Teknologi Bahan KH 2263 Bukan Logam 2 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 52
About This Presentation
Title:

Teknologi Bahan KH 2263 Bukan Logam 2

Description:

Teknologi Bahan KH 2263 Bukan Logam 2 Prof. Dr Kamarudin Mohd Yusof Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, UKM Bukan Logam 2 Getah Asli sesuai digunakan selepas ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:418
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 53
Provided by: DrKama
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Teknologi Bahan KH 2263 Bukan Logam 2


1
Teknologi BahanKH 2263Bukan Logam 2
Prof. Dr Kamarudin Mohd Yusof
  • Jabatan Kejuruteraan Awam Struktur, UKM

2
Bukan Logam 2
  • Getah Asli
  • sesuai digunakan selepas dilakukan proses
    pemvulkanan, mencampurkan 7 - 42 sulfur dan
    bahan pencepat lain seperti sebatian anilin atau
    sebatian organik lain pada suhu 140oC - 175oC.
  • Tujuan proses ini untuk mendapatkan kualiti dan
    ciri tertentu getah berkenaan seperti
    keelastikan, kekuatan, tahan pada pelarut dan
    kekerasan tertentu pada sesuatu produk daripada
    getah.

2
3
Bukan Logam 2
  • Getah Asli Antara kegunaannya
  • bahan perekat, bahan dalam cat, lapisan getah,
    gasket, dll

3
4
Bukan Logam 2
  • Getah Tiruan
  • polimer yang mempunyai struktur molekul mirip
    molekul getah asli tetapi boleh disediakan di
    makmal.
  • Boleh diproses untuk mendapatkan ciri-ciri
    tertentu yang lebih aik.
  • Antara jenis getah tiruan /sintetik ialah
  • Neoprena diperbuat daripada kloroprena, batu
    kapur dan asid hidroklorik. Getah ini tidak perlu
    dicampurkan sulfur supaya jadi keras. Lebih tahan
    pada cahaya dan haba.
  • Butil diperbuat daripada iso-butelina dan
    hidrokarbon melalui proses pempolimeran.
  • Tiokol diperbuat daripada polisulfida dan
    bersifat lebih tahan lasak. Getah tiruan pertama
    dibuat di USA

4
5
Bukan Logam 2
  • Lagi jenis getah tiruan
  • kloroprena, klorobutil, poli-istobuten,
    bromobutil,poli- isopren, poli-butadien
  • antara guna getah tiruan

Karpet getah tiruan butil
Tiub Getah Tiruan Butil
5
6
Bukan Logam 2
  • Lagi kegunaan getah tiruan

Cat Getah Tiruan Butil
Pita getah tiruan butil
6
7
Bukan Logam 2
  • Lagi kegunaan getah tiruan

Lapisan nipis Getah Tiruan Butil
Pelbagai benda daripada getah tiruan
7
8
Bukan Logam 2
  • Bahan Butimen
  • bahan yang tahan terhadap hampir semua jenis
    asid, alkali dan larutan garam. Bersifat kalis
    air. Tetapi larut dalam karbon disulfida.
  • Dua jenis bahan butimen yang biasa digunakan
    ialah asfal dan tar.
  • Antara kawasan asfal yang didapati secara
    semulajadi ialah di Pulau Trinidad, Venezuela dan
    beberapa kawasan di Amerika.

8
9
Bukan Logam 2
  • Asfal
  • Menurut ASTM, asfal ditakrif sebagai bahan
    berwarna perang kehitaman bersifat boleh mengikat
    seperti simen (binder) dan berada dalam bentuk
    cecair / separa pepejal.
  • Kandungan utamanya ialah bitumen sama seperti
    yang terdapat secara semulajadi atau yang
    terhasil daripada sisa persulingan petrolium.

9
10
Bukan Logam 2
  • Tar
  • ditakrif sebagai bahan berwarna perang ke hitaman
    bersifat seperti bitumen dan berada dalam bentuk
    cecair atau separa pepejal.
  • Kandungan utamanya ialah bitumen yang dihasilkan
    daripada hasil kondensasi penyulingan arang batu,
    kayu, minyak dan bahan organik lain.
  • Mempunyai spesifik graviti dan kelikatan yang
    tinggi dan mempunyai daya lekatan yang kuat.

