PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Description:

Perubahan dari politik feudal yg tidak memisahkan antara agama dgn negara kpd pemisahan Penyertaan rakyat dalam politik. Rakyat berhak menentukan pemimpin mereka ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:164
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 61
Provided by: AllU190
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


1
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK DI MALAYSIA
2
PEMBANGUNAN POLITIK
MATLAMAT Pembinaan Negara Bangsa.
METODE Pembentukan dan pelaksanaan dasar khas
seperti Dasar Pendidikan Nasional, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan, Rukun
Negara dan pemupukan semangat nasionalisme.
UKURAN PENCAPAIAN Diukur secara kualitatif
dan kuantitatif.
3
Negara Bangsa
  • Suatu wilayah yang mempunyai sempadan,
    pemerintahan/kerajaan dan warganegara/bangsa

4
  • Kualitatif
  • a. Ukuran kejayaan dasar-dasar
  • nasional
  • b. Melalui perbandingan dengan negara
    lain
  • Kuantitatif
  • a. kekerapan konflik
  • b. kekerapan pilihanraya
  • c. kebebasan bersuara

5
PROSES PEMBANGUNAN POLITIK
  • Perbezaan Struktur Politik
  • Perubahan Struktur politik yg bersifat feudal
    kepada struktur politik yang berpegang kepada
    prinsip trias politica.
  • Sekularisasi budaya politik.
  • Perubahan dari politik feudal yg tidak memisahkan
    antara agama dgn negara kpd pemisahan
  • Penyertaan rakyat dalam politik.
  • Rakyat berhak menentukan pemimpin mereka (amalan
    demokrasi)

6
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM SUATU SISTEM POLITIK
  • Parti-parti politik
  • Majlis perwakilan rakyat atau parlimen
  • Perlembagaan Negara
  • Pilihanraya

7
PELAKSANAAN MODENISASI PEMBANGUNAN POLITIK DI
MALAYSIA
  • Sebagai negara baru, Malaysia mengambil model
  • modenisasi di Eropah Barat.
  • Dari segi pembangunan politik, Malaysia
    menghadapi cabaran besar dalam membina sebuah
    Negara Bangsa kerana
  • Migrasi
  • Penjajahan
  • Gabungan wilayah yang berbeza
  • Gabungan etnik yang berbeza

8
Kemajmukan Etnik Dalam Proses Politik Di
Malaysia
  • Pada tahun 2006, jumlah penduduk di Malaysia
    lebih kurang 26.6 juta
  • Melayu lebih kurang 55
  • Cina lebih kurang 25
  • India lebih kurang 7
  • Oleh itu, berlandaskan bancian, penduduk Malaysia
    dapat dikategorikan kepada kelompok etnik yang
    berbeza-beza. Mereka dapat dibezakan berdasarkan
    aspek kepercayaan dan agama serta aspek
    demografi.

9
SEMENANJUNG
  • Umumnya dominasi Melayu adalah jelas secara
    keseluruhan tetapi dominasi ini berbeza dari segi
    kekuatannya berasaskan wilayah.
  • Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang
    mempunyai komposisi yang seimbang kerana tiada
    satu etnik mempunyai jumlah penduduk majorit
  • Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mempunyai
    penduduk Melayu yang lebih ramai berbanding
    beberapa negeri seperti Melaka, Johor dan
    Selangor.
  • Cthnya, di Kelantan, penduduk Melayu lebih
    daripada 90, sementara peratusan yang tinggi
    juga terdapat di Terengganu dan Perlis.
  • Negeri-negeri seperti Melaka, Johor dan Selangor,
    jumlah penduduk Melayu adalah kurang walaupun
    ianya masih dominan, iaitu melebih 51 daripada
    jumlah penduduk negeri-negeri berkenaan.

10
SARAWAK
  • Di Sarawak, kemajmukan lebih tinggi berbanding
    demografi penduduk di Semenanjung. Di Sarawak,
    tidak terdapat satu kelompok etnik yang majoriti
    secara mutlak.
  • Dari 2.181 juta (2004), Dayak, Melayu Melanau
    (73.2), Cina (26.6), India (0.2)
  • Iban merupakan kelompok etnik terbesar. Mereka
    mewakili lebih kurang 44.3. Bidayuh terdiri
    daripada 181,500 (8.3) dan Orang Ulu 128,800
    (5.9). Orang Ulu merupakan kategori yang
    mewakili lebih kurang 20 etnik kecil seperti
    Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Punan/ Penan, dan
    lain-lain.
  • Sebagai satu perkelompokan, ketiga-tiga etnik ini
    merupakan 44.3 daripada penduduk Sarawak. Melayu
    terdiri daripada 505,800 (23.2) dan Melanau
    124,400 (5.7). Kelima-lima kelompok etnik ini
    juga merupakan kelompok bumiputera dan sebagai
    kelompok bumiputera mereka mewakili 73.2. Cina
    terdiri daripada 578,600 (26.6) sementara India
    adalah 4,300 (0.2).
  •  

