PENTADBIRAN KONTRAK - PowerPoint PPT Presentation

1 / 43
About This Presentation
Title:

PENTADBIRAN KONTRAK

Description:

Pentadbiran Kontrak Yang Berkesan Pentadbiran Kontrak Yang Berkesan PowerPoint Presentation ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1326
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 44
Provided by: Bppk
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENTADBIRAN KONTRAK


1
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PENTADBIRAN KONTRAK
BAHAGIAN PEROLEHAN KERAJAAN KEMENTERIAN
KEWANGAN MALAYSIA
2
SKOP
  • Surat Niat
  • Surat Setuju Terima
  • Dokumen Kontrak
  • Bon Pelaksanaan
  • Wang Tahanan
  • Denda
  • Tolakan (Set-Off)
  • Tanggungan Kecacatan
  • Bayaran Pendahuluan

3
SKOP
Samb
  • Bayaran Kemajuan
  • Arahan Perubahan Kerja
  • Perubahan dan Perlanjutan Tempoh Kontrak
  • Perubahan Harga Yang Dibenarkan Dalam
    Kontrak Kerja
  • Perlanjutan Masa Bagi Kontrak Kerja
  • Ganti Rugi Yang Ditetapkan Dan Ditentukan
  • Penamatan Kontrak
  • Isu-Isu Pentadbiran Kontrak
  • Pentadbiran Kontrak berkesan

4
1. SURAT NIAT (LETTER OF INTENT (LOI)) -
Surat dihantar kepada petender (jika perlu)
menyatakan hasrat/niat untuk menerima
tawaran petender. - Tidak mengikat
sebagai kontrak. 2. SURAT SETUJU TERIMA (LETTER
OF ACCEPTANCE (LOA)) - Mengesahkan
penerimaan sesuatu tawaran. - Berasaskan
kepada syarat yang ditetapkan dalam dokumen
tender, LOI atau syarat-syarat lain yang
dipersetujui. - Ikatan kontrak wujud
apabila LOA telah ditandatangani dan
dikembalikan oleh petender.
5
Samb
  • SURAT SETUJU TERIMA
  • - Merupakan dokumen perundangan sah dan
    sebahagian daripada perjanjian kontrak.
  • - Kontraktor tidak berjaya bolehlah
    dimaklumkan setelah LOA dikembalikan.
  • - Satu salinan LOA dan maklumat
    Kontraktor/Perunding yang telah mendapat Kontrak
    Kerajaan diedarkan kepada Setiausaha Bahagian
    Perolehan Kerajaan, MOF dan LHDN
  • - Maklumat berkenaan hendaklah
    mengandungi butir-butir seperti di Lampiran A
    SPP Bil 8 Tahun 1995 dan diedarkan setiap 3
    bulan sekali.

6
  • 3. DOKUMEN KONTRAK
  • Mengandungi
  • i. Syarat-syarat am kontrak dan
  • ii. Syarat-syarat khas yang dipersetujui
    oleh kedua-dua pihak jika berkaitan.
  • Kontrak ditandatangani oleh Menteri atau
  • pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri yang
    berkenaan selaras Akta Kontrak Kerajaan
    1949

7
  • DOKUMEN KONTRAK (Samb)
  • Dalam tempoh sebulan selepas kontrak
    ditandatangani, satu salinan kontrak diedarkan
    kepada Akauntan Negara/Akauntan/Bendahari Negeri.
  • Perjanjian yang disemak dan diluluskan oleh
    Peguamcara atau Penasihat Undang-undang hendaklah
    digunakan.
  • Agensi Kerajaan sentiasa mengawasi prestasi
    kontrak. Tindakan sewajarnya diambil jika
    kontraktor gagal memenuhi obligasi.

