PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PEJABAT - PowerPoint PPT Presentation

1 / 69
About This Presentation
Title:

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PEJABAT

Description:

pentadbiran dan pengurusan pejabat musa zainal abidin othman bahagian pentadbiran am jabatan pendaftar perkhidmatan telefon berkualiti layanan cekap, berkesan dan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:2025
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 70
Provided by: pkukmweb
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PEJABAT


1
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PEJABAT
  • MUSA ZAINAL ABIDIN OTHMAN
  • BAHAGIAN PENTADBIRAN AM
  • JABATAN PENDAFTAR

2
PERANAN KERAJAAN
  • Kerajaan berperanan membangunkan negara untuk
    kepentingan dan kesejahteraan rakyat
  • Agensi kerajaan bertanggung jawab
  • melaksanakan dasar dan rancangan kerajaan
    dengan cekap dan berkesan
  • Mengoptimumkan penggunaan semua sumber
  • Mencegah pembaziran dan salah guna
  • Memberi khidmat terbaik kepada orang ramai

3
PERANAN KETUA JABATAN
  • Ketua Jabatan bertanggung jawab mentadbir agensi
    dengan cekap dan berkesan
  • menyedia dan memastikan kakitangan memahami
    dan menghayati Visi, Objektif, Fungsi, Piagam
    Pelanggan, Carta Organisasi
  • Menyedia SKT jabatan dan individu
  • Menggalakkan perhubungan sihat antara pegawai
  • Mengadakan program kebajikan
  • Menggunakan aplikasi psikologi dalam
    pengurusan sumber manusia
  • Menyedia dan melaksana program kualiti jabatan

4
PERANAN KETUA JABATAN
  • Menyemak semula fungsi jabatan
  • Menilai semula aktiviti jabatan
  • Mengemakini undang-udang dan peraturan
  • Mengadakan perhimpunan bulanan
  • Memastikan ruang pejabat mengikut spesifikasi
  • Menyediakan senarai tugas

5
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
  • Undang-undang dan peraturan yang berkaitan
    dengan fungsi jabatan perlu difahami dan
    dipatuhi.
  • undang-undang dan peraturan perlu dikemas kini
    supaya sentiasa relevan.

6
SENARAI TUGAS
  • Senarai tugas perlu dikemaskini jika berlaku
  • Pertukaran dasar Kerajaan atau objektif jabatan
  • Pengstukturan semula organisasi
  • pengurangan /penambahan fungsi jabatan
  • pengurangan /penambahan jumlah kakitangan
  • perubahan dalam sistem atau cara bekerja

7
KEMUDAHAN KOMUNIKASI
  • Alat komunikasi bertujuan memudahkan pegawai
    melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Ia
    perlu digunakan dengan berhemah dan dihadkan
    kepada urusan rasmi sahaja.
  • perkhidmatan Pos stem, Mesin Franking, pos
    jelas, online, dan lain-lain
  • telegram
  • telefon talian tetap, telefon bimbit
  • faksimili
  • persidangan video
  • komunikasi manual
  • kemudahan komunikasi secara elektronik e-mel,
    SMS dan lain-lain

8
KEBERSIHAN PEJABAT
  • asingkan bahan yang tidak bernilai, buang
    barang yang tidak perlu.
  • menyusun atur peralatan yang dibekalkan
  • membersihkan peralatan, tempat bertugas dan
    mencegah segala kecacatan terutama selepas
    bertugas.
  • menyimpan dokumen di tempat yang ditetapkan.

9
MENCEGAH KEBAKARAN
  • pelan tindakan kebakaran dipamerkan.
  • panduan, tanda arah dan simbol pencegahan
    kebakaran yang jelas dan sentiasa dikemaskin
  • pemeriksaan alat pemadan api secara berkala
  • latihan mencegah kebakaran secara berkala
  • bilik simpanan rekod tahan api/bilik kebal

10
KHIDMAT NASIHAT
  • perundangan Jabatan Peguan Negara
  • kewangan Perbendaharaan Malaysia, Jabatan
    Akauntan Negara dan Jabatan Audit Negara
  • keselamatan Ketua Pegawai Keselamatan
    Kerajaan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
    dan Polis Diraja Malaysia
  • keselamatan ICT Unit Permodenan Tadbiran dan
    Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
  • personel Jabatan Perkhidmatan Awam
  • sistem dan cara kerja MAMPU
  • pengurusan rekod kerajaan Jabatan Arkib
    Negara

