Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis) - PowerPoint PPT Presentation

1 / 26
About This Presentation
Title:

Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis)

Description:

Title: Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Kuasa/Tekanan Lapangan (Force Field Analysis) Author: USER Last modified by: Jegak Created Date – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:97
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 27
Provided by: vodpplUp
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis)


1
UNIT 9
  • Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis
    Tekanan Lapangan (Force Field Analysis)

2
Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis
Tekanan Lapangan (Force Field Analysis)
  • Prof. Madya Dr. Jegak Uli

3
Objektif Selepas membaca unit ini pelajar akan
dapat
  1. Menerangkan model analisis tekanan lapangan Kurt
    Lewin.
  2. Mengenal pasti tekanan memacu dan tekanan
    menahan.
  3. Menganalisis satu perubahan dengan menggunakan
    Model analisis tekanan lapangan Kurt Lewin atau
    teknik tulang ikan Ishikawa.

4
Pengenalan
  • Analisis Tekanan Lapangan Kurt Lewin (1974)
    merupakan satu teknik umum diagnosis bagi membawa
    perubahan.
  • Menurut model Lewin, dalam satu keadaan terdapat
    dua tekanan yang bertindak untuk mengimbangi satu
    sama lain.

5
Tekanan memacu (driving forces)
  • Satu tekanan yang dikatakan tekanan memacu
    (driving forces) akan menganjak kearah perubahan.
  • Tekanan ini membantu (facilitate) usaha
    perubahan.

6
Tekanan menahan (restraining forces)
  • Sementara itu, tekanan menahan (restraining
    forces) akan menarik daripada arah perubahan
    tersebut.
  • Tekanan ini pula akan menghindar (restrain)
    perubahan dari berlaku.

7
  • Akibat tekanan-tekanan tersebut satu keadaan
    seakan-akan seimbang (quasi-equilibrium) akan
    tercapai.
  • Model Analisis Tekanan Lapangan bertujuan untuk
    mengenalpasti kesemua tekanan dalam persekitaran
    bagi membolehkan agen perubahan mengambil
    tindakan untuk meningkatkan tekanan memacu supaya
    perubahan dapat dicapai.

8
Model Kurt Lewin
  • Menurut Lewin, tingkahlaku seseorang itu
    merupakan fungsi personaliti beliau yang pada
    asasnya dapat ditakrifkan sebagai motivasi serta
    keperluan beliau.
  • Fungsi personaliti ini pula digandingkan dengan
    suasana atau persekitaran beliau.

9
  • Persekitaran tersebut mempunyai pelbagai tekanan
    yang bertindak ke atas individu tersebut.
  • Dengan ini, tingkahlaku seseorang dapat
    diramalkan dengan menentukan kekuatan tekanan
    yang bertindak keatas individu tersebut dan
    keperluan beliau untuk berubah.

10
  • Sungguhpun demikian menurut Lewin,
    tekanan-tekanan keatas individu tersebut bukan
    merupakan satu tekanan secara realiti dan
    berbentuk fizikal, tetapi lebih kepada persepsi
    individu terhadap tekanan.

11
  • Sebagai contoh, kita akan melakukan sesuatu kerja
    yang ketua kita suruh kerana persepsi kita
    terhadap kuasa yang ada pada beliau.
  • Sekiranya kita mempunyai perspesi bahawa dia
    sangat berkuasa dalam menentukan masa hadapan
    kita maka kemungkinan kita akan buat kerja itu
    dengan lebih cepat dan teliti.
  • Sekiranya, pekerja mempunyai persepsi rendah
    terhadap kuasa ketua tersebut, maka besar
    kemungkinan kerja tersebut tidak akan diberi
    keutamaan.

12
  • Dalam keadaan ini tingkahlaku kita merupakan
    gandingan keperluan kita untuk maju dalam kerjaya
    dan persepsi kita terhadap kuasa pada ketua.
  • Maka tekanan yang terdapat pada masa ini
    merupakan tekanan memacu.
  • Sekiranya semasa kita cuba menyelesaikan tugas
    tersebut, kita dilekakan oleh rakan kita yang
    mengajak kita minum teh tarik, maka tekanan
    menahan wujud dalam keadaan tersebut.

