UNIT 4 Globalisasi dan Kualiti Hidup - PowerPoint PPT Presentation

1 / 49
About This Presentation
Title:

UNIT 4 Globalisasi dan Kualiti Hidup

Description:

Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan. Contoh, penebangan balak untuk perindustrian. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:221
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 50
Provided by: abc105
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: UNIT 4 Globalisasi dan Kualiti Hidup


1
UNIT 4 Globalisasi dan Kualiti Hidup
2
  • Di akhir topik ini, pelajar akan dapat memahami

3
STORY TO PONDER Princess Diana's death.
  • An English princess with an Egyptian boyfriend
    crashes in a French tunnel, driving a German car
    with a Dutch engine, driven by a Belgian who was
    drunk on Scottish whiskey, followed closely by
    Italian Paparazzi, on Japanese motorcycles,
    treated by an American doctor, using Brazilian
    medicines!And this is sent to you by an American,
    using Bill Gates' technology Which he enjoyed
    stealing from the Japanese. And you are probably
    reading this on one of the IBM clones that use
    Taiwanese-made chips, and Korean-made monitors,
    assembled by Bangladeshi workers in a Singapore
    plant, transported by lorries driven by Indians,
    hijacked by Indonesians, unloaded by Sicilian
    longshoremen, trucked by Mexican illegal aliens,
    and finally sold to you.
  • IS IT THE TRUEST DEFINITION OF GLOBALIZATION?

4
DEFINISI
  • Jaringan hubungan manusia sejagat yang melampaui
    batasan, bukan shj sempadan fizikal spt politik,
    tetapi juga bukan fizikal spt idea atau muzik.
    (Mohd Taib Osman, 2004)
  • Salingkait aktiviti manusia pada skala global,
    termasuklah aliran modal dan pekerja, teknologi,
    kemahiran, idea dan nilai antara sempadan negeri
    dan negara, tetapi tiada negara ataupun bangsa
    boleh mengawalnya.

5
  • Waters (1995) mentakrifkan globalisasi sebagai
    satu proses pemampatan masa dan ruang dalam
    setiap hubungan sosial. Proses ini menyebabkan
    dunia seolah-olah satu pasaran yang tiada
    sempadan yakni aktiviti pengeluaran yang saling
    bergantung, masyarakat menggunakan barangan yang
    sama dan bertindak balas pada satu rangsangan
    yang serupa.

6
Lima jenis skop perhubungan global
7
(No Transcript)
8
Ciri-ciri globalisasi
9
(No Transcript)
10
Punca wujudnya globalisasi
  • Sistem komunikasi yang semakin canggih, pantas
    dan berkesan dalam menghubungi seluruh pelusuk
    dunia.
  • Sistem pengangkutan yang semakin maju membolehkan
    pergerakan (mobiliti) manusia dan barangan dari
    sesebuah negara (tempat) ke negara (tempat) lain
    menjadi tiada halangan.
  • Sistem/institusi kewangan antarabangsa yang
    membenarkan urusniaga kewangan 24 jam.
  • Wujudnya perjanjian-perjanjian perdagangan yang
    mengurangkan sekatan-sekatan perdagangan.

11
  • Penglibatan peranan kerajaan dalam pengeluaran
    dan pemprosesan barangan dan perkhidmatan semakin
    berkurangan akibat dasar penswastaan.
  • Bilangan buruh dan mobiliti buruh semakin senang
    dan bebas.
  • Kemahuan kepada sistem kapitalis atau pasaran
    bebas

12
APAKAH KESAN GLOBALISASI TERHADAP KUALITI HIDUP?
POSITIF
NEGATIF
13
ke atas Kualiti Hidup berdasarkan Indikator IKRM
14
1. Ekonomi (Pendapatan Pengagihan)
  • Penekanan terhadap
  • LIBERALISASI EKONOMI - Mengamalkan dasar
    ekonomi terbuka.
  • PERDAGANGAN - manusia kini mempunyai akses kepada
    pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang
    tidak pernah dilihat dalam sejarah
  • PELABURAN - berlaku melalui pelaburan langsung,
    di mana syarikat-syarikat asing melabur secara
    terus aset mereka dalam satu negara, atau melalui
    pelaburan tidak terus di mana individu dan
    institusi membeli dan menjual aset kewangan
    negara lain.

