<sEJaRAh> BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

<sEJaRAh> BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Description:

Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme? Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya Menjajah negara lain untuk kepentingan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1235
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 33
Provided by: pc37
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: <sEJaRAh> BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


1
ltsEJaRAhgt BAB 1
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME
DI ASIA TENGGARA

2
Apakah yang dimaksudkan dengan
imperialisme?
  • Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan
    wilayahnya
  • Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu

3
Senaraikan dua keistimewaan Asia Tenggara yang
mendorong imperialisme Barat menjalankan dasar
imperialismenya di rantau tersebut.
  • Kedudukannya strategik antara China dengan India
  • Dekat dengan kawasan pasaran di India dan China
  • Tanah yang subur
  • Kaya dengan bahan mentah

4
Sebutkan kesan-kesan perkenbangan dalam sistem
perhubungan dan pengangkutan terhadap perluasan
imperialisme Barat di Asia Tenggara.
  • Penggunaan kapal wap da Pembukaan Terusan Suez
  • - Muatan lebih banyak
  • - Mempercepatkan perjalanan Timur-barat
  • - Memendekkan jarak perjalanan
  • - Perjalanan lebih selamat
  • - Menjimatkan kos
  • Penciptaan Telegraf
  • - Arahan kepada pegawai di tanah jajahan
    dengan cepat
  • - Ahli perniagaan dapat berhubung dengan
    wakil mereka di Timur
  • - Urusan perdagangan lebih mudah
  • - Perdagangan antarabangsa lebih pesat

5
Nyatakan nilai-nilai yang dipegang oleh kuasa
Barat hingga menyebabkan persaingan antara mereka
untuk menguasai negara-negara Asia Tenggara.
  • Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi
    sanjungan
  • Keluasan tanah jajahan melambangkan kekayaan dan
    kekuatan
  • British dan Belanda berpegang kepada slogan
    Beban Orang Putih
  • British dan Belanda mendakwa mereka lebih maju
    dan bertamadun
  • Berasa bertanggungjawab memimpin orang Timur ke
    arah kesejahteraan
  • Perancisberpegang kepada slogan Tugas
    menyebarkan tamadun
  • Mereka bertanggungjawab mentamadunkan orang Timur
  • Menyebarkan Kristian kepada penduduk tanah jajahan

6
Nyatakan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat
yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara.
  • Penubuhan kerajaan pusat
  • Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua
    pentadbir
  • Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)
  • Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
  • Pengenalan undang-undang Barat

7
Nyatakan tugas-tugas Encomiendero di bawah Sistem
Encomiendero yang diperkenalkan oleh Sepanyol di
Filipina.
  • Menjaga keamanan
  • Mengutip cukai
  • Menkristiankan penduduk barangay

8
Nyatakan perubahan-perubahan yang diperkenalkan
oleh Belanda dalam sistem pemerintahan
tradisional tempatan di Indonesia.
  • Pentadbiran dipecahkan kepada pentadbiran pusat
    dan pentadbiran tempatan
  • Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
  • Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar
    dengan pengawasan Belanda
  • Penubuhan Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian
  • Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat
    pentadbiran Belanda
  • Dewan Tempatan tiada kuasa perundingan

9
Berikan tiga kesan akibat daripada penguasaan
British terhadap Burma selepas Perang
Inggeris-Burma III.
  • Berakhirnya Dinasti Konbaung
  • Institusi raja tersingkir
  • Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat
    terhapus
  • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah di
    Burma
  • Pentadbiran tradisional lenyap
  • Sistem undang-undang Barat diperkenalkan
  • Majlis Perundanagn diperkenalkan
  • Beberapa jabatan ditubuhkan

10
Huraikan sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh
Sepanyol di Filipina.
  • Pusat Memperkenalkan sistem
    pentadbiran berpusat
  • G/Jeneral Gabenor Jeneral menjadi
    pemerintahan tertinggi
  • Datuk Bandar Melantik Ketua Datuk Bandar
    sebagai pentadbir
  • wilayah
  • G/Kecil Gabenor Kecil menjadi
    pentadbir Bandar
  • Tempatan Pentadbiran peringkat btempatan
    di bawah Sistem Encomienda
  • Encomienda Barangay-barangay digabungkan
    membentuk Encomiendero
  • Encomiendero Encomienda diperintah oleh
    Encomiendero
  • Tugas Tugas Encomiendero ialah
    menjaga keamanan, mengutip
    cukai dan mengkristiankan penduduk
    barangay

