TATABAHASA - PowerPoint PPT Presentation

Loading...

PPT – TATABAHASA PowerPoint presentation | free to view - id: 476a25-OWYxY



Loading


The Adobe Flash plugin is needed to view this content

Get the plugin now

View by Category
About This Presentation
Title:

TATABAHASA

Description:

Bahasa Melayu Pelancong barat lebih suka _____ di bawah matahari. A dijemur B berjemur C terjemur D menjemur UPSR2000 ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:2660
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 124
Provided by: KPM7
Category:

less

Write a Comment
User Comments (0)
Transcript and Presenter's Notes

Title: TATABAHASA


1
TATABAHASA
Bahasa Melayu
2

PERKATAAN
AYAT
3
TAKRIF KATA
Kata ialah bunyi atau gabungan bunyi dalam
sesuatu bahasa yang diucapkan atau ditulis dengan
menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan maksud
atau makna tertentu.
4
BENTUK KATA
KATA ASAL / KATA TUNGGAL
KATA TERBITAN
KATA MAJMUK
KATA GANDA
5
KATA ASAL / KATA TUNGGAL
  • Kata Asal merupakan perkataan yang
  • tidak menerima imbuhan,
  • tidak mengalami proses penggandaan dan
    perangkaian.

Contohnya sekolah aroma cenderamata
6
KATA TERBITAN
  • Perkataan yang dibentuk melalui proses imbuhan.
  • Kata Terbitan Berawalan
  • Kata Terbitan Berakhiran
  • Kata Terbitan Berapitan
  • Kata Terbitan Bersisipan

7
KATA TERBITAN BERAWALAN
  1. dengan Awalan Kata Nama peN, pel-, per-, ke-,
    juru, maha-, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi-
  2. dengan Awalan Kata Kerja meN, memper-, ber-,
    be-, bel-, ter-, di-, diper-
  3. dengan Awalan Kata Adjektif ter-, se-, te-

8
KATA TERBITAN BERAKHIRAN
  1. dengan Akhiran Kata Nama -an, -wan,
    -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah,
  2. dengan Akhiran Kata Kerja -kan, -i

9
KATA TERBITAN BERAPITAN
  1. dengan Apitan Kata Nama
    peN-...-an, per-...-an, pel-...-an, ke-...-an
  2. dengan Apitan Kata Kerja
    meN-...-kan, ber-...-kan, ber-...-an,
    di-...-kan, meN-...-i, di-...-i, diper-...-kan,
    diper-...-i, memper-...-kan,
    memper-...-i, ke-...-an
  3. dengan Apitan Kata Adjektif
    ke-...-an

10
KATA TERBITAN BERSISIPAN
i. dengan SIsipan Kata Nama
-el, -em ii. dengan Sisipan Kata
Adjektif -el, -er, -em, -in
11
KATA MAJMUK
Rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa
makna tertentu.
12
BENTUK KATA MAJMUK
  • Rangkai kata bebas.
  • Contohnya Duta Besar, gambar rajah, kereta
    lembu, kuning langsat
  • ii. Istilah khusus.
  • Contohnya lut sinar, garis pusat
  • iii. Kiasan atau simpulan bahasa.
  • Contohnya kaki ayam, pilih kasih, bulan madu

13
KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
antarabangsa suruhanjaya tandatangan matahari pesu
ruhjaya kerjasama bumiputera sukarela
kakitangan jawatankuasa setiausaha warganegara ola
hraga beritahu tanggungjawab
14
PENJAMAKAN KATA MAJMUK
  • menggandakan pertama sahaja.
  • Contohnya guru besar guru-guru
    besar
  • ii. menggunakan penanda jamak.
  • semua, banyak, sekumpulan, beberapa,
    persatuan, para, pertubuhan, sebilangan,
    sebahagian
  • Contohnya semua Menteri Besar, sekumpulan
    guru besar, Persatuan Bekas Perajurit

15
PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
  • pengimbuhan awalan atau akhiran sahaja.
  • Contihnya
  • campur aduk dicampur aduk
  • daya serap daya serapan
  • ii. apitan.
  • Contohnya
  • campur aduk
    mencampuradukkan
  • daya serap kedayaserapan

16
KATA GANDA
  • Penggandaan penuh.
  • Contohnya rama-rama, pulau-pulau
  • b. Penggandaan separa.
  • Contohnya lelaki, lelayang, dedaun
  • c. Penggandaan berentak.
  • Contohnya lauk-pauk, anak-pinak

17
Kesalahan penggunaan bentuk jamak Contoh
salah
betul
mereka-mereka rakyat-rakyat kita-kita semua
guru-guru guru besar-guru besar
mereka rakyat kita semua guru guru-guru besar
18
GOLONGAN KATA
Kata Nama (KN)
Kata Kerja (KK)
Kata Adjektif (KA)
Kata Tugas
19
Kata Nama (KN)
  • Kata Nama Am
  • Contoh baju, mimpi, idaman, pokok
  • b. Kata Nama Khas
  • Contoh Rohaya, Kuala Lumpur, Dewan Bandaran
    Kelang
  • c. Kata Ganti Nama
  • Contoh saudara, tuan, beta, beliau

20
Kata Kerja (KK)
  • Kata Kerja Transitif
  • kata kerja yang mesti diikuti oleh objek.
  • Contohnya
  • membeli (makanan)
  • mendiami (kawasan)
  • mempererat (hubungan)

