TARIKH : 26 OKTOBER 2007 - PowerPoint PPT Presentation

Loading...

PPT – TARIKH : 26 OKTOBER 2007 PowerPoint presentation | free to view - id: 1aa5b6-ZDc1Z



Loading


The Adobe Flash plugin is needed to view this content

Get the plugin now

View by Category
About This Presentation
Title:

TARIKH : 26 OKTOBER 2007

Description:

BERTAWAKKALLAH KAMU KEPADANYA DENGAN SEBENAR-BENAR TAWAKKAL HANYA KEPADA ALLAH ... rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:81
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 32
Provided by: ACE549
Category:

less

Write a Comment
User Comments (0)
Transcript and Presenter's Notes

Title: TARIKH : 26 OKTOBER 2007


1
KHUTBAH JUMAAT MULTIMEDIA
TAJUK KHUTBAH JUMAAT HARI INI
BERSAMA KITA HAPUSKAN RASUAH
SIRI 43/2007
  • TARIKH 26 OKTOBER 2007
  • BERSAMAAN
  • 14 SYAWAL 1428 H

2
WASIAT KHATIB
  • BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN
  • MEMATUHI SEGALA PERINTAHNYA DAN
  • MENINGGALKAN LARANGANNYA.
  • BERTAWAKKALLAH KAMU KEPADANYA DENGAN
    SEBENAR-BENAR TAWAKKAL HANYA KEPADA ALLAH SAHAJA
    KAMU MESTI BERTAWAKKAL SEKIRANYA KAMU BENAR-BENAR
    BERIMAN.

3
INTISARI KHUTBAH PERTAMA
  • SESUNGGUHNYA KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN HAKIKI AKAN
    DIPEROLEHI APABILA SEGALA TINDAKAN, PEMIKIRAN
    DAN AMALAN BERLANDASKAN KEPADA KEIMANAN DAN
    KETAQWAAN.
  • ITULAH TUNJANG DALAM PEMBENTUKKAN INSAN BERJIWA
    LUHUR KETIKA MELAKUKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP
    DIRI SENDIRI,KELUARGA,
  • MASYARAKAT, ORGANISASI DAN NEGARA.

4
BAHANA ISU RASUAH
  • KHUSUSNYA YANG MEMBABITKAN PENJAWAT AWAM.
  • IANYA MENJADI BUALAN BUKAN SAHAJA DI KEDAI
    KOPI,BAHKAN MENJADI TOPIK PERBINCANGAN
    DIPERINGKAT NASIONAL DAN GLOBAL.
  • IANYA MENJADI JENAYAH YANG MENGUGAT KEPETINGAN
    MASYARAKAT DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA JIKA
    TIDAK DIBENDUNG SEGERA.

5
APA ITU RASUAH?
  • MALAYSIA JUGA TIDAK TERLEPAS DARIPADA BAHANA
    RASUAH KERANA TERDAPAT SEGELINTIR MANUSIA YANG
    SANGGUP MEMBERI DAN MENERIMA RASUAH.
  • IANYA BERLAKU BILA MANA ADA PIHAK YANG
    BERKEPENTINGAN MEMBERIKAN SESUATU IMBUHAN
    TERTENTU DAN ADA PIHAK YANG SANGGUP MENGENEPIKAN
    HARGA DIRINYA DEMI MEMASTIKAN KEINGINAN ORANG
    BERKENAAN TERCAPAI.

6
CONTOH RASUAH
  • BILA MANA ADA PIHAK YANG MEMBERI SOGOKAN KEPADA
    MANA-MANA AHLI JAWATANKUASA TENDER DENGAN TUJUAN
    TAWARANNYA DI TERIMA ATAU DILULUSKAN.
  • DI JALANRAYA,PESALAH MENYOGOK KEPADA POLIS SUPAYA
    TIDAK DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG.
  • IANYA BOLEH BERLAKU DALAM APA JUA KEADAAN SELAGI
    ADA PIHAK YANG MEMBERI SOGOKAN DAN YANG MENERIMA.

