Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 Anggerik - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 Anggerik

Description:

Disediakan oleh: ABDUL MUHAIMIN BIN ZULKEFLI PISMP-IPG 2A Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 Pada akhir pengajaran murid dapat : Melaksanakan arahan yang diberikan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:59
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 17
Provided by: abdulmuhai
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 Anggerik


1
Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 Anggerik
  • Disediakan oleh
  • ABDUL MUHAIMIN BIN ZULKEFLI
  • PISMP-IPG 2A

2
Rancangan Pengajaran Harian
Tahun 4
  • Pada akhir pengajaran murid dapat
  • Melaksanakan arahan yang diberikan secara lisan
    cara untuk membuat sandwich berdasarkan menu yang
    disediakan 1.3 Aras 2(i)
  • Membaca kuat cara untuk membuat sandwich pada
    kadar sekurang-kurangnya 85 peratus sebutan
    betul.5.1 Aras 3(i)
  • Mengambil imlak sekurang-kurangnya lima ayat cara
    untuk membuat sandwich dengan menggunakan Power
    Point 9.1 Aras 3(i)

Set Induksi
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Penutup
3
Set Induksi
  • Klik di bawah ini untuk mendapatkan gambar
    jenis-jenis makanan
  • http//abdulmuhaimin.tripod.com/minggu_08/induksi.
    pdf

4
Langkah 1
  • Klik di bawah untuk melihat bahan untuk membuat
    sandwich
  • http//abdulmuhaimin.tripod.com/minggu_08/bahan.pd
    f

5
Langkah 2
  • Klik di bawah untuk mendapatkan cara-cara membuat
    sandwich
  • http//abdulmuhaimin.tripod.com/minggu_08/cara.pdf

