KAJIAN TINDAKAN - PowerPoint PPT Presentation

Loading...

PPT – KAJIAN TINDAKAN PowerPoint presentation | free to view - id: 3ecf42-ZDhkO



Loading


The Adobe Flash plugin is needed to view this content

Get the plugin now

View by Category
About This Presentation
Title:

KAJIAN TINDAKAN

Description:

KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan Penguasaan Tatabahasa Murid Tingkatan 3A Dalam Kemahiran Menulis Dengan menggunakan kaedah Majalah Dalam Kelas /MDK-DS – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:3279
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 28
Provided by: NORHAYATI
Category:

less

Write a Comment
User Comments (0)
Transcript and Presenter's Notes

Title: KAJIAN TINDAKAN


1
KAJIAN TINDAKAN
  • Meningkatkan Penguasaan Tatabahasa Murid
  • Tingkatan 3A Dalam Kemahiran Menulis
  • Dengan menggunakan kaedah Majalah Dalam Kelas
    /MDK-DS
  • Disediakan oleh
  • Pn Aleimmah binti Ali
  • Guru BM Tingkatan 3A/2009

2
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
  • Kelas 3 Anggerik merupakan kelas yang mempunyai
    34 orang murid yang merupakan target panitia BM
    PMR tahun 2009 ialah sebanyak 16 orang dan 17
    orang lagi dalam Qnett, dalam target lulus.
  • Walaupun majoriti murid daripada kelas ini
    merupakan penuntut asli Bahasa Melayu iaitu
    sebanyak 27 orang murid berbangsa melayu namun
    tahap penguasaan mereka terhadap tatabahasa masih
    lemah. Saya sungguh terkejut kerana kebanyakan
    mereka tidak dapat menguasai kemahiran
    tatabahasa, sedangkan mereka telah diajarkan
    semasa tingkatan 1 dan 2. Perkara-perkara asas
    telah didedahkan kepada mereka sebelum ini.
    Buktinya apabila saya memberi latihan membina
    ayat kata kerja transitif, kebanyakkan mereka
    tidak dapat membina ayat dengan gramatis kerana
    tidak faham akan konsep kata kerja transitif.
    Kesalahan penggunaan kata kerja transitif begitu
    ketara apabila murid-murid menulis ringkasan
    karangan, menulis karangan dan menjawab soalan
    pemahaman bagi kertas 2 BM PMR. Keadaan ini
    menggambarkan ada berlaku proses gangguan sama
    ada dalam penyampaian maklumat atau kecuaian yang
    nyata dari aspek tatabahasa, kerana bukan sahaja
    dari aspek kata kerja transitif malah banyak
    bahagian / unit-unit tatabahasa yang belum boleh
    dikuasai dengan baik oleh murid-murid 3A.

3
Sebagai seorang guru kelas, saya bertanya apakah
punca perkara itu berlaku, antara jawapan pelajar
-
  1. Kemahiran tatabahasa peringkat menengah rendah
    semasa tingkatan 1 dan 2 lebih mudah dan soalan
    diberikan hanya berdasarkan soalan berbentuk
    objektif. Jikalau tidak mengetahui jawapan yang
    tepat murid masih boleh menjawab dengan
    menandakan pilihan jawapan yang diberi (A, B, C,
    D).
  2. Mereka keliru dengan media cetak yang banyak
    melakukan kesalahan.
  3. Mereka menggunakan sesuatu konsep berdasarkan
    kebiasaan
  4. Terpengaruh dengan ayat sms.
  5. Cikgu tidak mengajar dengan teliti semasa
    tingkatan 1 dan 2 terutama aspek bidang kesalahan
    bahasa bagi tatabahasa.

4
Jika perkara ini tidak di atasi dengan segera,
saya bimbang akan menjejaskan pencapaian peratus
lulus cemerlang BM peringkat PMR kerana
kesinambungan ialah menjejaskan pula BM peringkat
SPM. Apakah ertinya sekiranya pelajar mendapat
gred A tetapi pada hakikatnya aspek tatabahasa
mereka masih tunggang langgang.
  • Contoh -
  • Antara kekeliruan murid dalam tatabahasa ialah
  • Kata Kerja
  • Kata Kerja menN_
  • Kata Kerja meN_kan dengan satu objek
  • Kata Kerja menN_kan dengan dua objek
  • Kata Kerja menN_i dengan satu objek
  • Kata Kerja meN_i dengan dua objek

