BBM 3206 SEMANTIK 0LEH : PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD BIN MUSANIF Sesi Bersemuka Pertama - PowerPoint PPT Presentation

1 / 30
About This Presentation
Title:

BBM 3206 SEMANTIK 0LEH : PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD BIN MUSANIF Sesi Bersemuka Pertama

Description:

Title: BBM 3206 SEMANTIK 0LEH PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD BIN MUSANIF Author: OFFICE XP Last modified by: Valued Acer Customer Created Date: 12/21/2006 5:01:30 AM – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:364
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 31
Provided by: Offi72
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BBM 3206 SEMANTIK 0LEH : PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD BIN MUSANIF Sesi Bersemuka Pertama


1
BBM 3206SEMANTIK0LEH PROF. MADYA DR. AHMAD
MAHMOOD BIN MUSANIFSesi Bersemuka Pertama
2
Konsep Semantik
  • Kajian tentang makna
  • Berasal daripada bahasa Yunani sema yang
    menerbitkan kata semainein yang bermaksud
    menunjukkan, bererti, dan bermakna

3
Sudut Pengertian Semantik
  • Makna luas sintaksis, semantik, pragmatik
  • Makna sempit teori referensi, teori makna

4
KONSEP MAKNA
  • Aristotle menyatakan bahawa unit terkecil yang
    bermakna atau the smallest significant unit of
    speech ialah perkataan.
  • Dalam linguistik sekarang, unit tatabahasa
    terkecil yang bermakna adalah morfem.
  • Menurut Ullmann (196255), ada dua aliran
    pemikiran tentang konsep makna aliran anatikal _at_
    referensial dan aliran operasional _at_ kontekstual.

5
PENGERTIAN MAKNA SECARA ANATIKAL
  • Menurut de Saussure (195967),bahasa terdiri
    daripada bunyi atau penanda (signifiant) dan
    makna atau petanda (signifie).
  • Penanda adalah bayangan akustik, misalnya urutan
    bunyi meja. Petanda adalah gambaran atau makna
    yang melambangkan bunyi meja.

6
  • Oleh itu, kata atau lambang linguistik adalah
    bayangan akustik atau bunyi gambaran atau
    makna.

7
Ogden dan Richards (194911) pula menerangkan
makna dengan memecahkannya kepada tiga komponen
melalui rajah tiga segi semiotik.
8
Ullmann (196257) telah mempermudah teori segi
tiga semiotik dengan melihat makna sebagai
hubungan resiprokal antara nama dengan
pengertian.
9
Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih
daripada satu pengertian dan juga sebaliknya.
10
PENGERTIAN MAKNA SECARA OPERASIONAL
  • Stuart Chase (19387) menerangkan makna secara
    operasional, iaitu The true meaning of word is
    to be found by observing what the man does with
    it, not what he says about it.
  • Wittgenstein (1953) menegaskan bahawa makna
    perkataan adalah penggunaan perkataan dalam
    bahasa (the meaning of word is its use in the
    language).

11
TEORI SEMANTIK
  • Teori adalah pendapat atau pandangan yang
    dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia
    merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu
    ilmu.
  • Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar
    untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa.
  • Teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan
    makna pada setiap perkataan dan ayat yang
    berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.

12
TEORI SEMANTIK MESTI MEMENUHI 3 SYARAT
  • Mesti mencerap setiap makna perkataan dan ayat,
    dan hubungan antara unsur tersebut.
  • Mesti dapat meramalkan ketaksaan pada perkataan
    dan ayat.

13
  • Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan
    sistematis antara perkataan dan antara ayat,
    iaitu hubungan sinonim, perangkuman logis,
    penaabiran, pertentangan, dan sebagainya.

14
Teori Imej Makna
  • Menurut teori ini makna diterangkan berdasarkan
    imej yang terbayang dalam akal penutur _at_
    pendengar.
  • Dalam pengaplikasiannya, teori ini menghadapi
    beberapa masalah
  • Bentuk imej yang terbayang pada penutur dan
    pendengar.

15
  1. Satu ungkapan mempunyai lebih dari satu imej.
  2. Satu imej mempunyai lebih dari satu ungkapan.
  3. Imej bergantung kepada pengalaman.

