Perjumpaan Ke-2 KOM3207 (Pengenalan Teori Komunikasi) (Modul Kursus: Unit 4-6) Unit 4: Teori Komuniaksi Keorganisasian Unit 5: Teori Komunikasi Massa Unit 6: Teori Komunikasi Antara Budaya - PowerPoint PPT Presentation

1 / 25
About This Presentation
Title:

Perjumpaan Ke-2 KOM3207 (Pengenalan Teori Komunikasi) (Modul Kursus: Unit 4-6) Unit 4: Teori Komuniaksi Keorganisasian Unit 5: Teori Komunikasi Massa Unit 6: Teori Komunikasi Antara Budaya

Description:

... Kelompok Istilah yang dikemukakan pada1952 oleh William H. Whyte dalam Fortune. Istilah seterusnya dikembangkan oleh Irving Janis (1982) ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:99
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 26
Provided by: YourN161
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Perjumpaan Ke-2 KOM3207 (Pengenalan Teori Komunikasi) (Modul Kursus: Unit 4-6) Unit 4: Teori Komuniaksi Keorganisasian Unit 5: Teori Komunikasi Massa Unit 6: Teori Komunikasi Antara Budaya


1
Perjumpaan Ke-2KOM3207(Pengenalan Teori
Komunikasi)(Modul Kursus Unit 4-6)Unit 4
Teori Komuniaksi KeorganisasianUnit 5 Teori
Komunikasi MassaUnit 6 Teori Komunikasi Antara
Budaya
2
Teori Komunikasi Keorganisasian
  • Apa dia organisasi?
  • 1. Sekumpulan orang yang mempunyai objektif yang
    sama.
  • Satu proses berstruktur di mana individu
    berinteraksi untuk mencapai objektif.
  • Penstrukturan hubungan, kuasa, objektif, peranan,
    aktiviti, komunikasi dan faktor lain yang
    diwujudkan apabila individu bekerja secara
    bersama.
  • Satu sistem sosial yang dinamik mengenai
    interaksi kerjasama bagi tujuan memenuhi kepuasan
    dan keperluan individu.
  • Satu set hubungan sosial yang dicipta secara
    terancang dengan tujuan yang ketara bagi mencapai
    matlamat spesifik secara berterusan.

3
Peranan Komunikasi dalam Organisasi
  1. Peranan berdasarkan pendekatan mekanistik mesin
    pengeluaran.
  2. Peranan berdasarkan pendekatan hubungan manusia
    perasaan/emosi.
  3. Peranan berdasarkan pendekatan sistem menukar
    input ? output.
  4. Peranan berdasarkan pendekatan budaya
    perkongsian nilai.
  5. Peranan berdasarkan pendekatan politik autoriti
    kuasa.

4
Komunikasi Kumpulan
  • Komunikasi yang melibatkan
  • kumpulan (khususnya dalam
  • pembuatan keputusan).
  • Kumpulan (Group) ? Mengandungi 3 orang atau lebih
    yang wujud bersama untuk satu tempoh masa
    tertentu.

5
Teori Pemikiran Kelompok(Groupthink Theory)
  • Groupthink is a type of thought
  • exhibited by group members who try to
  • minimize conflict and reach consensus
  • without critically testing, analyzing, and
  • evaluating ideas. During Groupthink,
  • members of the group avoid promoting
  • viewpoints outside the comfort zone of
  • consensus thinking.

6
Teori Pemikiran Kelompok
  • Istilah yang dikemukakan pada1952 oleh
  • William H. Whyte dalam Fortune. Istilah
  • seterusnya dikembangkan oleh Irving
  • Janis (1982) dan dirujuk sebagai cara
  • pemikiran yang digunakan oleh individu
  • apabila mereka terlibat secara mendalam
  • dalam kumpulan secara kohesif/jelekit.
  • (A mode of thinking that people engage in
  • when they are deeply involved in a
  • cohesive in-group).

7
Pemikiran kelompok berlaku apabila
  • Kumpulan bersifat kohesif
  • ?Hubungan individu rapat.
  • ?Semangat kekitaan tinggi.
  • Struktur organisasi yang bermasalah
  • ?Kumpulan dilindungi dan tidak terdedah kepada
    pandangan pihak luar.
  • ?Tidak ada pemimpin/ketua yang neutral.
  • ?Tidak ada prosedur penilaian keputusan yang
    dibuat oleh kumpulan.
  • ?Ciri ahli kumpulan yang sama nilai.
  • Keadaan atau situasi semasa keputusan dibuat
    adalah dalam keadaan tegang
  • ?Terdapat tekanan daripada pihak lain.
  • ?Wujud isu lain yang mengganggu komitmen ahli.

8
Petanda Pemikiran Kelompok
  • Gambaran bahawa kumpulan tidak mungkin membuat
    kesilapan.
  • Yakin percaya bahawa keputusan yang dibuat
    adalah wajar dan betul.
  • 3. Membuat rasionalisasi logik secara kelompok.
  • 4. Melihat dan anggp orang di luar kumpulan
    adalah stereotaip.

