Nyanyian - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Nyanyian

Description:

Title: Nyanyian Author: user Last modified by: user Created Date: 5/16/2005 6:50:34 PM Document presentation format: On-screen Show Other titles: Arial Tahoma Times ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:28
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 24
Provided by: kspkpsv20
Category:
Tags: nyanyian

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Nyanyian


1
PENDIDIKAN MUZIK
Tiga Aktiviti Utama
1. Nyanyian
2. Muzik Dengan Gerakan / Pergerakan Kreatif
3. Perkusi
2
Nyanyian
3
Bagaimana Mengajar Lagu Baru Kepada Kanak-Kanak
  • Terdapat beberapa cara untuk mengajarkan lagu
    baru kepada kanak-kanak
  • Kaedah frasa demi frasa / baris
  • Kaedah rangkap demi rangkap
  • Kaedah keseluruhan

4
KAEDAH FRASA DEMI FRASA
  • Lagu baru diperdengarkan beberapa kali sama ada
    dinyanyikan oleh guru atau dimainkan rakaman
    lagu. Murid diminta mendengar dengan teliti.

CONTOH
5
Membaca Lirik Lagu
  • Selepas memperdengarkan lagu baru, aktiviti
    seterusnya ialah membaca lirik lagu jika murid
    boleh membaca.
  • Dicadangkan lirik dibaca mengikut corak irama
    lagu

6
  • Guru menyanyikan frasa pertama dan meminta murid
    supaya ikut menyanyi. Guru meneruskan dengan
    frasa seterusnya dengan cara yang sama seperti
    tadi. Guru boleh mengulang semula dengan meminta
    murid terus menyanyi frasa satu dan dua dan
    begitulah seterusnya sehingga keseluruhan lagu
    dapat dinyanyikan dengan tepat

7
Aktiviti permulaan pengajaran lagu baru boleh
dijalankan tanpa iringan muzik atau sebaliknya.
Guru boleh membantu ketepatan nyanyian dengan
memainkan melodi lagu dengan alat muzik seperti
pianika / kibod bagi guru yang berkebolehan.
Kelajuan lagu haruslah di lambatkan untuk
memudahkan murid mengikutinya
8
  • Setelah murid menguasai keseluruhan lagu, lagu
    baru dinyanyikan sepenuhnya dengan tempo yang
    sesuai/asal.

9
KAEDAH RANGKAP DEMI RANGKAP
  • Keseluruhan lagu baru diperdengarkan
  • Membaca lirik lagu jika perlu
  • Rangkap pertama lagu
  • diperdengarkan sama ada daripada
  • rakaman atau nyanyian guru.

10
  • Murid diminta menyanyi bersama guru atau rakaman
    keset / CD
  • Nyanyian rangkap seterusnya setelah didapati
    murid sudah menguasai rangkap 1
  • Nyanyian keseluruhan lagu

11
KAEDAH KESELURUHAN
  • Lagu baru diperdengarkan beberapa kali sama ada
    dinyanyikan oleh guru atau dimainkan rakaman
    lagu. Murid diminta mendengar dengan teliti.
  • Membaca lirik lagu jika perlu

12
  • Murid terus diminta menyanyikan keseluruhan lagu.
    Aktiviti ini diulangi sehingga murid didapati
    telah menyanyi dengan tepat. Kaedah ini biasanya
    digunakan untuk lagu-lagu yang pendek.

13
KAEDAH MENGAJAR LAGU DARIPADA RAKAMAN
  • Guru bergantung seratus peratus kepada rakaman
    lagu. Lagu baru diperdengarkan beberapa kali.
    Murid diminta mendengar dengan teliti.
  • Membaca lirik lagu jika perlu

14
  • Murid diminta menyanyi keseluruhan
  • lagu bersama-sama dengan
  • nyanyian daripada rakaman.

15
  • Guru boleh mengulang semula nyanyian pada
    bahagian tertentu jika didapati berlaku
    kesilapan. Nyanyian diteruskan sehingga
    keseluruhan lagu boleh dinyanyikan dengan baik
    dan tepat. (kaedah ini sesuai bagi guru yang
    merasakan dirinya tidak boleh menyanyikan lagu
    dengan tepat. Walau bagaimanapun cara ini
    mengundang beberapa masalah dari segi teknikal
    dan kekeliruan ketepatan nyanyian)

16
Beberapa Peringatan Penting
  • Jika rakaman lagu dalam bentuk keset, pastikan
    lagu yang hendak diajar telah dirakamkan beberapa
    kali dari sumber ke dalam satu keset lain. Ini
    bertujuan mengelakkan daripada guru banyak
    menghabiskan masa untuk kerja rewind lagu.
    Cara ini dapat mengelak daripada murid
    tertunggu-tunggu dan mula membuat bising.

17
  • Rakaman dalam bentuk CD adalah
  • paling sesuai digunakan kerana
  • mudah diselenggarakan.

18
  • Pemilihan lagu perlu mengambil kira
  • tahap penguasaan bahasa atau
  • vokabulari kanak-kanak dan tidak
  • terlalu panjang.

19
  • Senikata lagu sebaiknya dibaca
  • mengikut corak irama lagu.

20
  • Aktiviti sampingan yang boleh
  • dilakukan selain daripada
  • permainan perkusi dan gerakan
  • semasa nyanyian ialah bertepuk
  • tangan pada detik yang kuat
  • (accent) atau mengikut corak
  • irama lagu.

21
ANAK KATAK
  • Berudu berudu
  • makin membesar
  • Tumbuh kaki belakang
  • Kaki depan keluar
  • Ekor panjang hilang
  • Berudu dah cukup sifat
  • Jejari mula melekat
  • Anak katak menjadi kuat
  • Ke darat terus melompat
  • Lompat sikatak lompat
  • Lompatlah tinggi tinggi
  • Katak berkaki empat
  • Bertelur dalam perigi
  • Telur dilindung buih
  • Menetas jadi berudu
  • Berenang di dalam air
  • Ke hilir mencari ibu

22
TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR
  • Twinkle twinkle little star
  • How I wonder what you are
  • Up above the world so high
  • Like a diamond in the sky
  • Twinkle twinkle little star
  • How I wonder what you are

MUZIKVOKAL
KE SLAID 4
MINUS ONE
23
(No Transcript)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com