7
GEJALA RASUAH
  • MALAYSIA BERADA PADA KEDUDUKAN KE-39 DARIPADA 146
    NEGARA DALAM
  • I NDEKS PERSEPSI RASUAH KETULUSAN
    ANTARABANGSA.
  • BERITA MENGENAI PENYALAHGUNAAN KUASA,PENYELEWENGAN
    WANG SYARIKAT,BANGUNAN YANG TIDAK SELAMAT UNTUK
    DIGUNAKAN,PENDATANG ASING MENDAPAT KAD PENGENALAN
    BERMUTU TINGGI DAN SEBAGAINYA BUKTI IANYA WUJUD
    DI NEGARA INI.

8
IMEJ ISLAM TERCEMAR
  • SEDIH DAN MENDUKACITAKAN KERANA KEBANYAKKAN
    DARIPADA YANG DIHERET OLEH BPR ADALAH BERAGAMA
    ISLAM.
  • MEREKA SEOLAH TIDAK MEMPERSOALKAN HUKUMAN YANG
    BAKAL DI TERIMA DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT.
  • MEREKA AKAN DILAKNAT ALLAH DAN DIBENCI
    MASYARAKAT.
  • MENCERMINKAN LEMAHNYA IMAN DAN RENDAHNYA AKHLAK
    KERANA ORANG ISLAM AKAN BERUSAHA MEMELIHARA
    DIRINYA DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR
    SEPERTI JENAYAH RASUAH.

9
APA ITU RASUAH?
  • ADALAH PERBUATAN SOGOKAN DENGAN WANG ATAU APA-APA
    HADIAH ATAU MANFAAT SEBAGAI GANJARAN
    BALAS,TERHADAP SESUATU HAJAT ATAU KEMAHUAN YANG
    AKAN DAN SUDAH DITUNAIKAN DENGAN CARA YANG SALAH
    ATAU TIDAK BETUL.
  • IANYA BUKAN SAHAJA SALAH DARI SISI UNDANG-UNDANG
    DUNIA MALAHAN BAKAL MENGUNDANG AZAB DI AKHIRAT
  • KERANA IANYA TERSELIT UNSUR KEZALIMAN DAN
    PENGANIYAAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN.

10
FIRMAN ALLAH SURAH AL-BAQARAH AYAT 188
  • ????? ??????????? ???????????? ?????????
    ???????????? ??????????? ????? ????? ???????????
    ????????????? ???????? ????? ????????? ????????
    ?????????? ????????? ???????????
  • Maksudnya
  • dan janganlah kamu makan (atau mengambil harta
    orang lain) di antara kamu dengan jalan yang
    salah,dan jangan pula kamu menghulurkan harta
    kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak
    memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta
    manusia dengan (berbuat) dosa,padahal kamu
    mengetahui (salahnya).

11
SABDA NABI SAW
  • ???????? ????? ????? ?????????? ???????????????
  • Maksudnya
  • Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan
    menerima rasuah.(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn
    Majah)
  • ?????? ???????? ????? ?????? ????? ????????
    ????????? ?????????? ??????????????? ????????????
    ???? ???????????
  • Rasulullah SAW bersabda maksudnya
  • Aku melaknati orang yang memberi rasuah dan
    menerima rasuah serta perantara diantara
    kedua-duanya.(Hadis Riwayat Ahmad,Tirmizi,Ibn
    Hibban dan Abu Daud)

12
RASUAH HARAM DAN BERDOSA
  • IANYA BUKAN SAHAJA HARAM MEMBERI DAN MENERIMANYA
    BAHKAN TURUT MEMBABITKAN PIHAK KETIGA YANG
    BERTINDAK SEBAGAI PERANTARA DI ANTARA PEMBERI DAN
    PENERIMA RASUAH.
  • HADIAH KEPADA PENJAWAT TERTENTU DALAM PENTADBIRAN
    JUGA ADALAH SATU BENTUK RASUAH.
  • SEBAGAIMANA KISAH YANG BERLAKU KEPADA IBNU
    LUTBIAH YANG TELAH DIRIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM.