21
Kata Kerja (KK)
b. Kata Kerja Tak Transitif kata kerja yang
tidak diikuti oleh objek. Contohnya
bangun tersenyum membesar (kk tak
transitif tak berpelengkap) beransur
berbantalkan (kk tak transitif
berpelengkap)
22
Kata Adjektif (KA)
Kata Adjektif (KA) menerangkan sifat, rupa atau
keadaan sesuatu.
23
Kata Tugas
Kata yang boleh bersifat pelbagai jenis sama ada
sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan,
pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri
ataupun tugas-tugas lain
24
Kata Tugas
a. Kata hubung
dan, atau, tetapi
b. Kata seru
wah, amboi, aduh, aduhai
c. Kata tanya
bagaimana, siapa, bila, berapa
25
Kata Tugas
d. Kata perintah
sila, tolong, harap
e. Kata pangkal ayat
hatta, maka, syahdan
f. Kata bantu
akan, pernah, sudah
26
Kata Tugas
g. Kata penguat
amat, sangat, paling
h. Kata penegas
juga, lah, tah, pun
i. Kata nafi
tidak, bukan
27
Kata Tugas
j. Kata pemeri
ialah, adalah
k. Kata sendi nama
di, dari, dalam
l. Kata pembenar
ya, benar, betul
28
Kata Tugas
m. Kata bilangan
dua, segala, masing-masing
n. Kata arah
atas, sini, dalam
o. Kata pembenda
yang, -nya
29
Kata Tugas
p. Kata penekan
-nya
30
AKRONIM
Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal
suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata
daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta
dilafazkan seperti kata yang wajar.
31
AKRONIM
  • Gabungan huruf awal rangkai kata nama khas yang
    disingkatkan dengan huruf besar.
  • Contohnya
  • ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
  • IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia)

32
AKRONIM
ii. Gabungan huruf awal/suku kata pertama bagi
rangkai kata nama am ditulis dengan huruf kecil.
Contohnya tabika (taman bimbingan
kanak-kanak) cerpen (cerita pendek)
33
AKRONIM
iii. Gabungan huruf awal dan/atau suku kata
pertama bagi nama khas, ditulis dengan huruf
kecil yang dimulai dengan huruf besar.
Contohnya Bernama ( Berita Nasional
Malaysia) Mara ( Majlis Amanah Rakyat)
34
1. Kata Ganti Nama contoh
aku digunakan apabila bercakap dengan kawan rapat atau kepada Tuhan,
beta digunakan oleh raja dan sultan apabila bercakap dengan rakyat.
patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja dan sultan. digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang amat mesra dengan kita dan dengan Tuhan.
saya digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenal/ orang lain pada umumnya.
kami digunakan sebagai ganti diri orang yang berkata serta teman atau teman-temannya apabila bercakap dengan diri orang kedua.
kita digunakan sebagai ganti diri dan menyertakan diri orang kedua yang menjadi teman bercakap.
anda digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua apabila kita tidak berhadapan muka dengan dia.
35
Awak/ kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita seperti kawan/adik.
tuanku digunakan ketika bercakap dengan sultan atau raja.
baginda digunakan untuk raja, sultan, atau kerabat diraja.
beliau digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati, seperti menteri dan guru.
ia/dia digunakan untuk diri orang ketiga yang umum ( untuk manusia sahaja ).
apa digunakan untuk menanyakan nama benda dan binatang.
mana digunakanuntuk menanyakan benda, binatang, orang dan tempat.
siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang.
apa-apa digunakan untuk hal atau benda yang tidak tentu.
siapa-siapa, sesiapa digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu.
mana-mana digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu.
36
  • KATA SENDI
  • Kata Sendi dari dan daripada
  • dari - Digunakan di hadapan Kata Nama yang
    menyebut tempat, arah,
  • waktu dan masa sahaja.
  • daripada Digunakan untuk menyatakan punca bagi
    manusia, haiwan, benda,
  • perbandingan atau perbezaan,
    asal kejadian, benda abstrak dan
  • untuk menunjukkan
    keanggotaan.
  • Kata Sendi di
  • 1. Kata Sendi di TIDAK BOLEH digunakan untuk
    hal-hal lain KECUALI tempat.
  • 2. Kata Sendi di ditulis berpisah daripada
    kata nama yang mengikutinya.
  • Kata Sendi di TIDAK BOLEH digunakan di hadapan
    Kata Nama yang menerangkan waktu, masa dan zaman.
  • Contoh Negeri Melaka telah berkembang maju
    di zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah. (
    salah )

37
  • Pada
  • Digunakan bagi menunjukkan keterangan atau masa.
  • Contoh Bas kilang itu bertolak pada pukul
    6.30 pagi.
  • 2. Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu
    kerja
  • Contoh Notis mesyuarat agung ada pada
    papan kenyataan.
  • 3. TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama
    atau Frasa Nama yang bermaksud sasaran.
  • Contoh Berdoalah pada yang Maha Esa.
    (salah)
  • Berdoalah kepada yang maha
    Esa. (betul)

38
  • Ke
  • TIDAK BOLEH digunakan untuk perkara-perkara lain
    KECUALI tempat,arah,waktu atau masa.
  • TIDAK BOLEH digunakan di hadapan kata nama yang
    merujuk manusia atau haiwan.
  • Contoh Laporan itu telah diserahkan ke
    pihak polis. (salah )
  • Laporan itu telah
    diserahkan kepada pihak polis. (betul )

39
  • kepada
  • 1. Digunakan untuk menyatakan sasaran yang
    merujuk manusia,haiwan dan unsur mujarad.
  • contoh
  • - Minit mesyuarat itu diserahkan kepada
    Ali.
  • - Adik memberi susu kepada kucing.
  • - Jagalah anak-anak kita supaya tidak
    terdedah kepada bahaya dadah.
  • 2. Digunakan untuk merujuk institusi yang
    berkaitan manusia.
  • Contoh Surat itu hendaklah dihantar kepada
    Pejabat Pendidikan Daerah dengan segera.
  • 3. Digunakan untuk menyatakan pecahan.
  • Contoh Pasukan pengakap itu dibahagikan
    kepada lima kumpulan.
  • 4. Digunakan untuk menyatakan keadaan.
  • ContohSuhu badan pesakit itu meningkat
    kepada 90C .
  • 5. Boleh dipadankan dengan Kata Sendi
    daripada
  • Contoh daripada 70 kepada 80 .