11
Huraikan sistem pemerintahan di IndoChina sebelum
dan selepas kedatangan Perancis ke negara
tersebut.
  • Sebelum Kedatangan Perancis
  • Mutlak Ditadbir oleh kerajaan pusat
    berkuasa mutlak
  • Pembesar Memberi kuasa penuh kepada
    pembesar tempatan
  • Mandarin Setiap birokrasi diketuai oleh
    golongan Mandarin
  • China Dipengaruhi sistem pentadbiran
    Tanah Besar China
  • Peperiksaan Dipilih melalui peperiksaan

12
  • Selepas Kedatangan Perancis
  • Gabenor Pentadbiran diketuai oleh
    gabenor Jeneral
  • Terus Gabenor Jeneral
    bertanggungjawab kepada
    Kementerian Tanah Jajahan di Paris
  • Leftenan Gabenor Jeneral dibantu oleh
    Leftenan Gabenor yang
    menjadi pemerintah wilayah
    jajahan/naungan
  • Residen Gabenor Jeneral dibantu oleh
    Residen Jeneral dan Residen Wilayah
  • Indochinoise Menubuhkan Union Indochinoise
  • Undang-undang Rang undang-undang diluluskan oleh
    kerajaan pusat
  • Tempatan Pentadbiran kerajaan tempatan
    tidak diganggu oleh kerajaan
    pusat
  • Bayar Kerajaan tempatan perlu
    membayar cukai dan kerahan
    tenaga

13
Apakah perubahan-perubahan yang dilaksanakan oleh
Raja Mongkut dan raja Chulalongkorn untuk
mengekalkan kemerdekaan Thailand.
  • Pembaharuan Raja Mongkut
  • Penasihat Melantik penasihat Barat
    mengetuai pelbagai jabatan
  • Britain Penasihat dari Britain menjadi
    penasihat kewangan dan pelabuhan
  • Amerika Penasihat dari Amerika untuk
    jabatan kastam
  • Perancis Penasihat Perancis dalam jabatan
    ketenteraan
  • Pembaharuan Raja Chulalongkorn
  • Majlis Memperkenalkan Majlis Penasihat
    Rendah, Majlis Mesyuarat
    Tertinggi dan Kabinet Negeri
  • Juruaudit Melantik juruaudit dari Britain
    berkhidmat dalam perbendaharaan
    negara
  • Pentadbir Kedudukan pentadbir dalam birokrasi
    berdasarkan tahap pendidikan
  • Raja Sistem raja berperlembagaan
    menggantikan sistem raja berkuasa
    mutlak

14
Jelaskan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi
Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia
Tenggara.
  • Kuasa Raja kehilangan kuasa dalam
    pemerintahan
  • Penaung Fungsi raja sebagai penaung
    agama di Burma diambil alih oleh
    undang-undang
  • Hapus Terhapusnya institusi raja ,
    contohnya Burma
  • Pemerintah Gabenor Jeneral /Pesuruhjaya
    Tinggi menggantikan raja sebagai
    pemerintahan tertinggi
  • Nasihat Raja menerima nasihat daripada
    penasihat Barat dalam hal pentadbiran
  • Pengaruh Kemerosotan pengaruh pembesar
    tempatan
  • Pusat Penubuhan Kerajaan Pusat
    hasil penyatuan wilayah-wilayah
  • Bahagi Pembahagian pentadbiran
    kepada pentadbiran pusat dan tempatan
  • Undang-undang Pengenalan sistem undang-undang
    Barat

15
Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?
  • Perasaan cinta akan negara yang membawa kepada
    gerakan membebaskan tanah air dalam segi politik,
    ekonomi,dan kebudayaan asing.

16
Nyatakan dasar-dasar penjajahan Barat yang
mendorong kemunculan semangat nasionalisme di
kalangan rakyat negara-negara Asia Tenggara.
  • Sistem birokrasi tidak membuka peluang kepada
    rakyat tempatan
  • Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional
  • Dasar-dasar ekonomi penjajah menindas penduduk
    peribumi
  • Penjajah mewujudkan jurang sosial
  • Penjajah menganggap mereka bertaraf tinggi
  • Mereka dengan golongan elit tempatan sahaja
  • Dasar terbuka terhadap kemasukan imigran
    menimbulkan tidak puas hati
  • Golongan imigran menguasai ekonomi tempatan