8
  • Klausa-klausa Penting
  • i. Bon pelaksanaan
  • ii. Waranti/kualiti barangan
  • iii. Jadual penghantaran/tempoh siap
  • iv. Tempoh tanggungan kecacatan
  • v. Bayaran pendahuluan
  • vi. Bayaran kemajuan
  • Arahan Perubahan Kerja
  • Perlanjutan/perubahan kontrak
  • ix. Syarat perubahan harga
  • x. Ganti rugi kelewatan
  • xi. Set-off
  • xii. Penamatan kontrak dan klausa-klausa lain.

9
  • BON PELAKSANAAN (SPP Bil. 5 Tahun 2007)
  • a. Bon Pelaksanaan merupakan suatu sandaran yang
    dipegang oleh Kerajaan sebagai jaminan bagi
    memastikan kontraktor mematuhi dan melaksanakan
    obligasinya.
  • Bon Pelaksanaan ialah deposit dalam bentuk
  • i. Jaminan Bank
  • ii. Jaminan Insurans
  • iii. Jaminan Syarikat Kewangan
  • iv. Jaminan Bank Islam
  • v. Jaminan Takaful
  • vi. Jaminan Bank Pembangunan Malaysia
    Berhad SME Bank
  • vii. Wang Jaminan Pelaksanaan (untuk
  • kontrak kerja sahaja).

10
c. Kadar Bon Pelaksanaan Bagi Bekalan/Perkhidmatan
i. 2.5 daripada jumlah harga kontrak
bernilai RM200,000 hingga RM500,000 ii.
5 daripada jumlah harga kontrak bernilai
melebihi RM500,000 dan iii. Kontrak
bermasa 2 tahun atau lebih perkiraan bon dikira
mengikut anggaran nilai kontrak setahun. Bon
Pelaksanaan yang dikemukakan hendaklah meliputi
keseluruhan tempoh kontrak. d. Kadar Bon
Pelaksanaan bagi kontrak kerja - 5 daripada
nilai jumlah harga kontrak bagi kontrak kerja
bernilai RM200,000 ke atas.
11
PENGIRAAN KADAR BON PELAKSANAAN CONTOH
1 KONTRAK BEKALAN/PERKHIDMATAN Nilai
Kontrak RM 800,000.00 Tempoh Kontrak 2
tahun Kadar Bon 2.5 Anggaran Nilai Setahun
RM800,000/2 Tahun
RM400,000.00 JUMLAH (RM400,000.00 x 2.5)
RM10,000.00 Nota Bukan RM800,000 X
5RM40,000 atau RM400,000 X 5
RM20,000
12
CONTOH 2 KONTRAK BERMASA BEKALAN/
PERKHIDMATAN Nilai Kontrak RM 4.5 juta
Tempoh Kontrak 3 tahun Kadar
Bon 5 Anggaran Nilai Setahun RM 4.5 juta
/3 Tahun RM1.5 juta JUMLAH (RM1.5
JUTA x 5) RM75,000.00
13
CONTOH 3 KONTRAK KERJA Nilai Kontrak RM 15
juta Tempoh Kontrak/Siap 3 tahun (36
bulan) Kadar Bon 5 JUMLAH (RM 15 JUTA x
5) RM750,000.00
14
e. Tempoh Sah Laku Bon Pelaksanaan (SPP Bil. 5
Tahun 2007) i. Kontrak Bekalan/Perkhidmatan
Dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat
kontrak atau selepas obligasi terakhir,
mengikut mana yang terkemudian. ii. Kontrak
Kerja Dua belas (12) bulan selepas tamat
tempoh tanggungan kecacatan.
15
  • f. Wang Jaminan Pelaksanaan (Untuk Kontrak Kerja
    Tempatan)
  • - Jumlah Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP)
    adalah 5 daripada harga keseluruhan kontrak
  • - Potongan 10 daripada bayaran kemajuan
    pertama sehingga mencapai jumlah 5 daripada
    nilai keseluruhan kontrak
  • - Wang Jaminan Pelaksanaan akan
    dikembalikan selepas tamat Tempoh Tanggungan
    Kecacatan dan setelah Perakuan Siap Memperbaiki
    Kecacatan dikeluarkan.