11
SARAWAK
  • Hampir semua etnik sama ada Iban, Bidayuh, Orang
    Ulu adalah penganut kepercayaan tradisional atau
    Kristian dan sebilangan kecil Islam.
  • Dahulunya penduduk luar bandar tapi sekarang
    berjaya dlm sektor perdagangan atau komersial di
    bandar2 utama.
  • Melayu juga ramai tinggal di perkampungan
    terutama di Kuching, Kota Samarahan dan
    Sibu.(ramai terlibat dgn pertanian)
  • Yang tinggal di bandar terlibat dgn sektor awam

12
SABAH
  • Tidak terdapat kelompok yang terbesar dari segi
    saiz penduduknya. Empat kelompok bumiputera dan
    Melayu adalah tidak jauh berbeza dari segi
    peratusan.
  • Kadazandusun merupakan etnik terbesar dengan
    jumlah 519,800 (24.8) dan ini diikuti oleh
    bumiputera lain sebanyak 431,800 (20.6), Bajau
    386,100 (18.5) dan Melayu 360,500 (18.5).
  • Kadazandusun, Bajau, Murut dan bumiputera lain
    merupakan penduduk luar bandar, sementara Cina
    menduduki bandar-bandar utama di negeri
    berkenaan.

13
Demografi politik
  • Dewan Rakyat adalah kuasa tertinggi di parlimen.
  • Dominasi Melayu dlm politik negara jelas nyata
  • Sejak p/raya 1994 dan 2004 D.Rakyat ada 219 wakil
  • Pada p.raya 2008 ada 222 kerusi ditawarkan.

14
Samb
  • Kerusi majoriti sebanyak 189 iaitu Melayu
    Semenanjung ada 125 kerusi 34 kerusi Bumiputera
    Sabah Sarawak (kesemuanya 159), 30 kerusi Cina
    dan 33 kerusi plural (bukan majoriti)222
  • Tiada satupun kawasan parlimen di Malaysia yg
    mempunyai majoriti pengundi India !!!

15
PILIHANRAYA 2008 MP ISLAM 132MP BUKAN ISLAM 90
16
TABURAN KERUSI MENGIKUT PARTI (BN)
  • UMNO 78
  • MCA 15
  • MIC 3
  • PBB 14
  • SUPP 6
  • GERAKAN 2
  • UPKO 4 JUMLAH 137
  • PBS 3
  • SPDP 4
  • LDP 1
  • PBRS 1
  • PRS 6
  • PPP 0

17
TABURAN KERUSI MENGIKUT PARTI ( PEMBANGKANG)
  • PKR 31
  • DAP 28
  • PAS 23
  • SAPP 2
  • BEBAS 1
  • JUMLAH 85

18
PERATUSAN UNDIBN 50.28PR 49.71
  • UMNO 29.59 PKR 18.5
  • MCA 10.2 PAS 14.05
  • MIC 2.21 DAP 13.72
  • GER 1.99
  • BN SWK 4.14
  • BN SBH 1.62

19
(No Transcript)
20
PENGLIBATAN RAKYAT TEMPATAN DLM POLITIK
PENTADBIRAN
  • ERA PENJAJAH
  • Penglibatan rakyat tempatan terhad
  • SAAT AKHIR ERA PENJAJAH
  • Rakyat mula dilibatkan di peringkat yg paling
    rendah

21
PENGLIBATAN SECARA MELUAS
  • Bermula Selepas Jepun menyerah kalah Inggeris
    kembali ke Tanah Melayu.
  • Inggeris memperkenalkan Malayan Union (MU) iaitu
    gabungan 9 buah negeri Melayu dan 2 negeri selat.
  • Ciri-cirinya
  • Pemusatan kuasa di tgn kerajaan Pusat
  • Raja2 Melayu tiada kuasa kecuali dlm hal agama
    adat.
  • Hak kerakyatan yg bebas berdasar prinsip jus soli

22
PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION
  • Penubuhan UMNO, MCA MIC
  • Semua parti2 ini ditubuhkan bagi memperjuangkan
    kepentingan kaum masing-masing.
  • Akhirnya bergabung membentuk PERIKATAN

23
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)
  • Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada
    orang Melayu di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar.
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) telah
    ditubuhkan pada 11 Mei 1946 akibat penentangan
    terhadap perlaksanaan Malayan Union.
  • UMNO adalah hasil gabungan pelbagai persatuan dan
    pertubuhan Melayu.(lebih 40 pertubuhan)
  • Tujuannya adalah bagi memelihara kepentingan dan
    memperkukuhkan kuasa politik orang Melayu.

