Bab Pengurusan Kewangan - PowerPoint PPT Presentation

1 / 55
About This Presentation
Title:

Bab Pengurusan Kewangan

Description:

... kecuali wang berkaitan dengan Agama Islam dimasuk dan diperakaunkan di dalamnya. ... hasil kutipan berkaitan Agama Islam seperti zakat, fitrah dan lain-lain. 46 ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:9486
Avg rating:1.0/5.0
Slides: 56
Provided by: kementeria7
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Bab Pengurusan Kewangan


1
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKTOR
AWAM
PENCERAMAH MD. AZHAN BIN SAMAT KEMENTERIAN
SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)
2
RANGKA CERAMAH
  • Definisi Pengurusan Kewangan
  • Kenapa Pentingnya Pengurusan Kewangan
  • Kumpulan Wang Disatukan
  • Undang-undang Peraturan Mengenai Pengurusan
    Kewangan Sektor Awam (Persekutuan)
  • Pihak Berkuasa Dalam Pengurusan Kewangan
  • Sektor Awam
  • Siapa Bertanggungjawab Mengenai Pengurusan
  • Kewangan Sektor Awam

3
  • Bidang-bidang utama dalam Pengurusan
    Kewangan Sektor Awam
  • Prinsip Utama Pengurusan Kewangan Sektor Awam
  • Kawalan Pengurusan Kewangan Sektor Awam
  • Kelemahan-kelemahan Dalam Pengurusan
    Kewangan Sektor Awam

4
DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN
Pengurusan Kewangan adalah proses yang melibatkan
jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana
dana untuk membiayai perbelanjaan awam
diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Termasu
klah proses-proses yang melibatkan perancangan,
pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai
pencukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan,
perakaunan dan lain-lain yang berkaitan
dengannya.
5
KOMPONEN PENGURUSAN KEWANGAN
  • Perancangan
  • Pelaksanaan
  • Penyelarasan
  • Kawalan
  • Penilaian

6
KENAPA PENTINGNYA PENGURUSAN KEWANGAN
  • Sumber-sumber (manusia, wang, bahan-bahan dan
    masa) adalah terhad
  • Permintaan terhadap sumber-sumber
    tersebut tidak terhad
  • Terdapat alternatif dalam memperolehi dan
  • menggunakan sumber-sumber tersebut

7
  • Pengurusan kewangan adalah nadi bagi sesuatu
    organisasi
  • Sumber-sumber ekonomi tidak dapat digerakkan
    tanpa pengurusan kewangan yang teratur.

8
KUMPULAN WANG DISATUKAN
  • Satu Kumpulan Wang dimana semua hasil kerajaan
    yang diperolehi, kecuali wang berkaitan dengan
    Agama Islam dimasuk dan diperakaunkan di
    dalamnya. Wang dalam Kumpulan Wang Disatukan ini
    tidak boleh dikeluarkan tanpa diluluskan oleh
    sesuatu undang-undang.
  • Mengikut Akta Acara Kewangan 1957, tiga(3) Akaun
    berasingan disenggarakan di bawah Kumpulan Wang
    Disatukan
  • Akaun Hasil Disatukan
  • Akaun Amanah Disatukan dan
  • Akaun Pinjaman Disatukan.

9
Deposit Amanah Terimaan Balik Pendahuluan Pinjaman
HASIL
Pinjaman Dalam Negeri Pinjaman Luar Negeri
KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN
AKAUN HASIL
AKAUN AMANAH
AKAUN PINJAMAN
PERBELANJAAN BEKALAN
DEPOSIT
Bayaran Balik Pinjaman
KUMP.WANG AMANAH AWAM
Emolumen Pmatan Bekalan Pemilikan Harta
Modal Pemberian dan Kenaan Tetap
Caruman
KUMP.WANG AMANAH KJAAN
Caruman
KUMP.WANG PINJAMAN PMAHAN
Caruman
KUMP.WANG PEMBANGUNAN
Terima Balik
PERBELANJAAN TANGGUNGAN
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN
Pinj. Kpd Agensi Kjaan
Peruntukan Diraja Pencen, Pampasan
Ganjaran Perbelanjaan Kerana Hutang
Negara Bayaran Atas Perintah Mahkamah
Perbelanjaan Langsung
Bayaran Balik Pinjaman
KUMP.WANG PENJELAS
Caruman
CARTA 1 Hubungan Antara Akaun Kumpulan Wang Yang
Disatukan
10
UNDANGUNDANG PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN
KEWANGAN AWAM ( PERSEKUTUAN )
  • Perlembagaan Persekutuan
  • Akta Acara Kewangan 1957
  • Arahan Perbendaharaan
  • Pekeliling Perbendaharaan
  • Surat Pekeliling Perbendaharaan dan
  • Akta Audit 1957.

