TAKLIMAT UNTUK TUNTUTAN PERJALANAN RASMI,BERKURSUS & PENDAHULUAN STAF OLEH: PUAN SALIZA MOHD SAAD PENOLONG BENDAHARI - PowerPoint PPT Presentation

1 / 86
About This Presentation
Title:

TAKLIMAT UNTUK TUNTUTAN PERJALANAN RASMI,BERKURSUS & PENDAHULUAN STAF OLEH: PUAN SALIZA MOHD SAAD PENOLONG BENDAHARI

Description:

taklimat untuk tuntutan perjalanan rasmi,berkursus & pendahuluan staf oleh: puan saliza mohd saad penolong bendahari bahagian pembayaran * bahagian pembayaran ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1855
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 87
Provided by: registryU2
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: TAKLIMAT UNTUK TUNTUTAN PERJALANAN RASMI,BERKURSUS & PENDAHULUAN STAF OLEH: PUAN SALIZA MOHD SAAD PENOLONG BENDAHARI


1
TAKLIMAT UNTUK TUNTUTAN PERJALANAN
RASMI,BERKURSUS PENDAHULUAN STAFOLEH PUAN
SALIZA MOHD SAAD PENOLONG BENDAHARI
2
Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003 Bil
2 Tahun 2006
  • Kadar Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan
    Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana
    Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Anggota
    Tentera Anggota Polis)?

3
TAFSIRAN
  • Gred- bermakna Gred Gaji di bawah Sistem Saraan
    Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 4
    Tahun 2002. Pegawai yang membuat pilihan untuk
    tidak menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus
    mengemukakan tuntutan elaun,kemudahan dan bayaran
    di bawah Pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori
    masing-masing di bawah Sistem Saraan Baru (SSB)
    atau Kumpulan Gaji masing-masing di bawah Laporan
    Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut
    mana yang berkenaan. Jadual perubahan/perbandingan
    adalah seperti di Lampiran 1A

4
TAFSIRAN
  • Ibu Pejabat- bermakna tempat biasa seseorang
    pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan
    lingkungan jarak pentadbirannya ialah
  • a) 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya
  • b) 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah
    yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor dan
  • c) 8km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal
    atau sungai

5
TAFSIRAN
  • Pegawai- bermakna seseorang pegawai di dalam
    Perkhidmatan Awam Kerajaan Persekutuan dan
    Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri termasuk yang
    dilantik secara sementara atau sangkut
  • Perbendaharaan- bermakna Menteri Kewangan dan
    termasuk pegawai-pegawai di bawah kawalan
    pentadbiran atau arahannya dan
  • Tugas Rasmi- bermakna tugas yang berkaitan
    dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri
    kursus yang dibenarkan.

6
SEKSYEN BAYARAN
  • SYARAT DAN PERATURAN TUNTUTAN PERJALANAN
  • 1.1 Pegawai yang menjalankan tugas rasmi atau
    mengikuti kursus yang diluluskan oleh Universiti
    layak membuat tuntutan perjalanan mengikut
    Peraturan Kewangan Universiti.
  • 1.2 Tuntutan perjalanan hendaklah dikemukakan ke
    Jabatan Bendahari selepas bulan berkenaan tetapi
    sebelum atau pada 10 hb bulan berikutnya.
  • 1.3 Hanya elaun-elaun mengikut kadar yang
    ditetapkan dan perbelanjaan sebenar yang disokong
    dengan resit boleh dituntut.
  • 1.4 Borang tuntutan hendaklah diisi dengan
    lengkap dan dikemukakan bersama dengan dokumen
    kelulusan perjalanan dan dokumen sokongan lain
    seperti bil, resit atau lain-lain dokumen yang
    dapat mengesahkan perjalanan atau perbelanjaan.
  • 1.5 Tuntutan hanya dikemukakan setelah perjalanan
    rasmi disempurnakan.
  • 1.6 Tuntutan hendaklah menggunakan borang-borang
    tuntutan perjalanan yang bersesuaian.
  • 1.7 Ketua Pusat Tanggungjawab adalah
    bertanggungjawab menentukan tuntutan seseorang
    Pegawai itu teratur, munasabah serta cara
    pengangkutan yang digunakan adalah paling
    ekonomik.

7
  • TUNTUTAN PERJALANAN KENDERAAN
  • 2.1 Menggunakan kenderaan sendiri untuk tugas
    rasmi samada di dalam atau di luar Ibu Pejabat.
    Kadar ditetapkan adalah seperti berikut-

Gaji Pokok tidak termasuk elaun, kecuali
Elaun Memangku
8
  • 2.2 Gaji Pokok adalah tidak termasuk elaun
    kecuali elaun memangku.
  • Contoh
  • Gaji Pokok Pegawai sebanyak RM 2,050.00 sebulan
    dan kenderaan yang digunakan adalah 1,800 ss.
    Beliau layak menuntut elaun perjalanan mengikut
    kelas A.
  • Gaji Pokok Pegawai sebanyak RM 2,050.00 sebulan
    dan kenderaan yang digunakan adalah 1,000 ss.
    Beliau layak menuntut elaun perjalanan mengikut
    kelas B.
  • 2.3 Seorang Pegawai yang menggunakan kenderaan
    Universiti atau penganjur semasa menjalankan
    tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan
    Kenderaan.
  • 2.4 Elaun Perjalanan Kenderaan dikira mengikut
    kadar-kadar dalam jadual berikut-

9
  • 2.5 Pegawai dikehendaki menggunakan perkhidmatan
    kapal terbang atau keretapi bagi menjalankan
    tugas rasmi di tempat yang boleh dihubungi terus
    dengan kapal terbang atau keretapi. Bagi
    perjalanan ke destinasi berkenaan pegawai tidak
    layak menuntut elaun perjalanan kenderaan
    melainkan dalam keadaan berikut -
  • Jarak antara dua tempat adalah kurang dari 240 km
  • Perlu bertugas di beberapa tempat sepanjang
    perjalanan

10
  • Mustahak dan terpaksa menggunakan kenderaan
    sendiri.
  • Terdapat pegawai lain dalam perjalanan tersebut
    yang juga menjalankan tugas rasmi
  • Kelulusan menggunakan kenderaan sendiri dari
    Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah dilampirkan
    bersama borang tuntutan bagi perkara (ii), (iii),
    (iv).
  • 2.6 Pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri
    untuk bertugas di satu tempat sahaja yang
    jaraknya melebihi 240 km dari Ibu Pejabatnya dan
    terdapat perkhidmatan kapal terbang / keretapi
    layak menuntut Tambang Gantian mengikut kadar
    tambang pengangkutan yang sesuai dengan
    kelayakannya iaitu bersamaan dengan tambang kapal
    terbang atau keretapi, mengikut mana yang
    berkenaan dengan syarat dinyatakan di dalam
    borang tuntutan yang ia telah menggunakan
    kenderaannya sendiri.