13
SOHIH MUSLIM SYARAH NAWAWI
  • IANYA MENJELASKAN BAHAWA HADIAH YANG DIBERIKAN
    KEPADA PENJAWAT JAWATAN YANG PENTING ADALAH HARAM
    HUKUMNYA.
  • HARAMNYA ADALAH KERANA JAWATAN YANG DIPANGKU OLEH
    SESEORANG ITU.
  • JIKA HADIAH ITU DIBERIKAN SEBELUM ORANG ITU
    MEMEGANG JAWATAN MAKA HUKUM MENERIMANYA ADALAH
    HARUS DAN TIDAK HARAM.

14
BURUKNYA RASUAH
  • IANYA HANYA DILAKUKAN OLEH SEGELINTIR INDIVIDU
    YANG TAMAK DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI ATAU
    KEMEWAHAN SEGERA.
  • TANPA SEDAR IANYA MENDATANGKAN MALAPETAKA KEPADA
    SESEBUAH ORGANISASI,MASYARAKAT DAN NEGARA.
  • JIKA BERLELUASA BOLEH MENGAKIBATKAN
    KETIDAK-ADILAN,PENGABAIAN TUGAS DAN
    TANGGUNGJAWAB,PECAH AMANAH DAN PENGKHIANATAN.

15
BURUKNYA RASUAH
  • DALAM SEBUAH JABATAN DAN ORGANISASI BOLEH
    MENYEBABKAN SISTEM TUGAS MENJADI LINTANG PUKANG
    DAN MENJEJASKAN USAHA MURNI PEKERJA LAIN YANG
    BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN JUJUR.
  • JUGA HALNYA DENGAN SEBUAH NEGARA,IANYA BOLEH
    RUNTUH DAN HANCUR BILA RAKYATNYA MENGAMALKAN
    RASUAH.
  • KERANA ORANG YANG SUDAH TERBIASA MENGAMALKAN
    RASUAH TERGAMAK MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN
    MENDAPAT WANG,PANGKAT DAN KEMEWAHAN.
  • MEREKA DURI DALAM DAGING KERANA DALAM DIAM-DIAM
    MENGORBANKAN KEHARMONIAN DAN KESEJAHTERAAN
    MASYARAKAT DEMI HARTA DAN KESENANGAN DUNIAWI YANG
    SEMENTARA.

16
RASUAH SIFAR
  • DENGAN MEMBENCI RASUAH.
  • BERKERJASAMA DENGAN PIHAK YANG BERKUASA MEMBASMI
    GEJALA RASUAH SAMADA DI SEKTOR AWAM,SWASTA DAN
    BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN.
  • JUGA DENGAN AZAM DAN KOMITMEN YANG
    BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BERTERUSAN DARI SEMUA
    PIHAK DALAM MENGAJAK MASYARAKAT MELAKUKAN
    KEBAJIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

17
FIRMAN ALLAH SURAH ALI IMRAN AYAT 104
  • ????????? ???????? ??????? ????????? ?????
    ????????? ????????????? ??????????????
    ???????????? ???? ?????????? ????????????? ????
    ??????????????
  • Maksudnya
  • dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang
    menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
    (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat
    segala perkara yang baik serta melarang daripada
    segala salah (buruk dan keji).Dan mereka bersifat
    demikian itulah orang yang berjaya.

18
RASUAH SIFAR
  • KERAJAAN TELAH SEDANG DAN AKAN MELAKSANAKAN
    PELBAGAI PROGRAM MEMBASMI RASUAH,PENYALAHGUNAAN
    KUASA DAN PENYELEWENGAN.
  • TINGKATKAN KETULUSAN SERTA KEBERKESANAN SISTEM
    PENYAMPAIAN AWAM.
  • BPR TELAH MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-40 PENUBUHANNYA
    PADA 1 OKTOBER YANG LALU.
  • SESAMA KITA TINGKATKAN ILTIZAM DAN MENANAM TEKAD
    UNTUK BERSAMA MENCEGAH AMALAN RASUAH,PENYALAHGUNAA
    N KUASA DAN PENYELEWENGAN.
  • HAPUSKAN RASUAH.

