Program Berterusan Jarak Jauh FPI UKM - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Program Berterusan Jarak Jauh FPI UKM

Description:

Title: PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM 21/11/2004 Ahad BSS1, FPI, UKM Author: KUIM Last modified by: user Created Date: 11/20/2004 10:48:28 PM – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:161
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 23
Provided by: kuim1
Category:
Tags: fpi | ukm | berterusan | jarak | jauh | program

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Program Berterusan Jarak Jauh FPI UKM


1
Kerajaan UthmaniyyahI II
  • Program Berterusan Jarak Jauh FPI UKM
  • PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM
  • (Kuliah 2/Bab 10 11)

2
OBJEKTIF Bab 10 11
  • Mengetahui kemunculan dan penubuhan Kerajaan
    Uthmaniyyah.
  • Mengenal pasti sejarah kegemilangan dan keagungan
    Kerajaan Uthmaniyyah.
  • Faktor-faktor kemerosotan Kerajaan Uthmaniyyah.

Bab 10 11 / 2
3
PENUBUHANKERAJAAN UTHMANIYYAH
  • Muncul di barat laut Anatolia pada awal abad
    ke-14M.
  • Muncul selepas dunia Islam diserang Monggol pada
    awal abad ke-13M.
  • Peringkat awal dikenali sebagai imarah
    Uthmaniyyah selepas berkembang maju menjadi
    dawlah.

Bab 10 11 / 3
4
PENUBUHANKERAJAAN UTHMANIYYAH
  • Uthmaniyyah berasal dari nama pengasasnya,
    Osman b. Ertughrul.
  • Beliau ialah ketua orang Turki (Kayi).
  • Ibu negeri Bursa Edirne Istanbul.
  • Bertahan selama 6 abad (600 tahun) merangkumi
    Anatolia, Semenanjung Balkan, dunia Arab, Afrika
    Utara, Semenanjung Arab, Caucasus dan kepulauan
    di Lautan Mediterranean.

Bab 10 11 / 4
5
PENUBUHANKERAJAAN UTHMANIYYAH
  • Mereka mempunyai perkaitan dengan orang Turki
    (puak Saljuq).
  • Selepas kejatuhan puak Saljuq pada awal abad
    ke-14M, muncul beberapa imarah orang Turki yang
    bebas.
  • Antara imarah tersebut ialah Germiyan (timur),
    Aydin dan Karasi (barat daya), serta Karaman.
  • 1324M, Orhan b. Osman berjaya menakluki Bursa,
    ibu negeri Byzantium di Anatolia.
  • Ini menyebabkan imarah Uthmaniyyah menerima
    sumber-sumber kewangan untuk berkembang menjadi
    sebuah negara.

Bab 10 11 / 5
6
PERLUASAN KUASAKERAJAAN UTHMANIYYAH
  • Orhan menguasai pula imarah lain.
  • Karasi, diserapkan dalam imarah Osman (1345).
  • Aydin, diambil alih oleh imarah Osman (1348).
  • Karaman, diserapkan dalam imarah Osman (1391).
  • Imarah Osman ialah satu-satunya imarah yang masih
    julang panji gazi (jihad) menentang Byzantium.
  • Gallipoli (di Eropah) berperanan sebagai
    pengkalan untuk meluaskan kekuasaan Uthmani di
    Balkan.
  • 1361M, kota Adrianople (Edirne) jadi ibu negeri
    pada zaman Murat b. Orhan.

Bab 10 11 / 6
7
PERLUASAN KUASAKERAJAAN UTHMANIYYAH
  • Murat berjaya menguasai bandar-bandar lain
    seperti Macedonia (1371-1387M), Bulgaria (1382M),
    Sofia (1385M), Nis (1386M), Serbia (1389M).
  • Bayazid b. Murat berjaya berhadapan dengan
    pemberontalan dalaman dan luaran. Beliau berjaya
    kalahkan pakatan Kristian Hungary di Sungai
    Danube (1396M).
  • Namun Bayazid kalah teruk dengan Timur Lang
    (Timurlane) pada tahun 1402M - Pertempuran Ankara.

Bab 10 11 / 7
8
PERLUASAN KUASAKERAJAAN UTHMANIYYAH
  • Kekalahan kuasa Osmani tidak diambil kesempatan
    oleh pihak Kristian Eropah kerana sibuk
    bercakaran sesama sendiri.
  • Anak-anak Bayazid mula berkuasa semula tapi
    bersaing antara satu sama lain Suleyman, Mehmet,
    Musa dan Isa. Mehmet yang berjaya.
  • Mehmet menyatukan semula Kerajaan Uthmaniyyah di
    bawah satu pemerintahan pada tahun 1413M.
  • Mehmet digantikan oleh anaknya, Murat II.

Bab 10 11 / 8
9
PERLUASAN KUASAKERAJAAN UTHMANIYYAH
  • Banyak wilayah mahukan kuasa autonomi daripada
    Murat II.
  • Untuk berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman,
    Murat II menubuhkan tentera Janissary (Yeniceri)
    melalui sistem devsirme.
  • Muncul perebutan kuasa dalam Kerajaan
    Uthmaniyyah antara golongan bangsawan Turki
    dengan golongan devsirme Yeniceri.
  • Murat II digantikan oleh anaknya, Mehmet II
    (Muhammad al-Fatih).

