Soalan Nabi s.a.w : : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?" - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Soalan Nabi s.a.w : : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Description:

Soalan Nabi s.a.w : : – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:110
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 14
Provided by: EDPInt
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Soalan Nabi s.a.w : : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"


1
Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan
muka engkau?" Jawab Iblis "Orang yang berdosa,
bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."
2
Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau
kepada umatku?" Jawab Iblis "Jika seorang Islam
pergi buang air besar serta Tidak membaca doa
pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan
Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."
3
Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan
isterinya,bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis
"Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan
isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan,
maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba
akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan
bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.
Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar
kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan,
durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya
sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa
membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan
daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa
kenyang."
4
Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh
menolak tipu daya engkau?" Jawab Iblis "Jika
dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat
kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya.
Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang,
maka padamlah marahnya."
5
Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling
engkau lebih suka?" Jawab Iblis "Lelaki dan
perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut
bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan)
selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan
diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti
pijat pada bulu itu."
6
Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang
bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau
?" Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki
dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada
leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan
mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik
hati. Apabila dipandang belakangnya maka
terpandang lehernya yang halus dengan pinggang
dan punggung yang bergerak-gerak yang
membangkitkan nafsu. Manakala di pandang
depannya, hamba hiaskan dadanya dengan
bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada
dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati
keduanya atau salah satu daripadanya hingga
bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya.
Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya,
nescaya tidak terpeliharalah farajnya
(kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara
kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara
imannya".
7
Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat
engkau diam ?" Jawab Iblis "Iaitu pada
rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb.
Apabila mereka menyembah selain daripada Allah,
maka hamba cenderungkan hati mereka supaya
bertambah yakin pada perbuatan yang syirik.
Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan
masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu
menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".
8
Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang
menyokong engkau ? Jawab Iblis "Iaitu orang
yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika
berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya
telah hamba binasakan sekelian manusia dengan
mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka
betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu
mengucap La Illahillah dan istighfar maka
binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".
"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba
ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul
itulah anak buahhamba, kerana pada masa hamba
dibuang ke dunia hamba mengembara dengan
bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur
Iblis Syaitan".
9
Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah
kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana
Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi
menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir
kepada iman, dari gelap-gelita kepada
terang-benderang". Jawab Iblis "Maka Iblispun
mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya
"Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah
hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk menarik sekelian Anak Adam kepada
berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di
Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan
pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya
senanglah hamba mencelah di dalamnya"
10
Maka firman Allah SWT "Hai Malaun (yang
dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan
ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia
Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu
meminta ampun kepada Ku".
11
  • Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya
    hamba sangat hairan Melihat dua macam hal
    sekelian hamba Allah.
  • Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal
    mereka itu
  • Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
  • 2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka
    itu mengikut hasutanku.
  • Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi
    kemulaiaanKu
  • Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat
    Muhammad
  • dua kebahagiaan
  • Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah
    (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana
    perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau
    (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi
    maksiat mereka kepadaKu"

12
Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis.
Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita
kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat
Muhammad SAW.SEMOGA KITA SENTIASA MENGINSAFI
SEGALA TIPUDAYA IBLIS INI DANDIHARAP DAPAT
MENYAMPAIKANNYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DARI
SEMASA KE SEMASA...............
13
Rasulullah s. a. w. bersabda, "Sampaikan dari Ku
walau pun sepotong ayat"

(mutpg.20.4.05)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com