11
  • Apabila dibayar Tambang Gantian -
  • Pegawai tidak layak menuntut apa-apa tambang atau
    bayaran tambahan yang bersabit dengan perjalanan
    kapal terbang atau kereta api seperti tambang
    dari rumah ke lapangan terbang/stesen kereta api
    dan sebaliknya, tambang dari lapangan
    terbang/stesen kereta api ke tempat penginapan
    dan sebaliknya, bayaran Cukai Lapangan Terbang
    atau bayaran tempat tidur dalam kereta api(berth
    charges )

12
Contoh 1Elaun perjalanan kenderaan yang layak
dituntut oleh seorang pegawai bergaji RM 2,800.00
yang menggunakan kereta Proton Waja ( 1,600cc)
untuk perjalanan pergi dan balik sejauh 1,500
kmKadar tuntutan perjalanan kenderaan pegawai
adalah Kelas A dan kadarnya adalah seperti
berikut 500 km pertama - 70 sen501 1,000
km - 65 sen1,001 1,700 km - 55 sen1,701 km
dan seterusnya - 50 senJawapan Gaji RM
2,800.00Kenderaan Waja 1.6 Kilometer 1500
km500 km x 0.70 RM 350.00500 km x 0.65 RM
325.00500 km x 0.55 RM 275.00 --------------
RM 950.00
13
Contoh 2Gaji RM 2,800.00Kenderaan Waja
1.6 ccKilometer 2000 km200 km x 0.55 RM
110.001800 km x 0.50 RM 900.00 ------------
---- RM 1,010.00
14

Contoh 3 Gaji RM 2,800.00Kenderaan Waja
1.6 ccKilometer 2500 km2500 km x 0.50 RM
1,250.00 ---------------- RM1,250.00

15
  • PERJALANAN UDARA / KERETAPI
  • 3.1 Tempahan tiket kapal terbang boleh dibuat
    oleh Pusat Tanggungjawab masing-masing melalui
    syarikat penerbangan yang dibenarkan oleh
    Universiti.
  • 3.2 Syarat kelayakan
  • Kapal Terbang
  • - Penerbangan Dalam Negeri -
  • Gred 53 dan ke atas - Kelas Business
  • Gred 1 hingga 52 - Kelas Ekonomi
  • - Penerbangan Ke Luar Negeri -
  • Gred Utama / Khas A dan ke atas - Kelas
    Satu
  • atau Ketua Setiausaha Kementerian
  • Gred Utama / Khas B dan C - Kelas
    Business
  • Gred 1 hingga 54 - Kelas Ekonomi

16
Keretapi Gred 27 dan ke atas - Kelas Satu
Gred 1 hingga 26 - Kelas Dua 3.3 Tiket kapal
terbang yang telah digunakan hendaklah dikepilkan
bersama borang tuntutan perjalanan. 3.4 Dalam
keadaan tertentu, staf kumpulan sokongan boleh
menggunakan perkhidmatan kapal terbang kelas
ekonomi dengan syarat terbukti ianya lebih
menjimatkan atau kesuntukan masa. Perlu mendapat
kelulusan khas Naib Canselor sebelum melakukan
perjalanan. Manakala untuk staf Kampus Kesihatan,
kelulusan dari Pengarah Kampus adalah memadai.
17
  • ELAUN SEMASA MENJALANKAN TUGAS RASMI
  • 4.1 Seseorang Pegawai yang dikehendaki
    menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya
    adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan
    bayaran mengikut kelayakan masing-masing.
    Kadar-kadar adalah seperti di Lampiran 1.
  • Ibu Pejabat adalah tempat biasa seseorang
    Pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan
    lingkungannya ialah 25 km.
  • Contoh
  • Pegawai USM yang bertugas di Kampus Induk boleh
    menuntut elaun-elaun tugas rasmi jika menjalankan
    tugas rasmi di Kampus Kejuruteraan Transkrian.
    Ini kerana Kampus Kejuruteraan Transkrian adalah
    melebihi 25 km dari Kampus Induk.

18
  • Pegawai USM yang bertugas di Kampus Induk tidak
    boleh menuntut sebarang elaun-elaun tugas rasmi
    jika menjalankan tugas rasmi di KOMTAR kecuali
    elaun perjalanan kenderaan atau tambang
    pengangkutan awam. Ini kerana KOMTAR adalah dalam
    lingkungan 25 km dari Kampus Induk.
  • 4.2 TUGAS RASMI DALAM NEGERI
  • Jenis tuntutan yang boleh dibuat-
  • Elaun Makan atau Elaun Harian
  • Sewa Hotel atau Elaun Lojing
  • Tambang Perjalanan
  • Lain-lain tuntutan seperti telefon rasmi,
    belanja dobi, tol, dan bayaran tempat letak
    kereta.

19
  • Elaun Makan
  • Seorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di
    luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih
    yang dikira mulai dari waktu bertolak adalah
    layak menuntut Elaun Makan mengikut kadar
    kelayakan masing-masing seperti di Lampiran 1,
    Ruangan A.

20
Soalan - Pegawai yang menuju ke Kuala Lumpur
bertolak daripada rumah pada 13 Mac 2007, jam
8.00 pagi. Menaiki kapal terbang jam 9.00 pagi
dan balik ke rumahnya selepas selesai tugas rasmi
pada 15 Mac 2007, jam 2.00 petang.
Berapakah elaun makan?
21
  • Jawapan -
  • Elaun yang boleh dituntut adalah elaun makan.
  • Elaun Makan yang boleh dituntut ialah-
  • - 2 hari x Kadar Elaun Makan (ikut kelayakan
    Pegawai)?

