MEMBENTUK GENERASI BERILMU, - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

MEMBENTUK GENERASI BERILMU,

Description:

Seminar Mendukung Kedaulatan Raja MEMBENTUK GENERASI BERILMU, BERIMAN DAN BERAKHLAK Oleh: Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:923
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 54
Provided by: sitimaw
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MEMBENTUK GENERASI BERILMU,


1
Seminar Mendukung Kedaulatan Raja
MEMBENTUK GENERASI BERILMU, BERIMAN DAN
BERAKHLAK Oleh Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji
Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman Timbalan
Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Negara
Brunei Darussalam
2
  • ??? ???? ?????? ??????
  • ????? ??? ?? ???????? ? ?????? ??????? ??? ?????
    ???? ???? ???????? ? ???????? ???? ??? ?????
    ??????

3
DEFINISI
Membentuk bererti bagaimana kita boleh
menyediakan acuan yang kita kehendaki. Generasi
ialah kumpulan individu yang lahir dan waktu
hidupnya lebih kurang sama, angkatan, turunan
(Kamus Nusantara, 2003 804). Tajuk ini membawa
maksud bagaimana kita hendak melahirkan generasi
yang berilmu, beriman dan berakhlak.
4
Generasi Yang Berilmu dan Beriman
  • Generasi jika berilmu sahaja ia mungkin boleh
    menjadi satu force yang membawa kepada kemajuan
    dan pembangunan tanpa memperdulikan soal-soal
    hukum halal haram, dosa dan pahala.
  • Jika hanya beriman sahaja tanpa memiliki ilmu
    maka ia mungkin cenderung kepada ibadat sahaja
    tanpa mempunyai keupayaan untuk membangunkan
    negaranya.
  • Dengan berilmu dan beriman barulah kita akan
    dapat berjalan di atas landasan yang betul, akan
    melahirkan generasi yang sempurna, yang diredhai
    Allah kerana buah dari berilmu dan beriman itu
    ialah berakhlak.

5
  • Berakhlak
  • Bermakna beretika dalam erti kata etika Islam.
  • berakhlak mudah disebut tetapi tidak mudah untuk
    dipraktikkan kecuali oleh orang yang beriman.
  • Akhlak seumpama ini akan tidak ada jika ilmu dan
    iman tidak ada.

6
Sebab itu salah satu fungsi terpenting Rasulullah
Sallalllahu Alaihi Wasallam diutus ke alam ini
adalah untuk menunjukkan kepada manusia akhlak
yang mulia, dan salah satu unsur yang terpenting
dalam tamadun atau civilization manusia mengikut
nilai-nilai Islam ialah berakhlak yang mulia.
7
Firman Allah ????
????? ??? ??? ? ??????? ?? ???? ? ????? ? ???????
?? ??????? ? ??????? ??? ???? ??? ?????
?????? Ertinya Dan sesungguhnya Kami telah
memuliakan anak-anak Adam, dan kami telah beri
mereka menggunakan berbagai kenderaan di darat
dan di laut dan Kami telah memberi rezeki
kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik
serta Kami telah lebihkan mereka dengan
selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk
yang telah Kami ciptakan (Surah Al-Israa, Ayat
70).
8
Tentulah ada sebab mengapa Allah memuliakan
manusia lebih dari makhluk lainnya, tidak lain
kerana ilmu, iman dan akhlak. Lebih jelas lagi
dalam ayat yang lain, Allah berfirman ???? ???
??? ????? ????? ?????? ???????? ?????? ?? ??????
? ?????? ????? Ertinya Kamu (wahai umat
Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia , (kerana)
kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik
dan melarang daripada segala perkara yang salah
(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada
Allah (Surat Ali-Imran, Ayat 110).
9
PERSOALAN
siapa?, apa?, dan mengapa?. Apa tujuannya
membentuk generasi berilmu, beriman dan
berakhlak?.
10
SOAL SIAPA
  • Soal siapa tentulah akan terpikul kepada dua buah
    kementerian iaitu Kementerian Pendidikan dan
    Kementerian Hal Ehwal Ugama
  • Kementerian Pendidikan mungkin lebih kepada
    pendidikan ilmu fardu kifayah
  • Kementerian Hal Ehwal Ugama lebih kepada ilmu
    fardu ain

11
Tugas Kementerian Pendidikan pula ialah supaya
pelajar-pelajar kita dapat meningkatkan keupayaan
dalam ilmu metamatik, ilmu sains seperti Biologi,
Kimia, Fizik, ICT. Ilmu terakhir ini (ICT)
sangat penting pada masa ini sebagai alat
pengajaran dan pembelajaran, dan sudah tentu akan
sangat membantu para pelajar bersaing di dalam
dan luar negara.