40
  • oleh, oleh kerana dan oleh sebab
  • oleh digunakan menunjukkan hubungan pembuat
    dalam ayat pasif.(di,ter dan kena)
  • Contoh Buku itu ditulis oleh Ali.
  • Budak itu kena pukul oleh
    ibunya.
  • 2. Yang membawa maksud sebab.
  • ContohPelari pecut negara tewas oleh
    sebab kekurangan latihan.
  • 3. Kata Sendi oleh dan kerana TIDAK BOLEH
    digunakan bersama-sama.
  • Contoh
  • Dia dimarahi guru oleh kerana tidak hadir ke
    sekolah.(salah)
  • Dia dimarahi guru oleh sebab tidak hadir ke
    sekolah.(betul)

41
  • dalam dan di dalam
  • 1.dalam digunakan di hadapan Kata Nama yang
    membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai
    ruang atau jarak.
  • Contoh Beberapa perkara telah dibangkitkan
    dalam mesyuarat semalam. (betul)
  • 2. dalam digunakan sebagai Kata Adjektif.
  • Contoh Air perigi itu sungguh dalam.
  • 3. di dalam untuk menyatakan sesuatu yang
    konkrit.(ada ruang fizikal)
  • ContohDuit saya hilang semasa di dalam teksi.

42
  • antara dan di antara
  • antara digunakan untuk menyatakan lingkungan
    yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
  • Contoh Banyak persamaan di antara Siti
    dengan Ani.(salah)
  • Banyak persamaan antara
    Siti dengan Ani.(betul)
  • 2. di antara digunakan untuk menunjukkan arah
    atau ada jarak ruang
  • fizikal.
  • Contoh
  • Pekan Rengit terletak antara Batu Pahat dengan
    Pontian. (salah)
  • Pekan Rengit terletak di antara Batu Pahat
    dengan Pontian. (betul)

43
  • demi dan untuk
  • Perkataan untuk dan demi TIDAK PERLU disertakan
    sekali.
  • Contoh
  • - Kita mesti hidup bersatu padu demi untuk
    kesejahteraan negara.(salah)
  • - Kita mesti hidup bersatu padu untuk
    kesejahteraan negara.(betul)

44
  • KATA PEMERI ialah dan adalah
  • ialah
  • Menghubungkan subjek dan predikat. Boleh
    diletakkan antara subjek dengan predikat berpola
    FN FN.
  • Kedua-dua subjek dan predikat mempunyai makna
    yang sama. Oleh itu subjek dan predikat boleh
    bertukar tempat.
  • Contoh1 Angin ialah udara
  • Udara ialah angin
  • Contoh 2 Singapura adalah jiran
    Malaysia.(salah)
  • Singapura ialah jiran
    Malaysia. (betul)
  • adalah
  • Digunakan untuk menghubungkan antara subjek
    dengan predikat yang berpola FN FA atau FN
    FS.
  • 2. Kata Pemeri adalah memberi huraian
    lanjut subjek yang disebut sebelumnya.
  • Contoh Perkara ini adalah sangat penting.
  • Surat ini adalah daripada
    Pejabat Daerah Batu Pahat.

45
  • KATA NAFI
  • Ada dua bentuk kata nafi bukan dan tidak.
  • 2.bukan berfungsi menafikan frasa nama (FN) dan
    frasa sendi nama(FS).
  • Contoh Ini bukan buku saya.
  • Sumbangan itu bukan daripada
    Ali.
  • 3. tidak berfungsi menafikan frasa kerja(FK)
    dan frasa adjektif (FA).
  • ContohDia bukan memanggil saya. (salah)
  • Dia tidak memanggil saya.
    (betul)
  • Contoh Ayah bukan sihat hari ini.
    (salah)
  • Ayah tidak sihat hari ini.
    (betul)

46
  • KATA ADJEKTIF
  • Kata Adjektif dapat dikenali apabila BOLEH
    didahului atau diikuti dengan Kata Penguat
  • Contoh amat baik / paling cantik / sungguh
    tinggi/
  • amat pintar sekali / sangat
    enak sekali/
  • teramat pandai / tinggi
    sekali
  • 2. Kata Adjektif akan menjadi frasa adjektif
    apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat.
  • Contoh Baju itu cantik
  • (subjek) (predikat)
  • 3. Binaan ter dan paling kata adjektif
    TIDAK PERLU diikuti oleh perkataan sekali.

47
  • KATA PENGUAT ADJEKTIF
  • Kata Penguat digunakan untuk menguatkan maksud
    adjektif.
  • Contoh terlalu nakal / lambat benar
  • 2. Dua unsur Penguat BOLEH HADIR berturutan
    sebelum Kata Adjektif.
  • Contoh Sungguh amat merdu
  • Terlalu amat pedih
  • 3. Apabila Kata Adjektif diimbuhi awalan ter,
    maka Kata Penguat TIDAK DIPERLUKAN lagi.
  • Contoh Ali pelajar yang amat/paling/sangat
    tercerdik.(salah )
  • Ali pelajar yang tercerdik.
    (betul )
  • Ali pelajar yang paling cerdik.

48
  • PENJODOH BILANGAN
  • Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan untuk
    Kata nama Abstrak.
  • Contoh
  • Jasmin mempunyai sebuah pendapat yang boleh
    diterima. (salah)
  • Jasmin mempunyai pendapat yang boleh diterima.
    (betul)
  • 2. Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan
    bagi Kata Bilangan Tertentu seperti - setiap,
    segala, sesetengah, sebahagian dan para. Contoh
  • Setiap orang pelajar mesti hadir pada hari
    terbuka sekolah. (salah)
  • Setiap pelajar mesti hadir pada hari terbuka
    sekolah. (betul)

49
  • KATA TANYA
  • Apa dan Siapa
  • Kata Tanya apa hanya boleh digunakan
    untuk menanyakan nama benda atau binatang sahaja.
  • Kata tanya siapa hanya boleh digunakan
    untuk menanyakan nama manusia.
  • 2. Kata tanya apa TIDAK BOLEH digunakan dalam
    Ayat Penyata.

