Title: TEKNOLOGI DAN PERADABAN TEKNOLOGI PURBA ASIA BARAT, AFRIKA
1TEKNOLOGI DAN PERADABANTEKNOLOGI PURBA ASIA
BARAT, AFRIKA AMERIKA
- Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud
- Prof. Dr. Hj. Kamarudin Mohd. Yusof
- Fakulti Kejuruteraan
- http//pkukmweb.ukm.my/drkmy/sejarah/index.html
2TUJUAN KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
- Memahami sejarah pembangunan teknologi dalam
peradaban manusia - Memahami hubungan antara teknologi, kejuruteraan
sains - Memahami falsafah teknologi, kejuruteraan sains
- Memahami perkembangan teknologi, kejuruteran dan
sains terkini dan kesan perkembangan itu terhadap
peradaban moden - Memahami falsafah etika dan penggunaannya dalam
profesion kejuruteraan moden
3SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
- Kursus ini membincangkan faktor-faktor
- teknik
- Saintifik
- Falsafah
- Agama
- Politik
- ekonomi dan
- sosial
- yang mempengaruhi atau dipengaruhi oleh
perkembangan teknologi.
4SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
- Pengenalan
- Tujuan kajian teknologi dan peradaban, berbagai
takrif teknologi - Sains dan teknologi peradaban purba
- Mesopotamia, Mesir, Yunani Helen dan Helenistik,
Rom, Afrika, Amerika, India, Cina, Islam Melayu - Roda, bangunan, piramid, kerja logam, seramik,
jentera perang, saloran air, percetakan, kertas,
kincir air, kincir angin, kek, meriam, istinggar - Gerakan sains dan teknologi ke Barat
- Pemindahan sains dan teknologi ke Barat
- sains dan teknologi Eropah zaman Pertengahan dan
Renaissance - peminggiran ahli seni bina / kejuruteraan sebagai
profesion pada zaman Pertengahan dan - kebangkitan semula pada zaman Renaissance
5SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
- Revolusi sains dan revolusi industri
- Revolusi sains zaman kesedaran, berbagai takrif
sains, kaedah sains, perkembangan dalam bidang
matematik, fizik, kimia, dan biologi - Revolusi industri berbagai takrif kejuruteraan,
teknologi kuasa air dan stim, keretapi, kilang
pembuatan kain, perkakas mesin, kebolehtukaran
bahagian - Penghijrahan ke kota industri, pencemaran,
kemiskinan, kekotoran, wabak penyakit berjangkit,
eksploitasi buruh, gerakan anti-mesin kilang
(Luddite), infrastruktur bandar seperti
pembentungan, saloran gas, pengangkutan,
pengukuhan ahli seni bina / kejuruteraan sebagai
profesion, pemisahan ahli seni bina / jurutera
6SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
- Revolusi Industri Kedua dan perubahan paradigma
sains - Revolusi tenaga tenaga elektrik, penjana
hidroelektrik, enjin pembakaran dalaman, turbin
gas dan jetRevolusi pengangkutan jalan raya,
kereta, kapal dan kapal terbang - Perubahan paradigma sains teori elektromagnet,
kenisbian istimewa, dan kuantum - Revolusi komunikasi telegraf, telefon, radio,
television, radar, transistor dan komputer,
Makmal inovasi sains gunaan - Revolusi pembuatan pembuatan keluli dan kimia,
perkakas mesin, barisan pemasangan Ford,
pembuatan barangan besar-besaran, zaman
kepenggunaan, hiburan massa
7SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
- Sains dan teknologi besar
- Angkasa lepas pengembangan roket dan kapal
angkasa Jerman, Russia, Amerika, Eropah, Cina
