PENGURUSAN KEWANGAN UNIVERSITI - PowerPoint PPT Presentation

1 / 34
About This Presentation
Title:

PENGURUSAN KEWANGAN UNIVERSITI

Description:

PENGURUSAN KEWANGAN UNIVERSITI TOPIK : PEROLEHAN KAEDAH PEROLEHAN UNIVERSITI (UMUM) Perolehan melalui panjar wang runcit Kontrak pusat Perolehan terus Sebutharga ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:282
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 35
Provided by: registryU3
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENGURUSAN KEWANGAN UNIVERSITI


1
  • PENGURUSAN KEWANGAN UNIVERSITI
  • TOPIK PEROLEHAN

2
KAEDAH PEROLEHAN UNIVERSITI (UMUM)
  • Perolehan melalui panjar wang runcit
  • Kontrak pusat
  • Perolehan terus
  • Sebutharga
  • Tender
  • Perolehan melalui perlanjutan/perubahan kontrak
  • Perolehan melalui perkhidmatan perunding

3
Dasar Perolehan Universiti
  • Peraturan tender yang saksama
  • Membantu Dasar Perolehan Kerajaan iaitu
    menggalakkan perkembangan industri tempatan
    termasuk dasar perolehan barangan import melalui
    penggunaan pengangkutan (perkapalan/pengangkutan)
    dan insurans tempatan
  • Memberi keutamaan syarikat Bumiputera
  • Menggalak pemindahan teknologi dan latihan
  • Sebagai leverage untuk mendapatkan konsesi

4
Objektif Pengurusan Perolehan Universiti
  • Best value for money
  • Kualiti yang terjamin
  • Sebagai alat untuk mencapai dasar kerajaan
  • Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan
  • Pengurusan stor yang cekap dan berkesan
  • Pemindahan teknologi
  • Menjimatkan pertukaran wang asing

5
Prinsip Perolehan
  • Akauntabiliti awam
  • Diuruskan secara telus (transparent)
  • Nilai faedah yang terbaik (best value for money)
  • Saingan terbuka
  • Adil dan saksama

6
Definasi Alatan, Kerja, Perkhidmatan
  • Alatan pembelian alatan, barang bahan yang
    hanya perlu dibekal dipasang dan diujilari
    (komisyen)
  • Kerja - perolehan yang melibatkan bahan dan
    komponen binaan dimana skop kerja berpelan.
  • Perkhidmatan - perolehan yang melibatkan tenaga
    kerja seperti cuci bangunan, mengangkut sampah
    dan lain-lain.

7
Pihak Berkuasa Pusat Bagi Perolehan Universiti
Sains Malaysia
  • Kuasa Am
  • Universiti Sains Malaysia adalah pihak berkuasa
    pusat bagi perolehan (Bekalan, Kerja dan
    Perkhidmatan) sama ada di Malaysia atau di luar
    negara dalam pengawalan, penguatkuasaan,
    penyeliaan, penyelarasan, penggunaan,
    pembahagian, penyimpanan, pemindahan antara Pusat
    Tanggungjawab dan pelupusan barang-barang.
  • Kuasa Khusus
  • Membuat kontrak bagi perolehan Pusat
    Tanggungjawab dengan mengenakan terma-terma dan
    syarat-syarat yang paling menguntungkan/berfaedah

8
  • Mengeluarkan arahan kepada Pusat Tanggungjawab
    bagi pengawalan, peruntukan untuk
    barang-barang, kerja dan perkhidmatan yang
    diberikan.
  • Mengambil tindakan ke atas individu, firma,
    syarikat dan pertubuhan serta perunding yang
    didapati telah bersalah kerana keingkaran dalam
    melaksanakan sesuatu kontrak atau prestasi tidak
    memuaskan daripada memasuki tender atau
    sebutharga atau memberi perkhidmatan kepada
    Universiti Sains Malaysia bagi sesuatu tempoh
    yang berpatutan.
  • Mengenakan denda ke atas firma-firma, syarikat
    yang
  • tidak menyempurnakan bekalan, perkhidmatan
    atas kerja di dalam sesuatu tempoh yang
    dinyatakan.