12
Dalam soal bahasa Arab ini, Kementerian
Pendidikan sudah memperkenalkan pengajaran bahasa
Arab di sekolah-sekolah sebagai satu mata
pelajaran optional di peringkat Sekolah Rendah
hingga Menengah Tiga atau PMB. Jika ada sambutan
dan pencapaian baik dari para pelajar mungkin
akan ada pemikiran untuk dilanjutkan ke peringkat
menengah dan tinggi. Ini bermakna peluang sudah
disediakan dan terbuka kepada semua pelajar. Cuma
para pelajar perlu melihat akan kepentingannya di
masa hadapan bahawa kebolehan mereka berbahasa
Inggeris dan Arab saya percaya akan mendedahkan
mereka lebih luas dan lebih efektif kepada dunia
antarabangsa termasuk di Timur Tengah.
13
Ini kerana senjata serampang dua mata ini dari
segi bahasa akan menyebabkan kita negara kecil
ini mempunyai access dan penerimaan yang lebih
berkesan dan lebih mesra di kebanyakan tempat
dalam dunia. Rasanya bahasa Arab itu adalah
lebih dekat dengan kehidupan kita sehari-hari
bukan sahaja dari segi komunikasi malah yang
lebih penting lagi ialah dari segi penghayatan
beragama yang tiada tolok bandingnya dengan apa
pun bahasa di dunia ini kerana ia bahasa
Al-Quraan dan bahasa Al-Hadith yang merupakan ibu
segala ilmu dan ibu segala rujukan.
14
Institusi yang tidak formal ialah pihak ibu bapa,
keluarga dan masyarakat umum. Ini bermakna
pendidikan yang bersepadu iaitu kerjasama dari
pihak sekolah dibantu oleh ibu bapa dan keluarga
Insya Allah akan benar-benar menjamin bagi
melahirkan insan yang terdidik yang menjadi
harapan negara, bangsa dan agama. Ibu bapa
berperanan sentiasa melihat kemajuan anak-anak
mereka dalam usaha memberi asas yang kuat supaya
anak-anak mereka mampu melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.
15
Dalam pada itu media massa perlu juga berperanan
bagi memberi ruang yang seluas-luasnya untuk
penyibaran ilmu, untuk penyuburan iman dan untuk
menanamkan pada jiwa anak-anak tentang perlunya
menghayati akhlak yang baik. Mungkin kerjasama
dari segala pihak seperti pendidik, pentadbir,
pendakwah, jurnalis, pengarang, pemikir, pemegang
candik yang berkuasa, ulama, para ibu bapa, maka
usaha untuk membentuk generasi yang berilmu,
beriman dan berakhlak ini akan lebih mudah
dicapai dan hasilnya dapat dinikmati.
16
SOAL APA
Soal apa tujuan kita membentuk generasi berilmu,
beriman dan berakhlak? ialah supaya negara kita
maju, mempunyai daya saing dan supaya anak-anak
kita dapat menyumbang kepada kemantapan,
kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan negara
dan supaya anak-anak kita tidak menjadi sampah
masyarakat, tidak menjadi barang terbuang, tidak
terhina. Ini kerana Islam memandang semua
individu adalah mulia, semua individu sangat
berharga sebagaimana Islam memandang semua nyawa
manusia sangat berharga dan tidak boleh
sewenang-wenangnya nyawa itu dimusnahkan tanpa
hak yang sebenarnya.
17
SOAL MENGAPA
Soal mengapa kita perlu membentuk generasi
berilmu, beriman dan berakhlak? jawabnya sangat
perlu, sebab cabaran masa kini sangat hebat.
Walaupun bilangan kita sedikit dan negara kita
kecil, namun kalau bilangan yang kecil itu
benar-benar berkualiti dan mempunyai kepakaran
dalam berbagai bidang ilmu, maka bilangan yang
sedikit itu boleh menandingi bilangan yang ramai.