dan Jepun, misi ke bulan, marikh, dsb. - Tenaga nukleus pemecahan atom, lunggukan atom
pertama, bom nukleus, dan kuasa nukleus awam - Perang dingin, kompleks tentera-industri,
perlumbaan senjata, dan kemalangan nukleus - Sains dan teknologi tinggi
- Bioteknologi penemuan heliks DNA, kejuruteraan
gen, organisma gen terubah-suai, organisma
transgenik, sel pangkal - Teknologi komunikasi dan maklumat, komputer
peribadi, internet, budaya maya, ledakan
maklumat, nanoteknologi
8SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
- Isu sekitaran
- Pencemaran sekitaran, lubang ozon, penghancuran
ekosistem, perubahan iklim global, pemanasan
global, dan gas rumah hijau Kitaran semula dan
teknologi hijau - Teori perubahan dalam sains dan teknologi
- Penciptaan, inovasi, model inovasi linear dan
pautan rantai, reka bentuk, heuristik, sintesis
dan analisis, lengkung sigmoid hayat produk,
pemindahan teknologi - Falsafah Sains Barat dan Timur,
- Falsafah sains positivisme berlojik, Karl Popper,
Thomas Kuhn dan Islam, falsafah teknologi dan
kejuruteraan - Pembangunan dan pemindahan teknologi
- Pempribumian sains dan teknologi, teori
pembangunan Barat dan Islam, pembangunan mampan
dan lestari, teknologi wajar
9TAKRIF TEKNOLOGI
- Teknologi sebagai penyusunan ilmu untuk mencapai
tujuan praktik (Mesthene 1970) - Sebarang benda atau teknik yang praktikal
dianggap sebagai teknologi - Teknologi sebagai benda yang dibuat (artefak)
atau dilaksanakan (teknik) dan cara membuat
artefak atau melaksanakan teknik (Singer, 1954) - Teknologi sebagai semua teknik untuk mencapai
sebarang tujuan (Ellul, 1964) - Manusia menjadi hamba teknologi
- Teknologi sebagai pengawal alam sekitar
(Carpenter, 1974) - Manusia sebagai tuan kepada alam tabii
- Teknologi sebagai kuasa politik (Spengler, 1934)
- Disalah-gunakan oleh Hitler untuk menguasai
Eropah dengan teknologi ketenteraan yg hebat
10TAKRIF TEKNOLOGI
- Teknologi (Islam) sebagai satu cabang ilmu
praktik untuk mencapai tujuan praktik,
bertunjangkan tawhid, berimbang dan berseimbang
dengan alam sekitar, terkekang dalam lingkungan
had syariah (undang-undang), terlaksana mengikut
sistem etika (Islam) yg mengutamakan keadilan
dipertanggung-jawabkan kepada manusia sebagai
khalifah (pengganti) Allah untuk mentaskhirkan
(mengguna) alam tabii (Wan Ramli Wan Daud, 1991) - Takrif ini memastikan perkembangan teknologi
terkekang dgn perundangan, terlaksana dengan adil
mengikut sistem etika dipertanggung jawabkan
kpd manusia - Pentaskhiran (penggunaan) alam tabii dibenarkan
dengan syarat tidak ada eksploitasi berlebihan
sehingga mencabuli hak org lain dan alam sekitar - Keimbangan dan keseimbangan teknologi dgn alam
sekitar memastikan kesan sebarang teknologi
terhadap alam sekitar tidak merosakkan imbangan
ekologi
11PERMULAAN TEKNOLOGI
- Teknologi bermula jauh lebih awal daripada
kejuruteraan dan sains sejak pada zaman
pra-peradaban lagi - Manusia awal mencipta teknologi kehidupan seperti
artefak alat mudah iaitu pisau, mata lembing,
anak panah, batu pengisar, baji, dan kapak drpd
batu untuk membantu mereka hidup - Teknologi awal penting lain ialah penggunaan api
yang terkawal, pembuatan pakaian dan alat
kegunaan harian - Peradaban agro (6000 SEB) bermula dengan revolusi
