.1/2011

5
Pengurusan Berkesan Melalui Kaedah
Turun Padang
1
6
RASIONAL
  • If you wait for people to come to you, youll
    only get small problems. You must go and find
    them. The big problems are where people dont
    realize they have one in the first place.
  • (Sekiranya anda hanya menanti orang datang
    kepada anda, anda akan hanya menjumpai masalah
    yang kecil. Anda mesti pergi dan mendapatkan
    mereka. Masalah yang besar berlaku apabila mereka
    tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah.)
  • W. Edwards Deming

7
RASIONAL
  • A desk is a dangerous place from which to view
    the world.
  • (Meja kerja merupakan tempat yang paling
    merbahaya untuk meninjau dunia di luar)
  • John le Carré

8
Penjelasan Konsep
  • Turun Padang diamalkan oleh pihak kepimpinan
    atasan/ tertinggi dalam hiraki pengurusan bagi
    melihat sendiri dengan lebih dekat apa yang
    berlaku di bahagian atau unit di bawah
    tanggungjawabnya.
  • Management by walking around pula diamalkan oleh
    pihak pengurusan sesebuah organisasi/ institusi
    yang lebih kecil seperti sekolah bagi memastikan
    pegoperasiannya berjalan dengan lancar pada
    setiap hari.

9
KEPENTINGAN
  • Pendekatan turun padang perlu untuk
  • Mengetahui secara lebih dekat dengan apa-apa yang
    berlaku di lapangan (knowing what happens on the
    ground).
  • Meningkatkan kepatuhan dan keberkesanan sistem
    penyampaian (terutama front liners)
  • Meningkatkan keberkesanan sistem komunikasi dan
    perhubungan dalam organisasi
  • Meningkatkan semangat kekitaan dan kerja dalam
    pasukan dalam kalangan warga organisasi
  • Meningkatkan produktiviti dan keberkesanan
    pengurusan melalui sentuhan peribadi kerana
  • The human touch still works best.

10
PENGAJARAN DARI
SYARIKAT KORPORAT
  • Syarikat Komputer Hewlett-Packard telah
    melaksanakan pendekatan ini sejak tahun 1973
  • Semua pegawai executives digalakkan untuk
  • - mengenali orang bawahannya
  • - memahami bidang tugas mereka
  • - menyediakan sistem komunikasi berkesan
  • dengan menjadikan diri mereka mudah untuk
  • ditemui dan didampingi bagi menyelesaikan
  • masalah dan meningkatkan produktiviti
  • - menghargai warga kerja yang komited dan
  • berkesan

11
Fokus Pendekatan
  • Hubungan interpersonal yang berkesan
  • Penghargaan dan pengiktirafan secara telus dan
    terbuka (sebaiknya secara serta merta)
  • Prestasi dan keberkesanan kerja serta
    produktiviti dan pencapaian hasil kerja menjadi
    ukuran

12
Kelebihan
  • Membina kepercayaan dan hubungan yang baik
  • Meningkatkan semangat dan motivasi warga
    organisasi kerana pihak atasan menunjukkan
    sokongan dan minat terhadap mereka dan apa yang
    mereka lakukan
  • Menggalakkan warga organisasi membangunkan diri,
    seterusnya mencapai matlamat organisasi
  • Meningkatkan keupayaan organisasi untuk membuat
    perubahan dan penambahbaikan bagi memperbaiki
    prestasinya
  • Menyebarluas dan memperkukuh pengamalan
    nilai-nilai organisasi
  • Mambina organisasi yang sihat

13
Prasyarat Keberkesanan Tindakan
  • Penglibatan secara personal (personal
    involvement)
  • Mempunyai kemahiran mendengar yang berkesan
  • Memperlihatkan keikhlasan dan minat terhadap
    orang bawahan dan kerja-kerja yang mereka lakukan
  • Sanggup berkongsi dan mendengar luahan rasa dan
    kegembiraan mereka mencapai kejayaan
  • Memerhati dan mendengar mereka tanpa prejudis dan
    prasangka
  • Mengalu-alukan pandangan dan idea untuk
    meningkatkan operasi dan perkhidmatan