Bab 10 11 / 9
10
PERLUASAN KUASAKERAJAAN UTHMANIYYAH
  • 29 Mei 1453M, kota Constantinople ditakluki oleh
    tentera Mehmet II, dinamakan Istanbul.
  • Pengaruh dan kuasa golongan bangsawan Turki sudah
    berakhir.
  • Manakala pengaruh dan kuasa golongan devsirme
    mula meningkat.
  • Mehmet II membangunkan semula Istanbul dengan
    menjemput penduduk dari semua kalangan bangsa
    datang ke Istanbul.
  • Mereka diberi galakan dan kemudahan. Cukai
    dikurang atau dihapuskan, kebebasan agama, budaya
    dan bahasa diberi jaminan.

Bab 10 11 / 10
11
ZAMAN KEAGUNGAN UTHMANIYYAH
  • Zaman ini merangkumi era pemerintahan
  • Sultan Bayazid II b. Mehmet II.
  • Sultan Selim I b. Bayazid II.
  • Sultan Suleyman al-Qanuni b. Selim I
  • Namun Kerajaan Uthmaniyyah berhadapan dengan
    kuasa baru Eropah, Empayar Hubsburg di Vienna
    (Austria).
  • Gerakan ketenteraan Suleyman begitu agresif
    sehingga beliau berjaya menguasai sebahagian
    kecil Eropah (wilayah Balkan).
  • Aktiviti kesenian dan keilmuan berkembang maju
    menerusi pembinaan masjid dan istana, serta kolej.

Bab 10 11 / 11
12
ZAMAN KEAGUNGAN UTHMANIYYAH
  • Meskipun zaman Suleyman dianggap zaman kemuncak
    pemerintahan Uthmaniyyah, akan tetapi bibit
    kelemahan sudah bercambah pada ketika itu.
  • Pemerintahannya yang terlalu lama menyebabkan
    beliau mula menyisih dan memberi tugas
    pentadbiran kepada Perdana Menteri.
  • Kemenangan golongan devsirme ke atas golongan
    bangsawan Turki turut mendorong faktor kelemahan
    ini.
  • Masing-masing mula mencari kuasa dan pengaruh,
    termasuk pihak sultan sendiri.
  • Ini ditambah pula dengan pengaruh harem.

Bab 10 11 / 12
13
ZAMAN KEMEROSOTOAN UTHMANIYYAH
  • Selepas era pemerintahan Sultan Suleyman Kanuni,
    kerajaan pusat mula mengalami kelemahan.
  • Masalah ekonomi mula meruncing dan menjejaskan
    tahap kualiti kehidupan pelbagai peringkat sosial
    masyarakat Uthmaniyyah.
  • Muncul beberapa pemberontakan dalaman yang tidak
    berpuas hati dengan apa yang dialami.
  • Namun beberapa usaha pemulihan tetap diteruskan
    oleh para sultan pada abad ke-17M seperti Sultan
    Osman II, Murat IV serta keluarga Koprulu.
  • Akan tetapi usaha pemulihan ini hanya bersifat
    sementara, memandangkan pihak musuh sentiasa
    mengambil kesempatan atas kelemahan kuasa pusat.

Bab 10 11 / 13
14
http//www.theottomans.org/
http//www.naqshbandi.org/ottomans/
http//www.friesian.com/turkia.htm
http//www.metmuseum.org/toah/splash.htm
http//en.wikipedia.org/wiki/Ottoman_Empire
http//www.turizm.net/turkey/history/ottoman1.html
http//almashriq.hiof.no/turkey/900/950/956/sultan
s/thumbnails.html
http//www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam
/empires/ottoman/
Logo Kerajaan Uthmaniyyah dan Tapak Web Berkaitan
15
(No Transcript)
16
(No Transcript)
17
(No Transcript)
18
(No Transcript)
19
Usman dan Urkhan
20
Sultan Selim III danSultan Mahmud II
21
(No Transcript)
22
KESIMPULAN
  • Kerajaan Uthmaniyyah pada asalnya, hanya sebuah
    imarah yang berkembang menjadi sebuah dawlah.
  • Muncul dengan siri peperangan yang bertujuan
    untuk mengekalkan integriti Uthmani di kalangan
    imarah lain.
  • Turut mengganggu gugat kuasa Eropah di Balkan, di
    samping menguasai kota Istanbul.
  • Berhadapan dengan cabaran dalaman dan luaran,
    menyebabkan mulai lemah dalam aspek pentadbiran.
  • Aspek kesenian, seni bina dan keilmuan berkembang
    pesat dengan pembinaan masjid, istana, jambatan
    dan madrasah (universiti).
  • Kerajaan Uthmaniyyah terus bertahan sehingga
    abad seterusnya (18-20M).

Bab 10 11 / 22
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com