13
  • Lain-lain tekanan seperti kesibukan kerja akan
    menyebabkan satu keadaan seakan-akan imbangan
    yang tidak membolehkan kerja tersebut
    dilaksanakan.
  • Dengan ini kejayaan tugas tersebut ditentukan
    dengan kebolehan kita untuk meningkatkan tekanan
    memacu atau mengurangkan tekanan menahan.
  • Mungkin salah satu cara ialah dengan menambahkan
    tekanan memacu seperti meningkatkan aspirasi kita
    untuk maju dalam kerjaya.

14
Secara mudah model Kurt Lewin dalam hal ini dapat
di gambarkan seperti berikut
15
  • Dalam membawa perubahan, model Kurt Lewin juga
    berguna bagi kita mengenalpasti pelbagai tekanan
    yang dapat membantu kita mencapai satu keadaan
    yang baru.
  • Di samping itu kita dapat kenalpasti juga
    tekanan-tekanan yang menghalang.
  • Dengan mengurangkan tekanan yang menahan atau
    meningkatkan tekanan memacu kita dapat
    menganjakkan garisan seakan-akan seimbang ke arah
    garisan yang di ingini.

16
Keadaan ini dapat digambarkan dalam rajah berikut
17
TEKNIK TULANG IKAN ISHIKAWA
  • Teknik tulang ikan (fish bone diagram or cause
    and effect diagram) dibentuk oleh Kaoru Ishikawa
    sebagai satu alat menganalisis masalah bagi
    kumpulan mutu kerja dalam pengurusan kualiti
    menyeluruh (Total Quality Management).
  • Gambarajah yang berbentuk tulang ikan ini
    merupakan carta aliran sistem yang pada umumnya
    menunjukkan kemungkinan sebab-sebab dan akibat
    tindakan-tindakan sesuatu kumpulan atau
    organisasi.
  • Dalam menggunakan teknik ini, sesuatu akibat
    dikesan kembali melalui kemungkinan-kemungkinan
    sebabnya.

18
TEKNIK TULANG IKAN ISHIKAWA
 
19
Langkah-langkah Teknik Tulang Ikan Ishikawa
  • Langkah-langkah yang diambil semasa menggunakan
    teknik ini ialah
  • Mengenalpasti sesuatu akibat atau kesan yang
    hendak dianalisis
  • Mengenalpasti punca-punca utama yang memungkinkan
    wujudnya kesan tersebut
  • Mengenalpasti masalah khusus secara terperinci
    mengikut setiap punca utama
  • Mencatatkan masalah khusus pada gambarajah bagi
    membolehkan masalah-masalah tersebut dibincangkan
    dan diterangkan. Kaedah perbincangan kumpulan
    boleh digunakan dalam mengenalpasti punca dan
    masalah.

20
Mengenalpasti punca-punca utama masalah khusus
 
 
21
  • Sebagai garispanduan, gambarajah berikut boleh
    digunakan untuk meneliti masalah yang dihadapi
    oleh organisasi.
  • Umpamanya, organisasi yang menghadapi masalah
    produk yang berkualiti rendah boleh meneliti dari
    aspek bahan (material) yang digunakan, tenaga
    kerja (manpower), kaedah pengeluaran (method),
    mesin pemprosesan (machine), pengurusan
    pengeluaran (management) dan persekitaran kerja
    (milieu) the 6Ms

22
  • Setiap aspek tersebut juga boleh dipecahkan
    dengan lebih terperinci bagi menentukan perkara
    atau masalah yang menyumbang terhadap kualiti
    barangan rendah.
  • Contohnya, mesin yang usang dan selalu rosak,
    kekurangan mesin serta lain masalah berkaitan
    mesin boleh dinyatakan sebagai penyumbang kepada
    masalah.

23
(No Transcript)
24
Hasil perbincangan dan penelitian mungkin dapat
diilustrasikan menurut gambarajah berikut
25
Kesimpulan
  • Analisis Tekanan Lapangan Lewin dan Teknik Tulang
    Ikan Ishikawa merupakan dua alatan yang boleh
    digunakan untuk menganalisi perubahan.
  • Kedua dua alatan tersebut membolehkan masalah
    perubahan dikenalpasti, dinyatakan dan dianalisis
    supaya tindakan wajar dapat diambil dalam usaha
    mengurus perubahan.
  • Dengan menggunakan alatan tersebut pengurus serta
    pekerja dapat gambaran jelas berkaitan perubahan
    yang hendak dilaksanakan serta kepastian yang
    lebih dalam membawa perubahan ditempat kerja.

26
SEKIAN
  • TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com