22
  • Elaun Makan tidak boleh dibayar untuk masa
    bertugas yang melebihi 3 bulan terus-menerus
    termasuk hari kelepasan am dan mingguan.
  • Elaun Makan tidak layak dituntut jika kemudahan
    makanan disediakan sepenuhnya.
  • Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan
    disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian
    makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada
    kadar seperti berikut-
  • Pecahan Elaun Makan - 20 sarapan pagi
  • - 40 makan tengah hari
  • - 40 makan malam

23
Soalan - Kadar Elaun Makan Pegawai ialah
RM 40.00. Makan tengah hari disediakan oleh
Penganjur. Tuntutan yang boleh dibuat ialah
24
  • Jawapan -
  • Kadar Elaun Makan Pegawai ialah RM 40.00.
  • Makan tengah hari disediakan oleh Penganjur.
  • Tuntutan yang boleh dibuat ialah
  • - 20 40 x RM 40.00 RM 24.00

25
  • Elaun Harian
  • Seorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di
    luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam
    tapi kurang dari 24 jam adalah layak menuntut
    Elaun Harian mengikut kadar separuh daripada
    kelayakan Elaun Makannya.
  • Kadar-kadar elaun harian bagi semua Pegawai
    adalah
  • mengikut kelayakan masing-masing
    seperti di Lampiran 1,
  • Ruangan B

26
Soalan - Seorang Pegawai bertolak dari
rumah pada 11 Mac 2007, jam 8.00 pagi dan kembali
ke rumahnya pada 13 Mac 2007, jam 2.00
petang.Apakah tuntutan yang layak dan
bagaimana?
27
  • Jawapan -
  • Tuntutan yang layak ialah 2 Elaun Makan sahaja
    iaitu -
  • 11/03/2007 12/03/2007 - 1 Elaun Makan
  • 12/03/2007 13/03/2007 - 1 Elaun Makan
  • 13/03/2007 ( 8.00 pagi - Hanya 6 jam sahaja
  • hingga 2.00 petang)?

28
  • Soalan -
  • Seorang Pegawai bertolak dari rumah pada 11 Mac
    2007, jam 8.00 pagi dan kembali ke rumahnya pada
    13 Mac 2007, jam 8.00 malam. Apakah tuntutan yang
    layak dan bagaimana?

29
  • Jawapan -
  • Tuntutan yang layak ialah 2 Elaun Makan sahaja
    iaitu -
  • 11/03/2007 12/03/2007 - 1 Elaun Makan
  • 12/03/2007 13/03/2007 - 1 Elaun Makan
  • 13/03/2007 ( 8.00 pagi - 1 Elaun Harian
  • hingga 8.00 malam )?

30
Soalan Syarat pembayaran elaun makan
ialah.A. Elaun makan dibayar sekiranya pegawai
bertugas di luar pejabat melebihi 7 jamB.
Elaun makan dibayar sekiranya pegawai bertugas di
luar pejabat melebihi 24 jamC. Elaun
makan dibayar sekiranya pegawai bertugas di luar
pejabat melebihi 12 jamD. Elaun makan
dibayar sekiranya pegawai bertugas di luar
pejabat melebihi 10 jam
31
Jawapan
  • B. Elaun makan dibayar sekiranya pegawai bertugas
    di
  • luar pejabat melebihi 24 jam

32
Soalan Syarat pembayaran elaun harian
ialahA. Elaun harian dibayar sekiranya pegawai
bertugas di luar pejabat melebihi 5 jam
tetapi kurang daripada 24 jamB. Elaun harian
dibayar sekiranya pegawai bertugas di luar
pejabat melebihi 12 jam tetapi kurang dari
16 jamC. Elaun harian dibayar sekiranya pegawai
bertugas di luar pejabat melebihi 8 jam
tetapi kurang dari 24 jamD. Elaun harian dibayar
sekiranya pegawai bertugas di luar pejabat
melebihi 10 jam tetapi kurang dari 24 jam
33
Jawapan
  • C. Elaun harian dibayar sekiranya pegawai
    bertugas di luar
  • pejabat melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24
    jam

34
  • Sewa Hotel
  • Kadar kelayakan sewa hotel adalah mengikut
    kelayakan masing-masing seperti di Lampiran 1,
    Ruangan C.
  • Seseorang pegawai layak menuntut bayaran
    perkhidmatan dan
  • cukai perkhidmatan yang wajib ke atas sewa hotel
    sebagai
  • tambahan kepada maksimum kelayakannya
  • Contoh A
  • Kelayakan kadar sewa hotel RM 125.00
  • Sewa bilik RM 125.00
  • Bayaran Perkhidmatan RM 6.25
  • Cukai Perkhidmatan RM 12.50
  • _________
  • JUMLAH RM 143.75
  • Pegawai layak menuntut balik RM 143.75

35
  • Contoh B
  • Kelayakan kadar sewa hotel RM 125.00
  • Sewa bilik RM 145.00
  • Bayaran Perkhidmatan RM 7.25
  • Cukai Perkhidmatan RM 14.50
  • _________
  • JUMLAH RM 166.75
  • Pegawai hanya layak menuntut balik RM 143.75
    iaitu
  • (RM 125.006.2512.50 RM 143.75)?
  • Pegawai Gred 53 dan 54 yang mana kelayakannya
    adalah kadar sebenar sewa bilik, hendaklah
    menginap di bilik hotel yang harganya adalah
    munasabah.
  • Jika kemudahan penginapan disediakan oleh
    Universiti / Pihak Penganjur, Pegawai tidak
    dibenarkan menuntut Sewa Hotel atau Elaun Lojing.

36
  • Bil asal hotel hendaklah dikemukakan bersama
    tuntutan perjalanan sekiranya Pegawai membayar
    sendiri sewa hotel berkenaan.