14
Prasyarat Keberkesanan Tindakan
  • Responsif terhadap masalah dan keprihatinan
    mereka
  • Memberi penghargaan secara terbuka kepada mereka
    yang sedang tekun bekerja atau membuat kerja
    dengan betul
  • Memperlihatkan imej sebagai coach/ mentor dan
    bukan sebagai inspector
  • Membantu dan menyelesaikan masalah mereka pada
    masa itu juga
  • Menggunakan peluang untuk menyebarluaskan
    nilai-nilai organisasi dan legacy yang terdapat
    dalam organisasi
  • Berkongsi impian

15
Sistem Penyampaian Berkesan

2
16
DEFINISI
  • Delivery system atau Sistem Penyampaian dalam
    perkhidmatan negara merujuk kepada bagaimana
    cara/ kaedah yang digunapakai oleh pihak kerajaan
    yang berkuasa melaksanakan tugas dan
    tanggungjawab menurut prinsip berkecuali atau
    disebut neutrally kepada rakyat keseluruhannya.

17
  • Di Malaysia, Bahagian 10, Perkara 132 hingga
    148, dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
    telah memperuntukkan berkenaan perihal
    perkhidmatan-perkhidmatan awam adalah seperti
    Angkatan Tentera, Kehakiman Perundangan,
    Perkhidmatan Awam Persekutuan, Pasukan Polis,
    Perkhidmatan Awam bersama yang disebut dalam
    Perkara 133, perkhidmatan awam setiap negeri dan
    perkhidmatan pendidikan.

18
Carta Alir Proses Bagi Mengenal pasti
Langkah-langkah Yang Perlu Meningkatkan Sistem
Penyampaian Negara
Memahami apakah yang dimaksudkan dengan konsep
dan ciri-ciri perkhidmatan awam dan hubungannya
dengan pentadbiran dan dasar awam
Meneliti sistem Penyampaian Awam semasa negara
dalam konteksnya di Malaysia
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk
meningkatkan Sistem Penyampaian Negara
Mengenal pasti masalah yang wujud dalam sistem
penyampaian negara
19
Langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan
sistem penyampaian berkesan
  • i. Fokus kepada pembangunan sumber manusia
  • ii. Fokus kepada pembangunan modal insan
  • iii. Memperkasa pelaksanaan pengurusan kualiti di
    bawah program Pengurusan Kualiti Menyeluruh
    (TQM), Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK),
    pelaksanaan standard MS ISO 9000 dan
    pengiktirafan kecemerlangan organisasi dalam
    menyediakan perkhidmatan yang berorientasikan
    pelanggan.

20
Peranan JPN/ PPD/ Sekolah meningkatkan
sistem penyampaian
berkesan
  • i. Kefahaman mengenai dasar-dasar baru
  • ii. Memastikan sistem penyampaian maklumat yang
    efisyen
  • - Taklimat/mesyuarat
  • - Media maklumat cetakan/ eletroknik
  • - Sistem telekomunikasi
  • iii. Kompetensi dan tanggungjawab pegawai
    (Pegawai Meja)
  • iv. Budaya Berintegriti

21
Kepimpinan Berkesan
3
22
DEFINISI KEPIMPINAN
  • Satu proses bagaimana seseorang mempengaruhi
    orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai
    matlamat organisasi dan memimpin organisasinya ke
    satu arah yang lebih bersatu padu.
  • (Kenneth Boulding 2005)

23
KONSEP KEPIMPINAN
  • Kemampuan pemimpin mempengaruhi pengikut supaya
    menumpahkan keseluruhan komitmennya ke arah
    mencapai matlamat organisasi.
  • Aktiviti dalam kumpulan yang bersistematik
  • Kuasa mempengaruhi pengikut
  • Menetap, menyusun, mengarah, menyelaras aktiviti
    ke arah pencapaian matlamat.
  • Berupaya memujuk dan memberi kepuasan kepada
    pengikut.
  • Sesuai dengan situasi.