10
11
Bukan Logam 2
  • Ciri-ciri Jenis Asfal
  • asfal yang dihasilkan daripada persulingan minyak
    mentah digunakan dalam pembinaan turapan
    (pavement).
  • Hasil pepejal atau separa pepejal yang tertinggal
    dalam proses persulingan dipanggil simen asfal.
  • Apabila asfal cecair ditiupkan udara ke dalamnya
    sehingga asfal teroksidan dipanggil blown
    asphalt. Asfal ini digunakan dalam turapan atap,
    lapisan awal (undercoat) mengecat kereta dan
    penutupan rekahan binaan konkrit.
  • Bersifat seperti plastik terma - lembut bila
    dipanaskan dan kembali mengeras apabila sejuk.
  • Proses peniupan udara dapat meningkatkan titik
    pelembutan asfal dan menjadi lebih mudah
    dikerjakan.

11
12
Bukan Logam 2
  • Asfal Cutback
  • Asfal semulajadi lebih keras pada suhu biasa dan
    untuk boleh dikerjakan perlu dipanaskan. Ini
    merumitkan.
  • Asfal Cutback ialah asfal yang dilarutkan dalam
    pelarut petrolium menjadi bentuk bauran dan mudah
    dikerjakan.
  • Setelah dipadatkan, pelarut akan meruap dan asfal
    menjadi keras.
  • Terdapat 3 gred asfal ini Gred RC (rapid
    curing), MC (medium curing) dan SC (slow curing),
    ini didapat lakukan dengan menggunakan pelarut
    berbeza titik peruapannya.

12
13
Bukan Logam 2
  • Asfal bauran (emulsified asphalt)
  • campuran asfal, air dan agen bauran kemudian
    diproseskan dalam mesin pembaur supaya menjadi
    asfal bauran dengan saiz zarah asfal kecil 5-10
    micron dan kemudian dicas kan supaya zarah-zarah
    ini saling tolak menolak- jenis kationik atau
    anionik. Asfal ini digunakan untuk kawasan hawa
    lebih sejuk.

13
14
Bukan Logam 2
  • Asfal polimer diubahsuai (polymer modified
    asphalt)
  • asfal dicampurkan dengan elastomer (getah
    stairin-butadien) atau SBR
  • asfal ini ada dua gred Paving grade dan Sealing
    Grade.
  • Asfal ini lebih baik lebih elastik, lebih tahan
    lama, kurang rekahan.

14
15
Bukan Logam 2
  • Ujian Pencirian Asfal
  • Ujian Tusukan untuk mengukur tahap kelembutan
    asfal menggunakan suatu jarum khas.
  • Ujian Kelikatan untuk mendapatkan nilai
    kelikatan asfal bagi menentukan keberaliran
    asfal. Kaedah yang digunakan ialah Ujian
    Kelikatan Kinematik pada suhu 135oC atau Kaedah
    Ujian Kelikatan Saybolt Furol pada suhu 57oC.
  • Ujian Takat Kilat (Flash Point Test)untuk
    mendapatkan suhu maksimum bahan ini boleh
    dipanaskan tanpa terbakar. Antara kaedah Ujian
    Takat Kilat Cleveland Open Cup dan Ujian Takat
    Kilat Pensky-Martens.

15
16
Ujian Pencirian Asfal
Ujian Takat Kilat Cleveland Open Cup
Ujian Kelikatan Saybolt Furol
Ujian Tusukan
16
17
Bukan Logam 2
  • Ujian Pencirian Asfal
  • Ujian Oven Lapisan Nipis untuk mengukur ciri
    kelakuan konsistensi bahan ini setelah mengalami
    pemanasan dan kemudian disejukkan.
  • Ujian Kemuluran untuk menguji kemuluran asfal.
  • Ujian kelarutan untuk menguji tahap ketulenan
    asfal. Iaitu melihat tahap kelarutan dalam
    larutan karbon disulfida.

Ujian Oven Lapisan Nipis
17
18
Bukan Logam 2
  • Kaca
  • merupakan bahan binaan yang meluas digunakan pada
    tingkap, pintu, dinding bangunan atau dalam
    bentuk jubin atau blok.
  • Antara bahan yang digunakan dalam pembuatan kaca
    ialah oksida daripada unsur-unsur silikon, boron,
    germanium, fosforas, arsenik.

18
Dinding Kaca Pelindung Kebakaran
19
Bukan Logam 2
  • Sifat-sifat Am Kaca
  • Kaca boleh bersifat lut sinar, lut cahaya dan
    legap.
  • Merupakan suatu struktur amorfous. Kaca masih
    berada dalam bentuk susunan struktur cecair
    walaupun telah disejukkan melampaui suhu bekunya
    atau cecair sejuk lampu yang telah beku.
  • Lembut apabila dipanaskan beransur-ansur dan
    kembali keras apabila disejukkan. Ikatan-ikatan
    antara struktur atom kaca berbeza kekuatan oleh
    itu memerlukan tenaga berbeza untuk
    memutuskannya.
  • Sifat hablur amorfos pada kaca menyebabkan ia
    bersifat lutsinar /lutcahaya seperti mana sifat
    cecair. Dan kewujudan hablurnya menyebabkan
    terjadi sedikit pembalikan dalaman - sebahagian
    cahaya diserap.