37
  • Elaun Lojing
  • Dibayar jika pegawai tidak menginap di hotel atau
    dalam perjalanan.
  • Contoh
  • Pegawai bertolak ke Kuala Lumpur pada 13 Mac
    2007, jam 9.00
  • malam dan bertolak balik ke Gelugor pada 15 Mac
    2007, jam 11.30
  • malam.
  • Elaun Lojing dibenarkan untuk 2 malam iaitu pada
    13 Mac 2007
  • dan 14 Mac 2007.
  • Tidak dibayar jika penganjur menyediakan tempat
    penginapan (walaupun Pegawai tidak menginap di
    bilik yang disediakan itu)?

38
  • Lain-lain tuntutan yang dibenarkan
  • Tambang Pengangkutan Awam
  • Tambang boleh dituntut jika pengangkutan tidak
    disediakan oleh pihak Universiti/Penganjur untuk
    perjalanan berikut -
  • Pergi balik dari rumah ke lapangan terbang /
    stesen keretapi / stesen bas
  • Pergi balik dari lapangan terbang / stesen
    keretapi / stesen bas ke tempat penginapan
  • Pergi balik dari tempat penginapan ke tempat
    urusan rasmi pada hari-hari urusan rasmi.
  • Resit-resit tambang berkenaan hendaklah
    dikemukakan bersama
  • borang tuntutan perjalanan
  • Tuntutan tambang teksi hendaklah berasaskan kos
    untuk
  • satu penumpang/tempat duduk sahaja dan bukan kos
  • sebuah teksi

39
  • Telefon, Faks dan Pos
  • Bayaran panggilan telefon, faks dan pos atas
    urusan rasmi yang disokong dengan resit dengan
    menyatakan urusan rasmi berkenaan di borang
    tuntutan.
  • Belanja Dobi
  • Belanja Dobi yang disokong dengan resit apabila
    Pegawai menginap di luar Ibu Pejabat tidak kurang
    dari 3 malam.
  • Cukai Lapangan Terbang
  • Bayaran Cukai Lapangan Terbang yang disokong
    dengan resit
  • Bayaran Excess Baggage
  • Bayaran Excess Baggage untuk barang-barang
    rasmi yang disokong dengan resit.

40
  • Bayaran Kenderaan
  • Bayaran tol, tempat letak kereta dan bayaran
    feri yang disokong dengan resit. Jika menggunakan
    kad Touch Go, tuntutan hendaklah dinyatakan
    plaza tol masuk dan keluar dengan jelas. Tuntutan
    bayaran adalah berasaskan kepada bayaran yang
    telah ditetapkan oleh pihak PLUS.

41
(No Transcript)
42
LAMPIRAN 1 - KADAR ELAUN TUGAS RASMI
  • - Dibayar atas Perbelanjaan SebenarI - Bagi
    Semenanjung MalaysiaII - Bagi Labuan, Sabah
    Sarawak - Perbelanjaan Sebenar Bilik Biasa _at_ -
    Seperti di Lampiran 2

43
  • 4.3 TUGAS RASMI DI LUAR NEGERI
  • Jenis tuntutan yang boleh dibuat-
  • Elaun Makan atau Elaun Harian
  • Sewa Hotel atau Elaun Lojing
  • Tambang Perjalanan
  • Elaun Pakaian Panas
  • Bayaran Tip dan Poterage
  • Elaun Makan dan Elaun Harian ( Perkara 5.1 PP
    3/2003 )?
  • Elaun makan semasa tugas rasmi di Luar Negeri
    adalah seperti di Lampiran 2.
  • Gred Kadar (RM) sehari
  • Utama/Kelas A dan ke atas 340.00
  • Utama/Kelas B dan C 300.00
  • 53 dan 54 270.00
  • 45 hingga 52 200.00
  • 1 hingga 44 seperti di Lampiran 2

44
  • Contoh-
  • Pegawai bergaji pokok RM 2,300.24 dan dalam
    Gred 41 bertolak dari rumah ke Lapangan Terbang
    Bayan Lepas pada 1 Mac 2007, jam 8.00 malam
    menuju ke Jakarta dan balik semula ke Pulau
    Pinang pada 4 Mac 2007, jam 10.00 malam.
    Penginapan dibayar oleh penganjur dan tidak ada
    tuntutan lain.
  • Elaun Makan yang layak dituntut ialah-
  • 3 hari x RM 195.00 RM 585.00

45
  • Sewa Hotel
  • Bayaran sewa hotel adalah mengikut perbelanjaan
    sebenar yang dibayar oleh Pegawai mengikut taraf
    bilik seperti berikut-
  • Kumpulan Pengurusan dan Profesional-
  • Gred Utama / Gred Khas A - Bilik Standard
    Suite
  • Lain-lain pegawai - Bilik Biasa
  • Bagi maksud memohon pendahuluan diri, kadar
    bayaran hotel
  • seperti Lampiran 2 adalah digunakan sebagai
    panduan.
  • Elaun Lojing
  • Syarat pembayaran elaun lojing sama seperti
    perjalanan urusan
  • rasmi dalam negeri kecuali kadarnya adalah
    seperti di Lampiran
  • 2.

46
  • Lain- Lain Tuntutan Yang Dibenarkan
  • Tambang Pengangkutan Awam
  • - Jika tidak disediakan oleh Penganjur/ Kerajaan
  • Belanja Dobi
  • - Yang disokong dengan resit
  • Bayaran Cukai Lapangan Terbang
  • - Yang disokong dengan resit
  • Excess Baggage
  • - Untuk barang barang rasmi yang disokong
    dengan resit
  • Bayaran Tip Poterage
  • - 15 daripada Elaun Makan bagi maksud bayaran
    tips, gratuities atau poterage

47
  • Gantirugi Pertukaran Wang Asing
  • - 3 daripada jumlah tuntutan elaun perjalanan
  • Bayaran Telefon, Faks dan Bayaran Pos atas urusan
    rasmi
  • - Yang disokong dengan resit
  • Elaun Pakaian Panas
  • - Elaun Pakaian Panas dibayar sebanyak
    RM1,500.00 apabila bartugas rasmi atau berkursus
    di negeri beriklim sederhana sekali dalam tempoh
    3 tahun.
  • Peraturan Tuntutan Pakaian Panas
  • - Pegawai mestilah memperolehi surat kelulusan
    daripada Jabatan Pendaftar yang mengesahkan
    Pegawai tidak pernah dibayar Elaun Pakaian Panas
    dalam tempoh 3 tahun sebelumnya dan surat
    kelulusan ini hendaklah dikemukakan ke Jabatan
    Bendahari untuk bayaran.