24
MALAYAN INDIAN CONGRESS (MIC)
  • Ogos 1946
  • John Thivy adalah presiden pertama bagi parti
    ini.
  • MIC ditubuhkan bagi menjaga kepentingan dan
    kebajikan masyarakat India di Tanah Melayu.

25
MALAYAN CHINESE ASSOCIATION (MCA)
  • Feb 1949
  • Tan Cheng Lok adalah presiden pertama.
  • Tujuan penubuhan parti ini adalah untuk menjaga
    kepentingan dan kebajikan orang Cina.
  • Pesaing utama parti ini adalah Democratic Action
    Party (DAP).

26
  • UMNO-MCA-MIC telah bergabung bagi membentuk Parti
    Perikatan.
  • Pada pilihan raya Persekutuan 1955, Parti
    Perikatan telah menang 51 daripada 52 buah kerusi
    yang dipertandingkan.
  • Ini merupakan petanda bahawa Tanah Melayu sudah
    bersedia untuk memperoleh kemerdekaan.

27
INDEPENDENCE OF MALAYA PARTY
  • Diasaskan oleh Dato Onn Jaafar setelah ahli-ahli
    UMNO menolak cadangannya untuk membuka keahlian
    UMNO kepada semua rakyat Tanah Melayu.
  • Percubaan Dato Onn utk memupuk kerjasama dan
    perpaduan etnik
  • Ia adalah sebuah parti multi-etnik.

28
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
  • Tujuan penubuhannya adalah untuk menubuhkan
    sebuah negara Islam di Tanah Melayu.
  • Ditubuhkan oleh para ulama dari kalangan Melayu
    yang mana suara mereka ditolak dalam UMNO

29
PARTI SEMANGAT 46
  • Merupakan sebuah parti serpihan UMNO yang
    diketuai oleh Tngku Razaleigh Hamzah.
  • Tujuan penubuhannya adalah untuk mengembalikan
    semangat Melayu tahun 1946 yang didakwa telah
    hilang daripada UMNO di bawah kepimpinan Dr
    Mahathir Mohamad.
  • Bagaimanapun, parti ini telah dibubarkan setelah
    kegagalannya dalam pilihan raya Parlimen 1994.

30
  • PARTI KEADILAN RAKYAT
  • Hasil gabungan PKN dan PRM
  • Parti berbagai-bagai kaum.



31
SARAWAK
32
SARAWAK UNITED PEOPLES PARTY (SUPP)
  • Merupakan sebuah parti multi-etnik dan yang
    terawal di Sarawak.
  • Bagaimanapun, ia jelas dimonopoli oleh orang
    Cina.
  • Parti ini mendapat galakan daripada pentadbiran
    kolonial sebagai langkah awal untuk pemerintahan
    sendiri.

33
PARTI KEBANGSAAN SARAWAK (SNAP)
  • Ditubuhkan di kalangan etnik Dayak, dari kawasan
    Skrang- Saribas.
  • Dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.

34
PARTI PESAKA ANAK SARAWAK (PESAKA)
  • Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah.
  • Parti ini mewakili etnik Dayak dari Rejang.
  • PARTI NEGARA SARAWAK (PANAS)
  • Pimpinan Abang Haji Mustapha.
  • Mewakili etnik Melayu dan Melanau.

35
PARTI RAKYAT JATI SARAWAK (BERJASA)
  • Juga mewakili etnik Melayu dan Melanau dari
    Lembah Rejang.
  • Mereka beranggapan PANAS tidak mewakili mereka.
  • Parti ini dipimpin oleh Tuanku Haji Bujang.

36
SARAWAK CHINESE ASSOCIATION (SCA)
  • Sebuah parti politik yang berpandangan sederhana.
  • Semua parti di atas bergabung membentuk Parti
    Perikatan, kecuali SUPP.
  • Masyarakat di Sarawak terpisah kepada beberapa
    parti yang berasaskan etnik dari
    bahagian-bahagian tertentu.