50
  • BUNYI HAIWAN
  • nyamuk - dengung
  • ular - desis
  • burung - kicauan
  • keldai - meringkik
  • itik - mengakak
  • tikus - berdecit-decit
  • terkukur - berkukur
  • serigala - meraung
  • cengkerik - mengilai
  • beruang - menderam
  • puyuh - berdengut
  • gajah - bertempik

51
harimau - mengaum anak ayam - mencicit
tebuan - berdengung
kumbang - berdengung anjing - menyalak /
berdengking kambing - mengembek
katak - berdengung kuda - berdengus ikan
- berdengus singa jantan - mengaum
kera - mengerih
52
  • BAHASA ISTANA
  • beradu - tidur
  • murka - marah
  • gering - sakit
  • kaus - katil
  • wakil Mahkota - wakil raja
  • santap - makan
  • bersiram - mandi
  • kurnia - menganugerahkan
  • bertitah - berkata

53
jenazah - mayat dinobat - dilantik
Bersemayam - tinggal peterana - tempat duduk
permaisuri - isteri raja berdaulat - bertuah
bahtera - kapal Sepersalinan - sepasang baju
almarhum - arwah
54
  • KATA BILANGAN
  • KATA BILANGAN
  • Kata bilangan tak tentu setengah-setengah, kata
    bilangan pisahan tiap-tiap, dan kata himpunan
    kedua-dua dan sebagainya tidak boleh dipisahkan.
  • Contoh
  • 1. Setengah orang tidak suka akan
    durian.(salah)
  • Setengah-setengah/ sesetengah orang tidak
    suka akan durian. (betul)
  • 2. Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
  • Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin.
    (betul)
  • 3. Kedua orang itu anggota polis. (salah)
  • Kedua-dua orang itu anggota polis.(betul)
  • 4. Berbagai usaha telah dilakukan. (salah)
  • Berbagai-bagai usaha telah dilakukannya.
    (betul)

55
  • KATA BILANGAN
  • Kata bilangan tak tentu, para pula tidak boleh
    diulang menjadi para-para.Contoh
  • 1. Para-para peserta sedang berbaris.
    (salah)
  • Para peserta sedang berbaris. (betul)
  • Kata bilangan tentu seperti satu, dua ,tiga dan
    seterusnya tidak boleh didekatkan sekali gus
    dengan kata bilangan pecahan. Contoh
  • 1. Sudah satu suku jam dia menunggu.(salah)
  • Sudah satu jam suku dia menunggu. (betul)
  • 2. Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
  • Harganya tiga ringgit setengah. (betul)

56
Keterangan Ringkas Tentang Kesalahan Tatabahasa
Bahasa Melayu 1. Kesalahan Dari Segi
Kata Kesalahan ini meliputi sebahagian besar
jenis kata yang terdapat dalam Bahasa Melayu
iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata
sendi, kata hubung, kata majmuk, kata ganda dan
sebagainya. Kesalahan kata nama kebanyakan
merujuk kesalahan dari segi penggunaan kata ganti
diri, hukum DM, penjodoh bilangan serta kata
bilangan. Kebanyakan pengguna terkeliru terhadap
penggunaan kata ganti diri pertama untuk 'dia'
atau 'beliau'. Juga kesalahan menggunakan kata
ganti diri 'ianya' yang sepatutnya tidak boleh
disatukan. Bagi kata bilangan, kesalahan kerap
dikesan apabila kata bilangan, yang menunjukkan
jamak seperti 'semua' digunakan pada kata nama
yang digandakan. Begitu juga kesalahan penggunaan
kata bilangan himpunan yang berawalan 'ber..'
yang perlu digandakan.
57
Contohnya Semua pelajar-pelajar (Salah) Semua
Pelajar (Betul) Kebanyakan penghuni-penghuni
(Salah) Kebanyakan penghuni (Betul) Berminggu
lamanya (Salah) Berminggu-minggu lamanya (Betul)
58
Begitu juga pada penggunaan hukum DM (Diterangkan
dan Menerangkan). Contohnya Klinik Aminah atau
Aminah Klinik, Contoh lain adalah Lain-lain
hal (Salah) Hal-hal lain (Betul) Lain-lain
agenda (Salah) Agenda-agenda lain (Betul)
59
Begitu juga kesalahan dari segi penggunaan
penjodoh bilangan 'buah', dan 'orang, pada kata
bilangan himpunan seperti semua buah rumah atau
semua rumah, Contoh lain adalah
seperti Kebanyakan buah kedai
(Salah) Kebanyakan kedai (Betul) Beberapa orang
pelajar (Betul) Beberapa pelajar
(Salah) Penjodoh bilangan 'orang' tidak boleh
digunakan pada kata bilangan tak tentu kecuali
kata bilangan 'beberapa'. Sementara kesalahan
yang paling ketara apabila menggunakan kata
bilangan 'ramai' dan 'banyak'. Kedua-dua kata
bilangan tersebut bermaksud jamak, namun kata
'banyak' lebih merujuk pada jumlah bilangan
sementara kata 'ramai menggambarkan jumlah pada
keadaan atau suasana. Bagi kata bilangan pecahan
pula seperti 'setengah' tidak boleh berada
bersebelahan kata bilangan tentu. Contohnya tiga
suku kilometer atau tiga kilometer suku.
60
  • Kesalahan Dari Segi Kata Kerja
  • Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan
    penggunaan kata kerja transitif dan kata kerja
    tak transitif dalam ayat. Kedua-dua jenis kata
    kerja ini berbeza penggunaannya dalam ayat.
    Contohnya menentukan kesalahan sama ada ibu
    menanak akan nasi atau ibu menanak nasi. Contoh
    kesalahan lain adalah
  • Ayah menanam akan pokok (Salah)
  • Ayah menanam pokok (Betul)
  • Bagi kata kerja transitif setiap kata kerja
    mestilah diikuti dengan objek frasa nama. Contoh
    lain
  • Datuk menghitamkan lagi rambutnya (Salah)
  • Datuk menghitamkan rambutnya lagi (Betul)