19
FIRMAN ALLAH SURAH AL-ASR AYAT 13-
  • ?????? ?????? ???????????? ??????????
  • ??????????? ????? ?????????? ????? ?????? ??????
    ????????? ??????? ?????????? ?????????????
    ???????????? ?????????? ???????????? ???????????
  • Maksudnya
  • Demi masa!Sesungguhnya manusia itu sentiasa di
    dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman
    dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan
    dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan
    kesabaran.

20
???? ?? ?? ????????
  • TUHAN YANG MEMPERKENANKAN DOA
  • ORANG-ORANG YANG TAAT,
  • BERILAH TAUFIK KEPADA KAMI
  • DI DALAM MENTAATI MUAMPUNILAH KEPADA MEREKA
  • YANG MEMOHON KEAMPUNAN
  • BERISTIGHFARLAH KAMU!

21
KHUTBAH KEDUA
22
PESANAN KHATIB
  • BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DAN HANYA KEPADA ALLAH
    SAHAJA KAMU MESTI BERTAWAKKAL SEKIRANYA KAMU
    BENAR-BENAR BERIMAN.
  • HIDUP DI ALAM DUNIA INI SEMENTARA.AKHIRAT
    KEHIDUPAN HAKIKI DAN ABADI.
  • KITA TELAH DITAKLIFKAN DENGAN TANGGUNGJAWAB UNTUK
    MELAKSANAKAN AMALAN BAIK DAN MENJAUHI AMALAN
    BURUK DAN MUNGKAR.
  • KITA JUGA DI SURUH BERJIHAD MELAWAN HAWA NAFSU
    DAN GODAAN SYAITAN YANG MENGUGAT DI DALAM USAHA
    UNTUK MELAKUKAN AMALAN BAIK.

23
INTISARI KHUTBAH KEDUA
  • PERJALANAN KITA BERMULA DI DUNIA DAN BERAKHIR DI
    AKHIRAT.
  • KITA DITUNJUKKAN DUA JALAN UNTUK DI PILIH SEBAGAI
    LALUAN KE AKHIRAT.
  • SATU JALAN YANG BETUL DAN LURUS YANG PENUH DENGAN
    CABARAN DAN GODAAN TETAPI DIHUJUNGNYA PENUH
    DENGAN KEBAHAGIAN DAN KENIKMATAN.
  • SATU JALAN LAGI YANG BERSIMPANG-SIUR,DIPENUHI
    DENGAN KEINDAHAN DAN MEMPERSONAKAN.SESUAI DENGAN
    KEHENDAK HAWA NAFSU TETAPI UNTUK SEMENTARA SAJA.
  • DIHUJUNGNYA PENUH DENGAN PENYESALAN YANG TIDAK
    BERKESUDAHAN DAN AZAB SENGSARA.
  • MARILAH KITA MEMILIH JALAN YANG MENYELAMATKAN
    KITA IAITU JALAN YANG DIREDHAI ALLAH.

24
BANYAKKANLAH SELAWAT DAN SALAM DI HARI YANG MULIA
INI
  • FIRMAN ALLAH SURAH AL-AHZAB AYAT 56
  • ?????? ????? ?????????????? ????????? ?????
    ??????????.
  • ?????????? ????????? ?????????? ???????
    ????????? ??????????? ??
  • ??????????
  • MAKSUDNYA
  • Sesunggunya Allah dan para malaikatnya
    sentiasa berselawat ke atas junjungan nabi
    muhammad,
  • maka wahai orang-orang yang beriman,
    ucapkanlah selawat keatasnya serta ucapkanlah
    salam sejahtera dengan sebaik-baiknya".