5
Penguasaan tatabahasa yang lemah juga
dikenalpasti bermula ujian selaras 1 (Februari)
dan ujian selaras 2
  • ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
  • Banyak kesalahan yang berkaitan dengan tatabahasa
    yang saya kenalpasti, namun kajian ini akan
    memfokus kajian terhadap penggunaan kata kerja
    berimbuhan meN_ (tanpa akhiran-kan) dan meNkan
    (dengan akhiran kan).
  • DENGAN CARA MENGGUNAKAN KAEDAH MDK
  • Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan
    ayat majmuk.
  • Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara
    yang betul dan gramatis.
  • Mengenalpasti dan membetulkan kesilapan ejaan
    perkataan tanda baca dalam ayat.
  • Mengenalpasti kesalahan penggunaan kata dalam
    ayat.
  • Mengambil bahan/hasil penulisan/rencana dalam MDK
    (Dewan Siswa) sebagai bahan untuk dipandang dan
    contoh bagi setiap kesalahan aspek tatabahasa.

6
Berdasarkan pencapaian ujian selaras satu pada
bulan Februari, dapatan saya pencapaian keputusan
ujian satu amat mencemaskan. Bagaimanakah saya
sendiri sebagai Guru Bahasa Melayu yang beropsyen
dapat mengekalkan prestasi saya sendiri sebagai
guru Bahasa Melayu (BM). Keputusan murid pada
ujian selaras satu yang lebih berdasarkan kepada
soalan-soalan tatabahasa, murid-murid dalam Qnett
cemerlang sebanyak 17 orang tidak memperoleh gred
A seperti mana yang diharapkan oleh target
panitia dan sekolah bagi PMR tahun 2009. Berikut
keputusan murid semasa ujian selaras (1).
7
BIL NAMA PELAJAR TARGET TARGET UJIAN 1 UJIAN 1 UJIAN 1
BIL NAMA PELAJAR SEKOLAH PANITIA TOV M G
1. ABDUL AUF BIN RAHMAN C C B 73 B
2. HAZARUL FIKRI B. SRI AZMI L L B 58 C
3. LIM CHEE YONG L L C 55 C
4. HAW GUAN SENG L L D 50 C
5. MOHD REDUAN BIN AZLEE L L C 65 B
6. MOHD HARIS BIN BUANG C C C 58 C
7. MOHD AMIRUDDIN IBRAHIM L L C 58 C
8. MOHD ZULHELMI BIN ZAINURIN L L C 68 B
9. MUHAMMAD SHAFIQ BIN MAHSURI L L C 70 B
10. MOHD FITRI BIN FUAD L L 70 B
11. MUHAMAD AFIQ BIN MOHD NOR L L C 60 C
12. MUHAMMAD SHAFIQ BIN AMRAN L L 73 B
13. MOHD KHAIRUL NIZAM BIN ABD RAZAK L L C 63 C
14. MOHD IRSYAD BIN SIDON C C B 63 C
15. SAIA TIONG YAO L L E 70 B
8
BIL NAMA PELAJAR TARGET TARGET UJIAN 1 UJIAN 1 UJIAN 1
BIL NAMA PELAJAR SEKOLAH PANITIA TOV M G
16. SITI SYAFIQAH BINTI RAHMAD C C B 55 C
17. NURUL SHAFIQAH IHSAM C C A 73 B
18. NORA BINTI KABIL L C B 68 B
19. NURUL FAEZAH BINTI ABDULLAH L L B 70 B
20. NUR ATIKAH BINTI ZAINUDDIN L L - 65 B
21. MAIZATUL KHALEEDA KHALID C C - 65 B
22. ASMIRA BINTI MOHAMAD C C C 65 B
23. NUR NAJWA BINTIYUSRI L L C 68 B
24. NUR FATIHA AFFIN BINTI RAZALI L C B 68 B
25. NOOR AZILAH BINTI ROSLIN L C B 65 B
26. SYAHIDA BINTI ABU BAKAR L C B 55 C
27. JOYCEYLYN LOO ZI QI C C B 55 C
28. ELAINE LEE YI XIN C C C 33 B
29 HAU BOON SHIN C C A 65 B
30. NG SHIN WEN L C 38 D
31. SITI NURAZLINDA ZAKARIA C C B 78 B
32. NUR HAZIQAH MD SANI C C B 78 B
33. FATIN SYAHIRAH BINTI KAMZANI L C - 75 B
34. NUR HIDAYAH HAMZAH C C - 75 B
9
OBJEKTIF KAJIAN
  • Selepas kajian selesai dijalankan, murid-murid
    diharapkan dapat mencapai objektif berikut -
  • 1. Objektif Umum
  • Meningkatkan kemahiran tatabahasa dalam kalangan
    murid tingkatan 3 Anggerik.
  • Objektif Khusus
  • i) Meningkatkan pemahaman murid terhadap
    penggunaan kata kerja berimbuhan men, dan
    menkan.
  • ii) Membina ayat-ayat yang gramatis dalam
    pelbagai jenis penulisan.
  • III) Meningkatkan kualiti mata pelajaran Bahasa
    Melayu dalam peperiksaan sekolah dan
    peperiksaan awam.
  • IV) Dapat membina kemahiran bertutur dengan baik
  • 2. Kumpulan Sasaran
  • Kajian ini melibatkan 34 orang murid tingkatan
    3A yang terdiri daripada 34 orang murid iaitu 27
    orang murid Melayu dan 7 orang murid Cina.

