EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 22
About This Presentation
Title:

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Description:

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA TAJUK 9 Nordin Tahir, JIP Plato Rosseau Confucius Lao Tze Al-Ghazali Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang Ahli-ahli ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:223
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 23
Provided by: amaljayaC
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA


1
EDU 3101 FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
  • NORDIN TAHIR
  • JAB. ILMU PENDIDIKAN

2
TAJUK 9
  • PERJUANGAN
  • INSAN PENDIDIK

3
Perjuangan Insan Pendidik(Ahli-ahli Falsafah)
  • Plato
  • Rosseau
  • Confucius
  • Lao Tze
  • Al-Ghazali
  • Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang Ahli-ahli
    falsafah tersebut dan bincangkan peranan
    /sumbangan mereka dalam pembinaan modal insan

4
Perjuangan Insan Pendidik(Tokoh tokoh Pendidik
Barat dan Timur)
  • Tokoh-tokoh Pendidik Barat
  • - John Dewey
  • -Maria Montessori
  • -Jean Piaget
  • -Carl Rogers
  • -Albert Bandura
  • Tokoh-tokoh Pendidik Timur
  • -HAMKA -Confucius
  • -Lao Tze -
  • Tokoh-tokoh Pendidik Negara
  • -ZABA
  • -Burhanuddin Helmi
  • -Aminuddin Baki
  • -Awang Had Salleh

Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang tokoh-tokoh
pendidik tersebut dan bincangkan
sumbangan/peranan mereka dalam pembinaan modal
insan
5
Ahli Falsafah Pendidikan
6
Ahli Falsafah Pendidikan
7
(No Transcript)
8
Al-Ghazali
  • Imam Al-Ghazali Perintis Falsafah Islam
  • DALAM dunia falsafah Islam, Imam Al-Ghazali
    merupakan perintis awal yang sangat terkenal.
    Beliau yang mendapat gelaran Hujjatul Islam
    adalah ilmuwan ulung yang sangat berjasa terhadap
    perkembangan dunia keilmuan Islam. Nama lengkap
    beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin
    Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Lahir di
    Tus, Khurrasan pada tahun 450H. Ayahnya merupakan
    seorang ahli sufi yang sangat warak dan kerjanya
    memintal dan menjual benang yang ditenun daripada
    bulu biri-biri dan turut mendedahkan anak-anaknya
    dengan asas ilmu tasawuf.

9
  • Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di
    kampungnya sendiri dalam bidang Fikah dan
    kemudian meneruskan kembara ilmu ke Jurjan.
    Beliau pernah berguru dengan beberapa orang ulama
    terkenal pada zamannya, misalnya Imam al-Juwaini
    di Naisabur dan Nizam al-Muluk di Muaskar.
    Melalui Nizam al-Muluk, al-Ghazali diterima
    mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad
    disokong kemahiran bermuhadharah sehingga
    menjadikan dirinya seorang Ilmuwan yang amat
    terkenal dalam bidang Fikah, Ilmu Kalam dan
    Falsafah pada zaman tersebut.Sebagai seorang
    ulama yang cintakan ilmu, beliau juga sering
    bermusafir dan mengembara dari sebuah negara ke
    negara yang lain bagi menambah ilmu dan
    menyebarkannya. Tidak hairanlah jika beliau
    sangat dihormati oleh pemerintah Bani Saljuk dan
    Abbasiah kerana ilmunya yang mendalam dan
    mempelopori bidang ilmu falsafah.

10
  • Imam al-Ghazali berpegang pada prinsip bahawa
    ilmu dan keistimewaan para sufi tidak dapat
    dipelajari melalui buku-buku sahaja kecuali
    melalui pengalaman atau me rasainya sendiri.
    Falsafah beliau telah meninggalkan kesan yang
    mendalam dalam diri para intelek Islam seperti
    ar-Rumi, Ibn Rusyd, Syah waliullah dan ramai
    lagi.Setelah beberapa lama mengembara dan
    mempertajamkan ilmu serta sikapnya sebagai
    seorang ulama sufi, al-Ghazali kembali ke
    Naisabur atas desakan Fakhrul Muluk, anak kepada
    Nizam al-Muluk untuk kembali mengajar di Madrasah
    Nizamiyah. Namun tidak beberapa lama setelah itu,
    Fakhrul Muluk mati terbunuh dan al-Ghazali
    kembali semula ke Tus dan membuka sebuah madrasah
    bagi menyebarkan ilmu dan mendidik orang ramai
    dengan kaedah sufi yang menekankan pendidikan
    hati.

11
  • Asas-Asas Falsafah Al-Ghazali
  • Menurut Al-Ghazali falsafah secara ringkasnya
    dikategorikan kepada enam aspek penting iaitu
    matematik, fizik, metafizik (ketuhanan), politik,
    logik dan etika (akhlak). Malah menurutnya Islam
    tidak melarang mempelajari ilmu-ilmu seperti
    falsafah Greek asalkan ia tidak ber tentangan
    dengan Islam sebagaimana dibahaskan di dalam
    karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah
    mengenai fizik dan metafizik yang mengatakan alam
    ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan.Walaupun
    beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah
    yang dipelopori oleh Aristotles dan Plato
    terhadap nilai keilmuan, namun tidak semua beliau
    terima kerana terdapat bahagian dari bidang
    falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam.

