PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN - PowerPoint PPT Presentation

1 / 21
About This Presentation
Title:

PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

Description:

... dah ini ni mahu mau Perubahan bunyi Neka Baku Neka Basahan kecil kecik kah ke biji bijik nasi nasik bawa bawak bapa bapak juga jugak pula pulak Neka ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:130
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 22
Provided by: Amin165
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN


1
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
  • Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari
    segi kemampuan seseorang pengguna bahasa
    menguasai rumus-rumus tatabahasa tatabahasa
    tetapi juga perlu mengintegrasikan mekanik bahasa
    dengan aspek sosial dan budaya bahasa.
  • Untuk tujuan ini, seseorang pengguna bahasa
    mestilah dapat menguasai aspek kesopanan dan
    kesantunan berbahasa, iaitu menggunakan neka
    bahasa.
  • MINGGU 12

2
Kesopanan Berkomunikasi Berdasarkan Neka Bahasa
  • Neka Bahasa
  • Mengikut Abdullah Hassan (1997237), neka bahasa
    ialah jenis-jenis gaya bahasa yang digunakan
    mengikut taraf penggunaan bahasa dan penuturnya.
    Jenis bahasa ini dikenali sebagai laras sosial.
  • Neka bahasa juga merujuk kepada penggunaan
    bahasa menurut konteksnya, seperti bahasa formal,
    bahasa tak formal, bahasa halus, bahasa istana,
    dan lain-lain (Marzuki Nyak Abdullah, 1993 155).

3
Jenis-jenis Neka Bahasa
  • Abdullah Hassan (1997 237) membahagikan neka
    bahasa kepada jenis yang berikut
  • Neka Baku
  • Neka Istana
  • Neka Tempatan (Dialek)
  • Neka Basahan
  • Neka Sopan
  • Neka Mesra
  • Neka Remaja
  • Neka Manja
  • Neka Kasar
  • Neka Pasar

4
Pengelasan Bahasa Mengikut Neka
  • Pengelasan neka bahasa mengikut taraf
    penggunaannya boleh dibuat berdasarkan
  • Kegunaan rasmi neka baku dan neka istana.
  • Kegunaan tidak rasmi neka tempatan (dialek),
    neka basahan, neka sopan, neka mesra, neka manja,
    neka remaja, neka kasar, dan neka pasar.

5
Pemilihan Neka
  • Pemilihan neka bergantung kepada keadaan, sama
    ada rasmi (formal) atau tidak rasmi (tidak
    formal). Sesuatu keadaan itu dianggap formal
    jika mempunyai ciri yang berikut
  • Tempat yang rasmi
  • Upacara yang rasmi
  • Kehadiran rasmi
  • Tujuan rasmi

6
Penentuan Neka
  • Penggunaan neka yang betul amat perlu diberikan
    perhatian. Hal ini disebabkan kesilapan memilih
    atau menggunakan neka yang betul untuk keadaan
    tertentu dianggap melakukan kesilapan yang serius
    daripada kesilapan tatabahasa. Dengan kata lain,
    kesalahan ini berlaku disebabkan pengguna tidak
    tahu menggunakan tatabahasa sosial (social
    grammar).
  • Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku,
    pengguna bahasa Melayu perlulah
  • Mengenal pasti neka bahasa Melayu.
  • 2. Mengetahui peraturan tentang masa dan tempat
    yang sesuai untuk menggunakan sesuatu neka bahasa.

7
Peraturan Pemilihan Neka Bahasa
  • Kata Ganti Penggunaannya
  • Nama
  • Saya i. Bersifat rasmi secara lisan
  • ii. Bersifat rasmi secara tulisan
  • iii. Bercakap dengan orang yang
  • lebih tua atau muda tetapi
  • dimuliakan
  • iv. Bercakap dengan orang yang
  • tidak dikenali
  • Aku, kamu i. Bercakap dengan rakan sebaya
  • awak, engkau atau rakan yang akrab.
  • ii. Bercakap dengan orang yang
  • lebih muda atau lebih rendah
  • tarafnya.

