PEMBAKUAN ISTILAH - PowerPoint PPT Presentation

1 / 13
About This Presentation
Title:

PEMBAKUAN ISTILAH

Description:

PEMBAKUAN ISTILAH Sumber Istilah Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut: Kosa Kata Umum Bahasa Melayu Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:105
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 14
Provided by: Amin165
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PEMBAKUAN ISTILAH


1
PEMBAKUAN ISTILAH
  • Sumber Istilah
  • Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada
    tiga sumber yang berikut
  • Kosa Kata Umum Bahasa Melayu
  • Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun
  • Kosa Kata Bahasa Asing
  • Tatacara Pembentukan Istilah BM
  • Tatacara pembentukan istilah ditentukan
    berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam Pedoman
    Umum Pembentukan Istilah BM (1975) yang
    bersumberkan
  • MINGGU 8

2
  • Kata dalam BM yang lazim digunakan
  • 2. Kata dalam BM yang sudah tidak lazim
    digunakan.
  • 3. Kata dalam bahasa serumpun yang lazim
    digunakan
  • 4. Kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak
    lazim digunakan
  • 5. Kata dalam bahasa Inggeris
  • 6. Kata dalam bahasa asing yang lain
  • 7. Pilih sumber terbaik (antara 1-6)
  • Mengikut Asmah Haji Omar (198139), sesuatu
    istilah yang dicipta itu mestilah mempunyai ciri
    khusus, iaitu
  • Keringkasan bentuk
  • Ketepatan makna
  • Keserasian konsep
  • Kemungkinan ditakrifkan dengan mudah
  • Kesesuaiannya dengan fonologi, morfofonemik dan
    tatabahasa yang berkenaan

3
Prinsip Peristilahan
  • Sesuatu istilah yang dibentuk itu mestilah jelas.
  • Oleh itu, untuk menghasilkan istilah yang tepat,
  • istilah itu perlulah digubal berdasarkan konsep
    dan
  • bukan berdasarkan simbol perkataan. Mengikut
  • Sulaiman Masri (1986 785-796), antara prinsip
  • peristilahan ialah
  • Konsep
  • Sifat konsep
  • Ciri
  • Perhubungan konsep
  • Sistem konsep
  • Definisi
  • Penjelasan
  • Syarat Pendefinisian
  • Istilah
  • Hubungan konsep dan istilah

4
  • Konsep
  • Setiap penggubalan istilah mestilah berdasarkan
  • konsep yang merujuk benda dalaman dan luaran.
  • Konsep tidak hanya merujuk kepada benda dan
  • peristiwa tetapi juga kepada kandungan dan
  • hubungan.
  • Sifat Konsep
  • Konsep adalah unsur pemikiran yang mengandungi
  • ciri yang biasa kepada sejumlah benda. Agregat
  • ciri konsep dikenali sebagai intensi.
  • Ciri
  • Ciri konsep penting untuk membantu penjelasan
  • Konsep dan pembinaan sistem konsep. Untuk
  • Tujuan penyelarasan, ciri yang berguna untuk

5
  • Perhubungan Konsep
  • Dua konsep boleh mempunyai hubungan secara
  • lojik, misalnya bangunan (genus) rumah
  • (jenis). Dua konsep ini boleh diselaraskan,
    misalnya
  • rumah sebuah dengan rumah berkembar.
  • Sistem Konsep
  • Konsep yang berkedudukan selari, misalnya rumah
  • sebuah, rumah berkembar, dan rumah teres
  • mempunyai taraf yang sama dengan kepelbagaian
  • ciri daripada jenis yang sama (sebuah, berkembar,
  • dan lain-lain).

6
  • Definisi
  • Definisi bermaksud penjelasan sesuatu konsep oleh
  • konsep lain yang berkaitan. Definisi merupakan
  • titik bermulanya kerja peristilahan. Dua bentuk
  • definisi yang sesuai untuk kerja peristilahan
    ialah
  • intensional dan ekstensional.
  • Penjelasan
  • Penjelasan diberikan tentang sesuatu benda atau
  • objek sekiranya definisi yang sempurna belum
  • diperoleh.

7
  • Syarat Pendefinisian
  • Konsep yang digunakan hendaklah sama dalam
    mana-mana penerbitan lain.
  • Tautologi (perulangan) hendaklah dielakkan.
  • Apabila konsep digunakan dalam bidang yang terhad
    hendaklah dinyatakan yang istilah tersebut
    digunakan bagi keperluan pada masa itu sahaja.
  • Definisi hendaklah ringkas.
  • Definisi hendaklah mempunyai ciri konsep yang
    diberi.
  • Definisi hendaklah menyatakan kedudukan konsep
    yang diberi dalam sistem konsep yang berkaitan.