61
Berlainan pula dengan penggunaan kata kerja tak
transitif seperti tidur berbantalkan lengan atau
tidur berbantalkan dengan lengan. Bagi apitan
kata kerja tak transitif ber..kan, tidak
memerlukan lagi sebarang kata sendi setelah kata
kerja tersebut kecuali imbuhan kata kerja tak
transitif ber-. Contoh kesalahan lain adalah
seperti nenek tidur berbantal lengan
(Salah) Nenek tidur berbantalkan lengan
(Betul) Nenek tidur berbantal akan lengan (Betul)
62
Bagi kata kerja pasif, kesalahan kerap dilakukan
apabila menggunakan kata kerja pasif diri
pertama dan kata kerja pasif diri ketiga.
Contohnya Baju itu kakak jahit (Salah) Baju
itu dijahit oleh kakak (Betul) Kuih itu dimakan
oleh saya (Salah) Kuih itu saya makan (Betul)
63
2.1 Apitan me, me.,kan, memper.i,
memper.,kan Sering kali juga kita dapat
melihat bahawa kesalahan penggunaan apitan mei,
mekan, memperi, memper...kan lebih
mengelirukan. Kita perlu berhati-hati apabila
menggunakan apitan-apitan tersebut kerana apitan
tersebut mempunyai fungsi dan maksud tertentu,
Contohnya, gadis itu menghadiahi bunga atau gadis
itu menghadiahkan bunga. Bagi apitan memper..i
dan memper..kan, kedua-dua apitan tersebut
membawa maksud yang berbeza apabila digunakan.
Contoh-contoh tersebut adalah Hakim
menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung
(Salah) Hakim menjatuhkan hukuman gantung
terhadap pesalah itu (Betul) Tuan kadi
memperisteri Aminah dengan jejaka pilihannya
(Salah) Tuan kadi memperisterikan Aminah dengan
jejaka pilihannya (Betul)
64
Sementara apitan memper..i dan memper..kan tidak
boleh digunakan pada kata dasar yang terdiri
daripada kata adjektif. Akhiran pada apitan
tersebut digugurkan. Contohnya Kerajaan
memperdalamkan sungai itu (Salah) Kerajaan
memperdalam sungai itu (Betul) Namun ada kata
yang berapitan menunjukkan perbuatan kena pada
objek utama. Contohnya Doktor menjalani
pembedahan (Betul) Doktor menjalankan pembedahan
(Betul) Kedua-dua ayat tersebut betul dan
membawa maksud yang berlainan. Ayat pertama
bermaksud doktor yang kena bedah sementara ayat
kedua doktor yang membedah.
65
3. Kesalahan Penggunaan Kata Adjektif Kesalahan
lebih tertumpu pada kesalahan penggunaan kata
penguat hadapan dan kata penguat belakang seperti
'sekali', 'paling', 'sungguh' dan sebagainya
mahupun pada imbuhan ter... yang menunjukkan
paling. Contohnya Bangunan itu paling tinggi
sekali (Salah) Bangunan itu paling tinggi atau
tinggi sekali (Betul) Bangunan itu yang
tertinggi sekali (Salah) Rumah itu yang terbesar
(Salah) Rumah itu yang paling besar atau besar
sekali (Betul)
66
Kata adjektif yang menggunakan imbuhan ter- tidak
boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat.
Kesalahan juga dapat dikesan pada penggunaan kata
penguat sangat atau 'paling pada kata adjektif
yang digandakan yang juga telah menunjukkan
'sangat' atau 'paling' tersebut.
Contohnya Keadaan di dalam dewan itu sangat
hingar-bingar (Salah) Keadaan di dalam dewan itu
hingar-bingar (Betul) Dia berkelakuan seperti
keanak-anakan (Salah ) Dia berkelakuan
keanak-anakan (Betul)
67
  • Kesalahan Penggunaan Kata Sendi
  • Ramai yang terkeliru apabila menggunakan kate
    sendi 'dari' dan 'daripada' dalam ayat.
    Contohnya
  • Kita kini berada di zaman sains dan teknologi
    (Salah)
  • Kita kini berada pada zaman sains dan teknologi
    (Betul)
  • Kekerapan kesalahan juga berlaku apabila
    menggunakan kata sendi 'di dan 'ke pada kata
    yang menunjukkan ruang, tempat. Contohnya
  • Malah di antara pendapat tersebut (Salah)
  • Malah antara pendapat tersebut (Betul)
  • Jauh antara pekan Jerantut dengan pekan
    Kuantan... (Salah)
  • Jauh di antara pekan Jerantut dengan pekan
    Kuantan... (Betul)
  • Saya mengucapkan kesyukuran di atas pemberiannya
    (Salah)
  • Saya mengucapkan kesyukuran atas pemberiannya
    (Betul)

68
  • Kesalahan Dari Segi Kata Hubung
  • Kesalahan yang paling ketara yang dilakukan oieh
    pengguna bahasa adalah pada aspek kata hubung
    'apabila' bagi menggantikan kata tanya 'bila'.
    Kebanyakan pengguna menyamakan fungsi kata
    'apabila' dan 'bila'. Contohnya
  • Dia kerap menangis bila dinasihati (Salah)
  • Dia kerap menangis apabila dinasihati (Betul)

69
Begitu juga kesalahan penggunaan kata hubung
'yang' dan 'bahawa' pada ayat pancangan. Kita
kerap menyamakan penggunaan kedua-dua kata hubung
tersebut. Contohnya Dia menjelaskan yang
hukuman itu tidak adil (Salah) Dia menjelaskan
bahawa hukuman itu tidak adil (Betul)
70
6. Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk Kesalahan
penggunaan kata majmuk selalu dikaitkan dengan
kesilapan menentukan sama ada kata tersebut dieja
jarak atau menggunakan tanda sempang. Umumnya
tanda sempang digunakan untuk kata ganda dan kata
majmuk yang digandakan. Contohnya Tiga buah
kapal-terbang dikesan di perairan Malaysia
(Salah) Tiga buah kapal terbang dikesan di
perairan Malaysia (Betul) Guru besar-guru besar
dikehendaki mematuhi arahan (Salah) Guru-guru
besar dikehendaki mematuhi arahan (Betul) Hanya
kata pertama daripada kata majmuk yang dieja
terpisah itu yang perlu digandakan. Bagi kata
majmuk yang dieja sebagai satu perkataan
hendaklah digandakan kesemua kata tersebut.
Contohnya setiausaha-setiausaha.
71
  • Kesalahan Penggunaan Kata Ganda
  • Kata ganda perlu dieja dengan tanda sempang. Sama
    ada kata tersebut kata nama, kata kerja dan
    sebagainya. Hanya yang perlu diberi perhatian
    ialah kata ganda yang menunjukkan jamak yang
    digunakan bersama-sama kata bilangan. Contohnya
  • Semua barang-barang itu (Salah)
  • Semua barang itu (Betul)
  • Banyak kuih-muih dijual di pasar malam (Salah)
  • Banyak kuih / Kuih-muih dijual di pasar malam
    (Betul)