9
Petanda Pemikiran Kelompok
  • 5. Self-censorship (pengesahan kendiri).
  • Gambaran semua orang besetuju dengan keputusan.
  • Tekanan kepada mereka yang tidak bersetuju.
  • 8. Mindguard (pengawal minda) ? kumpulan
    mempertahankan pendapat ketua.

10
Pendekatan Sistem Maklumat
  • Weick (1979) memberi tumpuan kepada
  • pendekatan mengurus aliran maklumat dalam
  • Organisasi melalui pendekatan sistem
  • maklumat (PSM).
  • Matlamat PSM ialah untuk memberikan makna
  • dan tafsiran yang betul kepada maklumat yang
  • tidak jelas atau mengelirukan (equivocal).
  • Menjadi peranan pengurus organisasi untuk
  • mengurangkan kekeliruan maklumat tersebut.

11
Terdapat dua impak utama apabila kekeliruan atau
ketidakjelasan maklumat wujud dalam organisasi,
iaitu
  • Kekeliruan dan salah tafsir maklumat akan berlaku
    secara luas dalam organisasi yang mengakibatkan
    situasi salah faham di kalangan ahli organisasi
    terhadap maklumat yang diterima ? negatif.
  • 2. Pengurus akan berusaha untuk mengenalpasti
    sumber maklumat dan mentafsirkannya dengan tepat
    sesuai dengan kontaks maklumat dan mengelak
    berlakunya kekeliruan (equivocal) ? positif.

12
Teori Komunikasi Massa
  • Orientasi teori komunikasi massa
  • memberi fokus kepada penyebaran mesej
  • komunikasi berdasarkan perspektif
  • komunikasi (media) massa seperti yang
  • terdapat dalam buku, majalah, radio,
  • televisyen, wayang gambar dan surat
  • khabar.
  • Tiga persoalan yang berikut sering
  • dikaitkan dengan media massa
  • Apa pengaruh media massa?
  • Siapa khalayak media massa?
  • Bagaimana kesan media massa?

13
Teori Penanaman (Penyemaian)Cultivation Theory
  1. Diperkenalkan oleh Gerbner et. Al. (1986).
  2. Fokus teori adalah kepada kesan penontonan
    televisyen.
  3. Terdapat 2 kategori penonton ? kurang menonton (2
    jam kurang) dan banyak menonton (4 jam
    lebih).
  4. Rumusan teori ialah mereka yang banyak menonton
    akan mendapat kesan yang lebih ketara kesan
    resonance.
  5. Kawalan kesan boleh dilakukan berdasarkan ciri
    individu.

14
Teori Penetapan Agenda
  • Diperkenalkan oleh Shaw dan McCombs (1977).
  • Fokus teori melihat bahawa masyarakat menganggap
    penting sesuatu perkara yang dianggap penting
    oleh media.
  • Terdapat 3 bahagian proses penetapanb agenda
    menurut pandangan Littlejohn (1996)
  • i. prioriti isu dibincang oleh media atau
    penentuan agenda media.
  • ii. Agenda media mempengaruhi pemikiran umum
    atau agenda umum.
  • iii.Agenda umum mempengaruhi pembuat dasar atau
    agenda polisi.
  • Prioriti? agenda media?agenda umum?agenda polisi

15
Faktor Penentuan Kuasa Media
  1. Kewibawaan media menyiarkan maklumat.
  2. Jumlah maklumat yang tepat dengan peristiwa
    (event).
  3. Tahap nilai yang terdapat pada media dengan nilai
    audiens.
  4. Peranan media sebagai fasilitator untuk memahami
    sesuatu.

16
Empat Jenis Hubungan Kuasa antara Media dan pihak
luar
  1. Sumber dan media yang berkuasa boleh menghasilkan
    hubungan simbiotik yang berpengaruh kepada agenda
    umum.
  2. Sumber berkuasa dan media kurang kuasa akan
    menyebabkan sumber menggunakan media untuk
    menyebarkan agenda mereka.
  3. Sumber kurang kuasa dan media lebih berkuasa,
    maka pemilik media akan menentukan agenda mereka.
  4. Sumber dan media yang kurang berkuasa akan
    menyebabkan agenda umum berlaku tanpa sebarang
    campurtangan media.

17
Teori Pilin Kesenyapan (Spiral of Silence - SoS)
  • Diperkenalkan oleh Noelle-Neumann (1974).
  • SoS berlaku apabila individu akan menyatakan
    pendapat mereka hanya apabila mereka mempunyai
    tanggapan bahawa pendapat mereka popular, TETAPI
    akan berdiam diri apabila pendapat itu dianggap
    bertentangan dengan pendapat ramai ? mengelak
    dari disisihkan.
  • Terdapat dua andaian mengenai SoS
  • i. Orang ramai mengetahui pandangan utama.
  • ii. Orang ramai mengubah pandangan mereka
    mengikut tanggapan majoriti tentang pandangan
    utama.