37
(No Transcript)
38
  • Selepas tahun 1970,SUPP yang diterima baik oleh
    masyarakat Cina Sarawak, telah menjadi teman
    pilihan bagi Melayu dan Melanau untuk menubuhkan
    kerajaancampuran selepas pilihan raya umum tahun
    1969/71.
  • Bagi masyarakat Melayu pula, PANAS dan BERJASA
    telah pun bergabung membentuk Parti Bumiputera
    yang dipimpin oleh Abd Rahman Yakub dan Abd Taib
    Mahmud.

39
  • Pada pertengahan 1970-an, parti PESAKA pula
    bergabung dengan Parti Bumiputera membentuk Parti
    Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
  • PERMAS (Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak)
    ditubuhkan dan dipimpin oleh Abd Rahman
    Yakub,Salleh Safaruddin, Sharifah Mardiah dan
    Bujang Ulis.
  • Mereka mendakwa kepentingan mereka telah
    diketepikan oleh PBB.

40
SABAH
41
UNITED KADAZAN NATIONAL ORGANIZATION (UNKO)
  • Diketuai oleh Donald Stephens (kemudian dikenali
    dengan Tun Fuad Stephens).
  • Tujuan penubuhannya adalah untuk menyatupadukan
    Kadazan Dusun dan Bumiputera bukan Islam.
  • UNITED SABAH NATIONAL ORGANIZATION (USNO)
  • Ditubuhkan bagi kepentingan etnik Bajau, Suluk
    dan lain-lain. Diketuai oleh Tun Dato Mustapha
    Dato Harun.

42
SABAH CHINESE ASSOCIATION (SCA)
  • Ditubuhkan bagi memelihara kepentingan
    orang-orang Cina di Sabah.
  • UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO, SCA kemudiannya
    bergabung bagi membentuk sebuah parti Perikatan.
  • Pakatan ini berjaya memenangi pilihan raya dan
    seterusnya membentuk kerajaan negeri Sabah yang
    pertama.

43
PARTI BERSATU RAKYAT JELATA SABAH (BERJAYA)
  • Sebuah parti berbilang etnik dan dianggotai oleh
    Bumiputera Islam dan bukan Islam.
  • Walau bagaimanapun, jelas kelihatan bahawa parti
    ini dimonopoli oleh Bumiputera Islam.

44
PARTI BERSATU SABAH (PBS)
  • Ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan akibat
    tentangan terhadap kepimpinan Harris Salleh dari
    parti BERJAYA.
  • Sebuah parti multi etnik, walaupun jelas
    didominasi oleh bumiputera Bukan Islam.
  • Jatuh pada 17 Mac 1994. Akibat kejatuhannya,
    proses politik Sabah mengalami perbahan yang
    besar.

45
  • UMNO berjanji, sekiranya parti tersebut berjaya
    merampas pemerintahan negeri, jawatan Ketua
    Menteri akan mengikut giliran antara Bumiputera
    Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina.
  • Beberapa parti politik baru tertubuh seperti
    Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti
    Demokratik Sabah (PDS).

46
PEMUPUKAN HE SECARA FORMAL
  • ASAS-ASAS PENTING POLITIK MALAYSIA
  • Kewujudan Kontrak Sosial 1948
  • semasa penggubalan perlembagaan.
  • Perjanjian Malaysia 1963

47
KONTRAK SOSIAL 1948
Satu persetujuan yang dicapai di antara
Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutu
an Tanah Melayu 1948 di bawah naungan
Inggeris.  
  • Kontrak
  • Sosial
  • 1948

Ia berkait rapat dengan bantahan Melayu
terhadap elemen-elemen yang termaktub dalam
Perlembagaan Kesatuan Malaya (Malayan Union)
1946.  
48
PERKARA-PERKARA DALAM KONTRAK SOSIAL
49
  • Peruntukan-peruntukan dalam kontrak sosial
    tersebut menjamin peranan dan ketuanan Melayu
    dalam proses politik negara.
  •  
  • Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu
    Cina dan India dalam negara yang bakal merdeka
    dari Inggeris.
  • Ia dilihat sebagai hasil proses tawar menawar
    antara Melayu dan bukan Melayu kerana semua pihak
    iaitu Melayu, Cina dan India mendapat sesuatu
    dari proses rundingan dan persetujuan yang telah
    dicapai.