72
Kita juga perlu berhati-hati apabila menulis kata
ganda yang jelas menunjukkan sangat', 'paling',
'sungguh' atau 'saling'. Bagi kata-kata tersebut
tidak perlu lagi ditulis kata 'sangat', 'sungguh'
tersebut. Contohnya Rambutnya yang sangat
kusut-masai itu (Salah) Rambutnya yang sangat
kusut / kusut-masai itu(Betul) Mereka saling
bersalam-salaman (Salah) Mereka saling bersalaman
/ bersalam-salaman (Betul)
73
8. Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri Aspek
penggunaan kata pemeri 'adalah' dan 'ialah' kerap
menimbulkan kekeliruan. Kebanyakan pengguna
bahasa tidak memahami fungsi kata tersebut.
Contohnya Barang itu ialah untuk kekasihnya
(Salah) Barang itu adalah untuk kekasihnya
(Betul) Jelasnya kata pemeri 'adalah'
digunakan pada kata adjektif atau kata sendi
sementara kata pemeri 'ialah' digunakan pada kata
nama.
74
9. Kesalahan Dari Segi Ejaan Kesalahan ejaan
yang paling ketara ialah mengeja kata yang
dipinjam daripada bahasa Inggeris, bahasa Jawa
atau bahasa asing yang lain. Terdapat juga
kegagalan mengeja kata asal dalam bahasa Melayu.
Contohnya Pamer atau pamir , Calon atau
calun Oditorium atau auditorium Terdapat
juga kata dalam bahasa Melayu yang disalah eja
kerana mengikut sebutan biasa penutur jati bahasa
Melayu. Contohnya Raksaksa atau raksasa , nenas
atau nanas, tauladan atau teladan Kesalahan
dapat dilihat juga dari segi mengeja imbuhan 'di'
atau 'ke' pada kata, sama ada perlu dieja rapat
atau dijarakkan. Begitu juga kata sendi tersebut
yang digunakan pada keadaan yang tidak menunjukan
ruang atau tempat. Contohnya Mengucapkan tahniah
di atas kejayaan (Salah) Mengucapkan tahniah
atas kejayaan (Betul)
75
10. Kesalahan Dari Segi lmbuhan Kadang kala
imbuhan yang digunakan pada sesuatu kata itu
tidak tepat. Contohnya pada kata pengeboman atau
pengboman. Kekeliruan timbul apabila menggunakan
awalan tertentu, contohnya sama ada menggunakan
awalan per atau 'pe' pada kata dasar laksana'.
Kesalahan dari segi imbuhan juga dilihat
kesalahan pada ketentuan imbuhan yang tepat
dengan kata dasar yang digunakan. Contohnya
menentukan penggunaan imbuhan 'menge...' Persert
a atau peserta Pemprosesan atau
pemerosesan Mengambarkan atau
menggambarkan Mengcat atau mengecat
76
  • Kesalahan Dari Segi Ayat
  • Selain struktur ayat yang salah dan tergantung,
    kesalahan ayat dapat dilihat daripada kesalahan
    pada ayat nafi, ayat tanya dan ayat pasif.
    Kekeliruan timbul untuk menentukan sama ada
    untuk menggunakan 'bukan atau tidak' pada ayat
    nafi. Begitu juga kesalahan menggunakan partikel
    'kah' dalam ayat tanya. Contohnya
  • Dia membeli baju itu bilakah? (Salah)
  • Bilakah dia membeli baju itu? (Betul)
  • Kesalahan juga dilihat pada ayat pasif diri
    pertama dan ayat pasif diri ketiga. Contohnya
  • Nota itu Azman taip (Salah)
  • Nota itu ditaip oleh Azman (Betul)
  • Ikan itu dipancing oleh saya (Salah)
  • Ikan itu saya pancing (Betul)

77
Begitu juga kekeliruan dari segi pembentukan ayat
gabungan yang predikatnya mempunyai unsur frasa
sendi. Maka kata sendi yang membentuk frasa sendi
tersebut tidak boleh ditiadakan. Contohnya Saya
kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor atau
Melaka (Salah) Saya kurang pasti sama ada dia
tinggal di Johor atau di Melaka (Betul)
78
Peribahasa Maksud
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Semua pekerjaan dapat dilaksanakan sekiranya ada kemampuan, kemahiran atau bayaran.
Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Perbuatan jahat akan dibalas jua akhirnya
Adat juara menang kalah. Dalam setiap usaha mesti terdapat untung ruginya
Air dicincang tiada putus. Perselisihan antara saudara, tidak akan memutuskan persaudaraan itu.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Orang yang diam bukan pengecut.
79
Alah membeli menang memakai. Biar membeli barangan yang mahal sedikit, asalkan tahan lama.
Bagai balak terendam. Orang yang gemuk dan malas bergerak.
Bagai Belanda minta tanah. Orang yang telah diberi sedikit namun minta banyak lagi.
Bagai berkain tiga hasta. Berada dalam keadaan yang serba tidak cukup.
Cacing hendak menjadi naga. Orang kecil-kecilan yang hendak menjadi seperti orang besar-besar atau orang kaya.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Pergaduhan antara keluarga, akhirnya akan berbaik juga.
80
Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga. Jika seseorang ahli keluarga mendapat susah yang lain akan turut susah.
Dapat durian runtuh. Mendapat keuntungan atau kekayaan dengan mudah.
Dapur tidak berasap. Terlalu miskin.
Daripada cempedak baiklah nangka. Daripada tidak ada langsung sedikit pun cukuplah.
Embun di hujung rumput. Bersifat sementara, tidak kekal.
Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Berkawan dengan orang yang sama taraf dengan kita.
81
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Orang baik meninggalkan nama yang baik dan orang jahat meninggalkan nama yang jahat setelah meninggal dunia.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Raja-raja yang berselisih, rakyat yang mendapat kesusahan
82
  • Kata yang telah mantap ditulis sebagai satu
    perkataan
  • Antarabangsa, tandatangan, pesuruhjaya,
    suruhanjaya, bumiputera, jawatankuasa, sukarela,
    kerjasama, kakitangan, setiausaha, olahraga,
    tanggungjawab, warganegara, matahari, beritahu.