pertanian di lembah sungai subur yang mempunyai
cuaca panas, pembanjiran tahunan yang mengendap
tanah, rumput yang menghasilkan bijiran dan
haiwan yang dijinakkan untuk makanan atau haiwan
tunggangan - Permulaan peradaban di Lembah Tigris Eufrates
di Iraq, Nil di Mesir, Indus di India, Huang Ho
di China
12PERMULAAN PERADABAN
Revolusi pertanian
13TEKNOLOGI PURBAAnok, tuas, roda, penulisan
pengiraan
- Pada 5000 SEB, anok dicipta untuk mengangkut
hasil tuaian, tenggala digunakan untuk memecah
tanah, dan tuas digunakan di Mesir untuk
mengangkut air dalam alat syaduf - Pada 3500 SEB, roda telah dicipta di Mesopotamia
dan selepas itu kereta kuda beroda dicipta
sebagai pengangkut umum dan juga sebagai kereta
kuda perang - Pada 3000 SEB, penghasilan makanan cekap yang
mampu menyara lebih ramai orang daripada golongan
petani sahaja menyebabkan kemunculan golongan
bukan petani seperti raja, askar, rahib dan
tukang yang hidup di bandar - Pengurusan penghasilan makanan seperti kawalan
pengairan, pembahagian tanah, penanaman dan
penuaian menjadi lebih kompleks sehingga
menyebabkan penciptaan penulisan piktogram dan
kemudian penciptaan penulisan berabjad dan
pengiraan serta piawai berat dan ukuran
14KEMUNCULAN KOTA
Gerbang Isytar di Kota Babylon
15TEKNOLOGI PURBAPermulaan kajilogam
- Artefak logam tak dilebur terawal di Iraq pada
9500 SEB - Kuprum dan emas tak dilebur adalah terlalu lembut
dan hanya digunakan dalam artefak hiasan sahaja - Pada 3500 SEB gangsa, aloi kuprum yang mempunyai
10 18 timah ditemui secara tersendiri di
Iraq, Mesir, China dan Alam Melayu secara tak
sengaja ketika melebur hasil galian atau membakar
tembikar - Aloi ini lebih kuat dan digunakan secara meluas
dalam senjata dan bekas di seluruh Dunia sehingga
zaman ini digelar Zaman Gangsa - Proses pembuatan lilin lesap bagi barangan gangsa
yang dicipta pada Zaman ini masih digunakan
hingga hari ini - Pada 1500 SEB, besi pertama kali dilebur di
pergunungan Kaukasus akan tetapi suhu lebih
tinggi yang diperlukan memperlahankan
perkembangan teknologi besi - Zaman Besi menyusul setelah kualiti besi
diperbaiki dengan teknik lindapkejut , pengerasan
selonsong pembajaan sesuai untuk pisau pedang
16TEKNOLOGI PURBAPermulaan teknologi tembikar,
kaca kek
- Kain tertenun diperbuat dengan menggunakan roda
pemejaman dan kek pada 6000 SEB - Flax merupakan gentian pertama diikuti oleh bulu
kambing pada 5000 SEB, kapas pada 4300 SEB dan
sutera pada 2700 SEB - Artefak tembikar diperbuat di Alam Melayu pada
6000 SEB, di perbatasan India Iran dan di China
pada 5000 SEB dan di Amazonia Colombia pada
4000 SEB - Tembikar becat dibakar di dalam tanur berkubah
besar - Roda pembuat tembikar dicipta di Mesopotamia pada
3500 SEB dan di China pada 3000 SEB - Roda pembuat tembikar membolehkan pembuatan
tembikar yang mempunyai dinding senipis kulit
telur - Pada 1500 SEB, pembuatan kaca dicipta di Mesir
dan peniupan kaca dicipta sekitar 1000 SEB
17TEKNOLOGI PURBABangunan, jambatan, jalan, kapal,
saloran air, empangan, kolam saliran
- Kemegahan kerajaan dan penyembahan agama
memerlukan bangunan, kuil dan tugu yang besar - Piramid di Mesir sebagai makam Firaun dan
Ziggurat sebagai kuil di Iraq - Teknologi pengangkutan seperti jalan jambatan