8
  • Anda i. Bersifat rasmi secara lisan
  • ii. Bersifat rasmi secara tulisan
  • iii. Khalayaknya banyak
  • Beliau i. Bersifat rasmi secara tulisan
  • ii. Bersifat rasmi secara lisan
  • iii. Orang yang dirujuk lebih tua atau
  • muda tetapi dihormati
  • Dia i. Bersifat rasmi secara tulisan
  • ii. Bersifat rasmi secara lisan
  • iii. Orang yang dirujuk dianggap
  • sama taraf atau lebih rendah
  • Saudara, i. Bersifat rasmi secara lisan
  • Saudari ii. Bersifat rasmi secara tulisan
  • iii. Orang yang dirujuk masih muda
  • dan dimuliakan
  • iv. Orang yang dirujuk sebaya atau

9
Jenis-jenis Neka Bahasa
  • Neka bahasa yang diklasifikasikan mengikut taraf
    penggunaan boleh dibahagikan kepada beberapa
    jenis. Mengikut Abdullah Hassan (1997 240-247),
    neka bahasa dibahagikan kepada
  • Neka Baku
  • Neka Istana
  • Neka Tempatan
  • Neka Basahan
  • Neka Sopan
  • Neka Mesra
  • Neka Remaja
  • Neka Manja
  • Neka Kasar
  • Neka Pasar

10
Neka Baku
  • Dikenali sebagai bahasa sekolah, bahasa buku atau
    bahasa standard
  • Digunakan dalam situasi formal (rasmi)
  • Ditandai oleh penggunaan tatabahasa yang betul
  • Sejenis bahasa yang dipelajari melalui proses
    pendidikan formal kerana neka baku tidak
    mempunyai penutur jati atau tidak ada penutur
    yang menuturkan neka baku sebagai bahasa ibunda

11
Neka Istana
  • Sejenis bahasa yang digunakan dalam istana atau
    oleh kerabat diraja dalam upacara seperti
    pertabalan. Di luar istana, seseorang sultan
    akan menggunakan neka istana dalam majlis formal
    atau rasmi.
  • Kerabat diraja boleh membuat pilihan, sama ada
    hendak menggunakan neka istana atau tidak apabila
    berkomunikasi dengan rakyat. Bagaimanapun,
    rakyat perlu menggunakan neka istana apabila
    berkomunikasi dengan golongan raja.
  • Neka istana ditandai oleh kata tertentu yang
    bersifat khusus, contohnya
  • beta bersiram santap beradu
  • istana titah kurnia murka
  • gering mangkat dirgahayu perkenan

12
Neka Tempatan
  • Bentuk penggunaan bahasa berdasarkan negeri atau
    daerah, dan digunakan dalam kalangan anggota
    dialek yang serupa.
  • Anggota dialek yang sama boleh menggunakan neka
    dialek untuk tujuan rasmi (bukan keadaan rasmi).
  • Neka dialek juga digunakan dalam keadaan tidak
    rasmi, misalnya di kedai kopi, pasar, rumah atau
    di padang bola.
  • Apabila dua orang yang menuturkan dialek yang
    berbeza berkomunikasi, mereka akan menggunakan
    neka basahan apabila berkomunikasi dalam situasi
    tidak rasmi. Dalam keadaan rasmi, mereka
    menggunakan neka baku.

13
Neka Basahan
  • Neka bahasa yang digunakan dalam keadaan tidak
    rasmi. Dalam keadaan rasmi, neka bahasa tidak
    boleh digunakan. Neka basahan tidak digunakan
    dalam bentuk tulisan tetapi hanya dalam wacana
    lisan.
  • Ciri-ciri neka basahan
  • Tidak menggunakan peraturan tatabahasa yang
    lengkap.
  • Imbuhan yang biasa digugurkan dalam neka basahan
    ialah imbuhan aktif me.
  • Imbuhan pasif di- dan ter- banyak digunakan dalam
    neka basahan.
  • Pengguguran imbuhan transitif i dan per-

14
  • Perbezaan Neka Baku dengan Neka Basahan
  • Dari segi kosa kata, terdapat tiga perbezaan
    antara neka baku dengan neka basahan, iaitu
  • Perbezaan kata yang berbeza untuk makna yang
    serupa
  • Neka Baku Neka Basahan
  • beliau dia
  • ibu emak
  • guru cikgu
  • anda awak
  • bagaimana macam mana
  • mengapa kenapa
  • oleh sebab sebab
  • daripada dari
  • minat suka
  • sila jemput
  • sedang tengah

