KULIAH 13 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 23
About This Presentation
Title:

KULIAH 13

Description:

kuliah 13 dasar-dasar pembangunan negara datin dr. sarvinder kaur* – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:100
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 24
Provided by: Admi3794
Category:
Tags: kuliah | buruh | dasar | strategi

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: KULIAH 13


1
KULIAH 13
  • DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
  • DATIN DR. SARVINDER KAUR

2
  • RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA
  • Perancangan pembangunan Malaysia dibahagikan
    kepada
  • Rancangan Malaya 1 (1956 1960)
  • Rancangan Malaya 2 (1961 1965)
  • Rancangan Malaysia 1 (1966 1970)
  • Rancangan Malaysia 2 (1971 1975)
  • Rancangan Malaysia 3 (1976 1980)
  • Rancangan Malaysia 4 (1981 1985)
  • Rancangan Malaysia 5 (1986 - 1990)
  • Rancangan Malaysia 6 (1991 1995)
  • Rancangan Malaysia 7 (1996 2000)
  • Rancangan Malaysia 8 (2001 2005)
  • Rancangan Malaysia 9 (2006 2010)
  • Rancangan Malaysia 10 (2011 2015)

3
  • Dasar Ekonomi Baru - RM1, RM2, RM3 RM4
    (1971-1990)
  • Rancangan Pembangunan Malaysia RM5 RM6 (1991
    2000)
  • Dasar Wawasan Negara (2001 2010)
  • Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1971 1990)
  • Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (1996 2000)
  • Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (2001 2010)

4
  • DASAR EKONOMI BARU
  • Disusun melalui strategi serampan dua mata
  • Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan
    dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua
    rakyat tanpa mengira kaum
  • Menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan
    pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

5
  • DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
  • Strategi asal DEB iaitu membasmi kemiskinan dan
    penyusunan semula masyarakat adalah dikekalkan
    dan dimensi-dimensi baru telah diperkenalkan, di
    antaranya
  • Penegsan terhadap pembasmian kemiskinan dengan
    dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan
    dan mengurangkan kemiskinan relatif
  • Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah
    Masyarakat Perdagangan dan Peridustrian
    Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah
    meningkatkan dan seterusnya mengekalkan
    penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi
  • Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam
    proses penyusunan semula masyarakat dan
  • Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber
    manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi
    mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan
    pengagihan yang saksama.

6
  • MODEL BARU EKONOMI (2010)
  • Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui
    pertumbuhan ekonomi
  • Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan
    mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing
  • Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing
  • Memperkukuhkan sektor awam
  • Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan
    mesra pasaran
  • Membina infrastruktur yang berasaskan
    pengetahuan
  • Meningkatkan sumber pertumbuhan
  • Memastikan pertumbuhan yang mapan.

7
  • RANCANGAN MALAYSIA 1
  • Menekankan rancangan pembangunan luar bandar,
    infrastruktur dan khidmat sosial
  • Agar pertubuhan ekonomi dapat dinikmati bersama
    oleh golongan miskin
  • Penubuhan MIDA, MARA, PERNAS dll.
  • RANCANGAN MALAYSIA 2
  • Membetulkan kegagalan RM 1 iaitu
    ketidakseimbangan sosial-ekonomi di antara kaum
    dan kawasan.
  • RANCANGAN MALAYSIA 3
  • Menekankan aspek-aspek pembangunan wilayah,
    keselamatan dan alam sekitar.

8
  • RANCANGAN MALAYSIA 4
  • Ekonomi dunia mengalami pertubuhan yang lembap
    (kemelesatan ekonomi)
  • Dasar-dasar telah diperkenalkan untuk menghadapi
    kemelesatan tersebut
  • Penekanan aspek-aspek seperti pertanian dan
    perindustrian.
  • RACANGAN MALAYSIA 5
  • Meningkatkan sektor swasta, pertanian,
    pembangunan dan perindustrian, bidang
    penyelidikan dan pembangunan.
  • RANCANGAN MALAYSIA 6
  • Meningkatkan pengunaan teknologi baru,
    meningkatkan sumber pembangunan manusia,
    mempelbagaikan asas industri dan menggurangkan
    ketidakseimbangan struktur.

9
  • RANCANGAN MALAYSIA 7
  • Penekanan semula kepada konsep pembangunan
    seimbang
  • Memperkenalkan strategi pertumbuhan ekonomi yang
    didorong oleh produktiviti bagi meningkatkan daya
    tahan negara.
  • RANCANGAN MALAYSIA 8
  • Tiga teras utama
  • Mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi
    berasaskan input kepada strategi yang didorong
    oleh pengetahuan bagi meningkatkan potensi
    pertumbuhan keluaran
  • Mempercepatkan perubahan struktur sektor
    pertanian, pembuatan dan perkhidmatan
  • Memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi menerusi
    pengagihan pendapatan dan kekayaan negara secara
    saksama.