11
Struktur Kuasa Dalam Pengurusan Kewangan Sektor
Awam
YDP Agong JWKA Parlimen
Jemaah Menteri Menteri Kewangan
12
PIHAK BERKUASA MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN
SEKTOR AWAM
PERKARA 39, Perlembagaan Kuasa Pemerintah
Persekutuan adalah terletak pada Yang Di Pertuan
Agong dan kuasa itu boleh dijalankan oleh
mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah
Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan
undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah
kepada orang-orang lain.
13
Seksyen 6(1), Akta Tatacara Kewangan 1957
Berhubung dengan pengurusan kewangan awam, Yang
Di Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah
Menteri melalui Menteri Kewangan yang telah
diberikuasa eksekutif oleh Badan Perundangan
14
SIAPA BERTANGGUNGJAWAB MENGENAI PENGURUSAN
KEWANGAN SEKTOR AWAM
  • Menteri Kewangan adalah bertanggungjawab
  • secara keseluruhan ke atas Pengurusan
    Kewangan Kerajaan Persekutuan.
  • Seksyen 6(1), Akta Acara Kewangan 1957
    (dipinda 1972) menyatakan
  • Pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan
  • kawalan dan arahan bagi semua perkara
  • berhubung dengan hal ehwal Kewangan
  • Persekutuan terletak hak pada Menteri.

15
  • Mengikut Seksyen 15(A)1, Akta Acara Kewangan
    - Menteri Kewangan dibenarkan untuk menurunkan
    kuasanya kepada Pegawai Pengawal yang juga
    menjadi Ketua Pegawai Perakaunan bagi
    agensi-agensi di bawah kawalannya untuk
    melaksanakan tugas pengurusan kewangan di Agensi
    masing- masing.

16
  • Pegawai Pengawal pula secara bertulis boleh
  • melantik pegawai-pegawai di bawah
    jagaannya untuk melaksanakan tugas dan
    tanggungjawab tersebut.
  • Namun, Pegawai Pengawal tidak boleh
    melepaskan diri dari tanggungjawab tersebut.

17
  • Pegawai Pengawal Pegawai Perakaunan
  • Pegawai Pengawal Pegawai yang dilantik oleh
    Menteri Kewangan atau Menteri Besar di bawah
    Sek.15A(1) ATK 1957 yang bertanggungjawab dalam
    pengurusan wang awam dan juga sebagai Ketua
    Pegawai Perakaunan bagi agensi di bawah
    kawalannya.

18
  • Pegawai Perakaunan Pegawai yang ditugaskan
    berkenaan dengan apa-apa wang atau barang-barang
    awam.
  • Mengikut Akta Acara Kewangan 1957
  • Pegawai Perakaunan termasuklah tiap-tiap
  • pegawai awam yang dipertanggungjawabkan
  • dengan tugas-tugas berikut

19
a) Memungut, menerima atau mengakaun wang
awam b) Membayar atau membelanjakan wang
awam dan c) menerima, menyimpan atau melupus
barang-barang awam.
20
BIDANG-BIDANG UTAMA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN
SEKTOR AWAM
  • 1) Pengurusan Belanjawan
  • 2) Pengurusan Hasil
  • Pengurusan Perolehan
  • Pengurusan Perbelanjaan
  • Pengurusan Perakaunan dan
  • Pengurusan Aset.