11
PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA
12
REKOD PERKHIDMATAN PEGAWAI
  • Maklumat perkhidmatan pegawai hendaklah
    direkodkan dengan teratur, lengkap dan terkini.
  • maklumat direkod dalam sistem komputer atau
    buku rekod perkhidmatan.
  • rekod secara manual hendaklah menggunakan
    dakwat kekal
  • pegawai bertanggung jawab memaklumkan
    perubahan maklumat diri supaya rekod
    peribadinya terkini.

13
KEPERIBADIAN DAN KETRAMPILAN
14
KEPERIBADIAN
  • sentiasa menjaga dan memelihara penampilan
    diri, cara berpakaian, cara bekerja,
    tatakelakuan, disiplin dan adap sopan semasa
    bertugas atau di luar masa bertugas.
  • memiliki keperibadian unggul yan gdizahirkan
    melalui sikap dan tatakelakuan yang berasaskan
    nilai-nilai murni.
  • memiliki profesionalisma competency pada tahap
    yang tinggi

15
NILAI MURNI
  • berintegriti
  • berkebolehan mengawal emosi
  • berkebolehan bertindakah secara bijaksana dan
    berhemah
  • mempunyai pendekatan yang fleksibel tetapi
    tegas
  • mempunyai keaazaman dan kegigihan
  • mempunyai sifat amanah, jujur dan
    kebolehpercayaan
  • bersedia berkhidmat untuk kepentingan awam dan
    negara
  • mempunyai sifat keberanian dan sanggup
    menerima cabaran

16
NILAI MURNI
  • berfikiran positif
  • mempunyai kestabilan dalam kehidupan
    berkerluarga , peribadi dan kerjaya

17
TATAKELAKUAN
Pegawai hendaklah mempunyai disiplin diri dengan
mematuhi Aku Janji dan tatakelakuan yang
ditetapkan.
18
SURAT AKU JANJI
  • Saya, .No. K.P (baru)
    beralamat di ... dengan
    sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi
    Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj)
    2000 (Akta 605) Perintah-Perintah Am, pekeliling
    dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan
    lain yang dikeluar dan dikuatkuasakan oleh
    Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang
    perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan
    itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di
    bawah Peraturan 3, Akta Badan-Badan Berkanun
    (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605), bahawa
    saya

19
SURAT AKU JANJI
  • akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong,
    negara dan Kerajaan
  • Akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat,
    bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan
    bertanggungjawab
  • Tidak akan membelakangkan tugas awam demi
    kepentingan peribadi saya
  • Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin
    menyebabkan kepentingan bercanggah dengan tugas
    awam saya
  • Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh
    menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah
    membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah
    dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan
    saya sebagai pegawai awam

20
SURAT AKU JANJI
  • Tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai
    pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri
  • vii) Tidak akan berkelakuan dengan cara yang
    boleh memburukkan dan mencemarkan nama
    perkhidmatan awam
  • viii) Tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh
    atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan
    tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan
    perkhidmatan awam dan
  • ix) Tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan
    dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar
    perintah.

21
SURAT AKU JANJI
  • Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya
    disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini,
    saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut
    Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj)
    2000 (Akta 605).
  • Di hadapan
  • . .
  • (Tandatangan Pegawai) (Nama Ketua Yang
    Diberi Kuasa)
  • . .
  • (Jawatan Pegawai) (Cop Rasmi
    Jabatan)

22
PAKAIAN DAN TANDA NAMA
  • memakai pakaian yang kemas dan sesuai
  • mematuhi peraturan pakaian
  • memakai pakaian seragam
  • memakai tanda nama

23
PENGURUSAN PERHUBUNGAN PELANGGAN
24
MENGUTAMAKAN PELANGGAN
  • layanan yang mesra dan adil
  • mewujdukan pejabat perkhidmatan pelanggan
  • memperluaskan mekanisma penyebaran dan
    penyampaian kemudahan perkhidmatan
  • mengurangkan karenah birokrasi