10
  • RANCANGAN MALAYSIA 9
  • Lima teras utama
  • Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih
    tinggi
  • Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi
    negara serta memupuk minda kelas pertama
  • Menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi
    yang berterusan secara membina dan produktif
  • Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
  • Mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan

11
  • RANCANGAN MALAYSIA KE 10
  • TERAS Mencarta pembangunan ke arah negara
    berpendapatan tinggi Sasaran pertumbuhan 6
    peratus Pendapatan perkapita dijangka
    meningkat kepada RM38,845 (US12,139) pada
    2015 Membentuk ekonomi yang diteraju sektor
    swasta Menyokong pertumbuhan yang diteraju
    oleh inovasi Pekerjaan sepenuhnya
    Penstrukturan subsidi

12
  • DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
  • Pelan Induk Perindustrian I
  • Tiga matlamat utama
  • Menjadikan sektor perkilangan sebagai pertumbuhan
    perindustrian negara
  • Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli
    negara
  • Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan
    teknologi tempatan
  • Pelan Induk Perindustrian II
  • Menekankan usaha-usaha untuk menjadikan Malaysia
    sebagai sebuah negara industri

13
  • DASAR PERTANIAN MALAYSIA
  • Objektif
  • Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) 1998-2010
  • Objektif
  • Meningkatkan sekuriti makanan
  • Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor
    pertanian
  • Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor
    pertanian
  • Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain
  • Memelihara dan menggunakan sumber-sumber asli
    secara mapan.

14
  • DPN3 telah memperkenalkan dua pendekatan
    strategik yang baharu
  • Pendekatan perhutani
  • Memberi perhatian kepada masalah kekurangan
    sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah
  • Pendekatan berasaskan produk
  • Produk dan pasaran utama dikenal pasti
    berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita
    rasa pengguna.

15
  • DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA
  • Tujuan
  • Mewujudkan kerjasama yang erat, bermakna dan
    berkesan antara sektor awam dan swasta untuk
    mencapai faedah bersama.
  • Menghapuskan sifat permusuhan antara kedua-dua
    sektor, perkongsian maklumat dan saling faham
    memahami prosedue dan matlamat kedua belah.
  • Meningkatkan hasil negara.

16
  • Perlaksanaan
  • Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang
    dimiliki bersama oleh pihak kerajaan dan sektor
    swasta
  • Semua kakitangan dan swasta merupakan pemilik
    saham dan pekerja yang dipertanggungjawabkan
    untuk memajukan syarikat, iaitu Malaysia
  • Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan
    dengan sektor swasta ditubuhkan untuk
    membincangkan strategi dan masalah yang timbul.

17
  • DASAR PENSWASTAAN
  • Objektif
  • Mengurangkan bebanan kewangan kerajaan
  • Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja
  • Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan keberkesanan
    negara
  • Pembahagian sumber dan kecekapan
  • Mempercepat pencapaian matlamat Dasar Ekonomi
    Baru

18
  • DASAR HALACARA BARU DALAM PEMBANGUNAN
  • Tujuan meningkatkan mutu dan daya pengeluaran
    pertanian, meninggikan pendapatan petani dan
    pekerja di desa serta memudahkan penyampaian
    perkhidmatan dan lain-lain pasaran.
  • Melibatkan 3 aspek
  • Kemajuan pertanian dengan mengadakan cara
    pengurusan perladangan bagi kebun kecil dan
    bendang
  • Perwujudan industri kampung dan perusahaan kecil
    atau lain-lain kegiatan ekonomi bukan pertanian
  • Pengelompokan dan penyusunan semula
    kampung-kampung secara teratur untuk membibitkan
    pusat pertumbuhan baharu.

19
  • Strategi perlaksanaan
  • Program pertanian berkelompok
  • Pengumpulan kampung berdekatan untuk dijadikan
    bandar kecil
  • Pemberian latihan kepada pengurus ladang atau
    estet

20
  • Wawasan 2020
  • Matlamatnya ialah pembentukan sebuah negara
    malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun
    2020.
  • Tumpuan pembangunan menyuluruh dari

21
  • Di kemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahatir Mohammad
    dalam kertas kerja Malaysia melangkah ke
    hadapan di Majlis Pelancaran Penubuhan Majlis
    Perdagangan Malaysia pada 28 Feb. 1991.
  • Mempunyai 9 cabaran.

22
  • CABARAN I
  • Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu
  • CABARAN 2
  • Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas,
    teguh dan mempunyai keyakinan diri.
  • CABARAN 3
  • Membangunkan masyarakat demokrasi yang matang
  • CABARAN 4
  • Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan
    etikanya dan utuh nilai keagamaan.

23
  • CABARAN 5
  • Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat
    toleran
  • CABARAN 6
  • Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta
    progresif
  • CABARAN 7
  • Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya
    penyayang
  • CABARAN 8
  • Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil
    ekonominya
  • CABARAN 9
  • Mewujudkan masyarakat yang makmur
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com