24
KEPIMPINAN ADALAH
TANGGUNGJAWAB
Surah al-Baqarah ayat 124
Maksudnya Dan (ingatlah), ketika Nabi
Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa
Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim
pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah
berfirman Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi
imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi
Ibrahim pun memohon dengan berkata (Ya
Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya)
dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan).
Allah berfirman (Permohonanmu diterima, tetapi)
janjiKu ini tidak akan didapati.
25
KEPIMPINAN ADALAH
TANGGUNGJAWAB
  • 2 perkara asas dalam ayat
  • (Surah al-Baqarah ayat 124)
  • kepimpinan bukan sekadar perjanjian antara
    pemimpin dengan masyarakat, tetapi ia juga
    antara pemimpin dengan Allah SWT.
  • 2. kepimpinan hendaklah mementingkan keadilan
    dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab.

26
Kepimpinan Rasulullah s.a.w tiada
tolok bandingnya
Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w adalah dengan
melakukan sesuatu lebih baik daripada orang lain.
Baginda menyuruh pengikutnya sembahyang lima kali
sehari, sedangkan baginda sendiri berbuat lebih
daripada itu. Baginda menyuruh pengikutnya
berpuasa sebulan dalam setahun, sedangkan baginda
berbuat lebih daripada itu. - Ibrahim
Mamat, 1993
27
KERANGKA KONSEP ATRIBUT KEPIMPINAN
BERKESAN KE ARAH KELESTARIAN KEPIMPINAN
1. KREDIBILITI a. Kejujuran b. Berpandangan
Jauh c. Inspirasi d. Kompeten (Tugas Emosi)
PEMIMPIN BERKESAN
KELESTARIAN KEPIMPINAN
2. EFIKASI KENDIRI (Self-Efficacy)
28
1. KREDIBILITI
  • kualiti peribadi yang membolehkan seseorang
    beroleh kepercayaan orang lain, boleh bergantung,
    dipercayai, diyakini.
  • bertindak dengan kualiti dan integriti.
  • Kemampuan bawa perubahan, tahan diuji dan sedia
    mengambil risiko terhadap sebarang keputusan yang
    telah diambil.
  • Komunikator yang baik dan mempunyai pengaruh

29
1. KREDIBILITI
a. KEJUJURAN
  • Boleh dipercayai dan pengikut mempunyai
    kepercayaan dan kesanggupan menerima arahan.
  • Mempunyai etika integriti yang dianggap kompas
    yang berupaya menunjukkan arah (visi) yang betul
    dan tepat.
  • Tidak pentingkan diri, tidak berpura-pura
    hebat, mengelak konflik daripada berlaku.

30
1. KREDIBILITI
b) BERPANDANGAN JAUH
  • Mewujudkan suasana setiap ahli mempunyai satu
    visi dikongsi bersama bukan mimpi lain-lain
  • bijak mengenali isyarat/ tanda tentang masa depan
    dan cepat sesuaikan diri
  • berorientasikan pencapaian dan
    perancangan masa depan
  • konsep turun padang dengan menyelami
  • pencapaian jangkaan masalah

31
BERPANDANGAN JAUH
1930-an - Winston Churchill menyeru rakyat
Britain supaya membuat persediaan bagi menghadapi
dan menyekat ancaman Hitler daripada Jerman
rakyat tidak mengendahkannya kerana percaya
peperangan tidak akan sampai ke negara mereka.
Kepimpinan Churchill ditolak oleh rakyat dan
beliau mempunyai jumlah pengikut yang kecil
bilangannya. Tetapi realitinya adalah berlainan
apabila Jerman mula mengumpulkan bala tenteranya
dan memulakan peperangan dengan menyerang
beberapa negara di Eropah termasuk England.
Ramalan Churchill menjadi kenyataan dan dengan
menggunakan kebolehan dan karisma akhirnya beliau
mendapat sokongan padu rakyat negaranya dan
menjadi antara Perdana Menteri yang paling
popular.
32
1. KREDIBILITI
c) INSPIRASI
  • Keupayaan untuk memberi nafas kepada ahli
    organisasi dengan menggunakan bahasa, pengaruh
    dan komunikasi.
  • Menginspirasi dan membimbing orang lain untuk
    melakukan hal yang besar dan di luar kotak
    pemikiran biasa.
  • Menginspirasi untuk memperoleh pencapaian
    pada standard cemerlang dan berfokuskan
    perubahan.

