TOPIK 3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

TOPIK 3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM

Description:

TOPIK 3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM 3.1 KONSEP, DEFINISI DAN MATLAMAT 3.1.1 Konsep dan definisi kurikulum - sebagai satu pelan atau rancangan untuk ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:129
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 28
Provided by: sas1180
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: TOPIK 3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM


1
TOPIK 3KONSEP DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM
2
3.1 KONSEP, DEFINISI DAN MATLAMAT
  • 3.1.1 Konsep dan definisi kurikulum
  • - sebagai satu pelan atau rancangan
    untuk tindakan
  • atau satu dokumen bertulis yang mengandungi
  • strategi untuk mencapai matlamat yang di
    hajati.
  • - dokumen yang mengandungi rancangan
  • pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai
  • objektif prikomotor, afektif dan kognitif
    bagi satu
  • matapelajaran. Dalam merekabentuk kurikulum,
  • Falsafah Pendidikan, budaya serta masyarakat
  • merupakan komponen yang penting. Kurikulum
  • juga didefinisikan sebagai satu rancangan
    pendidikan yang
  • mengandungi segala ilmu pengetahuan,
    kemahiran, nilai dan
  • norma serta unsur-unsur kebudayaan dan
    kepercayaan yang
  • menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan
    daripada
  • generasi kepada satu generasi lain.

3
3.1.1 Konsep dan definisi kurikulum
  • Konsep kurikulum dikategorikan kepada lima,
    iaitu
  • (i) menjadi dokumentasi khas dan panduan,
  • (ii) memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian
  • yang lebih menarik,
  • (iii) merupakan program pengajian yang merujuk
  • kepada matapelajaran yang diajar mengikut
  • aliran atau jurusan yang ditetapkan,
  • (iv) membentuk pengalaman pembelajaran yang
  • terancang,
  • (v) mempunyai konsep tersirat dan memperoleh
  • nilai-nilai sampingan. Contohnya interaksi dan
  • komunikasi memainkan peranan penting bagi
  • menjadikan kanak-kanak lebih matang dan
  • dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam
  • kehidupan bermasyarakat.

4
3.1.2 Matlamat dan Objektif
  • Berperanan sebagai garis panduan dan penentu
    sempadan ilmu yang hendak disampaikan, perlulah
    dirancang.
  • Kurikulum perlu mengutamakan kepimpinan pelajar
    dalam kegiatan kokurikulum.
  • Dapat melahirkan insan yang seimbang, beretika
    dan bermoral.
  • Bermatlamat untuk menguatkan lagi hubungan
    kekeluargaan antara masyarakat majmuk di
    Malaysia. Kurikulum pendidikan yang sama
    membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu di
    bawah satu negara yang berdaulat kerana akan
    menyingkirkan sikap prejudis sesuatu kaum.
  • Dapat melahirkan insan yang mempunyai sifat
    sayangkan dan cintakan tanah air. Semangat
    cintakan dan sayangkan negara perlu dipupuk
    melalui semua matapelajaran. Aktiviti
    kokurikulum cara terbaik untuk memupuk rasa
    sayangkan dan cintakan tanah air.

5
3.2 HALA TUJU KURIKULUM
  • Berlandaskan dasar pendidikan, falsafah
    pendidikan, hala tuju dasar kerajaan serta
    masyarakat.
  • Bertujuan membangunkan modal insan yang cemerlang
    dari segi sahsiah dan akademik.
  • Kualiti pendidikan akan diutamakan
  • Dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan
    nilai murni untuk menjadi tenaga kerja yang
    menghayati budaya kerja berprestasi tinggi
    relevan dengan kehendak pasaran semasa.

6
3.2 HALA TUJU KURIKULUM
  • Jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada
    tahap pembangunan modal insan harus diutamakan.
  • Insan bermutu tinggi adalah satu keperluan.
  • Perlu memperkembang potensi individu secara
    menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang
    dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.
  • Melahirkan insan yang berketrampilan dan mempu
    berfikir secara kritis.
  • Memenuhi keperluan negara untuk mencapai
    kecemerlangan dari segi ekonomi dan pembangunan
    modal insan.
  • Perlu memberi penekanan kepada perkembangan
    kemahiran belajar dan generik.