83
  • Rangkai kata umum berimbuhan
  • Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja
    ditulis sebagai dua perkataan.
  • Contohnya diambil alih, menerima pakai, kenal
    pastikan, diguna semula.
  • Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu
    perkataan.
  • Contohnya pengambilalihan, pengenalpastian,
    pengemaskinian.

84
  • Penjamakan Kata Majmuk
  • Mengulang sesuatu kata (menggandakan kata majmuk
    melibatkan perkataan pertama)
  • Contoh
  • alat tulis gt alat-alat tulis
  • guru besar gt guru-guru besar
  • kapal terbang gt kapal-kapal terbang

85
  • Penjamakan Kata Majmuk
  • Menggunakan kata yang membawa makna jamak
    (menggunakan penanda jamak)
  • Contohnya
  • semua menteri besar (v)
  • semua menteri-menteri besar (X)
  • banyak kapal terbang (v)
  • banyak kapal-kapal terbang (X)

86
  • Pengimbuhan Kata Majmuk
  • Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau
    akhiran tetap dieja secara terpisah.
  • Contohnya
  • campur aduk gt bercampur aduk
  • ambil alih gt mengambil alih
  • daya serap gt daya serapan
  • Pengimbuhan Kata Majmuk
  • Kata majmuk yang menerima apitan, dieja secara
    bercantum (menjadi satu perkataan)
  • Contoh
  • campur aduk gt mencampuradukan
  • ambil alih gt pengambilalihan
  • daya serap gt kedayaserapan

87
  • Kata Pemeri (ialah)
  • Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan
    persamaan, dan hadir di hadapan frasa nama
  • Contoh
  • Profesor Hamid ialah pensyarah Bahasa Melayu.
  • Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah
    itu ialah pentingnya membaca.
  • Kata Pemeri (adalah)
  • Kata pemeri adalah digunakan secara huraian,
    hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi
    nama. Contoh
  • Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu
    adalah terlalu ringkas.
  • Bungkusan yang dihadiahkan oleh pengetua adalah
    untuk pelajar yang cemerlang.

88
Kesalahan Adalah dimaklumkan bahawa sekolah
akan ditutup esok (X) Dengan ini dimaklumkan
bahawa sekolah akan ditutup esok (v)
89
  • Partikel
  • Dalam bahasa Melayu, terdapat empat partikel,
    -lah, -tah, -kah dan pun.
  • Partikel lah, -tah, dan kah ditulis serangkai
    dengan kata dasar yang mendahuluinya
  • Contoh
  • Buatlah, biarlah, apatah, benarkah
  • Partikel
  • Bagi partikel pun, ada dua cara menulisnya.
  • Partikel pun yang bermaksud juga hendaklah
    ditulis terpisah
  • Contoh
  • dia pun pergi,
  • sekali pun engkau belum bayar

90
  • Partikel
  • Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya
    supaya ditulis serangkai dengan partikel pun.
  • Adapun, walaupun, kalaupun, mahupun, kendatipun,
    lagipun, andaipun, biarpun, meskipun,
    bagaimanapun, ataupun, sekalipun, sungguhpun

91
  • Kata Ganti Singkat
  • Kata singkatan ku dan kau sebagai awalan (pasif)
    ditulis serangkai dengan kata dasar yang
    mengikutinya.
  • Contoh
  • Kutulis, kulambai, kautulis, kaulihat
  • kaulambai
  • Kata Ganti Singkat
  • Kata Ganti singkatan ku, mu, dan nya sebagai
    akhiran ditulis serangkai dengan yang
    mendahuluinya.
  • Contoh
  • rumahku, rumahmu, rumahnya
  • untukku, untukmu, untuknya

92
  • Kata Ganti Singkat
  • Kata Ganti singkatan mu dan nya yang merujuk nama
    Tuhan hendaklah digunakan huruf besar sebagai
    huruf pertama dan tanda sempang perlu ditulis
    sebelum kata ganti singkatan itu.
  • Contoh
  • Rahmatilah hamba-Mu, ya Tuhanku.
  • Kita memohon petunjuk-Nya.

93
  • Adakah ayat Bola itu ditendang oleh saya
    menyalahi tatabahasa?
  • Ayat tersebut memang salah kerana ayat tersebut
    ialah ayat pasif kata ganti pertama (saya).
  • Bagi ayat pasif kata ganti diri pertama dan
    kedua, kata ganti nama hendaklah hadir sebelum
    kata kerja pasif.
  • Contohnya
  • Bola itu saya tendang.
  • Pakaian itu kami simpan di dalam almari.
  • Makanan itu engkau makan sampai habis.