25
KEMUDAHAN PELANGGAN
  • telefon awam membolehkan orang awam membuat
    panggilan
  • alat siar raya menyampaikan maklumat dengan
    jelas, cepat dan berkesan
  • kafeteria kemudahan kepada pelanggan
  • galeri pameran aktiviti jabatan
  • kemudahan sukan dan riadah

26
PIAGAM PELANGGAN
  • menyemak dan mengkaji jaminan kualiti
    perkhidmatan yang dijanjikan
  • pastikan jaminan kualiti perkhidmatan yang
    dijanji dipatuhi setiap masa
  • sediakan sistem pemulihan perkhidmatan bagi
    mengukuhkan keyakinan pelanggan
  • pamerkan piagam pelanggan di tempat strategik

27
PENGURUSAN ADUAN AWAM
  • melantik pegawai perhubungan aduan
  • pelbagai saluran untuk kemukakan masalah
  • tempoh penyelesaian yang munasabah
  • Sistem aduan dipertingkatkan mengikut peraturan
    yang berkuatkuasa dari masa ke masa

28
SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
29
PERKHIDMATAN KAUNTER
  • sediakan jumlah kaunter yang mencukupi
  • memusatkan semua perkhidmatan kaunter di satu
    lokasi
  • menyediakan pelbagai perkhidmatan di setiap
    kaunter
  • kaunter khas untuk OKU dan warga emas
  • sistem giliran
  • buka kaunter pada masa yang dijanjikan

30
  • sediakan borang maklumbalas pelanggan
  • sediakan peti cadangan
  • petugas kaunter mesra pelanggan, senyum dan
    berbudi bahasa
  • melantik penyelia kaunter
  • membuat pemantuan perkhidmatan kaunter

31
SISTEM DAN PROSEDUR KERJA
  • semak dan kaji sistem dan prosedur sedia ada
    untuk memudahkan urusan.
  • mengadakan Pusat Khidmat Setempat
  • mempamerkan carta alir proses kerja
  • mempamerkan senarai semak dalam proses
    kelulusan sesuatu jenis permohonan
  • mengeluarkan surat akuan terima
  • memaklumkan pelanggan status permohonan dan
    jangkamasa proses permohonan

32
PERKHIDMATAN TELEFON BERKUALITI
  • Layanan cekap, berkesan dan mematuhi standard
    kualiti
  • Menyambut panggilan dengan sopan, mesra dan
    berbudi bahasa
  • Membekalkan maklumat yang tepat, lengkap dan
    terkini
  • Penggunaan answering machine yang mesra
    pelanggan, ringkas dan jelas dan mesra pelanggan
  • Kembalikan panggilan kepada telefonis jika tiada
    jawapan selepas deringan ke enam

33
MANUAL PROSEDUA KERJA (MPK) DAN FAIL MEJA
  • MPK hendaklah komprehensif bagi jabatan
  • setiap pegawai mempunyai Fail Meja yang
    lengkap dan kemas kini
  • MPK dan Fail Meja perlu kemas kini setiap masa

34
BORANG PERMOHONAN
  • kurangkan atau hapuskan penggunaan borang bagi
    urusan tertentu.
  • kaji penggabungan borang bagi sesuatu urusan
  • gunakan borang untuk mengisi maklumat tertentu
    sahaja
  • borang hendaklah mudah diperolehi dari
    pelbagai saluran

35
URUSAN SURAT KERAJAAN
36
SURAT RASMI KERAJAAN
  • alamat pengirim
  • alamat penerima
  • nombor rujukan
  • tarikh surat
  • tajuk surat
  • pembukaan dan mengakhiri surat
  • nombor perenggan, muka surat dan lampiran
  • sediakan 3 salinan surat penerima (salinan
    asal), fail surat dan fail timbul
  • tentukan taraf keselamatan surat

37
PENDAFTARAN DAN PENGEDARAN SURAT
  • surat khusus kepada Ketua Jabatan diserahkan
    tanpa dibuka
  • surat di alamat untuk perhatian pegawai
    tertentu diserah kepada pegawai berkenaan
  • pegawai yang bertanggung jawab sahaja boleh
    membuka dan mendaftar surat mengikut prosedur.
  • surat hendaklah dimasukkan dalam fail
    berkenaan.