48
Soalan - Pegawai (Gaji pokok RM 2,300.24,
Gred 41) menjalankan urusan rasmi di Jakarta.
Bertolak pada 1 Mac 2007 jam 8.00 pagi dan
kembali ke Pulau Pinang pada 8 Mac 2007 jam
10.00 malam. Kos tambang teksi dari rumah ke
Lapangan Terbang ialah RM 10.00 sehala.
Kemudahan Hotel disediakan. Apakah elaun yang
layak dituntut dan berapakah jumlah tuntutan
beliau?
49
  • Jawapan-
  • Tambang teksi dari rumah
  • ke Lapangan Terbang ( pergi balik) RM
    20.00
  • 7 hari Elaun Makan (RM 195.00 x 7) RM 1,365.00
  • 1 hari Elaun Harian (RM 97.50 x 1) RM 97.50
  • ----------------
  • RM 1,482.50
  • - Bayaran Tips dan Poterage RM 222.38
  • (15 x RM 1,482.50)
  • - Bayaran kerugian matawang asing RM 50.55
  • (3 x RM 1,365 RM 97.50
    ---------------
  • RM 222.38) RM 1,755.43

50
LAMPIRAN 2 - KADAR ELAUN TUGAS RASMI LUAR NEGARA
Petunjuk Kategori Negara
51
Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005
  • Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan
    Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Semasa
    Berkursus Kecuali Kursus Pra-Perkhidmatan

52
TAFSIRAN
  • Gred- bermakna Gred Gaji di bawah Sistem Saraan
    Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 4
    Tahun 2002. Pegawai yang membuat pilihan untuk
    tidak menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus
    mengemukakan tuntutan elaun,kemudahan dan bayaran
    di bawah Pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori
    masing-masing di bawah Sistem Saraan Baru (SSB)
    atau Kumpulan Gaji masing-masing di bawah Laporan
    Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut
    mana yang berkenaan. Jadual perubahan/perbandingan
    adalah seperti di Lampiran 1A

53
TAFSIRAN
  • Ibu Pejabat- bermakna tempat biasa seseorang
    pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan
    linkungan jarak pentadbirannya ialah
  • a) 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya
  • b) 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah
    yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor dan
  • c) 8km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal
    atau sungai

54
TAFSIRAN
  • Kajian Luar- bermakna sebarang aktiviti yang
    diarahkan oleh pusat pengajian semasa berkursus
    di luar pusat pengajian sama ada untuk membuat
    sesuatu penyelidikan ataupun disangkutkan di
    sesuatu Jabatan termasuk lawatan yang diadakan
    dalam tempoh berkursus
  • Kursus- bermakna sebarang kursus atau latihan
    yang berupa akademik atau praktik, lawatan sambil
    belajar,seminar dan bengkel, yang bercorak
    latihan
  • Kursus Panjang- bermakna sebarang kursus
    sepenuh masa yang tempohnya adalah melebihi 3
    bulan termasuk hari hujung minggu dan kelepasan
    am

55
TAFSIRAN
  • Kursus Pendek- bermakna sebarang kursus sepenuh
    masa yang tempohnya 3 bulan atau kurang termasuk
    hari hujung minggu dan kelepasan am
  • Kursus Sambilan- bermakna sebarang kursus yang
    dijalankan secara sambilan selepas waktu pejabat
  • Pegawai- bermakna seseorang pegawai
    tetap/sementara di dalam Perkhidmatan Awam. Bagi
    maksud ini, pegawai adalah termasuk juga anggota
    dalam perkhidmatan Polis Di Raja Malaysia dan
    Angkatan Tentera Tetap Malaysia

56
TAFSIRAN
  • Pekeliling Bertugas Rasmi yang Berkaitan-
    bermakna Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkuat
    kuasa bagi Perkhidmatan Awam, Polis Di Raja
    Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia
  • Penganjur- bermakna badan yang membiayai
    sebahagian besar perbelanjaan kursus

57
TAFSIRAN
  • Pusat Pengajian- bermakna tempat yang
    sebahagian besar sesuatu kursus itu dijalankan
    dan bagi tempoh kursus itu,Pusat Pengajian adalah
    ditakrifkan sebagai Ibu Pejabat dan
  • Yang Setaraf- bermakna pangkat-pangkat setaraf
    seperti yang terdapat di dalam Pekeliling
    Bertugas Rasmi yang berkaitan.

58
  • ELAUN SEMASA BERKURSUS
  • Kursus pendek dalam negeri bermaksud kursus
    kurang daripada 3 bulan yang dianjurkan di
    Malaysia.
  • Surat kelulusan daripada Jabatan Pendaftar
    hendaklah disertakan bersama tuntutan perjalanan.
  • Apa yang boleh dituntut semasa menjalani kursus?
  • Elaun Makan atau Elaun Harian
  • Sewa Hotel / Elaun Lojing
  • Pengangkutan awam / perjalanan kenderaan
  • Tuntutan kursus hendaklah dibuat selepas kursus
    disempurnakan dan jika terdapat urusan rasmi
    dalam bulan berkenaan kedua-dua tuntutan
    hendaklah disediakan dalam satu borang.

59
  • 5.1 KURSUS PENDEK DALAM NEGERI
  • 5.1.1 Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
  • Elaun Makan dan jika perlu menginap bayaran Sewa
    Hotel yang disokong dengan resit atau Elaun
    Lojing.
  • Kadar Elaun Makan dan Sewa Hotel/Lojing adalah
    seperti di Lampiran 3
  • Ruangan A bagi Semenanjung Malaysia, dan
    Ruangan B bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
  • Jika kemudahan penginapan disediakan Pegawai
    hanya dibayar Elaun Makan. Sekiranya hanya
    sebahagian daripada kemudahan makan disediakan,
    pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang
    tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar
    seperti berikut
  • a) Sarapan pagi 20
    daripada Elaun Makan
  • b) Makan Tengah hari
    40 daripada Elaun Makan dan
  • c) Makan Malam 40
    daripada Elaun Makan