9
Tanggungjawab Pegawai Pengawal
  • Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab sendiri
    termasuk bertanggungjawab membayar balik jika
    berlaku kerugian berhubung dengan penyeliaan,
    penyenggaraan dan pengawalan am barang-barang
    awam, kerja dan perkhidmatan yang diterima atau
    dipegang oleh Jabatan yang perbelanjaannya
    dikawal olehnya.
  • (AP 167.1)

10
Tanggungjawab Pegawai Awam
  • Pegawai Awam adalah bertanggungjawab sendiri
    termasuk bertanggungjawab membayar balik jika
    berlaku kerugian berhubung dengan barang-barang
    awam, kerja dan perkhidmatan yang diterima di
    bawah kawalannya atau dalam simpanannya.
  • (AP 167.2)

11
  • Keizinan Membuat Perolehan
  • Seseorang Pegawai Pengawal boleh mengizinkan
    membuat perolehan yang mana peruntukan telah
    disediakan dalam anggaran yang diluluskan bagi
    Pusat Tanggungjawabnya, tertakluk kepada
    arahan-arahan kewangan Universiti dan semua
    peraturan Perbendaharaan.
  • Kajian Pasaran Dalam Perolehan
  • Setiap Pegawai yang menguruskan perolehan
    diwajibkan membuat kajian pasaran yang berpatutan
    bahawa barang yang akan dibeli itu adalah yang
    paling sesuai dan menguntungkan. Andaian ini
    dibuat setelah mengambil kira kualiti, harga,
    kegunaan barang itu dan faktor-faktor lain yang
    berkaitan.
  • Keutamaan Kepada Barang Buatan Tempatan -
    Perolehan melalui import hanya akan
    dipertimbangkan setelah dipastikan ianya tidak
    boleh diperolehi secara tempatan.

12
Senarai Barang-Barang
  • Semua Jabatan hendaklah menyimpan senarai
    barang-barang dan menyampaikan senarai
    barang-barang itu kepada Bendahari pada akhir
    tiap-tiap tahun. Senarai itu hendaklah mempunyai
    butir-butir yang menunjukkan kuantiti pada awal
    tahun, tambahan dalam tahun dan juga jumlah pada
    akhir tahun. Satu ruang hendaklah dikhaskan
    juga untuk menunjukkan tempat barang-barang itu
    disimpan. Senarai barang-barang itu hendaklah
    dibahagikan kepada 5 kategori iaitu-
  • Perabot dan alat kelengkapan sahaja.
  • Alat kelengkapan yang dibeli daripada Kumpulan
    Wang Universiti.
  • Barang-barang yang diderma.
  • Barang-barang yang dibeli daripada Kumpulan Wang
    yang diderma.
  • Barang-barang dari mana pengecualian daripada
    duti kastam telah diberi.
  • Semua barang-barang hendaklah ditanda
    menunjukkan harta Universiti.

13
AKTIVITI
  • PRA-TENDER
  • PELAWAAN SEBUTHARGA
  • PELAWAAN TENDER UNIVERSITI
  • LAPORAN TEKNIKAL ALATAN/KERJA
  • PENYEDIAAN KERTAS KERJA SEBUTHARGA (PTJ)
  • PENYEDIAAN KERTAS KERJA (TENDER)
  • JAWATANKUASA SEBUTHARGA
  • JAWATANKUASA PEROLEHAN
  • JAWATANKUASA PERLANTIKAN PERUNDINGAN
  • KONTRAK PEROLEHAN/KERJA
  • DENDA LAD PEMBEKAL
  • PELAWAAN SEBUTHARGA MTO
  • LANTIKAN MTO
  • LAPORAN SEBUTHARGA/TENDER
  • KAWALAN PEMANTAUAN BERKALA SEBUTHARGA
    (NYAHPUSAT KE PTJ)

14
SPESIFIKASI PENENTUAN SEBUTHARGA/TENDER
  • TIDAK BOLEH MENJURUS KEPADA JENAMA ATAU BUATAN
    (MODEL) SEKIRANYA TERPAKSA, UNGKAPAN ATAU
    PERSAMAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN.
  • MEMAKLUMKAN KEPADA PEMBEKAL APA YANG DIPERLUKAN
    OLEH PENGGUNA
  • MEMBERI KRITERIA ALATAN YANG DITAWARKAN SUPAYA
    PERBANDINGAN ALATAN BOLEH DIBUAT.