10
TINDAKAN YANG DICADANGKAN
  • Berdasarkan pemerhatian dan penyemakkan latihan
    atau kerja rumah yang diberi oleh guru saya
    mendapati 60 murid tidak dapat memberi jawapan
    yang tepat dan kurang berkeyakinan setiap kali
    memberi jawapan secara lisan atau bertulis.
    Sebanyak 34 murid yang terdiri daripada kelas 3A
    telah dipilih sebagai subjek kajian panitia BM,
    golongan murid ini ialah murid yang boleh
    menguasai kemahiran (3M), tetapi menunjukkan
    kelemahan yang ketara dalam kertas 1 (tatabahasa)
    yang meliputi 30 soalan pengajian tatabahasa.
    Kelemahan aspek tatabahasa dapat dikesan juga
    melalui kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam
    penulisan karangan (kertas 2). Murid-murid tidak
    menunjukkan penggunaan ayat yang gramatis dalam
    penulisan karangan. Murid-murid juga sering
    menggunakan bahasa pasar baik dalam penulisan
    karangan mahupun dalam komunikasi harian mereka
    yang kurang menunjukkan kemahiran bertutur dengan
    baik semasa sesi ujian lisan dijalankan mahupun
    apabila guru menyoal dalam sessi pemelajaran dan
    pengajaran harian. Murid-murid lebih mudah
    menjawab secara ringkas menggunakan kesalahan
    tatabahasa, seolah-olah menggambarkan
    ketidakcekapan berbahasa dengan baik apatah lagi
    penggunaan kosa kata yang terhad.

11
CARA PELAKSANAAN KAJIAN
  • Kaedah Majalah Dalam Kelas (MDK) merupakan satu
    kaedah yang dapat membantu dalam mempelbagaikan
    teknik dan bahan dalam proses P P BM di kelas.
    Kaedah ini, bagi saya merupakan satu kaedah yang
    berupaya mengembangkan sayap guru bagi membantu
    murid-murid pada bahagian tatabahasa malah
    meningkatkan kemahiran menulis, membaca, dan
    asas-asas pengetahuan berbahasa yang kukuh kepada
    murid-murid.

12
Terdapat beberapa faktor yang mewajarkan kaedah
MDK digunakan oleh saya semasa P P antara
sebabnya ialah -
  • Kaedah MDK sejajar dengan hasrat Kementerian
    Pelajaran Malaysia yang menginginkan murid
    sentiasa dalam proses pembudayaan ilmu. Hal ini
    bermakna disamping berusaha supaya murid mendapat
    kecemerlangan, guru haruslah mengasuh dan melatih
    murid untuk meraih dan mendapat seberapa banyak
    ilmu tambahan yang manfaat hasil daripada
    pembacaan bahan yang bermutu. Oleh itu MDK (Dewan
    Siswa) digunakan oleh saya dalam setiap kali P
    P.
  • Majalah Dewan Siswa berupaya meningkatkan
    kecekapan berbahasa dan ketetapan komunikasi
    dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana
    Dewan Siswa menghidangkan bahan dalam pelbagai
    situasi, sistem bacaan dan gaya bahasa yang
    indah. Selain itu, bahan yang dihidangkan
    meningkatkan kepekaan murid terhadap penggunaan
    BM dalam pelbagai konteks dan situasi.