15
Memberi banyak peluang
MEMBERI BANYAK SAINGAN
16
  • KESAN POSITIF TERHADAP KUALITI HIDUP DALAM ASPEK
    EKONOMI
  • 1- Memberi banyak peluang kepada individu
    negara
  • Telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan
    perniagaan terhadap ekonomi.
  • Peningkatan dalam pelaburan asing. Ini dapat
    meningkatkan pencabahan ekonomi dan memberi
    banyak peluang pekerjaan.
  • Merapatkan jurang ekonomi di antara negara.
  • Penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara
    dengan negara lain pada kadar yang amat pantas
    terutamanya dalam aspek perdagangan, kewangan dan
    pelaburan
  • Firma tempatan boleh menjadikan globalisasi
    sebagai peluang untuk mengembangkan perniagaan
    mereka di peringkat antarabangsa.
  • Meningkatkan daya saing peniaga tempatan.

17
  • Pasaran global memberi banyak pilihan kepada
    pengguna
  • Kualiti dan harga yang rendah adalah garis asas,
    tetapi produk dibuat dan disesuaikan dengan
    pasaran (market niches) secara meluas
  • Syarikat mestilah peka secara budayanya kepada
    kehendak, reka bentuk, dan penghantaran yang
    sesuai
  • Mengurus secara silang budaya, kumpulan yang
    pelbagai bangsa, rakan global adalah asas untuk
    kejayaan
  • Kami akan menghasilkan produk yang anda mahu dan
    harganya sesuatu yang anda ingin bayar
  • Pengguna dapat menikmati barangan dengan harga
    yang lebih murah dan berkualiti lebih baik.

18
  • KESAN NEGATIF TERHADAP KUALITI HIDUP DALAM ASPEK
    EKONOMI
  • Penjajahan ekonomi
  • Kemasukan pelaburan transnational meninggalkan
    kesan negatif terhadap akaun imbangan pembayaran
    akibat pengaliran keluar keuntungan. Mobiliti
    modal yang tidak terkawal boleh mengancam ekonomi
    negara.
  • Pencapaian kualiti yang baik dan status negara
    maju haruslah datang daripada pelabur tempatan
    dengan komitmen kerajaan bukannya pemodal
    transnational negara maju.

19
  • Penguasaan negara kaya ke atas negara miskin
  • Sumber United Nations Development Programme,
    1992
  • Pendapatan terkaya global dimonopoli oleh 20
    golongan terkaya dunia iaitu sebanyak 82.7. Ini
    menunjukkan pengagihan yang tidak sekata di
    antara negara.

Populasi Pendapatan
20 pertama terkaya 82.7
20 kedua terkaya 11.7
20 ketiga terkaya 2.3
20 keempat terkaya 2.4
20 termiskin 0.2
20
  • Dalam era globalisasi, negara maju
    menggunakannya
  • sebagai satu cara untuk mengeksploitasikan
  • i) sumber bumi negara lain yang ada prospek yang
  • cerah.
  • ii) tenaga buruh yang murah di negara lain.
    sweat shop

21
  • Globalisasi boleh meruntuhkan empayar ekonomi
    negara
  • Krisis kejatuhan mata wang atau kegawatan
    ekonomi merupakan satu contoh kelemahan sistem
    liberalisasi yang di bawa oleh globalisasi.
  • Semua negara terjejas apabila berlaku kegawatan
    di peringkat global. Kesan adalah lebih besar
    terutama kepada penduduk di negara membangun.

22
  • Saingan sengit kepada syarikat tempatan
  • Syarikat tempatan menghadapi masalah untuk
    bersaing dari segi kemampuan kewangan mahupun
    penggunaan teknologi canggih.
  • Perubahan sistem pengedaran di Malaysia di mana
    peruncit global seperti Tesco dan Carrefour
    menawarkan harga yang rendah dan menghapuskan
    fungsi orang tengah dan pemborong tempatan.
    Pengeluar besar seperti Nestle mungkin beralih
    arah ke peruncit global dan menyukarkan peruncit
    tempatan untuk bersaing.
  • Tidak mustahil satu hari nanti, syarikat
    transnational ini akan mengambil alih tunggak
    pengurusan sistem pengedaran perdagangan di
    Malaysia.