33
1. KREDIBILITI
d) KOMPETEN (TUGAS EMOSI)
  • Menunjukkan kompetensi pengetahuan dan kemahiran
    dengan menunjukkan komitmen dan dedikasi yang
    tinggi terhadap tugas.
  • Mempunyai kecerdasan emosi (sensitif, kemahiran
    interpersonal) yang boleh memantau perasaan
    emosi sendiri dan orang lain.
  • Tahan diuji dan menjadi pakar rujuk
    subordinat.

34
2. EFIKASI KENDIRI
  • keyakinan tentang kemampuan dan kebolehannya
    untuk melaksanakan tugas dengan penambahbaikan
    diri berterusan.
  • sentiasa mengukur dan menilai tahap tugasnya
    untuk mencapai matlamat organisasi
  • kriteria yang membolehkan seseorang melihat
    kemampuan orang lain bagi meningkatkan efikasi
    kolektif pekerja.

35
HUBUNGAN ANTARA KREDIBILITI DAN
EFIKASI KENDIRI DENGAN PEMIMPIN BERKESAN
PEMIMPIN BERKESAN
KREDIBILITI
Semakin tinggi efikasi kendiri dan kredibiliti
semakin tinggi keberkesanan pemimpin
a. Kejujuran b. Berpandangan Jauh c.
Inspirasi d. Kompeten
EFIKASI KENDIRI
36
Leaders are not born, leaders can be trained
namun tidak semua boleh dilatih menjadi pemimpin
yang baik, berkesan dan cemerlang
  • kesinambungan kemajuan yang lancar bagi jangka
    masa panjang dalam mencapai visi organisasi
    ialah
  • elemen kepimpinan,
  • kelestarian kepimpinan ,
  • penukargantian kepimpinan

37
Tindakan, Cabaran dan
Harapan
4
38
  • 1. Peka Kepada Program-program, Dasar- dasar,
    Pekeliling-pekeliling sedia ada atau baru JPN /
    KPM
  • PIPP, NKRA, Standard Guru Malaysia,
    Transformasi Kurikulum, Pengkategorian Sekolah
    seperti Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi
    Tinggi, Sekolah Amanah, Pengantarabangsaan
    Sekolah, Budaya Kreativiti dan Inovasi dalam
    Pendidikan, Sukan Gemilang Sekolah,
    Program-program JPN seperti Kepimpinan
    Instruksional, Kepimpinan Transformasional,
    Plan-J, Headcount, Audit Akademik, ADaPP dan
    sebagainya.

39
  • 2. Peka Kepada Perpaduan Negara
  • - Penghayatan Konsep Rukun Negara
  • - Kepekaan terhadap sensitiviti kaum
  • - Memperkasa Mata Pelajaran Sivik dan
    Kewarganegaraan

40
  • 3. Peningkatan Kerjaya dan Pemantapan
    Profesionalisme
  • - Peka kepada peluang peningkatan kerjaya
    diri dan pegawai bawahan (ada 17 laluan
    kerjaya untuk peningkatan dalam perkhidmatan
    pendidikan)
  • - Menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman
    melalui kursus, seminar, taklimat atau
    bengkel.
  • - Menceburi dalam bidang penulisan dan
    memberi ceramah peringkat sekolah, daerah,
    negeri, kebangsaan atau antara bangsa
  • - Sijil penyertaan dan sijil penghargaan
    hendaklah disimpan dengan kemas untuk tujuan
    dokumentasi peningkatan kerjaya