13
MDK - Dewan Siswa (DS) memupuk minat membaca
murid, kesan secara langsungnya ialah -
  • Mewujudkan suasana belajar yang lebih bermakna
  • Mewujudkan pelbagai aktiviti P P dengan
    pemaksimuman penggunaan deria murid.
  • Membantu guru dalam mewujudkan aktiviti
    penulisan, pengukuhan dan pengayaan.
  • Menarik minat dan menambah minat murid terhadap
    peningkatan penguasaan tatabahasa.
  • Pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan.

14
PELAKSANAAN TINDAKAN
  • CARA PELAKSANAAN AKTIVITI 1
  • Lima minit yang pertama setiap kali P P guru
    memberi latihan, latih tubi secara lisan dan
    secara intensif didalam kelas.
  • Refleksi
  • Murid seronok dan dapat belajar perkataan baru
    daripada MDK (DS) digunakan.
  • Hal ini dapat diperhatikanberdasarkanbuku kosa
    kata mereka. Murid mencatat ejaan yang betul
  • dan menyebut perkataan dengan ejaan yang betul.

15
PERLAKSANAAN AKTIVITI 2
  • Aktiviti ini merupakan aktiviti murid membina
    frasa dan ayat berpandukan gambar.
  • Pada awal penulisan guru mempamerkan gambar yang
    ada dalam Majalah Dewan Siswa.
  • Murid-murid mengenalpasti tema yang ingin
    disampaikan dalam gambar.
  • Murid-murid membina 5 frasa dengan berpandukan
    gambar.
  • Murid-murid membina ayat dengan menggunakan frasa
    yang telah dibina
  • Guru menganalisis kerja murid.

16
PERLAKSANAAN AKTIVITI
  • LATIHAN KARANGAN
  • Latihan karangan dalam kelas yang meliputi
    Karangan Respond terbuka iaitu karangan bahagian
    C (250 patah perkataan)
  • Proses pengajaran dan pembelajaran penulisan
    karangan berdasarkan karangan yang menggunakan
    model/teknik DIKEMASEN dan 5W 1H.
  • Guru memberi latihan untuk dijawab oleh murid
    dengan memberi penerangan teknik (5W 1H) dan
    teknik DIKEMASEN.
  • Murid-murid menganalisis/meneliti/buku rencana
    daripada teks untuk menulis isi-isi karangan
    berdasarkan teknik (5W 1h) dan teknik DIKEMASEN
    yang telah diajarkan sebelum ini untuk
    diaplikasikan dalam penulisan karangan.
  • Maklumat sebagai isi penting daripada bahan /
    rencana majalah DS
  • Dengan menggunakan teknik pemetaan isi-isi
    penting dikumpulkan.

17
  • Selain itu murid mencari penanda wacana yang
    menarik untuk setiap pendahuluan, setiap
    permulaan perenggan dan penutup perenggan daalm
    Majalah DS dan mencatat perkataan-perkataan
    tersebut dan menggunakan dalam hasil penulisan.
  • Aspek tatabahasa bagi imbuhan kata kerja
    ditekankan melalui pembacaan DS. Tinjauan
    masalah setiap kali peperiksaan program ialah
    guru mendapati murid lemah dalam menguasai
    tatabahasa kerana kurang membaca bahan berbentuk
    ilmiah seperti buku teks, rujukan dan sebagainya
    berbanding bahan bacaan berbentuk hiburan seperti
    majalah hiburan dan komik. Oleh yang demikian
    kadah MDK / Dewan Siswa sebagai alternatif
    penyelesaian masalah kelemahan murid secara
    teknik ansur maju dalam semua aspek kemahiran BM.
  • Pelajar juga di suruh menyalin dan menulis
    karangan mengikut status mereka samada mereka
    lulus atau cemerlang. Pelajar lulus hanya perlu
    menyalin satu karangan pada setiap kali P P.
    Manakala murid cemerlang dikehendaki menulis
    karangan pada setiap minggu. Semakan latihan
    oleh guru pada setiap minggu.