19
20
Bukan Logam 2
  • Sifat Am Kaca
  • kaca legap/ kaca berwarna mengandungi benda
    asing dalam susunan struktur amorfous kaca.
  • Ketumpatan 2560 kg/m3.
  • Suhu lebur 1500 oC.

Struktur amorfos
20
21
Bukan Logam 2
  • Sifat Am Kaca
  • Peratusan cahaya melalui kaca

21
22
Bukan Logam 2
  • Kekuatan Kaca
  • Kaca bersifat rapuh dan kekuatan tegangan sangat
    rendah tetapi mempunyai kekuatan mampatan yang
    tinggi.
  • Kekuatan kaca yang digunakan juga bergantung pada
    ketebalan dan luas terdedah pada daya hentaman.
    Misalnya daya tiupan angin. Dalam penggunaannya,
    beban angin ditentukan, kemudian ditentukan luas
    dan ketebalan kaca yang diperlukan.
  • Ketebalan dan luas kaca ini bergantung juga pada
    jenis kaca yang digunakan.
  • Aliran haba Bunyi
  • kaca pengalir haba yang baik. Untuk mengelakkan
    haba dari luar, boleh menggunakan kaca lapisan
    berganda yang dipisahkan oleh ruang udara. Begitu
    juga bagi bunyi, ruang pemisah diisikan dengan
    bahan penyerap bunyi.

22
23
Bukan Logam 2
  • Jenis-jenis kaca
  • Kaca Apung (Float Glass) dipanggil demikian
    kerana proses membuatnya, iaitu lapisan kaca
    lebur terbentuk, terapung atas timah cair.
    Apabila disejukkan kepingan kaca terbentuk.
    Kemudian diberi rawatan seperti sepuh-lidap
    (annelaing) dan sebagainya. Kepingan ini dipotong
    kemudiannya mengikut saiz diperlukan.

23
24
Bukan Logam 2
  • Jenis-jenis Kaca
  • Kaca Bengkok (Bent Glass) kaca apung yang
    dibengkokkan untuk kegunaan tertentu.
  • Kaca Warna kaca apung juga tetapi diwarnakan.
    Ada empat kaedah mewarnakan kaca
  • kaca warna pot - dengan memasukkan bahan asing
    (oksida logam) berwarna dalam kaca. Kobalt
    Oksida biru, Kromium Oksida hijau
  • salah satu permukaan dalam kaca diberikan warna
  • lapisan pigmen berwarna dilekapkan ke permukaan.
  • Disapukan cat warna pada salah satu permukaan.

24
25
Bukan Logam 2
  • Jenis-jenis Kaca
  • Kaca Corak salah satu permukaan mempunyai corak
    tertentu. Seperti di kasarkan. Ada juga
    yangdimasukkan jaringan dawai supaya apabila
    pecah tidak berselerak.
  • Kaca Serap Haba mampu menyerap haba sehingga
    haba dari cahaya matahari yang melepasi nya
    rendah. Iaitu dengan memasukkan bahan berupaya
    menyerap haba ke dalam kaca.
  • Kaca Penebat kaca yang disusun berlapis dan ada
    ruang udara di antara lapisannya.
  • Kaca berlapis (laminated) iaitu kaca yang
    dilapiskan tetapi antaranya dipisahkan dengan
    lapisan plastik vinil yang lutsinar atau dengan
    plastik kalis peluru.

25
26
Bukan Logam 2
  • Jenis-jenis Kaca
  • Kaca Plumbum, Kaca tidak membalik
    (non-reflective), Kaca membalik (reflective),
    kaca terkhutub (polarized), kaca keselamatan
    (safety glass), kaca struktur, kaca rintangan api

Kaca pembalikan
Kaca rintangan kebakaran
Kaca ukiran
26
27
Bukan Logam 2
  • Jenis-jenis Kaca

27
28
Bukan Logam 2
  • Kegunaan Kaca

28
29
Bukan Logam 2
  • Gentian
  • Gentian digunakan bersama-sama bahan lain seperti
    polimer, simen atau konkrit membentuk suatu bahan
    binaan lain yang umumnya lebih kuat, dan lebih
    tahanlasak.
  • Antara gentian yangf digunakan ialah gentian
    kaca, gentian keluli, gentian asbestos, dan
    gentian-gentian organik seperti sabut kelapa, jut
    dan sebagainya.
  • Antara bahan keluaran daripad gentian ialah GRC
    (glass fibre reinforced cement), GRPC (glass
    fibre reinforced polymer concrete), SRC (steel
    fibre reinforeced concrete), Simen asbestos,
    asbestos-silika, lapisan nipis polimer bergentian.