41
  • 4. Menangani Isu Secara Profesional
    Oleh JPN/ PPD/ Sekolah
  • 4.1. Pendidikan Wajib
  • 4.2. Kepimpinan Pengetua/ Guru Besar dan
    Penolong Kanan
  • 4.3. Pertukaran Guru dan Penempatan Guru
  • 4.4. PIBG dan LPS

42
PENDIDIKAN WAJIB
  • Akta Pendidikan Wajib 1996 Seksyen 29A
  • Setiap ibu bapa yang merupakan warganegara
  • Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika
  • anaknya telah mencapai umur enam tahun
  • pada hari pertama bulan Januari dalam tahun
  • persekolahan semasa anak itu didaftarkan
  • sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun
  • itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah
  • sepanjang tempoh pendidikan wajib

43
KEPIMPINAN PENGETUA/ GURU BESAR/ PENOLONG KANAN
  • 1. Komunikasi Hubungan antara Pengetua/ Guru
    Besar, Penolong Kanan dan guru dapat mengelakkan
    isu, komunikasi yang berkesan membantu
    pengurusan dan pentadbiran sekolah (contoh ada
    Team A dan Team B),
  • 2. Penurunan Tugas Pengetua/ Guru Besar
    seharusnya dapat menurunkan tugas menyemak
    pergerakan dan buku rekod mengajar kepada GPK 1
    selain dari PPD.
  • 3. Penghargaan/ pengiktirafan Pengetua/ Guru
    besar dapat memberi penghargaan kepada warga
    sekolah agar hubungan kekeluargaan dapat
    dikekalkan

44
  • 4. Menggalakkan inovasi selalu memberi
    peluang kepada guru untuk menyumbang kepada
    sekolah.
  • 5. Ketelusan warga sekolah tidak merasakan
    sesuatu yang tidak kena dengan Pengetua/ Guru
    Besar.
  • 6. Budi bicara selalu menggunakan budi
    bicara bagi mengelakkan isu.
  • 7. Tindakan ikut peraturan jangan buat yang
    melanggari dasar, jika tidak jelas hubungi PPD
    atau JPN
  • 8. Rujuk PPD dan JPN rujuk kepada pegawai
    yang tahu agar maklumat yang diperolehi tepat dan
    betul .

45
PERTUKARAN DAN PENEMPATAN GURU
  • Ketepatan Data- Pengetua/ Guru Besar memberikan
    data yang betul dan tepat, semak bersama guru
    data sebelum dihantar ke PPD atau JPN.
  • Akur kepada tatacara pengurusan dan pentadbiran
    perkara yang salah.
  • Ingatkan orang bawahan terhadap tindakan tata
    tertib (surat sokongan)
  • Akur kepada arahan JPN dan PPD

46
  • 5. Peka Kepada Transformasi Dalam Pendidikan
    Negara
  • 5.1. Transformasi kurikulum
  • (Cth MBMMBI, KSSR, KSSM)
  • 5.2. Transformasi Pendidikan Teknik dan
    Vokasional
  • 5.3. Perubahan Sistem Persekolahan
  • (Cadangan persekolahan mengikut 633 iaitu 6
    tahun di sekolah rendah, 3 tahun di sekolah
    menengah rendah dan 3 tahun di sekolah menengah
    atas)

47
  • 5. Peka Kepada Transformasi Dalam Pendidikan
    Negara
  • 5.4. Cadangan Kemasukan Murid Berusia 5
    Tahun Ke Tahun 1
  • - Merupakan tranformasi KPM di bawah RMK
    10 yang akan dilaksanakan pada tahun 2015

48
RUMUSAN
  • Sebagai pemimpin pendidikan, seseorang itu
    sewajarnya peka dan prihatin terhadap semua isu
    yang dihadapi dan mengambil tindakan segera
    mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi
    mengelakkan isu menjadi lebih kompleks dengan
    menggunakan pendekatan kreatif dan inovatif.

49
Sekian, Terima Kasih
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com