60
c) Kadar Sewa Hotel/Lojing dan elaun
makan bagi satu hari sebelum dan satu
hari selepas kursus adalah dikira berdasarkan
kadar tugas rasmi seperti di Lampiran 3.
Bayaran perkhidmatan dan cukai
perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke
atas sewa hotel tersebut adalah layak
dituntut dan dikira sebagai sebahagian
daripada Kadar Bayaran Sewa Hotel itu.
61
Contoh- Pegawai Kumpulan Pengurusan dan
Profesional (bergaji pokok RM 3,980.25 sebulan,
Gred 48) menghadiri Seminar di Kuala Lumpur.
Bertolak ke Kuala Lumpur pada 6 Mac 2007, jam
7.00 petang dan sampai balik ke Pulau Pinang dan
membayar Sewa Hotel sebanyak RM 120.00 semalam.
(Pegawai telah membayar sendiri Sewa
Hotel). Kursus mula 7/3/2007
9.00 pagi Tamat 12/3/2007 5.00
petang 6/3/2007 7.00 petang (dari
K.Lumpur) 6 hari 14 jam 13/3/2007 9.00 pagi
(balik ke P.Pinang)? Tuntutan dibenarkan- Sewa
Hotel pada 6/3/2007 RM 120.00 Elaun Harian
RM 30.00 6/3/2007 (7.00 ptg) hingga
7/3/2007 (9.00 pg)
62
Sewa Hotel RM 600.00 (7/3/2007 sehingga
11/3/2007) (120 x
5 hari) Elaun Makan RM360.00 (7/3/2007
sehingga 12/3/2007 jam 5.00 ptg)
(60 x 6 hari)? Sewa Hotel pada 12/3/2007
RM 120.00
----------------------- JUMLAH
RM 1,080.00
(d)
Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang
Pengangkutan Awam seperti berikut ( i
) Perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke
Pusat Pengajian sekali
sahaja. Sekiranya tempat penginapan tidak
disediakan atau tiada
keperluan untuk bermalam, jumlah perjalanan
pergi balik dari rumah
kediaman ke Pusat Pengajian sekali sehari
tidak melebihi 6 hari ( ii ) Seseorang
pegawai yang disangkutkan ke sesuatu pejabat dan
diarahkan oleh Ketua
Jabatan / Pegawai Pemerintah itu bagi
menjalankan tugas rasmi layak menuntut
Elaun Perjalanan
Kenderaan/Tambang Pengangkutan Awam mengikut
kadar dan syarat sepertimana
yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas
Rasmi yang berkaitan
( iii ) Elaun Perjalanan Kenderaan ini adalah
tertakluk kepada syarat
penggunaan kenderaan sendiri sepertimana yang
diperuntukkan di dalam
Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan

63
  • ( iv ) Seseorang pegawai yang
    menggunakan perkhidmatan pengangkutan
    awam adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan
    Awam mengikut mana l lebih murah dan yang
    sepatutnya dinaiki tertakluk kepada syarat-syarat
    berikut
  • Kereta Api
  • Penggunaan perkhidmatan kereta api adalah
    dibenarkan mengikut kelayakan sepertimana yang
    dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi
    yang berkaitan
  • Kapal Terbang
  • Penggunaan perkhidmatan kapal terbang mengikut
    kelayakan pegawai hanya dibenarkan sekiranya
    difikirkan sangat perlu dan mustahak bagi
    seseorang pegawai sampai ke Pusat Pengajian pada
    masa yang ditetapkan. Cukai Lapangan Terbang
    layak dituntut
  • Lain-Lain
  • Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain
    daripada yang dinyatakan di atas adalah
    dibenarkan dan tuntutan dibuat berasaskan kepada
    tambang lazim bagi satu perjalanan pergi dan
    balik sekali sahaja
  • ( v ) Seseorang pegawai yang memilih untuk
    menggunakan kenderaannya sendiri layak menuntut
    Tambang Gantian bagi satu perjalanan pergi dan
    balik sahaja bersamaan dengan tambang lazim
    perkhidmatan pengangkutan awam yang sepatutnya
    dinaiki mengikut kelayakan dengan syarat
    dinyatakan di dalam baucar tuntutan yang ia
    telah menggunakan kenderaannya sendiri dan

64
( vi ) Seseorang pegawai yang menuntut
Tambang Gantian tidak layak menuntut apa-apa
tambang atau apa-apa bayaran tambahan bersabit
dengan perjalanan kapal terbang atau kereta api
seperti tambang dari rumah ke lapangan
terbang/stesen kereta api dan sebaliknya, tambang
dari lapangan terbang/stesen kereta api ke tempat
berkursus dan sebaliknya, bayaran Cukai
Lapangan Terbang, bayaran tempat tidur dalam
kereta api (berth charges), bayaran tol dan
sebaliknya
65
  • 5.1.2 Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat
  • Pegawai dibayar elaun sebanyak RM 15.00 sehari
    pada hari-hari berkursus seperti di Lampiran 3
    Ruangan C dengan syarat-
  • Kemudahan makan tidak disediakan oleh penganjur.
  • Kursus diadakan di luar kompleks tempat biasa
    Pegawai menjalankan tugas.
  • Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang
    Pengangkutan Awam spt di 5.1.1 (d).


66
  • 5.2 KURSUS PANJANG DALAM NEGERI
  • Kursus panjang ertinya kursus yang tempohnya
    adalah melebihi 3 bulan dan SELAIN daripada
    kursus yang diiktiraf sebagai Kursus Diploma,
    Ijazah Pertama atau Lanjutan yang dianjurkan di
    Malaysia.
  • 5.2.1 Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
  • Elaun Sara Hidup sebanyak RM 25.00 sehari untuk
    tempoh kursus dengan syarat kemudahan makan dan
    penginapan tidak disediakan seperti di Lampiran
    3, Ruangan D.
  • Sekiranya salah satu kemudahan sahaja disediakan,
    maka elaun yang tidak disediakan itu layak
    dituntut mengikut pecahan unsur elaun iaitu 50
    untuk penginapan dan 50 untuk makan.Jika
    sebahagian daripada kemudahan makan disediakan,
    maka pegawai layak menuntut bahagian makan yang
    tidak disediakan mengikut peratusan bagi kadar
    tugas rasmi.