29
30
Bukan Logam 2
Diperbuat daripada Gentian kaca epoksi
Lapisan nipis gentian kaca epoksi
30
Gentian kacapolimer
31
Bukan Logam 2
Fibre-reinforced Soffit
31
32
Bukan Logam 2
  • Bahan Perekat (adhesives)
  • Perekat banyak gunanya dalam industri pembinaan.
    Antaranya ialah untuk menampal jubin (tiles),
    mozaik, lapisan nipis menutup dinding / siling
    (laminates), merekatkan dua bahagian kayu dsbnya.
  • Perekat mencapai kekuatannya dengan beberapa cara
    berikut
  • menjadi bergel apabila sejuk / dan lembut apabila
    dipanaskan.
  • Pelarut atau lembapan perekat meruap /tersejat
    atau terserap ke dalam bahan yang direkatkan.
  • Hilangnya lembapan perekat dan berlaku perubahan
    kimia pada perekat.
  • Terjadi tindakbalas kimia tidak berbalik apabila
    bahan pengeras atau mangkin dicampurkan ataupun
    setelah dipanaskan.
  • Menjadi keras apabila disejukkan.

32
33
Bukan Logam 2
  • Bahan Perekat (adhesives)
  • Perekat dikategorikan mengikut ketahanlasakannya
    terhadap sekitaran. Iaitu (Menurut BS 1024)
  • Kelas WBP - Tahan Cuaca dan Didih tahan
    terhadap cuaca, organisme mikro, air panas,
    sejuk, mendidih, wap air ataupun udara kering.
  • Kelas BR - Tahan Didih tahan terhadap air
    mendidih, tetapi tidak tahan terhadap dedahan
    cuaca luar, tahan air sejuk dan organisme mikro.
  • Kelas MR - Tahan Lembapan sederhana tahan
    terhadap cuaca luaran, tahan terhadap organisme
    mikro tetapi tidak tahan lama terhadap air panas.
    Tahan terhadap air sejuk.
  • Kelas INT - Dalaman sesuai digunakan untuk
    kerja rekatan dalaman sahaja. Tidak tahan lama
    terhadap air sejuk. Tetapi tahan terhadap keadaan
    lembapan yang tidak berterusan.

33
34
Bukan Logam 2
  • Bahan Perekat (adhesives)
  • Kategori Perekat menurut sumber
  • Perekat Asli Kanji (dalaman), Sebatian turunan
    selulos (methil selulos)(dalaman), glu haiwan
    (dalaman), glu kasein (tahan didih tetapi tidak
    tahan basah), kaseinat, perekat bitumen (tahan
    cuaca dan air sejuk dan panas).
  • Perekat Plastik Terma antaranya PVA (polivinil
    asitat) dan EVA (ethilen Vinilasitat). ( tak
    tahan air panas).

Glu berasas methil-ethil
34
35
Bukan Logam 2
  • Bahan Perekat (adhesives)
  • Kategori Perekat
  • Perekat Resin Set Terma sangat kuat rekatannya
    - Urea formaldehid, fenol formaldehid, melamin
    formaldehid. Biasanya mempunyai dua bahagian
    iaitu polimer dan bahan pengeset. Diaktifkan
    dengan mencampurkan air Boleh dikategorikan
    kepada perekat kelas MR dan BR.

35
36
Bukan Logam 2
  • Bahan Perekat (adhesives)
  • Kategori Perekat
  • Perekat set Sejuk perekat terbaik Boleh
    mengeset dan mengeras pada suhu biasa. -
    Resorsinol Formadehid, resin epoksi. Tergolong
    dalam kelas WBR
  • Perekat asas getah biasa dilarutkan dalam
    pelarut meruap.

36
37
Bukan Logam 2
  • Lain-lain bahan binaan
  • Sistem Papan Gipsum lapisan dua keping kertas
    kraf dengan gipsum separa cecair. Kemudian
    sandwich ini di rawat dengan haba terkawal dan
    tekanan tertentu sehingga menjadi kukuh.
  • Antara jenis papan gipsum ialah papan gipsum
    kosong, papan gipsum rintang kebakaran, papan
    penebat gipsum.
  • Pemasangan papan ini boleh menggunakan paku /
    skru atau pin kukut (staple), atau boleh juga
    menggunakan glu
  • Kegunaan papan ini ialah sebagai dinding
    pembahagi, siling, penutup permukaan dinding,
    soffit.