21
(1) PENGURUSAN BELANJAWAN
DEFINASI Belanjawan merupakan satu pernyataan
hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang
digunakan sebagai alat perancangan sumber ekonomi
bagi memenuhi keperluan negara/ rakyat
22
(1) PENGURUSAN BELANJAWAN
  • Faedah-faedah pengurusan belanjawan berkesan
  • Membolehkan Jabatan merancang hasil dan
    perbelanjaan jangka pendek dan jangka panjang
  • Menentukan pengagihan sumber-sumber kewangan
    mengikut keutamaan dan
  • Sesuatu dasar yang dirancang akan dapat dicapai.

23
EXPENDITURE BUDGET CYCLE 2005-2006
FEDERAL TREASURY (BUDGET MANAGEMENT DIVISION)
NOVEMBER 2004 Determination of ET by Treasury
JANUARY 2005 Circular For New Year Estimates
AUGUST-SEPT. 2005 Approval of New Year Estimates
by the Minister of Finance and Cabinet
JANUARY 2006 Budget Execution by Agencies
JAN. - FEB. 2005 Agencies Prepare and Submit
New Year Estimates
END OF DECEMBER 2005 Minister of Finance
issues Warrant of Expenditure
MAY-JULY Budget-Hearing
OCTOBER 2005 Budget Document Printed and
submitted to Parliament
MARCH 2005 Receive submissions and BRO
makes Individual Study
APRIL 2005 Preliminary Hearing
OCT. - DEC. 2005 Parliament Debates and Approves
New Year Budget
24
(2) PENGURUSAN HASIL
DEFINASI Hasil merupakan semua jenis
pendapatan yang diterima oleh Kerajaan. Hasil
terbahagi kepada 2, iaitu a) Hasil cukai
dan b) Hasil bukan cukai.
25
(2) PENGURUSAN HASIL
Jenis-jenis Hasil -
  • a) Hasil Cukai
  • i. Langsung (cth Cukai Pendapatan)
  • ii. Tak Langsung (cth Duti Eksais, Duti
    Import)
  • b) Hasil Bukan Cukai
  • Contoh - Lesen, denda, sewaan, bayaran
  • perkhidmatan

26
(2) PENGURUSAN HASIL
Perkara-perkara yang diberi perhatian dalam
pengurusan hasil yang baik - a) Semua bayaran
yang dipungut hendaklah sentiasa disemak dan
dikemaskini b) Tindakan hendaklah diambil bagi
memungut tunggakan hasil c) Resit rasmi
hendaklah dikeluarkan segera bagi semua terimaan
wang
27
(2) PENGURUSAN HASIL
d) Semua buku resit, lesen dan dokumen
seumpamanya disimpan di tempat yang selamat e)
Semua terimaan hasil dimasukkan ke dalam bank
dengan seberapa segera dan f) Satu penyata
pungutan hasil hendaklah disediakan dan
dikemaskini.
28
(3) PENGURUSAN PEROLEHAN
DEFINASI Satu proses untuk memperolehi
input-input yang diperlukan oleh sesebuah
organisasi dengan cekap pada kos yang paling
menguntungkan dan memenuhi keperluan pelanggan.
Terdapat 3 jenis, iaitu a) Bekalan b)
Perkhidmatan dan c) Kerja.
29
(3) PENGURUSAN PEROLEHAN
  • Terdapat beberapa kaedah perolehan, antaranya
    seperti berikut
  • a) Panjar Wang Runcit (lt RM500)
  • b) Pembelian Terus(gtRM500 RM50,000)
  • Sebutharga (gtRM50,000 RM200,000)
  • Tender(gtRM200,000)
  • Rundingan Terus (Tiada had)
  • Gotong royong (lt RM100,000)
  • Kontrak Pusat dan
  • Pembelian Darurat (Tiada had).