67
  • 5.2.1 Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
  • Elaun Makan/Harian dan Sewa Hotel/Lojing bagi
    sehari sebelum atau sehari selepas berkursus
    mengikut kadar-kadar urusan perjalanan rasmi.
  • Elaun perjalanan kenderaan sama seperti kursus
    pendek Luar Kawasan Ibu Pejabat seperti di 5.1.1
    (d).

68
  • 5.2.2 Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat
  • Elaun Sara Hidup sebanyak RM 15.00 sehari untuk
    tempoh kursus dengan syarat kemudahan makan tidak
    disediakan dan kursus diadakan diluar kompleks
    tempat biasa Pegawai bertugas, seperti di
    Lampiran 3, Ruangan E.
  • Tambang pengangkutan sekali perjalanan pergi
    balik, seperti di para 5.1.1 (d).

69
5.3 KURSUS PENDEK LUAR NEGARA Seseorang
pegawai yang berkursus pendek di luar negara
adalah layak menuntut elaun kemudahan dan bayaran
mengikut kadar dan syarat seperti
berikut, a) Kadar-kadar Elaun Makan yang layak
dituntut bagi sepanjang tempoh kursus sekiranya
kemudahan makan tidak disediakan adalah seperti
berikut-
70
(No Transcript)
71
Kadar bayaran Hotel/Elaun Lojing layak dituntut
bagi sepanjang tempoh kursus sekiranya kemudahan
penginapan tidak disediakan adalah seperti di
Lampiran 4. Bayaran perkhidmatan, cukai
perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke
atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut
dan dikira sebagai sebahagian dari kadar Bayaran
Sewa Hotel itu.
72
  • b) Elaun pakaian panas sebanyak RM 1,500.00
    berkursus di kawasan iklim sederhana dengan
    syarat belum pernah dibayar elaun pakaian panas
    dalam tempoh 3 tahun sebelumnya.
  • c) Bayaran Sewa Hotel/Lojing dan Elaun Makan bagi
    tempoh 2 hari iaitu sehari sebelum dan sehari
    selepas adalah dikira berdasarkan kadar tuntutan
    tugas rasmi di luar negeri mengikut kadar di
    lampiran 1, Ruangan E.
  • Bayaran pasport antarabangsa dan visa yang
    disokong dengan resit.
  • Elaun perjalanan Kenderaan atau Tambang
    Pengangkutan Awam seperti berikut
  • (i) Perjalanan pergi balik
    dari tempat kediaman ke
    lapangan terbang, sekali sahaja
  • (ii) Perjalanan pergi balik dari lapangan
    terbang ke tempat penginapan sekali
    sahaja
  • (iii) Perjalanan pergi balik dari tempat
    penginapan ke Pusat
    Pengajian sekali sahaja. Sekiranya tempat
    penginapan tidak disediakan atau
    tiada keperluan
    untuk bermalam, jumlah perjalanan pergi balik
    dari rumah kediaman ke Pusat
    Pengajian sekali sehari tidak melebihi 6
    hari
  • (iv) Seseorang pegawai yang disangkut ke
    sesuatu pejabat dan
    diarahkan oleh Ketua Jabatan bagi
    menjalankan tugas rasmi layak menuntut
    Elaun Perjalanan
    Kenderaan atau Tambang Pengangkutan
    Awam mengikut kadar dan syarat
    sepertimana yang
    diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi
    yang berkaitan

73
Walau apapun peruntukan di atas, seorang pegawai
yang mengikuti kursus di luar negara selama 14
hari atau kurang secara berterusan yang dikira
berdasarkan hari berkursus, layak menuntut elaun,
kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling
Bertugas Rasmi yang berkaitan.
74
5.4 KURSUS PANJANG DI LUAR NEGARA
Seseorang pegawai yang mengikuti kursus panjang
sama ada yang diiktiraf atau tidak sebagai kursus
peringkat Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Lanjutan
adalah tertakluk kepada peraturan yang berasingan
yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
Kerajaan Persekutuan.
75
  • 6. KURSUS SAMBILAN DI DALAM NEGERI
  • Seseorang pegawai yang mengikuti Kursus Sambilan
    yang dihadiri
  • atas arahan Ketua Jabatan/Pegawai Pemerintah
    kerana kepentingan
  • perkhidmatan adalah layak menuntut bayaran
    seperti berikut
  • 6.1 Di Luar Kawasan Ibu Pejabat
  • 6.1.1 Bayaran sebanyak RM 10.00 sehari bagi
    hari-hari berkursus sahaja yang mana unsurnya
    terdiri daripada RM 5.00 untuk bantuan makan dan
    RM 5.00 untuk bantuan perjalanan sekiranya
    kemudahan makan dan pengangkutan tidak disediakan
    oleh Kerajaan atau Penganjurdan
  • 6.1.2 Bagi tujuan menghadir Kursus Sambilan
    pegawai tidak layak menuntut Elaun Perjalanan
    Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam dan
  • 6.2 Di Dalam Kawasan Ibu Pejabat
  • 6.2.1 Bayaran sebanyak RM 8.00 sehari bagi
    hari-hari berkursus sahaja yang mana unsurnya
    terdiri daripada RM 5.00 untuk bantuan makan dan
    RM 3.00 untuk bantuan perbelanjaan perjalanan
    sekiranya kemudahan makan dan pengangkutan tidak
    disediakan. Pegawai yang mengikuti Kursus
    Sambilan di dalam bangunan/kompleks yang sama
    tidak layak menuntut bayaran di atas.

