Bab 6 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 30
About This Presentation
Title:

Bab 6

Description:

Bab 6 Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia Hasil Pembelajaran Menjelaskan sikap akomodatif yang wujud semasa penggubalan Perlembagaan Malaysia. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:734
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 31
Provided by: Department777
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Bab 6


1
Bab 6 Perlembagaan Malaysia dalam Konteks
Hubungan Etnik di Malaysia
2
Hasil Pembelajaran
  1. Menjelaskan sikap akomodatif yang wujud semasa
    penggubalan Perlembagaan Malaysia.
  2. Menjelaskan peranan dan kepentingan unsur-unsur
    tradisi dan kontrak sosial dalam konteks hubungan
    etnik di Malaysia.
  3. Menghuraikan kerasionalan unsur-unsur tradisi
    dalam Perlembagaan Malaysia.
  4. Menghuraikan peranan yang dimainkan oleh setiap
    golongan etnik di Malaysia dalam menuntut
    kemerdekaan.

3
Pengenalan
  • Isu bahasa, agama , kedudukan istimewa Bumiputera
    dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia
    faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik
    yang erat dan utuh.
  • Hak Bumiputera dan kaum lain diimbangi dengan
    peruntukan yang diberikan.

4
Konsep Perlembagaan
  • Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada
    bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan
    organisasi kerajaan, pembahagian dan perlaksanaan
    kuasa.
  • Sumber undang-undang tertinggi.
  • Panduan untuk membentuk undang-undang.
  • Penting bagi menjamin kestabilan politik,
    keadilan dan kecekapan pemerintahan.

5
  • Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian,
    183 Perkara dan 13 Jadual yang menyentuh bidang
    kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan
    agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan,
    kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah
    dan Sarawak dan lain-lain.

6
Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia
  • Peranan Jawatankuasa Kerja Perlembagaan
    Persekutuan Tanah Melayu (1946)
  • Peranan Suruhanjaya Reid (1956)
  • Peranan UMNO, MCA MIC
  • Peristiwa utama
  • Kesatuan Malaya
  • Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • (Kontrak sosial)

Konflik antara kaum Melayu kaum bukan Melayu
Usaha perundingan untuk wujudkan asas
perundangan yang sesuai
7
Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia
  • Unsur-unsur tradisi penting kerana menjadi faktor
    utama untuk mewujudkan identiti Malaysia dan
    memupuk persefahaman serta perpaduan.
  • Unsur tradisi juga merupakan satu kontrak sosial
    yang dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan.

8
  • Unsur-unsur tradisi meliputi Bahasa Kebangsaan,
    Agama Persekutuan, Kedudukan istimewa orang
    Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan
    Pemerintahan beraja.
  • Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik
    ialah

9
  • Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan
    pengecualian peruntukan ini dalam soal agama,
    kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.
  • Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan
    bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja,
    Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan
    seumpamanya.

10
  • Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja
    menghalang Parlimen membuat undang-undang yang
    menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang
    Melayu, bahasa Melayu dan Islam.
  • Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam,
    adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan
    Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan
    darurat.

11
  • Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu
    sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak
    etnik lain menggunakan bahasa mereka.
  • Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang
    Melayu tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum
    lain.

12
  • Bahasa Melayu
  • Perlembagaan Persekutuan 1957 Perkara 152 Fasal
    1, bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan
    hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
    sebagaimana yang diperuntukkan dengan
    undang-undang oleh Parlimen dengan syarat

13
  • Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan
    daripada menggunakan (bagi maksud, lain daripada
    maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar
    apa-apa bahasa lain dan
  • Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh
    hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan
    meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa
    mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.

14
  • Agama Islam
  • Perkara 3 (1) Agama Islam ialah ugama rasmi bagi
    Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh
    diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
    bahagian Persekutuan.
  • Perkara 11 (3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak
  • menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

15
  • menubuh dan menyenggara institusi-institusi bagi
    maksud agama atau khairat dan
  • memperolehi dan mempunyai harta dan memegang dan
    mentadbirkannya mengikut undang-undang.
  • Perkara lain yang berkaitan dengan kedudukan
    Agama Islam ialah
  • Perkara 11 (4) tentang kebatasan kebebasan
    agama orang Islam.

16
  • Perkara 12 (2) peranan Persekutuan dan suatu
    negeri dalam memajukan pendidikan Islam.
  • Perkara 121 (1A) Mahkamah Tinggi (Negeri-negeri
    Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak) tidak mempunyai
    bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara
    dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.