16
  • g. Pelepasan Bon Pelaksanaan
  • Kontrak Bekalan/Perkhidmatan
  • Setelah obligasi kontrak selesai
  • Keluarkan surat pelepasan (letter of discharge)
  • Barang guna habis boleh dilepaskan lebih awal
  • Kontrak Kerja
  • 50 selepas Sijil Perakuan Siap dikeluarkan
  • Permohonan secara bertulis oleh kontraktor
  • Minta bon baru bagi baki 50 dari jaminan asal
  • Selepas terima bon baru, boleh lepas yang asal
  • Baki dilepaskan selepas 12 bulan kemudian

17
5. WANG TAHANAN (AP 200.3) a. Wang tahanan
dikenakan bagi kontrak kerja antarabangsa
sahaja. b. Syarat tambahan untuk kontrak kerja
antarabangsa selain dikenakan Bon
Pelaksanaan. c. Kadar yang dikenakan adalah
10 daripada nilai kerja tertakluk kepada had
maksimum lima peratus (5) daripada jumlah
harga kontrak. d. Nilai wang tahanan bagi
kerja-kerja sub-kontraktor yang dinamakan
hendaklah mengikut nilai dan had yang
ditetapkan dalam kontrak utama.
18
6. DENDA - Jika kontraktor gagal memenuhi
obligasi kontrak, denda hendaklah dituntut dari
kontraktor. - Jika kontraktor gagal
membayarnya, denda hendaklah dituntut dari
bayaran kemajuan atau sebarang baki bayaran yang
kontraktor berhak menerima. -
Sekiranya ini tidak dapat dilakukan tuntutan
hendaklah dibuat daripada bon pelaksanaan.
19
  • 7. TOLAKAN (SET-OFF)
  • Jika denda dan bayaran-bayaran lain yang
    dikenakan itu melebihi nilai bon pelaksanaan dan
    kontraktor gagal membayarnya, denda boleh juga
    ditolak daripada apa-apa bayaran yang kontraktor
    berhak menerima daripada kontrak kontrak lain
    dengan Kerajaan.
  • Tuntutan sivil dan tindakan selanjutnya
    hendaklah diambil jika
  • semua tindakan di atas tidak berhasil.
  • Klausa mengenai denda dan cara Kerajaan boleh
    memperolehinya hendaklah dimasukkan dalam
    kontrak.
  • Agensi Kerajaan hendaklah memaklumkan kepada
    Perbendaharaan/Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
    mengenai apa-apa denda yang dituntut dan diterima
    daripada pembekal/ kontraktor.

20
  • 8. TANGGUNGAN KECACATAN
  • (AP 200.5)
  • a. Kerja
  • Kontraktor hendaklah memperbaiki apa-apa
    kecacatan ke atas kerja yang telah disiapkan.
    Jika kontraktor tidak berbuat demikian,
    perbelanjaan yang dikenakan untuk memperbaiki
    apa-apa kecacatan hendaklah dituntut daripada bon
    pelaksanaan.
  • Tempoh tersebut dikira selepas penyiapan
    praktikal (practical completion). Tempoh
    tanggungan kecacatan hendaklah ditentukan
    berdasarkan kepada nilai-nilai berikut

21
TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN i. RM20,000
hingga RM200,000 6 bulan dari tarikh kerja
diperakukan siap ii. Melebihi RM200,000
Sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh kerja
diperakukan siap. iii. Kontrak kerja
antarabangsa sekurang-kurangnya 12 bulan
dari tarikh kerja diperakukan siap.
iv. Bagi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh
subkontraktor yang dinamakan mengikut tempoh
yang ditetapkan dalam kontrak utama.
v. Bagi kerja-kerja yang rumit, Jabatan
hendaklah menetapkan tempoh tanggungan
kecacatan tidak kurang daripada tempoh minimum
yang ditetapkan di atas.
22
  • b. Bekalan dan Perkhidmatan
  • Kontraktor hendaklah memperbaiki apa-apa
  • kerosakan atau mengganti barang yang
    dibekalkan.
  • Jika kontraktor tidak berbuat demikian,
    perbelanjaan untuk memperbaiki apa-apa
    kerosakan hendaklah
  • dituntut daripada bon pelaksanaan.
  • Jika kontraktor gagal mengganti barang yang
    ditolak
  • penerimaannya, kos barang hendaklah dituntut
    daripada bon pelaksanaan.
  • Jangka masa tempoh tanggungan kecacatan/
  • waranti adalah bergantung kepada jenis,
    kerumitan
  • barang dan tempoh waranti pembuat.