18
JADUAL PELAKSANAAN UJIAN
1. Mengenalpasti masalah dari pengumpulan data awal Minggu pertama Jan 2009
2. Menulis proposal kajian Minggu kedua Feb 2009
3. Merancang tindakan Februari 2009
4. Melaksanakan tindakan - Aktiviti Minggu ketiga Februari 2009
5. Membincang masalah yang timbul dalam aktiviti 1 Minggu kedua Mac 2009
6. Melaksanakan tindakan - Aktiviti 2 Minggu ketiga Mac 2009
7. Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 April
8. Refleksi kajian April
9. Menulis laporan Jun
10. Pembentangan dapatan kajian LDP Julai 2009
19
Cara Pelaksanaan
  • Guru menyemak semua latihan dan ujian yang
    dijalankan dan mengenalpasti kesilapan ejaan,
    membetulkan kesilapan ejaan serta mencadangkan
    cara mengatasi kesilapan ejaan secara spontan
    didalam kelas dan secara bertulis di setiap
    helaian kertas latihan yang diperiksa.
  • Membetulkan kesilapan penggunaan kata kerja menN.

20
Refleksi
  • Setiap latihan karangan yang baru akan berubah
    mengikut pembetulan yang dilakukan ini bermakna
    murid sentiasa mengambil perhatian setiap kali
    melakukan kesalahan tatabahasa dan memberi
    penekanan terhadap pemahaman dalam penggunaan
    kata kerja berimbuhan men dan menkan.
  • Membina ayat-ayat yang gramatis. Dengan ini saya
    mendapati penguasaan tatabahasa murid meningkat
    dengan secara ansur maju dengan menggunakan DS
    yang bukan sahaja membantu aspek penguasaan
    tatabahasa malah semua ruang lingkup
    kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam BM.

21
Dapatan Kajian
  • Setelah semua aktiviti mengikut item dijalankan,
    saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran
    tatabahasa (kosa kata, ejaan, tanda baca) amat
    memuaskan terutama item 1 2, murid mengambil
    berat terhadap penggunaan tanda baca dan
    ayat-ayat yang gramatis. Kesimpulannya akibat
    kecuaian bagi murid cemerlang dapat dikurangkan
    dan berpotensi cemerlang. Hasil daripada kaedah
    MDK-DS-secara ansur maju pencapaian murid 3A
    dalam peperiksaan pertengahan tahun dapat
    ditingkatkan kualiti gred A meningkat (rujuk
    markah pertengahan tahun).

22
BIL NAMA PELAJAR ½ TAHUN ½ TAHUN ½ TAHUN
BIL NAMA PELAJAR C/TC M G
1. ABDUL ALIF BIN RAHMAN 70/82 76 B
2. HAZARUL FIKRI B. SRI AZMI 53/77 66 B
3. LIM CHEE YONG 50/55 53 C
4. HAW GUAN SENG 40/40 50 D
5. MOHD REDUAN BIN AZLEE 43/77 60 C
6. MOHD HARIS BIN BUANG 68/62 65 B
7. MOHD AMIRUDDIN IBRAHIM 58/87 73 B
8. MOHD ZULHELMI BIN ZAINURIN 63/72 68 B
9. MUHAMMAD SHAFIQ BIN MAHSURI 73/70 72 B
10. MOHD FITRI BIN FUAD 70/77 74 B
11. MUHAMAD AFIQ BIN MOHD NOR 75/66 71 B
12. MUHAMMAD SHAFIQ BIN AMRAN 65/80 73 B
13. MOHD KHAIRUL NIZAM BIN ABD RAZAK 68/54 64 C
14. MOHD IRSYAD BIN SIDON 60/62 65 B
15. SAIA TIONG YAO 38/42 40 D
23
BIL NAMA PELAJAR ½ TAHUN ½ TAHUN ½ TAHUN
BIL NAMA PELAJAR C/TC M G
16. SITI SYAFIQAH BINTI RAHMAD 73/84 74 B
17. NURUL SHAFIQAH IHSAM 78/82 80 A
18. NORA BINTI KABIL 63/85 75 B
19. NURUL FAEZAH BINTI ABDULLAH 63/83 73 B
20. NUR ATIKAH BINTI ZAINUDDIN 55/70 63 C
21. MAIZATUL KHALEEDA KHALID 78/84 81 A
22. ASMIRA BINTI MOHAMAD 70/79 75 B
23. NUR NAJWA BINTIYUSRI 65/79 72 B
24. NUR FATIHA AFFIN BINTI RAZALI 60/85 74 B
25. NOOR AZILAH BINTI ROSLIN 58/73 66 B
26. SYAHIDA BINTI ABU BAKAR 68/80 75 B
27. JOYCEYLYN LOO ZI QI 73/85 80 A
28. ELAINE LEE YI XIN 50/74 62 C
29. HAU BOON SHIN 63/76 70 B
30. NG SHIN WEN 53/67 60 C
31. SITI NURAZLINDA ZAKARIA 76/86 80 A
32. NUR HAZIQAH MD SANI 73/90 82 A
33. FATIN SYAHIRAH BINTI KAMZANI 68/72 70 B
34. NUR HIDAYAH HAMZAH 65/86 76 B
24
Refleksi kajian.
  • Penilaian pencapaian murid.
  • Kesemua aktiviti dirancang telah berjalan lancar.
    Keyakinan diri murid menunjukkan peningkatan
    yang positif. Latihan harian diteruskan masih
    menggunakan MDK-DS daripada guru. Peningkatan
    markah dan penambahan gred A dalam kalangan murid
    yang cemerlang semasa peperiksaan pertengahan
    tahun menunjukkan keberkesanan MDK-DS meskipun
    tidak semua murid memperoleh gred A dalam
    peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.
    Sekurang-kurangnya
  • membantu murid yang lemah dan cemerlang secara
    ansur maju.

