STRATEGI KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN - PowerPoint PPT Presentation

Loading...

PPT – STRATEGI KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PowerPoint presentation | free to download - id: 591e6a-ZjQ1Z



Loading


The Adobe Flash plugin is needed to view this content

Get the plugin now

View by Category
About This Presentation
Title:

STRATEGI KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Description:

Title: Slide 1 Author: cheyah Last modified by: User Created Date: 8/9/2009 2:14:15 PM Document presentation format: On-screen Show Company: cheyah corp – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:2455
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 75
Provided by: chey151
Learn more at: http://files.mdroslan.webnode.com
Category:

less

Write a Comment
User Comments (0)
Transcript and Presenter's Notes

Title: STRATEGI KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN


1
STRATEGIKAEDAH DAN TEKNIKPENGAJARAN
2
KONSEP STRATEGI
  • strategi merupakan rancangan yang bijaksana,
    teratur, terancang dalam memilih pendekatan,
    kaedah, dan teknik untuk mencapai matlamat atau
    kejayaan.
  • (Kamus Dewan 1998)

3
Asas Strategi
  • Penentuan berdasarkan objektif pembelajaran
  • Pemilihan kaedah dan teknik berdasarkan
    pendekatan yang ditentukan
  • Sistematik mengikut prinsip dan teori
    pembelajaran
  • Agihan masa secara optimum
  • Bahan pengajaran sesuai dengan kaedah dan teknik.

4
Jenis-Jenis Strategi
  • Pemusatan Guru
  • Pemusatan Murid
  • Berasaskan Bahan
  • Berasaskan Aktiviti/Tugas

5
PEMUSATAN GURU
  • Strategi pengajaran yang telah lama diamalkan
    dalam bilik darjah. Kaedah tradisi yang
    menunjukkan guru sebagai pakar dan mengawal
    keseluruhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Penyampaian biasanya berlaku sehala dalam bentuk
    syarahan ,bercerita, demontrasi, dan lain-lain.

6
Prinsip-Prinsip Pemusatan Guru
  • Guru sebagai pakar ilmu
  • Murid-murid sebagai bekas kosong
  • Murid sederhana diutamakan
  • Murid berkembang pada kadar yang sama

7
Ciri-Ciri Pemusatan Guru
  • Guru memainkan peranan penting manakala murid
    sebagai penonton
  • Komunikasi sehala
  • Kepimpinan guru bersifat autokratik
  • Mengutamakan objektif pengajaran guru
  • Mengutamakan penyebaran ilmu dari nilai emosi
  • Berasaskan peperiksaan
  • Kurang mengambilkira aspek perbezaan murid
  • Interaksi murid adalah pasif dan sifat-sifat
    sosial kurang dapat dipupuk.

8
Kaedah/Teknik
  • Pengajaran Langsung
  • Kuliah
  • Perbincangan-Kuliah

9
PEMUSATAN MURID
  • Murid memainkan peranan penting dalam proses
    pembelajaran. Murid digalakkan untuk melibatkan
    diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
  • Objektif pengajaran pembelajaran lebih tertumpu
    kepada kemampuan murid.

10
Prinsip-Prinsip Pemusatan Murid
  • Murid bukan bekas kosong- pengetahuan sedia ada
    dan persepsi masing-masing dalam kelas.
  • Setiap murid ada gaya pembelajaran tersendiri
  • Pembelajaran aktif dan dinamik demi kepentingan
    murid
  • Murid membina makna masing-masing melalui
    percakapan, pendengaran, penulisan, bacaan dan
    refleksi terhadap kandungan pelajaran.