94
  • Sehubungan dengan itu atau sehubungan itu?
  • Bentuk yang lebih tepat ialah sehubungan dengan
    itu.
  • Hal ini demikian kerana sehubungan membawa
    maksud sama hubungan.
  • Sehubungan dengan itu bermaksud sama hubungan
    dengan itu.
  • Lebih mantap jika ditulis
  • Sehubungan dengan hal/perkara itu

95
  • Dari semasa ke semasa atau dari masa ke semasa?
  • Binaan kata sendi nama dari dan ke tidak
    membenarkan pengguguran se- secara berasingan.
  • Sekiranya bentuk se- pada bahagian pertama
    digugurkan, pengguguran bentuk yang sama
    hendaklah dilakukan juga pada frasa sendi nama
    yang kedua untuk keseimbangan (bunyi)

96
  • Penggunaan saling sayang-menyayangi
  • Bentuk tersebut adalah salah.
  • Hal ini disebabkan sayang-menyayangi,
    kasih-mengasihi, bantu-membantu merupakan
    perbuatan yang saling berbalasan dan penggunaan
    saling tidak diperlukan lagi.
  • Oleh sebab itu, bentuk di atas boleh digunakan
    seperti yang berikut
  • sayang-menyayangi
  • saling menyayangi
  • kasih-mengasihi
  • saling mengasihi

97
Pelancong itu tertarik __________ sikap
ramah-tamah penduduk di Malaysia.
A oleh B akan C tentang D dengan

98
menggelek
mengelek
menggalakan
menggalakkan
pendalaman
pedalaman
99
Pelancong barat lebih suka ________ di bawah
matahari. A dijemur B berjemur C terjemur D menj
emur
UPSR200021
100
Penjodoh bilangan
buah, biji, baris, buku, ekor, das, jambak,
genggam, kajang, untai, laras, pucuk, lembar,
papan, keping, hiris
101
________ jala
hamparan
________ permaidani
rawan
________ mercun
papan
________ cendawan
kaki
________ rantai
utas
________ tombak
bilah
________ anggur
gugus
________ kunyit
kaki
________ rebung
pucuk
________ telur
butir
102
Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan
___________ asam gelugur dan beberapa
___________ bawang putih. A
sepotong...biji B sehiris...ulas C
seketul...biji D sekeping...ulas


UPSR1992
103
Simpulan bahasa
ada angin, anak buah, angkat kaki, bendera putih,
batu api, cahaya mata, darah daging, gaji buta,
harga mati, harga pokok, jaga hati, jauh hati,
kepala batu, khabar angin, langkah kanan, makan
angkat,mata duitan, omong kosong, sebatang kara,
tahan lasak
104
Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan
pelancong Jepun itu __________ sehingga dia tidak
tahu yang mana satu hendak dibelinya. A gelap
mata B putih mata C rambang mata D rabun mata

UPSR199426
105
Kata ganda
Perasaannya___________ apabila cita-citanya untuk
mendapat 5A dalam peperiksaan U.P.S.R. tidak
tercapai. A haru-biru B kacau-bilau C
remuk-redam D gundah-gulana
106
Gadis ________ yang memperagakan minyak wangi
dalam iklan televisyen itu ialah sepupu
saya. A lembut B pemalu C elok D ayu

UPSR200225
107
Kesalahan penggunaan kata atau istilah Contoh Per
karangan rumah saya sangat bersih. Sepatutnya
Pekarangan rumah saya sangat bersih.
108
Contoh Kedua ibu bapa saya guru. Sepatutnya
Kedua-dua ibu bapa saya guru.
109
Contoh Bila hari hujan, latihan sukan terpaksa
diberhentikan. Sepatutnya Apabila hari hujan,
latihan sukan terpaksa diberhentikan.
110
Ejaan membezakan makna
Perabot
Perabut
Telor
Telur
Tempoh
Tempuh
111
Kesalahan Struktur Ayat
Lantai ini kamu mesti cuci.(Salah)
Lantai ini mesti kamu cuci.(Betul)
Nota itu Azman taip.(Salah)
Nota itu ditaip oleh Azman.(Betul)
112
  • Kesalahan penggunaan sendi nama dan awalan 'di'
    dan 'ke'
  • Penggunaan sendi nama untuk
  • menunjukkan tempat atau arah, hendaklah
  • ditulis terpisah.
  • Contoh

salah
betul
didunia kebawah diantara keseluruh
di dunia ke bawah di antara ke seluruh
113
Kesalahan Ejaan
Jurukur / Juruukur / Juru ukur ?
Istirehat / Istirahat ?
Tengah hari / Tengahari / Tengahhari ?
Bumiputera / Bumiputra / Bumi putra ?
114
Kesalahan Ejaan Contoh
salah
betul
olih bolih bilek masok lebeh anih
oleh boleh bilik masuk lebih aneh
115
Kesalahan Tanda baca Contoh
salah
betul
tahun 1930an kehendakNya seMalaysia antiAmerika ke
2, ke 2
tahun 1930-an kehendak-Nya se-Malaysia anti-Amerik
a ke-2
116
Tanda baca membezakan makna. Contoh
Ini jambu monyet.
Ini, jambu monyet.
Ini jambu, monyet.
117
Kesalahan Imbuhan
Tidak menggunakan imbuhan pada kata yang
sepatutnya menerima imbuhan. Contoh Kakak
tanak nasi. Sepatutnya Kakak menanak
nasi. Kakak, tanak nasi, kata adik kepada Siti.
118
Menggunakan imbuhan yang tidak tepat atau tidak
sesuai. Contoh Mike Tyson seorang peninju.
Sepatutnya Mike Tyson seorang petinju.
119
Menggunakan imbuhan di tempat yang tidak perlu
dibubuh imbuhan. Contoh Saya meninggal di
Muar. Sepatutnya Saya tinggal di Muar.
120
Imbuhan yang salah.
merbahaya
berbahaya
X
X
memperolehi
memperoleh
X
memperakui
memperakukan
X
memperlebarkan
memperlebar
121
Ayat pasif kata ganti diri I, II, III.
KGD I saya, aku, kami.
KGD II awak, kamu, anda.
KGD III Ali, ibu, dia, beliau.
Bola ini saya sepak. Bola ini disepak oleh saya.
Buku ini awak balut. Buku ini dibalut oleh awak.
Bunga ini ibu tanam. Bunga ini ditanam oleh ibu.
v

v


v
122
Kata Penguat
ter ________
paling ________
v
v
________ nian
________ sekali
v
v
sangat ________
v
________sangat
v
amat ________
v
_______amat
v
sungguh ________
v
________sungguh
v
123
amat ________ sekali
v
sangat ________ sekali
v
sungguh ________ sekali
v
v
teramat ________
v
tersangat ________


paling ter________ sekali
paling ________ sekali

teramat________ sekali

paling ter________

tersangat________ sekali

ter________ sekali
About PowerShow.com