23
  • 9. BAYARAN PENDAHULUAN
  • a. Perolehan Secara Tender
  • (SPP Bil. 5 Tahun 2007)
  • Tender Kerja
  • i. Dibenarkan bagi kerja yang dipelawa secara
    tempatan.
  • ii. Jumlah pembayaran sehingga 25 daripada
    nilai kerja pembina (builders works) sahaja
    atau maksimum RM10 juta mengikut mana yang
    lebih rendah bagi kontraktor utama.
  • iii. Jumlah pembayaran sehingga 20 daripada
    nilai pakej kerja atau maksimum RM5 juta
    mengikut mana yang lebih rendah bagi
    Sub-kontraktor yang dinamakan.

Samb
24
Samb
BAYARAN PENDAHULUAN Tender Kerja iv. Sebelum
bayaran pendahuluan boleh dibayar, Surat
Setuju Terima, Bon Pelaksanaan dan Polisi
Insuran yang ditetapkan telah dikemukakan.
v. Kontraktor dikehendaki mengemukakan Jaminan
Bank/Insurans dll yang sama nilai jaminannya
dengan dengan jumlah pendahuluan. vi. Agensi
hendaklah mendapatkan bayaran balik pendahuluan
melalui potongan bayaran kemajuan. Tempoh
pembayaran balik tidak boleh melebihi
keseluruhan tempoh kontrak.
Samb
25
Samb
  • BAYARAN PENDAHULUAN
  • Tender Bekalan dan Perkhidmatan
  • i Dibayar kepada kontraktor bekalan dan
    perkhidmatan serta kontraktor bertaraf pembuat
    tempatan sahaja.
  • ii. Jumlah pembayaran sehingga 25 daripada
    nilai kontrak atau maksimum RM10 juta mengikut
    mana yang lebih rendah bagi pembuat dan
    pembekal tempatan.
  • iii. Jumlah pembayaran sehingga 15 daripada
    nilai kontrak kontrak atau maksimum RM5 juta
    mengikut mana yang lebih rendah bagi pembekal
    perkhidmatan tempatan.

Samb
26
Samb
BAYARAN PENDAHULUAN - Tender Bekalan dan
Perkhidmatan iv. Kontraktor dikehendaki
mengemukakan satu jaminan bank bagi jumlah yang
sama nilai jaminannya dengan bayaran
pendahuluan. v. Agensi hendaklah mendapatkan
balik bayaran pendahuluan melalui potongan ke
atas bayaran kemajuan mengikut peringkat kerja
atau mengikut peringkat bekalan yang telah
disempurnakan. Tempoh pembayaran balik ini tidak
boleh melebihi keseluruhan tempoh kontrak.
27
Samb
  • BAYARAN PENDAHULUAN
  • b. Perolehan Secara Sebut Harga
  • (SPP Bil. 5 Tahun 2009)
  • Kerja
  • i. Dibenarkan bagi kontrak yang bernilai
    melebihi RM200,000 hingga RM500,000
  • ii. Jumlah pembayaran sehingga 25 daripada
    nilai kerja pembina (builders works) sahaja
    atau maksimum RM100 ribu mengikut mana yang
    lebih rendah
  • iii. Inden Kerja/Pesanan Kerajaan telah
    ditandatangani
  • dan dikeluarkan

Samb
28
Samb
  • BAYARAN PENDAHULUAN Sebut Harga Kerja
  • iv. Polisi Insuran yang ditetapkan telah
    dikemukakan
  • v. Kontraktor dikehendaki mengemukakan Jaminan
    Bank/Insurans dll yang sama nilai jaminannya
    dengan dengan jumlah pendahuluan
  • vi. Tidak dibenarkan bagi perolehan yang tidak
    melebihi tiga (3) bulan