25
PENGERTIAN SELAWAT
?? ???? !
  • BERSELAWATLAH (TURUNKANLAH RAHMAT) KEATAS
    PENGHULU KAMI NABI MUHAMMAD DAN KEATAS AHLI
    KELUARGANYA. SEBAGAIMANA ENGKAU TELAH MEMBERIKAN
    RAHMAT KE ATAS NABI IBRAHIM DAN AHLI KELUARGANYA.
  • BERKATILAH KEATAS PENGHULU KAMI NABI MUHAMMAD DAN
    AHLI KELUARGANYA.SEBAGAIMANA ENGKAU TELAH
    MEMBERKATI KE ATAS NABI IBRAHIM DAN AHLI
    KELUARGANYA.
  • PADA SELURUH ALAM SESUNGGUHNYA ENGKAU AMAT
    TERPUJI DAN AMAT TINGGI NAMANYA.

26
PENGERTIAN DOA
  • Ya Allah!
  • Redhailah Khalifah-khalifah Kami Yang
    Bijaksana,para Sahabat Yang Lain,ahli
    Kerabatnya,para Tabien Dan Pengikut Para Tabien
    Seluruhnya Bagi Mereka Ihsan Sampailah Ke Hari
    Kiamat.
  • Ya Allah,
  • Ampunilah orang mukmin lelaki dan perempuan
    samada yang masih hidup atau yang telah meninggal
    dengan rahmatMu Yang Maha Penyayang.

27
  • Ya Allah!
  • Peliharakanlah Raja kami Seri Paduka Baginda
    Yang Di Pertuan Agung Al Wathiqu Billah
  • Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum
    Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah dan ke atas
    Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Tuanku
    Nur Zahirah. Peliharakanlah zuriat-zuriatnya
    serta kaum kerabatnya.
  • Ya Allah!
  • Peliharakanlah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
    Pemangku Raja, Tengku Mohammad Ismail Ibna
    Al-Wathiqi Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.

28
  • Ya Allah!
  • Selamatkanlah Pemimpin-Pemimpin kami,
    ulama-ulama kami serta seluruh umat Islam di
    negeri dan negara kami,belia-belia dan
    wanita-wanita islam di kalangan mereka dengan
    rahmatMu Yang Maha Penyayang.
  • Ya Allah!
  • Muliakanlah Islam dan orang-orang islam serta
    kecewakanlan golongan kuffar dan musyhrikin .
    Hancurkanlah musuh-musuhMu dan musuh-musuh
    agamaMu,sekalipun orang kafir yang mendiami dan
    jadikanlah ketakutan menyelubungi mereka.

29
  • Wahai Tuhan Kami,
  • Bukakanlah di antara kami dan antara kaum kami
    jalan kebenaran dan Engkau jualah sebaik-baik
    Pemberi Petunjuk.
  • Ya Allah!
  • Berikanlah kami kebaikan di dunia dan di
    akhirat serta jauhkanlah kami dari azab api
    neraka.
  • Allah berselawat (memberikan rahmatNya) dan
    memberikan salam sejahtera ke atas Nabi
    Muhammad,ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
  • Segala pujian dan puja hanyalah layak bagi Mu
    Tuhan sekalian Alam.

30
  • Wahai hamba-hamba ALLAH
  • Sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil ,dan
    berbuat kebaikan,serta memberi bantuan kepada
    kaum kerabat dan melarang daripada melakukan
    perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta
    kezaliman.Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan
    larangannya ini)supaya kamu mengambil peringatan
    mematuhinya.

31
  • Maka ingatlah Allah Yang Maha Agung nescaya dia
    akan mengingatimu dan bersyukurlah di atas
    nikmat-nikmatnya nescaya dia akan menambahkan
    lagi nikmat itu kepadamu,dan pohonlah dari
    kelebihannya, nescaya akan diberikannya kepadamu.
    Dan sesungguhnya mengingati Allah itu lebih besar
    (faedah dan kesannya) dan (ingatlah) Allah
    mengetahui apa yang kamu kerjakan

32
??????????? ?????????..... Marilah dirikan solat
  • Lurus dan rapatkan saf anda kerana saf yang sama
    termasuk di dalam kesempurnaan solat.
About PowerShow.com