Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia

Description:

Title: PowerPoint Presentation Last modified by: ZULHASAN Created Date: 1/1/1601 12:00:00 AM Document presentation format: On-screen Show Other titles – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:242
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 32
Provided by: word229
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia


1
  • Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia

ZULKIFLI HASAN
2
Isi Kandungan
  • Latarbelakang
  • Pendahuluan
  • Hak Keistimewaan Raja Melayu
  • Hak Keistimewaan Melayu
  • Kedudukan Bahasa Melayu
  • Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan
  • Rumusan

3
Latarbelakang
  • Isu Kalimah Allah.
  • Isu bidangkuasa mahkamah Syariah
  • Isu bidangkuasa mengenai Kewangan Islam
  • Isu kebebasan beragama
  • Isu peruntukan menegakkan syiar Islam
  • Isu Murtad
  • Isu Hak Keistimewaan Melayu
  • Isu Memakai serban dan purdah
  • Isu menteri besar Perak

4
Pendahuluan
  • Lord William Reid Britain, a politician,
    legislator and member of the judiciary, a member
    of Parliament, an Appeal Court judge and the
    Solicitor-General of Scotland.
  • Sir Ivor Jennings Britain, a fellow
    undergraduate at Cambridge of Tunku, a former
    Kings Counsel and Cambridge University
    vice-chancellor.
  • Sir William McKell Australia, the former
    Governor-General of Australia. A minister in
    several cabinets, once a justice minister.
  • Hakim B. Malik India a former chief justice of
    the Allahabad High Court in India.
  • Hakim Abdul Hamid - Pakistan 54, high court
    judge, Drafted Pakistans constitution.
  • 118 Mesyuarat. Dari Feb 1956 hingga 15 August
    1957
  • 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
  • British Document on the End of Empire Malaya

5
Perlembagaan Persekutuan
  • 1. Negeri-negeri agama dan undang-undang
    persekutuan.
  • 2. Kebebasan asasi.
  • 3. Kewarganegaraan.
  • 4. Persekutuan.
  • 5. Negeri-negeri.
  • 6. Perhubungan antara persekutuan dan
    negeri-negeri.
  • 7. Peruntukan dan kewangan.
  • 8. Pilihanraya
  • 9. Kehakiman.
  • 10. Perkhidmatan awam.
  • 11. Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif
    dan darurat.
  • 12. Am dan pelbagai.
  • 13. Peruntukan sementara.
  • 14. Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan
    sebagainya.
  • 15. Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan
    Raja-raja.
  • 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual

6
Pindaan Perlembagaan
  • 2/3 dan MRR Hak istimewa melayu, hak kedaulatan
    Sultan, Hal Ehwal Islam dan kedudukan bahasa
    melayu, kewarganegaraan, persempadanan p/raya
  • 2/3 dan YDP Sabah Swak Kebebasan bahasa,
    royalti, kuasa imigresen, kewarganegaraan,
  • 2/3 sahaja Bentuk sumpah dan ikrar, syarat
    perlantikan senator, tanah rizab melayu
  • Sehingga kini 42 pindaan tlh dibuat

7
Kedudukan Raja Melayu Dalam Perlembagaan
  • Perkara 71 hak seseorang raja untuk mewarisi,
    memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak
    keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang
    raja dalam negeri itu.
  • Perkara 159(5) Institusi kesultanan dilindungi
    dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat
    terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis
    Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka
    untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing
    tanpa persetujuan MRR.
  • Perkara 38(4) Tiada undang-undang yang secara
    langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan,
    kemuliaan atau kebesaran boleh diluluskan tanpa
    persetujuan Majlis Raja-Raja.
  • Raja-raja Melayu dan YDPA hendaklah orang Melayu
    dan Islam.
  • Perkara 18 (1) Immunity raja. YDPA tidak boleh
    didakwa. Peruntukan imuniti raja secara mutlak
    telah dipinda pada 1992. Raja boleh didakwa
    tetapi perbicaraan ke atasnya hanya boleh
    dijalankan dalam Mahkamah Khas Perkara 182 dan
    183.