11
Ciri-Ciri Pemusatan Murid
  • Murid memainkan peranan penting manakala guru
    sebagai pembimbing sahaja.
  • Komunikasi dua hala aktif berlaku dan terbimbing.
  • Sifat kepimpinan guru lebih demokratik
  • Mengutamakan objektif pembelajaran murid
  • Perkembangan secara menyeluruh JERIS

12
  • Ujian Formatif ditekankan dan keputusan ujian
    kerap digunakan untuk mengkaji kelemahan murid.
  • Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran
    bermakna agar murid mampu membuat kesimpulan.
  • Peluang interaksi tidak terhad, sifat-sifat
    sosial positif dapat dipupuk.
  • Perbezaan individu diberikan perhatian melalui
    kaedah kumpulan dan sebagainya

13
Kaedah/Teknik Pemusatan Murid
  • Kaedah kumpulan
  • Inkuiri Penemuan
  • Perbincangan
  • Penyoalan
  • Penyelesaian Masalah
  • Bermain
  • Simulasi/Main Peranan
  • Sumbangsaran

14
PEMUSATAN BAHAN
  • Bahan pelajaran memainkan peranan penting dalam
    proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan
    pengajaran dikategorikan sebagai bahan
    pengajaran dan bahan pembelajaran.
  • Bahan pengajaran digunakan oleh guru adalah
    seperti carta,graf, peta, spesimen,
    model, gambar, slaid, projektor., dll
  • Bahan pembelajaran digunakan murid seperti buku
    teks, kad kerja, bahan bercetak, alat
    radas dll.

15
Ciri-Ciri Pemusatan Bahan
  • Bahan pelajaran memainkan peranan penting , guru
    dan murid bergantung sepenuhnya kepada bahan
    pelajaran untuk mencapai objektif.
  • Komunikasi dan interaksi berlaku antara guru
    dengan bahan atau di antara murid dengan bahan
    pembelajaran
  • Strategi PnP mengutamakan kecekapan dan kemahiran
    menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai
    objektif.
  • Menekankan perkembangan kognitif, jasmani,
    sosial, dan emosi. Membantu murid memahami konsep
    yang abstrak dengan lebih jelas.

16
  • Pengajaran guru ditumpukan kepada pengajaran yang
    bermakna, menarik serta berkesan.
  • Peluang interaksi antara murid banyak.
    Sifat-sifat sosial dapat dipupuk melalui kaedah
    kumpulan yang melibatkan ujikaji dll.
  • Memberikan pengalaman langsung kepada murid
    melalui PnP penggunaan bahan dapat menterjemahkan
    ilmu yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi
    yang konkrit

17
Kaedah/Teknik
  • Audio Visual Televisyen, Perakam Pita,
    Projektor , video dll.
  • Pengajaran Terancang Penggunaan Mesin-mesin
    mengajar seperti komputer.
  • Modul melibatkan penggunaan bahan bercetak.

18
Media dan Bahan Pengajaran
  • Bahan Audio-Visual
  • Visual bukan berbentuk tayangan
  • Visual tayangan
  • Media audio
  • Multimedia
  • Filem video
  • Sistem siaran elektronik
  • Media pengajaran berasaskan komputer

19
Media dan Bahan Pengajaran
  • Buku Bahan Cetak
  • Buku teks
  • Bahan resos
  • Buku kerja

20
PEMUSATAN TUGASAN/AKTIVITI
  • Strategi Pemusatan Tugasan/Aktiviti berasaskan
    prinsip-prinsip yang disyorkan oleh Merill.
  • Murid akan diberi satu tugasan yang merupakan
    masalah yang mungkin dihadapi dalam situasi
    harian.
  • Seelok-eloknya masalah-masalah yang diberikan
    bersifat dari mudah kepada lebih kompleks (ansur
    maju)
  • Pembinaan scaffolding sedemikian akan membantu
    murid menangani masalah-masalah yang diberi.

21
Prinsip-Prinsip Pertama Pengajaran Merill
  • 5 komponen menggalakkan pengajaran (Merrill)
  • Demonstrasi Pemerhatian ke atas demontrasi oleh
    guru
  • Aplikasi Murid mengaplikasi pengetahuan baru.
  • Pengaktifan Murid mengaktifkan pengetahuan dan
    pengalaman baru
  • Integrasi Murid menyatupadukan pengetahuan baru
    dalam kehidupan seharian
  • Pemusatan Bahan Murid mengambil bahagian dalam
    strategi pengajaran pemusatan bahan