Samb
29
Samb
  • BAYARAN PENDAHULUAN Sebut Harga
  • Bekalan dan Perkhidmatan
  • i. Bagi pembuat atau pembekal tempatan sahaja
  • ii. Dibenarkan bagi kontrak yang bernilai
    melebihi RM200,000 hingga RM500,000
  • iii. Jumlah pembayaran sehingga 15 daripada
    nilai kontrak atau maksimum RM50 ribu mengikut
    mana yang lebih rendah
  • iv. Kontraktor dikehendaki mengemukakan satu
    jaminan bank bagi jumlah yang sama nilai
    jaminannya dengan bayaran pendahuluan
  • v. Tidak dibenarkan bagi perolehan yang tidak
    melebihi tiga (3) bulan

30
10. BAYARAN KEMAJUAN a. Untuk kontrak kerja
boleh dibuat tidak lebih dari 3 kali dalam
tempoh empat (4) bulan pertama selepas keluarnya
surat setuju terima tawaran dan sebelum
perjanjian ditandatangani secara rasmi.
(SPP Bil. 10 Tahun 1995) b. Bayaran kemajuan
yang seterusnya akan hanya dibuat selepas
perjanjian kontrak rasmi ditandatangani. c. Bay
aran kemajuan perlu dibayar dalam tempoh 14 hari
daripada tarikh tuntutan diterima. (SPP Bil. 7
Tahun 2006)
31
  • 11. ARAHAN PERUBAHAN KERJA
  • (AP 202)
  • Definisi Arahan Perubahan Kerja
  • Sesuatu perubahan daripada kontrak kerja adalah
    sebarang penyimpangan daripada perjanjian
    kontrak berkaitan dengan pelan, spesifikasi
    dan/atau senarai kuantiti sama ada dipinda,
    ditambah atau dikurangkan.
  • Cara Pelaksanaan Arahan Perubahan Kerja
  • Kerja tambahan hendaklah dilaksanakan secara
    tender/sebut harga. Perubahan kerja hanyalah
    dibenarkan sekiranya secara tender/sebut harga
    berasingan akan menjejaskan atau mengganggu
    kontrak sediada.
  • Amalan mengeluarkan kerja yang terkandung dalam
    sesuatu kontrak untuk dilaksanakan oleh pihak
    lain atau pihak Kementerian/Jabatan sendiri tidak
    dibenarkan.

Samb
32
Samb
  • ARAHAN PERUBAHAN KERJA
  • Kriteria Arahan Perubahan Kerja
  • a. Tempoh kontrak masih berjalan semasa arahan
  • perubahan kerja dikeluarkan kecuali dibenarkan
  • di bawah syarat-syarat kontrak
  • b. Perubahan tidak menukar sebahagian besar skop
  • kerja asal
  • c. Bagi kerja tambahan, pelaksanaannya hendaklah
  • ditapak bina kontrak sahaja dan
  • d. Bagi kerja gantian, perubahan adalah di
    dalam skop kontrak asal dan kerja yang
    ditentukan dalam kontrak asal.

Samb
33
Samb
  • ARAHAN PERUBAHAN KERJA
  • Had Nilai Perubahan dan Pihak Berkuasa Melulus
  • i. Asas perkiraan nilai arahan perubahan
    kerja dan pihak berkuasa yang boleh
    meluluskannya hendaklah mengikut SPP Bil. 7
    Tahun 2007 dan Arahan Perbendaharaan (AP 202.2
    dan 203).
  • ii. Perubahan Kerja dan Pelanjutan Masa Untuk
    Kontrak
  • Kerja Yang Diuruskan Secara Sebut
    Harga
  • Peruntukan mencukupi
  • Kelulusan Jawatankuasa Sebut Harga diperolehi
  • terlebih dahulu
  • Jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan
    tidak melebihi 20 daripada nilai kontrak atau
    tidak melebihi RM100 ribu mengikut mana yang
    terendah