8
  • Istilah
  • Istilah boleh terdiri daripada kata atau gabungan
    kata
  • yang menerangkan makna, konsep, keadaan atau
  • ciri sesuatu benda atau objek.
  • Hubungan Konsep dan Istilah
  • Ada beberapa proses pembentukan kata yang di-
  • gunakan bagi membentuk kata-kata baru dalam
  • sesuatu bahasa
  • Proses pengimbuhan menggunakan kata akar atau
    kata dasar yang diimbuhkan dengan
  • imbuhan, sama ada imbuhan awalan, akhiran,
    sisipan atau bentuk yang lain.
  • Proses penambahan memberi penambah
  • kepada kata akar. Proses ini tidak lagi
  • produktif kerana kata atau istilah yang
  • terbentuk melalui proses ini sukar dikenali.

9
  • Proses Penggabungan dibentuk dengan
    menggabungkan satu, dua atau lebih kata akar
  • atau kata dasar. Kata gabungan ini diberikan
  • pengertian atau konsep tertentu yang berlainan
  • dengan makna asal.
  • Proses Analogi kata yang dibentuk dengan
  • cara mengkiaskannya dengan sesuatu bentuk
  • kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa
  • itu sejak dahulu lagi.
  • Proses Pemberian Makna Khusus sesuatu
  • kata atau istilah itu dibentuk dengan mengambil
    sesuatu kata yang sedia wujud dalam sesuatu
    bahasa yang berkenaan, dan diberikan makna yang
    baru, contohnya kata surih, setinggan, rumah
    haram, sel, dan sebagainya.

10
  • Proses Penciptaan sesuatu kata atau istilah itu
    dicipta berdasarkan hasil penemuan atau
    penciptaan.
  • Proses Akronim bermaksud singkatan beberapa
    kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai satu
    kata yang wajar, misalnya UPM, MARA, Felda dan
    sebagainya.
  • Proses Penggemblengan kata atau istilah yang
    dibentuk dengan menggemblengkan dua kata atau
    lebih dengan menggugurkan sebahagian atau
    beberapa bahagian pada setiap kata yang
    digembleng, contohnya tekal (tetap kekal), hakis
    (habis kikis), cerpen (cerita pendek), pawagam
    (panggung wayang gambar), dan sebagainya.

11
  1. Proses Peleburan Fonem dan Suku Kata kata atau
    istilah yang dibangunkan menjadi satu dengan
    meleburkan fonem dan/suku kata yang sama.
  2. Proses Pembentukan Mengundur kata atau istilah
    jenis ini dibentuk daripada kata lain yang telah
    sedia wujud yang merujuk kepada orang atau
    pembuat sesuatu pekerjaan.
  3. Proses Peluasan Peraturan Pembentukan Kata
    proses ini banyak digunakan dalam penciptaan
    istilah bahasa Inggeris, misalnya react
    (reaction), exam (examination), divide
    (division).
  4. Proses Penyingkatan melalui proses ini, kata
    atau istilah dibentuk dengan cara menyingkatkan
    kata yang panjang, misalnya panggilan untuk benda
    atau orang ( panggilan kekeluargaan atau pangkat).

12
  1. Proses Peluasan Makna kata yang dibentuk dengan
    menggunakan kata yang sedia ada atau telah wujud
    dengan meluaskan maknanya.
  2. Proses Penyempitan Makna kata atau istilah yang
    dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada
    tetapi disempitkan maknanya kepada pengertian
    yang lebih terbatas.
  3. Proses Perubahan Makna proses ini dibentuk
    dengan menggunakan kata yang sedia ada atau
    wujud, sama ada dalam bentuk kata pinjaman atau
    daripada kata jati bahasa itu sendiri tetapi
    pengertiannya diubah.

13
  • Proses Pinjam Terjemah sesuatu bahasa yang
    tidak mempunyai istilah atau kata tentang sesuatu
    benda atau objek akan mengambil atau meminjam
    kata atau istilah daripada bahasa asing sebelum
    diterima dan diserapkan dalam bahasa tersebut,
    diterjemahkan terlebih dahulu dengan kata-kata
    yang sedia wujud dalam bahasa itu.
  • Proses Peminjaman Kata membentuk kata atau
    istilah melalui proses ini, sama ada daripada
    bahasa asing atau daripada dialek bahasa itu
    sendiri.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com