Keputusan Cemerlang Berada Dalam Tangan - PowerPoint PPT Presentation

1 / 13
About This Presentation
Title:

Keputusan Cemerlang Berada Dalam Tangan

Description:

Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada zaman kegemilangannya Ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka Persamaan ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:98
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 14
Provided by: anon48
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Keputusan Cemerlang Berada Dalam Tangan


1
WARISAN KESULTANAN MELAYU
2
Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada zaman
kegemilangannya
3
  • Ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan
    Melayu Melaka
  • Persamaan ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka
    dengan ciri-ciri negara bangsa moden seperti
    wilayah pengaruh, kedaulatan, lambang, keunggulan
    undang-undang rakyat dan kerajaan.
  • Ciri wilayah, iaitu kawasan tempat tinggal rakyat
    dan sempadannya yang diterima umum.
  • Ciri wilayah pengaruh pula merujuk kepada kawasan
    yang rakyatnya memperakui pemerintahan seorang
    raja.
  • Ciri kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi
    terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan
    ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak.
  • Konsep kedaulatan kerajaan Kesultanan Melayu
    Melaka berbeza daripada pengertian tentang
    kedaulatan negara moden. Pada zaman kerajaan
    Kesultanan Melayu Melaka, kedaulatan dirujuk
    terus kepada raja yang memerintah. Raja yang
    memerintah mewakili negeri atau kawasan
    pemerintahan.

4
  • Lambang negara merupakan simbol atau tanda yang
    menjadi identiti sesebuah negara. Bahasa Melayu
    contohnya, merupakan bahasa kebangsaan dan
    lambang penyatuan negara dan bangsa.
  • Lambang warisan Kerajaan Melaka pula seperti
    sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu,
    bahasa Melayu dan agama Islam. Kebesaran sultan
    dan kerajaan Melaka juga dilambangkan dengan alat
    regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang,
    protokol dan adat istiadat istana.
  • Keunggulan undang-undang pula dalam pemerintahan.
  • Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara
    formal mengawal masyarakat melalui peraturan yang
    diwartakan. Undang-undang dicipta untuk
    memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
    Keunggulan undang-undang menentukan struktur
    kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan
    diterima oleh masyarakat.
  • Kerajaan Melaka mempunyai undang-undang bertulis
    yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan
    agama Islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan
    Undang-undang Laut Melaka.

5
  • Rakyat ialah seluruh penduduk sesebuah wilayah
    dan mereka ini terikat kepada undang-undang dan
    peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah
    tersebut. Pada zaman kerajaan Melaka, rakyat
    bertanggungjawab mentaati raja. Sebagai tanda
    ketaatan, rakyat bersedia mempertahankan negara,
    menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan
    gotong-royong, kerahan tenaga dan sebagainya.
  • Kerajaan merupakan badan yang diberi kuasa untuk
    menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan,
    mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin
    hubungan diplomatik dengan negara lain.
  • Pada masa dahulu kerajaan hanya wujud apabila
    adanya raja. Semasa zaman kerajaan Melaka, Raja
    atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi.
  • Baginda dibantu oleh Bendahara, Penghulu
    Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mereka
    menjadi tonggak institusi kerajaan yang
    memerintah dan diberi tugas masing-masing, iaitu
    di istana, di darat, di laut, di sekitar Melaka
    dan di jajahan.
  • Sistem Pembesar Empat Lipatan ini menjamin
    kesentosaan pemerintahan beraja dan kerajaan
    Melaka.

6
  • Warisan Kesultanan Melayu Melaka di Negeri-Negeri
    Melayu
  • Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti
    Johor, Perak dan Pahang umumnya berdasarkan
    sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
  • Warisan Kesultanan Melayu Melaka seperti adat
    istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu,
    berkembang di negeri tersebut.
  • Negeri tersebut menggunakan gelaran Sultan.
  • Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut
    mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.
  • Johor, Perak dan Pahang telah mengamalkan Sistem
    Pembesar Empat Lipatan seperti Melaka.
  • Warisan Kesultanan Melayu Melaka juga dapat
    dilihat dalam kitab undang-undang bagi Johor,
    Perak dan Pahang.
  • Ketiga-tiga undang-undang itu disalin dan dipinda
    berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk disesuaikan
    dengan unsur tempatan.