34
12. PERUBAHAN DAN PELANJUTAN TEMPOH KONTRAK
BAGI KONTRAK BEKALAN DAN PERKHIDMATAN (AP 201)
a. Kelulusan perubahan kontrak dan pelanjutan
tempoh kontrak bekalan/perkhidmatan dengan
syarat-syarat berikut- i. Tempoh sah laku
kontrak masih berkuat kuasa semasa permohonan
ii. Tidak melibatkan perubahan kadar harga
dan syarat-syarat lain dalam kontrak iii.
Perlanjutan tempoh kontrak hanya diberi sekali
sahaja dan tempoh maksimum adalah sehingga 2
tahun dan iv. Bagi kontrak bekalan,
tambahan kuantiti tidak melebihi 50 dari kontrak
asal dan nilai maksimum RM7.5 juta serta jumlah
keseluruhan tambahan dan nilai kontrak asal
tidak melebihi RM25 juta atau v. Bagi
kontrak perkhidmatan, nilai tambahan tidak
melebihi 50 daripada kontrak asal tertakluk
kepada nilai maksimum RM7.5 juta dengan syarat
jumlah tambahan dan nilai kontrak asal tidak
melebihi RM25 juta.
Samb
35
Samb
  • PERUBAHAN DAN PELANJUTAN TEMPOH KONTRAK BAGI
    KONTRAK BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
  • Semua perubahan kontrak dan pelanjutan tempoh
    kontrak selain dari yang disebutkan di atas,
    hendaklah dirujuk kepada MOF untuk kelulusan.
  • Perubahan kontrak dan pelanjutan tempoh kontrak
    dibenarkan bagi perolehan yang diuruskan secara
    SEBUT HARGA seperti berikut
  • - bagi kontrak yang bernilai melebihi RM200 ribu
    hingga RM500,000
  • - bagi kontrak bekalan, tamabahan kuantiti tidak
    melebihi 50 daripada kontrak asal tertakluk
    kepada nilai maksimum RM250 ribu dengan syarat
    jumlah keseluruhan tambahan dan nilai kontrak
    asal tidak
  • melebihi RM750 ribu atau
  • - Bagi kontrak perkhidmatan, nilai tambahan
    tidak melebihi 50 daripada kontrak asal
    tertakluk kepada nilai maksimum RM250 ribu dengan
    syarat jumlah keseluruhan tambahan dan nilai
    kontrak asal tidak melebihi RM750 ribu.
  • d. Perubahan kontrak dan pelanjutan tempoh
    penghantaran yang tidak melibatkan tambahan kos
    boleh dibenarkan bagi sebut harga/tender oleh
    pentadbir kontrak tertakluk kepada syarat-syarat
    di dalam dokumen kontrak.