diperbaiki dan kereta beroda (tidak di Mesir)
kapal dicipta dan dikembangkan untuk mengangkut
bahan binaan seperti bata kayu ke lembah
Tigris-Eufrates Indus batu kayu di lembah
Nil - Teknologi kapal yang berlunas, berlinggi,
bertulang dan berdinding papan terikat atau
terpaku dikembangkan - Pengurusan air di bandar diselesaikan dengan
pembinaan saliran air hujan dan buangan, dan
saloran air minum dan di ladang dengan pembinaan
permatang, empangan, kolam saliran
18TEKNOLOGI PURBAPengaruh budaya agama Mesir
Mesopotamia
- Budaya dan agama setiap tamadun menentukan jenis
artefak teknologi yang dicipta, cara
penggunaannya dan pengekalannya untuk generasi
seterusnya sistem sosio-teknologi - Sistem sosio-teknologi Mesir yang menekankan
kehidupan selepas mati mendorong penciptaan
teknologi pengawetan mayat dan pembinaan piramid
sebagai makam diraja yang dipenuhi harta, isteri
dan hamba bagi Firaun terus hidup di alam selepas
mati dengan selesa - Sistem sosio-teknologi Ur di Iraq yang menekankan
penyembahan Nanna, tuhan bulan di langit,
mendorong pembinaan kuil berbentuk piramid yang
mencecah langit ziggurat yang merupakan bangunan
3 aras dengan kuil Nanna di puncaknya
19TEKNOLOGI PURBAMesir
Piramid di Giza
20TEKNOLOGI PURBAIraq
Kuil Ziggurat di Ur
21TEKNOLOGI PURBAPengaruh budaya agama Mesir
Mesopotamia
- Piramid bertangga pertama merupakan makam diraja
Firaun Joser yg dikembangkan drpd makam diraja
lazim oleh jurutera Imhotep - Piramid Khufu di Giza, Mesir yg paling besar
253 m segi empat tepat dan tinggi 160 m - Batu dibawa ke tapak dgn kapal, ditarik atas
tanah dgn bantuan pelincir ditarik ke atas
piramid atas tanjakan tanah dgn menggunakan tali
dan tuas - Pembinaan piramid yang begitu jitu memerlukan
pengetahuan mendalam tentang geometri
pengukuran - Bentuk piramid zigurat merupakan bentuk paling
mudah dan tabii bagi longgokan blok batu dan bata
yang amat stabil tanpa sebarang struktur
penyokong yang lain
22TEKNOLOGI PURBAMesir
Piramid Bertangga Firaun Joser
23TEKNOLOGI PURBA Yunani Helen
- Pewaris tamadun Minos, Mycenae Mesir
- Yunani Helen (Yunani Tulen/pra-Iskandar) Yunani
Helenistik (Yunani campuran/pasca-Iskandar) - Walaupun golongan intelek Yunani memandang rendah
kegiatan kejuruteraan dan penciptaan teknologi,
akan tetapi tamadun inilah yang pertama sekali
mengiktiraf profesion jurutera yang digelarnya
architekton, technites atau mechanopoios - Kuil Parthenon untuk Athena di Athens yang dibina
oleh Iktinos dan Kallikrates mempunyai
tiang-tiang keliling yang mendukung palang-palang
yang seterusnya menyokong bumbung kajang . - Batu tiang disambung dengan batang besi untuk
mengukuhkan tiang - Terowong air sepanjang 1 km, selebar 1.7 m dari
bukit 300 m tinggi ke bandar Pulau Samos - Penggunaan pengguling kayu untuk mengheret blok
batu besar - Penggunaan pertama kapi derik utk mengangkat
blok batu berat
24TEKNOLOGI PURBA Yunani Helen
- Negara kota Yunani sentiasa berperang di antara
satu sama lain dan antara teknologi yang
terkembang ialah kapal lancang dan enjin perang - Penciptaan kapal perang jenis lancang seperti
bireme (dua lapis pendayung) trireme (tiga
lapis pendayung) - Penciptaan enjin perang seperti pelancar panah
besar yg digelar oxybele dicipta pada 340 SEB.