22
KAEDAH DAN TEKNIKPENGAJARAN
23
MAKSUD KAEDAH TEKNIK
24
  • Kaedah - siri tindakan yang sistematik dan
    tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat
  • Teknik - kemahiran-kemahiran yang khusus dalam
    menjayakan kaedah
  • Jenis-jenis kaedah/teknik
  • Sumbang saran
  • Bercerita
  • Perbincangan
  • Demonstrasi
  • Penyelesaian masalah

25
SUMBANGSARAN
26
SUMBANG SARAN
  • Pelaksanaan pembelajaran aktif
  • kumpulan kecil (berinteraksi)
  • perkongsian idea/maklumat
  • (aktiviti perbincangan)
  • idea yang sesuai diterima (dikaji)

27
  • Orlich et al. (2007)
  • sumbang saran merupakan satu teknik pembinaan
    kemahiran yang mudah dan berkesan jika satu tahap
    kreativiti tinggi diperoleh dalam pembelajaran
    yang diingini.

28
PERATURAN (ORLICH ET AL.)
  • Semua idea kecuali jenaka dicatat.
  • Tiada kritikan terhadap idea yang dikemukakan.
  • Ahli kumpulan harus menambah idea rakan.
  • Ketua kumpulan harus menggalakkan semua ahli
    mengemukakan pendapat.
  • Kualiti idea tidak begitu penting.
  • Berfikir secara kreatif dan berintelek.

29
TUJUAN
  • Latih pelajar kemukakan idea bernas
  • Selesaikan masalah bersama
  • Tingkatkan keyakinan pelajar kemukakan idea
  • Saling bekerjasama, bantu-membantu, hormati
    pandangan orang lain
  • Menggalakkan perkembangan mental
  • Menarik minat pelajar dalam sesuatu topik

30
PRINSIP-PRINSIP
  • Topik sesuai
  • Suasana kondusif dan tidak formal
  • Pelajar diberi peluang kemukakan seberapa banyak
    idea
  • Tidak membuat kritikan terhadap pandangan rakan
  • Pendapat atau idea perlu dicatat
  • Pelajar digalakkan mengembangkan sesuatu idea
  • Masa memberi idea dikawal

31
PELAKSANAAN
Ketua sebar pada ahli
Bahagikan kumpulan
Tajuk diberi
Idea (dicatat)
Semua sumbang idea
Idea-idea diuji dan disusun
  • Guru perlu kawal kelas agar tiada kritikan atau
    sindiran
  • Masa perbincangan dihadkan

32
KELEBIHAN
  • Semua pelajar libatkan diri dengan kemukakan idea
  • Menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis
  • Pelajar libatkan diri secara aktif
  • Nilai-nilai murni dapat dipupuk

33
KELEMAHAN
  • Kurang sesuai untuk pelajar lemah
  • Tidak dapat memberi idea
  • Topik di luar pengalaman
  • Banyak masa dan tenaga digunakan
  • Pelajar akan kecewa jika idea ditolak

34
BERCERITA
35
BERCERITA
  • Kejadian atau peristiwa sama ada benar atau
    rekaan
  • Merupakan sumber hiburan rakyat
  • Ada unsur moral dan nilai kemasyarakatan

36
TUJUAN
Kemahiran lisan
  • Bercerita Cerna daya fikiran
    Mahir

  • berbahasa
  • Menghayati nilai murni luas
    pengetahuan

Kreatif dan imaginasi
Mengenali masyarakat sekitar
Pemodelan watak baik
Berfikiran matang
37
PRINSIP-PRINSIP
  • Cerita sesuai dengan minat dan pemikiran pelajar
  • Suasana kelas sesuai dengan cerita dan kondusif
  • BBM boneka, kad gambar sesuai untuk
    menghidupkan suasana cerita
  • Penggunaan bahasa mudah
  • Gerak tangan yang sesuai
  • Bincang tentang nilai-nilai murni