6
Langkah 3
Sandwich http//resepi.mesra.net/cgi-bin/search.c
gi?Titlesandwich
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Secara berkumpulan, klik pada pautan diatas
kemudian rakamkan bacaan anda dengan menggunakan
perisian Movie Maker
7
KUMPULAN 1
Rebus telur selama 8 minit. Apabila sudah masak
hancurkan telur tersebut dengan menggunakan
garfu. Campurkan telur tersebut dengan mayonis,
garam dan sedikit lada hitam.Bakar roti yang
hendak dijadikan sandwich dan sapukannya dengan
mentega.Letakkan daun salad, hirisan timun dan
tomato diatas sekeping roti. Kemudian, letakkan
campuran telur ke atas roti dan lapiskan dengan
sekeping roti lagi.
8
KUMPULAN 2
Aturkan 6 keping roti di atas papan canai, tekan
sedikit supaya roti menjadi nipis sedikit, jangan
terlalu nipis. Sapukan mentega atau margerin.
Untuk 3 keping roti saja, aturkan hirisan sosej,
hirisan bawang besar dan tomato. Taburkan keju
cheedar dan lada hitam. Ambil 3 keping roti yang
tidak diisi inti dan tutupkan diatas roti yang
telah diisi inti. Panaskan sedikit minyak diatas
kuali "non-stick", celupkan sandwich ke telur dan
golek-golekkan di dalam kuali hingga masak.
9
KUMPULAN 3
Potong cili padi secara halus-halus, kemudian
bawang besar dimayang berbentuk bulat. Buangkan
kulit timun dan timun dipotong nipis. Tomato
dipotong nipis dan daun salad dipotong kecil.
Masukkan tuna dalam mangkuk. Minyak dalam tin
tuna dibuang sedikit. Masukkan mayonis .Campur
semua bahan tadi dan gaul sehingga sebati.
Letakkan daun salad, tomato dan timun diatas
kepingan roti yang pertama iaitu dibawah.
Kemudian, letakkan tuna diatas sayur tersebut.
Letakkan sayur diatas tuna dan roti diletakkan
diatasnya.
10
KUMPULAN 4
Sediakan bahan seperti roti lebih kurang 10
keping, 1 cawan besar udang yang telah dikupas
kulitnya, mayonis, timun, salad, bawang, lada dan
tomato. Langkah yang pertama, rebus udang selama
10 minit, potong timun yang telah dibuang kulit
dan bijinya. Kemudian hiris halus dengan cermat.
Bawang dan tomato di potong dadu (kecil-kecil).
Setelah udang direbus selama 10 minit, toskan
udang tersebut dan kupas kulitnya. Selepas itu
satukan semua bahan-bahan yang telah dipotong
kedalammangkuk dan masukkan mayonis beserta udang
rebus yang dihiris dan sedikit garam. Kacau
sehingga rata. Akhir sekali ambil roti dan
letakkan bahan tadi keatas roti. Roti sedia untuk
dihidangkan.
11
Langkah 3
Makanan Berkhasiat
Makanan tidak berkhasiat
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Dalam kumpulan, klik pada pautan di atas, pilih
seorang rakan anda untuk membaca petikan dan
rakan-rakan yang lain hendaklah mencatat petikan
yang didengar dengan menggunakan Power Point.
12
KUMPULAN 1
Nasi goreng merupakan makanan panas segera yang
lazat. Nasi yang digoreng bercama kicap dan
ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan
tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur
goreng mungkinnya. Nasi goreng dikatakan muncul
dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak
suka memakan makanan dingin atau membuang makanan
yang tidak habis. Maka, nasi dingin itu digoreng
bersama benda lain dan dihidangkan kembali.
13
KUMPULAN 2
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang
Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan
pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi
yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa,
bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun
pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi
menambahkan aromanya.Nasi lemak biasanya
dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis
goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual
dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak
terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa,
dan hati (lembu).
14
KUMPULAN 3
Dadih atau Dadiah merupakan makanan tradisional
Minangkabau. Dadih dibuat daripada susu sapi
seperti yoghurt yang diperam dalam bekas buluh
(atau sebarang bekas) yang tertutup (atau ditutup
dengan daun pisang). Dadih sering kali dimakan
untuk sarapan pagi, kadangkala dimakan dengan
ampiang (beras krispies traditional) dan gula
jawa. Dadih juga enak dimakan dengan nasi panas
dan sambal. Lazimnya, dadih dibuat dengan
berperisa buah-buahan. Antara perisanya, ialah
keladi, jagung, strawberi, kelapa, dan lain-lain.
Terdapat juga dadih yang dibuat daripada vanila,
milo, dan coklat. Kadang-kala, terdapat juga sos
buah-buahan yang dihidang bersama dadih untuk
memberi rasa yang sedap. Terdapat banyak cara
untuk menyediakan dadih. Sila rujuk rujukan.
15
KUMPULAN 4
Lepuk merupakan sejenis makanan yang diperbuat
dari isi durian. Biasanya durian yang tidak habis
dimakan atau kurang elok akan dimasak bersama
gula atau nisan dan dimasak sehingga berjelira
dan sebati.Lepuk sebenarnya dalam bahasa Malaysia
baku dipanggil Lempuk dan ia merupakan sejenis
penganan yang dibuat daripada durian dan dimasak
dengan gula atau gula melaka atau gula kerek
sehingga pekat. Kadang kala buah durian mengkal
akan dicampurkan bersama agar memberi rasa rangup
kepada lepuk (menurut cita rasa). Lepuk
kemudiannya akan dibungkus atau disimpan. Lepuk
yang sempurna dimasak, (agak kering) boleh
disimpan agak lama. Ia boleh dimakan begitu
sahaja atau bersama roti.Lepuk adalah sebutan
dalam dialek Terengganu.
16
Penutup
  • Guru merumuskan semula aktiviti pengajaran yang
    dilaksanakan
  • Melalui aktiviti ini murid berpeluang untuk
    melakukan semua aktiviti yang dijalankan.
  • Aktiviti ini juga memupuk semangat kerjasama
    antara ahli kumpulan
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com