8
MELAYU?
  • UNESCO 1972 suku bangsa Melayu di Semenanjung
    Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand dan
    Filipina.
  • Perkara 160 (2) Melayu ialah seseorang yang
    memenuhi tiga syarat asas (i) menganuti agama
    Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan
    (iii) menurut adat istiadat Melayu. Seseorang
    yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah
    membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di
    Persekutuan atau di Singapura sebelum hari
    Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah
    anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di
    Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

9
HAK KEISTIMEWAAN MELAYU
  • Perkara 153 (I) Perezaban quota mengenai
    perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang
    Melayu.
  • (1) Tanggungjawab YDPA memelihara kedudukan
    istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana
    Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah
    kaum-kaum lain
  • (2) YDPA hendaklah memelihara kedudukan istimewa
    orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri
    Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi
    orang Melayu dan bumiputera mana-mana
    negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang
    difikirkan patut oleh YDPA mengenai jawatan dalam
    perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan
    awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa,
    bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau
    latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan
    khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan
    Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut
    oleh YDPA mengenai permit atau lesen bagi
    menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan
    perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk
    kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara
    ini.

10
1. Perkhidmatan Awam
  • Angkatan bersenjata, kehakiman, pendidikan,
    polis, perkhidmatan awam persekutuan dan negeri.
  • Menentukan rezab bilangan jawatan
  • Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan
    sedia ada.
  • Jawatan2 kanan kepada melayu
  • Kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu
    dengan pengecualian orang bukan Melayu
    sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f)

11
2. Ekonomi
  • Memberi kuasa untuk membuat peraturan perezaban
    pada permit, lesen dsbnya.
  • Permit
  • Lesen Perdagangan
  • Rezab permit dan lesen
  • DEB

12
3. Pendidikan
  • Biasiswa
  • Dana siswa
  • Bantuan latihan dan pelajaran
  • MRSM
  • Matrikulasi
  • SBP
  • MCKK
  • UiTm
  • Kuota Universiti

13
4. Tanah Rizab Melayu
  • Perkara 89 dan 90 Tanah rizab Melayu juga
    dianggap sebahagian daripada istimewa orang
    Melayu.
  • Tidak boleh dipindahmilik melainkan kepada orang
    Melayu
  • Jika kerajaan mengambil hakmilik perlu diganti
    dengan tanah yg lain.

14
BAHASA MELAYU
  • Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang
    dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan
    proses pembentukannya. MCA dan MIC bersetuju
    bahasa melayu bahasa kebangsaan dengan syarat
    bahasa ibunda mereka dikekalkan dan dipelihara.
  • Perkara 152
  • (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan
    hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan
    melalui undang-undang oleh Parlimen
  • Dengan syarat bahawa-
  • (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau
    dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud
    rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar,
    apa-apa bahasa lain dan
  • (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh
    menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak
    mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan
    meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa
    mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
  • Bahasa kebangsaan memenuhi keperluan
    menyatupadukan pelbagai kaum

15
KEDUDUKAN ISLAM
  • Perkara 3(1) Agama Islam ialah bagi seluruh
    persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
    diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
    bahagian Persekutuan
  • Tun Salleh Abbas Melayu dan Islam adalah dua
    unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan
    untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.
  • Perkara 153 Tanggungjawab YDPA melindungi Melayu
    dan Islam.

16
Samb..
  • Perkara 3 (1) tetapi agama lain boleh diamalkan
    dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
    Persekutuan.
  • Setiap kumpulan agama mempunyai hak
  • a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
  • b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi
    bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan
  • c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta
    memegang dan mentadbirkannya mengikut
    undang-undang

17
Hak Kebebasan Beragama
  • Perkara 11 Perlembagaan memperuntukan "Tiap-tiap
    orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan
    ugamanya." Dari peruntukan ini jelaslah
    orang-orang Islam berhak menganuti dan
    mengamalkan ugamanya, iaitu Islam sebagai cara
    hidup mereka.
  • Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat
    untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa
    iktidad atau kepercayaan ugama antara orang-orang
    yang menganuti ugama Islam.

18
Peruntukan kewangan untuk tujuan Islam
  • Perkara 12(2) Berikutan dengan Islam diterima
    sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan
    Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa
    dan keistimewaan untuk menubuhkan atau
    menyelenggara atau membantu penubuhan atau
    penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan
    atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama
    Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang
    diperlukan untuk tujuan itu.
  • Kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan
    enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk
    membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam
    dan undang-undangnya.

19
Pengecualian kpd Undang2 Darurat
  • Perkara 150(6A) melindungi hal-hal berhubung
    dengan Islam, walaupun di dalam keadaan darurat.
  • Perisytiharan darurat mempunyai kesan menggantung
    sebahagian besar peruntukan-peruntukan
    perlembagaan.