37
38
Bukan Logam 2
  • Sistem Papan Gipsum

gentian
sangga
Sistem papan gipsum berisi dengan gentian
Dinding Pembahagi
Diisi dengan gentian keluli
38
39
Bukan Logam 2
  • Sistem Papan Gipsum

Digunakan untuk tampalan dinding bilik air
Digunakan untuk siling
39
40
Bukan Logam 2
  • Sistem Papan Gipsum

Penutupan dinding
Penutupan soffit
40
41
Bukan Logam 2
  • Jubin Seramik digunakan untuk kemasan permukaan
    lantai, dinding kerana lebih tahanlasak, dan
    senang dibersihkan.
  • Terbahagi kepada 4 kumpulan utama
  • jubin simen diperbuat daripada campuran simen,
    agregat halus, pigmen warna dan air.
  • jubin seramik diperbuat daripada tanah lampung
    (clay) jenis terpilih dan dibakar dalam relau.
    Permukaan boleh pelbagai- bercorak, glazed,
    berwarna, atau kosong (tanpa corak).
  • jubin mozek bersaiz lebih kecil, diperbuat
    daripada tanah lampung, kaca dan porselin. Tahan
    lasak.
  • jubin marmar dipotong daripada batuan
    marmar.Terdapat dalam dua bentuk - segi empat
    sama dan bentuk tidak tentu atau bentuk pecah.
    Perlu dikisar selepas dipasangkan.

41
42
Bukan Logam 2
  • Jubin Seramik

Dinding dapur
Dinding bilik mandi
lantai dapur - kasar heavy duty
Lantai laman -heavy duty
42
43
Bukan Logam 2
  • Jubin Seramik

Jenis bercorak
Kepingan marmar
43
44
Bukan Logam 2
  • Jubin Seramik
  • pemasangan dengan menggunakan polimer lateks,
    akrilik yang dicampurkan dengan simen dan pasir
    atau menggunakan perekat / glu atau mortar. Ruang
    antara jubin diletakkan dengan bahan pengnyah air
    (sealant) atau grout daripada pasir halus, simen,
    kapur dan air.

44
45
Bukan Logam 2
  • Susunan Jubin

Susunan Biasa
Susunan Anyaman
Susunan Serong
Susunan Tulang Ikan
45
46
Bukan Logam 2
  • Terrazzo
  • ialah suatu bentuk konkrit, dengan bahan-bahan
    simen, pasir, air dan agregat daripada kepingan
    halus marmar atau kuarza. Simen boleh juga
    digantikan dengan grout resin sintetik seperti
    poliester, epoksi, polikrilat.
  • Boleh dipasang secara insitu atau pratuang.
  • Bahan ini tidak tahan untuk asid dan alkali kuat.
  • Simen yang digunakan boleh simen Portland atau
    simen putih bergantung pada corak yang
    diperlukan.
  • Selepas dipasang atau terazzo keras, permukaan
    dikisar dan digilapkan.

46
47
Bukan Logam 2
  • Terrazzo

Terazzo dipasang pada lantai konkrit
Terrazzo dipasang pada lantai kayu
47
48
Bukan Logam 2
  • Terrazzo

48
49
Bukan Logam 2
  • Bahan untuk Akustik digunakan bahan ini dalam
    sesuatu bilik, dewan atau bangunan bertujuan
  • mengawal bunyi daripada sesuatu punca, iaitu
    mengasingkan bunyi daripada luaran/sekitaran
    tidak menggangu bunyi dalam bilik / dewan.
  • Mengawal bunyi daripada peralatan yang
    mengeluarkan bunyi seperti kipas, lampu dsbnya
    dalam bilik berkenaan daripada mengganggu keadaan
    senyap bilik.
  • Menghalang bunyi daripada dirambat keluar
    daripada bilik atau dewan atau bangunan melalui
    tingkap atau lubang angin atau sebagainya.
  • Untuk menyerap bunyi dari sesuatu punca dalam
    bilik atau dewan dan tidak berlaku pembalikan
    bunyi.

49
50
Bukan Logam 2
  • Bahan untuk Akustik
  • perlu dipasangkan panel-panel bahan akustik pada
    dinding, siling pada bilik / dewan / bangunan.

Panel foam akustik
Panel siling akustik
Pintu akustik-ruang dalam pintu diisi bahan
penyerap bunyi
Fabrik akustik untuk menutup dinding
50
51
Bukan Logam 2
  • Bahan untuk Akustik

Studio musik menggunakan panel foam akustik
51
52
Sekian
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com