25
Rumusan Pemerhatian
  • Sikap kurang minat, malas, kurang tumpuan,
    kesilapan penggunaan tatabahasa dalam penulisan
    menunjukkan pengurangan. Kesemua aktiviti
    berjaya mengurangkan kesilapan tatabahasa dalam
    penulisan karangan. Penggunaan imbuhan mendapat
    dikuasai oleh murid.
  • Seterusnya saya ingin meningkatkan penguasaan
    murid dalam kelas pemulihan pula memandangkan
    banyak kebaikan iaitu -
  • KAEDAH MDK-DS -
  • Dapat menggerakkan kepada Guru Kreatif Pelajar
    Aktif. Pendekatan ini mampu mengurangkan
    kebosanan murid dalam P P kerana bahan sajian
    MDK-DS pelbagai bentuk. Kaedah MDK berterusan
    berupaya melahirkan modal insan seperti
    diharapkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

26
Kesan jangka panjang kepada murid-murid jika
menggunakan MDK-DS - Secara berterusan oleh
guru-guru hingga peringkat SPM boleh mendatangkan
faedah melalui aktiviti-aktiviti yang diatur
iaitu -
Contoh aktiviti Faedah kepada murid
a.) Memanfaat ayat dan frasa yang menarik (indah) Berupaya bertutur dan menulis dengan menggunakan bahasa yang indah
b.) Meramalkan watak perwatakan Kebolehan meramal watak perwatakan seseorang
c.) Meneruskan cerpen Berpotensi menjadi penulis cerpen dan novel
d.) Meneruskan cerpen kepada komik Melahirkan penulis / pelukis komik
e.) Menukar cerpen kepada skrin dram Berpotensi menjadi penulis skrip drama / filem
f.) Melagukan sajak Melahirkan penyanyi
g.) Menterjemahkan puisi kepada bentuk grafi / lukisan Berpotensi menjadi pelukis grafik
27
Kesimpulan
  • Kajian ini menunjukkan guru sentiasa membuat
    refleksi ke atas amalan pengajaran dan
    pembelajaran yang lebih berkesan. Hal ini kerana
    kebanyakan aktiviti yang dijalankan adalah
    berpusatkan kepada murid. Guru mestilah kreatif
    dan inovatif dalam mengintegrasikan pelbagai
    kaedah dan teknik mengajar terkini.
  • Akhir kata, murid adalah amanah yang
    dipertanggungjawab. Oleh itu, meskipun agak
    sukar dan kandangkala kita mengeluh dengan
    pencapaian minima murid, namun itu bukanlah
    alasan untuk tidak berbuat apa-apa. Kita perlu
    berbuat sesuatu supaya semua murid menerima
    pendidkan berkualiti dan selaras berdasarkan
    kurikulum pendidikan kebangsaan.
About PowerShow.com