23
  • Lambakan barang yang tidak menepati standard
  • Negara maju mengambil kesempatan memasarkan
    rejected goods ke negara miskin atau negara
    sedang membangun
  • Lambakan barang yang mungkin memudaratkan dan
    merbahaya serta tidak mengikuti piawaian
    antarabangsa.

24
2. Perhubungan dan komunikasi
  • Pembangunan satu infastruktur telekomunikasi
    global dan aliran data antara sempanan yang lebih
    kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti
    internet, komunikasi satelit dan telefon
  • Cth Perbualan PM dengan angkasawan negara

25
  • KESAN POSITIF
  • 1. Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan
    maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan hasil
    drpd teknologi baru, komunikasi dan maklumat --
    Perkongsian maklumat dapat membantu kemajuan
    negara.
  • 2. Komunikasi dan perhubungan yang lebih mudah
    dan murah - Hubungan dengan negara lain
    meningkat.
  • 3. Homogenization of media. Terdapat pelbagai
    bentuk media - radio, satelit, televisyen,
    Internet.

26
  • KESAN NEGATIF
  • Ketidak adilan dalam Aliran Maklumat Global
  • - ketidakseimbangan kuantiti maklumat
  • - kesilapan pembentangan
  • 2. Kebanjiran maklumat yang tidak berguna dan
    sukar dipastikan kebenarannya.
  • Banyak bahan-bahan lucah boleh diperolehi di
    Internet.
  • Tiada batasan dalam mengeluarkan pendapat dan
    idea. Defamation/ Fitnah berleluasa dan berlaku
    pada skala global

27
3. Pendidikan
  • KESAN POSITIF
  • 1. Pendidikan boleh dilakukan dengan jarak
    jauh.
  • 2. Pembinaan Lebuh Raya Multi Media,
    Universiti Multi media dan
  • Pusat Pentadbiran Kerajaan Berelektronik
    langkah bijak untuk persediaan tenaga manusia
    yang akan menggUnakan teknologi maklumat dalam
    tugas-tugas dan kehidupan harian.
  • Perkongsian ilmu pada skala global. Wacana,
    dialog boleh dilakukan di antara negara.

28
  • KESAN NEGATIF
  • Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk
    memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu
    pengurusan dan teknik dengan mengabaikan
    kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan
    kemasyarakatan.

29
4. Kesihatan
  • KESAN POSITIF
  • Isu kesihatan adalah isu global. Penyakit
    senang merebak di antara negara dengan negara
    yang lain. Kajian bersama dilakukan untuk mencari
    penawar bagi penyakit.
  • Teleperubatan telah wujud dengan kemajuan
    teknologi. Ini membolehkan pesakit mendapat
    rawatan dari doktor pakar tanpa pergi ke sana.
  • Kepakaran perubatan boleh dieksport tanpa mereka
    berpindah ke negara tersebut.

30
  • KESAN NEGATIF
  • Kesihatan dianggap satu barang yang boleh
    didagangkan sedangkan sebelum ini ia dianggap
    sebagai keperluan asas. Penswastaan berlaku
    dalam sektor ini kerana banyak pelaburan asing
    yang ingin melabur. Kesannya ialah kos rawatan
    menjadi tinggi.

31
5. Persekitaran pekerjaan
  • KESAN POSITIF
  • Migrasi bebas membenarkan individu mencari
    peluang perkerjaan di mana ada kekurangan tenaga
    buruh. Memberi peluang kepada warganegara
    Malaysia untuk menimba pengalaman di negara luar.
  • Memberi peluang kepada pekerja Malaysia untuk
    menimba ilmu di syarikat transnational yang
    dimiliki oleh negara maju.
  • Persaingan sihat dengan pekerja mahir dari luar
    dapat meningkatkan produktiviti.