Busur panah besar diletakkan pada tripod dan anak
panah di tarik dengan menggunakan win dan dikunci
dengan menggunakan gear sehaladi dalam - pembaling batu yang digelar catapulta utk
memecahkan tembok pertahanan dengan membaling
batu mempunyai rupa bentuk hampir sama dengan
oxybele akan tetapi mempunyai gear sehala di luar
25PELONTAR ANAK PANAH
Pelontar anak panah catapulta
26PELANCAR ANAK PANAH
Pelancar anak panah oxybele
27TEKNOLOGI PURBA YUNANI HELEN
Kuil Parthenon untuk Athena di bukit Akropolis di
Athens
28TEKNOLOGI PURBA Yunani Helenestik
- Teknologi Yunani mencapai kematangan pada zaman
Hellenestik - Kemunculan buku kejuruteraan pertama, Mekanika
karya Straton seorang anak murid Aristotle pada
abad ke-2 SEB - Buku ini menerangkan rangkaian roda gear,
penimbang rasuk, tuas, pengguling, baji, kapi,
tali pelontar, kapstan, takal dan kapi kompleks - Kemudian Philon dari Byzantium mengarang buku
Mechanike Syntaxis dan Pneumatics - Kotaraya Iskandariah dirancang oleh Deinokrates
rumah api Pharos setinggi 147 m di situ dibina
oleh Sotratos - Bentuk menara rumah api ini yang mempunyai
bahagian bawah segi empat, bahagian tengah
oktagon dan bahagian atas bulat menunjukkan
pengaruh fahaman hermetika dan bentuk ini
dikekalkan dalam menara masjid di seluruh Asia
Barat hingga kini - Pembinaan tugu gergasi Helios-Appollo 40 m di
Rhodes oleh Chares - Ktesibios dari Iskandariah mencipta pam paksa,
organ paip hidraulik, papan kunci musik, pegas
logam dan jam - Philon mencipta berbagai mesin automatik untuk
hiburan, dan roda air, Heron dari Iskandariah
mencipta turbin stim Archimedes dari Syracuse
mencipta enjin perang, pam skru dan planetarium
29TEKNOLOGI PURBAYUNANI HELENISTIK
Rumah api Pharos di Iskandariah
30TEKNOLOGI PURBAYUNANI HELLENISTIK
Noria di Hama
31SAINS PURBAMesopotamia Mesir
- Sains yang dikembangkan di Mesopotamia Mesir
berhubung rapat dengan amalan agama dan kegiatan
pertanian - Sistem nombor terawal di Mesopotomia berasaskan
enam-puluhan yang jelas ditunjukkan dalam sistem
berat berdasarkan (1 talent 60 mana 1 mana 60
busyel) dan bilangan 360 hari setahun - Sistem ini masih digunakan kini dalam pembahagian
sudut bulatan kepada 360 darjah dan pembahagian
unit masa - Ilmu geometri merupakan sains pertama
dikembangkan oleh tamadun Mesopotamia Mesir
kerana keperluan pengukuran tanah pertanian - Pengetahuan nisbah 345 untuk segi-tiga tepat
bagi lakaran bentuk segi empat tepat dan luas
bulatan diketahui - Bentuk alam mengikut tamadun Mesopotamia ialah
bumi leper yang ditutup oleh langit semi sfera
manakala tamadun Mesir tidak mempunyai bentuk
alam kerana penumpuannya dengan kehidupan selepas
kematian - Sistem perubatan berasaskan gangguan syaitan dan
ubatan herba
32SAINS PURBAYunani Helen
- Matematik Yunani terbina atas geometri
- Pelopor geometri, Thales menemui garis pusat yang
membahagi dua sama bulatan, kesamaan sudut
segi-tiga sama dua garis yang berpintasan
menghasilkan sudut bertentangan yang sama - Pelopor teori angka Pythagoras menemui angka
genap ganjil, angka segi-tiga segi-empat
(angka diwakili oleh titik susunan berbentuk
segi-tiga spt 1,3,6,10 . . ./segi-empat spt
4,9,16,25 . . .) Teorem Pythagoras iaitu
c2a2b2 utk segi-tiga tepat - Anaximander pelopor teori evolusi organisme