18
Faktor yang menentukan seseorang memberi pandangan
  1. Mereka yang menyokong pandangan majoriti lebih
    bersedia memberi pendapat berbanding mereka yang
    menyetujui pandangan minoriti.
  2. Kesanggupan menyatakan pendapat bergantung kepada
    arah aliran akan datang.
  3. Orang ramai lebih bersedia berkongsi pendapat
    dengan orang lain yang mempunyai pandangan yang
    sama.
  4. Nilai kendiri yang rendah menyebabkan seseorang
    berdiam diri.
  5. Kelompok lelaki dari kumpulan pertengahan dan ke
    atas (sosial dan ekonomi) lebih bersedia untuk
    menyatakan pendapat.

19
Teori Komunikasi Antara Budaya
  • Dimensi yang membezakan budaya
  • 1. Agihan kuasa Budaya Timur bersifat
  • sederhana dan Barat adalah rendah.
  • Pandangan terhadap gender melihat definisi
    peranan mengikut gender.
  • Mengelak ketidakpastian Barat rendan, tetapi
    Timur sederhana.
  • Individualisme vs Kumpulan/Pasukan. Barat
    mengutamakan individualisme berbanding Timur yang
    memberi tumpuan kepada kerja berpasukan.

20
Teori Pengurusan Kerisauan/ Ketidakpastian
  1. Diperkenalkan oleh W.Gudykunst (1985).
  2. Ketidakpastian wujud apabila individu berada
    dalam situasi asing (budaya atau nilai yang
    lain).
  3. Dalam konteks antara budaya, proses komunikasi
    dipengaruhi oleh faktor antara perseorangan dan
    budaya.
  4. Komunikasi antara budaya melibatkan konsep ambil
    tahu/kisah (mindfulness) di mana kita perlu
    sedar, ambil tahu dan ambil peduli ? berfikir,
    membantu dan cekap dalam proses komunikasi.
  5. TIGA faktor yang mempengaruhi kerisauan dan
    ketidakpastian ? motivasi, pengetahuan dan
    kemahiran.

21
Berdasarkan tiga faktor tersebut (motivasi,
pengetahuan dan kemahiran), Gudykunst telah
membentuk 47 axioms (Pernyataan) mengenai
kerisauan dan ketidakpastian. Senarai 47
pernyataan berkenaan boleh dibaca dalam laman web
berikuthttp//commfaculty.fullerton.edu/bgudykun
st/
  • Tahap Kecekapan Komunikasi menurut
  • Howell (1982), ialah
  • Tidak sedar ketidakcekapan (unconscious
    incompetence).
  • Sedar ketidakcekapan (conscious incompetence).
  • Sedar kecekapan (conscious competence)..
  • Tidak sedar kecekapan (unconscious competence).

22
Teori Perundingan Airmuka(Face Negotiation
Theory - FNT)
  • Teori ini berfokus kepada cara bagaimana
  • individu yang berlainan budaya mengurus
  • konflik. Keutamaan perundingan adalah untuk
  • menjaga airmuka atau citra kendiri (self-image).
  • FNT diperkenalkan oleh Stella Ting-Toomey
  • (1988) Dengan 3 andaian berikut
  • Individu dari pelbagai budaya selalui
  • berunding dengan mengutamakan kepentingan
    airmuka citra kendiri.
  • Kepentingan citra kendiri berbeza antara kelompok
    budaya tinggi dan budaya rendah.
  • Kepentingan citra kendiri yang berbeza
    menyebabkan gaya pengurusan konflik yang juga
    berbeza.

23
Ciri Budaya Konteks Rendah
  1. Budaya dibentuk berasaskan keperluan dan matlamat
    individu.
  2. Kawalan oleh peraturan individu.
  3. Wujud indentiti/citra individu sebab individu
    dianggap unik.
  4. Komunikasi berlaku secara terus dan tidak ada
    unsur berselindung.
  5. Mementingkan ketegasan dan interaksi.
  6. Makna terdapat dalam perkataan yang diucapkan.

24
Ciri Budaya Konteks Tinggi
  1. Budaya dibentuk berasaskan keperluan dan matlamat
    kumpulan atau kelompok.
  2. Tindakan dikawal oleh norma kumpulan.
  3. Identiti atau citra kumpulan dipertahankan.
  4. Cara berkomunikasi tidak terus, tetapi secara
    inferens, logik dan rasional dengan menggunakan
    perbandingan cakap beralas.
  5. Mementingkan empati, iaitu dengan cuba memahami
    perasaan orang lain.
  6. Makna komunikasi bergantung kepada situasi.

25
  • Empat Gaya Mengurus Airmuka
  • 1. Baikpulih airmuka (Face restoration).
  • 2. Jaga airmuka (Face saving).
  • 3. Tuntutan airmuka (Face assertion).
  • 4. Beri airmuka (Face giving).
  • Jenis budaya? kaedah? gaya mengurus
  • rundingan konflik
  • Lima Gaya Pengurusan Konflik
  • 1. Mengelak.
  • 2. Obligasi.
  • 3. Kompromi.
  • 4. Dominasi.
  • 5. Integrasi (penyelesaian masalah).
  • Jenis budaya? gaya mengurus konflik
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com