32
  • KESAN NEGATIF
  • Rakyat Malaysia terpaksa bersaing dengan buruh
    asing bagi mendapatkan kerja. Ini termasuklah
    tenaga mahir dan bukan mahir.
  • Perbezaan budaya di antara pekerja menyukarkan
    satu persekitaran pekerjaan yang sihat dan
    berkesan.
  • Transformasi buruh luar meningkat migrasi secara
    haram terus meningkat.
  • Negara kehilangan kepakaran/ tenaga
  • mahir kerana pendapatan yang lebih tinggi
    ditawarkan oleh negara luar.

33
6. Kekeluargaan
  • KESAN NEGATIF
  • Migrasi ke negara lain bagi mencari peluang
    kerjaya yang lebih cerah meruntuhkan institusi
    keluarga.
  • Era globalisasi lebih mementingkan material dan
    kebendaan. Tuntutan kerja semakin berat kerana
    banyak persaingan. 24 jam sehari sudah tidak
    mencukupi. Ibu bapa terlalu banyak outstation.
    Ini menyebabkan ramai anak-anak terabai kerana
    ibu bapa sibuk bekerja. Peratus penceraian juga
    tinggi dan ramai memilih untuk tidak
    berumahtangga.
  • Perkahwinan campur dengan negara luar sudah
    menjadi lumrah dan ikatan kekeluargaan dibina di
    atas nilai-nilai yang berbeza.

34
7. Alam sekitar
  • KESAN POSITIF
  • Isu alam sekitar adalah isu global bukan lagi
    nasional. Banyak masalah dapat diselesaikan
    bersama seperti isu pencemaran laut hasil buangan
    sisa toksid.
  • Teknologi dan kepakaran luar bagi mengekalkan
    alam sekitar dapat digunapakai di Malaysia.
  • Contoh, teknologi rumah hijau.
  • rumah lestari yang menggunakan solar sudah
    lama ada di US dan sekarang ini mula
    diperkenalkan di Malaysia.

35
  • KESAN NEGATIF
  • 1. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot
    sebagai akibat terlalu mementingkan faktor
    keuntungan.
  • Contoh, penebangan balak untuk perindustrian.
    Sekiranya ia tidak terkawal boleh menyebabkan
    berlakunya pemanasan global dsbnya.

36
8. Keselamatan
  • KESAN POSITIF
  • Peraturan, dasar, piawaian, standard dan
    undang-undang dari negara luar digunapakai dan
    dikanunkan ke dalam statut bagi menjamin
    keselamatan.
  • Contohnya, common law UN Convention,
    Garis panduan PBB.
  • Penggunaan undang-undang seragam perlu bagi
    menguatkuasakan undang-undang antarabangsa dan
    didengar di mahkamah antarabagsa. Ini dapat
    menyelesaikan konflik di antara negara dan dapat
    mengelakkan peperangan. Contoh penyelesaian kes
    pulau Batu Putih, Singapura.

37
  • KESAN NEGATIF
  • Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan
    jenayah dibendung. pengganas , terrorist.
  • Kebanjiran pelancong , pekerja asing dan
    pendatang tanpa izin menimbulkan masalah
    keselamatan. Peningkatan kadar jenayah adalah
    disebabkan oleh faktor ini.
  • Negara maju seperti US telah bertindak sebagai
    polis dunia dan menghalalkan peperangan atas
    faktor-faktor tertentu.

38
9. Perumahan/ tanah
  • KESAN NEGATIF
  • Pengambilan tanah penduduk tempatan untuk
    perindustrian dan pelancongan.
  • Contohnya di Langkawi, banyak tanah penduduk
    telah diambil terutama di kawasan stratergik di
    tepi pantai. Kerajaan atas desakan untuk
    meningkatkan sumber ekonomi telah mengambil tanah
    tersebut atas dasar projek pembangunan.
  • Ini menyebabkan penduduk merempat di
    tempat sendiri.

39
  • Dasar negara atas tuntutan globalisasi telah
    membenarkan warga asing untuk membeli rumah di
    Malaysia yang melibatkan rumah kos tinggi. Ini
    menyebabkan
  • - pemaju lebih berminat untuk membuat
    rumah kos tinggi yang tidak mampu dimiliki oleh
    kebanyakan penduduk tempatan.
  • - membuka peluang kepada warga asing untuk
    memiliki aset di Malaysia yang sepatutnya
    diperuntukkan kepada penduduk tempatan.