Ini telah dijelaskan dalam firman Allah
Taala ?? ?? ??? ????? ???? ??? ????? ???? ???? ?
???? ?? ??????? Ertinya berapa banyak (yang
pernah terjadi) golongan yang sedikit berjaya
menewaskan golongan yang banyak dengan izin
Allah, dan Allah (sentiasa) bersama orang-orang
yang sabar (Surah Al-Baqarah, Ayat 249).
18
Ini selaras dengan usaha-usaha Kerajaan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang
telah menyediakan peruntukan yang begitru besar
dalam bidang pendidikan umum dan pendidikan
kerohanian, memberikan dermasiswa kepada
anak-anak tempatan tanpa mengira bangsa, agama
dan keturunan untuk belajar secara percuma di
dalam dan luar negara. Semuanya adalah
semata-mata untuk menjana supaya anak-anak
tempatan menjadi orang yang berilmu.
Al-Hamdulillah, usaha tersebut tidak sia-sia.
Jika dibandingkan dengan keadaan 50 tahun yang
lalu tentu tidak siapa pun yang akan menafikan
bahawa kita sudah jauh maju kehadapan.
19
Walau bagaimanapun, kita perlu berkerja keras
lagi secara berterusan bagi mengisi
keperluan-keperluan masa ini. Kita juga belum
mempunyai ilmuan tempatan yang bertaraf profesor
yang diakui di peringkat antarabangsa. Rasanya
tidak cukup dengan seorang atau dua orang
profesor sahaja. Kalau boleh puluhan malahan
ratusan profesor diperlukan dari berbagai bidang.
Berbanding dengan negara-negara jiran, nampaknya
kita masih jauh ketinggalan. Ini yang perlu
dituju dan disedari oleh cendekiawan tempatan.
Untuk mendapat pangkat profesor itu bukannya
mudah. Di negara kita hanya selepas 50 tahun
kita celik mata kepada pelajaran barulah
memperolehi seorang perofesor yang diiktiraf di
peringkat antarabangsa iaitu Allah Yarham Dato
Paduka Seri Setia Profesor Dr Haji Mahmud Saedon
bin Awang Othman. Kematiannya pada tahun 2002
menjadi satu kehilangan besar kepada negara kita.
Bayangkan betapa sukarnya melahirkan seorang
profesor.
20
Dunia sudah berubah dengan begitu pesat, kita
perlu peka menangani era globalisasi dan dunia
ICT, era perdagangan, pelancungan, pembinaan,
komunikasi dan sebagainya. Semua ini memerlukan
generasi kita lebih berilmu dan lebih cekap.
21
  • Perlunya berilmu dan beriman.
  • -berilmu sahaja tidak memadai kerana akhirnya
    kita akan kecundang.
  • Perlunya generasi beriman
  • Apa maknanya beriman maknanya percaya kepada
    Allah dan RasulNya. Percaya bahawa apa sahaja
    yang kita lakukan dilihat oleh Allah.
  • Iman yang memandu kita supaya sentiasa berjalan
    di atas landasan yang lurus dan benar seperti
    kita pohonkan kepada Allah dalam Solat
  • ????? ?????? ???????? ???? ????? ????? ????? ???
    ??????? ????? ??? ???????
  • Ertinya Jalan lurus yang engkau telah beri
    nikmat kepada mereka. Bukan jalan yang dimurkai
    Tuhan dan bukan juga jalan orang-orang yang
    sesat.

22
Kalau generasi kita berilmu dan beriman, semuanya
akan jadi selamat, tidak ada rasuah, tidak ada
pecah amanah, tidak ada hina menghina, tidak ada
oporcunis dan egois, dan seumpamanya. Secara
umumnya berilmu dan beriman akan melahirkan insan
yang seimbang. Natijahnya ialah akan melahirkan
insan yang berciri positif dan memiliki akhlak
yang mulia.
23
Akhlak yang mulia ertinya bersopan santun,
berbudi bahasa, hormat menghormati, tawaduk, taat
kepada ketua, amanah, benar segala perbuatannya,
jujur, tidak menipu dan sebagainya. Insan
seperti inilah yang dikehendaki oleh negara,
untuk menyelamatkan negara kita dari kehancuran.