36
13. PERUBAHAN HARGA YANG DIBENARKAN DALAM
KONTRAK KERJA a. Kontraktor kerja, jika
diperuntukkan dalam kontraknya, boleh membuat
tuntutan kenaikan harga bagi bahan-bahan binaan
yang diluluskan oleh Perbendaharaan. Kadar
kenaikan hendaklah berasaskan siaran Jabatan
Perangkaan Malaysia. b. Bagi kontrak kerja yang
berasaskan jadual harga, kontraktor tidak layak
membuat tuntutan kenaikan harga bahan binaan.
37
14. PERLANJUTAN MASA BAGI KONTRAK KERJA a. Force
Majeure b. Kelewatan atau kerosakan yang
disebabkan oleh mana-mana perkara luar jangka
yang disebut dalam kontrak c. Arahan yang diberi
oleh Pegawai Penguasa yang mengakibatkan
penangguhan projek d. Kelewatan
disebabkan oleh Pengawai Penguasa berpunca dari
arahan, lukisan, penamaan subkontraktor/pembekal
yang diperuntukkan dalam kontrak atau kelewatan
yang disebabkan oleh Kerajaan dalam
melaksanakan kerja kemahiran yang tidak menjadi
sebahagian daripada kontrak e. Kelambatan
memberi milik tapak bina mengikut
kontrak f. Apa-apa tindakan yang berpunca dari
penyatuan pekerja-pekerja setempat atau mogok
atau tutup pintu dan g. Kontraktor tidak
berupaya kerana sebab-sebab yang tidak dapat
dikawal dan diramal olehnya dengan munasabah.
38
15. GANTIRUGI YANG DITENTUKAN DAN
DITETAPKAN (LIQUIDATED AND ASCERTAINED
DAMAGES) (LAD) a. Jika berlaku kelewatan dan
kontraktor tidak layak diberikan lanjutan masa,
sejumlah gantirugi tertentu hendaklah dikenakan
mengikut kluasa kontrak. b. Agensi Kerajaan
dibenar mengecualikan bayaran LAD bagi tempoh
tidak melebihi tiga (3) bulan selepas tempoh
kontrak kepada kontraktor Bumiputera mengikut
pertimbangan dan budi bicara dengan syarat-
(dibatalkan oleh SAP 18 Mac 2011)
39
16. PENAMATAN KONTRAK a. Agensi Kerajaan
hendaklah memastikan klausa mengenai hak
Kerajaan untuk menamatkan kontrak pada
bila-bila masa apabila kontraktor gagal
memenuhi obligasi kontrak dimasukkan ke dalam
perjanjian dan dikuatkuasakan apabila
perlu. b. Sebelum menamatkan kontrak, peluang
yang munasabah hendaklah diberikan kepada
kontraktor. Ini termasuk memberi peringatan,
amaran yang cukup dan mengeluarkan surat tunjuk
sebab.
40
17. ISU-ISU PENTADBIRAN KONTRAK a. Tidak
mengadakan kontrak.   b. Kontrak lewat
ditandatangani.   c. Tidak mentadbir atau
menguatkuasakan kontrak. d. Tiada
pemantauan. e. Tindakan tidak diambil atas
kelewatan membekal/gagal bekal. f. Projek lewat
siap.            g. Tiada atau kurang ujian
kualiti. h. Tindakan memberi amaran tidak
dibuat. i. Tindakan denda/LAD tidak atau
lewat diambil. j. Pegawai tidak tahu
syarat dan terma. k. Tiada pegawai
dilantik memantau kontrak. l. Kontrak
lewat diperbaharui/dilanjutkan.
41
18. Pentadbiran Kontrak Yang Berkesan
  • a. Selenggara Daftar Kontrak.
  • b. Lantik pegawai tertentu untuk mentadbir
    kontrak (boleh masuk dalam senarai tugas jika
    sesuai).
  • c. Dapatkan salinan kontrak (proaktif).
  • d. Baca kontrak dan ketahui obligasi kontrak dan
    hak Kerajaan.
  • e. Adakan checklist pemantauan kontrak.
  • Dapatkan maklum balas daripada pengguna.
  • Adakan perbincangan/perjumpaan untuk menjayakan
    kontrak.
  • Kuatkuasakan kontrak dari awal lagi.
  • Pastikan kontraktor memulakan kerja dalam
    tempoh 2 minggu bagi kerja.

42
Pentadbiran Kontrak Yang Berkesan
Samb
  • j. Minta laporan berkala mengenai semua kontrak.
  • k. Ambil tindakan ke atas kontraktor yang sub
    kontrak.
  • l. Ujian kualiti diadakan secara rambang
  • m. Salinan surat peringatan/amaran kepada
    Kementerian Kewangan/PKK
  • n. Sediakan laporan setiap kontrak untuk
    digunakan di masa akan datang jika perlu
  • o. Laporkan kepada Kementerian Kewangan/PKK/CIDB
    sebarang denda/LAD atau prestasi yang
    baik/kurang baik

43
TERIMA KASIH
ISMAIL BIN MUHAMED 03-88823478 Ismail.muhamed_at_t
reasury.gov.my
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com