40
10. Aktiviti sosial
  • KESAN POSITIF
  • Hubungan dengan negara lain meningkat.
  • Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan
    rasa keperimanusiaan mereka terhadap
    mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan
    tragedi buatan manusia di seluruh dunia.

41
  • KESAN NEGATIF
  • Manusia lebih mementingkan diri sendiri
    (Individualistic) atas faktor material.
    Tanggungjawab sosial berkurangan dan lebih kepada
    mentaliti Mind your own business.

42
11. Kebudayaan dan liburan
  • KESAN POSITIF
  • Peluang yang lebih luas untuk manusia dari
    berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama
    berinteraksi - penukaran antara budaya pada
    peringkat antarabangsa yang lebih kerap.
  • 2. Penggunaan istilah asing yang semakin
    bertambah.
  • Contoh Penduduk Malaysia juga fasih
    sedikit bahasa Jepun, Korea, dan Hindi tanpa
    mengenali pun bahasanya.
  • 3. Dapat memperkenalkan makanan tempatan ke
    negara luar. Contoh nasi lemak.

43
  • KESAN NEGATIF
  • Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya
    global yang homogen menerusi peranan yang
    dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media
    komunikasi global.
  • Penyebaran budaya barat yang bertentangan dengan
    tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang
    murni dan yang merendahkan martabat keinsanan
    manusia.
  • Megubah gaya hidup penduduk Malaysia.
  • ? Bagaimana globalisasi boleh mengubah
    gaya hidup Malaysia.

44
KESAN GLOBALISASI TERHADAP GAYA HIDUP
45
1. Aktiviti
  • Aktiviti masa senggang banyak dihabiskan di alam
    siber.
  • Contoh on-line game.
  • Mencari kenalan sosial di dunia siber.
  • Facebook
  • 3. Internet lebih digunakan sebagai tempat
    mencari maklumat bukan lagi suratkhabar .
  • 4. Cara hidup barat ditiru sebagai contoh
    mengamalkan seks bebas dan berhibur secara
    terlampau, kehidupan gay dan lesbian.

46
2. Minat
  • Minat penduduk Malaysia sudah berubah.
  • 1) Makanan
  • Jepun, Cina, India, Itali
  • KFC, McDonald, Pizza Hut, Coca-cola, pepsi.
  • 2) Fesyen
  • Pierre Cardin, Yves Saint Laurent, pakaian
    sukan
  • Esprit, pakaian Laura Ashley, mempunyai
    tatu, bertindik di
  • hidung, lidah.
  • 3) Budaya muzik dan hiburan
  • Jazz, rancangan Idol.

47
3. Pandangan/Pemikiran
  • Globalisasi boleh mengubah ideologi masyarakat.
  • Ideologi barat telah di bawa ke Malaysia.
  • Pemikiran barat seperti hak asasi manusia turut
    diperjuangkan di Malaysia.
  • Hak asasi yang dituntut seperti, persamaan
    gender, kebebasan untuk mendapat maklumat,
    kebebasan untuk melakukan kesemua yang diingini
    termasuklah menukar jantina.

48
  • Perubahan pemikiran dalam menentukan nilai
    sosial. Orang dahulu vs orang sekarang.
  • Nilai- nilai hidup yang baru sering bercanggah
    dengan yang lama
  • dan tumpuan diberi kepada pembangunan luaran
    daripada
  • perkembangan dalaman serta sahsiah seseorang.
  • Pemikiran orang dahulu dianggap kolot,
    ketinggalan zaman.
  • Orang yang kuat beragama dianggap pengganas
    dan kolot.
  • Pemikiran dan budaya barat dianggap modern
    dan sophisticated.

49
PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN
  • Cermin diri masing-masing
  • i) Adakah globalisasi telah mengubah
    gaya hidup anda?
  • ii) Adakah perubahan tersebut membawa kesan
    positif atau negatif pada diri anda?
  • iii) Bagaimana anda dapat menggunakan faedah
    globalisasi untuk meningkatkan tahap hidup anda?
  • iv) Bagaimana anda dapat menangkis kesan
    negatif globalisasi ke atas diri anda?
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com