Saya mengatakan kehancuran kerana kita melihat
banyak masyarakat dalam dunia hari ini yang
berilmu, tetapi tidak beriman, akibatnya akhlak
jadi rosak, dan pantang ada kesempatan di hadapan
mata semua akan jadi mangsanya, membujur lalu
melintang patah. Mereka tidak memikirkan dosa
dan pahala. Tetapi apa yang difikirkan ialah
kepentingan diri sendiri lebih daripada
kepentingan agama dan negara.
24
Dalam Al-Quraan Allah telah menceritakan perihal
kaum-kaum yang degil dan ingkar itu menerima bala
kemusnahan dengan berbagai cara seperti kaum Aad
dan kaum Thamud. Apabila Allah memusnahkan
maknanya Allah benci kepada generasi sedemikian
sedangkan apa yang kita inginkan ialah Allah
redha, Allah mengasihi dan memelihara generasi
kita dari kerosakan. Ini boleh dicapai jika kita
mempunyai generasi yang berilmu, beriman dan
berakhlak.
25
Lagi jawapannya ialah kita adalah sebuah negara
Islam yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi
negara, menjadikan MIB sebagai falsafah hidup dan
budaya bangsa. Ini maknanya kita memiliki jati
diri sendiri yang perlu di pertahankan.
26
Kita memerlukan generasi sedemikian juga sebagai
tanda terima kasih kita kepada Al-Marhum Sultan
Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien
yang telah menyediakan bagi kita prasarana
pendidikan umum dan pendidikan agama, kemodenan
dan kemewahan hidup yang menjadikan kita satu
bangsa yang berani dan bermaruah di peringkat
serantau dan antara bangsa. Malah sebagai tanda
kasih sayang kita kepada raja kita Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Muizaddin Waddaulah yang telah
memberikan kepada kita satu kepimpinan yang
cemerlang di mana dalam banyak titah-titah
baginda menyeru supaya generasi sekarang yang
menjadi aset negara hendaklah berilmu, beriman
dan berakhlak.
27
Titah baginda sangat menarik untuk direnungi
antaranya Bangsa yang besar ialah bangsa yang
berilmu, kita tidak boleh bersikap membelakangi
ilmu jika kita mencicirkan ilmu, kegemilangan
akan mencicirkan kita (Titah di
Majlis Perasmian Seminar Institusi Masjid dan
pameran mengenainya, bertempat di Pusat
Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 19hb.
Julai, 2004.).
28
Titah baginda lagi Apakah matlamat negara
itu?. Yang penting ialah menukarkan persepsi dan
tanggapan negatif orang lain terhadap kita,
disamping menjelmakan nilai-nilai kemakmuran dan
kesejahteraan yang diredhai oleh Allah. Kita
gunakan ungkapan Diredhai oleh Allah, ini
kerana kemakmuran dan kesejahteraan itu boleh
sahaja diperolehi dengan berbagai cara, termasuk
dengan cara membelakangi nilai-nilai agama.
Adapun kemakmuran dan kesejahteraan yang
menyalahi nilai-nilai agama itu, tidak akan dapat
bertahan lama, kerana ia sebenarnya kosong
daripada berkat dan apa pun jua yang ketandusan
berkat tidak akan dapat menghasilkan kebahagiaan
sejati. (Titah di Majlis Sambutan
Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Sultan Haji
Hassanal Bolkiah di Pusat Persidangan
Antarabangsa pada 4hb. Desimber, 2004).
29
BERILMU
Bercakap tentang berilmu, dalam Islam sumber ilmu
itu ialah al-Quraan dan Al-Sunnah. Dalam Islam,
ilmu sama ada duniawi atau ukhrawi adalah sama
penting. Ilmu duniawi dapat dikatakan sebagai
ilmu yang membahas tentang kemajuan dan
kepentingan hidup di dunia, sementara ilmu
ukhrawi ialah ilmu yang membahas tentang akidah,
syariah, ketuhanan, keakhiratan dan seumpamanya.
Satu lagi dalam Islam cara pembahagian ilmu itu
ialah Ilmu Fardu Ain dan Ilmu Fardu Kifayah.
Ilmu Fardu Ain ialah yang membahas tentang
kewajipan diri sendiri terhadap Allah seperti
dari segi peribadatan khususi, kesucian diri dan
sebagainya. Adapun Ilmu Fardu Kifayah ialah yang
membahas tentang kepentingan masyarakat,
pembangunan dalam segala bidang misalnya ilmu
perubatan, ilmu ekonomi, ilmu kewangan, ilmu
arkitik dan sebagainya.