20
Mahkamah Syariah
  • Perkara 75 Ditubuhkan Mahkamah Syariah
  • Perkara 121 (1A) Mahkamah sivil tidaklah boleh
    mempunyai bidang kuasa dengan apa-apa perkara
    dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
  • Jadual Ke 9, Senarai 2-Senarai negeri,
  • Akta Mahkamah Syariah 1965 denda RM5K atau
    penjara 3 thn atau 6 sebatan atau kombinasi
    mana-mana hukuman.

21
Larangan Menyentuh isu sensitif
  • Perkara 10 (1) Kebebasan bersuara, berhimpun dan
    berpesatuan
  • Perkara 10 (4) Batasan hak kebebasan bersuara
    daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam,
    orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya

22
Maksud Islam sebagai agama Persekutuan
  • Suruhanjaya Reid telah menolak cadangan
    memasukkan peruntukan mengenai Islam.
  • Hakim Abdul Hamid Pakistan Berpendapat bahawa
    perisytiharan seperti itu perlu dimasukkan
    seperti yang dicadangkan oleh Perikatan. Dalam
    cadangan beliau mengesyorkan peruntukan Islam
    agama persekutuan.
  • Beliau jugalah yg mendesak Lord Reid untuk
    memasukkan kuasa sultan untuk melantik PM dan MB

23
Makna sempit Islam
  • Dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwa Raya
    1988 2 MLJ 55 hujjah yang dibuat bagi pihak
    perayu-perayu ialah hukum mati mandatori bagi
    kesalahan mengedar dadah berbahaya dan memilik
    senjata api adalah bertentangan dengan ajaran
    Islam dan oleh kerana itu terbatal.
  • Ketua Hakim Negara telah berkata tidak syak Islam
    bukan hanya kumpulan kepercayaan dan upacara
    agama sahaja bahkan adalah cara hidup itu yang
    lengkap termasuk semua bidang amalan manusia,
    sama ada peribadi atau umum, mengenai
    perundangan, politik, ekonomi, sosial,
    kebudayaan, moral atau kehakiman, dan cara
    mengatur semua cara hidup termasuk hukum-hukum
    dan akhlak semuanya berpandu kepada wahyu dari
    Allah yang terdapat dalam AI-Quran dan hadith
    Nabi s.a.w. akan tetapi makna Islam yang dimaksud
    oleh pengubal Perlembagaan ialah ritual and
    ceremonies

24
Samb
  • Teoh Eng Huat lwn Kadhi Pasir Mas 1990 2 MLJ
    301 soalnya sama ada seorang gadis Cina umur 17
    tahun 8 bulan berhak memeluk agama Islam tanpa
    pengetahuan dan persetujuan bapanya. Di Mahkamah
    Tinggi telah diputuskan oleh kerana gadis Cina
    itu telah memeluk agama Islam dengan sukarelanya
    dan tidak dipaksa oleh sesiapa dia berhak memeluk
    agama Islam mengikut Perkara 11(1) Perlembagaan
    Malaysia yang memperuntukkan.
  • Mahkamah Agong, merujuk kepada Perkara 12(3) dan
    (4) Perlembagaan yang memperuntukkan 
  • (3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima
    ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau
    mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau
    sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada
    ugamanya sendiri. 
  • (4) Bagi maksud fasal (3) ugama bagi seseorang
    yang berumur kurang daripada lapan belas tahun
    adalah ditetapkan oleh ibubapa atau penjaganya. 

25
Samb
  • Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin
    19891 1 MLJ418
  • Jamaludin asalnya melayu dan Islam telah memeluk
    agama Christian dan telah cuba dan berjaya
    memasukkan 6 Melayu ke agama Christian. Dia telah
    ditahan dibawah ISA, dan telah merayu kepada
    Mahkamah.
  • Mahkamah Tinggi telah memutuskan alasan untuk
    pertahanan itu tidak sah kerana kebebasan agama
    orang itu telah diganggu. Rayuan kepada Mahkamah
    menegaskan hak orang itu menganuti dan
    mengamalkan agamanya.
  • Komen Hakim tidak sentuh sama ada orang itu
    berhak menyebarkan agamanya pada orang-orang
    Islam. Mengikut kes India Rev. Stanislaus v State
    of Madhya Pradesh AIR 1977 S.C. 908 telah
    menyebut hak menyebarkan agama tidak termasuk
    memasukkan orang lain kepada agama orang itu
    kerana jika seseorang sengaja berusaha memasukkan
    orang lain kepada agamanya, dan bukan hanya
    berusaha menyampaikan atau menyebarkan ajaran
    agama itu, ini akan menjejas hak kebebasan
    kepercayaan orang itu.