38
  • semua surat perlu diambil tindakan segera
  • surat keluar hendak salinan asal, lengkap
    dengan tarikh, nombor rujukan, alamat yang betul
    dan tanda tangan pegawai.
  • penghantaran surat boleh dibuat melalui mesin
    faksimili dan disusuli dengan surat asal

39
Tafsiran
  • RAHSIA BESAR - Dokumen rasmi atau maklumat rasmi
    yang boleh menyebabkan kerosakan yang
    amat besar kepada negara.
  • Contoh Kertas-kertas jemaah menteri,
    maklumat ketenteraan.
  • RAHSIA - Dokumen rasmi atau maklumat rasmi
    yang boleh membahayakan keselamatan
    negara, kerosakan besar kepada kepentingan
    dan martabat negara atau memberi
    keuntungan besar kepada negara asing.
  • Contoh Arahan penting untuk
    perwakilan negara yang membuat
    perundingan dengan negara asing.

40
  • SULIT - Dokumen rasmi yang tidak
    membahayakan keselamatan negara tetapi
    memudaratkan kepentingan atau martabat
    negara atau kegiatan kerajaan, boleh
    menyebabkan kesusahan kepada pentadbiran
    atau orang perseorangan dan menguntungkan
    sebuah kuasa asing.
  • Contoh Maklumat yang mungkin
    membolehkanpendapatan faedah kewangan
    daripadanya jika terdedah sebelum masa.
  • TERHAD - Dokumen rasmi selain daripada di atas
    tetapi masih perlu diberi perlindungan
    keselamatan.
  • Contoh Perintah dan arahan biasa
    jabatan.

41
  • DOKUMEN - Dokumen rasmi yang
    TERPERINGKAT mengandungi maklumat rasmi
    yang mesti diberi perlindungan
    keselamatan.
  • MAKLUMAT RASMI - Pengetahuan mengenai
    perkara rasmi, termasuk
  • -Jenis atau kandungan
  • -Jenis kegunaan dan komposisi
  • -Kaedah,cara menghasil, teknik,proses
    pengeluaran
  • -Proses saintifik
  • -Butiran kegiatan rasmi yang
    diperolehi secara lisan

42
  • PERSENDIRIAN - Maklumat yang dihadkan
    kepada pengetahuan orang tertentu
    sahaja.
  • DOKUMEN RASMI- Apa-apa maklumat yang
    tercatat berkenaan dengan perkara
    rasmi
  • -perkara bertulis, bertaip
  • -fotograf,fotosalinan,pelan
    cetak,jalur rakaman.
  • -pelan,lepan lakar,lukisan
  • -huruf cetak atur,huruf cetak
    miring,acuan..
  • DOKUMEN - Dokumen rasmi yang mesti
    TERPERINGKAT diberi perlindungan
    keselamatan.

43
PENGURUSAN FAIL
44
PEMBUKAAN FAIL
  • tajuk, nombor rujukan, tarikh pembukaan
  • kertas minit, kandungan surat dan dokumen
    lampiran disusun mengikut tarikh
  • minitkan surat masuk dengan dakwat merah
  • minitkan surat keluar dengan dakwat hitam/biru
  • minit yang pendek dicatat pada kertas minit
  • tutup fail apabila mencapai 100 kandungan atau
    tebal melebihi 4 sm.

45
FAIL SEMENTARA
  • surat/dokumen yang diterima memerlukan
    tindakan segera sedangkan fail yang berkenaan
    tidak dapat dikesan.
  • lebih daripada seorang pegawai perlu mengambil
    tindakan menggunakan fail yang sama.

