INTEGRASI ALAT BANTU MENGAJAR P - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

INTEGRASI ALAT BANTU MENGAJAR P

Description:

Dr. Arba at Hassan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia * * PENGENALAN Negara membangun memerlukan lebih ramai guru mempunyai pengkhususan bidang ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:388
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 30
Provided by: DrAr4
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: INTEGRASI ALAT BANTU MENGAJAR P


1
INTEGRASI ALAT BANTU MENGAJAR PP
  • Dr. Arbaat Hassan
  • Fakulti Pendidikan
  • Universiti Kebangsaan Malaysia

2
PENGENALAN
  • Negara membangun memerlukan lebih ramai guru
    mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan
    komunikasi maklumat (ICT).
  • Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan
    proses PP akan berlaku. Antaranya, pengajaran
    berpusatkan guru (teacher-centered) kepada
    pengajaran berpusatkan pelajar (student-centered
    yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan
    penemuan (exploratory discovery).

3
samb
  • ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan
    kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara
    aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala
    sahaja.
  • Menyediakan pelbagai haladua hala, interaktif,
    latihtubi (drill and practice), dll

4
ICT DAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
  • Peranan teknologi maklumat dalam pembangunan
    negara dinyatakan dengan jelas sejak Rancangan
    Malaysia Ketujuh (1996-2000).
  • Menurut dasar ini
  • Kemunculan Era Maklumat menjadi penyumbang utama
    kepada kejayaan persaingan antarabangsa
    meletakkan teknologi maklumat (IT) di kedudukan
    yang penting dalam pembangunan sosio ekonomi
    negara. IT telah diakui sebagai satu teknologi
    penggerak yang strategik untuk menyokong
    pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meningkatkan
    kualiti hidup penduduknya. Dalam tempoh Rancangan
    Malaysia Ke-6 (RME), pelaburan yang besar telah
    disalurkan bagi menyediakan infrastruktur asas IT
    sebagai langkah ke arah menubuhkan rangkaian
    kemudahan dan perkhidmatan yang canggih
    (Rancangan Malaysia Ke-7 19962000, 1996447)
  •    
  •  
  •  
  •  
  •  

5
KONSEP SEKOLAH BESTARI
  • Prinsip yang digunakan sebagai panduan Program
    Pembestarian Sekolah adalah seperti berikut
  • Pembestarian Sekolah perlu melibatkan semua
    sekolah
  • Dilaksanakan secara berperingkat
  • Semua sekolah dilengkapkan dengan kemudahan ICT
  • Memberi tumpuan bagi meningkatkan penguasaan
    pelajar dalam bidang ICT
  • Pengaplikasian ICT bagi meningkatkan keberkesanan
    pengurusan sekolah
  • Pengurangan kos pelaksanaan
  • Penglibatan pihak swasta secara total Bahagian
    Teknologi Pendidikan (BTP) 2006.

6
PEMBESTARIAN SEKOLAH
  • Pembestarian sekolah adalah proses berterusan ke
    arah pembudayaan dalam penggunaan ICT dalam
    pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengurusan
    dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru
    (BTP 2007 KPM 2006).

7
  • Pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah

8
Apa itu integrasi ICT?
  • Integrasi ICT dalam PP bermaksud penggunaan
    teknologi pembelajaran untuk memperkenal,
    mengukuh dan menambah kemahiran PP (Pisapa 1994)
  • Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum
    adalah untuk membantu pelajar memperkembangkan
    kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan
    memahami ICT.

9
samb
  • Peranan ICT dalam PP akan membawa kepada
    kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam
    pembelajaran dan penilaian.
  • ICT boleh berbentuk grafik, fotograf (kaku),
    cinematograf, atau/dan videograf (bergerak).

10
Mengapa perlu pengintegrasian ICT?
  • Meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian
    dan pengajaran
  • Menyediakan sumber yang luas kepada guru-guru dan
    pelajar-pelajar untuk meneroka, mencari bahan
    pengajaran, rujukan dan penyelidikan

11
samb
  • Melalui portal-portal pendidikan, guru dan
    pelajar dapat memanafaatkannya pada bila-bila
    masa yang dikehendakinya dan memberi kefahaman
    lebih (e.g. dalam eksperimen Sains, guru
    menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja
    tetapi melalui portal pendidikan (i.e.
    pembelajaran virtual) mereka boleh mengulang
    berkali-kali dan pada bila-bila masa sehingga
    mereka puashati dan memahami isi kandungan
    sesuatu tajuk).

12
samb..
  • guru dan pelajar dapat bertukar-tukar idea sesama
    mereka (e-mail, net meeting, chat room)
  • memberi peluang kepada guru dalam memperkenalkan
    pembelajaran secara kontekstual yang mana lebih
    berfokuskan aktiviti dan masalah sebenar.

13
samb..
  • pelajar boleh menguasai pelbagai kemahiran
    manipulatif seperti kemahiran pemprosesan
    perkataan (words), pangkalan data (database), dan
    grafik (kaku atau bergerak), serta boleh membuat
    pembentangan tugasan menggunakan alat-alat
    teknologi.
  • Membolehkan guru mengumpul maklumat yang perlukan
    masa yang lama atau terlalu mahal untuk
    diperoleh.

14
samb..
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang
    menyeronokkan dan mencabar.
  • Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana
    eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil
    atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
  • .