30
Ilmu Fardu Ain ialah ilmu yang setiap orang
mesti mempelajarinya tanpa pengecualian seperti
berkebolehan membaca Al-Quraan dan berkebolehan
dalam peribadatan khusus seperti sembahyang,
berpuasa, berzakat, menunaikan fardu Haji, itu
semua adalah fardu Ain ke atas setiap Muslim
sejati mengetahuinya dengan sempurna. Allah
telah menjelaskan dalam banyak tempat di dalam
al-Quraan tentang pentingnya ilmu pengetahuan
tidak kira apa sahaja ilmu yang diperlukan dan
membawa kebaikan kepada manusia, dan betapa Allah
mengangkat orang yang berilmu itu beberapa darjat
lebih tinggi dari orang yang tidak berilmu.
Allah menggandingkan orang yang beriman dan
berilmu itu pada satu darjat yang sama tingginya,
sebagaimana firman Allah ???? ???? ????? ?????
???? ?????? ????? ????? ????? Ertinya Allah
meninggikan darjat orang-orang yang beriman di
antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa
darjat (Surah Al-Mujadalah, Ayat 11).
31
Maknanya orang yang beriman dan orang yang
berilmu sama-sama mendapat kedudukan yang tinggi
di sisi Allah. Mengenai kepentingan ilmu ini
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjelaskan
dalam sabda baginda ?? ???? ?????? ????? ??????
? ?? ???? ?????? ????? ?????? ? ?? ??????? ?????
?????? Ertinya Sesiapa yang inginkan kejayaan di
dunia maka hendaklah dia berilmu, dan sesiapa
yang inginkan kejayaan diakhirat hendaklah dia
berilmu, dan sesiapa yang inginkan kejayaan pada
kedua-duanya (dunia dan akhirat) hendaklah dia
berilmu.
32
  • Apakah ciri-ciri orang yang berilmu dan beriman?
  • sukar untuk mempastikan seseorang itu berilmu
    kecuali dengan melihat beberapa ciri, misalnya
    mempunyai ijazah.
  • Untuk melihat sama ada ia beriman atau sebaliknya
    dapat dilihat dari amal atau perbuatannya.
    Adakah solatnya sempurna?, adakah puasanya
    tunai?, adakah hajinya terlaksana?, adakah ia
    seorang dermawan dan murah hati?.

33
Di dalam dunia hari ini, terdapat orang yang
berilmu tetapi tidak beriman seperti orientalis.
Orientalis ada di antara mereka yang mendalam
dalam ilmu hadith, ilmu tafsir al-Quraan, ilmu
fiqeh dan sebagainya, tetapi mereka menganggap
ilmu itu hanyalah sebagai kebudayaan, mereka ini
ramai sekali terdapat di dunia Barat, mereka
mengetahui selok belok ilmu Islam, tetapi mereka
bukan penganut Islam dan mereka tidak beriman.
34
Saya sukacita memberi peringatan di sini kepada
anak-anak kita yang belajar di mana-mana sahaja
supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh
kerana kaum orientalis ini setengahnya berusaha
untuk menyelewengkan fakta keilmuan Islam yang
sebenarnya malah berusaha meracuni fikiran
orang-orang Islam dengan menimbulkan keraguan
terhadap agama mereka. Oleh kerana itu usaha
kerajaan kita seperti melalui Jabatan Penerangan
dengan kerjasama dari lain-lain agensi kerajaan
dan swasta pada menganjurkan berbagai aktiviti
termasuk memberikan bekalan pengetahuan agama,
akidah, syariah, akhlak dan lain-lain sebelum
dihantar keluar negara, atau semasa percutian
mereka di tanah air bagi saya sangat bermanfaat.
Yang penting dibuat ialah penilaian setakat mana
kesan kefahaman dan penerimaan mereka.
Mudah-mudahan benteng yang disediakan ini dapat
menyelamatkan mereka dari pengaruh buruk.