30
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
DEFINASI Wang yang dibelanjakan selaras
dengan semua undang-undang dan peraturan yang
telah ditetapkan. Perbelanjaan terbahagi kepada
3, iaitu a) Mengurus b) Pembangunan
dan c) Amanah.
31
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
a) Belanja Mengurus terbahagi kepada 2, iaitu
i) Perbelanjaan Tanggungan (T)
dan ii) Perbelanjaan Bekalan (B).
32
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
i) PERBELANJAAN TANGGUNGAN Perbelanjaan
berkaitan dengan Perkara 98 Perlembagaan
Persekutuan yang dipertanggungkan terus kepada
Kumpulan Wang Disatukan oleh Perlembagaan.
Peruntukan menggunakan Kod Perbelanjaan T dan
diikuti kod angka Kementerian/Jabatan. (Contoh
T08 JPA)
33
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
ii) PERBELANJAAN BEKALAN Semua jenis
perbelanjaan untuk membiayai kegiatan/ aktiviti
jabatan dalam menyediakan perkhidmatan kepada
rakyat. Peruntukan menggunakan Kod Perbelanjaan
B dan diikuti kod angka Kementerian/ Jabatan.
(Contoh B43 NRE)
34
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
b) Belanja Pembangunan Merupakan perbelanjaan
berbentuk modal yang biasanya tidak berulang dan
ia mendatangkan faedah dalam jangka panjang.
Peruntukan menggunakan Kod Perbelanjaan P dan
diikuti kod angka Kementerian/Jabatan (Contoh
P43 NRE)
35
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
  • Ciri-ciri Belanja Pembangunan
  • Melibatkan peruntukan yang besar (5 tahun)
  • Aliran tunai berjangka panjang
  • Memerlukan penyeliaan dan penyelenggaraan dan
  • Dibiayai dari sumber pinjaman.

36
(4) PENGURUSAN PERBELANJAAN
c) PERBELANJAAN AMANAH Wang Amanah yang
diterima daripada pihak-pihak tertentu untuk
perbelanjaan bagi sesuatu tujuan. Kebiasaannya
diberi melalui geran tahunan dan kawalan perlu
dilakukan serta laporan dikemukakan kepada pihak
yang memberi.
37
(5) PENGURUSAN PERAKAUNAN
DEFINASI Urusan yang melibatkan pembayaran,
penyelenggaraan akaun kerajaan dan penyediaan
penyata kewangan kerajaan berlandaskan
undang-undang/ peraturan semasa.
38
(5) PENGURUSAN PERAKAUNAN
Rekod-rekod dan daftar yang perlu diselenggara
dan dikemaskinikan ialah - a) Buku Vot b)
Daftar Bil c) Daftar Baucer d) Daftar Bayaran
dan e) Daftar Cek Terbatal.
39
(6) PENGURUSAN ASET
DEFINASI Proses menjaga, mengawal, memelihara,
mengendali dan menyelenggara harta berbentuk
fizikal yang mempunyai nilai dan diperolehi sama
ada untuk digunakan terus atau pada masa akan
datang. Ia bermula sejak aset diperolehi
sehingga ia dilupuskan atau dihapuskira.
40
(6) PENGURUSAN ASET
  • KATEGORI ASET KERAJAAN
  • Tetap (Tak Alih)
  • i. Tanah (di bawah bidang kuasa JKPTG)
  • ii. Bangunan (bidang kuasa JKR)
  • Alih
  • i. Harta Modal
  • ii. Inventori
  • iii. Bekalan Pejabat
  • iv. Stok dalam stor

41
(6) PENGURUSAN ASET
  • PENGURUSAN ASET MELIPUTI
  • Perolehan
  • Pendaftaran
  • Pemeriksaan
  • Penyelenggaraan
  • Pelupusan
  • Kehilangan dan hapuskira