mencadangkan haiwan pertama dari air, kemudian
haiwan darat, manusia drpd haiwan lain - Aristotle mebincang tentang struktur, tabiat
pembesaran tumbuh-tumbuhan dan haiwan dlm bukunya
De Anima - Democritos seterusnya Epicurus mencadangkan
teori atom kebendaan iaitu semua benda terdiri
drpd atom, benda hilang apabila atom bercerai
akan tetapi atom kekal abadi tiada alam lain
selain daripada alam benda
33SAINS PURBAYunani Helen
- Plato (Aflatun) yakin roh wujud menentang
kebendaan Epicurus mencadangkan bumi sebagai
pusat alam - Aristoteles pula mencadangkan jirim bersifat
selanjar, bahan terdiri drpd 4 juzuk iaitu tanah,
udara, api air 4 sifat panas, sejuk, kering
lembab, alam semesta terhad ruangnya, dan bintang
planet bergerak di atas sfera habluran langit - Mengikut perubatan Yunani, kesihatan seseorang
bergantung kepada imbangan empat juzuk air,
udara, tanah dan api (Alcamaeon, Empedocles,
Hippocrates) - Bagi Hippocrates kesihatan juga bergantung kpd
makanan - Hippocrates menghasilkan koleksi cerapan kes
perubatan yg berbentuk saintifik iaitu bebas drpd
tahyul
34SAINS PURBAYunani Hellenistik
- Sains Yunani mencapai kematangan pada Zaman
Hellenestik - Teori matematik Yunani disimpulkan dalam buku
Elements karya Euclids yg digunakan hingga ke
hari ini - Penganggaran nilai ?lilitan bulatan/garis pusat
oleh Archimedes sebagai nilai antara nisbah ini
untuk poligon dalam bulatan yg verteksnya
menyentuh bulatan dgn nisbah ini utk poligon
luaran bulatan yg sisinya menyentuh bulatan yg
sama - Geometri keratan kon dipelopori Appolonius
menghasilkan lengkung elips, parabola hiperbola
dgn memotong kon pada satah tertentu - Galen mengkaji anatomi manusia ketika menjadi
tabib utk pahlawan laga dan mendapati urat
membawa darah bukan udara - Mengikut Galen kesihatan seseorang dipengaruhi
oleh empat humor iaitu kahak, hempedu hitam,
hempedu kuning dan darah - Kehidupan ditentukan roh pneuma dari udara yg
masuk ke paru-paru - Teori tuas dan takal, dan graviti tentu
dipelopori oleh Archimedes - Almagest atau He Matematike Syntaxis karya
Ptolemy/Batlamus
35TEKNOLOGI PURBARom
- Rom mewarisi sains teknologi Yunani tetapi
tidak mengembangkan sainsnya sendiri - Jurutera Rom handal dlm urusan kontrak, penentuan
spesifikasi kos - Dua jenis jurutera ingeniator atau jurutera
tentera architectus atau jurutera arkitek - Jurutera Rom terkenal ialah Censor Appius
Claudius Crassus, Consul Marcus Vispanius
Agrippa, Architectus Marcus Vitruvius Heron - Archetictus Marcus Vitruvius dalam bukunya de
architectura menyatakan ciri jurutera jurutera
mestilah boleh menulis, pelukis yg handal, ahli
matematik, tahu tentang sejarah, pelajar
falsafah, tahu musik, tidaklah jahil tentang
perubatan, tahu pendapat ahli hukum, dan handal
dalam astronomi pengiraan astronomi - Hero/Heron dari Iskandariah mengarang Mekanika,
Belopoiika (teknologi kepungan), Dioptra (kaji
ukur), dan Pneumatics (udara) - 10 jilid buku ini memperihalkan kelayakan
jurutera, prinsip seni bina, perancangan bandar,
bahan binaan, pembinaan kuil, tiga tertib tiang
Doric, Ionic dan Corinthian, bangunan awam,
rumah, hiasan dalaman, bekalan air, geometri,
astronomi dan mekanik termasuk pam roda dan
kincir air, organ air, enjin perang dsb.