46
PENYIMPANAN DAN PERGERAKAN FAIL
  • fail terbuka disimpan di Bilik Rekod dan
    disusun mengikut rujukan
  • pergerakan fail direkod bagi memudahkan
    pengawalan dan pengesanan
  • simpanan dalam perhatian (SDP/KIV) bertujuan
    memudahkan tindakan susulan ke atas sesuatu
    surat dalam tempoh yang ditetapkan
  • fail timbil bertujuan memaklumkan pegawai
    atasan/lain mengenai tindakan yang telah
    diambil

47
PENYELENGGARAAN, PEMELIHARAAN DAN PELUPUSAN REKOD
AWAM
48
REKOD AWAM
  • rekod yang diterima secara rasmi atau yang
    dikeluarkan oleh mana-mana pejabat awam,
    perusahan Kerajaan dan perkhidmatan awam.
  • merangkumi segala jenis surat, dokumen, bahan
    bercetak dan elektronik.
  • mematuhi prosedur rekod awam yang ditetapkan
    oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia
  • mengadakan bilik rekod jabatan dengan
    kelengkapan yang bersesuaian
  • melupuskan rekod awam mengikut Akta Arkib
    Negara Malaysia
  • melantik seorang Pegawai Rekod Jabatan

49
PENYELENGGARAAN REKOD AWAM
  • gunakan bahan perekat yang diperbuat daripada
    tepung ubi
  • rekod yang basah dikeringkan dengan kertas
    serap air dan dianginkan mengguna kipas
  • rekod yang basah tidak boleh dijemur di bawah
    sinaran matahari atau disalai

50
PUNCA ANCAMAN
  • Subversif - kegiatan seorang atau kumpulan atau
    pertubuhan untuk membinasakan
    ketenteraman.
  • Espionaj - mendapatkan maklumat terperingkat
    dengan cara salah atau tersembunyi dengan
    tujuan memudaratkan keselamatan atau
    kepentingan negara.
  • Sabotaj - menyebabkan kerosakan fizikal untuk
    kepentingan negara asing untuk tujuan
    politik yang subversif.

51
  • Kelemahan manusia
  • Keinginan untuk menunjuk-nunjuk.
  • Cuai mematuhi arahan keselamatan.
  • Cuai kerana dipengaruhi alkohol atau dadah.
  • Tidak cermat ketika bercakap melalui telefon atau
    di tempat awam.
  • Pemerasan diugut kerana berhutang, rasuah atau
    latar belakang yang tidak baik.

52
Penyimpanan Perkara Terperingkat
  • Rahsia Besar
  • - simpan dibilik kebal atau peti besi dan
    dipasang kunci.
  • - simpanan sementara boleh dibuat dalam kabinet
    fail yang dipasang palang besi berkunci.
  • - jika tiada kawalan keselamatan pulangkan ke
    peti besi.
  • Rahsia
  • - simpan dibilik kebal atau kabinet keluli yang
    dipasang palang besi berkunci.
  • Sulit dan Terhad
  • - kabinet keluli atau almari keluli.

53
Penyimpanan Perkara Terperingkat
  • Perkara terperingkat selain daripada dokumen
    terperingkat termasuk buangan terperingkat yang
    belum dibinasakan disimpan sama seperti simpanan
    perkara terperingkat.
  • Perkara terperingkat ditinggal tanpa ditunggu
  • Waktu singkat - kunci pintu dan tingkat
  • Waktu lama - kunci dalam peti keselamatan

54
Penghantaran Dokumen Terperingkat
  • Dokumen terperingkat dihantar bersama resit akuan
    terma.
  • Resit akuan terima akan digunakan untuk seorang
    penerima sahaja.
  • Lekatkan resit penerimaan bersama salinan asal.
  • Letatkan bersama salinan borang akuan terima.
  • Siasatan perlu dilakukan sekiranya resit akuan
    tidak dikembalikan selepas 7 hari.

55
Sistem Satu Lapis Surat
  • Sistem satu lapis surat dihantar menggunakan peti
    atau beg berkunci.
  • Peringkat keselamatan, no. rujukan dokumen nama
    dan alamat penerima dicatatkan pada sampul dan
    dimeterikan.

56
Sistem Dua Lapis Surat
  • Digunakan bagi penghantaran dokumen terperingkat
    yang tidak menggunakan peti atau beg berkunci.
  • Peringkat keselamatan, no. rujukan, nama dan
    alamat penerima dicatat pada sampul dalam dan
    dimatrikan.
  • Nama dan alamat penerima dicatatkan pada sampul
    luar.

57
Prosedur penghantaran dokumen terperingkat
  • Penghantaran dalam sesebuah pejabat
  • Menerusi fail terperingkat oleh pegawai yang
    dibenarkan mencapai.
  • Menerusi peti atau beg berkunci bagi kakitangan
    lain.
  • Penghantaran dibuat melalui Pendaftaran Rahsia.