12
  • Dalam kitab al-Munqidz Min ad-Dhalal, al-Ghazali
    menyatakan bahawa para filosuf yang menganut
    pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran yang
    berciri kekufuran dapat dibahagikan kepada tiga
    golongan
  • Golongan ad-Dahriyyah (Aties) - Golongan ini
    mengingkari adanya Tuhan. Kata mereka, alam ini
    ada dengan sendirinya. Seperti haiwan yang ada
    melalui mani dan mani dari haiwan tanpa kesudahan
    lingkarannya, demikian pula halnya dengan alam
    ini. Golongan ini adalah zindik.
  • Golongan at-Tobiiyyah (Naturalis) - Golongan ini
    memusatkan perbahasan pada alam fizikal, terutama
    haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keajaiban yang mereka
    temui menjadikan mereka mengakui adanya Pencipta
    yang Maha Bijaksana. Golongan ini berpendapat
    setiap jiwa akan fana dan tidak kembali lagi.
    Lantaran itu mereka mengingkari adanya hari
    akhirat, syurga dan neraka. Golongan ini juga
    termasuk zindiq.
  • Golongan al-Ilahiyyah (Theis) Golongan ini muncul
    daripada dua golongan yang telah dinyatakan.

13
  • Adapun dalam bidang ketuhanan al-Ghazali
    berpendapat pandangan para filsuf banyak
    bertentangan dengan agama Islam, sehingga ilmu
    dan pemikiran mereka wajib ditolak.
  • Untuk maksud tersebut karyanya yang berjudul
    Tahafut al-Falasifah yang mengemukakan 20 masalah
    yang tidak sesuai dengan Islam (meliputi hal
    kufur dan bidaah) perlu diteliti oleh umat Islam
    hari ini.
  • Konklusi yang dibuat oleh al-Ghazali di dalam
    perbahasan kitab tersebut meletakkan tiga aspek
    pertentangan antara filsuf dan Islam iaitu
  • Filsuf menganggap qadimnya alam .
  • Tuhan tidak mengetahui peristiwa-peristiwa kecil
    yang berlaku di bumi .
  • Mengingkari kebangkitan semula jasad pada hari
    akhirat.

14
  • Sebagai usaha untuk menyingkap pemikiran falsafah
    al-Ghazali, orang ramai bolehlah membaca karyanya
    Tahafut al-Falasifah dan Maqasid al-Falasifah.
  • Perspektif Sarjana Islam Terhadap Al-Ghazali Para
    Ilmuwan Islam sama ada yang sezaman dengan beliau
    atau selepasnya amat tertarik dengan daya
    pemikiran dan falsafah yang diketengahkan beliau
    untuk tatapan umat Islam. Sebagai seorang
    pengkritik kepada filsuf beliau juga tidak
    terlepas daripada dipertikaikan sebagai seorang
    ahli falsafah. Contohnya Ibn Rusyd yang menulis
    sebuah buku berjudul Tahafut at-Tahafut sebagai
    jawapan balas terhadap dakwaan al-Ghazali yang
    menentang pemikiran falsafahnya. Walau bagai
    manapun perkara ini dianggap sebagai suatu
    kebiasaan para ilmuwan mendatangkan hujah dan
    dalil terhadap perselisihan pendapat di kalangan
    mereka.Perkara sebegini juga berlaku terhadap
    Plato apabila teori falsafahnya diperbetulkan
    oleh muridnya, Aristotles.

15
  • Selain sarjana Islam, orientalis barat dan
    penulis-penulis barat juga sering menulis tentang
    al-Ghazali.
  • Antaranya ialah J.Wensik, Obbermana dan Cara De
    Vaux lantaran kekaguman terhadap teori falsafah
    Al-Ghazali.
  • Walaupun begitu mereka yang sering mengikuti
    perkembangan al-Ghazali sering memberikan
    pandangan dan penafsiran yang berbeza-beza
    antaranya B.B Mc Donald yang menyifatkan
    al-Ghazali sebagai seorang tokoh yang terkenal di
    dunia Islam sebagaimana Augustinus dalam dunia
    Kristian.
  • Malah Pascal, filsuf terkenal Perancis sering
    merujuk kepada pendapat al-Ghazali dalam
    falsafahnya.