7
  • Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
  • Sultan Abu Bakar memperkenalkan perlembagaan
    bertulis yang teratur, lengkap dan dikuatkuasa
    pada 1895.
  • Perlembagaan ini dinamakan Undang-undang Tubuh
    Kerajaan Johor.
  • Ia mengandungi perkara berkaitan keturunan sultan
    sebagai pewaris takhta, pengiktirafan orang
    melayu sebagai rakyat Johor dan agama Islam
    sebagai agama negeri.
  • Perlembagaan tersebut diasaskan mengikut
    perlembagaan Barat.

8
  • Sistem Jemaah Menteri Kelantan
  • Sistem Jemaah Menteri di Kelantan diamalkan sejak
    pemerintahan Sultan Muhammad I.
  • Baginda telah melantik beberapa orang pembesar
    untuk membantu pentadbiran baginda.
  • Sultan Muhammad II pula membentuk Sistem Jemaah
    Menteri bagi melicinkan pentadbiran Kelantan.
    Terdapat 8 badan Jemaah Menteri dan setiap
    satunya dianggotai oleh 4 orang pembesar. Setiap
    Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas
    masing-masing.
  • Sultan Muhammad II juga telah menyingkir kerabat
    diraja yang terlibat dalam perebutan kuasa dan
    menggantikannya dengan golongan pembesar bergelar
    Nik dan Wan. Pembesar ini membantu mengukuhkan
    kewibawaan baginda dengan memberikan taat setia
    kepada baginda.

9
  • Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terrengganu
    (Ittiqan-Ilmuluk Bi-Tadil Il-Suluk)
  • Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-undang
    Tubuh Kerajaan Terengganu pada 1911.
  • Ia dikenali Ittiqan-ilmuluk bi-tadil il-suluk
    bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang
    berdasarkan keadilan.
  • Ia berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.
  • Tujuan baginda memperkenalkan perlembagaan
    bertulis tersebut adalah untuk menghalang British
    yang sedang berusaha meluaskan kuasanya.

10
  • Negeri Sembilan Demokrasi Dan Persekutuan
  • Mengandungi 9 negeri, iaitu Sungai Ujong, Rembau,
    Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas,
    Terachi dan Gunung Pasir.
  • Pada abad ke-18, ia mempunyai raja iaitu Raja
    Melewar yang diberi gelaran Yamtuan Besar dan
    bersemayam di Seri Menanti.
  • Negeri Sembilan ialah negeri Melayu pertama mirip
    persekutuan sebelum wujudnya Negeri-Negeri Melayu
    Bersekutu 1896.
  • Ia mengamalkan sistem pemerintahan Adat Perpatih,
    iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.

11
( NEGERI SEMBILAN PRINSIP DEMOKRASI)
  • Mengamalkan Adat Perpatih dan perlantikan
    pembesar dilakukan
  • di peringkat paling bawah iaitu Anak Buah,
    Buapak, Lembaga dan Undang.
  • Seterusnya Yang Dipertuan Besar.

12
( Negeri Sembilan Prinsip Demokrasi)
  • Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar
    berdasarkan perundingan Baginda dengan Undang.
  • Undang melantik Yang Dipertuan Besar
  • Lembaga dilantik Buapak dan merupakan Ketua Suku
    anggota masyarakat
  • Setiap Lembaga bertanggungjawab terhadap suku
    masing-masing.
  • Berkuasa memilih Undang.
  • Buapak adalah tempat rujuk setiap masalah
    terutama berkaitan adat.
  • Mengamalkan sistem demokrasi ( kuasa diagihkan
    kepada individu secara peringkat)

13
Hierarki pemerintahan Negeri Sembilan.        1.
Yang Dipertuan Besar        2. Undang serta
Penghulu        3. Lembaga        4. Buapak
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com