58
  • Penghantaran ke jabatan lain dalam bangunan atau
    kawasan atau bandar yang sama
  • Peti atau beg berkunci satu lapis sampul surat
  • Utusan selamat 2 lapis sampul surat.
  • Dokumen tidak terhad dihantar melalui pos biasa
    atau cara lain yang sesuai.

59
  • Penghantaran ke lain-lain tempat dalam Malaysia
  • - Rahsia besar - utusan selamat/semboyan
  • - Rahsia - semboyan/pos berdaftar
  • - Sulit - semboyan/pos berdaftar
  • Penghantaran ke luar negara menggunakan sistem 2
    lapis sampul surat.
  • Penghantaran maklumat terperingkat melalui
    telefon telegraf dan wayarles perlu mendapat
    kebenaran Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.

60
Membawa Dokumen Terperingkat Ke Luar Pejabat
  • Dokumen terperingkat tidak boleh dibawa kelur
    pejabat kecuali untuk rujukan rasmi ditempat
    lain.
  • Rahsia Besar dan rahsia tidak boleh di bawa ke
    rumah.
  • Kebenaran KSU atau SUK diperlukan untuk
    pengecualian Rahsia Besar dan Rahsia.
  • Kebenaran Ketua Jabatan diperlukan untuk dokumen
    Sulit dan Terhad.

61
INVENTORI DAN BEKALAN PEJABAT
62
INVENTORI
Inventori ialah barang-barang tak luak yang
bernilai kurang daripada RM500.00 setiap satu
unit pada masa perolehan termasuklah perabot,
permaidani, langsir dan pinggan mangkuk tanpa
mengira kos.
63
BEKALAN PEJABAT
Bekalan Pejabat terdiri daripada semua barang
luak dan tak luak yang mana setiap satunya
bernilai rendah dan tidak ekonomik untuk dikesan
penempatannya secara satu persatu. Bekalan
pejabat merupakan alat tulis dan kelengkapan
pejabat yang mana adalah aset dalam melaksanakan
tugas rasmi.
64
PEROLEHAN INVENTORI DAN BEKALAN PEJABAT
  • perlu mendapat kelulusan seperti peraturan
  • barang yang tersenarai dalam Kontrak Pusat
    hendaklah dibeli melalui kontrak berkenaan.
  • pembelian di luar kontrak pusat perlu dibuat
    selaras dengan peraturan kewangan
  • penerimaan bahan dari pembekal perlu diperiksa
    untuk memastikan menepati spesifikasi pesanan.

65
KAWALAN PENGGUNAAN
  • merekod dengan lengkap, tepat dan diberi
    nombor
  • Pengeluaran bagi tujuan rasmi mengikut
    keperluan
  • pengeluaran perlu dilulus dan direkodkan
  • pengeluaran dilaksanakan secara MDKD
  • sistem kawalan secara berkomputer lebih
    sistematik
  • penyalahgunaan/kecuaian boleh diambil tindakan
    tatatertib atau surcaj

66
PENYIMPANAN
  • tempat penyimpanan hendaklah mempunyai
    ciri- ciri keselamatan mengikut kesesuaian jenis
    aset.
  • sesuai mengikut fizikal dan ciri-ciri aset
  • aset dalam proses pelupusan disimpan di tempat
    selamat untuk mengelakkan kehilangan

67
PENYELENGGARAAN
  • penyelenggaraan peralatan dibuat secara
    terancang mengikut jadual
  • perjanjian perkhidmatan penyelenggaraan dibuat
    dengan pembekal yang dilantik
  • aktiviti penyelenggaraan hendaklah direkodkan
  • penyelenggaraan hendaklah dibuat penilaian

68
PEMERIKSAAN
  • baki dalam buku rekod hendaklah sama dengan
    baki dalam simpanan
  • berkeadaan sempurna
  • tempoh penggunaan belum luput
  • stok mencukupi mengikut had keperluan
  • disimpan di tempat yang ditetapkan
  • Sijil Pemeriksaan Inventori dan Bekalan Pejabat
    dikemukakan kepada KSU Kementerian

69
SEKIAN DAN TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com