35
BERIMAN
Bercakap tentang beriman, kita bersyukur kerana
negara kita adalah sebuah negara Islam yang
menghayati ajaran Islam sejak berkurun-berkurun
yang lalu. Di dalam Perlembagaan Negara Brunei
Darussalam dinyatakan bahawa Islam adalah agama
resmi negara mengikut aliran Ahlis-Sunnah
Waljamaah, mazhab Shafie. Negara Brunei
Darussalam berjalan di atas landasan ini. Majlis
Ugama Islam dan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang
bertindak selaku pihak legislatif dan eksekutif
telah berkerjasama dengan lain-lain kementerian,
agensi kerajaan dan swasta pada melaksanakan
ajaran Islam di negara ini.
36
Istimewanya lagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan
Negara Brunei Darussalam selain bertindak sebagai
ketua negara, baginda juga adalah ketua agama.
Kecenderungan Al-Marhom Sultan Haji Omar Ali
Saifuddien Saadul Khairi Waddien kepada
perkembangan Islam di mana baginda telah
mengasaskan pendidikan Islam di negara ini pada
tahun 1956 telah memberi peluang supaya setiap
pelajar Islam mendapat pendidikan agama selama 6
tahun bermula dari darjah satu hingga darjah enam
(pelajar tersebut jika di sekolah biasa pada masa
itu dia berada dalam darjah 3 rendah hingga
menengah 2).
37
Melalui sekolah agama ini, telah membolehkan
mereka mendapat didikan kerohanian fardu ain
secara praktikal. Sistem pendidikan ini berjalan
hingga sekarang. Selepas tingkatan dua,
pelajar-pelajar tersebut meneruskan lagi
persekolahan mereka dengan menumpukan kepada mata
pelajaran umum dan sains sehingga memasuki
pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar
negara. Namun persekolahan agama selama 6 tahun
itu telah meninggalkan kesan yang positif yang
menjadikan generasi masa lalu dan sekarang ini
kenal agama, celik al-Quraan dan berakhlak.
Selain itu melalui saluran Sekolah Arab, Maktab
Perguruan Ugama, Institut Tahfiz al-Quraan dan
Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali
Saifuddien, UBD, dan penghantaran pelajar-pelajar
ke Universiti Al-Azhar, Mesir adalah saluran bagi
melahirkan cendekiawan Islam, ulama, guru agama,
ahli- hafaz al-Quraan, pendakwah dan lain-lain
yang membantu ke arah menyuburkan keimanan di
negara ini.
38
Negara Brunei Darussalam bernasib baik kerana
selepas al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien
Saadul Khairi Waddien, teraju pemerintahan berada
di tangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzadien
Waddaulah yang kasihkan rakyat dan berpegang
teguh kepada ajaran Islam telah meneruskan
usaha-usaha yang diteruka oleh ayahanda baginda
bahkan lebih kuat lagi menekankan pembangunan
pendidikan di negara ini bagi menjana pelbagai
ilmu pengetahuan dengan terdirinya pusat-pusat
pengajian tinggi seperti UBD, ITB, Maktab
Jururawat, Maktab Teknik dan seumpamanya.
Demikian juga pendidikan berkembang di kalangan
swasta.
39
Soalnya ialah mengapa kita perlu membentuk
generasi kita menjadi generasi yang beriman.
Jawabnya kerana kita percaya kepada al-Quraan dan
Al-Sunnah, kerana al-Quraan terbukti mukjizatnya
tidak pernah berubah dan terbukti kehebatannya
sehingga ianya dibaca dan di hafaz oleh jutaan
umat Islam di seluruh dunia setiap hari. Allah
telah berjanji ia akan memelihara al-Quraan (
??? ??? ????? ????? ? ??? ?? ???????) Allah juga
telah berjanji Ia akan memelihara kita jika kita
berpegang teguh dan memelihara agamaNya. Begitu
juga Allah akan menolong kita dalam apa jua
permasalahan yang kita hadapi jika kita membantu
untuk menegakkan agamaNya sebagaiamana firman
Allah ?? ?????? ???? ?????? ? ???? ??????? ??
???? ????? ????? Ertinya Wahai orang-orang
yang beriman, kalau kamu membela (agama ) Allah
nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai
kemenangan) dan menegakkan tapak pendirian kamu
(Surah Muhammad, Ayat 7).
40
BERAKHLAK
Bercakap tentang berakhlak, akhlak adalah
merupakan natijah daripada berilmu dan beriman.