38
PELAKSANAAN
  • Guru bercerita pelajar catat urutan peristiwa
  • Guru bercerita dan pelajar menceritakan semula
  • Guru cerita awal cerita dan pelajar menyambung
    cerita atau sebaliknya
  • Pelajar mendengar rakaman cerita dan ceritakan
    semula
  • Pelajar bebas memilih cerita
  • Pelajar boleh mereka cerita sendiri

39
  • Persediaan awal
  • Cerita sesuai dengan objektif dan minat pelajar
  • Tidak terlalu panjang dan ada unsur suspen
  • Semasa bercerita
  • Kemahiran verbal dan bukan verbal
  • Mengelakkan gangguan pelajar lain
  • Selepas bercerita
  • Sesi perbincangan
  • Soal jawab (uji kefahaman pelajar)
  • Latihan (perbendaharaan kata)

40
KELEBIHAN
  • Tingkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
    dan menulis
  • Galakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan
  • Penguasaan perbendaharaan kata
  • Tingkatkan daya imaginasi pelajar
  • Belajar mengenali pelbagai watak
  • Pupuk nilai-nilai murni

41
  • PERBINCANGAN
  • Gauthier (2001)
  • Satu proses aktif yang melibatkan guru dan
    pelajar dalam persekitaran pembelajaran.
  • Bond (2001)
  • dalam perbincangan, pelajar merupakan pelajar
    aktif.
  • Orlich et al.(2007)
  • merupakan teknik yang boleh meningkatkan
    kemahiran pemikiran dan pertuturan pelajar.

42
  • Perbincangan di gunakan oleh guru untuk mencapai
    tiga objektif pengajaran, iaitu
  • Meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar
    membina kefahaman kandungan
  • Merangsang penglibatan
  • Membantu pelajar menguasai kemahiran komunikasi
    dan proses pemikiran.

43
ELEMEN PENTING
44
  • Antara elemen penting yang perlu diambil berat
    oleh guru apabila ingin menggunakan teknik
    perbincangan ialah
  • Matlamat dan objektif
  • Secara kumpulan kecil hasilkan pembelajaran
    berbentuk proses dan bukan hasil akhir
  • Berasaskan kepada kehendak di mana pelajar perlu
    melibatkan diri dalam perkembangan kemahiran dan
    sikap dalam perbincangan kumpulan.

45
  • Saiz kumpulan yang ideal
  • Merupakan faktor yang mempengaruhi penglibatan
    pelajar.
  • Kumpulan perbincangan yang berjaya adalah antara
    3 hingga 15 orang peserta (Miller,1986)

46
  • Susun atur bilik
  • Pelajar menghadap satu sama lain dan tidak
    diganggu dengan aktiviti lain di dalam bilik
    tersebut.
  • Susun atur berbentuk bulatan, separa bulatan atau
    berbentuk U amat sesuai.

Guru/Ketua
Pelajar
Pelajar
Rajah 1 Susun atur bilik berbentuk U
47
  • Kelebihan susun atur berbentuk U
  • Memberi kuasa/autoriti kepada guru atau ketua
    yang akan mempunyai kebebasan bergerak.
  • Guru mempunyai laluan untuk ke papan tulis serta
    boleh bergerak ke dalam bentuk U agar dapat
    mendekati pelajar.
  • Kelemahan susun atur berbentuk U
  • Jarak yang jauh antara guru dengan pelajar yang
    duduk pada hujung U seperti yang digambarkan
    dalam Rajah 1

48
  • Susun atur berbentuk bulatan
  • Kebaikan
  • Mengurangkan jarak fizikal dan emosi antara
    pelajar dengan ketua/guru.
  • Memberikan ruang optimum untuk pelajar berbincang
    antara satu sama lain.
  • Kelemahan
  • Menghalang guru daripada bergerak ke papan tulis.