7
3.2 HALA TUJU KURIKULUM
  • Insan yang dapat menyesuaikan diri dengan
    pelbagai perubahan yang mencabar seperti
    k-ekonomi dan aplikasi teknologi maklumat dan
    komunikasi.
  • Pembangunan intelek tidak mencukupi.
  • Juga perlu menekan aspek jasmani, emosi dan
    rohani.
  • Jika dilaksanakan mengikut rancangan dan
    kurikulum yang tersusun akan melahirkan insan
    yang memiliki kesedaran, jujur dan b ertanggung
    jawap terhadap tugas yang diberikan.
  • Perlu bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik
    supaya dapat menentukan corak masyarakat dan
    profil bangsa Malaysia.
  • Dapat menangani cabaran yang dibawa arus.
  • Ledakan ilmu dan maklumat.

8
3.2.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • Dasar Pendidikan Kebangsaan mendefinisikan
  • - satu program pendidikan termasuk kurikulum
  • dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
  • semua pengetahuan, kemahiran, norma,
    nilai,
  • unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
  • membantu perkembangan seorang murid
  • dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
    rohani
  • dan emosi serta meningkatkan nilai moral
  • yang diingini untuk mencapai pengetahuan.

9
3.2.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • Akta Pendidikan 1996 ialah
  • - sistem pendidikan kebangsaan merangkumi
  • pendidikan prasekolah, pendidikan sekolah
  • menengah, pendidikan lepas menengah dan
  • pendidikan tinggi. Kurikulum pendidikan
    pra
  • sekolah digubal dan diseragamkan.
  • - Seksyen 18 wajib menggunakan satu
  • kurikulum piawai iaitu kurikulum
    kebangsaan.

10
3.2.2 Laporan Kabinet 1979
  • Laporan Kabinet 1979 bertujuan untuk memenuhi
    keperluan individu dan negara.
  • Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk
    membina perkembangan murid yang lengkap dari segi
    jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai,
    menanam dan mempuk nilai-nilai akhlak yang
    diingini, di samping menyampaikan ilmu
    pengetahuan.
  • Implikasi Laporan Kabinet 1979 ialah
  • - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) digubal
  • dengan menekankan perkembangan individu
    secara
  • menyeluruh yang merangkumi pendidikan asas
    dan
  • perkembangan bakat.
  • - Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)
    digubal
  • dengan menekankan konsep pembelajaran
    secara
  • menyeluruh dan bersepadu dengan
    mengambilkira
  • aspek kemahiran berfikir dan belajar.

11
3.2.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Falsafah menjadi garis panduan dan arah tuju
    utama dalam merancang dan membina kurikulum.

12
3.3 PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM
  • Sebelum merekabentuk kurikulum, pembangun
    kurikulum amat perlu mengkaji, menganalisis serta
    memilih
  • - Teori-teori berkaitan dengan kurikulum
  • - Falsafah pembentukan kurikulum
  • - Kriteria Pembentukan Kurikulum

13
3.3.1 Teori-teori Berkaitan dengan Kurikulum
  • Teori Tradisional
  • Lebih berfokus kepada pendekatan tingkahlaku.
  • Objektif pembelajaran kurikulum ini boleh
    ditentukan, sama ada tercapai ataupun tidak.
  • Mementingkan proses pemindahan pengetahuan.

14
3.3.1 Teori-teori Berkaitan dengan Kurikulum
  • Teori Konseptual
  • Berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan
    mengikut konsep utama.
  • Memberi fokus kepada analisis situasi semasa dan
    mencadangkan pilihan pada kandungan kurikulum.

15
3.3.1 Teori-teori Berkaitan dengan Kurikulum
  • Teori Rekonseptualis
  • Berpendapat kurikulum adalah bidang ilmu yang
    dapat membekalkan pedoman dan garis panduan
    ketika membuat keputusan.
  • Menganggap kurikulum sebagai bahan penting yang
    boleh membawa kesedaran dan perubahan kepada
    masyarakat.
  • Menwujudkan golongan pelajar yang mempunyai
    kesedaran dan berupaya mengubah masyarakat.