Melalui proses pendidikan yang sempurna dalam
memberikan ilmu dan menanamkan iman, Insya Allah
generasi kita yang telah lalu, sekarang dan akan
datang tetap akan memiliki akhlak yang sempurna
yang akan membezakannya dari generasi lain di
luar negara. Akhlak yang sempurna itu bermakna
mencontohi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
kerana dunia Islam dan dunia bukan Islam pun
telah mengakui bahawa Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam itu adalah contoh terbaik.
Baginda diakui oleh Allah Taala dan diakui oleh
semua golongan masyarakat yang waras akal mereka.
Kalau begitu tidak perlu lagi kita berpaling
kepada yang lain. Berakhlak sempurna terhadap
Allah, berakhlak sempurna terhadap manusia,
berakhlak sempurna terhadap ketua, terhadap ibu
bapa, terhadap guru terhadap jiran tetangga dan
sebagainya. Ini akan mewalihkan generasi kita
dari generasi di lain-lain tempat
41
Akhlak yang lahir dari ilmu dan iman bermakna
generasi kita tahu adanya balasan Allah, akan
tahu azab diakhirat, akan tahu membezakan yang
halal dan yang haram, akan sentiasa menjalankan
kewajipan dengan penuh amanah, bertanggungjawab,
benar dalam percakapannya, ikhlas dalam
perbuatannya. Generasi seperti inilah yang akan
menyelamatkan masyarakat, bangsa, negara,
kerajaan dan rajanya. Generasi seperti ini tidak
akan menjadi beban kepada negara dan kerajaan
sebaliknya akan menjadi satu rahmat dan
keuntungan besar kepada negara dan kerajaaan yang
memilikinya.
42
Untuk menghasilkan generasi sedemikian tidaklah
mudah. Ia memerlukan kerjasama dari semua pihak
seperti telah disentuh di awal-awal tadi.
Memandangkan pendidikan adalah satu pelaburan,
maka untuk menjayakan pelaburan ini ia memerlukan
prasarana yang sempurna dan kondusif, memerlukan
tenaga akademik yang berkualiti, memerlukan
segala peralatan moden terkini, memerlukan bahan
bacaan yang menarik dan mencukupi. Semuanya ini
memerlukan peruntukan yang besar.
43
KESIMPULAN
Pada kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa
untuk membentuk generasi yang berilmu, beriman
dan berakhlak tidak syak lagi hanya dapat
dijayakan menerusi pendidikan formal dan
non-formal.
44
Sekali lagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara
Brunei Darussalam menyentuh tentang pentingnya
pendidikan Beta melihat satu jalan keluar,
malah satu harapan hanyalah pada pendidikan jua.
Pendidikan sahajalah yang mampu menguasai semua
ini. Pendidikan merupakan alat tercanggih untuk
mengatasi unsur-unsur yang kritikal dalam
masyarakat. Di sinilah sumbangan pendidikan itu
terhadap pembinaan insan dan kemajuan negara.
Belum ada sukat-sukat yang boleh digunakan untuk
mengukur sumbangan tersebut. Tetapi apa yang
ada ialah, setiap kejayaan di dalam pembangunan
adalah berpunca dari sumber tenaga manusia dan
tenaga manusia pula adalah dibentuk oleh
pendidikan dan latihan.
45
Pelaburan dalam sumber tenaga manusia boleh
meningkatkan Human Capital. Keistimewaan modal
manusia, ia tidak akan putus atau berkurangan
walaupun digunakan, berbanding dengan modal-modal
biasa yang lain. Oleh itu pendidikan mestilah
dilihat dengan serius, bukan oleh kalangan
pendidikan sahaja, malahan juga oleh setiap
individu, kerana ianya adalah menyangkut soal
survival bangsa dan masa depan (Titah sempa
ulangtahun Hari Kebangsaan Negara Brunei
Darussalam pada 23hb. Februari, 2003).
46
Pada hemat saya, kepimpinan yang berwawasan,
dinamik, beragama, berhemah tinggi, berakhlak
mulia di semua peringkat dari pucuk pimpinan
hingga ke bawah, termasuk kepimpinan dari semua
institusi pendidikan adalah sangat perlu bagi
melahirkan dan membentuk generasi berilmu,
beriman dan berakhlak. Al-Hamdulillah, kita
beruntung kerana pucuk pimpinan negara kita
sangat mengambil berat terhadap kepentingan
pendidikan dan permasalahannya yang perlu diambil
langkah serius untuk meningkatkan kualitinya,
sebagaimana titah baginda bukan oleh kalangan
pendidikan sahaja, malah juga oleh setiap
individu, kerana ianya adalah menyangkut soal
survival bangsa dan masa depan. Ini dapat
dilakukan dengan semua pihak menyumbang kearah
berjalan licinnya sistem pendidikan tersebut
supaya tidak terhalang atau tersangkut di
mana-mana.