17
Nyatakan dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan
oleh penjajah hingga timbulnya perasaan tidak
puas hati di kalangan rakyat negara-negara Asia
Tenggara.
  • Sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan
    pendidikan
  • Mengutamakan sekolah yang berpenghantar bahasa
    penjajah
  • Memberikan pendidikan pada tahap rendah
  • Pendidikan terhad kepada golongan elit dan
    penduduk bandar
  • Anak golongan bangsawan diberi pendidikan
    berasingan daripada anak orang kebanyakan
  • Lepasan sekolah vernakular sukar mendapat
    pekerjaan

18
Sebutkan akhbar-akhbar di negara-negara ASIA
Tenggara yang memainkan peranan menanamkan
perasaan antipenjajah.
  • Tribune Indigene
  • Cloche Felee
  • Al-Ikhwan
  • Saudara
  • Warta Malaya
  • Majlis

19
Huraikan faktor-faktor yang mendorong kemunculan
nasionalisme di Asia Tenggara
  • Birokrasi Penduduk tempatan tiada
    peluang dalam sistem birokrasi Barat
  • Ekonomi Dasar ekonomi penjajah
    bersifat menindas
  • Sosial Penjajah mewujudkan jurang
    sosial dalam masyarakat
  • Imigran Dasar kemasukan imigran
    menyebabkan ekonomi dikuasai oleh mereka
  • Agama Agama menjadi alat penyatuan
    rakyat
  • Islah Lahirnya gerakan Islah
    oleh persatuan-persatuan agama
  • Kristian Penganut Kristian tempatan
    dinaggap golongan kelas kedua
  • Karya Karya-karya kesusasteraan
    membangkitkan kecintaan kepada negara
  • Mesej Karya-karya kesusasteraan
    menyampaikan mesej kesengsaraan rakyat
  • Kemudahan Kemudahan disediakan untuk
    sekolah yang menggunakan bahasa penjajah
  • Rendah Pendidikan diberikan di
    peringkat rendah sahaja

20
  • Elit Pendidikan diberikan
    kepada golongan elit sahaja
  • Bandar Pendidikan terhad di bandar
    sahaja
  • Asing Anak-anak bangsawan
    diasingkan daripada rakyat dalam pendidikan
  • Sekular Pendidikan sekular memberi
    ancaman kepada sekolah agama
  • Pekerjaan Lepasan sekolah vernakular
    sukar untuk mendapatkan pekerjaan
  • Intelek lahirnya golongan intelek
    terdedah kepada idea falsafah Barat dan Islam
  • Tuntut Menuntut memperbaiki taraf
    hidup dan membebaskan negara
  • Media Media seperti akhbar dan
    majalah menyemarakkan semangat nasionalisme
  • Bertemu Sistem perhubungan memudahkan
    hubungan di kalangan nasionalis
  • Jepun Kejayaan Jepun menewaskan
    China dan Rusia membuka mata nasionalis
  • Ghandi Perjuangan Mahatma Ghandi
    menjadi sumber inspirasi kepada nasionalis

21
Jelaskan perbezaan antara gerakan nasionalisme
tahap pertama dengan gerakan nasionalisme tahap
kedua.
  • Sifat Gerakan nasionalisme tahap
    pertama bersifat setempat
    manakala gerakan nasionalisme tahap kedua
    bersifat nasional
  • Organisasi Gerakan nasionalisme tahap
    pertama tiada organisasi manakala
    gerakan nasionalisme tahap kedua mempunyai
    organisasi tersusun
  • Matlamat Gerakan nasionalisme tahap
    pertama menunutut pembaharuan
    kebudayaan, agama, dan hak peribumi manakala
    gerakan nasionalisme tahap kedua
    menuntut kemerdekaan
  • Pimpin Gerakan tahap pertama dipimpin
    oleh golongan pertengahan tetapi
    gerakan tahap kedua dipimpin oleh golongan
    berpendidikan tinggi yang
    berpengetahuan
  • Kaedah Gerakan tahap pertama
    menggunakan kaedah memberi kesedaran
    tetapi gerakan tahap kedua bersifat radikal
  • Tuntut Gerakan tahap pertama tidak
    menuntutr kemerdekaan segera
    sebaliknya gerakan tahap kedua menuntut
    kemerdekaan dan berkerajaan sendiri