26
Samb
  • Halimatussaadiah lwn Public Service Commission,
    Malaysia Anor 1992 1 MLJ 513 HC dan 1994 2
    MLJ 61 SC seorang wanita telah dibuang kerja
    kerana enggan menanggalkan purdah dan ini
    dianggap melawan perintah yang dikeluarkan
    melalui sebuah pekeliling perkhidmatan.
  • Tun Mohamed Dzaiddin dan Tun Mohd Eusoff Chin
    Mahkamah memutuskan Hak kebebasan beragama tidak
    mutlak.

27
Samb
  • Meor Atiqulrahman bin Ishak Ors v Fatimah bte
    Sihi Ors 2000 5 MLJ 375. Melibatkan tindakan
    buang sekolah ke atas beberapa orang murid lelaki
    yang memakai serban.
  • Dato' Mohd Noor Abdullah Mahkamah Tinggi
    kedudukan Islam sepatutnya menjadi panduan kepada
    peraturan mengenai pakaian seragam bagi
    murid-murid sekolah.
  • Mahkamah Rayuan Dato Gopal Sri Ram
  • Mahkamah Persekutuan mendengar leteran yang
    menghina pemakaian serban terutama apabila Dato
    Abdul Hamid menyebut bahawa Abu Jahal juga
    memakai serban
  • Ulasan Meor Atiqulrahman ini peruntukan
    Perlembagaan dilanggar oleh sebuah pekeliling
    sekolah bukan akta parlimen atau undang-undang
    kecil yang dibuat oleh seorang menteri kabinet.

28
Makna Lebih Luas
  • Professor Ahmad Ibrahim Menerima perlembagaan
    Malaysia itu secara positif berusaha
    melaksanakannya supaya menegakkan prinsip-prinsip
    kerajaan lslam.
  • Orang-orang Islam seharusnya mendakwa bahawa
    mereka berhak di bawah Perkara 3(1) mengikut cara
    hidup mereka berasaskan kepada ajaran-ajaran
    Islam.
  • 1. Perkara 37 dan jadual ke 4 Kedudukan istimewa
    Islam boleh dilihat dari bentuk sumpah jawatan
    bagi Yang di Pertuan Agong.
  • 2. Perkara 11, Fasal (4) mernperuntukkan
    "Undang-Undang Negeri, boleh mengawal dan
    menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
    kepercayaan ugama antara orang-orang yang
    menganuti ugama Islam".
  • 3. Perkara 12 Fasal (2) pula memperuntukan bahawa
    adalah sah bagi Persekutuan dan sesuatu negeri
    menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi
    Islam dan mengadakan atau membantu dalam
    mengadakan ajaran Islam dan melakukan apa-apa
    perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud itu.

29
Samb
  • 4. BM dijadikan Bahasa Kebangsaan dan takrif
    "Melayu" diberi erti seorang yang menganuti ugama
    Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, dan menurut
    adat istiadat Melayu.
  • 5. Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri hendaklah
    orang Melayu dan Islam.
  • 6. Membaca Perkara 4 keseluruhannya dan dengan
    cara yang praktikal. "Perlembagaan ini adalah
    undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa
    undang-undang yang diluluskan selepas Hari
    Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan
    ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan
    itu. 
  • Perkara 4(1) itu menyentuh tentang undang-undang
    bertulis sahaja, iaitu undang-undang yang
    diluluskan oleh Badan Perundangan. Namun demikian
    ia hanya menyentuh undang-undang yang diluluskan
    selepas Hari Merdeka. Dalam konteks Malaysia
    boleh dihujjahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan
    tidak boleh menyentuh kesahan Hukum Syarak, yang
    bukan undang-undang bertulis dan bukan diluluskan
    selepas Hari Merdeka

30
Rumusan
  • Segala fakta yang diberikan adalah berdasarkan
    kerangka perlembagaan sedia ada.
  • Melayu dan Islam punya status yang istimewa dalam
    perlembagaan
  • Kedudukan istimewa ini terutamanya Islam patut
    dipertahankan atau terpulanglah kepada generasi
    akan datang untuk meminda atau mengubahnya.
  • Perlembagaan menjamin hak kebebasan beragama
    dengan beberapa limitasi.
  • Kefahaman mengenai perlembagaan sedikit sebanyak
    dapat menyumbang kepada perbincangan atau
    perbahasan secara lebih tepat dan bernas mengenai
    Islam dan melayu dalam konteks Malaysia

31
  • Zulkifli Hasan
  • E-mail zul361977_at_yahoo.com
  • z.b.hasan_at_durham.ac.uk
  • Blog http//zulkiflihasan.wordpress.com
  • Tel 44 (0) 7761457686
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com