47
Kita sudah mempunyai Falsafah Pendidikan Negara
yang dihasilkan oleh Majlis Pelajaran Kebangsaan
di tahun-tahun yang sudah. Falsafah itu tentulah
direka dan difikirkan dengan mendalam oleh para
pemimpin dan pemikir pada masa itu berdasarkan
keperluan pendidikan di negara kita yang
menekankan keperluan pendidikan duniawi dan
ukhrawi.
48
- Apa yang perlu diatasi sekarang ialah masih
kurangnya minat membaca bahan-bahan yang bercorak
ilmiah, majalah dan surat-surat khabar, bukan
sahaja di kalangan para pelajar malah juga di
kalangan masyarakat umum. - kempen-kempen
membaca perlu dipesatkan lagi, dan pelbagai
kaedah, motivasi dan cara-cara yang boleh
mendorong orang ramai terutamanya para pelajar
membaca perlu diusahakan. Pendeknya budaya
membaca perlu disuburkan dalam masyarakat kita.
49
  • sebuah Perpustakaan Kebangsaan (National Library)
    atau Perpustakaan Negara yang lengkap dengan
    segala kemudahan terkini dan kondusif perlu
    diwujudkan di ibu kota.
  • Perpustakaan tersebut bukan hanya sekadar sebuah
    lambang keilmuan, malah ia lebih merupakan
    sebagai pusat rujukan utama di mana para pelajar,
    para belia beliawanis, para pegawai, para
    pengkaji, para cendekiawan dan malah para
    pemimpin seterusnya orang ramai mengunjunginya
    bagi mendapatkan bahan-bahan yang diperlukannya..

50
Saya tidak menafikan adanya berbagai perpustakaan
kecil atau sederhana di negara kita yang wujud di
sana sini untuk memenuhi keperluan masing-masing
institusi dan daerah-daerah. Kita juga tidak
menafikan pertumbuhan perpustakaan kecil di
masjid-masjid, satu tanda yang baik, tetapi
perlulah diisikan dengan bahan-bahan yang menarik
untuk dibaca dan perlunya ada ruang membaca yang
bersesuaian di sudut masjid. Malahan di setengah
negara jiran sudah menjadikan masjid turut
berperanan sebagai pusat ilmu di mana berbagai
ilmu duniawi dan ukhrawi di ajarkan kepada
generasi muda yang secara tidak langsung turut
memakmurkan masjid tersebut dengan aktiviti ilmu
dan ibadah.
51
Pada akhirnya, saya ingin menarik perhatian
bahawa hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang di Pertuan Negara
Brunei Darussalam untuk menubuhkan sebuah pusat
pengajian tinggi, atau sebuah universiti Islam
Tulen yang asasnya sudah pun ada, sangat releven
dengan perbincangan kita pada hari ini untuk
melahirkan dan membentuk generasi yang berilmu,
beriman dan berakhlak. Ini kerana sebagai sebuah
negara Islam, yang mana ajaran Islam telah
bertapak lebih lima ratus tahun, sistem
kesultanan Brunei ditegakkan oleh ajaran Islam
tersebut, aqidah Ahlis-Sunnah Waljamaah dan
mazhab ShafiI diikuti yang membawa kepada
perpaduan dan ketaatan kepada agama dan raja.
Maka universiti sedemikian yang mengajarkan ilmu
duniawi dan ukhrawi berlandaskan Al-Quraan dan
Al-Sunnah amatlah bertepatan.
52
Apa jua kekurangan dan kesilapan saya pohon ampun
maaf, apa jua kebaikan dan difikirkan boleh
membawa kecemerlangan bangsa, agama dan negara
saya pohonkan sama-sama diambil perhatian dan
berkerja bagi menjadikannya satu realiti yang
redhai Allah Subhanahu Wataala. Kita jangan lupa
pepatah Melayu Yang berat sama dipikul yang
ringan sama dijinjing.
53
Selesai
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com