16
Teori Analisis Komponen
  • Teori ini pada awalnya digunakan oleh ahli
    antropologi dalam menentukan istilah hubungan
    kekeluargaan.
  • Teori ini diaplikasikan dalam linguistik untuk
    menjelaskan makna perkataan.
  • Menurut teori ini, makna perkataan dianalisis
    bukan secara satu unit, tetapi dalam hubungan
    komponen yang kompleks.

17
  • Komponen tersebut dinamakan sebagai komponen
    semantik yang terdiri dari perbendaharaan kata
    sesuatu bahasa.
  • Teori ini menghuraikan makna perkataan dengan
    memasukkan unsur pertentangan.
  • Dalam pengaplikasiannya, teori ini juga
    menghadapi masalah

18
  1. Komponen semantik untuk sesuatu perkataan
    mempunyai makna tersendiri dan perlu dihuraikan.
  2. Huraian makna dalam teori ini tertumpu pada
    perkataan dan tidak pada ayat.
  3. Makna yang tepat sukar diperolehi kerana terikat
    dengan ciri hiponim.

19
Makna Perkataan dan Faktor Perubahannya
  • Sinonim Kata-kata yang mempunyai makna yang
    sama. Maksud sama tidak perlu seratus peratus
    sama. Misalnya
  • jemput undang
  • kereta motokar
  • iktisad ekonomi
  • siasah politik
  • mangkat mati
  • biduan penyanyi
  • seniman pelakon

20
  • Antonim Perkataan yang mempunyai makna yang
    berlawanan dengan perkataan yang lain. Misalnya
  • malam lwn siang
  • laut lwn darat
  • menjual lwn membeli
  • memberi lwn menerima
  • tua lwn muda
  • baru lwn lama

21
  • Antonim juga dapat dibentuk dengan cara
    pengimbuhan, misalnya
  • progresif lwn regresif
  • prasejarah lwn pascasejarah
  • induktif lwn deduktif
  • seniman lwn seniwati

22
  • Dari sudut ragamnya, antonim dapat digolongkan
    kepada beberapa jenis
  • 1. Antonim komplementar
  • 2. Antonim gradabel
  • 3. Antonim relasional
  • 4. Antonim resiprokal

23
POLISEM, HOMONIM, DAN HIPONIM
  • Polisem Satu kata _at_ frasa yg mempunyai dua _at_
    lebih makna yg berbeza. Bunyi dan bentuk ejaan
    sama tetapi berbeza makna dalam konteks berbeza.
    Misalnya, badan (tubuh _at_ yayasan), luka (cedera _at_
    tersinggung), beradu (berlawan _at_ tidur).
  • Homonim Kata-kata yang sama ejaan dan bunyi,
    tetapi berbeza makna, misalnya daki memanjat
    dengan daki kotoran.

24
  • Dalam penyusunan kamus polisem dijelaskan di
    bawah satu kata masukan, misalnya berat 1.
    tekanan, 2. sukar, 3. sangat
  • Homonim dalam kamus dijelaskan sebagai dua kata
    masukan yang berasingan, misalnya daki I
    kotoran dan daki II memanjat.

25
  • Homofon Kata-kata yang sama bunyi, tetapi
    berbeza ejaan dan maknanya. Misalnya, menonton
    dengan menuntun, dan golongan dengan gulungan.
  • Homograf Kata-kata yang sama ejaan, tetapi
    berbeza bunyi dan maknanya. Misalnya, semak
    periksa dengan semak belukar atau kusut.

26
  • Hiponim Kata-kata yg mempunyai hubungan
    inklusif _at_ pengelompokan dalam satu jenis _at_
    himpunan golongan perkataan.

27
Ini menunjukkan kata bunga merupakan penggolong
dan cempaka, melur merupakan anggota kepada
penggolong tsbt. Dlm BI adalah katasheep.
28
Perubahan Makna
  • Makna sesuatu perkataan atau ungkapan boleh
    berubah daripada yang asal kepada makna yang
    baharu. Namun antara unsur-unsur bahasa, maknalah
    yang paling kuat bertahan terhadap gejala
    perubahan (Hashim Musa, 199477).

29
  • Antara faktor-faktor perubahan makna adalah
  • Perubahan makna kerana perkembangan bahasa itu
    sendiri.
  • Perubahan makna kerana perubahan tanggapan
    penutur.
  • Perubahan makna kerana perluasan maksud.
  • Perubahan makna kerana pembatasan maksud.
  • Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan
    stilistik.

30
TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com