36TEKNOLOGI PURBA Rom
- Teknologi jalanraya merupakan teknologi tentera
terpenting Rom kerana tentera Rom boleh bergerak
dengan pantas ke seluruh pelusuk jajahan
takluknya melalui jalan-jalan raya itu - Jalan raya Rom direka dengan mengambil kira
keselarasan supaya pergerakan lebih pantas,
saliran yang cukup supaya tahan hujan, tapak dan
permukaan terlas yang kukuh supaya tahan lama - Jalan raya itu terdiri drpd 4 lapis lapis bawah
batu leper segi-empat tersusun dalam konkrit,
lapisan pasir dalam konkrit, lapisan pasir yang
ditutup oleh batu segi-empat besar - Jurutera Rom handal dalam hidraulik telah
membina saloran air besar daripada batu yg
digelar aqueducts dari sumber air ke bandar
membina jaringan paip plumbum untuk membekal air
ke rumah - Rom dibekali air melalui 11 aqueduct
- Teknologi ciptaan Rom yang membolehkan aquedcut
dibina terutama bagi queduct yang merentas lembah
yang lebar ialah teknologi gerbang
37TEKNOLOGI PURBAROM
Jalan raya Rom
38TEKNOLOGI PURBAROM
Aqueduct Rom
39TEKNOLOGI PURBA Rom
- Gerbang Rom dibina dgn membina penyokong gerbang
dahulu, menyusun bata berbentuk baji utk
membentuk gerbang, meruntuhkan penyokong dan
akhirnya meninggalkan bata-bata itu menyokong
diri sendiri pada gerbang - Kubah juga dibina sedemikian dengan menggabungkan
banyak gerbang dan menggunakan satu lagi
teknologi ciptaan Rom iaitu konkrit - Kubah Rom hanya digunakan sebagai bumbung bilik
bulat seperti kuil Pantheon yg mempunyai berhala
Rom kerana jurutera Rom masih belum mengetahui
penggunaan pedentif untuk meletak bumbung kubah
di atas bilik segi-empat yang dicapai oleh
jurutera Byzantium - Konrit Rom mengandungi abu gunung berapi (simen),
batu kapur batu kikir (agregat) dan air - Konkrit digunakan sebagai pengisi antara blok
batu kubus dalam dinding (opus reticulatum),
antara batu rencam dalam dinding (opus incertum)
dan dinding konkrit bersalut bata dan penggabung
gerbang dalam pembinaan kubah
40TEKNOLOGI PURBAROM
Gerbang Rom
41TEKNOLOGI PURBAROM
Kubah Rom di bahagian belakang bangunan Kuil
Pantheon ni
42TEKNOLOGI PURBAROM
Opus reticulum
Dinding bersalut bata
Opus incertum
Penggunaan konkrit Rom
43TEKNOLOGI PURBARom
- Kejayaan tentera Rom menakluk hampir seluruh
Eropah disebabkan oleh tentera yang berdisplin,
strategi taktik perang yang bijak dan senjata
enjin perang yang hebat - Enjin perang merupakan teknologi yang diwarisi
daripada tamadun Yunani Hellen Hellenistik - catapulta oxybele
- Enjin perang yang disempurkan oleh jurutera
tentera Rom ialah - Ballista yg merupakan pembaikan catapulta Yunani,
diperbuat drpd kayu dan menggunakan bingkai pegas
yg lebih kuat daripada catapulta Yunani - Onager lebih mudah dan murah drpd ballista
terdiri drpd 2 batang kayu yg melengkung,
tersambung di tengah dengan seberkas tali
terpiuh, sebatang palang yg mempunyai pin dan
uncang, terselit dalam berkas tali terpiuh. Alt
ini ditembak dengan menarik palang, mengunci
pin, mengisi bola lempung berisi minyak ke dalam
uncang dan memukul pin keluar
44TEKNOLOGI PURBAROM
Ballista Rom
45TEKNOLOGI PURBARom
Onager Rom
46TEKNOLOGI PURBAAfrika
- Walaupun fosil manusia terawal ditemui di Afrika,
tetapi tamadun penting Afrika terawal, Kush atau
Nubia muncul di Napata di teBing Sungai Nil
sekitar Aswan pada 1000 SEB - Kush pernah menakluk Mesir seketika pada abad