16
3.3.2 Falsafah Pembentukan Kurikulum
  • Terdapat beberapa aliran falsafah yang
    mempengaruhi rekabentuk kurikulum
  • (a) Idealisme
  • - mengganggap ilmu diperolehi dari kebolehan
  • berfikir. Menurut Plato ilmu diperolehi
    melalui
  • deria amat kekal dan lengkap.
  • (b) Realisme
  • - menolak pandangan idealime dan menganggap
  • kebenaran adalah apa yang dapat
    dilihat dan ilmu
  • yang terhasil dari penaakulan
    tidak lengkap. Ilmu
  • harus mempunyai kaitan antara
    dunia fizikal
  • dan pemikiran manusia.

17
3.3.2 Falsafah Pembentukan Kurikulum
  • (c) Paramatism
  • - berpendapat sekiranya satu idea itu dapat
    dipraktikkan
  • maka idea itu benar. Dengan kata lain idea
    yang sah adalah
  • idea yang dapat dibuktikan.
  • - menganggap pengetahuan bukan semata-mata
    ilmu tetapi
  • pengetahuan ialah keperlu mengaplikasikan
    ilmu sebagai
  • panduan dan pedoman hidup. Pendidikan
    bukan semata-
  • mata mengajar manusia menghafalkan ilmu
    tetapi
  • menggunakan ilmu.
  • (d) Perianelisme
  • - falsafah konservatif, tradisonal dan tidak
    fleksibel,
  • menganggap manusia dan pendidikan berada
    dalam
  • keadaan tetap, keupayaan manusia berfikir,
    pendidikan ialah
  • keperluan untuk hidup.
  • - dalam falsafah ini kurikulum perlu mempunyai
    disiplin, latih
  • tubi dan latihan yang ketat.

18
3.3.2 Falsafah Pembentukan Kurikulum
  • (e) Essentialisme
  • - menganggap kurikulum dan guru
    merupakan faktor penting
  • dalam pembelajaran.
  • - kurikulum perlu dibina memenuhi
    kehendak masyarakat
  • semasa dan pada masa yang sama mengutamakan
  • tamadun ilmu yang lampau serta merangsang
  • kebijaksanaan akan datang.
  • (f) Progressivesme
  • - menyatakan pembelajaran berlaku
    berdasarkan perubahan,
  • kemajuan dan bukan ketekalan.
  • - memberi fokus kepada pendekatan
    pengajaran dan pembelajaran
  • berpusat pelajar dan pengajaran melalui alat
    bantuan belajar.
  • - lebih memberi penekanan pada demokrasi.
  • - sekolah perlu membina suasana demokrasi
    serta kerjasama antara
  • pelajar bukan mewujudkan persaingan. Guru
    berperanan sebagai
  • fasilitator bukan sebagai guru tradisional.

19
3.3.2 Falsafah Pembentukan Kurikulum
  • (g) Rekonstrutionalisme
  • - menyatakan peranan pendidikan perlu
  • menerapkan tanggungjawab sosial serta
  • melahirkan masyarakat berilmu.
  • - percaya manusia berupaya membina
    masyarakat
  • baru melalui perubahan yang berkesan dalam
  • pendidikan dan masyarakat.
  • (h) Eksistensialisme
  • - mementingkan pendidikan melalui
    persekitaran.
  • - membantu murid dalam proses penerokaan.
  • - sekitaran memainkan peranan penting dalam
  • membina pendidikan.

20
3.3.3 Kriteria Pembentukan Kurikulum
  • Boleh dikategorikan kepada 3
  • Berpusatkan Subjek
  • Berpusatkan Pelajar
  • Berpusatkan Masalah

21
3.3.3 Kriteria Pembentukan Kurikulum
  • Reka Bentuk Berpusatkan Subjek
  • Adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan
    pelajaran terdiri daripada
  • (i) Reka Bentuk Matapelajaran
  • (ii) Reka Bentuk Disiplin
  • (iii) Reka Bentuk Bersepadu
  • (iv) Reka Bentuk Korelasi

22
Reka Bentuk Berpusatkan Subjek
  • Reka Bentuk Matapelajaran
  • - berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang
  • terdapat dalam buku teks. Ilmu disusun menjadi
  • teratur seterusnya berperanan sebagai
  • matapalajaran.
  • Reka Bentuk Disiplin
  • - setiap matapelajaran mempunyai disiplin ilmu
  • tersendiri, disiplin adalah cara atau proses
    sesuatu
  • matapelajaran.
  • - menekan isi kandungan dan proses disiplin
    sesuatu
  • ilmu. Contohnya Pendidikan Jasmani selain
    daripada
  • kemahiran, guru perlu mengajar disiplin
    sesuatu
  • kemahiran atau permainan.