17
  • Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera
    Sabah dan Sarawak
  • Disentuh dalam Perkara 153 hak istimewa ini
    meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam,
    biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan
    khas lain yang diberikan.
  • Termasuk peruntukan Perkara 86 dan 90
    melindungi tanah rizab orang Melayu.

18
  • Perkara 160 (2) Orang Melayu ertinya
    seseorang yang menganuti agama Islam, lazim
    bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan-
  • yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan
    atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari
    Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di
    Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari
    Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di
    Singapura atau
  • ialah zuriat seseorang yang sedemikian

19
  • Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak ialah
  • Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum
    asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut,
    Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah,
    Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut,
    Penan, Sian, Tagal dan Ukit atau dia berketurunan
    campuran daripada kaum tersebut dan
  • Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seorang
    daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah
    dilahirkan di Sabah.

20
  • Pemerintahan Beraja
  • Malayan Union (1946) menghapuskan kuasa
    Raja-Raja Melayu.
  • Kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan semula
    apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan.
  • Setelah kemerdekaan, institusi beraja terus
    dikekalkan dengan konsep raja berperlembagaan
    selaras dengan sistem demokrasi.

21
Rasional Perkara 153
  • Semasa proses penggubalan Perlembagaan terdapat
    semangat persefahaman, akomodatif, berkongsi
    kuasa dan sedia berkorban yang begitu tinggi
    dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.
  • Semangat adomodatif yang tinggi disebabkan
    kepentingan masing-masing yang juga dikenali
    sebagai kontrak sosial Hak istimewa orang
    Melayu dan Hak kewarganegaraan orang bukan Melayu.

22
  • Hak istimewa orang Melayu dalam Perkara 153
    meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam,
    biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan
    khas lain.
  • Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau
    dilucutkan tanpa mendapat persetujuan Majlis
    Raja-Raja Melayu.

23
  • Perkhidmatan Awam
  • Rasional merizabkan suatu kadar bilangan dalam
    perkhidmatan persekutuan untuk Bumiputera - pada
    zaman penjajah dan pada awal kemerdekaan sedikit
    sangat bilangan yang bekerja dengan kerajaan
    Cth pada 1968, jumlah Melayu (1,422) dan bukan
    Melayu (2,497) terutamanya pegawai dalam bidang
    sains dan profesional.

24
  • Ekonomi
  • Rasional Jurang pendapatan antara golongan
    Bumiputera dengan bukan Bumiputera adalah tinggi
    Cth, RM1 pendapatan bagi orang Melayu
    berbanding RM2.3 bagi orang Cina dan RM1.8 bagi
    orang India pada tahun 1970.
  • Pemilikan kekayaan orang Melayu (2.4) dan
    bukan Melayu (34) pada 1970.

25
  • Pendidikan
  • Orang Melayu tertindas dalam sistem pendidikan
    British.
  • Pada 1970, terdapat jurang perbezaan golongan
    profesional antara etnik golongan Bumiputera
    (4.9 atau 225 orang) dan bukan Bumiputera (84.5
    atau 3859 orang).

26
Rasional Perkara 152
  • Bahasa Melayu bahasa kebangsaan sebagai wadah
    komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa
    rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat.
  • Tanpa menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum
    lain (turut dijamin oleh Perlembangaan Malaysia).
  • Rasional pemilihan bahasa Melayu menjadi lingua
    franca di Nusantara dan mudah dipelajari.

27
  • Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu
    digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi.
  • Pegawai-pegawai Eropah yang memegang lebih 95
    jawatan Kumpulan Bahagian 1 perlu mempelajari
    bahasa Melayu dan lulus untuk ditempatkan di
    Persekutuan Tanah Melayu.

28
Rasional Perkara 3
  • Islam telah bertapak lebih 600 tahun lampau dan
    banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran
    orang Melayu.
  • Semasa penjajahan British, Islam tidak pernah
    diganggu dan urusannya diserahkan kepada
    Raja-Raja Melayu.
  • Sesuai dengan takrif Melayu dalam Perkara 160.
  • Undang-undang Islam telah diperkenalkan dan
    diiktiraf sebelum penjajahan British.

29
Kesimpulan
  • Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada
    pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi
    terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban,
    berakomodatif dan rela berkongsi kuasa.
  • Kontrak sosial telah diterima sebagai satu
    kenyataan sejarah dan harus diterima untuk
    menjaga hubungan etnik di Malaysia.

30
  • Menghormati hak dan kepentingan setiap golongan
    etnik seperti mana yang termaktub dalam
    Perlembagaan Malaysia sangat perlu dihayati
    bersama agar dapat menghindarkan sebarang konflik
    yang wujud.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com