49
  • Susun atur berbentuk rantai dan Y

Rajah 2 Susun atur bilik rantai dan Y
50
  • 4) Pemilihan topik dan aplikasi
  • Topik boleh terdiri daripada tugasan atau
    pengajaran secara berterusan di dalam bilik
    darjah.
  • Perbincangan berkisarkan tentang mana-mana
    topik, subjek, pelbagai tahap perkembangan dan
    umur pelajar.
  • Topik mestilah relevan
  • Dapat meransang minat pelajar

51
JENIS JENIS PERBINCANGAN
52
  1. Perbincangan Terbuka
  2. Perbincangan Terbimbing
  3. Bulatan atau Perbincangan Jenis Kayu Bercakap
  4. Perbincangan Balang Ikan

53

Tunjuk cara (Demonstrasi)
  • Definisi
  • Suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran
    yang melibatkan kemahiran guru mendemontrasikan
    cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di
    hadapan murid.
  • Contoh
  • Guru matapelajaran Sains yang mengajar tentang
    kemahiran proses sains
  • Guru teknologi maklumat mengajar mengenai proses
    menggunakan satu-satu perisian komputer
  • Tujuan
  • - Memberi peluang kepada pelajar agar benar-benar
    memahami perkara yang hendak dipelajari setelah
    melalui prosedur yang ditunjukkan.

54
  • Faedah
  • Membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan
    melihat bagaimana ia berfungsi
  • Setelah memerhati, pelajar akan melibatkan diri
    dengan mencontohi sesuatu perlakuan
  • Penguasaan konsep dan prinsip akan lebih mudah
  • Memudahkan pemahaman dan pengusaan kemahiran
    pelajar
  • Meningkatkan ingatan pelajar
  • Meningkatkan keyakinan pelajar

55
Contoh-contoh tunjuk ajar boleh dirumuskan
seperti Rajah 3
56
PRINSIP-PRINSIP TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)
57
  1. Sebelum demonstrasi
  2. Semasa demonstrasi
  3. Selepas demonstrasi

58
JENIS JENIS TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)
59
  • Model Hidup
  • Model yang sebenar di gunakan untuk melaksanakan
    demonstrasi
  • Termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah
    menguasai kemhiran untuk mendemonstrasikan
    aktiviti yang berkenaan.
  • Menjadi contoh untuk untuk diikuti atau ditirui
    oleh m,urid-murid yang lain.
  • Contoh
  • Tingkah laku guru yang baik, termasuk pertuturan
    yang bersopan santun.
  • Demonstrasi murid dalam kemahiran permainan alat
    muzik dan aksi dalam tarian atau permainan sukan.

60
  • Model Simbolik
  • Tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan
    langkah-langkah secara bertulis, bergambar atau
    arahan guru.
  • Contoh
  • Semasa waktu pelajaran Pendidikan Jasmani, guru
    memberi arahan langkah demi langkah supaya
    murid-murid mencontohi dan melaksanakannya.
  • Semasa waktu pelajaran Sains, murid-murid
    melakukan suatu ujikaji berdasarkan
    langkah-langkah yang ditunjukkan dalam gambar
    rajah.

61
  • Model Persepsi
  • Penggunaan video yang menayangkan sesuatu
    demonstrasi.
  • Biasanya, suatu aktiviti kemahiran yang spesifik
    akan ditunjukkan, manakala tingkah laku yang lain
    dan tidak diingini diketepikan.
  • Contoh
  • Menunjukkan cara yang betul untuk menggerakkan
    tangan semasa berlari 100 meter dengan
    menunnjukkan gerakan tangah secara perlahan-lahan
    mengikuti tayangan video.
  • Menunjukkan sesuatu teknik pengajaran mikro.
    Dengan model persepsi ini, guru-guru pelatih
    dapat mencontohi serta menghuraikan ciri-ciri
    teknik pengajaran yang mereka tonton.

62
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN MELALUI TUNJUK CARA
63
(No Transcript)
64
PENYELESAIAN MASALAH
  • Definisi
  • Munson et al., 2003 Orlich et al.,2007
  • Suatu proses pembelajaran inkuiri, dimana
    pelajar mencari jawapan untuk soalan yang relevan
    kepada mereka.
  • teknik ini berasaskan falsafah konstruktivisme
    di mana pelajara melibatkan diri secara aktif
    dalam proses pembelajaran.
  • Lester (1970) ahli matematik
  • Masalah merupakan sesuatu situasi apabila
    seseorang individu atau kumpulan ini dikehendaki
    melaksanakan kerja penyelesaiannya.
  • Mereka hendaklah menentukan strategi dan kaedah
    penyelesaian masalah terlebih dahulu sebelum
    melaksanakan kerja penyelesaiannya.
  • Strategi penyelesaian masalah harus melibatkan
    pelaksanaan suatu set aktiviti yang boleh
    memberikan penyelesaiannya.