23
Reka Bentuk Berpusatkan Subjek
  • Reka Bentuk Bersepadu
  • - menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi
  • satu matapelajaran yang bersepadu.
  • - contohnya matapelajaran sains terdiri
    daripada
  • biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat
    sekolah
  • menengah rendah sebagai sains.
  • Reka Bentuk Korelasi
  • - mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan
  • subjek bertujuan mengurangkan pemisahan
    antara
  • subjek.
  • - contohnya guru Pendidikan Jasmani boleh
    bekerjasama
  • dengan guru sejarah bagi menghasilkan
    portfolio yang
  • bertajuk perkembangan bola sepak dari zaman
    penjajah
  • hingga ke sekarang.

24
Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
  • Menganggap pelajar merupakan elemen yang penting
    dalam bidang pendidikan. Terbahagi kepada 3
    kategori
  • (i) Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
  • (ii) Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman
  • (iii) Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik

25
Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
  • Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
  • - berdasarkan kepada pendekatan semula jadi
    pelajar ketika
  • belajar.
  • - menganggap pemikiran pelajar akan berkembang
    jika mereka
  • diberi peluang untuk belajar berdasarkan
    kegemaran dan keperluan
  • pelajar.
  • Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman
  • - memberi penekanan terhadap minat dan
    keperluan pelajar ketika
  • membina kurikulum.
  • (c) Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik
  • - mementingkan konsep kendiri kepada pelajar,
    pelajar akan belajar dan
  • membina tugasan atas kesedaran diri sendiri.
  • - menyepadukan unsur kognitif dan afektif.
  • - memberi penekanan isi kandungan, kognitif,
    pengalaman dan
  • perasaan.
  • - menekanan secara seimbang aspek pemikiran,
    perasaan dan amalan.

26
Reka Bentuk Berpusatkan Masalah
  • Memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan.
  • (a) Reka Bentuk Situasi Kehidupan
  • - berpendapat pembelajaran akan menjadi
    bermakna jika
  • pembelajaran itu boleh diaplikasikan dalam
    kehidupan
  • secara terus.
  • - berfikir dalam menyelesaikan masalah.
  • - akan membantu pelajar membuat generalisasi
    tentang
  • masalah yang berkaitan dengan kehidupan di
    dunia yang
  • sebenar.
  • (b) Reka Bentuk Semula Masyarakat
  • - berorientasikan masyarakat.
  • - mengaitkan hubungan kurikulum dengan
    perkembangan
  • masyarakat dari aspek sosial, politik dan
    ekonomi.
  • - kurikulum dilihat berupaya menjadi agen
    perubahan dalam
  • masyarakat.
  • - menyerapkan nilai-nilai dan etika.

27
3.3.4 Kurikulum dan Hubungkaitnya dengan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
  • Melahirkan insan yang seimbang dari segi
    keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif.
  • Merupakan keperluan utama negara dalam
    membangunkan modal insan.
  • Merupakan jalan pintas untuk melahirkan generasi
    ini.
  • Dalam kurikulum Pendidikan Jasmani unsur
    psikomotor, afektif dan kognitif menjadi
    keutamaan.
  • Bagi membina unsur kesepaduan dan korelasi dalam
    kurikulum, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani
    telah menyelit unsur sains dalam
    matapelajarannya.
  • Selain matapelajaran sains matapelajaran seperti
    matematik, sejajarah dan lain-lain juga dapat
    disepadukan dalam matapelajaran Pendidikan
    Jasmani.
  • Pendidikan Jasmani boleh mengaplikasikan
    kurikulum berpusatkan pelajar, contohnya
    permainan merupakan kegemaran semulajari pelajar
    dengan sukatan Pendidikan Jasmani.
  • Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani
    kerjasama, kepimpinan dan perpaduan dapat
    digabungkan dengan mudah.
  • Berupaya menghindarkan masalah sosial dan membina
    cara hidup sihat.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com