15
samb..
  • Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan
    pelajar.
  • Meningkatkan kemahiran ICT.

16
PERALATAN ICT DALAM PP
  • Komputer (desktop laptop notebook, palmtop,
    dsb)
  • kamera (analog, digital, video)
  • overhead projector, projektor LCD, visualizer
  • Transperansi (lutsinarBW/warna)
  • slaid dan
  • peralatan multimedia lain (hardware software,
    and courseware).

17
  • Sebahagian peralatan yang digunakan dalam PP

18
STRATEGI MENGINTEGRASI ICT DALAM PP
  • Peranan Pemimpin Sekolah
  • kewangan
  • menjadi model pengguna ICT dalam pentadbiran
  • memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan
    dan digunakan secara optimum oleh guru-guru
    semasa PP dijalankan
  • memberi perhatiaan kepada perkembangan dan
    pembangunan staf dalam ICT

19
Samb..
  • Peranan guru
  • -menilai setiap perisian yang sesuai sebelum
    menjalankan proses PP
  • -melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan
    peralatan ICT
  • -memantau penggunaan aplikasi pemprosesan
    perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah
    perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan
    pelajar daripada perkara yang lebih penting.
  • -strategi guru menggunakan ICT dalam proses PP
    harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran
    dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran
    berdasarkan tahap pelajar.

20
samb..
  • Sokongan daripada pihak luar
  • -Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber
    rujukan yang paling relevan untuk mendapat
    khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah PP
    menggunakan ICT.
  • -Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan
    sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi
    untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua
    warga sekolah

21
KEKANGAN DAN CABARAN PENGGUNAAN ICT DALAM PP
  • Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus
  • Sikap Negatif Guru
  • Kekurangan Kemahiran
  • Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan
  • Jurang ICT dan Digital
  • Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

22
Kriteria objek pembelajaran secara virtual
  • harus direkabentuk bagi tujuan ruang yang
    berinformasi
  • Interaksi semasa pembelajaran berlaku di
    sekitarannya memberikan maklumat dalam bentuk
    teks dan dunia tiga dimensi (3D)
  • Pelajar bukan sahaja aktif tetapi menjadi
    pelakun mereka membantu membentuk ruang secara
    virtual.
  • tidak terhad kepada pendidikan jarak jauh (PJJ)
    sahaja

23
samb
  • dapat menyepadukan teknologi dan pendekatan
    pedagogi pelbagai (integrate heterogenous
    technologies and multiple pedagogical approaches)
    yang berinformasi, kolaborasi, dan berkaitan
    dengan pengurusan masa
  • Pembelajaran secara virtual di suatu aspek pula
    mungkin mempengaruhi pembelajaran yang lebih
    efektif
  • bertindan dengan sekitaran secara fizikal
    menjadikan pengajaran dan pembelajaran secara
    pelbagai

24
Contoh pengaplikasian OPV bagi pelajar-pelajar
Sains
  • Dapat mempamerkan perkaraperkara abstrak kepada
    pelajar-pelajar, contohnya dalam atom dan
    pergerakannya di dalam sesuatu keadaan pada suhu
    bilik dan juga suhu yang berbeza
  • Mempamerkan sel-sel daun yang terlibat dalam
    proses fotosintesis hanya boleh dilihat jika
    menggunakan mikroskop dapat dialami prosesnya
    dalam pembelajaran secara virtual

25
  • Sesuatu proses yang mengambil masa panjang dapat
    dipamerkan secara langsung prosesnya dalam masa
    yang lebih singkat seperti dalam pembentukan
    kristal kuprum sulfat

Atom dan pergerakannya http//www.mhhe.co
m/physsci/chemistry/essentialchemistry/flash/gases
v6.swf
Pembentukan kristal kuprum sulfat
http//www.geocities.com/Hear
26
  • Mempamerkan dan memendekkan masa bagi menunjukkan
    satu proses yang memakan masa yang lama,
    contohnya, proses pertumbuhan dan perkembangan
    manusia (development of human fetus) atau
    lain-lain haiwan
  • Mempamerkan proses pertumbuhan biji benih atau
    tunas pada daun bunga berkembang proses
    pembahagian sel ibu (mother cell) menjadi
    beberapa sel-sel anak (daughter cells) dalam masa
    yang sesuai.

Amoeba asexual
Pertumbuhan tepi daun pada tumbuhan
27
  • Mempamerkan proses mitosis (prophase, metaphase,
    anaphase, dan telophase) dan juga meiosis yang
    memungkinkan pelajar-pelajar melihat
    peringkat-peringkat pembahagian sel (prophase I,
    metaphase I, anaphase I, telophase I dan prophase
    II, metaphase II, anaphase II, telophaseII) dan
    sebagainya.

Bunga berkembang
Mitosis vs meiosis
28
Latihan
  • Senaraikan LIMA sesawang (website) yang ada
    kaitan dengan perkembangan atau proses bagi
    satu-satu tajuk bagi Biologi atau Sains utk
    diintegrasikan dalam PP anda.
  • Sekiranya opsyen anda bukannya Biologi atau
    Sains, buatlah pilihan mengikut bidang anda.
  • Kaitkan dengan YouTube, Animation, atau
    sebagainya untuk menunjukkan proses tersebut
    (panjang minimum pergerakan 5 minit)

29
  • TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com