65
JENIS-JENIS PNYELESAIAN MASALAH
66
  • Kaedah-kaedah yang sering digunakan sebagai
    aktiviti PP di bilik darjah
  • Kaedah penyelesaian masalah sendiri
  • Kaedah inkuiri
  • Kaedah dapatan
  • Sumbangsaran
  • Teknik TOC

67
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DENGAN KAEDAH
PENYELESAIAN MASALAH
68
Model Dewey - Pembelajaran menyelesaikan masalah
melibatkan lima peringkat, sebagaimana yang
ditunjukkan pada rajah di bawah.
69
  • Model Polya
  • George Polya(1957)
  • Berjaya membina satu model penyelesaian masalah
    matematik yang dikenali sebagai Model Polya
  • Model ini mementingkan penggunaan kaedah
    analisis
  • Penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan
    dalam empat peringkat, iaitu
  • memahami soalan bermasalah
  • merancang strategi penyelesaian
  • melaksanakan strategi penyelesaian
  • menyemak masalah dengan cara penyelesaian yang
    berlainan

70
  • Model Lester
  • Berdasarkan Model Polya, Lester (1978)
    menyarankan enam peringkat penyelesaian masalah
    yang kemudiannya dikenali sebagai Model Lester.
  • Model ini mementingkan proses menganalisis
    objektif soalan bermasalah
  • keenam-enam peringkat itu ialah
  • Kesedaran masalah
  • Kefahaman masalah
  • Analisis objektif soalan bermasalah
  • Perancangan strategi penyelesaian
  • Pelaksanaan strategi penyelesaian
  • Prosedur dan penilaian penyelesaian

71
  • Teknik TOC (Theory of Constraints)
  • digunakan untuk membantu pelajar menyelesaikan
    masalah, sama ada ciri peribadi atau akademik.
  • penggunaan TOC dalam proses penyelesaian masalah
    merangkumi tiga langkah yang utama, iaitu
  • Kesedaran dan mengenal pasti situasi bermasalah
  • penyataan masalah
  • Menentukan apa yang perlu diselesai
  • Menentukan objektif penyelesaian
  • Mengenal pasti kaedah penyelesaian masalah
    menentukan apa perubahan yang berlaku
  • Pelaksanaan kaedah penyelesaian masalah
    mengendalikan proses perubahan

72
  • Di dalam TOC, terdapat tiga tekniknya yang boleh
    digunakan untuk pengajaran penyelesaian masalah,
    iaitu
  • Teknik awan
  • Digunakan untuk menyelesaikan masalah konflik,
    atau memikir tentang sesuatu keadaan, situasi,
    idea, dan sebagainya.
  • Teknik ini banyak menggunakan kaedah dan teknik
    mengajar seperti main peranan, perbincangan,
    sumbangsaran dan pemudahcaraan.

73
  • Teknik sebab dan akibat
  • Digunakan untuk membimbing pelajar memikir
    tentang akibat sesuatu idea, tingkah laku,
    kejadian dan sebagainya.
  • membimbing pelajar membuat keputusan selepas
    memberi pertimbangan tentang akibatnya dari
    sesuatu masalah yang timbul.
  • Banyak menggunakan kemahiran berfikir secara
    kritis dan kreatif serta reflektif, bersama
    dengan alat berfikir dalam bentuk carta, peta
    minda dan penggunan grafik.

74
  • Teknik mencita-citakan kejayaan
  • - digunakan untuk menyelesaikan masalah yang
    berkaitan dengan cabaran.
  • - memerlukan teknik merancang secara kolaboratif
    dan sistematik, serta kemahiran berfikir secara
    sistematik dan logikal.
About PowerShow.com