(AP 174.1)
15
SPESIFIKASI PENENTUAN SEBUTHARGA
  • MASALAH-MASALAH BERIKUT HENDAKLAH DIELAKKAN.
  • ---------------------------------
  • KEKABURAN
  • TIDAK LENGKAP
  • TIDAK TERANG
  • TIDAK TEPAT

(AP 174.1)
16
SPESIFIKASI PENENTUAN SEBUTHARGA
  • PENENTUAN PERLU MENGAMBILKIRA ACCESSORIES
    YANG DIPERLUKAN DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN SEPERTI
  • KEPERLUAN UNTUK LATIHAN
  • MAKLUMAT TENTANG ALAT GANTIAN
  • MANUAL
  • LUKISAN

17
PEROLEHAN BEKALAN Kuasa Perolehan
  • Pembelian terus boleh dilakukan untuk perolehan
    seperti berikut-
  • Harga sehingga RM10,000.00 - PTJ boleh dapatkan
    sebutharga dari mana-mana pembekal.
  • gtRM10,000,00 hingga RM20,000.00 - PTJ boleh
    membuat pembelian terus kepada Syarikat
    Bumiputera.
  • gt RM20,000.00 ke atas hingga RM50,000.00 -
    Jika tidak melalui proses sebutharga, kuasa Naib
    Canselor meluluskan pembelian terus, tetapi
    kepada pembekal Bumiputera sahaja. Sekiranya
    tiada Bumiputera, kelulusan Kementerian Kewangan
    perlu diperolehi.

18
  • samb.
  • Melebihi RM50,000.00 hingga RM200,000.00
    termasuk juga pembelian dari luar negara
  • Jika tidak melalui proses sebutharga semua
    pembelian termasuk pembelian terus dari luar
    negara perlu memohon kelulusan Kementerian
    Kewangan yang biasanya dibuat melalui Naib
    Canselor.

19
Keutamaan Kepada BumiputeraSPP Bil 4 Tahun 1995
  • perolehan yang melebihi RM100,000, adalah
    dikehendaki memberi keutamaan harga kepada
    syarikat Bumiputera untuk perolehan bekalan dan
    perkhidmatan mengikut peratusan seperti berikut-
  • Nilai Tender Peratusan Keutamaan
  • Melebihi RM100,000 hingga RM500,000 10
  • Melebihi RM500,000 hingga RM1.5 juta 7
  • Melebihi RM1.5 juta hingga RM5 juta 5
  • Melebihi RM 5 juta hingga RM10 juta 3
  • Melebihi RM10 juta hingga RM15 juta 2.5
  • Melebihi RM15 juta Tiada

20
Sebutharga Bekalan Bernilai Tidak Melebihi
RM200,000.00SPP Bil 2 Tahun 2001
  • Pembelian setiap jenis item yang berkaitan
    melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan melebihi
    RM20,000.00 tetapi tidak melebihi
    RM200,000.00 boleh dibuat dengan mempelawa
    sebutharga daripada sekurang-kurangnya lima (5)
    pembekal yang berdaftar dengan Kementerian
    Kewangan di bawah kod bidang berkenaan.
  • Perolehan bekalan yang bernilai melebihi
    RM20,000.00 hingga RM100,000.00 hendaklah
    dibuat secara sebutharga dikalangan lima (5)
    pembekal bertaraf Bumiputra yang berdaftar dengan
    Kementerian Kewangan .
  • Jika bilangan sebutharga yang dikehendaki tidak
    boleh didapati, Jawatankuasa Sebutharga
    hendaklah berpuas hati bahawa bilangan
    pembekal yang ada kurang daripada lima (5).