50
PERJANJIAN MALAYSIA 1963
  • Merupakan satu lagi persetujuan yang telah
    dicapai di antara para pemimpin Malaya, Sabah,
    Sarawak dan Singapura semasa mereka sama-sama
    bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia.
  • Perjanjian Malaysia tidak mengubah kontrak sosial
    yang telah dicapai di antara Melayu dan bukan
    Melayu.

51
  • Perjanjian Malaysia mengandungi semua tuntutan
    Sabah, Sarawak dan Singapura yang dipersetujui
    dan dimaktubkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan
    Malaysia 1963.
  • Tidak semua perkara yang dituntut oleh
    ketiga-tiga negeri tersebut diterima dan
    dimaktubkan dalam Perlembagaan.
  • Dua puluh perkara merupakan suatu dokumen yang
    mengandungi tuntutan-tuntutan yang dikemukakan
    oleh Sabah sebagai syarat negeri itu bersetuju
    menyertai Malaysia.

52
  • Antara tuntutan tersebut ialah
  •  
  • Agama Tidak memperakukan suatu agama sebagai
    agama rasmi negeri.
  • Bahasa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan
    tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus
    digunakan tanpa had masa.
  • Perlembagaan Penggubalannya patut melibatkan
    semua negeri. 
  •  

53
  • Imigresen Imigresen adalah kuasa pusat tetapi
    soal keluar masuk ke Sabah harus dikawal oleh
    Sabah sendiri
  • Bumiputera Sabah Mendapat hak istimewa seperti
    Melayu.

54
TUNTUTAN YANG DIPERSETUJUI DALAM PERLEMBAGAAN
  • Jadual ke 9, senarai tambahan kepada Sabah dan
    Sarawak dalam Senarai 2A (Senarai Negeri).
  • Jadual ke 9, senarai tambahan kepada Sabah dan
    Sarawak dalam Senarai 3A (Senarai Konkuren).
  • Jadual 10, bahagian 4 dan 5 Pemberian khas kepada
    Sabah dan Sarawak (dalam peruntukan kewangan)
  • Perlindungan-perlindungan khas bagi Sabah dan
    Sarawak

55
HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA
56
HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA
  • Usaha menggalakkan hubungan etnik selepas rusuhan
    etnik 1969 amat mencabar.
  • Walaupun DEB telah dilancarkan bertujuan untuk
    memupuk suatu bentuk hubungan etnik, namun
    cabaran dan rintangannya tidak berkurangan.
  • Ketegangan berasaskan etnik timbul dari masa ke
    semasa.

57
Hubungan Etnik Selepas Penubuhan Malaysia..
  • Peristiwa Kampung Medan yang berlaku awal 2000an
    menunjukkan perpaduan antara etnik yang telah
    dibina selama ini masih tidak mantap.
  • Perpaduan dan integrasi etnik berjaya dalam
    bidang politik di mana ia dapat membawa semua
    etnik utama ke dalam proses politik dan
    pentadbiran.
  • Namun kejayaan dalam bidang politik ini tidak
    dapat diterjemahkan kepada bidang lain terutama
    dari segi kemasyarakatan dan ekonomi.

58
Hubungan Etnik Selepas Penubuhan Malaysia..
Proses perpaduan dan integrasi memerlukan
penglibatan langsung Kerajaan dengan dasar-dasar
bersifat top-down. Dalam konteks ini, DEB dan
dasar-dasar yang selanjutnya merupakan suntikan
daripada Kerajaan yang cuba mewujudkan perpaduan.
Kesemua dasar yang dirangka oleh kerajaan
menyediakan peluang supaya semua etnik berada
dalam satu dimensi fizikal yang sama, sama ada
dalam bidang ekonomi, pendidikan atau
perkhidmatan awam.
59
KESIMPULAN
  • Malaysia adalah sebuah negara berbilang etnik.
    Tiada satu golongan etnik yang dapat menegakkan
    kerajaan sendiri kecuali melalui kerjasama antara
    pelbagai etnik.
  • Kerjasama ini penting supaya tiada kelompok
    dianiayai semata-mata kerana percaturan kuasa dan
    politik sempit.

60
  • Malaysia kini sudah mencapai kestabilan politik
    dan kemakmuran ekonomi antaranya hasil daripada
    penyatuan etnik.
  • Kemerosotan ekonomi negara akan menjejaskan
    kestabilan politik.
  • Oleh itu, survival Malaysia dari segi ekonomi dan
    politik bergantung kepada integrasi yang kukuh
    dan berpanjangan.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com