22
Sebutkan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap
pertama di Asia Tenggara.
  • Bersifat setempat
  • Tidak berorganisasi
  • Berkisar tentang isu kebudayaan, agama, dan hak
    peribumi
  • Dipimpin oleh golongan orang prertengahan
    berpendidikan Barat dan di Asia Tenggara
  • Lebih menekankan kesedaran politik
  • Tidak menekankan tindakan politik
  • Menuntut hak mereka dikembalikan
  • Tidak menuntut kemerdekaan

23
Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalis pada tahap
kedua di Asia Tenggara.
  • Gerakan bersifat radikal
  • Berorganisasi
  • Dipimpin oleh golongan berpendidikan dan
    berpengetahuan luas
  • Matlamat gerakan ialah menuntut kemerdekaan
  • Bermatlamat membentuk kerajaan sendiri yang
    berdaulat

24
Senaraikan tuntutan-tuntutan nasionalis Filipina
pimpinan Jose Rizal.
  • Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
  • Bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti
    bangsa Sepanyol
  • Bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara
  • Supaya Sepanyol melakukan pembaharuan politik,
    ekonomi dan sosial

25
Apakah peranan Emilio Aguinaldo dalam gerakan
nasionalisme di Filipina.
  • Membantu Andres Bonifacio memulkan penentangan
    secra radikal
  • Bersama-sama Andres melancarkan revolusi
    bersenjata
  • Menjadi Presiden Kerajaan Rvolusi Filipina pada
    1897
  • Menjatuhkan hukuman mati ke atas Andres Bonifacio
  • Bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir
    Sepanyol
  • Mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi tidak
    disahkan oleh Amerika
  • Meneruskan revolusi bersenjata menentang Amerika
    Syarikat

26
Galurkan perkembangan gerakan nasionalisme di
Indonesia.
  • Pendidikan Gerakan nasionalisme tahap
    pertama menumpukan isu pendidikan
  • Ubah Berhasrat mengubah nasib
    rakyat melalui pendidikan
  • Adjeng Raden Adjeng Kartini
    berusaha memajukan pendidikan kaum
    wanita
  • Karya Beliau menghasilkan karya
    Habis Gelap Terbitlah Terang dan
    Penulisan Seorang Puteri Jawa
  • Dedah Mendedahkan kemunduran
    rakyat dan penindasan Belanda
  • Inspirasi Perjuangannya memberikan
    inspirasi untuk menubuhkan persatuan
  • Muhammadiyah Muhammadiyah ditubuhkan

27
  • Islam Matlamat Muhamadiyah untuk
    menyebarkanb Islam sebenar serta menghadapi
    ancaman sekularisme dan agama Kristian
  • Bina Muhamadiyah membina
    sekolah, klinik dan masjid
  • Radikal Tahap Kedua memperlihatkan
    perjuangan parti politik radikal seperti
    Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan
    Parti Nasional Indonesia
  • Merdeka Perjuangannya adalah menuntut
    kemerdekaan
  • Sokong PNI mendapat sokongan rakyat
  • Tangkap Belanda menangkap
    pemimpin-pemimpin radikal
  • Haram Belanda mengharamkan
    parti-parti politik radikal

28
Buat satu rumusan tentang langkah-langkah yang
diambi oleh kuasa Barat dalam menangani gerakan
nasionalis radikal di Asia Tenggara
  • Bunuh Menjatuhkan hukuman bunuh ke
    atas pemimpin radikal seperti Nguyen Thai
    Hoc di IndoChina
  • Penjara Ditangkap dan dipenjarakan
    seperti yng dilakukan oleh Sepanyol terhadap
    Emilio Aguinaldo
  • Parti Membenarkan penubuhan parti
    politik bersifat sederhana seperti yang
    dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap
    Filipina
  • Haram Harmkan parti politik
    berbentuk radikal
  • Larang Larang pemerintah tempatan
    libatkan diri dalam gerakan nasionalisme
  • Kerajaan Beri peluang membentuk
    berkerajaan sendiri
  • Perlembagaan Memperkenelkan perlembagaan yang
    memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri

29
Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme
diIndoChina
  • Vietnam Gerakan nasionalisme tertumpu
    di Vietnam
  • Pelopor Dipelopori golongan
    bangsawan dan pegawai-pegawai mandarin
  • Pemulihan Memperjuangkan pemulihan
    sistem perintahan beraja
  • Pendidikan Golongan menengah
    memperjuangkan pendidikan Barat
  • Bol Chau Beliau menubuhkan Vietnam
    Quqng Pui Hou (VNQPH)
  • VNQPH VNQPH melancarkan pemberontakan
    dan gerakan dakyah
  • Penjara Phan Boi Chau dipenjarakan
    dan VNQPH diharamkan
  • Radikal Kegagalan parti politik
    sederhana melahirkan gerakan radikal
  • Parti Gerakan radikal
    diperjuangkan oleh parti Vietnam Quoc Dang
    Dang dan Parti Komunis Vietnam
  • Tangkap Perancis menangkap pemimpin
    VNQDD
  • Bunuh Menghukum bunuh Nguyen Thai
    Hoc
  • Lari Ho Chi Minh melarikan diri
    ke Hong Kong
  • Sederhana Sikap keras Perancis menyebabkan
    gerakan kembali bercorak sederhana

30
Bandingkan gerakan nasionalisme yang berlaku di
Thailand dengan yang berlaku di Indonesia
  • Penjajah Nasionalisme di Indonesia
    bersifat anti penjajah
  • Raja Nasionalisme Thailand
    ialah penentangan terhadap raja
  • Mundur Nasionalisme tahap pertama
    di Indonesia muncul kerana tidak
    puas hati terhadap kemunduran rakyat
  • Politik Nasionalisme Thailand
    disebabkan penguasaan politik
    oleh kerabat diraja dan sikap Raja Vajiravudh
    yang boros
  • Pendidikan Nasionalis Indonesia memberi
    tumpuan terhadap pendidikan wanita dan
    penyebaran Islam yang sebenar
  • Revolusi Nasionalis Thai melancarkan
    revolusi menamatkan sistem
    beraja mutlak
  • Radikal Nasionalisme tahap kedua di
    Indonesia dipelopori oleh parti politik
    radikal
  • Pemerintah Di Thailand, gerakan
    dilaksanakan oleh pemerintah
  • Merdeka Rakyat Indonesia menuntut
    kemerdekaan daripada Belanda
  • Ekonomi Di Thailand, rakyat berusaha
    menghapuskan cengkaman ekonomi oleh
    kapitalis Barat dan orang cina
  • Kekerasan Di Indonesia perjuangan
    dilakukan secara kekerasan
  • Pembaharuan Nasionalisme di Thailand
    dijalankan dengan melakukan pembaharuan

31
Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme di
Burma semasa penjajahan British.
  • Pertama Gerakan nasionalisme tahap
    pertama dipelopori oleh golongan
    sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat
  • Belia Golongan sami menubuhkan
    Persatuan Belia Buddha
  • Tradisi Bertujuan mengekalkan
    tradisi Buddha danj memajukan pendidikan
  • Kasut Menggunakan isu kasut untuk
    membangkitkan semangat nasionalisme
  • Radikal Persatuan Belia Buddha
    dipimpin oleh nasionalis radikal U Ba Pe
  • Majlis Pemimpin Persatuan Belia
    Buddha menubuhkan majlis
  • Montagu Gerakan nasionalisme tahap
    kedua muncul apabila Laporan Montagu-Chelsford
    menyatakan Burma belum bersedia untuk
    memerintah sendiri
  • Revolusi Pelajar melancarkan revolusi
    menuntut universiti ditubuhkan
  • Pemberontakan Golongan sami Buddha pimpinan Saya
    San mencetuskan pemberontakan melalui Majlis
    Am Sangha Sametggi
  • Thakin Golongan Thakin menubuhkan
    Parti Dobama Asiayone untuk menuntut
    kemerdekaan
  • Ba Maw Dr. Ba Maw memenangi pilihan
    raya 1937 dilantik menjadi Perdana Menteri
    Pertama

32
Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand
berbeza daripada gerakan nasionalisme negara lain
di Asia Tenggara.
  • Sifat Nasionalisme Thailand tidak
    bersifat antipenjajah
  • Kerabat Gerakan nasionalisme tahap
    pertamanya disebabkan rakyat menentang
    penguasaan politik oleh kerabat diraja
  • Mutlak Mereka mengadakan penentangan
    terhadap raja yang berkuasa mutlak
  • Boros Tidak puas hati terhadap
    sikap raja yang boros
  • Revolusi Revolusi dilancarkan untuk
    menggilingkan raja berkuasa mutlak
  • Ekonomi Gerakan nasionalisme tahap
    kedua disebabkan oleh rasa tidak puas hati
    terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis
    Barat dan orang Cina
  • Sekat Mengadakan pembaharuan dan
    undang-undang untuk menyekat penguasaan orang
    Cina dalam ekonomi
  • Bubar Membubarkan akhbar dan sekolah
    Cina
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com