15
  • Bentuk kependekan perkataan
  • Neka Baku Neka Basahan
  • hendak nak
  • sudah dah
  • ini ni
  • mahu mau
  • Perubahan bunyi
  • Neka Baku Neka Basahan
  • kecil kecik
  • kah ke
  • biji bijik
  • nasi nasik
  • bawa bawak
  • bapa bapak

16
Neka Sopan
  • Digunakan dalam bentuk tulisan dan lisan. Ciri
    neka sopan yang paling ketara dapat dilihat dari
    segi penggunaan kata ganti diri.
  • Digunakan apabila seseorang penutur atau pengguna
    bahasa bercakap atau menulis kepada orang yang
    lebih tinggi tarafnya.
  • Dalam masyarakat Melayu, kebiasaan kata ganti
    nama diri kedua digantikan dengan panggilan khas
    mengikut kedudukan atau taraf sosial.
  • Kata panggilan yang bersifat kekeluargaan tidak
    boleh digunakan dalam komunikasi formal yang
    melibatkan bukan anggota keluarga.

17
Neka Mesra
  • Neka yang digunakan oleh orang yang mempunyai
    ikatan hubungan persahabatan yang rapat.
  • Kata ganti nama yang digunakan dalam neka mesra
    ialah seperti aku, engkau, atau dalam bentuk
    dialek seperti hang, demo, dan lain-lain.
  • Kata ganti nama orang kedua digantikan dengan
    panggilan khas mengikut usia, seperti kakak,
    abang, pak cik, along dan sebagainya.
  • Panggilan khas mengikut usia bagi orang yang
    tidak dikenali tidak boleh digunakan kerana
    dianggap sebagai biadap.
  • Panggilan khas mengikut usia seperti kakak, pak
    cik, mak ngah hanya boleh digunakan untuk orang
    yang ada hubungan rapat dengan penyapa, misalnya
    orang sekampung atau yang sangat dikenali.

18
Neka Remaja
  • Dikenali juga sebagai neka kutu.
  • Mengandungi kata dan perkataan yang mempunyai
    makna tersendiri, contohnya
  • bergetah
  • mambang
  • awek
  • cun
  • mengancam
  • tangkap cintan
  • cinabeng
  • Perkataan yang digunakan berstatus rendah
  • Kata dan frasa berubah mengikut generasi

19
Neka Manja
  • Digunakan dalam kalangan anggota dalam sesebuah
    keluarga untuk memperlihatkan kemanjaan.
  • Ciri utama neka manja ialah penggantian kata
    ganti nama orang pertama dengan nama diri,
    misalnya Fatimah akan membahasakan dirinya Mah
    atau Timah.
  • Penggunaan neka ini dalam kalangan penghibur atau
    artis dalam wawancara atau temu bual di khalayak
    ramai dianggap perbuatan mengada-ngada kerana
    mereka bukan bercakap dengan anggota keluarga
    mereka.

20
Neka Kasar
  • Neka kasar digunakan dalam suasana emosi yang
    negatif seperti marah, benci atau tersinggung,
    iaitu apabila hilang rasa hormat kepada orang
    yang disapa. Dua ciri utama neka kasar ialah
  • Penggunaan kata ganti diri seperti aku, kamu,
    awak, dan engkau.
  • Pemilihan atau penggunaan kata yang kasar,
    misalnya
  • otak untuk fikiran
  • jantan lelaki
  • betina
  • binatang
  • pelesit
  • nak mampus

21
Neka Pasar
  • Neka pasar atau bahasa pasar digunakan apabila
    salah seorang penuturnya bukan penutur bahasa
    Melayu jati.
  • Neka pasar juga digunakan apabila kedua-dua
    penutur bukan penutur jati bahasa Melayu.
  • Neka pasar digunakan untuk tujuan tidak formal.
  • Neka pasar mempunyai ciri tatabahasa dan kosa
    kata yang dipengaruhi oleh unsur bahasa asing,
    seperti bahasa Cina atau bahasa Tamil, contohnya
  • 1. Lu mana mau pigi?
  • 2. Ibu besar punya rumah, siapa punya?
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com