ke-8 SEB - Tamadun ini terkenal dengan emas yg diekspot ke
seluruh Dunia - Bijih besi dilombong dilebur dan besi waja yg
terhasil digunakan untuk membuat senjata besi - Pencapaian tamadun ini dalam penghasilan besi
waja ditunjukkan oleh bukit jermang yg masih ada
di Nubia hingga ke hari ini - Tamadun ini juga merupakan pembina bangunan yang
bijak - Agama asal Kush sama dengan agama Mesir dan
bangunannya mengikut rupa bentuk Mesir - Piramid yang lebih cerun dibina sebagai makam
diraja - Kuil juga dibina mengikut rupa bentuk Mesir
- Pada abad ke-6 SEB, tamadun ini pindah 300 km ke
hulu Nil lagi dari Napata ke Meroe akan tetapi
hancur pada 500 SEB
47TEKNOLOGI PURBAAFRIKA
Pintu masuk kuil di Kush
48TEKNOLOGI PURBAAFRIKA
Piramid Kush
Menara berbentuk papirus di Kush
49TEKNOLOGI PURBAAFRIKA
- Kush diikuti oleh Axum atau Etiopia moden di hulu
Nil dan Nok di Afrika Barat - Di sekitar pantai Afrika Barat Timur, terdapat
banyak kerajaan Afrika pada Zaman Pertengahan yg
mempunyai teknologi yg setara dengan Eropah
seperti kesultanan Ghana - Benin merupakan sebuah bandar berkota yang besar
pada 1600 EB - Tamadun Afrika Barat ini terkenal dengan kerja
logam yang baik terutama emas yg dilombong di
Zimbabwe dan gangsa dgn menggunakan kaedah lilin
lespa terutama di Yoruba dan Benin - Masjid dan istana besar kerajaan Islam di Kilwa
- Kota granit di Zimbabwe
50TEKNOLOGI PURBAAFRIKA
Runtuhan Istana Kilwa di Tanzania 12 EB
Runtuhan Masjid besar Kilwa 12 EB
51TEKNOLOGI PURBAAMERIKA
- Kaum Olmec telah mula membina piramid batu
bertangga seperti piramid Mesir dengan puncak
rata pada 1200 SEB di La Venta, Mexico - Piramid dibina di merata tempat di Amerika Tengah
oleh berbagai kaum seperti Teotihuacan, Toltec,
Maya, Zapotec, Aztec, Moche Inca - Pada 150 EB bandar pertama dan terbesar,
Teotihuacan yg bermakna Bandar Tuhan-Tuhan dibina
hampir dgn bandar Mexico kini - Pembinanya tidak diketahui
- Mitos kaum Aztec Teotihuacan dibina oleh
gergasi bagi menukar manusia menjadi tuhan - Bandar ini yg dirancang mengikut grid yg bersudut
15? ke timur arah Utara menunjukkan pengetahuan
geometri dan astronomi - Piramid terbesar di Teotihuacan ialah Piramid
Suria selebar 213 m dan setinggi 61 m dan
diperbuat drpd batu yg lebih kecil drpd yg di
Mesir - Teotihuacan ditinggalkan pada 900 EB dan
digantikan oleh kaum Toltec yg kemudian ditakluk
kaum Aztec yg menentang tentera Sepanyol
52TEKNOLOGI PURBAAMERIKA
- Kaum Maya di Guatemala juga membina bandar dan
piramid antara 330 900 EB menggunakan sistem
tulisan hiroglif - Kaum Inca membina jalanraya kubu di seluruh
empayarnya di pergunungan Andes untuk tujuan
ketenteraan walaupun tidak mempunyai kereta
beroda - Gerbang batu bertangga dan bukan gerbang betul
digunakan dalam semua bangunan Amerika - Semua bangunan, alat dan senjata dalam tamadun
Amerika dibuat daripada batu sahaja tanpa
penggunaan sebarang logam dan tanpa bantuan alat
yg menggunakan prinsip roda seperti kapi dsb. - Kaum Toltec mengetahui peleburan logam seperti
gangsa hanya pada 950 EB dan itupun untuk
pembuatan barang hiasan dan alat dapur sahaja - Kaum Maya mengembangkan sains matematik dan
astronomi sendiri yg maju melalui cerapan mata
kasar tanpa bantuan teleskop
53TEKNOLOGI PURBAAMERIKA
Piramid olmec
Piramid Maya
Piramid suria di Teotihuacan