21
Keputusan Jawatankuasa Sebutharga
  • Dibuat oleh satu Jawatankuasa yang mengandungi
    tiga (3) orang.
  • Dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti.
  • Tanggungjawab - meneliti semua sebutharga yang
    diterima samada alat-alat yang dipelawa boleh
    diterima atau tidak dari segi teknikal berasaskan
    kepada ciri-ciri penting dalam penentuan/spesifika
    si yang telah disediakan dalam dokumen
    sebutharga.
  • Jawatankuasa Sebutharga hendaklah menerima
    tawaran yang paling baik segi harga dan kualiti
    mengikut keperluan PTJ dan penentuan sebutharga.
    Jika tawaran yang terendah tidak disetuju terima,
    sebab-sebab penolakan tawaran itu hendaklah
    dinyatakan dalam keputusan sebutharga.
  • Satu rekod yang lengkap mengenai pertimbangan dan
    keputusan sebutharga hendaklah disimpan oleh
    Urusetia Sebutharga untuk tujuan audit.
  • (AP 170.3)

22
Perolehan Melebihi RM200,000.00 Dipelawa Secara
Tender SPP Bil 2 Tahun 2001
  • Tender terbuka hendaklah dipelawa untuk bekalan
    yang nilainya melebihi RM200,000 setahun bagi
    setiap jenis item/barangan, kecuali jika
    dibenarkan dengan menulis kepada Kementerian
    Kewangan memohon kelulusan seperti berikut-
  • Keperluan Mendesak - mendesak dan perlu
    disegerakan. Sekiranya perolehan tersebut tidak
    dibuat dengan segera maka akan memudaratkan dan
    menjejaskan perkhidmatan dan kepentingan awam.

23
Sambungan.
  • Bagi Maksud Penyeragaman - memastikan
    kesesuaian penggunaan antara barangan yang sedia
    ada dengan barangan baru yang akan dibeli, maka
    permohonan untuk membeli barangan yang sama dan
    daripada pembekal yang sama secara rundingan
    terus boleh dipertimbangkan.
  • Satu Punca Bekalan/perkhidmatan (Pembuat/Pemegang
    Franchais) - Pembelian khusus yang mana hanya
    satu syarikat sahaja yang dapat membekalkan
    barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki
    seperti membeli alat ganti dan lain-lain.

24
Sambungan.
  • Melibatkan Keselamatan/Strategik - Perolehan yang
    melibatkan alat-alat keselamatan atau projek
    tertentu yang strategik yang perlu dirahsiakan.
  • Kontrak Dengan Syarikat Pembuat Bumiputera -
    Dalam usaha untuk memupuk pertumbuhan syarikat
    Bumiputera yang bertaraf pembuat, Kerajaan
    telah mengadakan tender khusus yang dibuka
    kepada pembuat berkenaan sahaja. Bagi barangan
    tertentu yang mana terdapat satu atau dua pembuat
    Bumiputera sahaja, perolehan secara rundingan
    terus bolehlah dipertimbangkan bagi membantu
    mewujudkan pembuat Bumiputera yang berdaya
    saing.

25
Publisiti Tender
  • publisiti yang seluas-luasnya hendaklah dibuat
    supaya semua pembekal yang bona fide berpeluang
    untuk menyertai tender dan dengan demikian
    membolehkan Universiti Sains Malaysia
    mendapatkan tawaran yang terbaik.
  • Pertimbangan sewajarnya mengenai kos iklan
    hendaklah juga diambil kira. Sekiranya kontraktor
    yang berkelayakan di bawah satu-satu bidang
    adalah diketahui tidak lebih lima (5) kontraktor,
    iklan tidak perlu dibuat. Dalam hal ini,
    demikian kelulusan Kementerian Kewangan
    hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Setelah
    mendapat kelulusan, pemberitahuan tender kepada
    kontraktor yang diluluskan hendaklah dihantar
    dengan surat berdaftar. (AP 172)
  • Semua dokumen tender/sebutharga hendaklah
    dimasukkan ke dalam sampul berlakri dan
    dituliskan rujukan tertentu supaya boleh dikenali
    sebelum ianya dibuka.