42
PRINSIP PENGURUSAN KEWANGAN
Terbahagi kepada 2, iaitu
1) LEGALITI Bermaksud pengurusan kewangan
mestilah mematuhi semua undang-undang dan
peraturan yang digubal untuknya
2) AKAUNTABILITI Bermaksud memikul amanah
untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan
secara bertanggungjawab ke atas kejayaan ataupun
kegagalannya
43
PRINSIP-PRINSIP LEGALITI
TERBAHAGI KEPADA 5 PERINGKAT UTAMA-
  • TERIMAAN WANG AWAM
  • SIMPANAN WANG AWAM (CUSTODY)
  • PENGELUARAN WANG AWAM
  • BAYARAN WANG AWAM
  • PERAKAUNAN WANG AWAM

44
  • LEGALITI TERIMAAN WANG AWAM
  • Tiada apa-apa cukai boleh dikenakan tanpa
  • undang-undang
  • Kutipan hasil (cukai/yuran) hanya boleh
  • dibuat berasaskan akta
  • (Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan)
  • Pinjaman kewangan hanya boleh dibuat
  • di bawah kuasa Undang-Undang
  • Persekutuan (Perkara III Perlembagaan)

45
  • LEGALITI SIMPANAN WANG AWAM
  • (CUSTODY)

Semua hasil yang dikutip mestilah dimasukkan
dalam Kumpulan Wang Disatukan (Perkara 97
Perlembagaan) kecuali hasil kutipan berkaitan
Agama Islam seperti zakat, fitrah dan
lain-lain.
46
  • LEGALITI PERBELANJAAN
  • WANG AWAM

Tiada apa-apa perbelanjaan/pembayaran
boleh dibuat daripada Kumpulan Wang Disatukan
kecuali apabila peruntukan yang ditetapkan bagi
sesuatu maksud perbelanjaan telah dibenarkan dari
segi undang-undang.
47
AKAUNTABILITI
Akauntabiliti ialah obligasi seseorang untuk
memberi jawapan dan penjelasan mengenai
tindakan dan prestasinya kepada pihak yang
berhak untuk mendapatkan jawapan dan
penjelasan mengenai sesuatu yang
dipertanggungjawabkan keatasnya
48
INSTRUMEN-INSTRUMEN AKAUNTABILITI
  • AKAUNTABILITI FISKAL
  • AKAUNTABILITI PENGURUSAN
  • AKAUNTABILITI PROGRAM

49
  • AKAUNTABILITI FISKAL
  • Dari segi Integriti Kewangan, maklumat
  • (disclosure) pematuhan kepada
  • undang-undang dan peraturan
  • pentadbiran awam

50
  • AKAUNTABILITI PENGURUSAN
  • Dari segi penggunaan tenaga manusia
  • dan sumber-sumber lain secara cekap
  • dan ekonomik

51
  • AKAUNTABILITI PROGRAM
  • Dari segi impak program, iaitu sama ada
  • sesuatu program mencapai objektif yang
  • dirancangkan, dan opsyen yang terbaik
  • telah dipilih untuk mencapai objektif
  • berkenaan dengan mengambilkira jumlah
  • kos dan output

52
KAWALAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM
  • KAWALAN PARLIMEN
  • - Parlimen
  • - J/kuasa Kira-Kira Awam (PAC)
  • - Ketua Audit Negara
  • PERBENDAHARAAN
  • KEMENTERIAN/JABATAN

53
KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM
  • PENYEDIAAN PERUNTUKAN BELANJAWAN
  • YANG MELEBIHI DARIPADA KEPERLUAN
  • PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
  • YANG TIDAK DIBELANJAKAN
  • PERBELANJAAN YANG MELEBIHI
  • PERUNTUKAN
  • BUKU VOT TIDAK DISELENGGARAKAN
  • DENGAN LENGKAP DAN KEMASKINI

54
  • BAUCER BAYARAN TIDAK DISOKONG DENGAN
  • LENGKAP DAN DISAHKAN DENGAN
  • SEWAJARNYA
  • KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN
  • HARTA/STOR KERAJAAN
  • KELEMAHAN DALAM SISTEM KAWALAN
  • DALAMAN BAGI KUTIPAN HASIL
  • KELEMAHAN DARI SEGI PERANCANGAN
  • KELEMAHAN PENGURUSAN PEROLEHAN
  • DAN KONTRAK DLL.

55
SEKIAN TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com