16
  • Karya Al-Ghazali
  • Hujjatul Islam Imam al-Ghazali adalah ulama dan
    pemikir Islam yang sangat produktif dalam
    penulisan. Jumlah hasil tulisannya sehingga kini
    masih tidak dapat ditentukan dengan tepat secara
    definitif oleh para penulis sejarahnya. Ini
    kerana ada di antara kitab-kitabnya yang telah
    diterbitkan dan masih ada yang tersimpan dalam
    perpustakaan makhtutah negara-negara Arab.
  • Abdurahman Badawi mengklasifikasikan karya
    Al-Ghazali kepada tiga kategori.
  • Kitab yang dikenal pasti dengan tepat sebagai
    karya al-Ghazali berjumlah 72 kitab.
  • Kumpulan yang diragui terdiri daripada 22 kitab.
  • kitab yang bukan karya beliau dapat dipastikan
    berjumlah 31 kitab.
  • Kitab-kitab yang beliau tulis meliputi pelbagai
    bidang ilmu seperti ilmu al-Quran, akidah, ilmu
    kalam, usul fikah, fikah, tasawuf, mantiq,
    falsafah, kebatinan dan lain-lain.

17
  • Karya Al-Ghazali yang sangat berpengaruh ialah
  • Tahafut al-Falasifah
  • Ihya Ulumiddin
  • Al-Munqidz Min ad-Dhalal
  • Miskat al-Anwar
  • Maqasid al-Falasifah
  • Majalis Al-Ghazali
  • Al-Mustazhari
  • Hasil karya beliau sering menjadi rujukan
    terutama dalam bidang falsafah ialah Tahafut
    al-Falasifah yang banyak membongkar pemikiran dan
    pendirian beliau.
  • Karyanya ini merupakan jawapan dan pendirian
    terhadap falsafah yang bertentangan dengan akidah
    Islam. Inilah bukti yang menjadikan beliau ahli
    falsafah yang mempunyai keistimewaan. Dalam
    pencarian hakikat dan kebenaran yang sering
    mendorong dirinya menjadi seorang pengkaji yang
    bukan hanya mendalami ilmu malah mengamalkan
    keilmuan dan merasai dzuq seorang Muslim sejati.
  • Imam al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada tahun
    505H dalam usia 55 tahun.

18
Jean Jacques Rousseau(1712-1778)
  • Rousseau seorang berbangsa Swiss berasal dari
    Geneva.
  • Karyanya A Discourse on the Moral Effects of the
    Arts and Sciences (1754) dan Social Contract
    (1762).
  • Dalam Social Contract beliau telah menghuraikan
    pandangannya yang berkaitan dengan falsafahnya.
    Bagi beliau manusia perlu menyerahkan hak dan
    kebebasan peribadi masing-masing kepada satu
    badan berdaulat (sovereign body) yang menentukan
    bentuk undang-undang yang akan melindungi mereka
    sebagai ahli masyarakat yang mempunyai hak asasi
    yang sama.
  • Ketaatan setiap ahli adalah kepada undang-undang
    umum yang telah dipersetujui secara kolektif.

19
  • Terdapat beberapa implikasi penting yang wujud
    dalam pemikiran pendidikan pada Zaman Pencerahan
    di Barat
  • i. Kesedaran tentang proses penaakulan manusia
    sebagai satu kuasa intelektual yang penting dalam
    menjana ilmu pegetahuan yang baru.
  • ii. Ahli sains dan juga ahli sains sosial
    mempunyai tanggungjawab penting untuk membantu
    dalam usaha membina masyarakat sebagai
    intelektual baru atau intelektual awam (public
    intellectuals).
  • iii. Mereka semua berpendapat betapa pentingnya
    diwujudkan ruang dalam sistem pendidikan untuk
    pengajaran ilmu kemasyarakatan yang merangkumi
    pelbagai bidang dalam disiplin sains sosial.

20
  • Para pemikir Zaman Pencerahan telah membuat
    beberapa sumbangan penting kepada pertumbuhan
    pendidikan seperti ilmu sains sosial di Barat-
  • 1. Mereka telah membuat penelitian intensif dan
    ekstensif tentang sejarah manusia, sifat
    masyarakat, sifat manusia dan ciri alam semula
    jadi.
  • 2. Mereka berjaya mengembangkan sistem
    pendidikan Barat dengan mewujudkan ilmu-ilmu
    sekular.
  • 3. Mereka telah menggalakkan penubuhan persatuan
    ilmiah untuk memulakan wacana isu sosial semasa.

21
Perjuangan Insan Pendidik(Tokoh tokoh Pendidik
Barat dan Timur)
  • Tokoh-tokoh Pendidik Barat
  • - John Dewey
  • -Maria Montessori
  • -Jean Piaget
  • -Carl Rogers
  • -Albert Bandura
  • Tokoh-tokoh Pendidik Timur
  • -HAMKA -Confucius
  • -Lao Tze -
  • Tokoh-tokoh Pendidik Negara
  • -ZABA
  • -Burhanuddin Helmi
  • -Aminuddin Baki
  • -Awang Had Salleh

Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang tokoh-tokoh
pendidik tersebut dan bincangkan
sumbangan/peranan mereka dalam pembinaan modal
insan
22
Prof. HAMKA
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com