76
Seorang pegawai Gred 41 dikehendaki mengikuti
kursus seperti berikut Tarikh 14 Februari
2007 ( 8.00 pagi ) 17 Februari 2007 ( 5.00 ptg
)? Tempat INTAN, Kuala Lumpur Penginapan
Disediakan sepanjang kursus Makanan disediakan
Pagi Tengah hari ( sepanjang tempoh kursus
)? Pengangkutan Tidak disediakan Kadar
kelayakan Elaun Makan ( RM 45.00 )? Elaun
Harian ( RM 22.50 )? Sewa hotel ( RM
130.00 )? Elaun Lojing ( RM 55.00
)? Pegawai berikut bertolak dari rumah jam 8
malam ( 13 Feb. 2007 ) dan bertolak pulang ke
Pulau Pinang pada jam 8 malam ( 17 Feb. 2007 )
dan tiba di rumahnya pada 3 pagi ( 18 Feb. 2007 )
dengan menggunakan waran penerbangan Universiti.
Berikut adalah pengangkutan yang telah digunakan
oleh pegawai tersebut Tambang teksi dari rumah
ke Lapangan RM 60.00 Terbang ( Bayan Lepas
)? Tambang teksi dari KLIA ke INTAN ( Kuala
Lumpur ) RM 100.00 INTAN Kuala Lumpur ke
KLIA ( tumpang kenderaan rakan )? Tambang
teksi dari Lapangan Terbangan ( Bayan RM
60.00 Lepas ) ke rumah Kirakan jumlah kadar elaun
makan dan pengangkutan yang layak dituntut oleh
pegawai tersebut.
77
Jawapan Tempoh kursus Elaun Makan 4 x ( RM
45.00 x 40 ) RM 72.00
( tempoh 14
Feb. 2007 17 Feb. 2007 )? Tambang teksi Rumah
ke Lapangan Terbang ( Bayan Lepas ) RM
60.00 KLIA ke INTAN Kuala Lumpur RM
100.00 Lapangan Terbang ( Bayan Lepas ) ke
rumah RM 60.00 -------------- RM
220.00 Jumlah tuntutan RM 72.00
RM 220.00 RM 292.00
78
LAMPIRAN 3 - KADAR ELAUN KURSUS
Bilik Biasa
Bilik Biasa
Bilik Biasa
Bilik Biasa
Bilik Biasa
Bilik Biasa
A - Kursus Dalam Negeri (Luar IbuPejabat) -
Sem.Malaysia. B - Kursus Dalam Negeri (Luar
IbuPejabat) Sabah, Sarawak LabuanC - Kursus
Pendek Dalam Negeri ( Kawasan IbuPejabat)D -
Kursus Panjang Dalam Negeri (Luar IbuPejabat)E -
Kursus Panjang Dalam Negeri (Kawasan
IbuPejabat)I Elaun MakanII Sewa
HotelIII Lojing
79
LAMPIRAN 3 - KADAR ELAUN KURSUS. SAMB...
A - Kursus Dalam Negeri (Luar IbuPejabat) -
Sem.Malaysia.B - Kursus Dalam Negeri (Luar
IbuPejabat) Sabah, Sarawak Labuan.C - Kursus
Pendek Dalam Negeri ( Kawasan IbuPejabat)D -
Kursus Panjang Dalam Negeri (Luar IbuPejabat)E -
Kursus Panjang Dalam Negeri (Kawasan
IbuPejabat)I Elaun MakanII Sewa
HotelIII Lojing
80
LAMPIRAN 4 - KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA
HOTEL/ELAUN LOJING SEMASA BERKURSUS DI LUAR NEGARA
Petunjuk Kategori Negara
81
7. PENDAHULUAN PERJALANAN 7.1 Pegawai boleh
memohon pendahuluan perjalanan (Dalam Negeri)
bagi tujuan bayaran sewa hotel dan makan yang
dikira mengikut 90 daripada anggaran Elaun
Lojing dan Elaun Makan bagi tempoh perjalanan.
Manakala untuk perjalanan Luar Negeri, Pegawai
boleh memohon pendahuluan perjalanan bagi tujuan
bayaran Sewa Hotel dan Elaun Makan dikira
mengikut 100 daripada anggaran Sewa Hotel dan
Elaun Makan. 7.2 Permohonan pendahuluan
perjalanan hendaklah dibuat melalui borang yang
ditetapkan dan dikemukakan kepada Jabatan
Bendahari 7 hari sebelum tarikh
perjalanan. 7.3 Jika pendahuluan diambil dan
Pegawai tidak mengemukakan penyata perbelanjaan
SEBELUM 14 HB bulan berikutnya, pendahuluan
dianggap tidak digunakan dan potongan akan dibuat
daripada gaji Pegawai.
82
7.4 Jika jumlah tuntutan perjalanan adalah kurang
daripada jumlah pendahuluan, Pegawai hendaklah
membayar balik lebihan ini dengan serta merta
selepas membuat perjalanan. Pendahuluan
berlebihan ini jika tidak dibayar balik akan
dipotong daripada gaji pegawai berkenaan tanpa
sebarang notis.
83
8. ELAUN HADIR MAHKAMAH 8.1 Pegawai yang
disapina oleh mahkamah untuk memberi keterangan
bagi pihak Kerajaan atau keterangan pakar,
dibayar elaun untuk tempoh perjalanan dan
perbicaraan seperti menjalankan tugas
rasmi. 9. ELAUN SEMASA MENGHADIRI
ISTIADAT 9.1 Pegawai yang dianugerahkan pingat
dan Darjah Kebangsaan layak menuntut elaun-elaun
perjalanan seperti menjalankan tugas rasmi bagi
dirinya dan 2 orang tetamu yang diundang. Kadar
dan kemudahan tuntutan adalah seperti di Lampiran
1. 9.2 Pegawai adalah layak menuntut bayaran
pakaian istiadat di mana had tuntutan adalah RM
750.00
84
  • 9.3 Bagi bayaran pakaian menghadiri upacara rasmi
    had tuntutan adalah RM 300.00
  • Kemudahan bayaran bagi perkara 8.2 dan 8.3
    diberi kepada Pegawai setiap tiga (3) tahun
    sekali. Tuntutan balik kemudahan ini hendaklah
    berdasarkan resit dan kad jemputan upacara rasmi
    tersebut.
  • Pakaian Istiadat - Pakaian upacara rasmi yang
    direkabentuk khas untuk sesuatu
    perkhidmatan.
  • Pakaian Menghadiri - Pakaian Kebangsaan Hitam
    atau Dark Upacara rasmi Lounge Suit bagi
    lelaki atau pakaian yang bersesuaian bagi
    wanita.

85
LAMPIRAN 1A -JADUAL PERUBAHAN/PERBANDINGAN BAGI
PEGAWAI YANG MEMILIH UNTUK TIDAK MENERIMA SISTEM
SARAAN MALAYSIA
86
  • SEKIAN ...
  • .. TERIMA KASIH ..
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com