26
Peti Tawaran Tender/Sebutharga
  • Petender sendiri hendaklah memasukkan tender
    atau sebutharga ke dalam peti tawaran
    berkunci. Peti Tawaran hendaklah ditanda tarikh
    dan waktu peti akan dibuka. Dua kunci yang
    berbeza bagi peti tawaran hendaklah diadakan
    dan anak kunci dipegang secara berasingan
    oleh dua orang pegawai kanan Jabatan berkenaan.
    Keselamatan hendaklah sentiasa dijaga. Waktu
    tender ditutup bagi penerimaan hendaklah
    ditetapkan pada jam 12.00 tengahari pada hari
    bekerja.

(AP 196)
27
RINGKASAN JENIS PEROLEHAN UNIVERSITI
28
Pembelian Runcit Bagi Jumlah Perbelanjaan Tidak
Melebihi RM20,000.00 Setahun.
  • Boleh dibuat oleh Ketua Pusat Tanggungjawab yang
    melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan tidak
    melebihi RM20,000.00 setahun bagi setiap jenis
    item/barangan yang berkaitan dengan membuat
    pesanan terus kepada syarikat pilihan yang
    diketahui sentiasa mengenakan harga yang
    berpatutan.

29
Pembelian darurat
  • Pembelian yang perlu dibuat segera atau serta
    merta di mana kelewatan perolehan akan
    memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan dan
    kepentingan awam. Dalam hal demikian pembelian
    hendaklah dihadkan kepada kuantiti barang yang
    mencukupi untuk menampung keperluan darurat yang
    berkenaan. Laporan perlunya pembelian itu
    dibuat hendaklah dikemukakan kepada Bendahari
    dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pembelian
    untuk dihantar kepada Kementerian Kewangan untuk
    tujuan penyiasatan dan audit.

30
  • Penentuan Untuk Tender Atau Sebutharga
  • Penentuannya hendaklah jelas supaya petender
    mendapat gambaran mengenai kehendak-kehendak
    Universiti Sains Malaysia.
  • Tender Antarabangsa
  • Hanya boleh dipelawa bagi perolehan bekalan dan
    perkhidmatan yang tidak boleh diperolehi di dalam
    negeri atau tidak mempunyai sekurang-kurangnya
    lima (5) wakil jualan dalam negeri bagi
    barang-barang dan perkhidmatan tersebut yang
    berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

31
SENARAI JAWATANKUASA
32
Perkara-Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian
  • Kenal pasti alatan mengikut keutamaan dan tahap
    kritikal penggunaannya.
  • Sediakan spesifikasi mengikut keutamaan dan
    elakkan menjurus kepada satu penjenamaan.
  • Memastikan peruntukan mencukupi dan alatan yang
    diluluskan oleh Belanjawan.
  • Anggaran harga alatan yang diimport mestilah
    mengambilkira kos MTO dan KWIBK.
  • Mengenalpasti tempoh/tarikh sebenar perolehan
    alatan.
  • Dilarang memecah kecilkan perolehan untuk
    mengelak pelawaan melalui sebutharga atau tender.
  • Pastikan borang pesanan yang dikeluarkan oleh PTJ
    diterima pada hari yang sama iaitu mengikut
    tarikh borang pesanan dikeluarkan (Mengelak
    kelewatan penghantaran).
  • Laporan Penilaian Teknikal Penerimaan atau
    penolakan tawaran perlu disokong dengan
    justifikasi yang jelas.

33
RUMUSAN
  • Perkhidmatan Awam harus memberi perhatian kepada
    usaha-usaha untuk meningkatkan tahap kualiti
    pengurusan kewangan disamping meningkatkan tahap
    akauntabiliti
  • Kawalan kewangan perlu untuk memastikan program
    dan aktiviti dilaksanakan dengan cekap dan
    berkesan dan pencapaiannya memenuhi objektif
    organisasi.
  • Akauntabiliti yang tinggi adalah tunjang kepada
    pembentukan sesebuah pentadbiran yang TEGUH,
    CEKAP DAN TELUS.

34
SEKIAN
  • TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com